Selasa, 6 September 2011

SharpShooter

SharpShooter


Mat Indera adalah anak murid kepada bapa Muhyidin Yasin

Posted: 05 Sep 2011 08:10 PM PDT



Mahu tak mahu.. suka atau tidak suka, isu tema Hari Raya Aidilfitri umporno tahun 2011 adalah Mat Sabu, ini akan jadi sejarah. Nama Mat Sabu disebut setiap hari pagi petang siang dan malam oleh umporno. Ia bermula dengan ceramah Mat Sabu di Tasek Glugor seperti dalam video di atas.

Hikmahnya bila isu pejuang kemerdekaan ini timbul adalah, generasi muda mula mengkaji dan akan tahu sejarah sebenar kemerdekaan. Persoalan umporno yang sekian lama cuba menutup dan menafikan hak tokoh-tokoh agamawan dan ulama' yang menentang penjajah british menuntut kemerdekaan, hari ini terungkai satu demi satu.

Video di bawah pula, Riduan Mohamad Nor (Pengaji Sejarah) menceritakan betapa banyaknya sejarah tokoh-tokoh pejuang agamawan dan ulama' yang sanggup berjihad dan mati syahid menuntut kemerdekaan dipadamkan oleh umporno.

Sebenarnya ada tiga elemen penting yang memperjuangkan kemerdekaan, golongan pertama adalah golongan tokoh-tokoh agamawan dan ulama', keduanya golongan nasionalis kiri dan ketiganya golongan nasionalis kanan.
Link
Nama-nama pejuang syahid seperti Tok Janggut atau nama sebenar Haji Mat Hassan bin Panglima Munas, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Dr Burhanuddin Al-Helmy (anak Melayu pertama mendapat PhD), Ahmad Boestamam (API - Angkatan Pemuda Insaf), Shamsiah Fakeh (AWAS - Angkatan Wanita Sedar), Pak Sako (Ishak Hj Muhamad) cuba dipadamkan sebagai pejuang kemerdekaan dan darah serta keringat mereka seolah-olah dinafikan oleh umporno. Sila Klik pada nama mereka untuk membaca sejarah perjuangan mereka.

Lebih 50 tahun, umporno berjaya menanam dalam fikiran rakyat Malaysia bahawa hanya umpornolah yang berjuang dan berjaya menuntut kemerdekaan Malaysia daripada british. Hanya nama Tuanku Abdul Rahman sahaja yang disebut-sebut dan dijulang bila setiap kali tiba Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.

Ikuti penjelasan lanjut dalam video di bawah.



Sementara itu, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) akan membukukan biografi pejuang Mat Indera termasuk mewawancara mereka yang mengenali allahyarham terutama keluarga terdekat.

Pengarah operasinya, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, ini ekoran sejak ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disensasikan oleh akhbar Utusan Malaysia dan media-media perdana milik Umno, nama Muhammad (Ahmad) bin Indera atau Mat Indera mulai dikenali oleh orang ramai terutama golongan muda.

Katanya, profil ringkas beliau mula terpapar di ruangan maya termasuklah dimuatkan di dalam Wikipedia berbahasa Melayu.

"Ceramah Mohamad Sabu yang telah disensasikan ini, bukan sahaja telah mempopularkan nama Timbalan Presiden PAS tersebut, malah sejarah berkaitan dengan Mat Indera mula disoroti semula sehingga menuntut kepada satu kajian yang lebih mendalam tentang biografi beliau," katanya kepada Harakahdaily.

Berbeza dengan tokoh-tokoh golongan kiri yang lain, katanya Mat Indera tidak begitu dikenali disebabkan beliau meninggal dunia dalam usia yang begitu muda, iaitu sekitar awal 30-an.

Tambahnya, tidak banyak diketahui tentang beliau melainkan melalui sejarah yang ditulis berkaitan dengan peristiwa serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong.

Beliau berkata, di dalam peristiwa tersebut Mat Indera telah dilabelkan sebagai pengganas dan bersubahat dengan komunis seperti yang digembar-gemburkan oleh media-media arus perdana.

Katanya lagi, disebabkan gambaran tersebut, perjuangan Mat Indera keseluruhannya dilihat dari sisi yang negatif sehingga kaum keluarganya dipercayai tertekan dengan tanggapan-tanggapan tersebut.

Bagaimanapun, ujarnya telah ada usaha-usaha untuk mengkoreksi semula sejarah perjuangan Mat Indera seperti yang dilakukan oleh Yayasan Warisan Johor dalam buku "Pengukir Nama Johor" yang diterbitkan pada tahun 2004.

Di dalam buku tersebut, sejarah perjuangan Mat Indera telah dilihat dari sudut yang lebih adil termasuklah memaparkan rentetan perjuangan beliau untuk menuntut kemerdekaan.

"Secara tidak langsung, melalui buku ini ketokohan beliau turut diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor apabila Menteri Besar Johor sendiri telah memberikan prakata di muka hadapan buku ini.

"PPP melihat usaha Yayasan Warisan Johor ini merupakan satu langkah yang baik untuk meluruskan semula sejarah berkaitan dengan Mat Indera," ujarnya.

Menurutnya, PPP telah mengenal pasti beberapa orang penulis untuk terlibat dengan penulisan buku ini, di samping akan melakukan sendiri kajian melalui kaedah kajian perpustakaan dan kaedah wawancara dengan mereka yang mengenali Mat Indera, terutama kaum keluarga mereka.

Selain daripada itu, jelasnya PPP juga akan menyahut jemputan beberapa orang tokoh sejarah seperti Profesor Emeritus Khoo Kay Kim dan Profesor Ramlah Adam yang bersedia mendedahkan dokumen-dokumen versi mereka.

PPP juga, kata beliau merujuk kepada dokumen sejarah golongan kiri seperti memoir-memoir tokoh mereka, seperti Memoir Shamsiah Fakeh yang antara lain pernah menyebut Mat Indera belum pernah menyertai PKM sehingga beliau dihukum bunuh.

"Penerbitan buku ini merupakan sebahagian kecil daripada usaha PPP untuk meluruskan semula sejarah perjuangan kemerdekaan negara, setidak-tidaknya memberikan keadilan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air yang selama ini telah digelapkan jasa-jasa mereka.

"PPP memberi perhatian terhadap Mat Indera bukan sahaja disebabkan nama ini disebut oleh Timbalan Presiden PAS, tetapi juga disebabkan Mat Indera ini merupakan golongan agamawan, malah ada maklumat tidak rasmi yang menyatakan beliau hafiz al-Quran," ujarnya.

Beliau berkata, berdasarkan kepada maklumat tersebut, latar belakang beliau adalah seperti perwatakan Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan lain-lain tokoh agamawan yang mempelopori perjuangan kemerdekaan.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Konspirasi Peguam Shafee Abdullah dan beliau akan didakwa hina mahkamah

Posted: 05 Sep 2011 07:05 PM PDT

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh mahu peguam selebriti, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah didakwa menghina mahkamah kerana campur tangan dalam perbicaraan Fitnah II.

Karpal menggesa Hakim Datuk Muhammad Zabidin Mohd Diah memberikan surat tunjuk sebab kepada Shafee untuk menjelaskan "serangan" terhadap Ketua Umum KEADILAN itu yang memilih untuk memberikan keterangan pembelaannya dari kandang saksi.

Karpal kini bertindak selaku ketua pasukan peguam yang membela Anwar yang difitnah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.

"Jika apa yang diucapkan Anwar bersifat menghina mahkamah, ia sepatutnya diputuskan demikian di dalam mahkamah. Biar Hakim Zabidin yang memutuskannya. Tetapi, beliau tidak berbuat demikian.

"Siapa Muhammad Shafee ini untuk mempersoalkan kebijaksanaan hakim?" kata Karpal dalam kenyataan medianya.

Shafee yang merupakan seorang peguam yang penuh kontroversi dilaporkan mengarahkan Peguam Negara campur tangan dengan segera ke dalam proses perbicaraan dan mengheret Anwar atas tuduhan menghina mahkamah.

Karpal menyifatkan hujah Muhammad Shafee agar Peguam Negara masuk campur sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku dan tidak logik.

"Ia sendiri (gesaan) itu bersifat menghina menghina mahkamah kerana ia menghina hakim," kata Karpal yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Muhammad Shafee juga dikecam pengguna internet kerana dakwaan terhadap beliau yang dilaporkan mengganggu liputan berita kes itu dengan mengeluarkan arahan tertentu kepada editor akhbar media perdana dan juga wartawan.

Beliau dipetik akhbar milik Umno – Mingguan Malaysia semalam menyifatkan kenyataan pembelaan Anwar bersifat menghina mahkamah.

Konspirasi Shafee-JPM dalam kes Anwar Ibrahim

Salam kawan kawan.

Dalam musim bermaaf-maafan ini, saya nak ceritakan konspirasi peguam Umno tersohor, Shafee Abdullah, dengan penasihat media Jabatan Perdana Menteri, Jalil Hamid, dalam liputan kes liwat Anwar Ibrahim.

Walaupun falsampah politik saya tak selari dengan Anwar Ibrahim, saya sebagai wartawan Malaysia muak dengan konspirasi konspirasi untuk menggunakan media untuk menjatuhkan ahli politik.

Sudah lama dah. Dari zaman Utusan Melayu di ambil alih 1961 sampai sekarang. 50 tahun. Cukuplah Umno dan Umno Baru. Sedarlah sikit.

Konspirasi yang terbaru ni sama seperti konspirasi memburukkan Raja Petra Kamarudin beberapa tahun dulu.

Kira-kira dua minggu yang lalu, Shafee Abdullah dan Jalil Hamid, yang baru ini kena kutuk pasal pelannya memburukkan Bersih 2.0, telah berjumpa pengarang kanan media tempatan untuk cara-cara meliputi kes liwat Anwar Ibrahim.

Mereka mengutuk pendakwaraya yang tidak membantah ucapan politik Anwar Ibrahim pada permulaan pembelaannya dalam kes liwat aduan Saiful Bukhari Azlan. Yalah, Anwar Ibrahim berucap mengutuk kerajaan dan apa yang dia panggil konspirasi terhadapnya.

Pendakwaraya diam sahaja. Tidak membantah dan membenarkan dia bercakap.

Shafee Abdullah tidak tahan lagi. Walaupun dia tidak ada hak atau kepentingan dalam kes ini kecuali untuk anak guamnya Umno, dia terus memanggil pengarang-pengarang kanan untuk satu mesyuarat.

Dan sebelahnya, penasihat media Perdana Menteri, Jalil Hamid. Dulu orang Bernama, lepas tu Reuters, lepas tu Suruhanjaya Sekuriti. Sekarang bertempat di National Communications Team di Mid Valley. Ini semua maklumat yang dari sumber-sumber sahih seperti A. Kadir Jasin, yang dulu penasihat Dr Mahathir Mohamad.

Kira Goebbels Senior dan Goebbels Junior lah.

Dalam mesyuarat yang diadakan di Le Meridien Hotel, Shafee memberitahu dan mengarahkan pengarang-pengarang kanan media tempatan cara-cara dan isu-isu yang patut di utarakan dalam media masing-masing. Yalah, cara nak mencerca dan mengutuk Anwar Ibrahim.

Antara yang dalam mesyuarat itu adalah si penemuramah Raja Petra Kamarudin dari TV3. Yang bergelar Datuk. Yang sekarang ini terjebak dalah kes gangguan seksual. Ini kuasa Allah. You burukkan orang, you kena nanti.

Tapi saya nak tanya. Apa kuasa Shafee Abdullah dalam kes ini. Apa peranan Jalil Hamid dalam kes ini. Mengapa mereka ada kuasa memanggil pengarang-pengarang kanan dan memberitahu mereka apa yang patut di buat dalam liputan kes liwat Anwar Ibrahim.

Adakah duit rakyat digunakan dalam konspirasi ini? Macam mana kita nak percaya media arus perdana kalau ada mesyuarat macam ini dan konspirasi ini. Rakyat dah bosan dengan taktik taktik kotor.

Wahai Perdana Menteri Putrajaya, tuan tahu tak pasal konspirasi ini? Tuan terlibat kah dalam konspirasi ini? Bukan boleh percaya media arus perdana ini, tuan. Dia akan makan tuannya nanti.

Jadi kawan kawan, jangan percaya langsung berita arus perdana mengenai kes liwat Anwar Ibrahim. Mereka telah diarahkan untuk membohong lebih lagi supaya Anwar Ibrahim tidak berjaya tawan Putrajaya.

Saya tidak kira siapa jadi kerajaan. Tapi saya tidak suka orang bohong. Saya tidak suka Shafee Abdullah dan Jalil Hamid boleh sewenang wenangnya bagitau boss saya apa yang dia patut buat. Ini salah.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Jawapan isu bill perubatan Mat Sabu

Posted: 05 Sep 2011 06:56 PM PDT

ASD - Bila tak dijawab isu Bill Perubatan Mat Sabu ini.. ada pencacai UMporNO mengatakan Guan Eng cuba mengelak dari menjawab kononnya Mat Sabu menyelewang dana Perbadanan Bekalan Air (PBA) ini..

Bila dijawab pula.. ada pula pencaci UMporNO mengatakan jawapan Guan Eng dalam isu ini mencurigakan..

Kelmarin Ketua Penerangan Pemuda UmporNo, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu sidang media mendesak Guan Eng supaya memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu bill bayaran perubatan hospital Mat Sabu yang dijadikan kontroversi oleh UMporNO itu.

Sebelum itu Blogger UMporNO begitu galak menyebarkan fitnah tentang isu ini..

Beliau membangkitkan dua persoalan iaitu sama ada Mat Sabu yang juga Ahli Lembaga Pengarah PBAPP layak untuk membuat tuntutan pembayaran kos perubatan kerana mengikut perjanjian bersama syarikat berkenaan, pekerja yang tercedera ketika terbabit dalam kegiatan haram tidak layak membuat tuntutan.

Persoalan kedua dibangkitkan ialah mengenai jumlah pembayaran kepada pemimpin Pas itu melebihi daripada jumlah ditetapkan hospital swasta yang merawat Mat Sabu, PBAPP meluluskan pembayaran sebanyak RMRM8,434.05 sedangkan kos perubatan hanya RM5,060.54 iaitu melebihi RM3,373.50.

Untuk persoalan pertama.. Pulau Pinang kini adalah dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat oleh itu secara tidak langsung PBA juga terletak dibawah kuasa Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Yang melabelkan perhimpunan BERSIH 2.0 itu sebagai haram adalah kerajaan Barisan Nasional yang tak ada kena mengena dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang bukannya Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Jika ianya tidak diharamkan oleh Pakatan Rakyat Pulau Pinang, maka tuntutan tersebut adalah layak..

Persoalan kedua pula.. korang tengoklah video penjelasan dari Pengurus Besar PBA Ir Jaseni Maidinsa dibawah…



Hentikan fitnah, pembangkang digesa tunjuk kesemua resit perubatan Mat Sabu


GEORGETOWN - Pihak pembangkang Pulau Pinang dinasihatkan supaya menghentikan fitnah ke atas kerajaan negeri serta digesa mendedahkan kesemua resit pembayaran kos perubatan Mohamad bin Sabu yang dikeluarkan oleh Hospital KPJ Selangor, kata Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai respons pada fitnah Ketua Pemuda Umporno Bahagian Kepala Batas Datuk Seri reezal Merican bin Naina Merican kononnya kerajaan negeri bersubahat dengan Mohamad menyeleweng lebih RM3,000 dana Perbadanan Bekalan Air (PBA).

"Sebenarnya ada dua resit, tapi dia (Reezal) hanya tunjuk satu resit sahaja sebab berhati busuk...saya yakin ini semua telah diatur (dan) ini semua fitnah (pihak pembangkang)," ujar beliau.

Berdasarkan kedua-dua resit berkenaan (lihat gambar di bawah) , kos hospitaliti keseluruhannya sebanyak RM5,060.54. Manakala kos perubatan dan konsultansi berjumlah RM3373.50.

Jumlah keseluruhan kos perubatan Mohamad yang juga Ahli Lembaga PBA adalah berjumlah RM8,434.05.

Lim berkata, Reezal tidak wajar menuduh Mohamad menyeleweng dana PBA kerana transaksi pembayaran perubatan Mohamad melibatkan PBA dan Hospital KPJ Selangor sahaja.

Bercakap dalam sidang akhbar yang sama, Pengurus Besar PBA Ir Jaseni Maidinsa pula berkata, pihaknya wajar berlaku profesional membiayai kos perubatan ahli lembaga pengarahnya.

Ditambah dengan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PBA yang dijadualkan pada 19 Ogos lepas, beliau berkata pihaknya wajar melakukan tanggungjawab korporat kepada Mohamad.

"Inilah keprihatinan kami (PBA), inilah 'manfaat perubatan'. Ini adalah keputusan korporat.

"Sesetengah syarikat korporat ada yang menghantar ahli lembaganya pergi bercuti, tetapi ini tidak berlaku (dalam PBA)," ujar beliau.

Sambil menegaskan bahawa PBA tidak pernah menyeleweng dana rakyat, beliau berkata manfaat yang disumbangkan kepada Mohamad adalah rekod pertama bagi tahun ini.

Beliau turut menjelaskan mengenai status sebenar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu yang sengaja dicetuskan oleh pihak pembangkang.

"Tidak ada sebarang siasatan ke atas saya. Sebab itu, mereka (SPRM) datang ke pejabat kami (PBA). Kalau tidak (jika saya disiasat), saya ke pejabat mereka," ujar beliau lagi.

Lim dalam reaksi spontan turut mengalu-alukan SPRM untuk mengesahkan kedua-dua resit pembayaran yang didedahkan oleh Hospital KPJ Selangor dengan kerjasama PBA.

Pada 9 Julai lepas, Mohamad mendakwa kenderaan polis melanggarnya sehingga mengalami kecederaan serius di bahagian lutut.

Dalam pembedahan di Hospital KPJ Selangor, lututnya menerima skru sepanjang 2.5 inci.





Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

'Mat Sabu penakut'

Posted: 05 Sep 2011 04:10 PM PDT

Utusan Meloya lidah rasmi umporno hari ini memaparkan tajuk besar muka depan 'MAT SABU PENAKUT' - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan Mohamad Sabu sebagai penakut kerana tidak berani berdebat dengannya dalam isu sejarah Bukit Kepong.

Khairy memberi reaksi demikian setelah Timbalan Presiden Pas itu menolak untuk berdebat selepas beliau menyahut cabaran Pas agar UMNO berdebat dengan parti tersebut dalam isu kontroversi yang dibangkitkan oleh Mohamad itu.

"Hari ini Pas memilih Timbalan Presiden yang bacul dan tiada maruah. Takut sebab salah. Tewas sebelum tempur. Sekretariat yang mewakili Kerajaan Pas Kelantan yang mencadangkan saya berdebat dengan Mat Sabu (Mohamad) dan bukan saya yang cadangkan.

"Sekurang-kurangnya Husam (Datuk Husam Musa) anak jantan. Ini Mat Sabu dengan Ketua Pemuda UMNO sudah lari, memalukan,'' katanya seperti dipetik daripada laman sosial twitternya hari ini.

Mohamad dilaporkan menyerahkan tugas untuk berdebat dengan Khairy kepada Pemuda Pas Johor dengan alasan, sayap pemuda Pas negeri itu lebih layak memandangkan Bukit Kepong terletak di Johor.

Sedangkan cabaran debat tersebut dilontarkan oleh Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu parti itu berdebat secara terbuka dengan UMNO mengenai tajuk Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?.

Isu Bukit Kepong mula panas apabila Mohamad semasa berceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu menganggap pengganas komunis adalah hero sebenar dan bukannya 25 anggota keselamatan dan keluarga mereka yang dibunuh dalam trajedi serangan komunis balai polis Bukit Kepong.

Dalam pada itu, Khairy berkata, Mohamad tidak perlu berdolak-dalik kerana hakikatnya, ayam sabung Pas itu tidak berani menyahut cabaran untuk berdebat kerana sedar fakta sejarah tidak boleh diputar-belit.

"Mat Sabu tak payah cakap Ketua Pemuda UMNO lawan Ketua Pemuda Pas baru betul. Tanya Husam, dia pernah mencemar jawatannya kerana berdebat dengan Naib Ketua Pemuda UMNO walaupun dia berjawatan Naib Presiden Pas.

"Jadi biarlah rekod sejarah mengesahkan bahawa saya setuju dengan jemputan Kerajaan Pas Kelantan untuk berlawan dengan Mat Sabu tetapi dia takut dan lari. Jangan putar sejarah ini," katanya.Link

Sharpshooter - Sejarah membuktikan pemuda umporno memang penakut selepas mereka pernah dicabar oleh pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk berdebat dalam isu 'Melayu Pulau Pinang'. Sejarah membuktikan bahawa setelah surat jemputan rasmi debat dihantar serentak di bangunan umporno Pulau Pinang dan di pejabat umporno di PWTC, mereka takut dan umpama hilang 'telor' untuk berdebat. Sejarahnya di sini dan di sini

Sejarah juga pernah mencatat najib penakut dan tidak mahu berdebat dengan Anwar Ibrahim. Bermacam-macam alasan najib berikan untuk mengelak berdebat dengan Anwar Ibrahim.

Adakah Mat Sabu juga penakut seperti pemuda umporno dan najib? ini respon terkini Mat Sabu

KUALA LUMPUR 5 SEPTEMBER : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan Umno kini hanya cuba menggali kuburnya sendiri apabila terus-menerus mempertikaikan kenyataan beliau bahawa Mat Indera adalah salah seorang pejuang kemerdekaan negara.

Mengulas lanjut dakwaan Umno itu, beliau kini memiliki buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjodol "Pengukir Nama Johor" yang mana penaungnya adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman sendiri dengan menamakan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor.

Ghani juga turut memberikan kata-kata aluan dalam buku yang diterbitkan pada tahun 2004 itu.

Mohamad dijangka akan membuat satu sidang media segera bagi menunjukkan bukti ke atas kenyataan beliau sebelum ini bahawa Mat Indera adalah salah seorang hero dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Umno melalui medianya Utusan Malaysia dan lain-lain media kawalannya menyerang Mohamad dengan dakwaan menyokong komunis apabila menyifatkan Mat Indera adalah hero kerana melawan British.

Selain media, Umno juga menggerakkan ahli-ahlinya agar membuat laporan polis dan demonstrasi membantah ucap an Mohamad Sabu.

Buku Pengukir Nama Johor diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.

Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini.

Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn.

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: