Selasa, 6 September 2011

shalehudin

shalehudin


Depa dah mula bertokak sama sendiri dahhh... kahkahkah...

Posted: 06 Sep 2011 07:00 AM PDT

Noramfaizul: Timbalan KP Utusan salahkan penganjur

Oleh: saga_putih

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan (gambar) menyalahkan pihak penganjur Missi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ekoran kematian jurukamera BernamaTv, Noramfaizul Mohd. Nor.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beliau melalui facebooknya, Zaini membandingkan kerja amal luar negara yang dibuat oleh Mercy Malaysia yang tidak pernah kecoh dengan media pun.

"Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai...," katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam.

Kenyataan orang nombor dua media Umno ini dsiarkan oleh Berita Harian.

Berita Harian melaporkan:

Timbalan ketua pengarang utusan malaysia, Datuk zaini hassan bagaimanapun melahirkan rasa kesal dengan pihak penganjur misi bantuan kemanusiaan yang gagal menyediakan persediaan keselamatan akibat TERLALU MEMENTINGKAN PUBLISITI DARIPADA MEDIA.

"Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai...," katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam.

(Laporan Berita Harian)

Penganjur missi ini adalah Kelab Putera 1 Malaysia yang dipimpin oleh Abdul Azeez Rahim yang juga Ketua Putera Umno.

Missi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia adalah badan yang direstui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Melalui kenyataan Zaini jelas, missi kelab ini bukan sekadar mahu membantu tetapi juga sarat dengan missi politik iaitu untuk publisiti dan kini salah seorang wartawan Malaysia menjadi mangsanya.

Selain Zaini, wartawan kanan Utusan Zulkiflee Bakar, juga mempersalah pihak penganjur kerana gagal membuat kajian terlebih dahulu mengenai sesuatu negara sebelum menghantar bantuan bagi memberikan ruang kepada semua yang terbabit untuk membuat persediaan.

Harakahdaily difahamkan, rombongan ini disertai oleh 54 anggota yang terdiri dari sukarelawan Kelab 1 Malaysia di samping 16 wartawan dari semua media tradisional di samping para blogger Umno./Harakahdaily

Memang Rosmah banyak yang lebihnya... kahkahkah...

Posted: 06 Sep 2011 05:30 AM PDT

11 kelebihan Rosmah Mansur yang anda wajib sedar

by paktam
Ramai orang tak perasan bahawa rosmah mansur mempunyai banyak kelebihan2 yang hebat berbanding isteri2 perdana menteri malaysia yang lain. Mari kita lihat kelebihan2 rosmah mansur sejenak. Tak rugi larh kalau amek tahu kelebihan2 rosmah mansur neh kalau korang bercita2 nak jadi isteri perdana menteri kelak. Heh.

Kelebihan rosmah mansur.

1. Isteri perdana menteri paling cantik.

Memang rosmah mansur isteri perdana menteri yang paling cantik di malaysia. Toksah temberang larh nak kutuk dia macam2, konon tak cantik larh, muka berminyak larh.. padahal korang cemburu je kan sebab dia lawa? Ye tak? Hahaha.. kalau dia tak lawa korang ingat najib akan terpikat ke?

Bahagian paling cantik sekali kat rosmah ialah tang kening dan tang nama rosmah mansur = rm. Hahaha.. korang ada? Takde kan? So takyah jeles larh weh.

2. Isteri perdana menteri yang paling glamer.

Hari2 wajib keluar masuk berita. Suami sakit ke suami sihat ke, bercuti sakan ke apa ke confirm ada je statement dari dia. Jepun di landa malapetaka pun dia yang komen lebih2. Time PRK pun dia gak yang lebih2. Siap naik helikopter lagi. Pendek kata mustahil rakyat tak kenal rosmah mansur, tapi ajaib kalau semua rakyat kenal najib razak.

3. Isteri perdana menteri yang paling rajin.

Lawatan kerja ke luar negara ialah upacara wajib rosmah mansur sejak najib jadi PM.Tiap2 bulan ada je usul rosmah mansur nak bantu rakyat malaysia. Syabas2.. walaupun aku tak nampak bentuk bantuan apa rosmah mansur hulur kat rakyat tapi syabas di ucapkan sebab bersemangat waja lakukan pengaliran wang keluar masuk negara bagi merancakkan ekonomi negara.

4. Isteri perdana menteri yang paling besar ahti dan besar segala2nya.

Rosmah mansur bukan sahaja besar dari sudut badan dan rambutnya, dia juga isteri perdana menteri yang sering berbesar ahti. Tak percaya? Kalau tak percaya tunggu rosmah mansur bagi dana / bantuan / peruntukkan kepada target dan baca laporan berita mengenai isu tue. Confirm wartawan akan tulis rosmah mansur berbesar ahti blablabla.. dan etc.Ya, aku menyanjungi dia yang berani mengakui berbesar ahti meskipun dana yang disalurkan ialah wang yang aku petik dari pokok tiap2 bulan dan bukan datang dari kocek dia. Aku fikir dia memang hebat sebab memiliki ahti besar lagi tatau malu.

5. Isteri perdana menteri yang paling sensasi dan meletup dengan panahan kontroversi.

Artis pun kalah! Almaklum larh orang glamer. 24 diperatikan je atas bawah sampaikan kulit tegang dan berminyak pun orang perasan. Hahaah..

Macam2 kontroversi yang membabitkan rosmah mansur sepanjang dia menjadi isteri perdana menteri. Sampaikan ramai orang terkeliru dan tersalah anggap bahawa rosmah mansur ialah perdana menteri malaysia. Sedangkan isteri2 perdana menteri yang lain kalau ditanya pada budak2 pun dorang akan cakap tatau, tak kenal, ataupun isteri perdana menteri tue apa. Tapi rosmah mansur berjaya mengubah persepsi itu. Syabas di ucapkan. Mesti rosmah mansur menghadapi saat2 sukar untuk mendaki ke anak tangga paling popular.

6. Isteri perdana menteri yang paling pandai menasihati rakyat.

Dah banyak kali rosmah mansur nasihatka rakyat malaysia. Contohnya rajin bersenam walaupun badan dia sendiri tidak sekecik yang dilihat. Amalkan gaya hidup sihat walaupun cara dia sendiri tak berapa nak sihat. Jimat cermat walaupun nilai cincin usd24juta. Tukar gaya hidup dengan tiap2 bulan buat rombongan ke luar negara dengan angkut satu kampung mek2 bakti. Hebat.. bukan calang2 isteri boleh buat macam neh. Korang boleh? Tak boleh kan? Rosmah mansur boleh taw.. jangan main2 sama dia.

7. Isteri perdana menteri yang ada slot khas dan website sendiri.

Pernah ke korang kenal isteri perdana menteri yang ada slot ucapan raya khas?Pernah ke isteri perdana menteri diberikan slot khas untuk menyampaikan ucapan raya? Tak pernah kan? Rosmah mansur berjaya mengubah senario itu. Agong pun takde slot khas, tapi rosmah mansur ada. Teror kan dia? Di samping itu dia juga ada website dan jabatan sendiri di jpm. F.L.O.M <-- first lady of malaysia. Ada kakitangan yang ditransfer dari jabatan najib lagi. Sudah nya najib kena lantik kakitangan baru. Hehehe.. so terima larh hakikat bahawa rosmah mansur memang wanita hebat, suka tak suka sekalipun.

8. Isteri perdana menteri yang paling pandai bergaya / berfashion.

Cuba perhatikan isteri2 perdana menteri yang lain. Ada tak dorang beli gelang berjuta2 dari yahudi? Ada tak dorang pakai beg dan kasut mahal2? Ada tak dorang boleh pegang cincin usd24juta? Hah.. takde kan? Rosmah mansur ada semua tue tahu.. bukan calang2 isteri boleh memiliki itu semua. Di sebabkan kelebihan dia dalam dunia berfashion larh dia terlibat dalam penganjuran IFF. Islamik cara luar biasa. Aku mesti puji. Hahaha..

9. Isteri perdana menteri yang paling dikasihi oleh PM.

Di malaysia neh kita lihat ada banyak isteri2 perdana menteri malaysia. Tapi belum lagi kita lihat ada isteri perdana menteri yang dapat peruntukkan macam2 dari PM. Rosmah dapat semua tue. Pengurangan cukai atas beg branded dan baju dalam mewah pun sanggup najib buat demi rosmah. Ya, betul orang2 kaya yang selalu beli barangan branded akan dapat faedah.

Orang2 miskin macam ko dan aku jangan mimpi larh der. Kalau nak berangan2 kahwin dengan orang kaya takpe larh. Jangan risau, walaupun korang dah kahwin still boleh pasang angan2 neh. Rosmah mansur dulu pun dah kahwin gak time kenal najib dulu. Demi cinta pada isteri, 1malaysia kena gadai pun okey ma. Hahaha..

10. Isteri perdana menteri yang paling banyak gelaran berbanding sumbangan.

Mungkin dah tak terkira berapa banyak dah darjah kebesaran yang dia terima. Ada je orang hulur penghargaan dan gelaran2 buat dia sampaikan penghargaan tersebut melebihi sumbangan dan jasa dia terhadap negara walaupun umum tahu dia belum sekalipun berjasa terhadap negara, sekurang2nya terhadap perkara yang aku boleh rasa dan terima faedahnya.

Selain dari badan2 korporat, sultan, kolej2, pihak universiti yang bagi anugerah darjah kebesaran dan penghargaan yang berupa gelaran dan pengiktirafan, dia juga dapat gelaran2 yang unik dari rakyat malaysia.Antaranya bik mama, bik badak, puaka tebing dancing, jangan pandang belakang rosmah, tolong awek aku nama rosmah, duit ku duit rosmah jua, dan macam2 lagi. Mungkin rakyat sayang sangat kat rosmah mansur neh agaknya.

11. Isteri perdana menteri yang paling dasat.

Ya, di antara 10 kebaikan yang dia ada, neh larh kelebihan paling terbaik yang dia miliki. Dia dasat. Dia cukup dasat dalam semua segi. Kedasatan dia tiada tandingan. Bukan lawan orang biasa macam ko dan aku. So sila larh berhenti berangan2 kalau nak kalahkan dia pasal dia punya dasat.. ziana zain dan lee chong wei lebih tahu. Rakyat biasa macam aku dan ko neh hanya mengalami sebahagian kecik je dari kedasatan itu..tapi ziana zain dan lee chong wei alami banyak dah kot. Hahahaha.. kena peluk seribu tahun tak bernafas aku rasa..

http://amenoworld.blogspot.com/

Bekas Polis terabai, ada Umno kisah...

Posted: 06 Sep 2011 04:12 AM PDT

Bekas polis lawan komunis, hidup terabai, Umno sibuk Pentas Patriot

Oleh: amkns

"Daripada Umno , pemuda Umno dan Khairy Jamaluddin sibuk nak jelajah negara buat program Pentas Patriot beri ceramah mengenai sejarah bekas petugas keselamatan melawan komunis, lebih baik jelajah Malaysia cari bekas polis, bekas askar yang dulu lawan komunis, tapi kini hidup terabai dan melarat seperti Sarjan Emping Kijang dari Pasukan Polis Hutan di bawah ini, adalah sebahagian daripada ramai lagi yang hidup seperti dia.


SARJAN (B) EMPAGA KIJANG : PENGORBANAN SEORANG ANGGOTA PASUKAN POLIS HUTAN YANG DILUPAKAN

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia pada masa dahulu pernah diwarnai dengan pelbagai peristiwa hitam yang turut membabitkan penduduk negeri Sarawak.

Ia termasuklah ancaman konfrantasi Malaysia – Indonesia yang bermula dari tahun 1962 hingga 1966, ancaman Parti Komunis Malaysia dari tahun 1948 hingga 1960 dan bersambung semula dari tahun 1968 hingga 1989 serta peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Penduduk Sarawak nyata tidak terlepas daripada ancaman ini apabila berhadapan dengan Konfrantasi Malaysia – Indonesia dan ancaman komunis oleh Pasukan Rakyat Komunis Kalimantan Utara @ PARAKU iaitu cabang bersenjata bagi Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) dari tahun 1971 hingga 1990.

Kemunculan PKKU yang dilihat bergabung dengan Parti Komunis Malaya @ PKM untuk menggulingkan Kerajaan Malaysia bagi kali kedua ini secara tidak langsung telah menuntut pengorbanan pihak tentera dan polis bagi menangani ancaman pengganas itu.

Tekanan berterusan yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia menerusi pengorbanan tentera dan polis ini akhirnya berjaya menamatkan ancaman pengganas komunis sehingga menjurus kepada Perjanjian Haadyai pada 2 Disember 1989 (Kerajaan Malaysia dan PKM ) dan PKKU pada 17 Oktober 1990.

Pengorbanan para tentera dan polis yang berjuang menentang keganasan komunis pada era waktu berkenaan telah mendapat penghargaan dengan pemberian pingat dan insentif kewangan daripada kerajaan.

Bagaimanapun cukup menyedihkan sekiranya masih terdapat anggota keselamatan yang masih belum menerima penghargaan sewajarnya daripada pihak kerajaan berhubung jasa dan pengorbanan mereka ketika berjuang menentang pengganas komunis di Sarawak pada waktu itu.

Ia terbukti apabila Sarjan (bersara) Errol Empaga @ Empaga anak Kijang dari Rumah Gimang, Basi, Batang Ai, Lubok Antu, iaitu salah seorang pesara polis dari unit Pasukan Polis Hutan @ PPH (kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am) tidak mendapat penghargaan sewajarnya daripada kerajaan berhubung isu terbabit.

Dilahirkan pada 1 Januari 1945, Empaga buat pertama kalinya menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia pada 1963 dengan menjalani latihan selama sembilan bulan di PULAPOR, Jalan Gurney, Kuala Lumpur.

Sebaik sahaja tamat latihan, beliau ditugaskan ke Pusat Latihan Polis, Bukit Siol, Petra Jaya, Kuching pada tahun 1964 sebelum berpindah tugas ke Kompeni F, PPH di Kem Lanang, Sibu pada tahun 1965.

Empaga mula menerima pengalaman pertama dalam operasi mengempur pasukan komunis (PARAKU) sebaik sahaja berpindah tugas ke Batalion Ke-15 PPH Kem Temudok, Sri Aman pada tahun 1968.

Pada suatu hari dalam tahun 1968, beliau bersama anggota dari tiga buah platun PPH yang diketuai oleh Inspektor Dimbut telah diarah ke Titok, Engkilili setelah menerima laporan mengenai pergerakan komunis di situ.

"Kami mengendap semalaman dalam hutan di Titok untuk menunggu kedatangan mereka dan keesokan harinya seorang anggota komunis mati manakala seorang lagi yang cedera bertindak melarikan diri setelah digempur oleh anggota dari kawasan kepungan lain pada malam itu," katanya ketika ditemubual Utusan Sarawak hari ini.

Empaga tidak bertempur dalam operasi itu sehinggalah peristiwa hitam pertama menghantui diri beliau ketika diarah untuk menyertai Program Jiwa Murni di sebuah perkampungan di Lachau, Pantu, Sri Aman pada 27 Disember 1970.

Pada waktu pagi hari berkenaan, beliau bersama 12 orang anggota PPH yang lain telah berangkat dari Kem Temudok, Sri Aman dengan menggunakan sebuah trak (konvoi pertama) dan kereta perisai (konvoi kedua).

Dengan bersenjatakan senapang automatik M-16, Empaga bersama empat orang anggotanya menumpang kereta perisai yang ketinggalan kira-kira 10 minit perjalanan daripada pasukan konvoi pertama berkenaan.


"Tiba-tiba pada jam 9 pagi, dipercayai seramai 18 orang anggota komunis yang terbahagi kepada tiga buah kumpulan bertindak menyerang hendap kenderaan perisai kami ketika sedang melalui kawasan antara perkampungan Ran dan Punggu, Sri Aman.

"Saya membalas tembakan menerusi lubang peninjau di kenderaan perisai ketika itu sebelum kenderaan kami terkandas di kawasan Bukit Begunan iaitu kira-kira 100 meter dari kawasan serangan setelah tayar pancit akibat serangan komunis terbabit," katanya.

Setelah mengambil posisi berkubu di tebing jalan, Empaga bersama Lans Kopral Tajau Siong terus menggunakan senjata Bren dari dalam kenderaan perisai itu dan menembak secara rambang ke arah kedudukan serang hendap musuh.

"Kemudiannya seorang rakan mendapati bahagian belakang kepala saya berdarah dipercayai terkena tembakan peluru musuh ketika berlaku serangan hendap berkenaan," katanya sambil menambah pasukan penyelamat kemudiannya tiba dan beliau dihantar ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.

Empaga yang dilantik ke pangkat Kopral pada tahun 1971 dan berpindah tugas ke Briged PPH, Kuching kemudiannya sekali lagi terlibat dalam pertempuran dengan komunis di kawasan Semenggok, Kuching bersama dengan Kompeni C dan A Batalion Ke-14 PPH.

"Saya masih lagi ingat apabila beberapa biji bom tangan tidak meletup setelah dilontar oleh anggota kita ke arah pihak komunis yang kemudiannya melarikan diri setelah satu jam setengah pertempuran," katanya.

Beliau bersama Kopral Dennis Sim kemudiannya dipertanggungjawab untuk menangkap seorang anggota komunis yang menyerah diri setelah terkepung dalam pertempuran itu dengan seorang lagi mayat masih tertinggal di tempat persembunyian.

Setelah berkhidmat selama setahun di Briged PPH, Kuching, Empaga kemudiannya berpindah tugas ke Batalion Ke-18 PPH, Miri sebelum berpindah tugas semula ke Batalion Ke-15 PPH di Kem Lanang, Sibu pada tahun 1977.

"Pengalaman paling berharga saya yang sebenar berlaku pada 25 Mei 1978 memandangkan pada hari itu kami telah ditugaskan ke Ulu Naman, Sibu setelah menerima laporan mengenai pergerakan komunis di situ.

"Saya bersama 13 orang anggota yang diketuai oleh Sarjan Ricky Muan tiba di Ulu Naman pada jam 4 petang dan hasil laporan penduduk, kami mendapati bahawa kumpulan komunis yang diketuai oleh Eei Poh Yap sedang berada di kebun lada milik mereka," katanya.

Mereka kemudiannya bertindak menyusup ke kawasan kebun lada sebelum bertembung dengan dua orang anggota komunis yang dipercayai menjadi sentri (pengawal) ke laluan masuk kebun lada berkenaan.

Tanpa melengahkan masa, Empaga bersama pasukannya terus melepaskan tembakan terhadap anggota komunis lelaki dan wanita terbabit sehingga menyebabkan kedua-dua mereka terbunuh.

"Mayat komunis wanita kami temui pada keesokannya memandangkan hari semakin gelap ketika berlaku pertempuran...malang buat kedua-dua komunis terbabit apabila senapang buatan sendiri mereka gagal berfungsi," katanya.

Pasukan komunis yang diketuai oleh Eei Poh Yap dipercayai melarikan diri selepas itu dengan dua pucuk senapang patah buatan sendiri, empat butir bom, 15 butir peluru, ubat-ubatan dan makanan berjaya dirampas daripada kedua-dua mayat pengganas berkenaan.

"Saya bersama anggota yang lain telah menerima surat penghargaan berhubung kejayaan terbabit," kata suami kepada mendiang Sinda anak Gadoh dan bapa kepada tiga orang anak lelaki serta dua orang anak perempuan berkenaan.

Bagaimanapun Empaga yang telah bersara dengan berpangkat Sarjan dalam perkhidmatan polis di Kem Temudok, Sri Aman pada tahun 2000 lepas seolah-olah merasai bahawa jasa dan pengorbanan beliau tidak dihargai kerajaan.

Beliau menjadi lebih terkilan apabila tidak dipanggil untuk menerima wang sumbangan bernilai RM1,000 yang diberikan oleh kerajaan terhadap mana-mana bekas anggota polis yang pernah berkhidmat ketika era darurat dahulu (1968 -1972) di Sarawak.

"Apa yang saya terima hanyalah surat penghargaan...tiada pingat dan tiada sumbangan wang penghargaan. Saya tidak meminta semua ini namun jika nyawa kami pertaruhkan untuk keselamatan hidup penduduk maka wajarlah pengorbanan ini mendapat balasan setimpalnya dari kerajaan," kata beliau dengan begitu kesal.

Empaga sudah memohon sebanyak dua kali daripada pihak atasan berhubung sumbangan wang berkenaan namun masih tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak terbabit.

Kini, dengan usia sudah pun mencecah 66 tahun, beliau hidup bersendirian di Taman Tiara dengan hanya menikmati baki pencen sebanyak RM540 setelah melalui potongan pembayaran rumah dan lain-lain belanjawan.

"Semua anak saya sudah pun berkahwin. Namun mereka tidak dapat membantu memberi belanja wang terhadap saya disebabkan oleh faktor kurang mampu berhubung kekurangan pendapatan," kata beliau yang telah kematian isteri pada tahun 2009 lepas.

Justeru Empaga merayu agar kerajaan menimbang semula jasa dan pengorbanan beliau ketika berjuang selama 34 tahun dalam pasukan polis hutan (PPH) selama ini dengan memberikan sumbangan sewajarnya terhadap kebajikan hidup beliau selepas ini.

Sumber : http://sriamannews.blogspot.com

Mewah makan

Posted: 06 Sep 2011 01:00 AM PDT

Oleh ROZAID A. RAHMAN

RAKYAT Malaysia memang suka menjamu orang. Ini adalah satu hakikat. Negara kita memang mewah dengan makanan dan ini dapat dilihat dalam majlis-majlis berbuka puasa yang dianjurkan sama ada oleh individu tertentu, syarikat, organisasi, jabatan dan kementerian untuk meraikan kedatangan bulan Ramadan.

Golongan yang 'paling mewah' pada waktu ini adalah anak-anak yatim kerana boleh dikatakan di mana-mana sahaja, mereka diraikan dengan jamuan berbuka puasa.
Malah ada sebuah stesen televisyen yang menganjur dan membiayai program bersahur untuk anak-anak yatim dengan membawa VIP ke rumah anak yatim berkenaan bagi memberikan kelainan dan kejutan kepada mereka.

Begitu juga dengan para pengamal media. Boleh dikatakan setiap hari ada jemputan untuk berbuka puasa bersama media sehinggakan kita tidak tahu yang mana satu hendak pilih kerana kadang-kadang ada sehingga tiga atau empat jemputan yang jatuh pada hari yang sama.

Seperkara yang penulis perhatikan, pada setiap majlis berbuka puasa ini, tidak ada yang tidak penuh. Pada satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya, orang begitu ramai yang datang untuk makan secara percuma sehinggakan tiada ruang langsung untuk kita bergerak dan berjalan.

Ini dengan sendirinya membuktikan orang Malaysia memang kaki makan. Patutnya di bulan puasa kita mengambil pendekatan ala kadar dan bersederhana tetapi hakikatnya ini tidak berlaku. Apa yang berlaku ialah, orang datang dan membalun apa yang dihidangkan semaksimum yang boleh.

Itu pun makanan masih berlambak-lambak sehinggakan kita jadi tidak ketahuan yang mana satu hendak diambil dan dirasai. Dan kita tertanya-tanya, apakah yang akan mereka lakukan dengan saki baki makanan tersebut selepas selesainya majlis.

Situasi yang sama penulis saksikan ketika menghadiri satu majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh Sultan. Berpuluh-puluh mangkuk yang berisi nasi tidak diusik pun atau orang kata tidak luak mungkin kerana selera orang berpuasa ialah untuk menjamah makanan lain dahulu dan bukannya nasi.

Atau mungkin kerana majlis itu dihadiri oleh Sultan sehinggakan orang ramai berpada-pada. Di majlis itu juga penulis tertanya-tanya apa yang akan mereka lakukan dengan lebihan bermangkuk-mangkuk nasi yang tidak terusik itu.

Kini majlis berbuka puasa telah selesai dan kita semua akan dapati, kita akan dijemput untuk menghadiri satu lagi pusingan majlis bermakan-makan iaitu majlis rumah terbuka Aidil Fitri.

Oleh kerana Syawal diraikan sebulan, maka bermula dari hari pertama raya sehinggalah menjelang 30 Syawal, beratus-ratus majlis rumah terbuka dengan pelbagai hidangan makanan akan diadakan di seluruh negara khususnya di ibu kota.

Dan kita semua meraikan majlis bermakan-makan seolah-olah negara kita dan ekonomi kita tidak terjejas langsung dengan apa jua kegawatan.

Kenapa & mengapa...

PENULIS pernah ditanya, kenapakah dulu tak banyak jenayah berbanding zaman sekarang? Apakah benar masyarakat kita sekarang dikelilingi oleh penjenayah? Jawapan kepada persoalan ini sebenarnya mudah. Dahulu jumlah manusia banyak mana dan sekarang banyak mana.

Jenayah pada asasnya berkembang mengikut populasi penduduk. Semakin ramai manusia, semakin tinggi permintaan dan keperluan untuk jaminan hidup. Manusia berpusu-pusu mencari peluang untuk meneruskan kehidupan dan ini membuka ruang untuk mencuri kesempatan kerana kek kekayaan semakin menguncup atau mengecil.

Sebab itulah di sebuah negara yang mana jumlah golongan miskin mengatasi golongan sederhana dan kaya, apa yang akan berlaku ialah golongan majoriti yang miskin ini akan menjarah dan merompak kerana mereka berhadapan dengan kehidupan yang terdesak.

Maka atas sebab itulah betapa pentingnya untuk sesebuah negara itu mengekalkan jumlah golongan sederhana yang besar dengan terdapat sedikit ruang untuk golongan kaya dan miskin.

Jadi yang sederhana tidak akan menjarah hak yang kaya dan yang kaya pula mampu membantu membangunkan masyarakat yang miskin. Jika ini berlaku negara akan selamat dan kehidupan akan aman.

Jadi apabila jenayah meningkat, ekoran peningkatan jumlah penduduk, ia hanyalah natural untuk orang ramai berasa takut dan terancam.

Dan ini dibuktikan apabila sebaik sahaja Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan aplikasi baru panggilan kecemasan menerusi telefon bimbit pintar, lebih 8,000 orang telah mendaftar dan memasang aplikasi itu pada hari pertama ia dilancarkan.

Ini kerana orang semakin takut dengan jenayah dan bimbang akan keselamatan diri dan mahu pihak polis dengan segera respon kepada panggilan kecemasan sekiranya berlaku sesuatu musibah.

Jadi kita semua wajar mengucapkan tahniah kepada PDRM kerana memperkenalkan inisiatif baru ini dan yang paling penting ialah mereka terfikir bagaimana aplikasi teknologi moden boleh dan patut digunakan untuk kepentingan awam.

Apatah lagi buat masa ini jumlah pengguna telefon bimbit tidak kurang daripada 30 juta di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Inilah yang menakjubkan kerana jumlah telefon bimbit melebihi jumlah penduduk Malaysia yang berjumlah 28 juta orang.

Melalui aplikasi ini, pemilik telefon pintar hanya perlu membuat satu tekanan pada punat panggilan kecemasan sahaja dan pihak polis akan dapat mengesan di mana mereka berada untuk menghulurkan bantuan dengan segera.

Ketua Polis Selangor, Timbalan Komisioner Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, dengan kemudahan aplikasi ini, siapa sahaja yang berada dalam situasi kecemasan seperti disamun, dirompak dan diserang atau menyaksikan kejadian jenayah hanya perlu melakukan langkah-langkah mudah dan segera menerusi aplikasi tersebut untuk menghubungi polis secara automatik.

Dengan memperkenalkan kaedah ini, mereka tidak perlu lagi menghubungi talian kecemasan polis yang akan mengambil lebih banyak masa untuk melakukannya.

Tetapi beliau mengingatkan orang ramai, seandainya ada pihak yang sengaja mempermainkan pihak polis dengan menekan signal kecemasan ini, mereka hanya menjejaskan orang lain yang benar-benar mengharapkan bantuan kecemasan dari pihak polis.

Akses kepada aplikasi ini boleh dilakukan dengan melayari http://mydistress.net menerusi talian telefon bimbit pintar anda.Mstar

Khairy Jamaluddin... kahkahkah...

Posted: 05 Sep 2011 11:00 PM PDT

Khairy Naik Melalui Batang Pisang

Oleh Mohd Sayuti Omar

KHAIRY Jamaluddin ketua pemuda yang tidak ditiktiraf oleh bekas Presiden Umno tetapi disanjung hebat oleh salah seorang peserta di Bualbicara dengan bloger dan facebooker di Balai Islam Khamis lalu di Kota Baru, semakin tidak ikhtiraf. Cabaran Khairy untuk berdebat dengan Mat Sabu berkenaan siapa hero kemerdekaan sebenar tidak dipedulikan oleh pemimpin Umno lain.

Bukan saja pemimpin peringkat Naib Presiden, ketua pemuda kawasan atau cawangan juga tidak memberi sokongan atas kehendak Khairy itu.

Tidak ada siapa yang memberi sokongan moral kepadanya. Modal politik yang dijual Khairy untuk menggilapkan dirinya sudah tidak dihirau oleh sesiapa dalam Umno.

Kasian kepada menantu bekas perdana menteri ini. Rasanya banyak usaha dia cuba memecahkan kebuntutan itu namun masih belum tidak terpecah. Minda beku kalangan pemuda Umno yang diinjekkan sejenis kimia oleh Dr Mahathir terus kekal menjajah pemuda Umno menjadi lesu kepada Khairy Jamaluddin. Apa lagi naibnya memandang Khairy seperti sebut hitam yang halus.

Mat Sabu pula hari ini melepaskan cabaran Khairy untuk berdebat itu kepada pemuda. Khairy marah betul dengan tindakan Mat Sabu itu dengan mengherdik Mat Sabu tidak bertanggungjawab dan bacul. Sekali lagi perasaan kesian saya timbul kepada Khairy. Dia tidak tahu dengan apa yang berlaku itu menunjukkan beliau bukan saja tidak diiktiraf oleh Mahathir tetapi Mat Sabu juga tidak iktiraf kedudukan Khairy sebagai ketua pemuda Umno. Kalau tidak diikhitar macam mana hendak merdeka?

Sudah saya kata tidak ada guna Khairy bercakap mengenai komunis. Dia lebih baik menghitung nasib dan masa depannya di Rembau. Sepatutnya apa yang berlaku Khairy sedar dan insaf jangan cuba menjadi jaguh lagi kerana tempoh kita sudah pun hampir expired.

Sudah sukar untuk Khairy menjadi hero di dalam Umno. Hanya ada satu cara dan kaedah saja - seperti mana yang pernah saya sarankan, Khairy kena lari masuk sebelah sini. Itupun belum tahu lagi orang PKR atau Pas sedia menerima Khairy. Kalau Khairy bercadang untuk berbuat begitu menjelang pilhan raya dan tiba-tiba beliau dihalau oleh Pas dan PKR, tersangatlah malang nasib Khairy Jamaluddin. Kalau pun Pas dan PKR sedia menerima Khairy mungkin hanya untuk dijadikan berut panjat kepala dan pinang saja.

Ketika ini Khairy kena insaf dan orang lain juga kena insaf dalam dunia politik Malaysia tidak semestinya seseorang yang berani, berotak berllian dan berpandangan jauh itu akan diterima dan disanjung. Inilah liku-liku politik sebenarnya. Dalam politik orang bodoh, sekolah tidak tinggi boleh memanjat sampai ke atas - sampai jadi menteri kalau ianya pandai membodek. Orang cerdik tidak semestinya berjaya.

Pada saya Khairy dalam Umno tidak ubah seperti Hang Nadim yang bijak tetapi kebijaksaannya tidak diikhtiraf. Barang kali begitulah kalau kita naik menerusi batang pisang. Khairy menang ketua pemuda menerusi batang pisang, seperti juga Hang Nadim. Hang Nading dikatakan bijak sehingga digeruni raja apabila mempertahankan Singapura dari diserang todak dengan batang pisang.

Begitu juga dengan Khairy jadi ketua pemuda dengan 'merukah' - memanjat batang pisang bernama Abdullah Badawi yang ketika itu jadi perdana menteri. Jatuh dan tumbang batang pisang maka jatuh dan tumbanglah di pemanjatnya. Haa... cheee....! Selesemalah.

Menanti Asar

Mahkamah wajar panggil Shafee jelas kenyataan

Posted: 05 Sep 2011 10:00 PM PDT

Pakatan: Mahkamah wajar panggil Shafee jelas kenyataan sentuh kes Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mahu Mahkamah Tinggi yang mendengar kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim memanggil peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berhubung dakwaan bahawa beliau berkonspirasi dengan pentadbiran Najib untuk memusnahkan imej Ketua Pembangkang itu.

Beberapa wakil rakyat memberitahu The Malaysian Insider, mahkamah perlu menentukan sama ada peguam terkenal itu telah mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua media bersama kakitangan Pejabat Perdana Menteri berhubung liputan media kes berprofil tinggi itu.

"Ini mencetuskan keraguan berhubung prosiding kes dan mahkamah seharusnya memanggil Shafee untuk membuat penjelasan demi memastikan kewibawaan perbicaraan," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar.

Pendirian itu seiring dengan pandangan ketua DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham, yang menegaskan Shafee seringkali dilantik dan dikaitkan dengan perbincangan-perbincangan politik Umno, parti teras Barisan Nasional (BN).

Oleh itu kata beliau, peguam itu tidak boleh dianggap sebagai seorang yang berkecuali.

"Keadilan seharusnya dilihat diberikan. Dia juga peguam yang secara terbuka memberitahu media bahawa 99.9 peratus lelaki dalam rakaman video seks adalah Anwar," kata Ahli Parlimen Beruas ini, merujuk kepada rakaman video yang dikaitkan dengan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, beberapa bulan lalu.

Terdahulu, The Malaysian Insider membawa laporan memetik peguam itu yang menafikan dakwaan berkonspirasi dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri untuk menggunakan media dan menamatkan kerjaya politik Anwar, yang dilihat sebagai ancaman kepada BN.

Shafee berhadapan dengan kecaman dunia siber kononnya beliau mencampuri urusan liputan berita kes kontroversi Anwar, yang akhir bulan lalu membela dirinya di mahkamah dengan membacakan kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh.

Peguam itu didakwa memberi beberapa arahan kepada editor-editor dan pemberita media arus perdana.

Kecaman itu dibuat oleh blogger  yang memperkenalkan dirinya sebagai Ahmat Gaza.

Dia mendakwa pertemuan rahsia itu diadakan di Le Meridien Hotel di sini dan turut dihadiri oleh penasihat media kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Abdul Jalil Hamid.

Shafee berkata dakwaan itu satu usaha untuk menghuru-harakan institusi kerajaan untuk mengambil alih Putrajaya.

"Agenda dia ialah untuk menyemai rasa tidak percaya sedaya yang boleh terhadap institusi-institusi kerajaan termasuk kehakiman, untuk mewujudkan keadaan huru-hara terhadap keluhuran undang-undang," kata Muhammad Shafee menjawab dakwaan Ahmat Gaza.

"Gaza ini dungu, yang tidak tahu keadaan sebenar pertemuan ini," katanya lagi sambil mencemuh dakwaan kononnya ia konspirasi mahu menyebabkan mudarat ke atas Anwar.

Peguam itu memberi amaran akan memfailkan saman fitnah sebaik identiti blogger itu terdedah. Dakwaan itu tersebar luas dan diulang terbit oleh laman-laman web lain.

Ditanya sama ada Abdul Jalil juga hadir pada pertemuan itu, Shafee berkata: "Jika Jalil ada di sana, saya samar-samar dia ada di sana. Saya tidak terkejut jika dia ada di sana kerana dia ada di sana sebagai orang media."

Kata Shafee, beliau mengenali Jalil tetapi bukan sebagai pembantu Najib dan mendakwa hanya menyedari jawatan semasanya selepas dimaklumkan oleh The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Abdul Jalil, bekas wartawan kanan Reuters enggan mengulas ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Memang Rosmah banyak yang lebihnya... kahkahkah...

Posted: 05 Sep 2011 09:00 PM PDT

11 kelebihan Rosmah Mansur yang anda wajib sedar

Ramai orang tak perasan bahawa rosmah mansur mempunyai banyak kelebihan2 yang hebat berbanding isteri2 perdana menteri malaysia yang lain. Mari kita lihat kelebihan2 rosmah mansur sejenak. Tak rugi larh kalau amek tahu kelebihan2 rosmah mansur neh kalau korang bercita2 nak jadi isteri perdana menteri kelak. Heh.

Kelebihan rosmah mansur.

1. Isteri perdana menteri paling cantik.

Memang rosmah mansur isteri perdana menteri yang paling cantik di malaysia. Toksah temberang larh nak kutuk dia macam2, konon tak cantik larh, muka berminyak larh.. padahal korang cemburu je kan sebab dia lawa? Ye tak? Hahaha.. kalau dia tak lawa korang ingat najib akan terpikat ke?

Bahagian paling cantik sekali kat rosmah ialah tang kening dan tang nama rosmah mansur = rm. Hahaha.. korang ada? Takde kan? So takyah jeles larh weh.

2. Isteri perdana menteri yang paling glamer.

Hari2 wajib keluar masuk berita. Suami sakit ke suami sihat ke, bercuti sakan ke apa ke confirm ada je statement dari dia. Jepun di landa malapetaka pun dia yang komen lebih2. Time PRK pun dia gak yang lebih2. Siap naik helikopter lagi. Pendek kata mustahil rakyat tak kenal rosmah mansur, tapi ajaib kalau semua rakyat kenal najib razak.

3. Isteri perdana menteri yang paling rajin.

Lawatan kerja ke luar negara ialah upacara wajib rosmah mansur sejak najib jadi PM.Tiap2 bulan ada je usul rosmah mansur nak bantu rakyat malaysia. Syabas2.. walaupun aku tak nampak bentuk bantuan apa rosmah mansur hulur kat rakyat tapi syabas di ucapkan sebab bersemangat waja lakukan pengaliran wang keluar masuk negara bagi merancakkan ekonomi negara.

4. Isteri perdana menteri yang paling besar ahti dan besar segala2nya.

Rosmah mansur bukan sahaja besar dari sudut badan dan rambutnya, dia juga isteri perdana menteri yang sering berbesar ahti. Tak percaya? Kalau tak percaya tunggu rosmah mansur bagi dana / bantuan / peruntukkan kepada target dan baca laporan berita mengenai isu tue. Confirm wartawan akan tulis rosmah mansur berbesar ahti blablabla.. dan etc.Ya, aku menyanjungi dia yang berani mengakui berbesar ahti meskipun dana yang disalurkan ialah wang yang aku petik dari pokok tiap2 bulan dan bukan datang dari kocek dia. Aku fikir dia memang hebat sebab memiliki ahti besar lagi tatau malu.

5. Isteri perdana menteri yang paling sensasi dan meletup dengan panahan kontroversi.

Artis pun kalah! Almaklum larh orang glamer. 24 diperatikan je atas bawah sampaikan kulit tegang dan berminyak pun orang perasan. Hahaah..

Macam2 kontroversi yang membabitkan rosmah mansur sepanjang dia menjadi isteri perdana menteri. Sampaikan ramai orang terkeliru dan tersalah anggap bahawa rosmah mansur ialah perdana menteri malaysia. Sedangkan isteri2 perdana menteri yang lain kalau ditanya pada budak2 pun dorang akan cakap tatau, tak kenal, ataupun isteri perdana menteri tue apa. Tapi rosmah mansur berjaya mengubah persepsi itu. Syabas di ucapkan. Mesti rosmah mansur menghadapi saat2 sukar untuk mendaki ke anak tangga paling popular.

6. Isteri perdana menteri yang paling pandai menasihati rakyat.

Dah banyak kali rosmah mansur nasihatka rakyat malaysia. Contohnya rajin bersenam walaupun badan dia sendiri tidak sekecik yang dilihat. Amalkan gaya hidup sihat walaupun cara dia sendiri tak berapa nak sihat. Jimat cermat walaupun nilai cincin usd24juta. Tukar gaya hidup dengan tiap2 bulan buat rombongan ke luar negara dengan angkut satu kampung mek2 bakti. Hebat.. bukan calang2 isteri boleh buat macam neh. Korang boleh? Tak boleh kan? Rosmah mansur boleh taw.. jangan main2 sama dia.

7. Isteri perdana menteri yang ada slot khas dan website sendiri.

Pernah ke korang kenal isteri perdana menteri yang ada slot ucapan raya khas?Pernah ke isteri perdana menteri diberikan slot khas untuk menyampaikan ucapan raya? Tak pernah kan? Rosmah mansur berjaya mengubah senario itu. Agong pun takde slot khas, tapi rosmah mansur ada. Teror kan dia? Di samping itu dia juga ada website dan jabatan sendiri di jpm. F.L.O.M <-- first lady of malaysia. Ada kakitangan yang ditransfer dari jabatan najib lagi. Sudah nya najib kena lantik kakitangan baru. Hehehe.. so terima larh hakikat bahawa rosmah mansur memang wanita hebat, suka tak suka sekalipun.

8. Isteri perdana menteri yang paling pandai bergaya / berfashion.

Cuba perhatikan isteri2 perdana menteri yang lain. Ada tak dorang beli gelang berjuta2 dari yahudi? Ada tak dorang pakai beg dan kasut mahal2? Ada tak dorang boleh pegang cincin usd24juta? Hah.. takde kan? Rosmah mansur ada semua tue tahu.. bukan calang2 isteri boleh memiliki itu semua. Di sebabkan kelebihan dia dalam dunia berfashion larh dia terlibat dalam penganjuran IFF. Islamik cara luar biasa. Aku mesti puji. Hahaha..

9. Isteri perdana menteri yang paling dikasihi oleh PM.

Di malaysia neh kita lihat ada banyak isteri2 perdana menteri malaysia. Tapi belum lagi kita lihat ada isteri perdana menteri yang dapat peruntukkan macam2 dari PM. Rosmah dapat semua tue. Pengurangan cukai atas beg branded dan baju dalam mewah pun sanggup najib buat demi rosmah. Ya, betul orang2 kaya yang selalu beli barangan branded akan dapat faedah.

Orang2 miskin macam ko dan aku jangan mimpi larh der. Kalau nak berangan2 kahwin dengan orang kaya takpe larh. Jangan risau, walaupun korang dah kahwin still boleh pasang angan2 neh. Rosmah mansur dulu pun dah kahwin gak time kenal najib dulu. Demi cinta pada isteri, 1malaysia kena gadai pun okey ma. Hahaha..

10. Isteri perdana menteri yang paling banyak gelaran berbanding sumbangan.

Mungkin dah tak terkira berapa banyak dah darjah kebesaran yang dia terima. Ada je orang hulur penghargaan dan gelaran2 buat dia sampaikan penghargaan tersebut melebihi sumbangan dan jasa dia terhadap negara walaupun umum tahu dia belum sekalipun berjasa terhadap negara, sekurang2nya terhadap perkara yang aku boleh rasa dan terima faedahnya.

Selain dari badan2 korporat, sultan, kolej2, pihak universiti yang bagi anugerah darjah kebesaran dan penghargaan yang berupa gelaran dan pengiktirafan, dia juga dapat gelaran2 yang unik dari rakyat malaysia.Antaranya bik mama, bik badak, puaka tebing dancing, jangan pandang belakang rosmah, tolong awek aku nama rosmah, duit ku duit rosmah jua, dan macam2 lagi. Mungkin rakyat sayang sangat kat rosmah mansur neh agaknya.

11. Isteri perdana menteri yang paling dasat.

Ya, di antara 10 kebaikan yang dia ada, neh larh kelebihan paling terbaik yang dia miliki. Dia dasat. Dia cukup dasat dalam semua segi. Kedasatan dia tiada tandingan. Bukan lawan orang biasa macam ko dan aku. So sila larh berhenti berangan2 kalau nak kalahkan dia pasal dia punya dasat.. ziana zain dan lee chong wei lebih tahu. Rakyat biasa macam aku dan ko neh hanya mengalami sebahagian kecik je dari kedasatan itu..tapi ziana zain dan lee chong wei alami banyak dah kot. Hahahaha.. kena peluk seribu tahun tak bernafas aku rasa..

http://amenoworld.blogspot.com/

Logik jugak walaupun macam tak percaya...

Posted: 05 Sep 2011 08:00 PM PDT

Mungkin dah sampai masa bendera Jalur Gemilang ditukar..!!

UmmiAnni tulis dalam blog dia:

Mogadishu - Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia yang diserang hendap.

Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan2 pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat

"Kumpulan2 pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.

Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia. - UmmiAnni.

Bila fikir-fikir, tak logik la ada yang sampai hati tembak rombongan orang yang sampaikan bantuan. Takkan kut pasai tak dapat makan bubur lambuk Pemuda Umno ada yang sanggup tembak rombongan yang bagi bantuan tu.

Kalau betul konvoi tu ditembak sebab terkeliru bendera Malaysia depa nampak macam bendera Amerika, memang patut sangat kerajaan Malaysia fikir keperluan untuk tukar bendera. Takdak salah pun tukar bendera dan memang banyak neraga yang pernah tukar bendera.

Aku sangat-sangat yakin, kalau dibuat pungutan suara, hampir semua rakyat Malaysia akan setuju bendera Malaysia yang nampak macam bendera Amerika tu diganti.

Kalau PR rampas Putrajaya lepas PRU13 nanti, antara langkah awal yang PR kena buat, ganti bendera Malaysia, selain dari tulis semula sejarah kemerdekaan Malaysia.

Aku ingat lagi masa dulu pernah sekali PAS Parit Buntar buat demo kat masjid Daerah Parit Buntar, bantah Amerika serang Iraq, ada gimmik bakar bendera Amerika. Aku tanya member yang bawa bendera tu, nama dia dapat.

"Puas cari rata kedai takdak yang jual bendera Amerika, nak mudah kerja, aku beli bendera Malaysia lepas tu suruh bini aku oter, buang lambang bulan bintang lepas tu pelekat lambang bintang berterabur. Padan muka..."

Apa pun, salam takziah untuk keluarga Allahyarham Noramfaizul. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama ruh orang soleh.

Depa dah mula bertokak sama sendiri dahhh... kahkahkah...

Posted: 05 Sep 2011 07:00 PM PDT

Noramfaizul: Timbalan KP Utusan salahkan penganjur

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan (gambar) menyalahkan pihak penganjur Missi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ekoran kematian jurukamera BernamaTv, Noramfaizul Mohd. Nor.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beliau melalui facebooknya, Zaini membandingkan kerja amal luar negara yang dibuat oleh Mercy Malaysia yang tidak pernah kecoh dengan media pun.

"Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai...," katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam.

Kenyataan orang nombor dua media Umno ini dsiarkan oleh Berita Harian.

Berita Harian melaporkan:

Timbalan ketua pengarang utusan malaysia, Datuk zaini hassan bagaimanapun melahirkan rasa kesal dengan pihak penganjur misi bantuan kemanusiaan yang gagal menyediakan persediaan keselamatan akibat TERLALU MEMENTINGKAN PUBLISITI DARIPADA MEDIA.

"Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai...," katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam.

(Laporan Berita Harian)

Penganjur missi ini adalah Kelab Putera 1 Malaysia yang dipimpin oleh Abdul Azeez Rahim yang juga Ketua Putera Umno.

Missi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia adalah badan yang direstui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Melalui kenyataan Zaini jelas, missi kelab ini bukan sekadar mahu membantu tetapi juga sarat dengan missi politik iaitu untuk publisiti dan kini salah seorang wartawan Malaysia menjadi mangsanya.

Selain Zaini, wartawan kanan Utusan Zulkiflee Bakar, juga mempersalah pihak penganjur kerana gagal membuat kajian terlebih dahulu mengenai sesuatu negara sebelum menghantar bantuan bagi memberikan ruang kepada semua yang terbabit untuk membuat persediaan.

Harakahdaily difahamkan, rombongan ini disertai oleh 54 anggota yang terdiri dari sukarelawan Kelab 1 Malaysia di samping 16 wartawan dari semua media tradisional di samping para blogger Umno./Harakahdaily

KJ saja buat ramai... kahkahkah...

Posted: 05 Sep 2011 05:00 PM PDT

Mat Sabu bacul, kata Khairy


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai "bacul dan tiada maruah" apabila menyerahkan peranan berdebat dengannya berkaitan isu kemerdekaan kepada pihak lain.

"Yang pasti, saya sedar hari ini PAS pilih timbalan presiden yang bacul dan tiada maruah. Takut sebab salah.

"Tewas sebelum tempur," katanya.

Mohamad Sabu pagi ini berkata, beliau menyerahkan tugas kepada Pemuda PAS Johor untuk berdebat dengan Khairy (kiri) berhubung isu itu kerana kedua-dua sayap PAS dan Umno itu lebih sesuai berbuat demikian.

Katanya, beliau "tidak tolak" berdebat, tetapi biarlah Pemuda PAS dan Pemuda Umno yang mengambil bahagian "kerana mereka layak".

Dalam tulisan yang bertubi-tubi di Twitter berhubung perkara itu, di samping berkata tiada masalah berdebat dengan Ketua Pemuda PAS, Khairy menyifatkan Mohamad "takut dan lari".- Malaysiakini

Beramal tidak berhenti dengan berakhir Ramadan

Posted: 05 Sep 2011 03:30 PM PDT

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM

TANGGAPAN kebanyakan orang Islam khususnya dalam negara kita, bahawa Ramadan adalah bulan yang dipenuhi dengan musim pelbagai jenis amal ibadat, maka mereka akan melakukan dengan semaksimum mungkin tenaga, masa dan kesungguhan bagi mencapai pahala yang banyak.

Tenaga yang dikerahkan sepanjang Ramadan dengan keletihan beribadat puasa wajib di siangnya dan bertarawih pada malamnya dianggap berbaloi walaupun ia dilakukan tanpa disandarkan kepada ilmu, kefahaman dan makrifat yang boleh membantu seseorang Muslim itu meraih pahala yang besar di sisi Allah SWT.

Mengapa tidak? Ramadan menjanjikan rahmat, keampunan, pelepasan daripada api neraka, terdapat di dalamnya penurunan kitab suci al-Quran yang menjadi petunjuk kepada umat Islam hingga hari kiamat, malam al-Qadar, ganjaran pahala yang tidak ada pada bulan-bulan lain, justeru umat Islam hanya menumpukan ibadat pada bulan ini dan tidak pada bulan lain, apakah amalamal selepas Ramadan tidak diganjari dengan pahala?

Inilah persoalan yang ingin diketengahkan kepada saudarasaudari sekalian, bahawa amalamal ibadat tidak hanya tertumpu pada satu bulan sahaja, akan tetapi ia berterusan sepanjang masa kerana Allah SWT juga tidak hanya wujud pada bulan Ramadan sahaja, tetapi sepanjang masa, malah tidak mengantuk dan tidak pula tidur.

Apa yang perlu kita tahu tentang amal ibadat ialah – Ibadat itu adalah kata nama yang terkandung di dalamnya apa-apa yang disukai dan diredai oleh Allah SWT, sama ada yang terdiri daripada perkataan atau perbuatan hamba zahir dan batin, ia juga bercabang terlalu banyak dan boleh diringkaskan beberapa yang terpenting untuk panduan bersama.

1. Beriman kepada Allah SWT – ia merangkumi semua rukun iman yang enam.

2. Sembahyang pada awal waktu – khususnya sembahyang lima waktu pada waktu pagi, petang dan malam, sesungguhnya para sahabat bersepakat mengatakan bahawa berdosa bagi mereka yang melambat-lambatkannya.

3. Haji mabrur – ia memberi erti bahawa pelaksanaan haji daripada sumber hasil yang halal, jauh dari sebarang perbuatan dan perkataan keji, dosa, banyak berbantah, menepati sunnah haji baginda Rasulullah, ikhlas kerana Allah dan tidak menyusulinya dengan maksiat kepada Allah.

4. Menyantuni kedua ibu bapa – kerana mentaati keduanya bermakna mentaati Allah SWT, tetapi tidak pada perkara yang menyalahi agama, tidak meninggikan suara di hadapan mereka, tidak menyinggung perasaan mereka dengan katakata kesat, memberikan khidmat terbaik buat mereka, berbelanja keperluan untuk mereka.

5. Jihad pada jalan Allah – menyebarkan dakwah Islam mengikut kemampuan dan golongan sasaran.

6. Kasih dan benci kerana Allah - iaitu mengasihi muslim dan membenci mereka kerana Allah SWT.

7. Membudayakan pembacaan al-Quran – ia dimulakan dengan beberapa ayat sehari dan dikembangkan kepada dua halaman seterusnya satu juzuk sehari, ia bukan setakat membaca, tetapi merangkumi maksud berdiskusi serta memahami maksud ayat-ayat yang dibaca dengan baik.

8. Sentiasa komited dengan ketaatan walaupun sedikit – umpama bersedekah 50 sen sehari tetapi ia bersifat berterusan begitulah juga dengan amal-amal ibadat yang lain.

9. Menunaikan amanah – iaitu segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap muslim dengan penuh kesedaran dan bukan seperti golongan munafik.

10. Memaafkan orang lain – kerana baginda ada menegaskan menerusi sebuah hadis yang bermaksud: "Seseorang itu bertambah mulia dan perkasa apabila sedia memaafkan orang lain." Hadis sahih riwayat Imam Muslim

11. Sentiasa bercakap benar dalam apa jua keadaan – Nabi bersabda : "Sesorang itu adalah benar dan sentiasa memelihara kebenaran sehingga ditulis di sisi Allah sebagai orang yang benar. Sesungguhnya benar itu akan menyelamatkan pelakunya, ia adalah akhlak mulia dan agung yang dimilki oleh para anbiya dan pengikut mereka dengan benar." (Hadis sahih riwayat Imam Muslim)

12. Berbelanja pada jalan Allah - ia merangkumi perbelanjaan seseorang itu untuk menaja program berbentuk jihad, membantu kedua-dua orang tua, fakir miskin, mereka yang memerlukan, untuk pembinaan masjid, maahad tahfiz, mencetak kitab-kitab agama, menyara keluarga dan anak-anak.

13. Memelihara diri dari membahayakan saudara seagama - elak diri daripada suka mengadu domba, mengumpat, menghina saudara seagama, mencaci, mengutuk, begitu juga mendera perasaan dan tubuh badan Muslim lain.

14. Suka menjamu orang lain - iaitu tabiat baik belanja kawan-kawan, jiran tetangga, sanak saudara dengan kelebihan wang yang dimiliki termasuk suka beri makan kepada haiwan jinak bukan peliharaannya.

15. Suka memberi salam – ia termasuk kepada yang kenal dan yang tidak dikenalinya.

16. Suka bantu mereka yang dalam kesempitan - seperti ibu tunggal, ketua keluarga yang ditahan dalam penjara bukan kerana jenayah, golongan kurang upaya atau orang-orang tua yang tidak bermaya.

17. Suka menjauhkan bahaya daripada ditimpa ke atas orang ramai – seperti membuang paku, serpihan kaca, kulit pisang dan sebagainya di jalan raya agar tidak membahayakan pengguna yang boleh mengakibatkan kemalangan.

18. Amar makruf nahi mungkar – iaitu sentiasa menyampaikan nasihat berguna dengan menyuruh orang supaya melakukan amal-amal yang baik serta mencegah mereka dari terjerebak dalam kancah maksiat yang boleh menjauhkan seseorang itu daripada rahmat Allah SWT.

Amalan yang menjauhkan seseorang itu daripada disentuh api neraka Ia dapat disimpulkan secara ringkas bahawa ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya adalah paling penting yang mesti ada dalam minda setiap yang bernama Muslim lelaki atau perempuan iaitu dengan melakukan apa sahaja yang diperintahkan dan meninggalkan apa sahaja yang ditegah dengan penuh rasa pasrah, ikhlas dan bertanggungjawab.

Ia seperti mana yang pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis: "Semua umatku akan masuk syurga melainkan yang enggan." Para sahabat bertanya siapa yang enggan wahai Rasulullah? Baginda bersabda: "Sesiapa yang mentaatiku masuk syurga dan yang menentangku masuk neraka." (Hadis sahih riwayat Imam Bukhari sampai kepada Abu Hurairah)

Bagi menggalakkan segenapMuslimin agar sentiasa dapat melakukan amalan terbaik dan mengekalkannya khususnya selepas Ramadan, maka ulama telah menggariskan beberapa amalan yang insya- Allah akan menjauhkan mereka daripada disentuh api neraka.

1. Banyak menyebut LaIlaha Illallah dengan penuh yakin dan ikhlas kepada Allah – ini kerana baginda menegaskan bahawa sesiapa yang menyebutnya dengan ikhlas lahir dari hatinya yang yakin, maka Allah haramkannya daripada disentuh api neraka. Maksud hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim

2. Berakhlak mulia dan berlembut dalam tindakan – Rasulullah bersabda: "Mahukah aku beritahu kamu, bahawa mereka yang diharamkan daripada disentuh api neraka ialah yang berakhlak mulia dan berlembut dalam tindakan sesama makhluk.

3. Bermandi debu kerana berjuang pada jalan Allah – maksudnya golongan yang sanggup berada dalam jihad menegakkan kebenaran agama Allah hingga kedua kakinya bergelumang dengan debu ketika bertempur dengan musuh di medan peperangan. Sabda baginda: "Sesiapa yang kedua kakinya berdebu kerana berperang pada jalan Allah nescaya dia diharamkan Allah memasuki neraka." (Hadis sahih riwayat Imam Ahmad)

4. Solat – Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah haramkan neraka ke atas (dahi-dahi) yang ada kesan sujud (dalam solat)." - Hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim

5. Memelihara dan membiasakan empat rakaat sebelum dan sesudah Zuhur – ia berdasarkan hadis baginda yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara empat rakaat sebelum dan selepas Zuhur, maka Allah haramkan jasadnya untuk dihumban ke dalam neraka." (Hadis sahih riwayat Imam Tirmizi sampai kepada Ummu Habibah)

6. Tauhid dan zikrullah menjelang kematian – Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang berkata – LaIlaha Illallah, Wallahu Akbar, maka Allah berkata kepadanya benarlah hamba-Ku ini kerana Tiada Tuhan melainkan Aku dan Akulah Yang Maha Besar." Sabda baginda lagi: "Sesiapa yang berkata dengan perkataan itu, maka dia diberi rezeki untuk mati (dalam kebenaran), maka jasadnya tidak akan disentuh oleh api neraka." - Hadis sahih riwayat Imam Bukhari

7. Tangisan kerana takut kepada Allah dan berjihad pada jalan- Nya – Sabda baginda s.a.w.: "Dua biji mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka – iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang celik kerana berjaga-jaga ketika berjuang pada jalan Allah." - Hadis sahih Imam Tirmizi sampai kepada Ibnu Abbas.

8. Memelihara pandangan mata – Sabda baginda s.a.w.: "Tiga jenis mata yang tidak akan disentuh api nereka – iaitu mata yang celik kerana berjaga-jaga ketika berjuang pada jalan Allah, mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang terpelihara daripada melihat perkara yang diharamkan Allah SWT." - Hadis sahih riwayat at-Tabarani daripada Bahaz Bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya

9. Sabar di atas kematian anak – sabda baginda : "Sesiapa yang mengkebumikan tiga orang anaknya dan bersabar, maka Allah haramkan jasadnya daripada disentuh oleh api neraka." - Hadis sahih riwayat at-Tabarani daripada Waelah Adakah dosa-dosa besar akan menghapuskan amalan-amalan baik yang pernah dilakukan oleh seseorang itu di dunia?

Seperti yang sabit dalam al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah s.a.w. bahawa maksiat dan dosa-dosa besar tidak akan menghapuskan amalan-amalan dan kebaikan Muslim semuanya melainkan dia terbabit dalam perkara kufur dan syirik kepada Allah SWT.

Tiada ulasan: