Rabu, 21 September 2011

shalehudin

shalehudin


Terima kasih Wikileaks, tahniah SPR... kahkahkah...

Posted: 21 Sep 2011 10:00 AM PDT


Terima kasih Wikileaks kerana pembongkaran isu yang paling menjijikkan dalam sejarah demokrasi Malaysia dan tahniah pada SPR kerana kini terbukti sudah bahawa anda adalah pencacai bangsa Umno no satu dalam negara...


********************************

Wikileaks: SPR pernah keluarkan 60,000 IC palsu

KUALA LUMPUR 20 SEPT : Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui beliau pernah mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja-pekerja asing di Sabah pada sekitar tahun 1990-an - atas arahan Umno.

Kabel yang dimuat-naikkan di portal pembocor maklumat Wikileaks memetik bekas ketua Rakyat Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) Malek Husin sebagai mendakwa bahawa Rashid mengakui perkara ini dalam pertemuan peribadi di rumah Rashid pada 25 Oktober, 2006, lapor Malaysiakini.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid juga mengesahkan Umno telah melancarkan kempen 'kotor' pada tahun 1990-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai sehingga 1994 oleh PBS yang berada di barisan pembangkang ketika itu.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan mereka pendatang beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi telah mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin-pemimpin tempatan sama ada di dalam mahupun di luar BN berulang-kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.

Walau bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.

Adalah didakwa keadaan semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang kini dikenali sebagai 'Projek IC'.

Ini adalah operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan ejen-ejen mereka - dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.

Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot dengan sebegitu mendadak.- M'kini

Mahathir ngan Najib buat akai keling

Posted: 21 Sep 2011 08:30 AM PDT

Permainan politik Mahathir-Najib

Tun Mahathir Mohamed telah cuba 'menasihatkan' kepada anak didiknya Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan pilihan raya umum yang ke-13 atas alasan bahawa imej UMNO-Barisan Nasional masih tidak menentu.

Bagi orang UMNO khususnya, pandangan seorang yang berpengalaman seperti Mahathir pastinya berasas. Justeru, para pemimpin UMNO pasti tidak akan 'masuk telinga kiri keluar telinga kanan'.

Hari ini pula menurut laporan lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia, dengan tajuk besar "ISA: Barat patut contohi Malaysia", seharusnya mengembalikan kelegaan kem Najib yang sejak kebelakangan ini menghadapi tekanan kerana semakin kurang popular di kalangan rakyat.

Mahathir berpendapat, Amerika Syarikat dan Britain patut mencontohi tindakan Malaysia (baca: UMNO ) memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang didakwanya turut diamalkan di kedua-dua negera tersebut.

Ini bererti Mahathir memberi isyarat yang agak jelas bahawa imej Malaysia, khususnya imej Najib, sama ada di mata rakyat atau pun di kaca mata media antarabangsa sudah mula meningkat naik. Modal-modal ini akan terkumpul untuk dijadikan bahan kempen pada pilihan raya umum yang akan datang.

Realiti sebenar di Malaysia

Tiada siapa yang rasional akal fikirannya akan menyokong mana-mana akta yang zalim dan menindas, sama ada di Amerika Syarikat atau pun di Britain.

Namun apa yang Mahathir tidak katakana ialah sistem undang-undang di negara-negara yang beliau sebutkan itu, dari segi amalannya, amatlah berbeza dengan amalan di Malaysia.

Badan kehakiman dan institusi undang-undang Barat itu adalah bebas dari tekanan dan cengkaman eksekutif. Kebarangkalian untuk kerajaan mereka melakukan salah guna kuasa dengan mengenakan tekanan atau ugutan terhadap rakyat mereka sendiri amatlah rendah berbanding rekod penggunaan ISA yang digunakan oleh kerajaan terhadap rakyat Malaysia.

Tangkapan di Barat hanya dilakukan khusus untuk suspek keganasan (terrorism). Contohnya, kerajaan Presiden Barack Obama dari Parti Demokrat tidak pernah dan tidak menahan tanpa bicara mana-mana pemimpin atau ahli Parti Republikan, malah parti-parti kecil lain, walau pun mereka ada kalangan mereka yang memaki hamun presiden, membakar bendera Amerika, dan mengadakan himpunan aman berpuluh ribu orang.

Begitu juga Perdana Menteri David Cameron tidak akan menahan tanpa bicara mana-mana orang dari parti pembangkang Buruh atau mana-mana parti sosialis, komunis, fasis dan apa sahaja kumpulan yang bebas bersuara mengikut undang-undang negara Britain.

Yang menjadi sasaran mereka adalah suspek pengganas yang mahu mengebom tempat-tempat awam. Malah, tindakan itu pun dikecam oleh rakyat di negara Barat sendiri yang tidak mahu kebebasan dicengkam.

Di Malaysia, yang sering menerima bahana ISA ini rata-ratanya orang politik, golongan mazhab agama dan sebilangan kecil yang dianggap pengganas. Majoriti mangsa-mangsa ini adalah warganegara Malaysia.

Di Malaysia juga, badan kehakiman sudah tidak bebas lagi sejak Mahathir mengambil alih pentadbiran pada 1981.

Peguam Negara pula yang sememangnya menjadi peguam untuk kerajaan diberi hak yang luas dan besar untuk menentukan kes-kes untuk didakwa atau tidak; ini bererti beliau berhak menolak pendakwaan kes terhadap kerajaan. (Bukankah lebih baik jika wujud Jabatan Pendakwaan supaya lebih adil, manakala Peguam Negara cukup sekadar menjadi peguambela untuk kerajaan?)

Mansuhkan ISA atas nama sahaja?

Dengan sikap dan amalan yang telah lama dilaksanakan itu, tidak mengejutkan jika rata-rata rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebebasan tidak yakin dengan pengumuman Najib.

Malah, undang-undang yang bakal menggantikan ISA kelak juga pastinya tidak banyak berubah. Kata-kata para menteri UMNO-BN dalam sehari dua ini sudah jelas membayangkan hasrat itu.

Maka, walau pun nama 'ISA' sudah tidak ada dengan ganti nama lain dan entah bila pula ia akan dilaksanakan, ia tetap tidak akan mengubah apa-apa pun. Hanya ubah nama. Malah, ISA akan digantikan dengan dua undang-undang baru.

Persoalannya, mengapa perlu digantikan dengan dua undang-undang pula? Bukankah sudah ada peruntukan untuk menangani keganasan atau terrorism dalam Kanun Keseksaan?

Inilah silap mata Najib dan guru politiknya Mahathir buat media dan rakyat Malaysia; tukar nama dengan harapan imej juga turut bertukar. Isinya tetap sama, kebebasan rakyat masih terkongkong.

" Tiru macam saya "

Hujah kedua Mahathir turut menambah dalam kenyataannya bahawa dunia Barat dahulu mengkritik hebat penggunaan ISA harus mengakui keterbukaan undang-undang dan mengikut jejak langkah Malaysia.

Kenyataan beliau ini mengesahkan bahawa Mahathir menghidap sindrom 'pengiktirafan'. Sejak zaman pemerintahannya, beliau amat dahagakan pengiktirafan dunia kepada dirinya dan Malaysia.

Dari hal sukan, pembinaan bangunan pencakar langit, slogan Malaysia boleh dan pelbagai lagi. Sehingga dicipta slogan 'Malaysia Boleh' walau pun hasilnya masih dipertikaikan lagi.

Malah sering juga kita dengar bagaimana media UMNO BN mengasosiasikan Mahathir dan Malaysia sebagai entiti yang 'satu'. Sekali lagi, sedap bunyinya tapi amalannya mungkin bermaksud satu pemerintah yang tidak boleh ditegur atau dipertikaikan.

Jika rakyat mengkritik Mahathir, ia bermakna rakyat mengkritik Malaysia. Jika rakyat menyebut tentang amalan politik korup di Malaysia, maka rakyat dituduh mencemar nama baik dan jasa Mahathir. Inilah corak propaganda mereka yang tidak berkesudahan, dan kini diteruskan oleh Najib.

Pada realitinya, ungkapan Mahathir yang menyeru agar negara Barat mencontohi Malaysia ini amat memalukan kita sebagai rakyat Malaysia.

Negara Barat mana yang dimaksudkan Mahathir itu? Kita ingin sekali mahu tahu negara Barat mana yang masih mundur, tidak terbuka, korup serta dikekang kebebasan seperti Malaysia yang Mahathir maksudkan dalam kenyataannya itu.

"UMNO jangan lupa"

Modal ketiga Mahathir ialah menyatakan bahawa "pemansuhan ISA membuktikan negara kita kini berada pada kedudukan yang tinggi dari segi moral (moral high ground). Bahkan kita juga lebih terbuka berbanding negara Barat dengan memansuhkan undang-undang tersebut".

Sewajarnya ditambah lagi agar kenyataan ini lebih lengkap lagi iaitu:
  • Pemansuhan ISA ini membuktikan bahwa undang-undang ini benar-benar zalim, dan kerajaan yang mendukungnya dahulu dan sekarang sedang melakukan kezaliman kepada rakyatnya sendiri.
  • Pemansuhan ISA ini adalah hasil perjuangan parti-parti politik, NGO dan masyarakat madani dari semua kaum warganegara Malaysia yang selama ini menentangnya. UMNO-BN nampaknya cuba mentafsir semula sejarah ISA seperti mana mereka menulis sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu yang hanya ada satu hero – UMNO sahaja.
  • Pemansuhan ISA ini membuktikan bahawa zaman pemerintahan UMNO-BN khususnya zaman Mahathir telah dengan terang melakukan kezaliman terhadap musuh-musuh politiknya dan rakyat Malaysia amnya.

Justeru, bagi mana-mana bekas tahanan ISA yang masih ditahan atau telah dibebaskan – yang tidak pernah didakwa atau dibicarakan – wajar bagi mereka menerima pampasan atau sekurang-kurangnya mendapat permohonan maaf secara terbuka dari kerajaan UMNO-BN khususnya dari Mahathir yang telah memenjarakan begitu ramai pejuang rakyat tanpa bicara speanjang 22 tahun pemerintahannya.
  • Pemansuhan ISA ini menunjukkan bahawa amalan politik dan perundangan di Malaysia selama lebih 50 tahun ini tidak terbuka, sebaliknya menyekat kebebasan dan terkongkong dengan kerajaan memerintah secara diktator.

Jika keyakinan sudah tinggi dan moral high ground sudah ada, Mahathir seharusnya menyarankan kembali kepada anak didiknya Najib untuk segera mengotakan apa yang dijanjikan.

Jangan pula rakyat Malaysia mudah lupa kerana Najib juga berjanji untuk mereformasikan sistem amalan pilihan raya negara yang telah dicemar dengan begitu teruk, penuh penipuan, rasuah dan kongkongan.

Lebih dari itu, janji Najib tentang 1Malaysia di mana setakat ini rakyat masih belum didahulukan dan pencapaian pula tidak sampai ke mana.

Jika semua janji ini hanyalah permainan politik kotor Najib dan UMNO-BN melalui nasih Mahathir yang pakar dalam perkara ini, tidak mustahil ini akan menjadi pembohongan kali terakhir kepada rakyat yang sudah lama sedar tentang betapa tidak relevannya UMNO-BN dalam lanskap politik hari ini. – Roketkini.com

Macam tak percaya kita setaraf ngan Bangla... haha...

Posted: 21 Sep 2011 08:03 AM PDT


Hanya 37 rakyat Bangladesh diberi kewarganegaraan


Hanya 37 rakyat Bangladesh yang diberikan kerakyatan Malaysia sejak 1998 sehingga Ogos tahun lalu.

"Daripada jumlah tersebut, hanya 14 layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 akan datang sekiranya berdaftar sebagai pemilih," kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said dalam satu kenyataan media.

Menurut Jariah, daripada 37 orang itu, 18 diberikan kewarganegaraan pada 2010, lima pada 2009, satu pada 2006, dan dua orang bagi tahun-tahun 2008, 2003 dan 1998.

Tambahnya, sehingga bulan Ogos lalu, hanya empat orang yang diberikan kewarganegaraan.

Daripada pecahan peruntukan itu, lima individu diberikan sijil kewarganegaraan kerana adalah merupakan isteri kepada warganegara Malaysia, manakala empat lagi adalah permohonan kewarganegaraan bagi anak kepada warganegara Malaysia

Sembilan diberikan kewarganegaraan selepas menjadi penduduk tetap lebih 12 tahun, seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 19, perlembagaan persekutuan.

19 lagi lagi diberikan kewarganegaraan mengikut Perkara 15A untuk permohonan dalam keadaan khas bagi kanak-kanak berusia bawah 21 tahun.

Kenyataan ini dikeluarkan berikutan laporansebuah agensi kerajaan Bangladesh di laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Sheikh Hasina yang mendakwa bahawa pekerja negara itu di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Bagaimanapun, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur menyifatkan laporan itu sebagai tidak berasas dan bermotif jahat dengan sesetengah pihak mahu menghancurkan hubungan baik antara Bangladesh dan Malaysia,"

Bangsa UMNO sambut merdeka lagi hari ni... haha...

Posted: 21 Sep 2011 05:50 AM PDT


Tentu puak puak bangsa Umno akan bertempik sorak sakan hari ni setelah konfom, Timbalan Presiden PAS Mat Sabu akan didakwa di Mahkamah Seksyen Butterworth hari ni. Dakwaan ini bermula hanya dari belitan dan dakwaan mengelirukna dari akhbar penjilat bangsa Umno nombor satu, Utusan Meloya berhubung ucapannya yang menyokong Ahmad Indera atau Mat Indera dan tragedi berdarah Bukit Kepong.

Ikut kata peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin... anak guamnya telah dimaklumkan pihak polis mengenai perkara itu dan akan didakwa dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Ceramah camni bukan baru, dah bertahun Mat Sabu sampaikan setiap kali menjelang musim kemerdekaan negara. Tapi kali ni setelah menjawat jawatan no 2 dalam PAS, Mat Sabu terus didakwa hasil dari pertolongan puak bangsa Umno kelat dalam Utusan Meloya dan disokong oleh juak juak bangsa Umno lainnya. Mat Sabu bukan penyokong komunis pun, tapi didakwa sebagai penyokong komunis melalui Mat Indera dalam satu ucapannya di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

Hari ni bangsa Umno boleh sambut merdeka sekali lagi kerana boleh la berangan angan yang Mat Sabu ni jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman sehingga dua tahun penjara, denda atau kedua-dua sekali.

Tok sah dok mimpi la Najib oii....

Posted: 21 Sep 2011 04:35 AM PDT

Malaysia masih jauh... terlalu jauh dari layak mendapat gelaran sebagai negara terbaik demokrasi. Tidak mudah, tak semudah dengan hanya menghapuskan ISA dan diwaktu yang sama mengekalkan ratusan isu serta akta yang menyimpang dari amalan demokrasi tulen.

Tok sah dok berangan angan la nak jadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia. Belajaq jadi realistik dan jugak berpijaklah di bumi nyata dengan mengakui... hak kebebasan sebenar rakyat masih jauh dari sepatutnya.

ISA hanyalah satu daripada ratusan isu serta akta yang menyekat kebebasan rakyat. ISA adalah akta rimba tinggalan penjajah yang dijunjung Umno selaku pendokong puak penjajah.

Terhapusnya ISA adalah kemenangan rakyat, desakan rakyatlah yang membuatkan Piem berbangsa Umno... Najib Razak terpaksa memansuhkannya. Hakikat sebenarnya Malaysia telah jauh ketinggalan daripada negara-negara yang tinggi amalan demokrasinya di dunia ini, apatah lagi untuk dinobatkan sebagai negara demokrasi yang terbaik.

Selain ISA, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Ordinan Darurat (EO), Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta lain-lain lagi perlu dinilai kembali keberkesanannya. Ini kerana akta-akta ini sudah tidak relevan lagi untuk dilaksanakan ketika ini.

Selain itu, kredibiliti golongan penting yang mewakili agensi utama kerajaan seperti Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara, dan lain-lain lagi perlu diangkat martabat mereka. Untuk memulihkan imej mereka di mata rakyat, Perdana Menteri mesti berjanji untuk membebaskan mereka dari sebarang pengaruh parti politik. Sebarang campurtangan politik dalam setiap keputusan atau tindakan akan menjejaskan integriti mereka di mata rakyat.

Rakyat melihat media di negara ini pada hari ini sebagai agensi yang terpenjara dengan berita dan maklumat yang bersifat berat sebelah semata-mata. Saban hari yang menjadi mangsa serangan bertali arus media adalah PAS dan Pakatan Rakyat sementara yang dipuja dan suci dari sebarang dosa adalah pemimpin UMNO-BN. Bagi mereka yang celik maklumat, berita daripada media arus perdana sangat memualkan.

Membersihkan sistem pilihanraya dari sebarang penipuan, ini jugak perlu diberi perhatian serius. Dah la daftar pemilih yang semakin dicurigai, undi pos yang masih digunakan, dakwat kekal yang masih tidak dilaksanakan, pengundi bangsa asing pulak yang semakin kerap dijumpai, kempen yang berat sebelah, dan lain-lain lagi menunjukkan Malaysia jauh ketinggalan untuk menjadi negara demokrasi terbaik di dunia.

Mungkin juga Malaysia boleh menjadi negara demokrasi terbaik di dunia, kalau dibandingkan dengan Myanmar.... kahkahkah...

Malu betoi lepaih baca rencana nih...

Posted: 21 Sep 2011 02:30 AM PDT

Malaysia yang (Masih) Goyang

Hasmi bin Hashim
Menjelang Hari Malaysia, Perdana Menteri Najib Razak umumkan dalam ucapan secara langsungnya di TV1, kerajaan akan hapuskan ISA. Beberapa akta lain, antaranya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang digubal di era Mahathir Mohamad, juga bakal dipinda.

Apa yang diumumkan Najib mencerminkan tak semua yang dilakukan pemerintah, selama sebuah parti itu berkuasa, adalah benar. Dalam ucapannya, beliau akui era "pemerintah tahu segalanya" sudah berakhir. Malang, kesedaran penguasa adalah lambat setelah begitu ramai orang terdekam di Kem Tahanan Kamunting; setelah media terbungkam dan kebebasan bersuara diserkap, barulah sedikit nada demokrat terdengar dari corong RTM.

"Kerajaan besar" bukan lagi konsep dan amalan yang bagus, malahan "kerajaan kecil" dengan kuasa-kuasanya yang terhad kini lebih berkesan. "Berkesan" lebih mustahak daripada "besar". Sebesar apa pun tak berguna, kalau tak berkesan, khususnya tak membawa manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat. Contoh yang ada, saiz pejabat yang besar kini tak lagi menunjukkan bos di dalam pejabat itu hebat. Pejabat yang besar hanya timbulkan karenah birokrasi yang macam-macam serta biaya penyelenggaraan yang tinggi.

Berbuih mulut untuk dihujahkan bahawa segala bagai akta yang digunapakai yang bersifat draconian itu, mencengkam dan bertentang dengan Perlembagaan Persekutuan. Kritikan ini sebelum malam semalam, selalu diperlekeh elit penguasa termasuk di kalangan Pemuda UMNO sekalipun. Pemuda sewajarnya penuh idealisme. Bukannya bertakung air dalam kepala, atau "airlisme".

Adatnya kaum feudal, menunggu bos berkata iya, maka semua pun angguk-angguk kepala. Ini tanda orang yang tak boleh berfikir sendiri akibat airlisme. Barang diingat, demokrasi bukan masa lalu; demokrasi selamanya untuk masa depan Malaysia. Kesepaduan negara-bangsa takkan mungkin wujud tanpa jaminan ruang demokrasi.

Malaysia adalah negara muda. Baru 48 tahun, tahun ini. Kemerdekaan yang disambut pada '57 itu adalah bagi negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Tak termasuk Sabah dan Sarawak, sedangkan tanpa kedua wilayah berkenaan, takkan berdirinya Malaysia.

Sebelum Tunku Abdul Rahman (gambar kiri) mengemuka gagasan Malaysia, khasnya kepada Malcolm MacDonald dalam pertemuan mereka di Kuala Lumpur, Disember 1958, buah fikiran tersebut terlebih dahulu telah dibincang, dipelopor dan diperjuangkan oleh tokoh-tokoh nasionalis seperti Ibrahim Haji Yaacob, Dr Burhanuddin El-Helmy dan Ahmad Boestamam. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) jadi parti terawal yang menggagaskan konsep "Melayu Raya", iaitu nama asal bagi Malaysia.

Mewujudkan Melayu Raya ditentang bukan sahaja oleh Indonesia, juga oleh Filipina. Sebab penentangan berbeza-beza. Indonesia menuduh konsep "Malaysia" adalah kesinambungan kuasa penjajahan Barat, atau neo-kolonialisme. Soekarno ragu, wilayah-wilayah yang bergabung di dalam Malaysia bertujuan "mengepung Indonesia" secara geografi, politik dan ekonomi. Sebelumnya, beliau juga pernah bercita-cita untuk mewujudkan Indonesia Raya sebagai kesatuan seluruh wilayah-wilayah Nusantara sebelum Indonesia merdeka.

Bagi Filipina, penentangan terhadap pembentukan Malaysia dengan protes bahawa Borneo Utara (Sabah) adalah miliknya. Dengan kerjasama British, satu referendum dijalankan di kedua wilayah itu, iaitu Sabah dan Sarawak. Dengan pungutan suara itulah menjadi hujah Tunku tentang hasrat dan persetujuan rakyat Sabah untuk turut sama menyertai persekutuan baru ini.

Sempadan dua negara utama di Nusantara terbelah kerana penjajahan. Indonesia yang merdeka pada 1948 adalah jajahan takhluk Belanda, dan Malaysia di bawah British. Indonesia merdeka serentak dengan penubuhannya, tetapi Malaysia melalui dua proses iaitu kemerdekaan Tanah Melayu, enam tahun sebelum terbentuknya Malaysia.

Namun, tanpa Singapura dan Brunei yang diperkira bersama gugusan Melayu Raya, apakah gagasan Malaysia itu boleh dianggap sepenuhnya berjaya? Dengan hanya kemasukan Sabah dan Sarawak, apakah Malaysia masih perlu bernama Malaysia… atau sebaiknya persetukuan ini memakai nama awalnya sahaja, iaitu "Malaya"? Kita selalu ingat, kemerdekaan Singapura pada 2 Ogos tahun yang sama dengan penubuhan Malaysia berakibat Kuala Lumpur terlewat untuk membentuk Malaysia yang sepatutnya sama dengan tarikh 31 Ogos.

Lee Kuan Yew (gambar kiri) mengumumkan kemerdekaan Singapura sendiri. Sebelum itu, Singapura sudah mempunyai kerajaan, tetapi dianggap sebagai "kerajaan dalam negeri". Kuasa kerajaan dalam negeri terhad dan tidak diiktiraf kuasa-kuasa besar dunia termasuklah PBB. Singapura sebelum mengumumkan kemerdekaannya, tidak boleh membuka kedutaan di mana-mana negara luar.

Lee bolehlah dianggap merampas kemerdekaan. Bukan dari British, tetapi dari Kuala Lumpur. Cuma tindakan itu tidaklah begitu terasa apabila Singapura sertai Malaysia. Lee mencemeh, dengan ejekan Singapura merdeka sendiri, tetapi Tanah Melayu merdeka dengan "dulang emas".

Berbeza dengan gagasan yang dikemuka tokoh-tokoh progresif, terutama di dalam PKMM, mereka tidak pernah melihat Singapura itu terasing dari jajahan Johor. Berdirinya sebuah negara merdeka bernama Malaya adalah sekali dengan penyertaan Singapura, selain wilayah-wilayah lain bekas jajahan takhluk Inggeris yang belum merdeka. Gagasan ini termasuk di dalam apa yang disebut sebagai "merdeka secara penuh".

Prinsip asas "merdeka secara penuh" ialah sebarang keputusan tak perlu rundingan dengan pihak Inggeris. Adalah tidak munasabah untuk rundingan dibuat dengan pihak yang menjajah. Identiti dan perlembagaan negara ini, biar ditentulah oleh anak bangsa sendiri dan bukannya akan nasihat Inggeris yang membantu untuk merupa bentuk sebuah negara selepas jajahan.

Perlembagaan Rakyat pun siap ditulis pada 10 Ogos 1947. Kertas hitam-putih ini menjadikan Inggeris tercabar. Mereka masih mahu campurtangan termasuk dalam pembentukkan asas negara apabila Inggeris juga menubuhkan Suruhajaya Perlembagaan Rendell. Anggota-anggota di dalam suruhjaya ini dilantik langsung oleh Baginda Ratu di England. Barang diingat, Perlembagaan Persekutuan yang terpacak sebagai tiang seri Malaysia hari ini tak lain adalah daripada apa yang didraf oleh suruhanjaya berkenaan dan mendapat restu Ratu.

Pertembungan golongan progresif dengan kaum feudal sudah berlangsung sebelum merdeka. Bagaimanakah boleh dibanggakan apabila bendera Malaysia yang terkibar sepertimana hari ini, juga dengan kehendak Ratu; dan Malaysia jadi satu-satunya negara di dunia yang benderanya seakan-akan bendera Amerika Syarikat.

Anehnya, negeri ini merdeka dan terbentuk tanpa perbincangan rancak. Ia hanya dilakukan oleh dua-tiga kerat kaum feudal tanpa dibahas dan dibincangkan secara umum. Selepas 48 tahun, akta seperti ISA baru dijanjikan akan dihapuskan, ya selepas akta itu memakan korban begitu ramai orang. Dan selepas begini lama juga, lantai-lantai, tiang dan pasak negara ini mula dibongkar dan disemak kembali.

Terlihatlah masih wujud lobang-kelabang, sompang-sempek dan hugal-hagilnya di sana-sini. Kecintaan terhadap negeri dan bangsa bermaksud memperkukuh segala yang goyang pada terasnya.

*Dipetik dari Jalan Telawi. Hasmi bin Hashim ialah seorang aktivis politik, aktif memain peranan sebagai intelektual awam dengan kritikan sosial, politik-kekuasaan dan kebudayaan. Di dalam arena penulisan lirik lagu, beliau antara lain memakai nama pena Buddhi Hekayat.

Baru suruh ligan dah rosak, tak dan nak perang lagi...

Posted: 21 Sep 2011 01:30 AM PDT

Kapal TLDM rosak, kejar kapal perang China, mana Scropene?

Oleh: amkns
Satu berita yang amal memalukan. Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia KD Pari telah rosak dan hampir tenggelam dalam kejadian mengejar kapal perang (frigate) negara China yang menceroboh perairan negara di Sabah. Mana kapal selam negara berharga hampir RM 5 billion. Dan kos untuk senggara kapal selam ini pula hampir RM500 juta yang ditambah dalam bajet 2011.

Hampir 5 peratus bajet pertahanan untuk senggara kapal selam saja. Sementara itu dilaporkan beberapa kerosakan kapal TLDM lain antaranya KD Serang mengalami lintar pintas, KD Todak kapal pemusnah periuk api dah 2 bulan tak boleh beroperasi selepas satu kemalangan.

Bukit Kepong telah menjadi sejarah dan pengajaran. Adakah kita ingin mengulangi sejarah Bukit Kepong dan Kalabakan dengan pertahanan negara yang lemah?

Berita di atas bukan rekaan. Semua ada fakta. Dapatkan fakta berita di atas dan jangan diulang peristiwa Bukit Kepong, Kalabakan dan Somalia di http://amkns.blogspot.com/2011/09/kapal-tldm-rosak-kejar-kapal-perang.html

Bacaan untuk bangsa Umno saja...

Posted: 21 Sep 2011 12:30 AM PDT

Untuk yang kurang sedar


Hishamuddin Rais
British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja' memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk - Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kisah-kisah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British's running dogatau budak suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja budak suruhan British.

Perjuangan mengangkat senjata melawan British bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascis Jepun. Ini adakah jawapan anak semua bangsa terhadap fascis Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.

Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan antiimperialis.

Kuasa imperialis kulit putih (white colonial power) - Portugis, Belanda dan British - datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi - bijih, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya, gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di kepulauan nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.

Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu - mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong - adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.

Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman , sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul-betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi, sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.

Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan merdeka! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampuh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.

United Malay National Organisation bukan sahaja tidak berani melaungkan merdeka malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oksigen'. Masih tidak jelas, apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oksigen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan 'hidup Melayu'. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.

Lawak seram , hidup Melayu, masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan hidup Melayu hari ini adalah kaum mamak yang semakin disangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa mereke ini suka melaungkan hidup Melayu memerlukan satu kajian yang lebih rapi.

Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar: TIDAK - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan masa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampuh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial British telah mengistiharkan apa yang dipanggil 'darurat'. Perkataan 'darurat' ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan 'darurat' agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

Apabila darurat diistiharkan, kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti, kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy, Ishak Haji Muhamad, Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adakah nama-nama nasionalis yang dikehendaki oleh British.

Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan hidup Melayunya kerana ramai pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

British dengan licik telah lebih awal merancang satu strategi untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.

Justeru apabila darurat diisytiharkan dua tahun kemudian pada tahun 1948, pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association - semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi budak suruhan British yang setia. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia. Akhirnya Tunku menjadi pilihan British.

Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.

Hari ini, pada September 2011, United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas rumah pasung Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuagan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indera - seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahihkan bahawa United Malay National Organistaion adalah budak suruhan setia British. Ini kerana sarjan ketua rumah pasung Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey - seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya mengharubirukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja budak suruhan yang setia malah telah menjadi amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan ke atas rumah pasung Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasung Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen.

Bukti video Umno meluat sungguh kat ISA... kahkahkah...

Posted: 20 Sep 2011 11:00 PM PDT

Inilah bukti dalam bentuk video betapa UMNO cukup meluat sungguh kat ISA, dah lama dah depa nak hapuskan ISA nih.... kahkahkah... khiakkk pttuiihh....

Tok sah dok mimpi la Najib oii...

Posted: 20 Sep 2011 09:00 PM PDT

Malaysia masih jauh... terlalu jauh dari layak mendapat gelaran sebagai negara terbaik demokrasi. Tidak mudah, tak semudah dengan hanya menghapuskan ISA dan diwaktu yang sama mengekalkan ratusan isu serta akta yang menyimpang dari amalan demokrasi tulen.

Tok sah dok berangan angan la nak jadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia. Belajaq jadi realistik dan jugak berpijaklah di bumi nyata dengan mengakui... hak kebebasan sebenar rakyat masih jauh dari sepatutnya.

ISA hanyalah satu daripada ratusan isu serta akta yang menyekat kebebasan rakyat. ISA adalah akta rimba tinggalan penjajah yang dijunjung Umno selaku pendokong puak penjajah.

Terhapusnya ISA adalah kemenangan rakyat, desakan rakyatlah yang membuatkan Piem berbangsa Umno... Najib Razak terpaksa memansuhkannya. Hakikat sebenarnya Malaysia telah jauh ketinggalan daripada negara-negara yang tinggi amalan demokrasinya di dunia ini, apatah lagi untuk dinobatkan sebagai negara demokrasi yang terbaik.

Selain ISA, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Ordinan Darurat (EO), Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta lain-lain lagi perlu dinilai kembali keberkesanannya. Ini kerana akta-akta ini sudah tidak relevan lagi untuk dilaksanakan ketika ini.

Selain itu, kredibiliti golongan penting yang mewakili agensi utama kerajaan seperti Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara, dan lain-lain lagi perlu diangkat martabat mereka. Untuk memulihkan imej mereka di mata rakyat, Perdana Menteri mesti berjanji untuk membebaskan mereka dari sebarang pengaruh parti politik. Sebarang campurtangan politik dalam setiap keputusan atau tindakan akan menjejaskan integriti mereka di mata rakyat.

Rakyat melihat media di negara ini pada hari ini sebagai agensi yang terpenjara dengan berita dan maklumat yang bersifat berat sebelah semata-mata. Saban hari yang menjadi mangsa serangan bertali arus media adalah PAS dan Pakatan Rakyat sementara yang dipuja dan suci dari sebarang dosa adalah pemimpin UMNO-BN. Bagi mereka yang celik maklumat, berita daripada media arus perdana sangat memualkan.

Membersihkan sistem pilihanraya dari sebarang penipuan, ini jugak perlu diberi perhatian serius. Dah la daftar pemilih yang semakin dicurigai, undi pos yang masih digunakan, dakwat kekal yang masih tidak dilaksanakan, pengundi bangsa asing pulak yang semakin kerap dijumpai, kempen yang berat sebelah, dan lain-lain lagi menunjukkan Malaysia jauh ketinggalan untuk menjadi negara demokrasi terbaik di dunia.

Mungkin juga Malaysia boleh menjadi negara demokrasi terbaik di dunia, kalau dibandingkan dengan Myanmar.... kahkahkah...

Terima kasih Wikileaks, tahniah SPR... kahkahkah...

Posted: 20 Sep 2011 08:00 PM PDT

Terima kasih Wikileaks kerana pembongkaran isu yang paling menjijikkan dalam sejarah demokrasi Malaysia dan tahniah pada SPR kerana kini terbukti sudah bahawa anda adalah pencacai bangsa Umno no satu dalam negara...


********************************

Wikileaks: SPR pernah keluarkan 60,000 IC palsu

KUALA LUMPUR 20 SEPT : Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui beliau pernah mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja-pekerja asing di Sabah pada sekitar tahun 1990-an - atas arahan Umno.

Kabel yang dimuat-naikkan di portal pembocor maklumat Wikileaks memetik bekas ketua Rakyat Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) Malek Husin sebagai mendakwa bahawa Rashid mengakui perkara ini dalam pertemuan peribadi di rumah Rashid pada 25 Oktober, 2006, lapor Malaysiakini.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid juga mengesahkan Umno telah melancarkan kempen 'kotor' pada tahun 1990-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai sehingga 1994 oleh PBS yang berada di barisan pembangkang ketika itu.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan mereka pendatang beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi telah mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin-pemimpin tempatan sama ada di dalam mahupun di luar BN berulang-kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.

Walau bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.

Adalah didakwa keadaan semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang kini dikenali sebagai 'Projek IC'.

Ini adalah operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan ejen-ejen mereka - dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.

Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot dengan sebegitu mendadak.- M'kini

Appaa raaa... kahkahkah...

Posted: 20 Sep 2011 07:00 PM PDT


Appaa raaa... kahkahkah...

Piem berbangsa Umno, Najib Razak telah berlagak macam bos pada bangsa Umno dan pada bangsa BN hinggakan dia dengan penuh rasa syok sendirinya mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini. Reaksi terkejut beruk dari puak puak bangsa Umno dan Kabinet dapurnya mengesahkan dakwaan bahawa mereka tidak dirujuk langsung....

Dia membuat pengumuman mengejutkan itu atas keputusannya sendiri dan juga dari para penasihatnya sahaja bukan berbincang dengan rakan-rakan beliau bahkan mungkin menganggap timbalannya, Muhyidin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin adalah liabliti dalam beberepa insiden mutakhir.

Menurut Dr Dzulkefly, nampak ketara sangat perbezaan itu sebaik sahaja ia dikemukakan oleh Najib ketika memberikan ucapan menjelang Hari Malaysia malam 16 September lepas.

"Timbalan beliau sendiri, Tan Sri Muhyidin hanya memberikan sokongan selepas dua hari ia dibentang Najib...nampak ada yang tak kena kerana terlalu lambat menyatakan sokongan kepada bos," kata beliau kepada Harakahdaily.

Hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein mengakui, Umno terpaksa memberikan penerangan kepada semua ahli-ahlinya bagi menerangkan pemansuhan ini.

Pengumuman Najib menghapuskan ISA juga dilihat mendapat tentangan dari Umno dan juga sayap kanannya, Perkasa.

Bagi Dr Dzulkefly, apa yang dibuat oleh Najib adalah cubaan untuk pergi 'ke tengah' bagi mendapat kembali sokongan Cina dan India selepas kajian menunjukkan sokongan terhadap beliau merudum teruk dari 72 peratus kepada 59 peratus baru-baru ini.

Namun, kata beliau, dia dihalang dan tidak dipersetujui oleh timbalan beliau sendiri, Muhyidin dan 'warlords' dalam Umno.

"Ketika Najib lancarkan 1 Malaysia, Muhyidin kata, dia Melayu dahulu baru Malaysia.

"Ketika dia mahu mengenepikan Dasar Ekonomi Baru (DEB), untuk digantikan dengan dasar yang lebih liberal dan tender terbuka, dia dimarahi lagi oleh Muhyidin dan juga bekas PM, Tun Dr Mahathir...sejak itu Model Ekonomi Baru (NEM) tenggelam dan NEAC pun dah dibubarkan.

"Ketika Najib memberikan kebenaran kepada Bersih 2.0 untuk berhimpun di Stadium, ia dibantah oleh Hishamudin sendiri dan akhirnya beliau dilihat sebagai pemimpin yang flip flop.

"Semua ini menunjukkan apa yang dibuat Najib tidak disepakati dalam Umno dan Kabinet tetapi dinasihatkan oleh penasihat beliau sahaja," kata Dr Dzulkefly (gambar) yang juga AJK PAS Pusat.

Sejak kebelakangan ini, kesangsian ini semakin ketara ekoran peranan yang terlalu besar yang dimainkan oleh para penasihat dan konsultan Najib melalui Pemandu.

Pemandu pula dipimpin oleh dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Dr Koh Tsu Koon di samping nasihat dari penasihat luar termasuk Apco.

Di bawah mereka dan pegawai Tingkat 4, Jabatan Perdana Menterilah terletaknya para penasihat Oxbridge ini yang tidak sensitif dengan perjuangan Melayu yang dikepalai oleh Muhyidin dan di sokong kuat oleh Mahathir dan Perkasa.

Mereka telah mengenepikan peranan pegawai kanan kerajaan yang hampir kesemuanya berbangsa Melayu yang berperanan besar selama ini melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Perancangan dan Koordinasi (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

"Saya yakin, merekalah yang terlibat dalam perancangan untuk memansuhkan ISA kononnya untuk bergerak ke tengah dan menyebabkan Najib mengenepikan peranan rakan-rakannya dalam Umno dan Kabinet," Dr Dzulkefly memberikan analisanya.

Akibat dari pertentangan ini, kata beliau, akan ada gangguan yang jelas dari segi pelaksanaan pemansuhan ini nanti dan jika tidak terkawal akta ganti yang bakal digubal nanti akan lebih zalim dari ISA.

"Dalam hal ini, Najib nampaknya nekad. Hishamudin sebelum itu berkata, ISA tidak akan dimansuh tetapi pinda sahaja. Muhyidin pula kata, ia tindakan yang betul selepas dua hari pengumuman. Mahathir pula kata, ISA tidaklah kejam sangat.

"Semacam kabinet pun tak tahu apa yang Najib umumkan itu," kata beliau.

Kini selepas pengumuman itu dibuat, Najib pula semacam tidak bersedia untuk menjadi negarawan apabila berkata, ia bukan kejayaan desakan rakyat tetapi kebaikan Barisan Nasional (BN) memahami rakyat sahaja.

"Beliau sebenarnya hanya mengambil kira kepentingan politik ketika membuat pengumuman ini bukannya mahu mengembangkan minda rakyat.

"Kalau dia pentingkan perkembangan minda rakyat, dia akan utamakan pemansuhan-pindaan ke atas Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti dan kolej (AUKU), di samping ISA" kata Dr Dzulkefly lagi.

Beliau juga turut berkongsi kebimbangan dengan seorang pensyarah undang-undang bahawa pengumuman ini memberikan implikasi besar kepada pelaksanaan undang-undang di negara ini.

Apa pun cadangan ini mesti melepasi perbahasan di peringkat Dewan Rakyat dan Negara.

Yang penting kata beliau lagi, Najib telah mendapat habuan politik sebelum PRU ke-13.

Tidak ada jaminan bahawa dia tak akan flip-flop lagi walaupun dia berjaya membuktikan bahawa dialah bos hari ini, tegas beliau.

Bukti, UMNO meluat sungguh kat ISA... kahkahkah...

Posted: 20 Sep 2011 06:00 PM PDT

Mai pakat pakat tengok bukti betapa UMNO cukup meluat kat ISA... kahkahkah... dah lama dahhh depa meluat ngan ISA nihh...

Bangsa Umno sambut merdeka lagi hari ni...

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tentu puak puak bangsa Umno akan bertempik sorak sakan hari ni setelah konfom, Timbalan Presiden PAS Mat Sabu akan didakwa di Mahkamah Seksyen Butterworth hari ni. Dakwaan ini bermula hanya dari belitan dan dakwaan mengelirukna dari akhbar penjilat bangsa Umno nombor satu, Utusan Meloya berhubung ucapannya yang menyokong Ahmad Indera atau Mat Indera dan tragedi berdarah Bukit Kepong.

Ikut kata peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin... anak guamnya telah dimaklumkan pihak polis mengenai perkara itu dan akan didakwa dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Ceramah camni bukan baru, dah bertahun Mat Sabu sampaikan setiap kali menjelang musim kemerdekaan negara. Tapi kali ni setelah menjawat jawatan no 2 dalam PAS, Mat Sabu terus didakwa hasil dari pertolongan puak bangsa Umno kelat dalam Utusan Meloya dan disokong oleh juak juak bangsa Umno lainnya. Mat Sabu bukan penyokong komunis pun, tapi didakwa sebagai penyokong komunis melalui Mat Indera dalam satu ucapannya di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

Hari ni bangsa Umno boleh sambut merdeka sekali lagi kerana boleh la berangan angan yang Mat Sabu ni jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman sehingga dua tahun penjara, denda atau kedua-dua sekali.

Ramainya Umat Islam Di Rusia

Posted: 20 Sep 2011 03:30 PM PDT

Oleh: zharifjenn

Islam merupakan agama kedua terbesar yang dianut di dalam Persekutuan Rusia. Menurut undian yang dijalankan oleh Pusat penyelidikan pendapat awam Rusia, 6% daripada responden mengaku mereka Muslim.

Menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat, terdapat kira-kira 21-28 juta penduduk Islam di Rusia, mewakili sekurang-kurangnya 15-20 peratus daripada jumlah penduduk negara Rusia dan membentuk agama minoriti yang terbesar.

Kelompak masyarakat terbesar Islam tertumpu di antara warganegara minoriti yang tinggal di antara Laut Hitam dan Laut Caspian: Avar, Adyghe, Balkar, Nogai, ChechenCircassian, Ingush, Kabarday, Karachay dan banyak bilangan warga negara Dagestan. Di Volga Basin tengah ada penduduk besar Tatar dan Bashkir, kebanyakan mereka Muslim. Banyak penduduk Islam juga tinggal di Perm Krai dan Ulyanovsk, Samara, Nizhny Novgorod, Moscow, Tyumen dan Leningrad Oblast (kebanyakannya kaum Tatar).

Gambar di bawah menunjukkan kepada kita betapa ramainya umat Islam di Rusia.

Eid al-Fitr (or simply Eid) is one of the most important religious holidays for every Muslim. It marks the end of Ramadan (the month of fasting) and is directly connected with the ideas of spiritual perfection and good deeds. Last year it fell on September, 9. This year – on August, 30. Let's see how it's celebrated in Russia.

Saint Petersburg Cathedral Mosque.

The first prayer began at 5-30 a.m.

 
As we already said, this holiday marks the end of Ramadan, the month when it's forbidden to eat and to drink in the daytime. It means that a Muslim should eat breakfast in the morning and supper in the evening. Without dinner.

 
 
 

Gambar di atas diambil semasa solat hari raya baru-baru ini.

Tiada ulasan: