Selasa, 6 September 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


JPJ Pula Akan Disasat SPRM

Posted: 05 Sep 2011 06:22 PM PDT


Tengku Muhammad Fakhry Petra, semalam, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), berikutan beberapa kenderaan milik peribadi ayahandanya, tidak dapat diperbaharui cukai jalan. 

Tengku Muhammad Fakhry bersama tiga pegawainya hadir ke pejabat SPRM, kira-kira jam 3 petang dan disambut Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Kelantan, Che Aziz Hamzah. 

Menurutnya, laporan dibuat kerana tidak puas hati dengan kegagalan JPJ yang tidak dapat menyelesaikan masalah untuk memperbaharui cukai jalan beberapa kenderaan peribadi berkenaan yang sudah tamat tempoh antara lapan bulan hingga setahun. 

"Pada hari ini (semalam) saya datang ke pejabat SPRM untuk membuat laporan khususnya terhadap JPJ Negeri kerana bagi pandangan saya berlaku penyalahgunaan kuasa dalam proses untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan Tuanku Ismail Petra. 

"Seolah-olah ia disabotaj pihak tertentu atau dihalang dan saya sangat dukacita sebab kita sedia maklum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bekerja keras untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua rakyat dan pegawai berkenaan harus lebih efektif seperti mana disarankan pucuk pimpinan," katanya ketika ditemui di sini, semalam. 

Sementara itu, Che Aziz mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Tiada ulasan: