Addin |
- Panas!! Rakyat Malaysia Godam Laman Web PM Bangladesh
- Gempar!! Satelit Sebesar Bas Akan Jatuh Ke Bumi
- Gempar!! Pesawat Terlajak Tempat Lain Akibat Juruterbang Tertidur
- Lagi Golongan Peneroka Saman FELDA
Panas!! Rakyat Malaysia Godam Laman Web PM Bangladesh Posted: 19 Sep 2011 03:00 PM PDT Selepas laman web yang memaparkan kenyataan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya yang bekerja di sini mendapat taraf kerakyatan dengan mudah, wujud dakwaan ia sebenarnya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Ucapan Sheikh Hasina daripada laman web rasmi Hal Ehwal Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pejabat Perdana Menteri itu digodam oleh individu yang mendakwa dirinya rakyat Malaysia dan dikenali sebagai M33H00N, seperti yang disiarkan dalam sebuah blog tempatan "Dr MiM". Penggodam tersebut juga telah meninggalkan mesej mengkritik kedatangan Sheikh Hasina ke Malaysia. "Sebagai Perdana Menteri, anda sepatutnya mengajar rakyat anda supaya menyayangi negara sendiri dan buat sesuatu demi Bangladesh. "Saya tak kisah kalau hendak tarik aliran wang kami keluar dengan bekerja di sini tetapi menjadi sebahagian daripada (pengundi) kami, ia agak memalukan. "Ada banyak cara lagi yang boleh dibuat. Saya pasti sebagai perdana menteri anda patut lebih mengerti daripada saya. Mohon maaf. "Saya harap anda akan mempunyai strategi lebih bagus untuk Bangladesh," kata penggodam terbabit. Dalam kenyataan berlainan, penggodam terbabit turut memohon maaf dan mahu ia diambil iktibar atas kelemahan sistem keselamatan laman web berkenaan sehingga boleh dimanipulasi pihak luar. Ucapan palsu Sheikh Hasina ini mula disiarkan dibeberapa blog sejak Jumaat lalu, menyatakan terdapat pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia telah diberi taraf kewarganegaraan, malah turut diberi hak untuk mengundi. Ia kononnya dipetik daripada ucapan Sheikh Hasina semasa mengadakan lawatan enam hari ke Korea Selatan dan Malaysia ketika Forum Dunia 66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur 18 Mei tahun lalu. Laman itu juga mendakwa pekerja Bangladesh di Malaysia kemungkinan diberikan kewarganegaraan dengan mudah, dengan syarat akan mengundi parti yang mewakili kerajaan yang memerintah. Sheikh Hasina, juga dilaporkan oleh kenyataan palsu itu menyeru rakyatnya agar mengambil peluang ini bagi mengurangkan kadar kemiskinan di negara terbabit./fmt |
Gempar!! Satelit Sebesar Bas Akan Jatuh Ke Bumi Posted: 19 Sep 2011 08:54 AM PDT WASHINGTON - Berada di manakah Anda pada tanggal 23 September 2011? Sebuah satelit berbobot 6,5 ton seukuran bus akan jatuh ke Bumi, mengancam penduduk yang tinggal di antara 57 Lintang Utara dan 57 Lintang Selatan, termasuk Indonesia.Upper Atmosphere Research Satellite (UARS) adalah satelit berbahaya tersebut. Diluncurkan oleh lembaga penerbangan dan antariksa Amerika Serikat (NASA) pada September 1991, satelit ini bertugas mempelajari lapisan ozon di lapisan teratas atmosfer Bumi. Pada tanggal 15 Desember, UARS resmi dipensiunkan oleh NASA pada ketinggian 575 dan inklinasi 57 derajat.Setelah pemberhentian operasi tersebut, NASA melakukan manuver penurunan ketinggian orbit. Dalam beberapa bulan, ketinggian UARS menciut hingga 370 kilometer. Orbit rendah ini diharapkan bisa mempercepat penyusutan ketinggian orbit satelit sehingga UARS tergerus perlahan di atmosfer. Perubahan terbesar terjadi beberapa pekan terakhir. Peningkatan aktivitas matahari menggendutkan ukuran atmosfer yang menyebabkan proses penurunan orbit terjadi lebih cepat dari perkiraan semula. Pejabat NASA melaporkan satelit tersebut akan jatuh ke Bumi dalam sepekan mendatang. "Perhitungan kami memperkirakan UARS jatuh pada Jumat, 23 September 2011, plus-minus satu hari," ungkap NASA dalam laporan khususnya, Jumat, 16 September 2011 waktu setempat. Celakanya, NASA belum bisa menghitung posisi persis jatuhnya satelit ini. Mereka hanya memastikan UARS akan terpecah menjadi banyak fragmen dan tersebar pada lintasan lurus sepanjang 800 kilometer. Pola sebaran ini meningkatkan risiko manusia tertimpa satelit menjadi 1 berbanding 3.200. Sebagian besar satelit akan terbakar di atmosfer, menyisakan 532 kilogram mesin yang sampai di Bumi. Dari jumlah ini, pecahan paling berbahaya adalah sebuah kotak seberat 158 kilogram dengan kecepatan 44 meter per detik yang akan menghantam daerah seluar 2 meter persegi. Selain itu juga terdapat beberapa rangka titanium seberat 25-60 kilogram yang ikut terjatuh pada kecepatan tinggi. Dalam satu pekan mendatang, NASA bersama lembaga antariksa dari berbagai negara berupaya mengurangi risiko tabrakan serpihan sampah antariksa ini dengan manusia. Mereka berupaya memperkecil rasio tabrakan hingga 1 berbanding 10.000. Indonesia beberapa kali menjadi tempat jatuhnya sampah antariksa. Beberapa di antaranya bekas motor roket Uni Soviet yang jatuh pada tahun 1981 di Gorontalo dan 1988 di Lampung serta pecahan roket Cina di Bengkulu pada tahun 2003. Sejak tahun 2009, Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN) membangun prosedur pemantauan benda jatuh antariksa, termasuk membuat perangkat lunak pemantau sampah berbahaya dari langit. Lembaga ini berwenang memberikan peringatan bahaya jika ancaman kejatuhan benda antariksa benar-benar nyata. Para ahli menganjurkan penduduk untuk tidak menyentuh pecahan satelit yang jatuh di darat. Umumnya pecahan ini masih bersuhu panas atau mengandung bahan kimia berbahaya. Melaporkan temuan pecahan benda antariksa kepada petugas keamanan adalah langkah yang paling direkomendasikan./tempo |
Gempar!! Pesawat Terlajak Tempat Lain Akibat Juruterbang Tertidur Posted: 19 Sep 2011 07:44 AM PDT Ini akibat pilot pesawat ketiduran di kokpit. Pesawat yang harusnya mendarat di Mumbai malah terus terbang dan hampir sampai di Kota Goa. Ada-ada saja…. Si pilot baru terbangun setelah menara kawalanl lalu lintas udara membangunkannya. Seorang sumber yang dihubungi Times of India mengatakan, peristiwa itu sebenarnya telah terjadi dua minggu lalu. Pesawat itu berangkat dari Dubai dan transit di Kota Jaipur sebelum menuju ke Mumbai. "Setelah bekerja semalaman, pilot itu nampaknya penat sekali dan ketiduran setelah take off dari Jaipur," ungkap sumber tersebut. Dari Jaipur, pesawat itu terbang dengan autopilot. Ketika menara kawalan udara di Mumbai berusaha memberi tanda pendaratan ke pesawat itu, pesawat itu ternyata terus terbang saja dan malah menambah kecepatan menuju Goa. Menara kawalan pun langsung sedar bahawa pesawat itu tidak merespons perintah dan langsung melakukan tindakan dengan mengirim alarm ke kokpit. Untungnya si pilot langsung terbangun dan memutar balik pesawat. "Pesawat itu sudah terbabas sekitar 160 km dari Mumbai. Kami sampai dikira dibajak," ungkap sumber tersebut./okezone |
Lagi Golongan Peneroka Saman FELDA Posted: 19 Sep 2011 05:22 AM PDT Felda bakal berdepan musibah terbaru sebaik menerima tuntutan saman lebih RM510 juta dari peneroka di kawasan Jengka, Pahang dalam jangkamasa terdekat. Ini berikutan 345 lagi peneroka menyerahkan borang waran pelantikan peguam yang menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang menyaman Felda di kawasan itu setakat ini adalah seramai 1056 orang. Pada Julai lalu, Felda disaman oleh 711 peneroka di kawasan itu, selain deretan saman dari peneroka di Kelantan, Johor, dan Negeri Sembilan. Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said dalam laman blognya mendedahkan, jumlah tuntutan oleh 1056 peneroka terbabit merupakan jumlah terbesar setakat ini. "Jumlah tuntutan sebanyak RM510,048,000.00 merupakan jumlah terbesar yang pernah dituntut oleh peneroka-peneroka Felda terhadap Felda," katanya. Lanjutan dari kes ini, Jawatankuasa Bertindak yang mewakili peneroka-peneroka terbabit mengadakan Majlis Penyerahan Borang Pelantikan Peguam yang disempurnakan dengan kehadiran Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya pada 18 September lalu di Markaz PAS Felda Jengka 17. Menurut Suhaimi, saman itu dikemukakan berikutan peratusan kadar perahan gred (KPG) buah sawit yang dimanipulasi oleh Felda dan kilang-kilang Felda. "Mereka (peneroka) menuntut buah sawit yang ditolak oleh kilang Felda kononnya buah-buah itu mengkal, muda dan tangkal panjang, walhal buah-buah ini diuji di makmal dengan peratusan perahan sebanyak 20 peratus. "Buah-buah sawit dari kawasan ini telah dihantar ke makmal dan disahkan peratusan perahan KPG (Kadar Perahan Gred) tidak pernah menurun dari 27 peratus sedangkan Felda hanya membayar kepada peneroka di atas kadar perahan antara 17 peratus hingga 19 peratus. "Ini mendatangkan kerugian yang amat besar kepada peneroka-peneroka. Kiraan selama 15 tahun kerugian yang ditanggung oleh peneroka-peneroka melebihi RM400,000.00 bagi setiap peneroka," kata Suhaimi./kd |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan