Rabu, 21 September 2011

PERAKITE

PERAKITE


Umno terpaksa bawa ke mahkamah isu kemerdekaan?

Posted: 20 Sep 2011 11:14 PM PDT





Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu menyifatkan tindakan mengadapkan beliau ke mahkamah adalah jalan keluar terakhir oleh Umno setelah gagal berhujah tentang isu yang melibatkan perjuangan kemerdekaan negara.


Beliau berkata, Umno sudah kehabisan modal untuk berhujah mengenai sejarah negara, lantaran itu mereka (Umno) mengambil pendekatan Mahkamah untuk menentukan kesahihannya.


derma
Beliau berkata demikian selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 terhadap dakwaan di Mahkamah Sesyen Butterworth kerana kononnya mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Mohamad tidak mengaku bersalah terhadap dakwaan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan  yang jika didapati bersalah boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, ataupun denda RM2,000 atau kedua-duanya.




Pada mulanya, pendakwa meminta jaminan RM50,000 ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membenarkan dengan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.
Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin kemudian menetapkan sebutan kes paad 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Dis hingga 9 Dis .

dr nonvandri pun ?




Timbalan Pesuruhjaya PAS I negeri, Khalid Man dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow kelihatan turut hadir. Selepas ditetapkan kadar jaminan, orang ramai kemudian membuat kutipan wang dan berjaya memperolehi RM1,642. 



Tiada ulasan: