Selasa, 13 September 2011

Addin

Addin


Di Sabah, UMNO Ada Perompak Masjid?

Posted: 13 Sep 2011 07:44 AM PDT

Kenyataan Sekritariat Pemuda UMNO Semporna di Sabahkini.net melalui artikel bertajuk 'Pemuda Umno Semporna Bela Shafie!' merupakan pendedahan paling berani Ketua Pemuda Umno Semporna, Mohd Azis Jamman yang hanya layak digelar 'Perompak Masjid' untuk hidup berfoya-foya. Bagi saya, pembelaan Azis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak memberikan saya sebarang makna kerana sekalipun laporan polis dibuat terhadap saya atau Sabahkini.net; subjek siasatan polis ialah Shafie Apdal iaitu sama ada benar kematian berlaku dan kenapa kematian berkenaan tidak dilaporkan?

Namun beban sebenarnya terletak di bahu Mohd Azis yang menjadi 'Runner' atau 'Penggubah Wang Haram' melalui kegiatan melobi projek dan mendapatkan komisyen atau rasuah daripada kontraktor yang mendapat projek atau kontrak berkenaan.

Azis dipercayai telah menerima 'rasuah' RM2 juta daripada anak Ahli Parlimen Labuan, Yusaini Yusof hasil kejayaannya melobi projek Masjid Baru Labuan yang dipohon atas usaha Shafie Apdal; tidak termasuk komisyen 20 peratus kerana nilai kontrak di 'Top-Up' sebanyak 80 %.

Dengan wang tersebut, Azis telah membeli Ninja King bernilai RM500,000 dan untuk berfoya-foya; tanpa menginsafi dosanya ketika melakukan Skandal Seks dengan seorang pelajar UMS (kini dinikahinya setelah mengandung anak luar nikah); sekaligus menghancurkan harapan isteri tuanya.

Kini Masjid Baru Labuan tergendala kerana krisis dalaman dengan rakan kongsi perniagaan, namun Azis berbangga dengan kejayaannya merompak masjid berkenaan. Mungkin inilah budaya Pemuda Umno yang bukan sahaja tidak bermaruah, malah menjadikan maksiat dan rasuah sebagai darah daging mereka!/sabahkini
 
Addin :
Umno bukan sekadar rompak masjid tetapi lebih besar daripada itu.. UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT!!


Panas!! Dosa Segera Di Pasaran

Posted: 13 Sep 2011 06:11 AM PDT


 Agak-agaknya ada ke di pasaran Malaysia??

Muhyiddin Bacul, Enggan Berdebat Dengan Mat Sabu

Posted: 13 Sep 2011 05:30 AM PDT

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak akan berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai isu pejuang kemerdekaan yang sebenar. Timbalan Perdana Menteri memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa individu yang layak berdebat dengan Mohamad Sabu adalah pakar-pakar sejarah dan bukannya beliau. Ditanya mengenai tindakan saman yang akan dibuat oleh Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekiranya beliau enggan menyahut cabarannya, Muhyiddin berkata: "Tak apalah, saya tunggulah dia saman saya."


Muhyiddin, yang sebelum itu menghadiri majlis Tawaran Baru kepada Pengetua (Sekolah Menengah) dan Guru Besar (Sekolah Rendah) Bidang Kerberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010 di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara di sini, berkata Mat Sabu tidak seharusnya memutarbelitkan fakta sejarah demi mengejar cita-cita politiknya kerana sejarah tidak ada kena mengena dengan politik dan apa yang dibangkitkannya boleh memporak-perandakan negara.

"Mat Sabu sebagai seorang pemimpin politik seharusnya menarik balik kenyataannya bahawa pengganas komunis adalah hero sebenar dalam tragedi Bukit Kepong dan meminta maaf secara terbuka," katanya.

Malaysia-China baik

Mengenai majlis makan malam beliau bersama Setiausaha Agung Parti Komunis Republik China, Sun Zhenglai malam ini, Muhyiddin berkata hubungan diplomatik Malaysia dengan China adalah baik dan Malaysia menghormati pandangan ideologi negara itu.

"Malaysia tidak mengkritik China kerana berfahaman komunis tetapi mengutuk tindakan kejam pengganas komunis sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dahulu. "Hubungan dua hala Malaysia dan China adalah penting kerana negara itu menjalinkan hubungan dalam sektor perniagaan, dalam perdagangan, perindustrian dan pelbagai sektor lain," katanya.

Beliau berkata Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya pun turut menjalin hubungan diplomatik dengan China. "Maka kita perlu pragmatik dalam perkara ini dan tidak menimbulkan isu politik mengenainya," katanya./bernama

Addin :

Muhyiddin mungkin takut kisah Mat Indera yang menjadi anak buah kepada ayahnya dan nyaris-nyaris menjadi abang iparnya di bangkitkan oleh Mat Sabu.. Daripada tembelang makin pecah lebih baik beliau tarik diri...duduk je diam-diam..


Panas!! Musa Aman Akan Disingkirkan.. Shafie Afdal, Ketua Menteri Sabah Seterusnya?

Posted: 13 Sep 2011 04:19 AM PDT

Mungkin agak ganjil bagi Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin, 'Political Reject' dari Sabah yang dilantik menjadi Senator mempersoalkan ketelusan dan ketulusan amalan demokrasi di Malaysia dengan mempromosi cadangan Presiden UBF, Datuk Dr Jeffrey Kitingan agar jawatan Ketua Menteri Sabah dihadkan bagi tempoh dua penggal sahaja. Sudah terang lagi bersuluh, cadangan Chin tidak lain tidak bukan ialah sebagai usaha terakhir melobi jawatan Ketua Menteri Sabah untuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang telah 'merasuah' beliau dengan projek NKRA dan runding harga bernilai ratusan juta ringgit.


Tidak rasional bagi sebuah Negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen seperti Malaysia menjalankan amalan autokratik dan membelakangkan Perlembagaan Persekutuan; demi untuk memuaskan nafsu Naib Presiden UMNO dengan merosakkan sistem politik di Malaysia yang memberi kepercayaan kepada Adun yang mendapat sokongan majoriti (sama ada dilantik Perdana Menteri atau dipilih dalam Dewan Undangan Negeri) memilih Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai Ketua Menteri Sabah sejak 2003.

Setelah semua usaha Chin menimbulkan pelbagai sengketa di dalam Barisan Nasional Sabah melalui LDP gagal, beliau kini menggunakan Formula 4P iaitu Provokasi, Prasangka, Pecah dan Perintah untuk memancing peluang terakhir sebelum beliau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap beliau dan Shafie Apdal kerana penggubahan wang haram melalui lobi dan anugerah projek.

Tindakan 'penderhakaan' Chin Su Phin terhadap BN Sabah kini disokong oleh golongan berhaluan kiri di dalam LDP, termasuk Presiden 'Boneka' LDP, Datuk Liew Vui Keong cuba memecah tembok pertahanan BN melalui tembakan bertubi-tubi isu yang diyakini boleh melemahkan perpaduan parti komponen BN di Sabah.

Dalam keadaan Musa Aman bersendirian dan hanya Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Mohd Salleh Tun Said yang berjaya menampan serangan demi serangan LDP, golongan oportunis di dalam Umno dan BN Sabah semakin ramai; Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak mempunyai kekuatan untuk berkata 'TIDAK' kepada hasrat gila Shafie Apdal untuk menjadi 'Ketua Menteri' yang dianggap setaraf dengan 'Sultan' di negeri yang tidak beraja seperti Sabah.

Shafie menggunakan segala peluang yang ada termasuk memancing sokongan melalui projek dengan membeli Pemuda, Wanita, Puteri dan Ketua Umno Bahagian agar mengalihkan sokongan kepada beliau, namun semuanya masih belum menampakkan kejayaan disebabkan kewibawaan Musa Aman semakin menyerlah.

Teknik memberi projek kepada pemimpin Umno atau kroninya akan cepat membunuh karier politik Shafie kerana jika sepuluh orang yang mendapat projek, maka 100 yang tidak dapat akan marah. Jika seratus lagi dapat projek, 1,000 yang tidak dapat; akan marah. Sampai bila Shafie boleh bertahan ketika 'Dana Negara' bocor akibat pelaksanaan NKRA yang tidak berhemat, boros dan tidak ekonomik?

Apapun yang berlaku, dalam keadaan Sabah masih menjadi 'Fixed Deposit' kepada BN; ketokohan Musa Aman masih belum dapat diganggu gugat atau diganti oleh mana-mana pemimpin di Sabah; apatah lagi beliau telah berjaya mengukuhkan ekonomi Sabah yang mendapat rating AAA berbanding dengan rating A- bagi Kerajaan Persekutuan.

Ketika Tabung Kerajaan Persekutuan hampir kering kontang sehingga FELDA terpaksa meminjam RM6 Billion daripada KWSP, Kerajaan Negeri Sabah yang mempunyai hutang RM860 juta ketika Musa Aman mengambil alih jawatan daripada Datuk Chong Kah Kiat (Tan Sri), kini mempunyai surplus lebih RM10 Billion; di luar jangkauan mana-mana Negara di Asia Tenggara.

Umum berpendapat, Perdana Menteri tidak ada sebab untuk menggantikan Musa Aman atau memaksa Musa Aman meletakkan jawatan semata-mata untuk membolehkan 'Golden-Eye' Boy Najib Tun Razak iaitu Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri; atau memindahkan Musa Aman ke Kabinet Persekutuan kerana Musa telah melakukan yang terbaik di Sabah.

Dalam keadaan Najib terlalu mengharapkan 25 kerusi Parlimen di Sabah untuk membolehkan beliau terus menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka beliau tidak perlu menggantikan Musa Aman sebagai Ketua Menteri; melainkan jika beliau ingin mengikut jejak Pak Lah iaitu bersara daripada politik!/sabahkini

Addin :

Umno BN semakin bergolak.. simptom - simptom kejatuhan pada PRU 13..


Lambang Monster Energy Bertujuan Menyesatkan Umat Islam

Posted: 12 Sep 2011 10:28 PM PDT

Monster Energy, itulah antara fenoma baru dalam dunia permotoran. Untuk pengetahuan semua, Monster Energy ni merupakan satu produk minuman tenaga yang dikeluarkan oleh Hansen Natural Corporation pada tahun 2002. Produk ini dikeluarkan di Amerika Syarikat yang mana ianya banyak menaja pelbagai jenis aktiviti sukan, ahli sukan dan juga artis-artis muzik barat.

Monster Energy juga agak berpengaruh dalam dunia permotoran dimana dalam dunia perlumbaan motosikal, Monster Energy menjadi popular dengan menaja beberapa nama besar dalam dunia perlumbaan MotoGP seperti Valentino Rossi, Colin Edwards dan Ben Spies. Fenomena Monster Energy ini juga sudah merebak di Malaysia dengan pelbagai produk diperkenalkan seperti topi, helmet, baju, sarung lengan dan pelbagai lagi produk yang memaparkan logo ini.
Apa yang menjadi isu sekarang ialah tulisan Monster Energy tersebut dikatakan mempunyai tanda salib yang tersembunyi. Jika diteliti secara terperinci pada huruf 'O' di tulisan tersebut, jelas ianya merupakan lambang salib yang disambung hingga membentuk huruf 'O'. Mungkin ini salah satu taktik barat bagi menyesatkan akidah umat Islam.

Selain itu, aku juga mendapat satu info daripada satu laman blog. Menurut penulis blog berkenaan huruf 'M' yang semacam kesan cakaran itu adalah gabungan dari huruf 'V' dalam bahasa Hebrew. Yang seakan nombor '7' tu. Dan huruf 'V' tu adalah huruf ke-6 dalam susunan huruf Hebrew. Jadi ia sengaja disusun 3 kali membentuk huruf 'M'. 666 mesej satanic.

Dan di Malaysia kalau kita lihat, semakin ramai anak muda yang semakin menggilai Monster Energy ini. Tidak kira la samada sticker, helmet, topi, motosikal dan sebagainya pasti akan diletakkan dengan logo dan tulisan Monster Energy ini. Kononnya trend terkini. Jadi sekiranya anda salah seorang dari mereka yang memuja dan menggemari Monster Energy ini, berhati-hati. Anda dinasihatkan agar sama-sama remove benda-benda sebegini.

Mudah-mudahan kita dapat mengambil pengajaran dan tidak terpesong dengan dakyah barat yang menyesatkan akidah kita./hidayahblog


Bakul Sampahkan Tulisan Sejarah Profesor Kangkung

Posted: 12 Sep 2011 07:30 PM PDT

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyelar beberapa sejarahwan yang sanggup menjadi 'profesor kangkung' dengan memutar belit sejarah bagi menonjolkan Umno. "Pakatan Rakyat harus membakul sampah buku sejarah tulisan profesor kangkong dan menulis semula sejarah dengan fakta tepat dan adil," kata Ahli Parlimen Gombak itu pada sambutan Aidilfitri anjuran cabang Pasir Salak dihadiri lebih 200 orang, semalam. Beliau kesal kerana Umno tergamak memadam dan menipu fakta sejarah hasil 'pertolongan' profesor kangkung dan menyifatkan perbuatan itu sebagai kerja keji. "Sejarah negara harus dikaji semula kerana Umno BN memadamkan pengorbanan perjuangan Dr Burhanuddin Al-Helmi dalam menuntut kemerdekaan.

"Ahmad Boestamam, Tok Janggut dan ramai pejuang lain juga dipinggir dari sejarah versi Umno BN," kata Azmin yang membidas tuduhan Umno kononnya Mat Indera adalah komunis sedangkan pejuang itu adalah hafiz al-Quran dan kuat beribadat .Terdahulu, beliau menyampaikan hamper kepada 50 orang masyarakat miskin setempat. Hadir sama ialah Osman Abdul Rahman (Ketua Cabang KEADILAN Cabang Pasir Salak merangkap Penyelaras Dun Sungai Manik) dan Abdul Razak Ismail (Penyelaras Parlimen Pasir)

Azmin memulakan sesi turun padang di Perak bermula di Parlimen Pasir Salak yang dijangka jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang. "Apa yang kita perlu ialah anggota parti kena bekerja keras bagi memastikan calon Pakatan Rakyat menang dalam PRU yang dijangka pada November akan datang" katanya. Ini ekoran calon KEADILAN tewas tipis dengan majoriti 2,600 undi walaupun Pasir Salak merupakan kubu kuat Umno ketika itu./kd
 Addin :

Lebih molek bakul sampahkan sekali dengan profesor kangkung..


Tiada ulasan: