shalehudin |
- Buaya julang mayat
- Sapa yang arahkan Berahim Ali gempaq Najib nih...
- Mamak bendahara... cendoi onnee...
- Haha... Mat Sabu tibai lagi...
- PM Bangladesh gesa rakyatnya jangan lepas peluang menjadi pengundi di Malaysia
- Depa memang dah hilang akai...
- Nah amik hang laki Rosmah oiii...
- Leher ayah berlubang...
- Bos Makkhal Sakthi jumpak Nik Aziz
- Keluarga Tok Janggut tak terbela...
Posted: 19 Sep 2011 09:23 AM PDT BERUSAHA... pasukan penyelamat mencari Sulaiman di Sungai Sebelak. SARATOK: "Saya melihat buaya itu muncul di permukaan air sambil menjulang tubuhnya sebelum menghilangkan diri secara perlahan-lahan ke dasar sungai," kata Safri Hassan, 20, ahli keluarga Sulaiman Abdullah, 66, yang dikhuatiri maut selepas dibaham buaya di Sungai Sebelak, dekat Kampung Roban, di sini, awal pagi semalam. Safri yang menceritakan perkara itu berkata, dia terserempak dengan buaya itu ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat bersama beberapa penduduk di sekitar tempat kejadian. "Sebaik tiba di lokasi kejadian, buaya berkenaan muncul sambil menjulang tubuh mangsa. Saya terkejut namun tidak sempat berbuat apa-apa sebelum reptilia itu menghilangkan diri. "Tindakan buaya berkenaan menunjukkan tubuh mangsa seolah-olah 'meminta izin' daripada kami untuk memakannya," katanya. Dalam kejadian itu, Sulaiman bersama anaknya, Endoi, 40, serta cucunya, Nazri, 9, keluar menangkap udang di sungai berkenaan, jam 4.30 pagi. Kejadian berlaku ketika mangsa memunggah jaring menangkap udang ke dalam perahu, namun tiba-tiba seekor buaya sepanjang tiga meter muncul berdekatan perahunya sebelum menyambar kaki mangsa lalu mengheret ke sungai. Difahamkan, anak dan cucu mangsa tidak sempat membantu menarik mangsa berikutan cuaca gelap selain bimbang diserang reptilia berkenaan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada penduduk. Ini kejadian kedua sepanjang tahun ini membabitkan buaya mengganas di sungai berkenaan di mana sebelum ini penduduk, Menkay Goheh maut selepas dibaham buaya ketika mencuci tangan, Mei lalu. Kejadian berlaku ketika Menkay keluar bersama rakannya menangkap udang, jam 12 tengah malam menggunakan bot. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Lee Thai Lein berkata, mangsa bersama anak dan cucu dikatakan keluar menangkap udang jam 3 pagi ketika air sungai surut. Beliau berkata, setakat ini operasi dijalankan membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan penduduk masih diteruskan bagi mengenal pasti sama ada mangsa masih hidup atau meninggal dunia. "Operasi bermula jam 10 pagi tadi (semalam) dan tertumpu di sekitar lokasi kejadian, termasuk di beberapa lubuk sungai berkenaan. "Ini kerana mangsa mungkin dibawa ke sana (lubuk). Setakat ini operasi masih diteruskan untuk mencari mangsa," katanya. |
Sapa yang arahkan Berahim Ali gempaq Najib nih... Posted: 19 Sep 2011 02:30 AM PDT Perkasa tolak jika undang-undang baru tiada 'semangat' ISA Oleh Yow Hong Chieh KUALA LUMPUR, Sept 18 – Perkasa akan menolak undang-undang antikeganasan yang disyorkan oleh pentadbiran Najib jika ia tidak mengekalkan semangat pencegahan yang ada dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali(gambar) berkata kerajaan perlu mengekalkan aspek-aspek berkaitan pencegahan dalam ISA bagi memastikan pihak berkuasa ada peruntukan dan instrumen secukupnya bagi menangani aktiviti-aktiviti subversif dan menjaga keselamatan negara. Ketua pertubuhan bukan kerajaan membela hak orang Melayu ini berkata, tindakan menghina Islam dan kritikan ke atas Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan adalah antara aktiviti yang boleh mencabar kestabilan dan keselamatan rakyat. "Kami tahu siapa yang melakukannya tetapi sukar untuk membuktikan di mahkamah. "Tetapi (pasukan) keselamatan tahu siapa yang bertanggungjawab," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat khas membincangkan pendirian yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Khamis lalu. Kata Ibrahim, tahanan pencegahan amat penting sebelum sesuatu yang buruk berlaku dan untuk pihak keselamatan membuat siasatan tetapi dalam tempoh masa tidak terlalu lama seperti 60 hari sebagaimana diperuntukkan dalam ISA. "Sesuatu kes yang dibawa ke mahkamah adalah kejadian yang sudah berlaku untuk ditentukan oleh seorang hakim dan ini pula mengambil masa yang panjang. "Tidak mudah untuk membuktikan di mahkamah kesalahan seseorang di mahkamah tanpa bukti 'beyond reasonable doubt' dan 'ring leader' selalunya licik, cekap dan menggunakan orang lain untuk kepentingan dirinya. Ini yang dikatakan sediakan payung sebelum hujan," kata Ibrahim. Ibrahim berkata kerajaan tidak harus berkompromi apabila merangka undang-undang baru kerana pembangunan dan kemajuan Malaysia bergantung pada tahap keselamatan yang terpelihara. Oleh itu katanya, ISA merupakan salah satu undang-undang efektif bagi memastikan keamanan negara. Beliau menggesa kerajan membincangkan undang-undang baru dengan pihak-pihak berkepentingan khususnya polis sebelum dikuatkuasakan. "Saya berharap kerajaan tidak akan tunduk kepada sentimen politik mana-mana pihak apabila menggubal undang-undang yang baru ini . . . apa yang penting ialah rakyat sendiri harus memutuskan soal keselamatan mereka. Ini hak rakyat," katanya lagi. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam waktu terdekat. Pada masa yang sama Ibrahim berkata beliau menyokong langkah memansuhkan deklarasi-deklarasi darurat, gesaan agar Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan. Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Dua undang-undang baru akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini. Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa. |
Mamak bendahara... cendoi onnee... Posted: 19 Sep 2011 01:30 AM PDT |
Haha... Mat Sabu tibai lagi... Posted: 18 Sep 2011 11:00 PM PDT 'Sebelah tangan suap, sebelah lagi pukul' KUALA LUMPUR, 18 Sept: Jangan hanya janji mahu kaji Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, tetapi luluskan segera permit Suara Keadilan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Tak perlulah (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menambahkan lagi koleksi janjinya, banyak yang tidak ditunaikan. "Jangan hanya janji nak kaji Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, tapi pada masa yang sama terus menyekat permit Suara Keadilan," katanya. Mohamad melihat janji Najib itu tidak ubah seperti "sebelah tangan seolah-olah mahu menyuap makanan tetapi sebelah tangan lagi terus memukul kepala kita dengan kayu". "Najib kata mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik, tetapi kebebasan bersuara terus ditahan hanya kerana ideologi politik. "Permohonan PAS untuk menerbitkan akhbar harian ditolak, pihak pembangkang tidak diberikan peluang dan liputan yang sama dalam media milik rakyat seperti RTM," katanya ketika diminta memberikan ulasan lanjut kepada pengumuman Perdana Menteri dalam perutusan khas Hari Malaysia. Antara lain, Najib berjanji akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, Akta Buang Negeri 1959 dan mengkaji beberapa undang-undang seperti Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Dalam reaksi awalnya kepada janji-janji Najib itu, Mohamad berharap peruntukan dalam akta baru bagi menggantikan ISA tidak menyerupai akta tersebut. "Kita tidak mahu pengumuman penghapusan ISA ini sebagai gimik pilihan raya tetapi ia benar-benar diusahakan kerana ia adalah tuntutan sebahagian besar rakyat di negara ini," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu Jumaat lalu. Ketika ditanya adakah rakyat perlu berterima kasih dengan pemansuhan ISA, Mohamad berkata, yang penting untuk dipersoalkan ialah mengapa akta yang telah menzalimi banyak pihak itu disalahgunakan? "Samalah apabila kita dibebaskan selepas ditahan di bawah ISA, tidak relevan pertanyaan adakah kita hendak berterima kasih atau tidak, yang perlu dipersoalkan ialah kenapa tangkap kita di bawah ISA, kenapa zalimi kita?" kata beliau. Beliau mengingatkan supaya jangan berlebihan menyambut janji-janji Najib itu. "Tengok dulu adakah akta yang menggantikan ISA itu. Adakah ia zalim seperti ISA juga? Adakah ia boleh disalahgunakan untuk menzalimi aktivis parti pembangkang?" katanya. |
PM Bangladesh gesa rakyatnya jangan lepas peluang menjadi pengundi di Malaysia Posted: 18 Sep 2011 09:00 PM PDT Oleh: AnakSgDerhaka Sebuah laman web rasmi Hal Ehwal Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri, Bangladesh mengesahkan bahawa ada rakyatnya yang telah diberi taraf warganegara oleh kerajaan Malaysia. Laman sesawang itu yang menggunakan domain ngoab.gov.bd, dipercayai sebuah laman sesawang rasmi Kerajaan Bangladesh. Laman itu antara lain menyatakan bahawa sumber yang diperolehi dari Jabatan Perdana Menteri Bangladesh mengesahkan bahawa, sebilangan Pekerja Bangladesh yang terlibat dengan bidang pekerjaan di beberapa sektor di Malaysia telah diberi taraf kewarganegaraan. Malah mereka juga diberikan hak untuk mengundi pada pilihanraya umum Malaysia yang akan datang. Laman itu juga mendakwa pekerja Bangladesh di Malaysia kemungkinan diberikan kewarganegaraan dengan mudah, dengan syarat akan mengundi parti yang mewakili kerajaan yang memerintah Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, juga dilaporkan oleh laman sesawang itu, menyeru rakyatnya agar mengambil kesempatan di atas peluang ini bagi mengurangkan kadar kemiskinan negara. |
Depa memang dah hilang akai... Posted: 18 Sep 2011 08:00 PM PDT PAS Selangor: Halang ahli politik beri kuliah agama tak masuk akal KUALA LUMPUR, 18 Sept — Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman menegaskan tindakan menghalang ahli-ahli politik dan wakil rakyat daripada menyampaikan kuliah agama di masjid dan surau sebagai langkah "tidak masuk akal." "Menghalang ahli politik ataupun mereka yang dipilih oleh rakyat bercakap dan menyampaikan maklumat tentang agama adalah satu perkara yang tidak masuk akal, malah saya tidak setuju langsung," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Meru (Adun) Meru ini. Beliau yang telah ditarik balik tauliah mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bulan lalu menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap agensi itu kerana menyekat aktiviti berdakwah. Khamis lalu, Pengarah Jais Marzuki Hussin dipetik berkata ahli politik tidak lagi diberi tauliah untuk berceramah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor. "Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah sebelum ini tidak boleh memperbaharuinya sebaik ia tamat dan mereka tidak lagi dibenarkan memberikan ceramah di semua surau dan masjid di negeri ini," kata Marzuki. Beliau berkata larangan terhadap ahli politik itu adalah bagi mematuhi titah perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui surat pekeliling bertarikh 22 Jun lalu. Marzuki berkata Sultan Selangor tidak berkenan untuk memberikan tauliah kepada semua ahli politik untuk berceramah di semua surau dan masjid di seluruh Selangor. Dr Rani yang dilantik sebagai ketua PAS negeri Jun lalu menambah, pentauliahan diadakan bagi mengelak daripada berlakunya penyebaran ajaran sesat oleh mereka yang tidak dikenali tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. "Kita melihat ramai ahli politik yang mempunyai sijil-sijil agama yang diiktiraf sama ada di dalam mahupun di luar negara dan kebanyakan darinya telah mendapat pengiktirafan dari Arab dan juga Mesir. "Jadi isu ajaran sesat tidak timbul, malah menghalang mereka-mereka ini dari menyampaikan sesuatu kebaikan adalah bertentangan dengan apa yang Islam kehendaki," tambah beliau dipetik Harakahdaily hari ini. Dr Rani memberitahu, sebelum ini pemimpin Umno bebas melakukan apa sahaja termasuk menyampaikan dakwah di surau-surau mahupun masjid. Katanya, jika dulu pemimpin-pemimpin Umno bebas melakukan apa saja yang mereka mahu termasuk menyampaikan tazkirah di surau mahupun masjid, malah bermacam-macam perkara mereka lakukan. "Sepanjang itu jugalah kita melihat tidak pernah ada pentaulihan diberikan malah Jais hanya berdiam diri dan yang paling mendukacitakan Jais juga turun sama dalam program yang dianjurkan oleh Umno itu. "Dulu tak pernah wujud seperti ini tetapi sekarang macam-macam halangan ada. Kita tidak bebas lagi hendak menyampaikan dakwah malah setiap pergerakan kita dipantau," tambah Dr Rani. Beliau juga menjelaskan, walaupun tauliahnya telah ditarik balik aktiviti dakwahnya tetap diteruskan. "Saya akan tetap berdakwah walaupun tidak diberi tauliah oleh Jais, jika sebelum saya menjadi Adun saya bebas melakukan dakwah atas sebab apa saya hendak hentikannya. "Jika ada pihak mengatakan isi penyampaian dakwah saya ada yang salah sila buktikan kesalahan itu dan setiap tuduhan perlu ada bukti yang kukuh bukannya sekadar cakap kosong," kata wakil rakyat penggal pertama ini. |
Nah amik hang laki Rosmah oiii... Posted: 18 Sep 2011 07:00 PM PDT Pakatan Berhak Mendapat Kredit Atas Pemansuhan ISA LAKI Rosmah kata pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih validbukan perjuangan Pakatan Rakyat jadi Pakatan Rakyat jangan cuba hendak ambil kredit atasnya. Kita hendak tanya yang melaung dan mendesak supaya ISa dihapuskan selama ini siapa, Umno ke Pakatan Rakyat? Menurutnya pemansuhan itu adalah keinsafan dan keperihatinan kerajaan. Saya rasa Pakatan Rakyat tidak begitu perlahap untuk mengambil kredit atas pemansuhan itu pun. Tetapi yang pastinya rakyat suka kalau ia benar-benar dihapuskan dan pemansuhan itu bukan bersifat menuang arak ke dalam botal baru. Saya hendak tanya Najib pemansuhan yang dilihat sebagai transformasi politiknya yang berani. Soal ini mudah sahaja dan boleh dijawab oleh sesiapa saja dalama kepada masing-masing. Akta ISA wujud sejak tahun 60 lagi. Ia bukan wujud setahun dua ini. Sudah lima orang PM yang melalui akta berkenaan termasuk bapa Najib sendiri, Razak bin Hussein. Dalam tempoh itu sudah ribuan orang yang berdosa dan tidak berdosa ditahan menerusi akta berkenaan. Selama itu juga pembangkang dan mereka yang ditahan di bawah akta itu merasakan ianya dizalimi. Malahan ada yang trauma sampai ke hari ini. Contohnya seorang ahli akademik yang sebelum ini berperanan untuk menjadi ketua menteri di sebuah negeri, terus lari lintang pukang meninggalkan jelumu politik bila mana beliau ditahan di bawah akta berkenaan. Bukan itu saja dia menyalahkan sahabatnya yang membawanya ke dalam parti. Bukan saja menyesali sebaliknya menuduh sahabatnya itu sebagai jahat, pengkhinat kepada bangsa dan negara padahal sebelum ini semasa sahabatnya berkuasa dialah orang yang memuja dengan nasib dan nazam setiap hari. Tidakan polis menelanjangkannya kemudian suruh merangkak dan telornya yang dua biji dijentik menyebabkan dia jadi phobia dengan akta berkenaan. Jangankan melihat gari melihat jerjak besi jendela saja dia sudah menggeletar ketakutan. Itu contoh betapa takutnya manusia kepada ISA. Akta itu sudah begitu lama dan ia ditentang oleh rakyat. Kalau benarlah UBN prihatin dan insaf kenapa baru sekarang ianya dihapuskan. Najib pula kalau benar prihatin dan tidak terdesak dan bising dengan desakan beliau akan mengumumkan pemansuhan itu sebagai saja beliau angkat sumpah menjadi PM, dan bukan tunggu 16 September 2011. Kenapa Najib menunggu begitu lama, apakah beliau tidak mendapat kelulusan dari isterinya Rosmah? Bukankah dalam tempoh Najib jadi PM desakan bertakut-talu supaya akta itu dihapuskan? Makanya pemansuhan akta berkenaan adalah disebabkan desakan rakyat. Najib bertindak akur kepada kehendak rakyat maka wajar kalau disifatkan penghapusan akta itu kerana rakyat. Rakyat berhak merayakan atas apa yang berlaku. Saya yakin kalau Pakatan Rakyat menang dan memerintah Malaysia 2008 lalu antara perkara utama dilakukan menghapuskan akta berkenaan, kerana itulah manifestonya. Jadi bila Najib memansuhkan ia adalah perlaksanaan manfesto Pakatan Rakyat di mana kebaikannya diperolehi rakyat. Baguslah Najib sudah sedar kepada kuasa rakyat yang tidak boleh dihalang dengan sejuta retorik dan slogan. Najib merasai bahawa akta itu sudah tidak dapat membatas kuasa politiknya. Jadi apabila akta ISA sudah tidak digeruni lagi maka tidak ada guna bagi Najib mempertahankannya. Dalam konteks hari ini ISA samalah seperti senjata keris yang pernah digunakan untuk mempertahankan diri. Apabila sudah ada senjata moden, pistol, bom dan sebagainya maka senjata kalsik itu tidak diperlukan lagi. Orang sudah tidak gerun dan sedia mematahkan senjata berkenaan. Justeru bagi Najib tidak ada gunanya memakai senjata berkenaan, setidak-tidaknya ia perlu ditukar dengan hulu dan sarung baru agar menggerunkan. Dua akta baru yang akan digubal bagi menggantikan ISA untuk membenteras keganasan dan jenayah terancam dan subversif mungkin lebih kurang sama dari segi kekejaman dan kezaliman dengan ISA. Saya yakin dan percaya kalau Najib merasakan ISA dapat membendung penagaruh pembangkang dan menyelamatkan beliau beliau akan menggunakannya. Tetapi kerana sudah insaf ISA bukan lagi senjata, rakyat hari ini sedia berhadapan dengan apa saja, maka Najib sedia mengumumkan pemansuhan akta hutan rimba itu. Keismpulannya pemansuhan ISA yang dibuat Najib adalah kejayaan rakyat dan Pakatan. Kalau rakyat dan Pakatan tidak memperjuangkannya Najib dan UBN tetap akan menggunakan akta usang dan lapok itu. Pemansuhan itu tetap membawa keuntungan kepadanya. Di luar UBN mahu melihat kerajaan bersikap adil dan prihatin dari segi lain mereka dapat menggubal undang-undang baru. Kita sedang menunggu apakah rupa dan bentuk undang-undang baru yang bakal digubal nanti, ataupun ia tidak sempat tergubal kerana selepas ini Pakatan Rakyat mengambil alih negara? - MSO |
Posted: 18 Sep 2011 06:00 PM PDT HANCUR... kereta yang musnah dalam kejadian bom yang membunuh tiga rakyat Malaysia. SUNGAI GOLOK (Thailand): "Dalam keadaan terkejut dan panik, saya dan isteri meredah asap tebal selepas bom meletup. Kami lihat perut anak terburai, manakala ayah cedera parah di kepala dan lehernya berlubang," kata Wong Wai Siong, 33. Wai Siong kehilangan anak, Wong Kai Sien, 3, dan bapa, Wong Hong Yep, 64, serentak selepas terbunuh dalam kejadian tiga siri letupan bom yang menggegarkan pekan Sungai Golok, di sini, jam 8.15 malam kelmarin. Selain dua beranak itu, seorang lagi rakyat Malaysia yang terbunuh ialah pengurus insurans dari Kuantan, Pahang, Foong Too Keh, 45. Wai Siong berkata, sebelum kejadian, dia bersama isteri, Ang Ya, 35, dua anak dan ayahnya berkunjung ke Sungai Golok dari Kota Bharu dan tiba jam 6.30 petang untuk membawa isteri menjalani rawatan di Hospital Sungai Golok kerana sakit perut dan membeli susu anak. Katanya, selepas selesai rawatan dan membeli susu anak, mereka lima beranak makan di sebuah kedai makan sebelum tiba-tiba terdengar letupan bom, lalu segera keluar untuk pulang dan pada masa sama melihat apa berlaku. "Mendengar letupan bom, kami segera keluar dari restoran untuk pulang. Dalam perjalanan ke kereta yang jaraknya 40 meter dari restoran, sebutir lagi bom di sebuah motosikal meletup. "Ketika itu anak saya dan datuknya keluar terlebih dulu dari restoran manakala saya, isteri dan seorang lagi anak berada tidak jauh daripada mereka. Kejadian berlaku terlalu pantas dan dalam sekelip mata, saya kehilangan anak dan ayah," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Sungai Golok, di sini, semalam. Menurut Wai Siong, anaknya ditemui dalam keadaan terhempap motosikal manakala ayahnya terbaring kaku. Wai turut cedera di pergelangan kaki kanan, isterinya luka di tangan, manakala anak bongsunya, Wong Kai Royce, 1, tidak cedera. Sementara itu, abang Too Keh, Foong Too Meng, 55, berkata adiknya berkunjung ke pekan Sungai Golok untuk berjalan-jalan dan tiba di pekan itu jam 5 petang. "Adik saya mendaftar untuk menginap di Hotel Genting sebelum keluar ke Hotel Merlin untuk minum bersama rakan. 'Ketika dalam perjalanan ke Hotel Merlin, bom diletakkan di motosikal berdekatan sebuah tokong meletup. Serpihan bom terkena tulang rusuk adik, menyebabkan dia parah dan maut di tempat kejadian," katanya. Menurut Too Meng, dia menerima panggilan daripada rakan adiknya yang terselamat daripada kejadian itu jam 7.45 petang. |
Bos Makkhal Sakthi jumpak Nik Aziz Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT Apa la agaknya si mamat ni berbincang ngan TG Nik Aziz yerk... TG ni besa laa... cool jer... Sumber: KB |
Keluarga Tok Janggut tak terbela... Posted: 18 Sep 2011 03:30 PM PDT Keluarga malu tagih simpati PASIR PUTEH: Cicit saudara pejuang kemerdekaan, Tok Janggut kini terlantar sakit di rumahnya di Kampung Darang Buaya, Gaal, dekat sini, akibat angin ahmar sejak dua tahun lalu tanpa mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkenaan. Selain menderita sakit lumpuh separuh badan, Sulaiman Ismail, 80, dihimpit kemiskinan dan perlu memakai lampin pakai buang selepas isterinya, Halimah Muda, 74, semakin uzur untuk menguruskannya. Walaupun pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata, dua anak saudara yang dipelihara sejak kecil, Wan Yusof Wan Ahmad, 24, dan Noriza Mamat, 39, membantu Halimah dalam menguruskan Sulaiman. Selain Sulaiman, abangnya, Hassan, 85, kini terlantar sakit tua di rumahnya di Kampung Batu Hitam, Gaal. Sulaiman berkata, dia dan Hassan tidak mahu dilabelkan sebagai 'penumpang populariti' datuk saudara mereka kerana arwah ayah mereka, Ismail, antara cucu saudara paling disayangi Tok Janggut. Katanya, sepanjang hayat ayahnya, ramai individu, pengkaji sejarah termasuk pihak muzium datang berkunjung ke rumahnya bagi mengkaji perihal kehidupan Tok Janggut, selain turut menjanjikan pelbagai bantuan. "Namun sehingga kini tiada bantuan dihulurkan, menyebabkan hidup kami berdua ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. "Dulu ketika masih gagah, saya menoreh getah bagi menyara kehidupan keluarga, namun sejak menderita sakit dua tahun lalu, saya tidak mampu melakukan kerja itu, menyebabkan kami bergantung hidup pada Noriza yang kini bekerja sebagai pembantu asrama sekolah," katanya. Menurutnya, RM300 diperlukan bagi membeli lampin dan juga ubat namun masih tidak mencukupi berikutan kenaikan harga barangan, menyebabkan dia terpaksa menggadaikan barangan kemas isterinya. "Pernah ada individu menawarkan untuk membeli sebilah keris pusaka milik Tok Janggut dengan harga mencecah puluhan ribuan ringgit, namun saya enggan menjualnya kerana diamanahkan arwah ayah supaya terus menjaganya sebaik mungkin. "Keris bermata lurus sepanjang 0.3 meter dengan berat 800 gram itu pernah digunakan Tok Janggut ketika menentang askar Inggeris, di mana sarungnya diperbuat daripada kayu Semeru Tunggal manakala hulunya dihasilkan daripada kima, iaitu sejenis spesies siput laut," katanya. Sementara itu, tinjauan di makam Tok Janggut di hilir Pasir Pekan, Tumpat mendapati hanya dua papan tanda arah iaitu di jalan utama dan jalan masuk ke makam diletakkan oleh pihak berwajib hinggakan pengunjung, terutama dari luar Kelantan, sering tersesat jalan. Kedudukan makam dari jalan utama dianggarkan sejauh 1.2 kilometer dan pengunjung perlu mendapat petunjuk jalan daripada penduduk kampung jika tidak mahu kenderaan kehabisan minyak. Jika sebelum ini makam Tok Janggut terbiar hingga kawasan sekitarnya dipenuhi semak, namun ia kelihatan terpelihara sejak pihak muzium membina pagar serta meletakkan batu hiasan di sekelilingnya. Mengikut fakta sejarah, Tok Janggut atau nama sebenarnya, Mat Hassan Munas dilahirkan di Kampung Saring, Jeram sebelum dibesarkan di Istana Raja Jeram oleh ayahnya yang juga Panglima Tengku Seri Maharaja Jeram. Tok Janggut mempelajari ilmu pendekar daripada Datuk Mingkong Bujur Legeh manakala didikan agama daripada Panglima Munas sendiri. Semangat menentang penjajah mendapat sokongan cicit pengasas kerajaan Kelantan iaitu Tengku Besar Jeram. Kehadiran sekumpulan pejuang dari Pahang yang menjadi buruan Inggeris pada 1890-an sebelum bersembunyi di Jeram turut menyemarakkan semangatnya menentang penjajah. Antara paling sensitif ialah pengenaan cukai kepala RM1 seorang setahun, pokok buah-buahan tiga sen setahun, kelapa tiga sen setandan dan sireh lima sen sejunjung. Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram diambil alih seorang pegawai tadbir British dari luar Kelantan dikenali sebagai Latiff bagi menggantikan Tengku Besar. Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai terlalu lambat sehingga berlarutan tiga hari menyebabkan Tok Janggut enggan membayar cukai sebelum Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai Sarjan Sulaiman atau Che Wan bertolak ke Kampung Tok Akib bagi menemui Tok Janggut pada 29 April 1915. Dalam pertemuan itu, pergelutan berlaku yang menyaksikan Che Wan terbunuh, menyebabkan Tok Janggut dan pengikut setianya semakin bersemangat untuk 'menyerang' Latiff di Pasir Puteh. Namun, Latiff meloloskan diri ke Kota Bharu sebelum bantuan ketenteraan dari Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dihantar ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Pertempuran sengit berlaku di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh pada 25 Mei 1915 menyaksikan kebangkitan Tok Janggut, menyebabkan Sultan Kelantan pada masa itu merasai dirinya terancam, selain menganggap pejuang kemerdekaan itu sebagai penderhaka. Bagaimanapun, Tok Janggut menemui ajal dalam pertempuran di Kampung Pupuh sebelum mayatnya dibawa ke Kota Bharu menggunakan kereta lembu yang memakan masa satu hari. Selepas digantung secara tergantung daripada kaki ke bawah selama beberapa hari di depan istana di Padang Bank atau Padang Merdeka, mayat Tok Janggut akhirnya dikebumikan di hilir Pasir Pekan.- myMetro |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan