shalehudin |
- Tekiu Che Det, tekiu Utusan Meloya... kahkahkah...
- Terkancing gigi UMNO ngan surat nih... kahkahkah...
- Lawyer mengata kat UMNO, memang sedap laa... haha...
- Facebook menghina Nabi
- Jangan dok tak paham bahasa, ini adalah arahan dia... haha...
- Hodoh sungguh bila ahli akademik cari makan ngan kipaih juboq... kahkahkah...
- Woii... lu ni main main ka? Kahkahkah...
- Terkancing gigi UMNO ngan surat nih... haha...
- Sorong papan tarik papan... kahkahkah...
- Lawyer mengata kat UMNO, memang sedap laa... haha...
- Facebook menghina Nabi
- Panas! Gambar dalam FB boleh diguna untuk sihir
- Penoreh dihukum mati
- Hodoh sungguh bila ahli akademik kipaih juboq nak cari makan... kahkahkah...
- Jangan dok ikut setan...
Tekiu Che Det, tekiu Utusan Meloya... kahkahkah... Posted: 13 Sep 2011 10:30 AM PDT Apabila Mahathir Bersuara....... Oleh: AntiKarat UMNO mesti dihenyak rapat ke dinding. Mereka pada mulanya memfitnah PAS dalam isu Bukit Kepong. PAS dilabel sebagai menyokong komunis. Kini isu kemerdekaan yang berlarutan menjerut batang leher UMNO. Kita lihat bagaimana UMNO cuba menyelamatkan diri. Apabila Mat Sabu kata polis Bukit Kepong sebagai pegawai Inggeris, UMNO jaja cerita PAS hina polis. Apabila dibuktikan berdasarkan senario sejarah tahun 1950 yakni sebelum merdeka, UMNO gelabah. Melalui joker mereka berpangkat professor, timbullah putar alam baru untuk menyokong dakwaan mereka bahawa polis waktu 1950 itu ialah polis Tanah Melayu bukan polis yang menjadi pegawai Inggeris. Hujah pembohong mereka yang terhebat sekarang ialah Tanah Melayu tak pernah dijajah. UMNO tak berani bersuara. Mereka guna joker akademik untuk mematahkan hujah Mat Sabu dan PAS. Mereka fikir Mat Sabu yang tak berijazah itu akan mudah diratah oleh Prof-Prof yang ber-Phd. Malang seribu kali malang. Hujah-hujah joker akademik semakin menimbulkan persoalan dan keraguan di kalangan rakyat dan generasi baru. Orang dah tak tanya Mat Sabu. Sebaliknya seluruh rakyat bertumpu kepada joker akademik sekarang. Pelbagai soalan bermain dalam fikiran rakyat? Kenapa selepas 54 tahun merdeka, baru diuar-uarkan Tanah Melayu tak pernah dijajah? Jadi bohonglah sejarah tanah air selama ini. Inilah persoalan yang membina persepsi baru rakyat sekarang iaitu kalau tak bohong, bukan UMNO namanya. Najib jeling kepada Muhyidin. Muhyidin terteleng-teleng kepada Rais. Rais meninjau-ninjau Khairy. Habis-habis Mahathir mengeluarkan bersuara dari dalam kerongkong. Katanya, benar Tanah Melayu tak pernah dijajah. Inilah suara UMNO sekarang walaupun mungkin UMNO akan kata itu pandangan peribadi Mahathir. Oleh kerana Mahathir merupakan tokoh kanan UMNO, bolehlah dirumuskan itulah pandangan UMNO, dalam keadaan manusia lain dalam UMNO 'kecut pemberat'. KJ yang mengatakan Mat Sabu bacul nampak 'real bacul' dalam isu terbaru ini. Confirm UMNO tak berani mengeluarkan pendirian rasmi dalam isu ini. Ditegaskan sekali lagi khususnya untuk pemuja UMNO bahawa UMNO tak akan mendedahkan 'stand'-nya kepada rakyat dalam isu ini. Kiri kanan UMNO kena. Jadi memadai rakyat mengambil pandangan tokoh tersohor mereka, Mahathir. Dengan hujah Mahathir, rakyat boleh membuat beberapa konklusi. 1. Perangai UMNO seiras perangai penjajah; suka putar belit. 2. Sejarah tanah air amat meragukan kerana ditulis oleh otak penjajah dan pewarisnya. 3. Laungan 'Merdeka' dan sambutan kemerdekaan adalah tak kena tempat. Ia sama taraf laungan 'Merdeka' oleh budak-budak yang baru selesai mengambil SPM. 4. Tiada Bapa Kemerdekaan seperti mana dakwaan dan momokan UMNO. 5. Mulai tahun depan, tiada lagi sambutan kemerdekaan. Kalau diadakan juga, itu adalah satu usaha membazirkan dui t rakyat. 6. Ada asas untuk membenarkan kata-kata Mat Sabu, "sejarah tanah air patut ditulis semula." Najib tak perlu melenting kerana joker-joker akademik mereka sehari dua ini sedang galak memberi kuliah sensasi terbaru bertajuk " Tanah Melayu Sebuah Negara Naungan". 7. UMNO bukanlah parti yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air kerana Tanah Melayu tak pernah dijajah malah UMNO hanyalah legasi British di Tanah Melayu. Makin berlarutan isu ini, makin baik untuk intelek rakyat. PAS mesti menghenyak UMNO rapat ke sudut dinding PRU13. Bahana fitnah akhbar Utusan sedang memberi pulangan lumayan untuk tuannya, U.M.N.O; satu nama warisan British. |
Terkancing gigi UMNO ngan surat nih... kahkahkah... Posted: 13 Sep 2011 08:30 AM PDT Mat Zain Ibrahim's open letter to the IGP Sumber MalaysiaToday Selain daripada diri saya sendiri, saya mendapat maklum terdapat sekurang-kurangnya dua lagi pihak yang pernah menemui Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak (PM Najib), bertujuan menyarankan supaya sesuatu tindakan diambil terhadap Gani Patail dan Musa Hassan. Ini memandangkan salahlaku jenayah yang telah mereka lakukan, adalah sangat ketara dan telah membebankan Negara, selain daripada memusnahkan kepercayaan Rakyat terhadap Institusi-Institusi Kerajaan. Mat Zain bin Ibrahim, matzainibrahim@gmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ********************************** Kepada, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, IG, Ketua Polis Negara, Polis Di-Raja Malaysia, iho@rmp.gov.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it 12hb.September 2011, Assalamualaikum wbt. KENYATAAN TERTUDUH-BENARKAH ANWAR DIANIAYA 1. Beberapa pihak telah memberikan pendapat berkaitan tindakan Dato Seri Anwar Ibrahim (Anwar) membuat kenyataan pembelaan diri dalam perbicaraan kes Sodomy II dari kandang tertuduh pada 22.08.2011 yang lalu. Setiap seorang termasuk saya,adalah berhak keatas pendapat masing-masing. 2. Membuat kenyataan dari kandang tertuduh( Kenyataan Tertuduh) adalah salah satu dari tiga opsyen yang dibenarkan olih undang-undang kepada seorang Tertuduh. Olih yang demikian, tidak timbul sama ada Anwar telah melakukan suatu kesalahan dari sudut undang-undang atau sebaliknya. Beliau pasti telah diberi nasihat berkaitan konsekuen atau faedahnya memilih opsyen tersebut. 3. Pada pendapat saya, perkara yang sepatutnya dititikberatkan ialah samada ada keseluruhan kandungan Kenyataan Tertuduh itu adalah benar atau terdapat diantaranya, penegasan yang direka atau palsu. Kedapatan Anwar turut membuat dakwaan salahlaku jenayah yang spesifik, terhadap beberapa individu yang dinamakan dengan jelas. Apa pun opsyen yang dipilih, beliau telah mengemukakan kenyataan tersebut dihadapan seorang Hakim dalam suatu prosiding terbuka. Anwar tetap tertakluk kepada pendakwaan jenayah, sekiranya beliau dibuktikan telah membuat kenyataan yang direka atau palsu. 4. Dalam mengulas isu ini,saya memilih untuk menumpukan perhatian kepada beberapa perenggan Kenyataan Tertuduh seperti berikut:- 4.1. Dakwaan spesifik terhadap Tan Sri Abdul Gani Patail(Gani Patail),Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan) dan Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden (Yusof) dalam peristiwa tahun 1998. Khususnya berkaitan mereka atau memberi keterangan palsu serta dakwaan "cover-up" dalam penyiasatan melibatkan Anwar. Termasuk tetapi tidak terhad kepada insiden mata-lebam. 4.2. Dakwaan berkaitan keterangan Forensik dan DNA. 4.3. Dakwaan keterlibatan dan salahguna kuasa mantan Perdana Menteri dalam penyiasatan melibatkan Anwar. 5. Saya mendapati hampir keseluruhan Kenyataan Tertuduh itu adalah merupakan "kenyataan ulangan untuk menyegarkan ingatan".Dakwaan-dakwaan yang Anwar lontarkan terhadap mantan Perdana Menteri Y.A.Bhg. Tun Mahathir Mohamed, Gani Patail, Musa Hassan dan beberapa yang lain, termasuk terhadap Jabatan Peguam Negara dan Polis, bukanlah perkara baru.Beliau pernah membuat kenyataan secara rasmi pada 3.3.1999 ketika prosiding Suruhanjaya Di-Raja siasatan insiden mata-lebam diadakan.Bagaimanapun dakwaan-dakwaan berkenaan tidak dicabar olih mana-mana pihak, walaupun daripada Gani Patail atau Musa Hassan sendiri. 5.1. Selanjutnya,dakwaan salahlaku jenayah secara lebih spesifik terhadap Gani Patail,Musa Hassan dan Yusof telah beliau kemukakan kepada Mahkamah dalam beberapa afidavit yang telah difailkan sejak 2008 ketika perbicaraan masih diperingkat Mahkamah Sesyen lagi. 5.2. Selain afidavit, Anwar juga telah membuat beberapa laporan Polis terhadap Gani Patail,Musa Hassan serta beberapa Timbalan Pendakwa Raya.Laporan-laporan berkenaan kesemuanya berkisar kepada dakwaan mereka keterangan atau membuat afidavit palsu. 6. Olih hal yang demikian, isu beliau membuat Kenyataan Tertuduh sedemikian, sebagai helah untuk mengelakkan diri daripada disoal balas olih Pasukan Pendakwaan, pada pendapat saya tidak tepat untuk dipersoalkan. 6.1. Malahan,Pasukan Pendakwaan atau sesiapa juga yang telah didakwa dalam afidavit atau laporan Polis berkenaan, bolih membuat aduan terhadap Anwar jika terbukti beliau telah mengikrarkan afidavit atau membuat laporan Polis palsu.Bagaimanapun sejak 1998 lagi, Gani Patail dan Musa Hassan tidak mengambil tindakan sedemikian. 7. Peraturan Mahkamah Tinggi berkaitan penegasan dalam sesuatu afidavit adalah jelas. Banyak case laws yang bolih dijadikan teladan. Antaranya dalam kes Sunrise Sdn.Bhd. vs First People (M) Sdn.Bhd & Anor [1996] 3 MLJ 533.Hakikatnya telah diterima olih Mahkamah bahawa, mana-mana penegasan mustahak dalam afidavit yang tidak dijawab atau dicabar hendaklah dianggap sebagai telah diakui kenyataan yang benar. 7.1. Contoh semasa yang terbaik ialah; dalam kes bunuh Altantuya Shaariibuu, bilamana Hakim telah membebaskan seorang tertuduh Abdul Razak Baginda tanpa dipanggil membela diri, semata-mata bersandarkan afidavit Razak yang tidak dicabar olih Pendakwa Raya. GANI PATAIL DAN MUSA HASSAN 8. Berbalik kepada dakwaan-dakwaan spesifik terhadap beberapa individu dalam Kenyataan Tertuduh tersebut, kesimpulan saya adalah seperti berikut; 8.1. Dakwaan bahawa Gani Patail pada 26.10.1998 telah mengarahkan seorang Dr. Abdul Rahman Yusof (Dr. Rahman) untuk menyediakan satu laporan Forensik palsu berkaitan kecederaan yang Anwar alami dalam insiden mata lebam itu adalah betul. Pemalsuan ini telah disusuli dengan 2 lagi pemalsuan olih Dr. Rahman yang dikatakan telah diarahkan sendiri olih Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah, Peguam Negara ketika itu, dalam bulan Disember 1998. 8.2. Dakwaan bahawa Musa Hassan telah bersubahat dengan memberi kemudahan kepada Gani Patail dan Dr.Rahman menyempurnakan pemalsuan-pemalsuan tersebut diatas juga adalah betul. 8.3. Fakta bahawa 2 (dua) daripada 3 (tiga) laporan forensic palsu tersebut telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja insiden mata-lebam yang bersidang diantara 22.2.1999 hingga 4.3.1999, juga adalah betul. 9. Apapun keadaannya, keujudan 3 laporan forensik olih Dr.Rahman itu sendiri, merupakan keterangan yang kukuh bagi membuktikan berlakunya perbuatan mereka keterangan palsu terhadap Anwar.Saya menekankan bahawa keterangan ini adalah lebih konklusif daripada keterangan DNA. YUSOF 10. Dakwaan bahawa Yusof mengetahui keujudan ketiga-tiga laporan palsu tersebut dan penggunaanya dalam prosiding Suruhanjaya diatas, dalam sifat beliau sebagai wakil Peguam Negara sepanjang prosiding berkenaan, adalah berasas dan dipercayai betul. 10.1. Yusof sewajarnya mengistiharkan kepada Mahkamah, sama ada posisi beliau sebagai Ketua Pasukan Pendakwaan kes Sodomi II berada dalam konflik dengan posisi beliau sebagai wakil Peguam Negara dalam prosiding Suruhanjaya mata-lebam. Situasi ini timbul, memandangkan isu Gani Patail dan Musa Hassan memalsukan keterangan dan menggunakannya dalam prosiding Suruhanjaya itu telah dibangkitkan sejak 1.7.2008.Ini disusuli pula dengan dakwaan menerusi afidavit-afidavit dalam pembicaraan Sodomi II. Yusof sendiri turut ditohmahkan sebagai telah menyembunyikan keterangan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan. 10.2. Hakikatnya tidak dapat dinafikan bahawa Yusof adalah seorang saksi yang mustahak kepada dakwaan salahlaku jenayah terhadap Gani Patail dan Musa Hassan yang telah dilaporkan olih Anwar pada 1.7.2008 itu, manakala pada masa yang sama juga, Yusof adalah Ketua Pasukan Pendakwaan dalam perbicaraan Sodomy II terhadap Anwar. 10.3. Yusof hanya perlu untuk mengesahkan sama ada benar atau tidak ujud 3 laporan forensic yang disediakan olih Dr. Rahman diatas arahan Gani Patail dan Peguam Negara dalam penyiasatan insiden mata-lebam itu. Yang lainnya adalah untuk Mahkamah memutuskan. KETERANGAN FORENSIK DAN DNA 11. Dakwaan menerusi afidavit menyatakan Musa Hassan dan SAC Datuk Mohamad Rodwan Yusof (Rodwan) cuba mengambil tanpa kebenaran ("mencuri") sample darah Anwar, daripada simpanan / kawalan seorang Dr.Zahari Noor pada 15.10.1998 untuk kegunaan ujian DNA adalah dipercayai betul. Dr.Zahari sendiri telah memberikan keterangan kearah demikian pada 30.12.1998 ketika perbicaraan Anwar dalam kes salahguna kuasa dihadapan Hakim Dato Augustine Paul (mendiang). 11.1. Setidak-tidaknya, Musa Hassan masih terhutang kepada rakyat jelata, untuk menjelaskan apakah keterangan yang beliau ada ketika memberi taklimat kepada Tun Mahathir ,sehinggakan mantan Perdana Menteri itu begitu yakin untuk mempercayai Anwar terlibat dengan aktibiti seks luar nikah dan homosexsual. Manakala beberapa bulan selepas itu pula, Musa Hassan terdesak untuk mengumpulkan keterangan lanjut berkaitan DNA, sehingga terpaksa mencuri sample darah tersebut.Walhal pada ketika itu, Anwar telahpun dituduh di-Mahkamah dan sedang menunggu tarikh perbicaraan. Sepatutnya proses pengumpulan keterangan asas telah selesai. 11.2. Musa Hassan juga patut jelaskan samada tindakan "mencuri" sample darah sebelum perbicaraan kes dimulakan itu, adalah dalam pengetahuan dan direstui olih Tun Mahathir atau sebaliknya. Ataupun tindakan itu adalah diatas inisiatif beliau sendiri semata-mata untuk menjustifikasikan taklimat meyakinkan yang beliau beri kepada Tun Mahathir beberapa bulan sebelum itu. 11.2.1.Fakta bahawa Musa Hassan telah menemui Dr. Zahari berkaitan sample darah Anwar untuk tujuan DNA pada 15.10.1998 itu sahaja, sudah memadai untuk membuat kesimpulan bahawa Musa Hassan TIDAK mempunyai keterangan yang lengkap ketika mentaklimatkan Tun Mahathir berkaitan Anwar beberapa lama sebelum itu. 11.2.2.Sila rujuk laporan lengkap dalam "surat tertutup" saya bertarikh 27.12.2010 dialamatkan kepada Tan Sri KPN, Solicitor General dan YAB Perdana Menteri berkaitan pemalsuan DNA ini. DAKWAAN KETERLIBATAN TUN MAHATHIR 12. Menerusi Kenyataan Tertuduh dan afidavit-afidavit yang Anwar telah failkan sebelumnya,beliau telah mendakwa pada tahun 1998 Tun Mahathir telah menyalahgunakan kuasa beliau dalam memberi tekanan keatas Jabatan Kehakiman, Peguam Negara dan Polis sehingga mendapatkan beliau (Anwar) disabitkan dengan kesalahan yang beliau tidak pernah lakukan dan dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 15 tahun. 12.1. Saya menegaskan bahawa Anwar TIDAK mempunyai keterangan untuk mengaitkan Tun Mahathir dengan tindakan Gani Patail dan Musa Hassan dalam perbuatan merekacipta atau memberi keterangan palsu terhadap beliau (Anwar). 12.2. Sebaliknya, saya wajar menyatakan bahawa mengikut rekod rasmi dan apa yang tercatit diatas kertas dalam fail siasatan Polis, Tun Mahathir yang telah memberi nasihat dan amaran keras supaya tidak ada sebarang "cover-up" dilakukan dalam penyiasatan kes-kes melibatkan Anwar. 12.3. Nasihat dan amaran Tun Mahathir sedemikian itu telah saya rakamkan dalam diari penyiasatan kes mata-lebam pada 8.10.1998 setelah saya menemui beliau di-Jabatan Perdana Menteri yang dipanggil memberi taklimat kemajuan siasatan Polis dalam kes tersebut. 12.4. Nasihat dan arahan tersebut telah disampaikan kepada pucuk pimpinan tertinggi PDRM pada hari yang sama dan kepada Gani Patail dua hari kemudian.Laporan secara bertulis menerusi kertas siasatan kes, disampaikan kepada Gani Patail pada 15.10.1998 yang diakui penerimaannya secara rasmi. 13. Olih yang demikian,berdasarkan keterangan yang ada,saya menegaskan, segala penipuan dan pemalsuan keatas Anwar telah dilakukan olih Gani Patail dan Musa Hassan dengan kehendak mereka sendiri untuk faedah masing-masing,melainkan mereka berdua bolih membuktikan terdapat ada pihak ketiga yang terlibat. MENGENAI SABITAN SALAH DAN HUKUMAN PENJARA 15 TAHUN 14. Sejak 1998 lagi, Anwar secara konsisten mengekalkan pengakuan tidak bersalah sambil mendakwa, bahawa pertuduhan-pertuduhan salahguna kuasa dan liwat yang dikenakan terhadapnya adalah pertuduhan palsu dan berniat jahat dan suatu konspirasi nekad, untuk memusnahkan kerjaya poliktiknya. Beliau turut mendakwa bahawa sabitan salah dan hukuman penjara 15 tahun yang dijatuhkan keatas diri beliau adalah suatu penganiayaan pihak Pemerintah keatas diri dan keluarga beliau. 15. Berdasarkan kepada keterangan dokumentari dan peristiwa-peistiwa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan keatas diri beliau, yang bolih dan mampu dibuktikan, maka saya menyatakan bahawa dakwaan Anwar sedemikian itu adalah berasas dan mempunyai meritnya yang tersendiri. 15.1. Perbuatan "mencuri" sample darah Anwar untuk tujuan DNA olih Musa Hassan dan Rodwan telah dilakukan pada 15.10.1998. Manakala pemalsuan keterangan Forensic olih Dr.Rahman pula dilakukan pada 26.10.1998. Kedua-dua peristiwa yang berlaku, adalah diatas arahan dan atau/penyeliaan Gani Patail yang disempurnakan sebagai persediaan untuk keterangan tersebut digunakan terhadap Anwar, sebelum perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap beliau dimulakan pada 2.11.1998. 15.2. Tanpa perlu mengulangi secara detail peristiwa diatas,saya menyatakan bahawa kedua-dua kejadian tersebut adalah antara beberapa keterangan kukuh untuk membuktikan keujudan niat jahat (mala fide) dan sikap bias Gani Patail dan Musa Hassan dalam penyiasatan dan pendakwaan kes ini. 15.3. Walaupun Hakim mendiang Dato Augustine Paul menolak (expunged) keterangan DNA akibat penjelasan yang menimbulkan kecurigaan daripada Ahli Kimia Encik Lim Kong Boon, tidak bermakna bahawa perbuatan "mencuri" sample darah bagi tujuan DNA dan mereka keterangan palsu dalam perkara ini, terbatal sama sekali. Malah ianya mengukuhkan lagi dakwaan-dakwaan bahawa sample darah yang dicuri dari kawalan Dr.Zahari itu telah ditanam (planted) diatas "tilam masyhor" yang diusung turun-naik Mahkamah ketika perbicaraan. 15.4. Perbuatan Musa Hassan memberi keterangan palsu ("perjury") dalam perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Anwar, tiba-tiba terbongkar, apabila keterangan beliau berikan sendiri sebagai saksi PW75 dalam perbicaraan Kes Pendakwa Raya vs Ramli Yusuff di-Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, dibandingkan dengan keterangan yang beliau berikan dalam kes salahguna kuasa terhadap Anwar tahun 1998. Seorang Ahli Parlimen telah membuat laporan Polis terhadap Musa Hassan kerana melakukan kesalahan "perjury" ini dalam bulan Mac 2010, tetapi penyiasatannya disenyapkan begitu sahaja. Analogi 16 Jika Musa Hassan dan Rodwan tidak pernah menemui Dr.Zahari berkaitan sample darah Anwar seperti yang dinyatakan diatas, maka Dr. Zahari Noor tidak akan memberikan keterangan sedemikian dalam perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Anwar dalam bulan Disember 1998. Rodwan juga tidak akan menyebut perkara DNA ini tanpa sebab dalam percakapan yang dirakamkan darinya pada 1.10.1998. 16.1. Jika Musa Hassan sememangnya seorang yang jujur, termasuk apabila memberi keterangan bersumpah,maka Hakim Supang Lian dari Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, tidak akan melabelkan beliau sebagai seorang saksi yang tidak bolih dipercayai, dan kesaksiannya juga ditolak. Walhal beliau adalah seorang Ketua Polis Negara dan memakai pakaian seragam lengkap ketika memberikan keterangan tersebut. Pendek kata Hakim Supang Lian tidak akan membuat komen sedemikian melainkan beliau mempunyai keterangan yang kukuh. 16.2. Jika Musa Hassan tidak ada memberi keterangan palsu ketika perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Anwar, dihadapan Hakim mendiang Dato Augustine Paul dalam tahun 1998, maka tidak akan ujud nota keterangan sedemikian yang bolih dibandingkan pula dengan nota keterangan beliau di-Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu sebelas tahun kemudian. 16.3. Jika Musa Hassan tidak pernah memberi kemudahan dan membantu Gani Patail dalam membuat dan mereka keterangan-keterangan palsu dalam penyiasatan insiden mata-lebam tahun 1998, maka saya sendiri tidak akan merakamkan dalam diari penyiasatan saya ketika itu, mengenai peranan dan penglibatan beliau dan Gani Patail dalam salahlaku jenayah ini. Memoirs 17. Jika Musa Hassan telah berjaya meyakinkan Tun Mahathir untuk mempercayai Anwar terlibat dalam aktibiti homosexsual, lantas beliau dipecat dan dikenakan beberapa pertuduhan jenayah sehingga disabitkan kesalahan dan dipenjarakan, maka nota keterangan Musa Hassan berikan dalam perbicaraan salahguna kuasa terhadap Anwar itu sendiri, akhirnya telah membongkarkan segala pemalsuan dan penipuan lampau yang Musa Hassan telah lakukan. 17.1. Begitu juga apa yang berlaku keatas Gani Patail. Sungguhpun beliau berjaya meyakinkan Tun Mahathir dan Jemaah Menteri ketika itu,dengan memperkecilkan hasil penyiasatan Polis terhadap insiden mata-lebam, sehinggakan Jemaah Menteri percaya bahawa PDRM tidak telus dan professional dalam tugas mereka,lantas menubuhkan Suruhanjaya Di-Raja penyiasatan pula. Maka keterangan-keterangan yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya itu sendiri,akhirnya telah mengesahkan segala pemalsuan dan penipuan yang Gani Patail telah lakukan. 17.2. Tanpa diduga 13 tahun kemudian,Tun Mahathir telah mengeluarkan memoirs beliau dalam "A Doctor in the House", pada bulan Mac 2011. Secara sengaja atau kebetulan, memoirs Tun dalam membincangkan peristiwa mata-lebam dan dakwaan terhadap Anwar, sebaliknya telah mengukuhkan lagi keterangan salahlaku jenayah terhadap Gani Patail dan Musa Hassan pula. 17.2.1.Jika Tun Mahathir dalam memoirs sendiri telah berterus terang pernah tersalah anggap, bahawa kecederaan mata-lebam yang Anwar alami itu adalah dilakukannya sendiri (self-inflicted), hanya untuk kemudiannya sedar bahawa kecederaan tersebut akibat serangan mantan Ketua Polis Negara,maka Tun juga bolih tersalah anggap mengenai aktibiti homosexsual Anwar. Tun Mahathir tidak bolih mengenepikan kemungkinan beliau telah diperdayakan olih Musa Hassan dengan butir taklimat yang ditokok-tambah atau dimanipulasikan. 17.2.2.Menilai semula penglibatan Musa Hassan dalam peristiwa, yang ramai tidak menyangka beliau sanggup lakukan,iaitu, "mencuri" sample darah untuk tujuan DNA,bersubahat dengan Gani Patail dalam mereka 3 laporan Forensik palsu serta kemudiannya memberi keterangan palsu dalam perbicaraan melibatkan Anwar, yang kesemuanya berlaku selepas beliau memberikan taklimat kepada Tun, maka kemungkinan Tun Mahathir telah diperdayakan menjadi lebih credible. 17.2.3.Saya menyatakan Tun sememangnya serius apabila beliau pada 8.10.1998 mengarahkan menerusi saya supaya tidak ada sebarang "cover-up" dalam penyiasatan kes-kes terhadap Anwar. Bagaimanapun Tun tidak mempunyai kawalan terhadap tingkahlaku Gani Patail dan Musa Hassan. 17.2.4.Tun Mahathir sendiri mengaku telah mengarahkan KPN supaya berhati-hati apabila menangani Anwar. Malah Tun (memberitahu saya ketika menemui beliau) telah meminta supaya Anwar tidak digari apabila ditangkap, jika bolih. Namun, Anwar tetap juga dibelasah olih mantan KPN tersebut sebaik ditangkap ketika kedua belah tangannya masih bergari. Begitu juga keadaannya,walaupun Tun telah mengarahkan supaya tidak ada sebarang "cover-up" terhadap kes-kes melibatkan Anwar, dan arahan tersebut telah saya sampaikan kepada mereka yang berkenaan,secara lisan dan bertulis, namun Tun tidak berupaya untuk menghalang Gani Patail dan Musa Hassan daripada melakukan pemalsuan dan penipuan keatas Anwar dibelakang beliau. 17.2.5.Sekiranya Gani Patail sanggup melibatkan diri melesapkan dokumen yang mengaitkan beliau dengan salahlaku jenayah, sebelum laporan Suruhanjaya Di-Raja mata-lebam dipersembahkan kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong, maka apalah manipulasi keatas rakyat biasa kepada beliau. 17.2.6.Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak Tun dalam Chapter 53 "Doctor in the House", khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998. Saya percaya pekara ini bolih berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan. Kesimpulan Perkara 18. Berdasarkan kepada hujah-hujah yang tersebut diatas yang disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah keatas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa keatas beliau,telah diperolehi olih pihak Pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama olih Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka. 18.1. Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau olih mereka berdua. PENUTUP 19. Selain daripada diri saya sendiri, saya mendapat maklum terdapat sekurang-kurangnya dua lagi pihak yang pernah menemui Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak (PM Najib), bertujuan menyarankan supaya sesuatu tindakan diambil terhadap Gani Patail dan Musa Hassan. Ini memandangkan salahlaku jenayah yang telah mereka lakukan, adalah sangat ketara dan telah membebankan Negara, selain daripada memusnahkan kepercayaan Rakyat terhadap Institusi-Institusi Kerajaan. Saya mempunyai alasan untuk menyatakan, PM Najib turut sedar bahawa keterangan terhadap Gani Patail dan Musa Hassan adalah jelas dan kukuh. Malahan, tidak ada jalan keluar bagi mereka berdua. Namun begitu, PM Najib nampaknya masih belum bersedia untuk melaksanakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri diatas sesuatu pertimbangan yang hanya beliau ketahui. Mungkin beliau sedang menunggu masa yang sesuai. Saya yakin PM Najib tidak akan timbulkan soal ketiadaan atau kekurangan keterangan terhadap mereka berdua. 20. Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkaitan Anwar sejak 1998, serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan kesemua "pemain-pemain utama" perkara dalam persoalan ini,terutamanya Tun Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak Surat Terbuka saya sebelum ini, tidak pernah lari sedikitpun daripada landasan kebenaran. 21. Saya menyimpan hak saya untuk menyambung ulasan mengenai isu ini pada masa yang sesuai, memandangkan perbicaraan kes Sodomi II akan disambung semula pada 19 September 2011, walaupun saya sedar akan risikonya. Sekian, untuk makluman dan tindakan YDH Tan Sri dimana berkaitan mengikut peraturan Undang-Undang sedia ada. Salam sejahtera. Yang benar, Mat Zain Ibrahim |
Lawyer mengata kat UMNO, memang sedap laa... haha... Posted: 13 Sep 2011 08:05 AM PDT Umno tidak kisah . . . Oleh Mohamed Hanipa Maidin ADAKAH Umno ambil kisah menceritakan sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan negara? Hakikatnya Umno tidak kisah untuk memutarbelitkan ucapan Mohamad Sabu apabila Timbalan Presiden PAS itu menghidangkan sejarah perjuangan kemerdekaaan tanah air dari perspektif yang berbeza. Umno juga tidak kisah bahawa selama ini sejarah perjuangan kemerdekaan negara disogokkan oleh Umno kepada rakyat dari kacamata Umno semata-mata. Umno juga tidak kisah untuk menghidangkan kepada rakyat bahawa dari kacamata Umno melalui Jins Shamsuddin, pihak polis British yang terdiri daripada mata-mata (polis) Melayu yang mempertahankan rumah pasong (balai polis) di Bukit Kepong adalah wira kemerdekaan. Hakikatnya Umno tidak kisah sama ada mata-mata Melayu di rumah pasong Bukit Kepong bekerja dengan penjajah British. Umno juga tidak kisah tragedi Bukit Kepong berlaku pada 23 Februari 1950, sebelum tanah air merdeka. Maka tidak timbul dakwaan Mat Indera menentang Polis Diraja Malaysia. Umno tidak kisah bahawa mata-mata Melayu di rumah pasong Bukit Kepong bukanlah Polis Diraja Malaysia kerana negara belum merdeka pada tahun 1950, jauh sekali Malaysia ditubuhkan pada masa itu. Umno juga tidak kisah bahawa di tahun 1950 itu masih terdapat ramai rakyat tanah Melayu sama ada berbangsa Melayu, Cina atau India yang peka bahawa Tanah Melayu adalah tanah air mereka dan penjajah British tidak berhak untuk mengaut kekayaaan hasil bumi Tanah Melayu. Umno juga tidak kisah bahawa ramai pemuda dan pemudi Melayu/Islam yang sama sekali tidak reda tanah air mereka dijajah walaupun seinci oleh mana-mana penjajah. Umno juga tidak kisah bahawa berapa ramai pemuda Melayu seperti Mat Indera yang tidak sanggup menggadaikan maruah, harga diri dan agama mereka dengan bersekongkol dengan penjajah British atau berbangga menjadi anak penjajah. Umno juga tidak kisah untuk ambil tahu mengapakah Mat Indera yang berkelulusan agama dan pernah menjadi guru agama itu sanggup mati di tali gantung kerana menentang penjajah British? Umno juga tidak ambil kisah bahawa fakta sejarah menunjukkan tiada seorang pemimpin Umno yang pernah ditangkap oleh penjajah jauh sekali dipenjara dan dibunuh kerana menentang penjajah. Umno juga tidak kisah bahawa ada pemimpin Umno yang sanggup mengeluarkan kenyataan 'bagaimana kita boleh merdeka sedangkan jarum pun kita tidak mampu buat' yang menunjukkan secara jelas mentaliti anak penjajah. Umno juga tidak kisah menipu rakyat setiap kali menyambut bulan kemerdekaan kononnya hanya Umno sahaja yang terlibat dalam mendapatkan kemerdekaan Negara. Umno juga tidak kisah apabila nama-nama besar pejuang kemerdekaaan yang berani dan sanggup dirampas kebebasan mereka oleh British seperti Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Pak Sako, Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin al-Helmy, Mat Indera dan lain-lain lagi tidak langsung disebut nama-nama mereka setiap kali negara menyambut kemerdekaan. Umno juga tidak kisah bahawa pejuangpejuang yang disebut tadi memang ada jasa mereka dalam melawan penjajah. Dan jasa mereka tidak wajar dilupakan sama sekali sewaktu rakyat diminta menyambut bulan Kemerdekaan. Umno juga tidak kisah dan malu bahawa rakyat sudah muak dengan hidangan Kemerdekaan versi Umno yang tidak jujur menceritakan sejarah sebenar pejuangan menuntut kemerdekaan negara ini. Umno tidak kisah untuk ambil tahu isi ceramah sebenar ceramah Mat Sabu yang mahukan sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini hendaklah dibentangkan secara jujur agar rakyat tidak terkeliru siapakah pejuang sebenar kemerdekaan dan siapa pula petualang yang sebenar. Umno tidak kisah apabila akhbar proksi mereka, Utusan Malaysia dengan mudah menuduh Mat Sabu menyokong komunis hanya kerana Mat Sabu meminta sejarah sebenar kemerdekaan negara dibentangkan dengan jujur dan telus. Umno tidak kisah Muhyiddin Yassin sepantas kilat menghentam Mat Sabu sebaik sahaja Utusan mengaitkan Mat Sabu dengan komunis sedangkan Muhyiddin tidak peduli untuk mendengar isi ceramah Mat Sabu terlebih dahulu. Umno tidak kisah untuk marah Mat Sabu kerana mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang atau wira kemerdekaan sedangkan Yayasan Warisan Johor menerbitkan buku 'Pengukir Nama Johor' yang memasukkan nama dan gambar Mat Indera sebagai salah seorang pengukir nama baik Johor. Umno juga tidak ambil kisah kata-kata aluan buku tersebut ditulis oleh Menteri Besar Johor dari Umno iaitu Dato' Abdul Ghani Othman. Umno tidak ambil kisah bukankah jika benar Mat Indera menyokong Komunis logiknya salah seorang pengukir nama Melayu di Johor adalah penyokong komunis yang namanya layak dibukukan. Umno tidak kisah menghentam komunis kerana didakwa zalim membunuh mata-mata Melayu yang bekerja dengan penjajah British, sedangkan apabila rakyat tidak berdosa ditembak mati pasukan polis di Memali (selepas negara merdeka) mulut pemimpin Umno terkunci rapat. Umno tidak kisah meskipun Malaysia sudah merdeka namun sistem perundangan, kebudayaan dan ekonomi masih tidak merdeka dari cengkaman penjajah. Umno tidak kisah kemerdekaan yang sebenar bukan dengan mengibarkan Jalur Gemilang tetapi dalam masa yang sama mencengkam rakyat dengan polisi-polisi yang membebankan rakyat. Umno tidak kisah untuk ambil tahu kemerdekaan sebenar adalah seperti mana kata-kata Ruba'ie Umair kepada Rustom bahawa, "kami diutuskan untuk mengeluarkan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah sematamata, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kezaliman ideologi manusia kepada keadilan Islam." Umno tidak kisah menghentam Komunis namun Umno melalui Tengku Adnan Tengku Mansor dengan tanpa segan silu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis Cina (CPC) pada Ogos 2010 di Beijing dan wakil CPC sering dijemput sebagai tetamu di perhimpunan agung Umno di PWTC (lihat Sinar Harian 6/9/2011 muka 19). Umno juga tidak kisah pada 31 Ogos yang lalu Najib sendiri tidak ada di dalam negara semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan. Ya, Najib menyambut kemerdekaan di Perth, Australia. Yang Umno kisah hanyalah bagaimanakah rakyat terus-menerus dapat menyokong mereka dengan mengeksploitasi ucapan Mat Sabu semaksimum mungkin. |
Posted: 13 Sep 2011 06:25 AM PDT Nauzubillah siapakah yang membuat page ini sanggup menghina Nabi Muhammad S.A.W. Sepatutnya pekara sebegini tidak berlaku. SK sungguh kecewa dengan pekara ini, sebagai umat nya dan orang islam pekara ini perlu di ambil tindakkan yang sewajarnya. SKMM perlu pantau dan mengambil tindakkan terhadap orang yang membuat page ini dan Jabatan Agama Islam juga perlu mengambil tindakan dan buat laporan polis. Page ini terlalu terlampau menghina Nabi Muhammad dan orang islam dengan meletakan gambar babi ini - Siasahkini |
Jangan dok tak paham bahasa, ini adalah arahan dia... haha... Posted: 13 Sep 2011 02:30 AM PDT Najib wajar tangguh panggil PRU, kata Mahathir PUTRAJAYA, 12 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamed menasihatkan Datuk Seri Najib Razak agar melewatkan pilihan raya umum ke-13 dan merasakan bahawa Perdana Menteri sewajarnya menggunakan masa yang ada untuk meneliti calon-calon terbaik yang akan mewakili Barisan Nasional (BN). Dr Mahathir menjawab soalan Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan ketika temu bual RTM di sini. |
Hodoh sungguh bila ahli akademik cari makan ngan kipaih juboq... kahkahkah... Posted: 13 Sep 2011 01:30 AM PDT 'Tak nak' ahli akademik kelirukan masyarakat Saya tertarik dengan Profesor Dr Abdul Aziz Bari. Beliau dengan mudah sekali mematahkan hujah-hujah Profesor Khoo Kay Kim dan Profesor Zainal Kling. Nampak sangat terdapat orang-orang akademik yang cuba menggilap kasut pemerintah sambil menonjolkan hujah-hujah yang begitu rapuh lagi keliru. Ahli-ahli akademik ini sanggup menyalahgunakan gelaran dan kedudukan mereka untuk mengelirukan fikiran rakyat. Bagi mereka, ilmu bukan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran tetapi alat untuk mencari nama dan kedudukan. Trend ini amat menyedihkan kita semua, kerana tatkala orang-orang politik bercakap tak tentu arah, kita berharap sekurang-kurang ahli-ahli akademik boleh bertindak dan bercakap jujur untuk memimpin haluan fikiran masyarakat. Tetapi, harapan kita tidak boleh menerima sahaja kerana orang akademik juga boleh sesat. Mereka bukan lagi melambangkan "hati kecil" masyarakat tetapi lebih menonjolkan sebagai jurucakap kerajaan pemerintah. Sebagai rakyat biasa, kita merasa amat kecewa dan hendak dihentikan semua perbuatan-perbuatan yang anti-ilmiah serta-merta. Oleh itu, kita jangan berdiam diri, sebagai penonton semata-mata. Kita berhak menyuarakan pendapat sungguhpun kita bukan ahli akademik. Kita perlu berani tampil ke depan dan katakan "tak nak" kepada ahli-ahli akademik yang tidak jujur. Penghormatan adalah sesuatu yang dianugerahkan bukannya boleh dituntut. Jadi jikalau ahli-ahli akademik berlakuan tidak akademik dan tidak jujur, marilah kita bangun ramai-ramai katakan "tak nak". Kita tak nak ahli-ahli akademik yang boleh mengelirukan fikiran masyarakat. |
Woii... lu ni main main ka? Kahkahkah... Posted: 13 Sep 2011 12:30 AM PDT Ummi Hafilda tarik balik saman rakannya RM100 juta KUALA LUMPUR, 12 Sept – Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali Isnin menarik balik saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadap bekas rakan perniagaannya dan pengendali laman berita Malaysiakini. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V T Singham membatalkan writ saman itu selepas membenarkan permohonan peguam Zulhelmi Wagiman, yang mewakili Ummi Hafilda, untuk menarik balik saman itu dengan kebebasan untuk memfailkan semula. Singham bagaimanapun memberi amaran kepada Ummi Hafilda sekiranya beliau ingin memfailkan semula saman itu buat kali ketiga, itu adalah peluang yang terakhir untuknya berbuat demikian. Ini adalah saman yang kedua difailkan Ummi Hafilda terhadap Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Mkini Dotcom Sdn Bhd selepas saman pertamanya dibatalkan pada 13 April lepas oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu disebut di hadapannya.- TMI |
Terkancing gigi UMNO ngan surat nih... haha... Posted: 12 Sep 2011 11:30 PM PDT Mat Zain Ibrahim's open letter to the IGP Sumber MalaysiaToday Selain daripada diri saya sendiri, saya mendapat maklum terdapat sekurang-kurangnya dua lagi pihak yang pernah menemui Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak (PM Najib), bertujuan menyarankan supaya sesuatu tindakan diambil terhadap Gani Patail dan Musa Hassan. Ini memandangkan salahlaku jenayah yang telah mereka lakukan, adalah sangat ketara dan telah membebankan Negara, selain daripada memusnahkan kepercayaan Rakyat terhadap Institusi-Institusi Kerajaan. Mat Zain bin Ibrahim, matzainibrahim@gmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ********************************** Kepada, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, IG, Ketua Polis Negara, Polis Di-Raja Malaysia, iho@rmp.gov.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it 12hb.September 2011, Assalamualaikum wbt. KENYATAAN TERTUDUH-BENARKAH ANWAR DIANIAYA 1. Beberapa pihak telah memberikan pendapat berkaitan tindakan Dato Seri Anwar Ibrahim (Anwar) membuat kenyataan pembelaan diri dalam perbicaraan kes Sodomy II dari kandang tertuduh pada 22.08.2011 yang lalu. Setiap seorang termasuk saya,adalah berhak keatas pendapat masing-masing. 2. Membuat kenyataan dari kandang tertuduh( Kenyataan Tertuduh) adalah salah satu dari tiga opsyen yang dibenarkan olih undang-undang kepada seorang Tertuduh. Olih yang demikian, tidak timbul sama ada Anwar telah melakukan suatu kesalahan dari sudut undang-undang atau sebaliknya. Beliau pasti telah diberi nasihat berkaitan konsekuen atau faedahnya memilih opsyen tersebut. 3. Pada pendapat saya, perkara yang sepatutnya dititikberatkan ialah samada ada keseluruhan kandungan Kenyataan Tertuduh itu adalah benar atau terdapat diantaranya, penegasan yang direka atau palsu. Kedapatan Anwar turut membuat dakwaan salahlaku jenayah yang spesifik, terhadap beberapa individu yang dinamakan dengan jelas. Apa pun opsyen yang dipilih, beliau telah mengemukakan kenyataan tersebut dihadapan seorang Hakim dalam suatu prosiding terbuka. Anwar tetap tertakluk kepada pendakwaan jenayah, sekiranya beliau dibuktikan telah membuat kenyataan yang direka atau palsu. 4. Dalam mengulas isu ini,saya memilih untuk menumpukan perhatian kepada beberapa perenggan Kenyataan Tertuduh seperti berikut:- 4.1. Dakwaan spesifik terhadap Tan Sri Abdul Gani Patail(Gani Patail),Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan) dan Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden (Yusof) dalam peristiwa tahun 1998. Khususnya berkaitan mereka atau memberi keterangan palsu serta dakwaan "cover-up" dalam penyiasatan melibatkan Anwar. Termasuk tetapi tidak terhad kepada insiden mata-lebam. 4.2. Dakwaan berkaitan keterangan Forensik dan DNA. 4.3. Dakwaan keterlibatan dan salahguna kuasa mantan Perdana Menteri dalam penyiasatan melibatkan Anwar. 5. Saya mendapati hampir keseluruhan Kenyataan Tertuduh itu adalah merupakan "kenyataan ulangan untuk menyegarkan ingatan".Dakwaan-dakwaan yang Anwar lontarkan terhadap mantan Perdana Menteri Y.A.Bhg. Tun Mahathir Mohamed, Gani Patail, Musa Hassan dan beberapa yang lain, termasuk terhadap Jabatan Peguam Negara dan Polis, bukanlah perkara baru.Beliau pernah membuat kenyataan secara rasmi pada 3.3.1999 ketika prosiding Suruhanjaya Di-Raja siasatan insiden mata-lebam diadakan.Bagaimanapun dakwaan-dakwaan berkenaan tidak dicabar olih mana-mana pihak, walaupun daripada Gani Patail atau Musa Hassan sendiri. 5.1. Selanjutnya,dakwaan salahlaku jenayah secara lebih spesifik terhadap Gani Patail,Musa Hassan dan Yusof telah beliau kemukakan kepada Mahkamah dalam beberapa afidavit yang telah difailkan sejak 2008 ketika perbicaraan masih diperingkat Mahkamah Sesyen lagi. 5.2. Selain afidavit, Anwar juga telah membuat beberapa laporan Polis terhadap Gani Patail,Musa Hassan serta beberapa Timbalan Pendakwa Raya.Laporan-laporan berkenaan kesemuanya berkisar kepada dakwaan mereka keterangan atau membuat afidavit palsu. 6. Olih hal yang demikian, isu beliau membuat Kenyataan Tertuduh sedemikian, sebagai helah untuk mengelakkan diri daripada disoal balas olih Pasukan Pendakwaan, pada pendapat saya tidak tepat untuk dipersoalkan. 6.1. Malahan,Pasukan Pendakwaan atau sesiapa juga yang telah didakwa dalam afidavit atau laporan Polis berkenaan, bolih membuat aduan terhadap Anwar jika terbukti beliau telah mengikrarkan afidavit atau membuat laporan Polis palsu.Bagaimanapun sejak 1998 lagi, Gani Patail dan Musa Hassan tidak mengambil tindakan sedemikian. 7. Peraturan Mahkamah Tinggi berkaitan penegasan dalam sesuatu afidavit adalah jelas. Banyak case laws yang bolih dijadikan teladan. Antaranya dalam kes Sunrise Sdn.Bhd. vs First People (M) Sdn.Bhd & Anor [1996] 3 MLJ 533.Hakikatnya telah diterima olih Mahkamah bahawa, mana-mana penegasan mustahak dalam afidavit yang tidak dijawab atau dicabar hendaklah dianggap sebagai telah diakui kenyataan yang benar. 7.1. Contoh semasa yang terbaik ialah; dalam kes bunuh Altantuya Shaariibuu, bilamana Hakim telah membebaskan seorang tertuduh Abdul Razak Baginda tanpa dipanggil membela diri, semata-mata bersandarkan afidavit Razak yang tidak dicabar olih Pendakwa Raya. GANI PATAIL DAN MUSA HASSAN 8. Berbalik kepada dakwaan-dakwaan spesifik terhadap beberapa individu dalam Kenyataan Tertuduh tersebut, kesimpulan saya adalah seperti berikut; 8.1. Dakwaan bahawa Gani Patail pada 26.10.1998 telah mengarahkan seorang Dr. Abdul Rahman Yusof (Dr. Rahman) untuk menyediakan satu laporan Forensik palsu berkaitan kecederaan yang Anwar alami dalam insiden mata lebam itu adalah betul. Pemalsuan ini telah disusuli dengan 2 lagi pemalsuan olih Dr. Rahman yang dikatakan telah diarahkan sendiri olih Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah, Peguam Negara ketika itu, dalam bulan Disember 1998. 8.2. Dakwaan bahawa Musa Hassan telah bersubahat dengan memberi kemudahan kepada Gani Patail dan Dr.Rahman menyempurnakan pemalsuan-pemalsuan tersebut diatas juga adalah betul. 8.3. Fakta bahawa 2 (dua) daripada 3 (tiga) laporan forensic palsu tersebut telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja insiden mata-lebam yang bersidang diantara 22.2.1999 hingga 4.3.1999, juga adalah betul. 9. Apapun keadaannya, keujudan 3 laporan forensik olih Dr.Rahman itu sendiri, merupakan keterangan yang kukuh bagi membuktikan berlakunya perbuatan mereka keterangan palsu terhadap Anwar.Saya menekankan bahawa keterangan ini adalah lebih konklusif daripada keterangan DNA. YUSOF 10. Dakwaan bahawa Yusof mengetahui keujudan ketiga-tiga laporan palsu tersebut dan penggunaanya dalam prosiding Suruhanjaya diatas, dalam sifat beliau sebagai wakil Peguam Negara sepanjang prosiding berkenaan, adalah berasas dan dipercayai betul. 10.1. Yusof sewajarnya mengistiharkan kepada Mahkamah, sama ada posisi beliau sebagai Ketua Pasukan Pendakwaan kes Sodomi II berada dalam konflik dengan posisi beliau sebagai wakil Peguam Negara dalam prosiding Suruhanjaya mata-lebam. Situasi ini timbul, memandangkan isu Gani Patail dan Musa Hassan memalsukan keterangan dan menggunakannya dalam prosiding Suruhanjaya itu telah dibangkitkan sejak 1.7.2008.Ini disusuli pula dengan dakwaan menerusi afidavit-afidavit dalam pembicaraan Sodomi II. Yusof sendiri turut ditohmahkan sebagai telah menyembunyikan keterangan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan. 10.2. Hakikatnya tidak dapat dinafikan bahawa Yusof adalah seorang saksi yang mustahak kepada dakwaan salahlaku jenayah terhadap Gani Patail dan Musa Hassan yang telah dilaporkan olih Anwar pada 1.7.2008 itu, manakala pada masa yang sama juga, Yusof adalah Ketua Pasukan Pendakwaan dalam perbicaraan Sodomy II terhadap Anwar. 10.3. Yusof hanya perlu untuk mengesahkan sama ada benar atau tidak ujud 3 laporan forensic yang disediakan olih Dr. Rahman diatas arahan Gani Patail dan Peguam Negara dalam penyiasatan insiden mata-lebam itu. Yang lainnya adalah untuk Mahkamah memutuskan. KETERANGAN FORENSIK DAN DNA 11. Dakwaan menerusi afidavit menyatakan Musa Hassan dan SAC Datuk Mohamad Rodwan Yusof (Rodwan) cuba mengambil tanpa kebenaran ("mencuri") sample darah Anwar, daripada simpanan / kawalan seorang Dr.Zahari Noor pada 15.10.1998 untuk kegunaan ujian DNA adalah dipercayai betul. Dr.Zahari sendiri telah memberikan keterangan kearah demikian pada 30.12.1998 ketika perbicaraan Anwar dalam kes salahguna kuasa dihadapan Hakim Dato Augustine Paul (mendiang). 11.1. Setidak-tidaknya, Musa Hassan masih terhutang kepada rakyat jelata, untuk menjelaskan apakah keterangan yang beliau ada ketika memberi taklimat kepada Tun Mahathir ,sehinggakan mantan Perdana Menteri itu begitu yakin untuk mempercayai Anwar terlibat dengan aktibiti seks luar nikah dan homosexsual. Manakala beberapa bulan selepas itu pula, Musa Hassan terdesak untuk mengumpulkan keterangan lanjut berkaitan DNA, sehingga terpaksa mencuri sample darah tersebut.Walhal pada ketika itu, Anwar telahpun dituduh di-Mahkamah dan sedang menunggu tarikh perbicaraan. Sepatutnya proses pengumpulan keterangan asas telah selesai. 11.2. Musa Hassan juga patut jelaskan samada tindakan "mencuri" sample darah sebelum perbicaraan kes dimulakan itu, adalah dalam pengetahuan dan direstui olih Tun Mahathir atau sebaliknya. Ataupun tindakan itu adalah diatas inisiatif beliau sendiri semata-mata untuk menjustifikasikan taklimat meyakinkan yang beliau beri kepada Tun Mahathir beberapa bulan sebelum itu. 11.2.1.Fakta bahawa Musa Hassan telah menemui Dr. Zahari berkaitan sample darah Anwar untuk tujuan DNA pada 15.10.1998 itu sahaja, sudah memadai untuk membuat kesimpulan bahawa Musa Hassan TIDAK mempunyai keterangan yang lengkap ketika mentaklimatkan Tun Mahathir berkaitan Anwar beberapa lama sebelum itu. 11.2.2.Sila rujuk laporan lengkap dalam "surat tertutup" saya bertarikh 27.12.2010 dialamatkan kepada Tan Sri KPN, Solicitor General dan YAB Perdana Menteri berkaitan pemalsuan DNA ini. DAKWAAN KETERLIBATAN TUN MAHATHIR 12. Menerusi Kenyataan Tertuduh dan afidavit-afidavit yang Anwar telah failkan sebelumnya,beliau telah mendakwa pada tahun 1998 Tun Mahathir telah menyalahgunakan kuasa beliau dalam memberi tekanan keatas Jabatan Kehakiman, Peguam Negara dan Polis sehingga mendapatkan beliau (Anwar) disabitkan dengan kesalahan yang beliau tidak pernah lakukan dan dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 15 tahun. 12.1. Saya menegaskan bahawa Anwar TIDAK mempunyai keterangan untuk mengaitkan Tun Mahathir dengan tindakan Gani Patail dan Musa Hassan dalam perbuatan merekacipta atau memberi keterangan palsu terhadap beliau (Anwar). 12.2. Sebaliknya, saya wajar menyatakan bahawa mengikut rekod rasmi dan apa yang tercatit diatas kertas dalam fail siasatan Polis, Tun Mahathir yang telah memberi nasihat dan amaran keras supaya tidak ada sebarang "cover-up" dilakukan dalam penyiasatan kes-kes melibatkan Anwar. 12.3. Nasihat dan amaran Tun Mahathir sedemikian itu telah saya rakamkan dalam diari penyiasatan kes mata-lebam pada 8.10.1998 setelah saya menemui beliau di-Jabatan Perdana Menteri yang dipanggil memberi taklimat kemajuan siasatan Polis dalam kes tersebut. 12.4. Nasihat dan arahan tersebut telah disampaikan kepada pucuk pimpinan tertinggi PDRM pada hari yang sama dan kepada Gani Patail dua hari kemudian.Laporan secara bertulis menerusi kertas siasatan kes, disampaikan kepada Gani Patail pada 15.10.1998 yang diakui penerimaannya secara rasmi. 13. Olih yang demikian,berdasarkan keterangan yang ada,saya menegaskan, segala penipuan dan pemalsuan keatas Anwar telah dilakukan olih Gani Patail dan Musa Hassan dengan kehendak mereka sendiri untuk faedah masing-masing,melainkan mereka berdua bolih membuktikan terdapat ada pihak ketiga yang terlibat. MENGENAI SABITAN SALAH DAN HUKUMAN PENJARA 15 TAHUN 14. Sejak 1998 lagi, Anwar secara konsisten mengekalkan pengakuan tidak bersalah sambil mendakwa, bahawa pertuduhan-pertuduhan salahguna kuasa dan liwat yang dikenakan terhadapnya adalah pertuduhan palsu dan berniat jahat dan suatu konspirasi nekad, untuk memusnahkan kerjaya poliktiknya. Beliau turut mendakwa bahawa sabitan salah dan hukuman penjara 15 tahun yang dijatuhkan keatas diri beliau adalah suatu penganiayaan pihak Pemerintah keatas diri dan keluarga beliau. 15. Berdasarkan kepada keterangan dokumentari dan peristiwa-peistiwa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan keatas diri beliau, yang bolih dan mampu dibuktikan, maka saya menyatakan bahawa dakwaan Anwar sedemikian itu adalah berasas dan mempunyai meritnya yang tersendiri. 15.1. Perbuatan "mencuri" sample darah Anwar untuk tujuan DNA olih Musa Hassan dan Rodwan telah dilakukan pada 15.10.1998. Manakala pemalsuan keterangan Forensic olih Dr.Rahman pula dilakukan pada 26.10.1998. Kedua-dua peristiwa yang berlaku, adalah diatas arahan dan atau/penyeliaan Gani Patail yang disempurnakan sebagai persediaan untuk keterangan tersebut digunakan terhadap Anwar, sebelum perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap beliau dimulakan pada 2.11.1998. 15.2. Tanpa perlu mengulangi secara detail peristiwa diatas,saya menyatakan bahawa kedua-dua kejadian tersebut adalah antara beberapa keterangan kukuh untuk membuktikan keujudan niat jahat (mala fide) dan sikap bias Gani Patail dan Musa Hassan dalam penyiasatan dan pendakwaan kes ini. 15.3. Walaupun Hakim mendiang Dato Augustine Paul menolak (expunged) keterangan DNA akibat penjelasan yang menimbulkan kecurigaan daripada Ahli Kimia Encik Lim Kong Boon, tidak bermakna bahawa perbuatan "mencuri" sample darah bagi tujuan DNA dan mereka keterangan palsu dalam perkara ini, terbatal sama sekali. Malah ianya mengukuhkan lagi dakwaan-dakwaan bahawa sample darah yang dicuri dari kawalan Dr.Zahari itu telah ditanam (planted) diatas "tilam masyhor" yang diusung turun-naik Mahkamah ketika perbicaraan. 15.4. Perbuatan Musa Hassan memberi keterangan palsu ("perjury") dalam perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Anwar, tiba-tiba terbongkar, apabila keterangan beliau berikan sendiri sebagai saksi PW75 dalam perbicaraan Kes Pendakwa Raya vs Ramli Yusuff di-Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, dibandingkan dengan keterangan yang beliau berikan dalam kes salahguna kuasa terhadap Anwar tahun 1998. Seorang Ahli Parlimen telah membuat laporan Polis terhadap Musa Hassan kerana melakukan kesalahan "perjury" ini dalam bulan Mac 2010, tetapi penyiasatannya disenyapkan begitu sahaja. Analogi 16 Jika Musa Hassan dan Rodwan tidak pernah menemui Dr.Zahari berkaitan sample darah Anwar seperti yang dinyatakan diatas, maka Dr. Zahari Noor tidak akan memberikan keterangan sedemikian dalam perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Anwar dalam bulan Disember 1998. Rodwan juga tidak akan menyebut perkara DNA ini tanpa sebab dalam percakapan yang dirakamkan darinya pada 1.10.1998. 16.1. Jika Musa Hassan sememangnya seorang yang jujur, termasuk apabila memberi keterangan bersumpah,maka Hakim Supang Lian dari Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, tidak akan melabelkan beliau sebagai seorang saksi yang tidak bolih dipercayai, dan kesaksiannya juga ditolak. Walhal beliau adalah seorang Ketua Polis Negara dan memakai pakaian seragam lengkap ketika memberikan keterangan tersebut. Pendek kata Hakim Supang Lian tidak akan membuat komen sedemikian melainkan beliau mempunyai keterangan yang kukuh. 16.2. Jika Musa Hassan tidak ada memberi keterangan palsu ketika perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Anwar, dihadapan Hakim mendiang Dato Augustine Paul dalam tahun 1998, maka tidak akan ujud nota keterangan sedemikian yang bolih dibandingkan pula dengan nota keterangan beliau di-Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu sebelas tahun kemudian. 16.3. Jika Musa Hassan tidak pernah memberi kemudahan dan membantu Gani Patail dalam membuat dan mereka keterangan-keterangan palsu dalam penyiasatan insiden mata-lebam tahun 1998, maka saya sendiri tidak akan merakamkan dalam diari penyiasatan saya ketika itu, mengenai peranan dan penglibatan beliau dan Gani Patail dalam salahlaku jenayah ini. Memoirs 17. Jika Musa Hassan telah berjaya meyakinkan Tun Mahathir untuk mempercayai Anwar terlibat dalam aktibiti homosexsual, lantas beliau dipecat dan dikenakan beberapa pertuduhan jenayah sehingga disabitkan kesalahan dan dipenjarakan, maka nota keterangan Musa Hassan berikan dalam perbicaraan salahguna kuasa terhadap Anwar itu sendiri, akhirnya telah membongkarkan segala pemalsuan dan penipuan lampau yang Musa Hassan telah lakukan. 17.1. Begitu juga apa yang berlaku keatas Gani Patail. Sungguhpun beliau berjaya meyakinkan Tun Mahathir dan Jemaah Menteri ketika itu,dengan memperkecilkan hasil penyiasatan Polis terhadap insiden mata-lebam, sehinggakan Jemaah Menteri percaya bahawa PDRM tidak telus dan professional dalam tugas mereka,lantas menubuhkan Suruhanjaya Di-Raja penyiasatan pula. Maka keterangan-keterangan yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya itu sendiri,akhirnya telah mengesahkan segala pemalsuan dan penipuan yang Gani Patail telah lakukan. 17.2. Tanpa diduga 13 tahun kemudian,Tun Mahathir telah mengeluarkan memoirs beliau dalam "A Doctor in the House", pada bulan Mac 2011. Secara sengaja atau kebetulan, memoirs Tun dalam membincangkan peristiwa mata-lebam dan dakwaan terhadap Anwar, sebaliknya telah mengukuhkan lagi keterangan salahlaku jenayah terhadap Gani Patail dan Musa Hassan pula. 17.2.1.Jika Tun Mahathir dalam memoirs sendiri telah berterus terang pernah tersalah anggap, bahawa kecederaan mata-lebam yang Anwar alami itu adalah dilakukannya sendiri (self-inflicted), hanya untuk kemudiannya sedar bahawa kecederaan tersebut akibat serangan mantan Ketua Polis Negara,maka Tun juga bolih tersalah anggap mengenai aktibiti homosexsual Anwar. Tun Mahathir tidak bolih mengenepikan kemungkinan beliau telah diperdayakan olih Musa Hassan dengan butir taklimat yang ditokok-tambah atau dimanipulasikan. 17.2.2.Menilai semula penglibatan Musa Hassan dalam peristiwa, yang ramai tidak menyangka beliau sanggup lakukan,iaitu, "mencuri" sample darah untuk tujuan DNA,bersubahat dengan Gani Patail dalam mereka 3 laporan Forensik palsu serta kemudiannya memberi keterangan palsu dalam perbicaraan melibatkan Anwar, yang kesemuanya berlaku selepas beliau memberikan taklimat kepada Tun, maka kemungkinan Tun Mahathir telah diperdayakan menjadi lebih credible. 17.2.3.Saya menyatakan Tun sememangnya serius apabila beliau pada 8.10.1998 mengarahkan menerusi saya supaya tidak ada sebarang "cover-up" dalam penyiasatan kes-kes terhadap Anwar. Bagaimanapun Tun tidak mempunyai kawalan terhadap tingkahlaku Gani Patail dan Musa Hassan. 17.2.4.Tun Mahathir sendiri mengaku telah mengarahkan KPN supaya berhati-hati apabila menangani Anwar. Malah Tun (memberitahu saya ketika menemui beliau) telah meminta supaya Anwar tidak digari apabila ditangkap, jika bolih. Namun, Anwar tetap juga dibelasah olih mantan KPN tersebut sebaik ditangkap ketika kedua belah tangannya masih bergari. Begitu juga keadaannya,walaupun Tun telah mengarahkan supaya tidak ada sebarang "cover-up" terhadap kes-kes melibatkan Anwar, dan arahan tersebut telah saya sampaikan kepada mereka yang berkenaan,secara lisan dan bertulis, namun Tun tidak berupaya untuk menghalang Gani Patail dan Musa Hassan daripada melakukan pemalsuan dan penipuan keatas Anwar dibelakang beliau. 17.2.5.Sekiranya Gani Patail sanggup melibatkan diri melesapkan dokumen yang mengaitkan beliau dengan salahlaku jenayah, sebelum laporan Suruhanjaya Di-Raja mata-lebam dipersembahkan kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong, maka apalah manipulasi keatas rakyat biasa kepada beliau. 17.2.6.Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak Tun dalam Chapter 53 "Doctor in the House", khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998. Saya percaya pekara ini bolih berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan. Kesimpulan Perkara 18. Berdasarkan kepada hujah-hujah yang tersebut diatas yang disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah keatas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa keatas beliau,telah diperolehi olih pihak Pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama olih Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka. 18.1. Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau olih mereka berdua. PENUTUP 19. Selain daripada diri saya sendiri, saya mendapat maklum terdapat sekurang-kurangnya dua lagi pihak yang pernah menemui Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak (PM Najib), bertujuan menyarankan supaya sesuatu tindakan diambil terhadap Gani Patail dan Musa Hassan. Ini memandangkan salahlaku jenayah yang telah mereka lakukan, adalah sangat ketara dan telah membebankan Negara, selain daripada memusnahkan kepercayaan Rakyat terhadap Institusi-Institusi Kerajaan. Saya mempunyai alasan untuk menyatakan, PM Najib turut sedar bahawa keterangan terhadap Gani Patail dan Musa Hassan adalah jelas dan kukuh. Malahan, tidak ada jalan keluar bagi mereka berdua. Namun begitu, PM Najib nampaknya masih belum bersedia untuk melaksanakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri diatas sesuatu pertimbangan yang hanya beliau ketahui. Mungkin beliau sedang menunggu masa yang sesuai. Saya yakin PM Najib tidak akan timbulkan soal ketiadaan atau kekurangan keterangan terhadap mereka berdua. 20. Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkaitan Anwar sejak 1998, serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan kesemua "pemain-pemain utama" perkara dalam persoalan ini,terutamanya Tun Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak Surat Terbuka saya sebelum ini, tidak pernah lari sedikitpun daripada landasan kebenaran. 21. Saya menyimpan hak saya untuk menyambung ulasan mengenai isu ini pada masa yang sesuai, memandangkan perbicaraan kes Sodomi II akan disambung semula pada 19 September 2011, walaupun saya sedar akan risikonya. Sekian, untuk makluman dan tindakan YDH Tan Sri dimana berkaitan mengikut peraturan Undang-Undang sedia ada. Salam sejahtera. Yang benar, Mat Zain Ibrahim |
Sorong papan tarik papan... kahkahkah... Posted: 12 Sep 2011 10:30 PM PDT Sorong papan tarik papan, Buah keranji dalam perahu. Suruh saman saya saman, Suruh mengaji saya tak mahu... UMMI Hafilda Ali berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur, hari ini selepas mahkamah terbabit membatalkan saman fitnah RM100 juta beliau terhadap ahli perniagaan, Nor Azman Abdullah dan Mkini Dotcom Sdn Bhd selepas Ummi Hafilda menarik balik permohonan kes saman itu. - Foto Yazit Razali |
Lawyer mengata kat UMNO, memang sedap laa... haha... Posted: 12 Sep 2011 09:00 PM PDT Umno tidak kisah . . . Oleh Mohamed Hanipa Maidin ADAKAH Umno ambil kisah menceritakan sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan negara? Hakikatnya Umno tidak kisah untuk memutarbelitkan ucapan Mohamad Sabu apabila Timbalan Presiden PAS itu menghidangkan sejarah perjuangan kemerdekaaan tanah air dari perspektif yang berbeza. Umno juga tidak kisah bahawa selama ini sejarah perjuangan kemerdekaan negara disogokkan oleh Umno kepada rakyat dari kacamata Umno semata-mata. Umno juga tidak kisah untuk menghidangkan kepada rakyat bahawa dari kacamata Umno melalui Jins Shamsuddin, pihak polis British yang terdiri daripada mata-mata (polis) Melayu yang mempertahankan rumah pasong (balai polis) di Bukit Kepong adalah wira kemerdekaan. Hakikatnya Umno tidak kisah sama ada mata-mata Melayu di rumah pasong Bukit Kepong bekerja dengan penjajah British. Umno juga tidak kisah tragedi Bukit Kepong berlaku pada 23 Februari 1950, sebelum tanah air merdeka. Maka tidak timbul dakwaan Mat Indera menentang Polis Diraja Malaysia. Umno tidak kisah bahawa mata-mata Melayu di rumah pasong Bukit Kepong bukanlah Polis Diraja Malaysia kerana negara belum merdeka pada tahun 1950, jauh sekali Malaysia ditubuhkan pada masa itu. Umno juga tidak kisah bahawa di tahun 1950 itu masih terdapat ramai rakyat tanah Melayu sama ada berbangsa Melayu, Cina atau India yang peka bahawa Tanah Melayu adalah tanah air mereka dan penjajah British tidak berhak untuk mengaut kekayaaan hasil bumi Tanah Melayu. Umno juga tidak kisah bahawa ramai pemuda dan pemudi Melayu/Islam yang sama sekali tidak reda tanah air mereka dijajah walaupun seinci oleh mana-mana penjajah. Umno juga tidak kisah bahawa berapa ramai pemuda Melayu seperti Mat Indera yang tidak sanggup menggadaikan maruah, harga diri dan agama mereka dengan bersekongkol dengan penjajah British atau berbangga menjadi anak penjajah. Umno juga tidak kisah untuk ambil tahu mengapakah Mat Indera yang berkelulusan agama dan pernah menjadi guru agama itu sanggup mati di tali gantung kerana menentang penjajah British? Umno juga tidak ambil kisah bahawa fakta sejarah menunjukkan tiada seorang pemimpin Umno yang pernah ditangkap oleh penjajah jauh sekali dipenjara dan dibunuh kerana menentang penjajah. Umno juga tidak kisah bahawa ada pemimpin Umno yang sanggup mengeluarkan kenyataan 'bagaimana kita boleh merdeka sedangkan jarum pun kita tidak mampu buat' yang menunjukkan secara jelas mentaliti anak penjajah. Umno juga tidak kisah menipu rakyat setiap kali menyambut bulan kemerdekaan kononnya hanya Umno sahaja yang terlibat dalam mendapatkan kemerdekaan Negara. Umno juga tidak kisah apabila nama-nama besar pejuang kemerdekaaan yang berani dan sanggup dirampas kebebasan mereka oleh British seperti Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Pak Sako, Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin al-Helmy, Mat Indera dan lain-lain lagi tidak langsung disebut nama-nama mereka setiap kali negara menyambut kemerdekaan. Umno juga tidak kisah bahawa pejuangpejuang yang disebut tadi memang ada jasa mereka dalam melawan penjajah. Dan jasa mereka tidak wajar dilupakan sama sekali sewaktu rakyat diminta menyambut bulan Kemerdekaan. Umno juga tidak kisah dan malu bahawa rakyat sudah muak dengan hidangan Kemerdekaan versi Umno yang tidak jujur menceritakan sejarah sebenar pejuangan menuntut kemerdekaan negara ini. Umno tidak kisah untuk ambil tahu isi ceramah sebenar ceramah Mat Sabu yang mahukan sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini hendaklah dibentangkan secara jujur agar rakyat tidak terkeliru siapakah pejuang sebenar kemerdekaan dan siapa pula petualang yang sebenar. Umno tidak kisah apabila akhbar proksi mereka, Utusan Malaysia dengan mudah menuduh Mat Sabu menyokong komunis hanya kerana Mat Sabu meminta sejarah sebenar kemerdekaan negara dibentangkan dengan jujur dan telus. Umno tidak kisah Muhyiddin Yassin sepantas kilat menghentam Mat Sabu sebaik sahaja Utusan mengaitkan Mat Sabu dengan komunis sedangkan Muhyiddin tidak peduli untuk mendengar isi ceramah Mat Sabu terlebih dahulu. Umno tidak kisah untuk marah Mat Sabu kerana mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang atau wira kemerdekaan sedangkan Yayasan Warisan Johor menerbitkan buku 'Pengukir Nama Johor' yang memasukkan nama dan gambar Mat Indera sebagai salah seorang pengukir nama baik Johor. Umno juga tidak ambil kisah kata-kata aluan buku tersebut ditulis oleh Menteri Besar Johor dari Umno iaitu Dato' Abdul Ghani Othman. Umno tidak ambil kisah bukankah jika benar Mat Indera menyokong Komunis logiknya salah seorang pengukir nama Melayu di Johor adalah penyokong komunis yang namanya layak dibukukan. Umno tidak kisah menghentam komunis kerana didakwa zalim membunuh mata-mata Melayu yang bekerja dengan penjajah British, sedangkan apabila rakyat tidak berdosa ditembak mati pasukan polis di Memali (selepas negara merdeka) mulut pemimpin Umno terkunci rapat. Umno tidak kisah meskipun Malaysia sudah merdeka namun sistem perundangan, kebudayaan dan ekonomi masih tidak merdeka dari cengkaman penjajah. Umno tidak kisah kemerdekaan yang sebenar bukan dengan mengibarkan Jalur Gemilang tetapi dalam masa yang sama mencengkam rakyat dengan polisi-polisi yang membebankan rakyat. Umno tidak kisah untuk ambil tahu kemerdekaan sebenar adalah seperti mana kata-kata Ruba'ie Umair kepada Rustom bahawa, "kami diutuskan untuk mengeluarkan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah sematamata, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kezaliman ideologi manusia kepada keadilan Islam." Umno tidak kisah menghentam Komunis namun Umno melalui Tengku Adnan Tengku Mansor dengan tanpa segan silu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis Cina (CPC) pada Ogos 2010 di Beijing dan wakil CPC sering dijemput sebagai tetamu di perhimpunan agung Umno di PWTC (lihat Sinar Harian 6/9/2011 muka 19). Umno juga tidak kisah pada 31 Ogos yang lalu Najib sendiri tidak ada di dalam negara semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan. Ya, Najib menyambut kemerdekaan di Perth, Australia. Yang Umno kisah hanyalah bagaimanakah rakyat terus-menerus dapat menyokong mereka dengan mengeksploitasi ucapan Mat Sabu semaksimum mungkin. |
Posted: 12 Sep 2011 08:00 PM PDT Nauzubillah siapakah yang membuat page ini sanggup menghina Nabi Muhammad S.A.W. Sepatutnya pekara sebegini tidak berlaku. SK sungguh kecewa dengan pekara ini, sebagai umat nya dan orang islam pekara ini perlu di ambil tindakkan yang sewajarnya. SKMM perlu pantau dan mengambil tindakkan terhadap orang yang membuat page ini dan Jabatan Agama Islam juga perlu mengambil tindakan dan buat laporan polis. Page ini terlalu terlampau menghina Nabi Muhammad dan orang islam dengan meletakan gambar babi ini - Siasahkini |
Panas! Gambar dalam FB boleh diguna untuk sihir Posted: 12 Sep 2011 07:00 PM PDT Ira disihir guna gambar dalam FB Oleh SUHANA MD. YUSOP IRA (tengah) ditemu bual oleh wartawan Kosmo!, Suhana Md. Yusop sambil diperhatikan oleh Shamsuri Shafie di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan kelmarin. NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB). Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir. Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka. "Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur. "Kami tidak mengenali antara satu sama lain. "Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini. Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu. Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya. Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja. "Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya. Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya. |
Posted: 12 Sep 2011 06:00 PM PDT MOHD. HARIS dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam selepas dijatuhi hukuman gantung. Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM ALOR SETAR - Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam setelah didapati bersalah membunuh seorang gadis di Baling dekat sini dua tahun lalu. Mohd. Haris Abdul Talib, 28, kelihatan tenang selepas mendengar hukuman yang dijatuhkan terhadapnya selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa dia telah membunuh Farhanim Ahmad Ibrahim, 17. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim dalam prosiding menyebut tertuduh dalam pembelaannya tidak dapat menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes ini sebaliknya ia bersifat penafian semata-mata. "Mahkamah tiada budi bicara menjatuhkan hukuman gantung sampai mati mengikut peruntukan undang-undang namun tertuduh masih ada peluang untuk merayu," kata beliau. Zakiah kemudian menasihatkan tertuduh supaya membaiki diri sementara menunggu keputusan rayuannya. |
Hodoh sungguh bila ahli akademik kipaih juboq nak cari makan... kahkahkah... Posted: 12 Sep 2011 05:00 PM PDT 'Tak nak' ahli akademik kelirukan masyarakat Saya tertarik dengan Profesor Dr Abdul Aziz Bari. Beliau dengan mudah sekali mematahkan hujah-hujah Profesor Khoo Kay Kim dan Profesor Zainal Kling. Nampak sangat terdapat orang-orang akademik yang cuba menggilap kasut pemerintah sambil menonjolkan hujah-hujah yang begitu rapuh lagi keliru. Ahli-ahli akademik ini sanggup menyalahgunakan gelaran dan kedudukan mereka untuk mengelirukan fikiran rakyat. Bagi mereka, ilmu bukan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran tetapi alat untuk mencari nama dan kedudukan. Trend ini amat menyedihkan kita semua, kerana tatkala orang-orang politik bercakap tak tentu arah, kita berharap sekurang-kurang ahli-ahli akademik boleh bertindak dan bercakap jujur untuk memimpin haluan fikiran masyarakat. Tetapi, harapan kita tidak boleh menerima sahaja kerana orang akademik juga boleh sesat. Mereka bukan lagi melambangkan "hati kecil" masyarakat tetapi lebih menonjolkan sebagai jurucakap kerajaan pemerintah. Sebagai rakyat biasa, kita merasa amat kecewa dan hendak dihentikan semua perbuatan-perbuatan yang anti-ilmiah serta-merta. Oleh itu, kita jangan berdiam diri, sebagai penonton semata-mata. Kita berhak menyuarakan pendapat sungguhpun kita bukan ahli akademik. Kita perlu berani tampil ke depan dan katakan "tak nak" kepada ahli-ahli akademik yang tidak jujur. Penghormatan adalah sesuatu yang dianugerahkan bukannya boleh dituntut. Jadi jikalau ahli-ahli akademik berlakuan tidak akademik dan tidak jujur, marilah kita bangun ramai-ramai katakan "tak nak". Kita tak nak ahli-ahli akademik yang boleh mengelirukan fikiran masyarakat. |
Posted: 12 Sep 2011 03:30 PM PDT Semarak Roh Ramadhan di Bulan Syawal MASIH belum terlambat untuk umat Islam mengambil tindakan bermuhasabah diri dan menjauhkan diri daripada tipu daya syaitan biarpun Ramadan berlalu. Syaitan sudah terlepas daripada belenggu di luar bulan Ramadan. Setiap umat Islam hendaklah kembali berwaspada kerana segala tindak-tanduk syaitan mendorong kepada keburukan, kejahatan dan kecelakaan di atas muka bumi ini. Sudah menjadi kerja syaitan membawa umat manusia menuju ke arah kehancuran kecuali manusia mengikut petunjuk digariskan agama Islam. Allah SWT mengingatkan umat Islam sentiasa berhati-hati jangan sampai terkena tipu daya dan rayuan busuk syaitan. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu musuhmu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh pula. Ia hanya mengajak kawan segolongannya supaya sama-sama menjadi isi neraka Sya'ir." (Surah Fathir: 6) Allah SWT juga menceritakan kepada kita tentang permusuhan yang dilakukan syaitan kepada Nabi Allah Adam a.s. Bermula dari situ muslihat syaitan berjaya mempengaruhi Nabi Adam sehingga baginda dikeluarkan Allah dari syurga. Syaitan melakukan taktik itu menggunakan senjata pembohongan dan tipu daya. Baginda Adam a.s. dipujuk syaitan melakukan yang dilarang Allah Taala apabila memetik buah kurdi. Situasi sama berulang hari ini sehingga sampai kepada hari kiamat. Firman Allah Taala yang bermaksud: "Hai anak-anak Adam! Janganlah kamu semua dipujuk oleh syaitan, sebagaimana ia mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga. Dibukakannya pakaian kedua-duanya supaya ia dapat memperlihat kepada keduanya itu akan kemaluannya. Sesungguhnya syaitan itu, ia dan golongannya dapat melihatmu dan kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya syaitan itu Kami (Allah) jadikan pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman." (Surah A'raf: 27) Syaitan berterusan bermusuh terhadap Nabi Adam dan anak cucunya daripada jalan kebenaran yang diredai Allah. "Sesungguhnya benarlah terjadi persangkaan iblis terhadap mereka dan mereka lalu menurut kepadanya kecuali (mereka yang tidak menurut) sebahagian orangorang yang beriman." (Surah Saba': 20) Di sini jelas sekali syaitan giat menanamkan lintasan-lintasan gerak dalam hati mendorong ke arah kejahatan. Firman Tuhan dalam surah al-Baqarah ayat 268 pula bermaksud: "Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakut) kamu semua dengan kemiskinan dan menyuruh kamu semua mengerjakan perbuatan keji." Maksud ayat ini bahawa syaitan sentiasa menggoda manusia dan seolah-olah mengesankan dalam kalbu bahawa membelanjakan harta untuk kebaikan dan kemuslihatan umat menyebabkan kemiskinan. Syaitan mengajak manusia bersifat bakhil dan kikir, tetapi dalam masa yang sama terus tamak dan haloba dalam mencari harta. Inilah bisikan busuk dari syaitan laknatullah. Oleh sebab itu, setiap orang perlulah berhati-hati selepas syaitan sudah terlepas dari belenggu Ramadan. Biarpun Syawal menjenguk tiba dan Ramadan telah berlalu, kita jangan menjarakkan diri daripada amal ibadat seperti ketika umat Islam amalkan sedang berpuasa. Kekalkan roh Ramadan melewati bulan-bulan lain. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan