Rabu, 28 September 2011

Addin

Addin


Website Kerajaan Negeri Melaka Jadi Website Umno!!

Posted: 28 Sep 2011 03:00 PM PDT

Website kerajaan negeri dah transform ke website Umno
Artikel ni Addin ambik dari blog DPPK Bukit Katil, Umno cukup terdesak sehinggakan website kerajaan negeri boleh di salah guna jadi website Umno. Pelbagai pautan Umno berada di website hakmilik kerajaan negeri yang di bayar dengan wang pembayar cukai. Cukup tidak profesional Ali Rustam serta kuncu-kuncunya. 


Dikhabarkan hadirin yang hadir cukup meluat dengan ucapan politik ahli parlimen tersebut. Kebetulan pulak, Addin tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis tersebut.. jikalau tidak tentu lebih banyak pendedahan boleh di upload di sini. Sila baca di sini  untuk melihat betapa terdesak Umno Melaka dalam menghadapi gelombang kebangkitan rakyat pada PRU 13 nanti.

Juga boleh klik di sini dan di sini.


Liwat 2 : Penafian Najib Dan Rosmah Pada Hari Esok

Posted: 28 Sep 2011 08:43 AM PDT

Sudah pasti Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor akan menuduh musuh ketat mereka iaitu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai menyalahgunakan proses mahkamah kerana memaksa mereka menampilkan diri sebagai saksi di dalam perbicaraan kes liwat kedua yang masih berlangsung. Dan pihak mahkamah masih dijangka untuk menerima tuntutan mereka untuk menepikan sepina yang telah diperolehi peguam-peguam Anwar awal bulan ini, selepas pasangan tersebut membuat kejutan kerana enggan memberi keterangan. "Semestinya mereka akan menafikannya, apa yang anda fikir? Ia akan menjadi sesi terbuka dan tertutup," kata penganalisis politik yang telah lama mengikuti kes ini kepada Malaysia Chronicle.

"Saiful pernah berjumpa dengan pasangan tersebut apabila Najib merupakan timbalan perdana menteri pada ketika itu. Perkara tersebut telah dihapuskan daripada testimoni Saiful yang terdapat di dalam rekod mahkamah, boleh anda bayangkan? Bagi Rosmah pula, keterangan yang diberi Saiful di mahkamah berbeza dengan keterangan yang dibuatnya sebelum ini."

Penafian

Najib, 58, dan Rosmah, 60, dijangka akan menampilkan diri di mahkamah pada hari Khamis apabila permohonan mereka akan dinilaikan. Walaubagaimanapun, kemugkinan besar adalah pasangan tersebut akan diwakili sekumpulan peguam-peguam mereka.

Penganalisis politik menjangka Rosmah akan menafikan pernah bertemu Saiful Bukhari Azlan, pengadu tuduhan liwat, manakala Najib mungkin akan memberitahu mahkamah bahawa dia tidak menyuruh bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan dan pegawai kanan yang lain iaitu Rodhwan Ismail untuk menolong Saiful memfitnah Anwar.

Najib yang pada awalnya cuba untuk menafikan pernah bertemu Saiful, tetapi ia telah dibongkarkan dan Najib menarik balik penafiannya dan beliau dijangka untuk menurut skrip dan berkata bahawa beliau pernah bertemu Saiful tetapi tidak berkomplot dengannya untuk membuat laporan polis terhadap Anwar.

Dalang-dalangnya

Perdana Menteri bersama isteri telah dituduh menjadi dalang bagi tuduhan liwat terhadap Anwar di dalam percubaan untuk menghancurkan kerjaya politiknya. Pada Jun 2008, sebaik sahaja Anwar membuat pengumuman untuk kembali aktif di dalam politik, dia telah dituduh meliwat Saiful, bekas setiausaha politik.

Anwar telah menafikan tuduhan terhadapnya, mengatakan bahwa ia merupakan konspirasi yang dibuat-buat oleh pasangan tersebut bersama Musa dan Rodhwan.

"Persediaan yang terdapat di dalam konspirasi ini adalah amat mendalam dan dapat dikesan hinggalah ke Perdana Menteri sendiri dan isteri beliau Rosmah Mansor yang mana kedua-duanya telah diakui oleh pengadu bahawa mereka pernah bertemu di kediaman mereka di mana dia membuat aduan bahawa dia pernah terkena serangan seksual," kata Anwar dari kandang pada hari pertama beliau dipanggil untuk mempertahankan diri.

"Kenyataan awal yang dibuat Najib bahawa beliau pernah bertemu dengan si pengadu hanyalah sekadar perbincangan mengenai biasiswa merupakan penipuan yang jelas dan cumalah ditarik balik selepas beberapa pendedahan dibuat melalui media social dan blog- blog internet."/mc

Akan Banyak Akta Zalim Ganti ISA

Posted: 28 Sep 2011 07:52 AM PDT

Beliau memberi contoh pada April 2001, Ketua Polis Negara (KPN) ketika itu, Tan Sri Norian Mai memberi kenyataan bertulis enam aktivis pembangkang yang ditahan mengancam keselamatan negara."Apabila kita bantah dan mencabar kes ini di mahkamah, beliau gagal menunjukan sebarang bukti atas dakwaannya itu dan ini bukan kali pertama berlaku tetapi kerap menjadi skrip Umno BN bersama institusi kerajaan yang dikawalnya demi menghadkan pergerakan parti pembangkang," tegasnya.



Sementara itu, Aziz bari berkata, Perkara 149 adalah undang-undang yang pelik kerana ia membelakangkan semangat perlembagaan yang menjamin hak asasi manusia. "Pelik, sebab ia bertentangan dengan (semangat) perlembagaan persekutuan dan turut dikecam pakar undang-undang kebanyakan negara di dunia," katanya. Aziz Bari turut sependapat dengan Sivarasa yang menekankan pemansuhan ISA menimbulkan banyak persoalan.

"Sehari selepas Najib umum ISA dimansuh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Ketua Polis Negara, menyatakan pemansuhan ISA berkuatkuasa tahun depan tetapi kenyataan Najib (pada 16 September lalu) 'IsA dimansuh terus'.

"Manakala Timbalan Najib iaitu Muhyiddin Yassin hanya memberi kenyataan pemansuhan ISA dua hari kemudian selain NGO pro Umno, Perkasa mahu ISA dikekalkan, bukankah ini pelik," soalnya./kd

Gempar!! Sebuah Pulau Di Sabah Tergadai Pada Warga Asing?

Posted: 28 Sep 2011 06:55 AM PDT

Terpanggil oleh rasa tangggung jawab terhadap warisan adat dan ingin membersihkan nista para pewaris di Pulau Pandanan yang sebelum ini pernah menjadi bahan cemuhan masyarakat antarabangsa akibat peristiwa penculikan di Pasir Resort beberapa tahun dulu, para pewaris menyongsang arus mempertikaikan pembohongan kerajaan negeri Sabah. Sekali lagi Pulau Pandanan menjadi bahan bualan masyarakat dengan skandal penjualan pulau itu di peringkat antarabangsa apabila Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah (JTU), Datuk Osman Jamal mengesahkan bahawa Pulau Pandanan salah satu pulau yang telah dijual di peringkat antarabangsa yang berpusat di America syarikat oleh pemiliknya.

Pewaris Pulau Pandanan, Datu Pengeran Ahmad bin Datu Ali Alam yang mempunyai Hak NCR di pulau berkenaan iaitu Pulau Pandanan Kecil memaklumkan bahawa kenyataan Osman Jamal adalah 'satu pembohongan besar dan berniat malafide (jahat) dan tidak berasas' apabila memaklumkan pulau itu sedang dipantau aktivitinya kerana isu penjualan di luar negara.

Datu Pengeran Ahmad memaklumkan bahawa tiada pewaris yang berbuat demikian dan bertindak melakukan kerja 'subversif' ini seperti mana yang didakwa oleh Pengarah JTU. Beliau memaklumkan, laporan Pengarah JTU yang menyatakan bahawa Pulau itu memiliki Status Geran CL adalah tidak benar sama sekali, kerana Pulau Pandanan yang mempunyai dua buah pulau dan hanya memiliki dua geran NT di Pandanan Besar dan satu geran Hak NCR di Pulau Pandanan Kecil.

BUKTI…Pengesahan Dokumen Hak Milik NCR di Pulau Pandanan Kecil.
Jesteru itu, Datu Pengeran Ahmad memberi amaran agar Osman Jamal berhati-hati membuat kenyataan supaya tidak memberi impak dan kesan buruk kepada nama baik para pewaris Pulau kerana tindakan cuai dan 'sedap mulut' sebegini hanya akan menyebabkan timbulnya isu yang bakal memberi kesan negatif kepada pemilik pulau berkenaan.

Datu Pengeran Ahmad memaklumkan bahawa sejak 1960, Pulau Pandanan Besar hanya memiliki dua geran berstatus NT (Native Title) yang tidak boleh dijual kepada pihak luar, lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa. Bagaimanapun Datu Pengeran Ahmad terkilan dengan kenyataan Osman Jamal dan tidak tahu dari mana Pengarah JTU mendapat maklumat bahawa Pulau Pandanan memiliki Geran CL.

"Saya harap beliau tidak berat lidah memohon maaf daripada para pewaris yang telah dimalukan di peringkat antarabangsa," kata Datu Pengeran Ahmad yang mendesak agar isu kedaulatan pulau ini dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Sabah dan di Parlimen.

NT….Geran NT Pulau Pandanan Pesar, NT 688 yang dikeluarkan pada tahun 1960
Datu Pengeran Ahmad yang terbaca beberapa laporan berhubung Dilema Pulau Pulau Semporna di Sabahkini.net terutama Krisis Perundangan dan Peraturan Di Tun Sakaran Marine Park (TSMP) di antara LCF-TSMP (Local Communitee Forum–Tun Sakaran Marine Park) dan Taman-Taman Sabah kesal dengan senario yang berlaku dan menggesa Kerajaan Negeri Sabah bertindak segera.

Cadangan niat Pewartaan Pulau Sipadan oleh Taman-Taman Sabah, kata Datu Pengeran Ahmad menyebabkan Pewaris Pulau Sipadan Haji Abdul Raup Bin Mahajud mengemukakan bantahan; ekoran beberapa masalah yang dicipta oleh Pejabat Tanah dan Ukur dan Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Semporna telah mendatangkan seribu satu persoalan kepada para pewaris Pulau di Semporna, kepada penduduk tempatan dan juga kepada generasi muda Semporna.

Isu kedaulatan dan hak yang terancam di pulau-pulau di Daerah Semporna yang tidak mendapat perhatian wajar dari Wakil-Wakil Rakyat (ADUN dan MP) di Parlimen Semporna, kata Datu Pengeran Ahmad, akhirnya menimbulkan tanda-tanya kepada para pewaris adat istiadat masyarakat Bajau di Semporna; apakah sebenarnya yang dilakukan oleh Wakil-Wakil Rakyat Semporna sehingga perkara ini timbul?

Kata Datu Pengeran Ahmad, sampailah bilakah Wakil-Wakil Rakyat BN akan terus mencipta dan menimpakan masalah kepada para pemilik dan pewaris Geran NT dan Pemilik Hak NCR seluruh pulau di Semporna?

"Pihak kami mendapat laporan tidak rasmi bahawa semenjak tahun lalu lebih 10 individu dan syarikat persendirian yang menyaman PPHT Semporna dan mengheret mereka ke mahkamah untuk mendapatkan pengadilan," kata Datu Pengeran Ahmad yang mengesahkan bahawa Peguam Negeri Sabah telah menulis surat kepada PPHT dan Pejabat Tanah Semporna bahawa mereka tidak lagi akan mewakili mereka ekoran kepincangan dilakukan institusi berkenaan di peringkat akar umbinya sehingga ke peringkat.

Memandangkan pemasalahan yang timbul, kata Datu Pengeran Ahmad, Waris Pulau Pandanan telah membuat jejak yang seperti mana Waris Pulau Sipadan untuk menyertai perjuangan LCF-TSMP di Pulau-Pulau Semporna supaya dapat dijaga dan dikekalkan mengikut adat istiadat masyarakat setempat./sabahkini

Baca di sini.


Umur Bersara Wajib Naik 60 Tahun?

Posted: 28 Sep 2011 04:49 AM PDT

Umur persaraan wajib bagi kakitangan awam di negara ini mungkin dinaikan dari 58 tahun kini kepada umur 60 tahun.Pengumuman itu dijangka dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2012 yang dijadualkan pada 7 Oktober depan. Kerajaan dikatakan sedang mempertimbangkan secara serius untuk memperkenalkan had umur persaraan yang baru di kalangan kakitangan awam. "Antara pertimbangan kerajaan untuk menaikkan had umur persaraan ialah peningkatan jangka hayat penduduk negara ini yang semakin menyamai negara-negara maju," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Selain itu, peningkatan had umur persaraan akan membolehkan tenaga-tenaga kerja berpengalaman di sektor awam dapat dikekalkan untuk tempoh yang lama selain memastikan mereka mempunyai pendapatan tetap untuk tempoh yang lebih lama, jelas sumber itu. Katanya, peningkatan had umur persaraan kakitangan awam itu tidak akan menjejaskan peluang kerja generasi muda kerana negara sedang melalui fasa lambakan tawaran kerja terutama semenjak kerajaan memperkenalkan Model Ekonomi Baru.

Menurut statistik terkini, jangka hayat rakyat Malaysia ialah 73 tahun untuk lelaki dan 76 tahun untuk wanita. Jangka hayat itu adalah pertambahan antara 20 hingga 30 tahun lagi berbanding ketika negara baru Merdeka lebih 50 tahun lalu. Kali terakhir kerajaan menaikan had umur persaraan ialah pada tahun 2008. Terdapat seramai 1.2 juta kakitangan awam pada masa ini.

Di dalam perkembangan berkaitan, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPECS) sebelum ini memohon kerajaan agar mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan had umur persaraan kakitangan awam dari 58 tahun kepada 60. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, beliau yakin bahawa kerajaan akan menunaikan sekurang-kurangnya 80 peratus tuntutan CUEPECS di dalam pembentangan Bajet 2012 di

Dewan Rakyat awal bulan depan termasuk peningkatan had umur persaraan. Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) turut meminta kerajaan menaikkan had minimum umur persaraan pekerja swasta dari dari 55 tahun kepada 60. MTUC juga sebelum ini mencadangkan had umur persaraan wajib bagi pekerja swasta dinaikkan kepada 64 tahun.

Permohonan MTUC ini juga dikatakan akan turut dipenuhi pihak kerajaan. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S Subramaniam di dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata, kerajaan pada dasarnya telah bersetuju untuk menetapkan had umur minima persaraan yang baru bagi sektor awam. Bagaimanapun untuk sektor swasta, ia masih dalam proses perbincangan. "Sebenarnya kita belum putuskan lagi kerana perbincangan dengan wakil-wakil pekerja serta majikan masih diteruskan," katanya kepada media Selasa lalu.

Addin :

Addin dapat cicit baru bersara..


Ini Cara Yang Di Gunakan Pengebom Berani Mati Di Solo

Posted: 27 Sep 2011 10:20 PM PDT

JAKARTA -  Pelaku pengeboman Gereja Bethel Injil Sepenuh (GBIS) Kepunton, Solo ternyata melakukan survei sebelum melancarkan aksi bom bunuh diri itu, Minggu 25 September 2011, pukul 10.55 WIB. Sehari sebelumnya, Sabtu 24 September 2011, pelaku wara-wiri ke seputar Gereja itu. "Pelaku bertanya (kepada saksi) di mana GBIS dan di mana warnet terdekat (dengan gereja itu)," kata Juru bicara Markas Besar Kepolisian RI, Brigadir Jenderal I Ketut Untung Yoga, Senin 26 September 2011. Menurut Yoga, informasi itu diperoleh kepolisian dari keterangan empat saksi di lokasi kejadian. Kepada seorang saksi, pelaku, yang diduga bernama Achmad Yosepa Hayat, mengaku datang dari Jawa Barat dengan menumpang kereta api.

"Menurut saksi, pelaku berlogat Sunda." Gerak-gerik pelaku juga terlihat dari rekaman kamera CCTV di GBIS Kepunton menjelang ledakan. Komisaris Besar Boy Rafli Amar, juru bicara Mabes Polri lainnya, menjelaskan, pelaku beberapa kali mengawasi bagian dalam gereja. "Pelaku melewati pintu masuk, lalu keluar lagi," katanya. Demi mendapatkan gambaran detail, penyidik bahkan telah memeriksa lebih dari 20 saksi, termasuk beberapa anggota jemaat yang terluka.

Pada hari kejadian, sebelum beraksi Achmad mampir di warung Internet Solonet sekitar satu jam, lantas makan di warung angkringan dekat gereja. Dalam catatan Sunu Prasetyo, pemilik Solonet, Achmad mengakses internet Minggu pagi mulai pukul 08.37 hingga pukul 09.28 dengan nama Oki. Dia sempat membuka situs berita Jihad dan motoGP.

Lelaki itu lantas keluar untuk makan di Angkringan, dekat gereja, Pukul 10.43 WIB, Achmad kembali lagi dan login atas nama Eka. Ia menyewa bilik nomor sembila, " Ia membawa tas ranselnya dan masuk kamar mandi" kata Sunu. " Setelah itu, menitipkan tas ke petugas counter"

"Kami membandingkan rekaman CCTV warnet dengan CCTV milik gereja," ujar juru bicara Kepolisian Daerah Jawa Tengah, Komisaris Besar Djihartono."Wajah keduanya identik". Petugas Keamanan Gereja Suharto mengaku melihat pelaku wara-wiri di depan gereja, bahkan masuk dalam gereja. Gerak-gerik mencurigakan itu, tampak dalam rekaman CCTV yang dimiliki gereja.
Pelaku,masuk dari pintu samping barat laut, lalu berjalan ke tengah agak ke depan. Lalu keluar dari pintu pintu utara, masuk kembali, lalu keluar lagi. Sampai di pintu keluar, bom meledak. " Waktu ia masuk dan mondar-mandir kira-kira 5 menit. Pria ini mengenakan kacamata, topi hitam, kaus, dan rompi," kata seorang penyidik.

Meski bom berdaya ledak rendah, tapi cukup membuat perut pelaku berlubang. Setidaknya 22 orang jemaat yang ada di sekitarnya, terluka akibat semburan paku, mur, dan baut besi dari bom yang diduga diikatkan di dekat perut. Dua orang jemaat di antaranya kini kritis karena sebuah mur bersarang di otaknya.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengatakan pelaku adalah jaringan pengebom masjid kantor Kepolisian Resor Cirebon Kota pada 15 April 2011. Seorang polisi di lokasi kejadian menyebutkan jenis bom sama dengan bom di Cirebon: peledak berkekuatan rendah dicampur paku, mur, dan baut besi.

Menurut sumber Tempo, terduga pelaku adalah Achmad Yosepa Hayat adalah satu dari lima buron kasus Cirebon. Namun kepolisian masih menunggu hasil pencocokan DNA pelaku dengan keluarganya untuk memastikan identitasnya.

Berdasarkan hasil penyidikan kasus Cirebon, Achmad dipersiapkan menjadi pelaku pengeboman berikutnya setelah M. Syarif, yang tewas di masjid Polres Cirebon. Seperti pada bom Cirebon, bom Achmad diletakkan di bagian depan tubuh. Untuk mengaktifkannya, digunakan saklar. "Kami menyita beberapa barang bukti, termasuk sebuah saklar," kata Djihartono./tempo

Panas!! Najib Akan Hapuskan Kuota Bumiputra

Posted: 27 Sep 2011 08:21 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata bahawa kerajaan sedang mencari jalan untuk melupuskan sistem kuota dalam membina kapasiti bumiputera kerana pendekan itu tidak mencapai tujuan ia diperkenalkan. Sebaliknya, Najib berkata, kuota ekuiti 30 peratus itu hanya menghalang usahawan bumiputera daripada mempertingkatkan kemampuan mereka. "Kami mahu menghapuskan kuota tetapi kami akan menyokong ia (usahawan bumiputera) berkembang. "Jika kita adakan kuota, mereka akan hanya berpuas hati dengan kejayaan itu dan tidak akan mendapatkan kepakaran bagi menguruskan perniagaan mereka," katanya.
Menjawab soalan daripada hadirin semasa sesi soal-jawab Forum Megatrends Khazanah 2011 di Kuala Lumpur, Najib berkata penetapan kuota "tidak membawa apa-apa makna". "(Usahawan bumiputera) akan menjual saham-saham mereka apabila harga tinggi dan hanya akan tinggal peratusan kecil daripada jumlah yang diperuntukkan untuk bumiputera (dalam pegangan mereka)," katanya.

Oleh itu, perdana menteri berkata kerajaan akan menggunakan pendekatan berlainan dalam tindakan afirmatif bagi mengesan bumiputera yang cekap, teruji dan boleh berjaya serta menyokong mereka supaya akan lebih berdaya saing. "Kami telah mengenal pasti lebih daripada 1,000 syarikat melalui Teraju, dan kita akan melihat bagaimana untuk membantu syarikat-syarikat ini menjadi lebih besar dan lebih maju," katanya, merujuk kepada agensi kerajaan yang ditubuhkan bagi menyelia hal-ehwal ekonomi bumiputera.

Katanya, dengan menyokong "bumiputera bijak", bukan sahaja akan memperkembangkan bakat dalam masyarakat itu tetapi juga mengelakkan bantahan daripada rakan-rakan bukan bumiputera mereka. Najib, yang juga Presiden Umno, berkata sudah tiba masanya kerajaan beralih daripada budaya "mengenali seseorang" (know who) kepada budaya "tahu melakukannya" (know how) dalam masyarakat.

"Tindakan afirmatif akan berasaskan lebih dan lebih lagi pada meritokrasi. "Pendekatan baru ini diharapkan dapat membina satu kelas baru usahawan bumiputera yang lebih berdaya tahan dan boleh berjaya dalam jangka masa panjang," katanya.

Najib sebelum ini telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk meliberalisasikan ekonomi dari kuota berasaskan kaum melalui Model Ekonomi Baru (MEB), tetapi menerima tindak balas negatif daripada kumpulan-kumpulan berkepentingan kaum.

Addin :
Inilah bukti Najib dan Umno pejuang bangsa.. setelah berbillion keuntungan di kaut oleh keluarga dan kroni-kroni atas nama kuota bumiputra. Selepas itu, kuota di hapuskan... terkapai-kapailah anak bangsa untuk mendepani situasi ekonomi semasa dunia yang tidak menentu, di tambah pula kegagalan Umno BN selama ini mentadbir urus ekonomi negara ini. Maka yang menanggung kesengsaraan dan kesempitan adalah rakyat marhaen seperti kita semua dan generasi-generasi akan datang... Sungguh celaka Umno BN dalam agenda menjahanamkan rakyat dan negara ini. Wajib kit tolak pada PRU 13 nanti.. MAMPOS UMNO!!

Tiada ulasan: