shalehudin |
- Apa cerita mesyuarat Pakatan malam nih...
- Utusan Membangang Bangsa Umno... kahkahkah...
- Tipu orang Umno boleh laa... haha...
- Patut depa suka pukui orang... haha...
- Anak sedozen...
- Kawan baik Rosmah ngan sapa nih...
- Pi tipu orang Umno boleh laa... haha...
- JWW Birch kaki pompuan?
- Giliaq Anwar pulak depa ganyang... haha...
- Macam tak percaya, kena pukui ngan Polis pasai sampah...
Apa cerita mesyuarat Pakatan malam nih... Posted: 28 Sep 2011 08:00 AM PDT Semua tertumpu ke Pejabat Agung PAS malam ini Zulkifli Sulong KUALA LUMPUR, 28 Sept: Semua mata tertumpu kepada Pejabat Agung PAS malam ini iaitu tempat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuaratnya. Walaupun tidak ada panggilan untuk sidang akhbar, adalah dijangka wakil media akan memenuhi perkarangan bangunan PAS itu bagi mendapatkan keputusan mesyuarat yang bakal menentukan hala tuju politik Malaysia selepas ini. Harakahdaily difahamkan, pimpinan tertinggi PAS, PKR dan DAP akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan cadangan PAS 'untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah untuk orang Islam dan di Kelantan sahaja.' Isu ini berbangkit ekoran cabaran bekas Perdana Tun Dr Mahathir Mohamed agar kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud kerana beliau sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Kata Dr Mahathir, beliau telah dianggap oleh PAS sebagai penghalang pelaksanaan hudud ekoran surat amaran yang beliau hantar kepada Menteri Besar Kelantan yang melarang kerajaan negeri Kelantan melaksanakannya. Ekoran itu, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau akan meminta kebenaran daripada PM sekarang, Datuk Seri Najib Razak. Belum sempat permohonan dibuat, Najib sudah berkata, kerajaan tidak akan membenarkan hudud dilaksanakan di negara ini. Pengerusi DAP, Karpal Singh juga berkata, hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana berlawanan dengan perlembagaan dan DAP tidak bersetuju dengannya. Yang menjadi bertambah parah lagi apabila media melaporkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, kesemua pimpinan DAP yang ada sekarang akan meletakkan jawatan jika hudud dilaksanakan melalui platform Pakatan. Walaupun ia laporan yang tidak tepat (kerana apa yang dikatakan beliau adalah kesemua pemimpin DAP akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hudud ada dalam agenda bersama Pakatan iaitu dalam buku Jingga yang telah dikeluarkan), ia telah mengelirukan banyak pihak. Hubungan PAS dan DAP sebelum ini telah pecah pada tahun 2003 apabila berbangkit isu Negara Islam selepas dokumen negara Islam dikeluarkan PAS. Selepas satu mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel, DAP memutuskan keluar dari Barisan Alternatif (BA) dengan meninggalkan PAS dan Keadilan. Ekoran dari perpecahan itu dan isu-isu yang berkaitan dengannya, PAS dan Keadilan ketika itu telah kalah teruk dalam pilihan raya umum 2004 termasuk kehilangan sebuah negeri iaitu Terengganu dan mengekalkan Kelantan dengan majoriti yang kecil (tiga kerusi yang kemudiannya menjadi satu kerusi selepas PAS kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir). Suasana berbeza Kini, dengan suasana yang berbeza, isu panas antara PAS dan DAP datang lagi dan pemimpin PAS dan DAP akan bertemu lagi. Isunya adalah pelaksanaan undang-undang jenayah syariah yang termasuk hukum hudud di dalamnya. Tetapi kali ini, ada PKR di tengah-tengah dengan pengerusi kepada mesyuarat ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hampir semua pemimpin kanan ketiga-tiga parti akan hadir dalam mesyuarat yang bermula jam 9 malam ini kecuali Tuan Guru Nik Aziz yang tidak dapat hadir (mungkin keberatan untuk memberikan kebebasan perbincangan). Bagi penganalisis politik, Profesor Bridget Welsh, hudud bukan isu utama rakyat negara ini sekarang kerana isu utamanya adalah isu ekonomi, isu bagaimana kerajaan BN telah menggunakan duit rakyat untuk mempertahankan kuasa mereka. Namun, bagi sesetengah pihak dalam PAS, isu ini adalah kebaikan yang datang dalam masalah yang menimpa (blessing in disguise). Bagi mereka, serangan Umno terhadap PAS kononnya 'PAS adalah kuda tunggangan DAP' akan dibuktikan dalam isu ini. "Jika PAS berkata bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud sebagaimana kehendak DAP, maka sahlah tuduhan Umno bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP. "Namun, jika PAS, PKR dan DAP dapat mencapai kata sepakat untuk berkata, 'kita benarkan PAS laksanakan undang-undang ini untuk orang Islam sahaja dan di Kelantan sahaja bukan untuk lain-lain negeri', saya yakin halangan untuk Pakatan Rakyat menuju Putrajaya tidak ada lagi. "Tetapi, jika isu ini gagal dicapai kata sepakat malam ini, dan DAP akan mengambil tindakan yang sama sebagaimana tahun 2003 lalu, Pakatan akan hancur dan saya yakin DAP juga akan kehilangan sokongan khasnya orang Melayu," kata pemimpin PAS itu. Bagi beliau, Kelantan dimenangi oleh PAS sejak tahun 1990 tanpa sebarang kaitan dengan DAP dan negeri itu berjaya dipertahankan oleh PAS sehingga kini. PAS pula bersama dengan Pakatan Rakyat membentuk bersama negeri Selangor, Kedah dan juga Pulau Pinang di samping Perak sebelum ini. Beliau dengan penuh yakin berkata, pihak yang paling rugi jika perpecahan berlaku adalah DAP kerana sudah pasti Selangor akan jatuh dan silap-silap Pulau Pinang pun akan jatuh dalam pilihan raya akan datang tanpa sokongan Melayu. "PAS boleh jadi akan berjaya mengekalkan Kelantan dan Kedah walaupun bersendirian atau bersama PKR atas sokongan Melayu dengan isu ini dan boleh jadi akan menang juga di beberapa negeri lain," kata beliau. Namun, bagi Bridget Welsh (gambar kanan) , andaian ini tidak tepat kerana sebahagian Melayu juga tidak bersetuju dengan hudud dan lebih terpengaruh dengan isu ekonomi apatah lagi pengundi Cina dan India. Namun beliau bersetuju bahawa, jika PAS benar-benar mahu melaksanakannya, ia perlu melalui proses demokrasi yang terbaik termasuk pungutan suara selepas menang agar tidak ada mana-mana pihak yang terasa dizalimi. "Itupun akan masih ada golongan minoriti yang akan terasa dizalimi," kata beliau kepada Harakahdaily menjelang mesyuarat malam ini. Namun, semua persoalan di atas akan dicerakinkan oleh para pimpinan utama Pakatan Rakyat malam ini. Jika mereka berjaya melepasinya, bermakna jalan ke Putrajaya terbuka luas. Namun, jika ujian hasil mainan Tun Dr Mahathir ini gagal diatasi, esok tidak akan ada Pakatan Rakyat lagi. Pun begitu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustyafa Ali dikatakan sangat yakin, soal pecah antara PAS dan DAP tidak akan berbangkit dalam mesyuarat malam ini. Ini kerana, binaan Pakatan yang ada sudah cukup kuat untuk menempuh segala badai yang melanda dan yakin pemimpin Pakatan sudah cukup dewasa untuk mengatasinya dengan baik. |
Utusan Membangang Bangsa Umno... kahkahkah... Posted: 28 Sep 2011 07:36 AM PDT Anwar: Terima kasih banyak, Utusan Hafiz Yatim Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar ketawa hari ini apabila ditanya berhubung dakwaan bahawa ejen beliau telah diserap ke dalam badan strategik kerajaan untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. Dengan berseloroh, Anwar berkata dakwaan yang disiarkan Utusan Malaysia itu merupakan satu pujian kepadanya. "Terima kasih banyak-banyak, Utusan! Setiap hari mereka serang Anwar, (tapi) Anwar tidak nafi atau jelaskan. Tidakkah itu menarik?" Katanya lagi, beliau tidak membaca akhbar berkenaan dan tidak mengambil serius dakwaan yang ditimbulkan itu. Ejen berkenaan didakwa menyalurkan maklumat sulit mengenai Najib kepada pihak pembangkang, termasuk butiran tentang lawatan rasminya ke luar negara dan cuti peribadinya, dakwa akhbar berbahasa Melayu itu. Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyatakan nama sebarang badan kerajaan terbabit. Dakwaan berkenaan ditimbulkan dalam tulisan bertajuk 'Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?' yang disiarkan hari ini, editor kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan. Zaini mendakwa mendakwa beliau telah menerima maklumat mengenai dakwaan tersebut. |
Tipu orang Umno boleh laa... haha... Posted: 28 Sep 2011 04:47 AM PDT Gambar kiri dirakamkan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak, Sabtu lalu. Mereka berdua turut diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli (kiri) dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan. Namun, ramai yang tidak tahu, inilah bentuk dan rupa bas yang dinaiki Najib dan isterinya itu. Gambar kanan pula dirakam sewaktu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaiki bas ke suatu program pada 29 Jun lalu |
Patut depa suka pukui orang... haha... Posted: 28 Sep 2011 02:30 AM PDT Polis lebih stres berbanding guru Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi. Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan. Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus). Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus. Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu. Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya. Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam. Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya. Namun, katanya, stres dalam kerjaya kepolisan juga boleh berlaku kerana mereka sering dilabel sebagai perasuah dan prasangka negatif masyarakat terhadap mereka. Sedangkan mereka menjalankan tugas, tetapi tuduhan sesetengah pihak kononnya pasukan polis korup sama sekali tidak berasas kerana jumlah yang terbabit adalah kecil. Di Malaysia, masyarakat jarang memuji polis, sedangkan merekalah yang menjaga keselamatan sehingga kita selesa untuk bergerak ke mana-mana. Jika dibandingkan di Amerika Syarikat, ia tidak sama seperti apa pasukan polis kita nikmati di negara ini. Walaupun tidak dinafikan masih ada jenayah kecil berlaku di negara ini, keseluruhannya masih terkawal, mungkin disebabkan banyak rondaan polis di kebanyakan lokasi, termasuk yang menjadi tumpuan penjenayah, katanya yang pernah menginap dua tahun di Detroid, Amerika Syarikat, iaitu bandar yang mempunyai kadar jenayah tertinggi di negara itu. - BERITA HARIAN |
Posted: 28 Sep 2011 12:30 AM PDT |
Kawan baik Rosmah ngan sapa nih... Posted: 27 Sep 2011 09:00 PM PDT Jho Low akui kawan baik Rosmah KUALA LUMPUR: Jutawan muda penuh kontroversi, Jho Low, mengakui beliau merupakan kawan rapat kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. "Rosmah (Mansor) bukan mak angkat saya. Beliau adalah kawan baik saya," demikian jawapan beliau kepada akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh, ketika ditanya hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri, Najib Razak. Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, 29 lahir di Pulau Pinang dan anak kepada jutawan Larry Low. Beliau menjadi selebriti terkemuka ekoran kemunculannya berparti dengan aktres kontroversi Hollywood, Paris Hilton dan menjadi laporan muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa. Laman web Malaysia Chronicle pada Julai lalu mendedahkan, Jho Low memiliki sebuah penthouse di New York yang secara kebetulan dikatakan hanya 10 minit dari syarikat pengeluar berlian, Jacob & Co. Rosmah sebelum ini dikaitkan dengan pembelian berlian bernilai RM24 juta dari Jacob & Co yang dikenali sebagai 'natural fancy blue-gray cushion-cut' itu. Nama Jho Lho sebelum ini turut dikaitkan sebagai penasihat kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum ia diperbadankan menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pada Jun 2010, semasa persidangan Dewan Rakyat, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi dipindahkan dan tapaknya dijual kepada 1MDB. Bagaimanapun dalam satu wawancara dengan media tempatan, Jho Low enggan mengakui peranannya di sebalik transaksi itu. KEADILAN sebelum ini mendesak kerajaan menjelaskan kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi itu yang dianggar bernilai kira-kira RM500 juta itu. Selain itu, Jho Low juga dikatakan memainkan peranan utama dalam UBG Bhd iaitu syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau dikatakan mendapat tempat di kalangan tokoh perniagaan, ekoran hubungan rapatnya dengan pelabur dari Timur Tengah. |
Pi tipu orang Umno boleh laa... haha... Posted: 27 Sep 2011 08:00 PM PDT Gambar kiri dirakamkan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak, Sabtu lalu. Mereka berdua turut diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli (kiri) dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan. Namun, ramai yang tidak tahu, inilah bentuk dan rupa bas yang dinaiki Najib dan isterinya itu. Gambar kanan pula dirakam sewaktu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaiki bas ke suatu program pada 29 Jun lalu |
Posted: 27 Sep 2011 07:00 PM PDT JWW Birch dibunuh kerana ganggu wanita istana Subky Abdul Latif ISU Mat Sabu tentang Bukit Kepong dan Mat Indera telah dibawa ke mahkamah. Biarlah mahkamah menyelesaikannya. Tetapi isu supaya sejarah dinilai dan ditulis semula telah memungkin ada pakar sejarah terpaksa belajar semula. Sedikit demi sedikit bertambah hujah yang merasakan boleh dibetulkan. Jika ada hadis sahih dan hadis palsu, maka sejarah juga ada yang sahih dan palsu. Itulah keadaan sejarah kita termasuk ia pernah dijajah atau tidak pernah dijajah Inggeris. Saya ke Perak ketika isu sejarah itu panas dipolemik. Seorang watan Perak yang saya tidak kenali mengetuk jemala kepala saya kemungkinan JWW Birch yang dibunuh di sungai di Pasir Salak lebih 200 tahun dulu bukanlah justeru campur tangannya dalam pentadbiran dan kuasa Sultan Perak saja, tetapi bercampur sama dengan percampuran bersama wanita-wanita di istana. Kita tidak cukup maklumat adakah pelayar-pelayar Inggeris yang mula-mula datang ke Tanah Melayu dulu khususnya yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor bersama pembesar-pembesar Perak membawa isteri masing-masing. Yang datang untuk menetap beberapa ketika kerana bertugas, ada yang datang dengan isteri. Maka tidak diketahui Penasihat Inggeris yang pertama di negeri Perak itu diikuti oleh isterinya. Memandangkan jantan-jantan Eropah sentiasa biang, tak kira ada isteri atau tidak, maka bukanlah pelik kiranya Birch adalah laki-laki mata keranjang. Maka kita juga faham tentang adanya raja-raja dan anak-anak raja ada gundik walau pun ada permaisuri. Biasalah antara wanita yang menghuni istana itu gundik-gundik. Birch yang jadi Residen Inggeris Perak yang pertama itu dilihat lebih berkuasa dari Sultan dan sekalian pembesar. Inggeris berkuasa menurunkan Sultan yang bertakhta dan mengangkat seorang Sultan baru. Kalau Birch boleh buang raja dan menggantikannya dengan raja yang baru, maka dia dilihat lebih berkuasa dari raja termasuk raja yang baru ditakhtakannya. Dari sejarah yang ada bahawa pembunuhan Brich itu adalah campur tangannya yang besar hingga tiada apa yang tinggal lagi kepada raja selain dari urusan agama Islam dan adat istiadat. Keadaan itu adalah tidak biasa bagi mana raja-raja di negara merdeka, orang asing merampas segala kuasanya. Jika sebelum itu raja-raja boleh membunuh sesiapa, maka tiada yang pelik jika raja terlibat membunuh Birch. Tetapi cerita yang saya dengan di Perak itu, memberikan gambaran baru bahawa Birch itu bukan sekadar dimusnah kerana mengganggu kemerdekaan dan kedaulatan raja dan bangsa Perak, tetapi kerana perangai buruknya tidak boleh tengok perempuan. Dari cerita orang itu, payahlah gundik-gundik yang dijumpainya terlepas dari menjadi mangsanya. Memandangkan ia adalah perangai kebanyakan orang Eropah, maka saya mudah terima keterangannya walau pun saya tidak melihatnya dan tidak dapat membawakan empat saksi. Ia bukan saja satu curang yang dimarahi oleh raja dan pembesar, orang Melayu yang miskin dan lumpuh pun marah. Bagi orang Melayu baik dulu dan sekarang, orang macam itu dan dengan perbuatan macam itu patut dibunuh. Apa lagilah bagi masyarakat Melayu masa itu. Cara mana ia dibunuh tidak penting tetapi ia melayakkan dibunuh. Bagi orang Melayu masa itu, tidak perlu adalah perbicaraan yang teratur. Sekadar tahu ada seseorang mencabul seorang wanita, maka warasnya akan bertindak membunuhnya. Tidak kira raja cemburu dengan perangai buruk Birch itu tetapi kejadian seperti itu memang dibenci oleh orang Melayu. Itulah sebabnya ada kisah almarhum mangkat dijulang, orang tidak redha atas kezaliman sekali pun dilakukan oleh seorang raja. Sebagai bukan ahli sejarah, saya serahkan cerita ini kepada ahli sejarah, apakah tidak boleh cerita itu dikaji bagi dirakamkan dalam sejarah? |
Giliaq Anwar pulak depa ganyang... haha... Posted: 27 Sep 2011 06:00 PM PDT Media perdana bakal manipulasi kenyataan Puad Muhammad Faizal SHAH ALAM, 27 Sept: Kenyataan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Puad Zarkashi pada wacana 'Merdeka Wajarkah Sejarah Ditulis Semula' anjuran Sinar Harian hari ini bakal di manupulasikan oleh media arus perdana. Kenyataan tersebut mengaitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan peristiwa Memali yang menyatakan Anwar pernah mengatakan Ibrahim Libya adalah seorang penjenayah sewaktu di luar negara. Dr. Puad mengeluarkan kenyataan tersebut apabila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan adakah Ustaz Ibrahim Libya juga dituduh sebagai penjenayah sedangkan beliau hanyalah membantah tindakan kerajaan ingin menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Kalau perjuangan Mat Indera yang berjuang menentang penjajah British kita boleh katakan pemberontak sehingga melabelkan beliau sebagai komunis bagai mana pula kes Ustaz Ibrahim Libya. "Mengenai peristiwa Memali tidak perlu kita timbulkan kembali kerana ia menjadi sejarah hitam kepada penduduk kampung tersebut. Episod Memali menggambarkan orang kampung bersalah dan ini dimainkan oleh media sebelum ini. "Kes ini telah lama berlalu biarlah ia menjadi sejarah kepada negara ini yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang ramai, jika ia di timbulkan kembali oleh media arus perdana akan menyebabkan hati penduduk disana terguris, jadi untuk mengelakkan perkara sedemikian tidak berlaku lebih baik senyap," jelas Saifuddin. Tambahnya lagi, sekarang bukannya masa untuk tuduh menuduh diantara satu sama lain jika tidak mempunyai fakta yang tepat. "Sekarang bukannya masa untuk kita tuduh menuduh diantara satu sama lain apatah lagi tidak mempunyai fakta yang tepat. Jangan kerana Anwar di dalam PKR maka isu ini ditimbulkan kerana perkara itu berlaku sewaktu beliau di dalam Umno tapi itu belum pasti kebenarannya. "Kita tidak perlu meletakkan siapa bersalah samada Anwar, Tun Musa Hitam mahupun Tun Mahathir Mohamed kerana politik tuduh menuduh sudah berakhir. "Apa yang pasti peristiwa sedemikian tidak perlu berulang lagi," sambungnya lagi. Sementera itu, pakar Sejarah Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Ramlah Adam memberitahu peristiwa Memali itu perlu ada kajian lengkap. "Pengkajian yang perlu diteruskan dan mesti bersikap adil, ini bagi memberi satu kebenaran dalam peristiwa tersebut. "Kajian sejarah perlu diberikan penekanan oleh pihak tertentu agar budaya tuduh menuduh dapat dielak. "Saya bersetuju dan sekarang bukan masa untuk kita tuduh menuduh kerana yang paling penting mencari kebenaran disebalik peristiwa Memali," jelas Ramlah. Sebelum itu, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'. Peristiwa itu terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China |
Macam tak percaya, kena pukui ngan Polis pasai sampah... Posted: 27 Sep 2011 05:00 PM PDT Dipukul polis kerana sampah MOHD. RIDZUAN menunjukkan laporan polis dan X-ray akibat dibelasah oleh polis di Jitra, Kedah semalam. JITRA - Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal di sini mendakwa dipukul lima lelaki dipercayai anggota polis hanya disebabkan tegurannya ke atas salah seorang lelaki terbabit yang tidak membuang sampah ke dalam tong di Taman Bahagia, Kodiang dekat sini Sabtu lalu. Mangsa, Mohd. Ridzuan Mohd. Noor, 23, memberitahu, kejadian berlaku ketika dia membuat kerja pembersihan di taman perumahan tersebut sebelum didatangi salah seorang lelaki yang membuang sampah di luar tong. Katanya, dia kemudian meminta lelaki berusia awal 50-an itu membuang sampah ke dalam tong yang disediakan, namun sebaliknya dia diherdik dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu. "Lelaki itu menengking dengan berkata, hang siapa, dan saya memberitahu saya ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut. "Lelaki itu masih tidak berpuas hati dan memberitahu, hang tidak tahu aku siapa, kalau ada pistol aku tembak hang," ceritanya kepada pemberita di sini semalam. Tambahnya, lelaki terbabit yang berpakaian preman kemudian berlalu, namun datang semula ke kawasan itu kira-kira 30 minit kemudian bersama empat lagi rakannya. "Setiba di situ mereka mengepak tangan dan menendang saya sehingga jatuh. Mereka kemudian menggari tangan saya. Selepas itu mereka menyepak muka, perut dan belakang badan," dakwanya yang tidak dapat berbuat apa-apa kerana tangan digari. Mohd. Ridzuan memberitahu, dia kemudian dibawa ke Balai Polis Kodiang sebelum sekali lagi dibelasah oleh mereka dan selepas itu mengurungnya di dalam lokap.- Kosmo |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan