shalehudin |
- Dah mati pun terima saman lagi ka?
- Umno dilarang baca pasai memang hampa tak terjawab punya... kahkahkah...
- Sebab tu Islam haramkan mabuk, HILANG AKAI BETOI...
- Umno lompat lebih pasai tembelang nak pecah dah... kahkahkah...
- Wikileaks ni cari pasai betoi laa... kahkahkah...
- Artikel yang wajib dibaca
- Mat Sabu kena sekolah semula... kahkahkah...
| Dah mati pun terima saman lagi ka? Posted: 04 Sep 2011 10:30 AM PDT Wanita mati terima saman Evelyn LONDON: Seorang duda berang selepas menerima sepucuk surat menyatakan isterinya yang mati empat tahun lalu, dipanggil ke mahkamah dan didenda kerana kesalahan berkait dengan kenderaan. Barry Bartin, 65, dimaklumkan majistret mendenda mendiang isterinya sebanyak £175 (RM875) kerana gagal memaklumkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan mengenai pemilik baru keretanya. Bartin berkata, kereta mendiang isterinya dilupuskan pada 2009 selepas isterinya, Evelyn (gambar), meninggal dunia pada Jun 2007 akibat barah pada usia 47 tahun. "Sebaik melihat saman itu saya terkejut. Saya tidak percaya ini akan berlaku selepas empat tahun Evelyn mati. "Yang menyedihkan saya, dia tidak pernah melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang sepanjang hidupnya. "Saya tidak faham bagaimana ia boleh berlaku. Saya sudah maklumkan kepada semua pihak mengenai kematiannya tetapi kesilapan ini tetap berlaku," katanya. Menurut Bartin, jabatan berkenaan mendakwa mendiang isterinya tidak memaklumkan kepada mereka mengenai pemilik kereta baru. "Saya sudah menghantar kereta itu untuk dilupuskan," katanya. Anehnya, menurut Bartin, dia juga menerima surat tahun lalu yang dialamatkan kepada Evelyn yang memaklumkan wanita yang sudah mati itu didenda kerana kesalahan parkir. "Saya menghubungi jabatan itu dan beberapa hari lalu, saya terbaca dalam akhbar, majistret mendenda isteri saya sebanyak £60 (RM300) untuk kos perbicaraan," katanya. - Agensi |
| Umno dilarang baca pasai memang hampa tak terjawab punya... kahkahkah... Posted: 04 Sep 2011 08:30 AM PDT ![]() Soalan untuk renungan anak pasca merdeka 1. Benarkah Umno tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang? 2. Sebelum merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka Umno pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar? ![]() 3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM? 4. Bilakah semboyan merdeka bermula dan siapakah pemulanya? 5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini? 6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya? 7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM. 8. Akta Darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya? ![]() 9. Benarkah darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan. 10. Benarkah darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu. 11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948… dan kenapa? 12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu? 13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya ? 14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa ? 15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (Umno sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British). 16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan? Apakah signifikan syarat ini? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak "premature withdrawal" dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjangke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada? ![]() 17. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban. 18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi Umno sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London. 19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Sagor, Datuk Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu diterima sebahagian dari pejuang kemerdekaan. 20. Benarkah pada tahun 1948 Umno hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ? 21. Kenapa semboyan Umno adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris? 22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshallyang merancang untuk menggagalkan rundingan ini? [Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara]. ![]() 23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri. Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia? 24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk ulama telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan Umno. Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudian ditangkap - kenapa? 25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis? 26. Jika PKM adalah anti agama dan tuhan, bagaimana ulama seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris. 27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia? Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka. ![]() 28. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan Umno menjunjung sistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275). 29. Kenapa ulama-ulama upahan Umno lebih gemar menyerang socialism yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba? 30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan Umno tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Datuk Sagor serta yang sebelumnya. Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding? 31. Kenapa Umno sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu tahta kuasa yang sedang berada di tangan Umno. 32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang Malayan Union 1948 sedangkan pada waktu itu Umno hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya. 33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang Malayan Union pada 1948? Kenapa tidak nampak satu pun bendera Umno ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain? 34. Pernahkah Umno menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ? 35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ? 36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini? 37. Kenapakah Umno terus memusuhi PKM walaupun mereka sudah berdamai pada tahun 1989? Adakah ini suatu cara untuk mereka terus menipu rakyat? ![]() 38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat? 39. Kenapa Umno perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan. Jika versi Umno benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal? 40. Kenapa tidak diadakan perdebatan, forum secara terbuka mengenai perkara ini? 41. Kenapa orang yang berbeza pandangan tentang sesuatu kisah boleh dituduh pengganas hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kerajaan. 42. Jika kisah ini tidak betul kenapa ianya tidak dibetulkan sahaja melalui pembentangan fakta-fakta dan bukti yang sahih? 43. Adakah rakyat semakin kelihatan cenderung untuk tidak mempercayai sejarah yang ditulis oleh Umno – apakah dosa Umno hingga ia semakin dibenci? 44. Adakah ini tanda awal bahawa kuasa dan sejarah sedang mengalami perubahan? 45. Kenapa Umno masih memaksa rakyat melihat sejarah dari perspektif penjajah – tidakkah ini suatu kecurangan yang besar terhadap rakyat? ![]() 46. Adakah rakyat akan menolak kenyataan bahawa Tunku itu adalah salah seorang perunding untuk kemerdekaan di samping itu terdapat juga ramai lagi tokoh dan pejuang yang lain yang juga berjasa? 47. Adakah salah kalau kita menerima orang lain juga berjuang dan mereka juga perlu diberi sanjungan kerana jasanya sama ada besar atau kecil. 48. Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 (sebelum Merdeka) yang menggariskan pertentangan di antara anak tempatan dengan penjajah – kenapakah Umno terus-terusan mahu membela penjajah ? Adakah kita masih belum merdeka? 49. Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka. Dari Inggeris atau PKM? 50. Tidakkah sejarah negara bangsa kita begitu comot, kotor dan curang, hingga amat sedikit daripada rakyat Malaysia (termasuk professor, guru sejarah dan pelajar serta pemimpin dan ahli-ahli Umno) yang benar-benar faham dan dapat menceritakan rentetan sebenar perjuangan menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan? 51. Tidakkah ia bagai seorang gadis yang telah disolek sesuka hati hingga tiada yang dapat mengenalinya dari kalangan anak muda Malaysia hari ini? ![]() 52. Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini. Kenapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh Umno? 53. Benarkah kita sudah merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversif oleh pemerintah. 54. Jika sejarah kita umpama seorang gadis, apakah harus dia disolek sesuka hati hanya untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi hasil dari perjuangan orang lain? |
| Sebab tu Islam haramkan mabuk, HILANG AKAI BETOI... Posted: 04 Sep 2011 07:00 AM PDT Lelaki mabuk gigit ular sawa ditangkap SACRAMENTO: Seorang lelaki ditahan selepas dituduh menggigit seekor ular sawa peliharaan rakannya. Suspek, David Senk, 54, ditangkap semalam kerana disyaki mencederakan reptilia itu, kata jurucakap polisn Sacramento, Sarjan Andrew Pettit. Ular yang cedera teruk itu terpaksa menjalani pembedahan. Ketika diwawancara di penjara, Senk berkata, dia tidak ingat kejadian itu selepas tidak sedarkan diri akibat mabuk. "Apabila ditanya kenapa dia mungkin menggigit ular itu, dia berkata: "Saya tak sedar. Saya mabuk." Senk ditahan selepas polis menerima aduan mengenai kejadian itu. Mereka menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan darah pada mukanya. Seorang wanita memberitahu polis, Senk baru saja menggigit ular sawanya ketika dia membenarkannya memegang reptilia berkenaan. "Tidak ada tanda-tanda menunjukkan ular itu mengancamnya. Dia tiba-tiba menggigit ular itu," kata wanita itu. Senk, dalam wawancara itu berkata, dia tidak meminati ular. "Saya tidak pernah cuba menggigit ular. Haiwan itu yang cuba menggigit saya," katanya. - Reuters |
| Umno lompat lebih pasai tembelang nak pecah dah... kahkahkah... Posted: 04 Sep 2011 05:30 AM PDT Penganalisis: Umno terus serang Mat Sabu untuk lindungi sejarah sendiri KUALA LUMPUR, 4 Sept — Serangan tidak henti-henti Umno terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong bertujuan mempertahankan sejarah versi parti Melayu itu, kata penganalisis politik. Beberapa penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, Umno mahu mengekalkan tafsiran sejarahnya - yang mana telah "yang digunakan dengan meluas di sekolah dan media rasmi" — bahawa ia adalah pihak yang berjuang untuk kemerdekaan. ''Sudah tentu, Umno dulu sangat berbeza dengan Umno sekarang dan kemerdakaan dicapai melalui usaha-usaha pelbagai kuasa termasuk Parti Komunis Malaya," kata Lim Teck Ghee, Pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI). "Bagaimanapun, harapan adalah supaya propaganda dan versi mementingkan diri sendiri ini akan menjadi tafsiran yang tidak boleh dicabar dan kekal dalam sejarah kita," tambahnya. Semalam Pemuda Umno berkata mahu mengumpulkan semua bekas tentera, anggota polis dan ahli keluarga warga Bukit Kepong dalam satu siri jelajah seluruh negara - dipanggil Pentas Patriot - untuk menjawab kontroversi kenyataan Mohamad. Mohamad, yang lebih dikenali "Mat Sabu" (gambar) mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis dalam 1950. Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya. Umno dilihat cuba menggunakan kontroversi itu untuk meraih sokongan pengundi Melayu. Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010. Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Indera, adalah pemimpin komunis Melayu yang melancarkan serangan gerila terhadap berek polis ketika pentadbiran British. Penganalisis politik dari Universiti Monash James Chin berkata, "sejarah Malaysia adalah Umno sebagai pejuang-pejuang kemerdekaan, bukan mereka sahaja. Mereka cuba meletakkan diri sendiri." Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan selepas penjajahan Jepun pada 1945 yang bangkit mempertahankan kemerdekaan. Umno ditubuhkan pada 1946 oleh Datuk Onn Jaafar. Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian pula menegaskan sebarang perubahan sejarah perlu diserahkan kepada pakar sejarah untuk menjelaskan salah faham, agar tidak menjejaskan perpaduan kaum. "Lihat secara mendalam. Saya rasa apa yang berlaku ini adalah untuk mengiktiraf sumbangan komunis di kalangan orang Melayu," katanya. "Kekeliruan bukan hanya di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga penyokong PAS atau PR (Pakatan Rakyat)," katanya. |
| Wikileaks ni cari pasai betoi laa... kahkahkah... Posted: 04 Sep 2011 05:00 AM PDT ![]() Kesederhanaan Islam: Najib tak ikhlas, kata Wikileaks ![]() Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketika cuba menggambarkan Malaysia sebagai suara Islam yang sederhana, tetapi melakukan sebaliknya dalam percubaan untuk menarik sokongan orang Melayu, kata kabel diplomatik Kedutaan Amerika Syarikat yang bocor. ![]() Mengulas cubaan pentadbiran Najib yang mengendalikan kontroversial penggunaan kalimah Allah dan beberapa isu agama yang lain, kedutaan itu curiga sejauh mana perdana menteri sanggup membuktikan Malaysia sememangnya bertoleransi terhadap kebebasan beragama. "Sudah lama konflik antara komitmen parti pemerintah dengan prinsip kebebasan agama berbanding toleransi terhadap agama lain wujud," kata kabel Kedutaan Amerika yang dihantar ke Jabatan Negara di Washington DC bertarikh 12 Januari tahun lalu. "Usaha perhubungan awam Najib bagi tidak memperbesar-besarkan perbezaan antara kaum dan agama serta menggalakkan konsep toleransi dan kesederhanaan tidak dapat dipertahankan. Beliau mula memihak kepada pandangann pelampau berbanding pandangan popular berikutan pendirian keras pelampau dalam parti itu yang cuba dipaksa ke atas rakan-rakan ahli Umno yang lain." Pendedahan itu dimuat-naikkan dalam portal pembocor maklumat Wikileaks minggu lalu. ![]() Ia menyebut isu kalimah Allah, Kartika dan insiden kepala lembu serta beberapa yang lain berkaitan dengan amalan kebebasan beragama yang telah menimbulkan keraguan berhubung keikhlasan Najib menangani isu berkenaan. "Di sebalik pelbagai usaha bagi meyakinkan penonton ekspatriat dan bangsa asing, kerajaan Malaysia sebenarnya hanya memberi tumpuan melindungi harta dan keselamatan mereka yang berkenaan tetapi melepaskan peluang membuat kenyataan yang jelas untuk menegakkan kebebasan agama di negara ini," petik kabel itu. Menurut kabel itu lagi, dipercayai Najib berusaha keras untuk menawan sokongan pengundi Melayu sehingga sanggup mengorbankan untuk mewujudkan persekitaran sebenar kebebasan beragama. ![]() Ini, katanya, terbukti dengan cara kerajaan mempergunakan badan kehakiman untuk campur tangan dalam isu Allah. Ini juga membabitkan bagaimana BN memanipulasi kenyataan umum termasuk daripada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor, untuk menghantar mesej bahawa BN tidak akan tunduk terhadap larangan penggunaan Allah kepada orang bukan Islam. Tindakan itu, jauh berbeza dengan kenyataan Najib di luar negara. Contohnya semasa kuliah di Oxford pada Mei lalu yang bertajuk 'Gabungan sederhana dan Persefahaman Antara Budaya', perdana menteri mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang meraikan kepelbagaian masyarakatnya yang berbeza bangsa dan agama. "Rakyat Malaysia menerima kepelbagaian mereka. Kami tidak hanya bertolak ansur antara satu sama lain tetapi juga menerima dan meraikannya bersama, " kata Najib semasa lawatan ke United Kingdom, atas undangan Pusat Pengajian Islam Oxford (Oxcis). |
| Posted: 03 Sep 2011 09:00 PM PDT Siapa Mat Indera? by paktam ![]() Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain. ![]() Foto Mat Indera (3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar. Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpinDr Burhanuddin al-Helmydan Ishak HajiMohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API). Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza; atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka. Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong. ![]() Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis. Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkanreward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris. Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris. Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping. Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejak langkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong. RENCANA INI TERSIAR DI AKHBAR BERITA HARIAN PADA 13/12/2010 |
| Mat Sabu kena sekolah semula... kahkahkah... Posted: 03 Sep 2011 07:14 PM PDT MUKA PENGAWAL SEKOLAH MENGANDUNG KUALA LUMPUR: Semakin banyak pihak terus mengecam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung kenyataannya bahawa Ahmad Indera atau Mat Indera yang mengetuai serangan komunis ke Balai Polis Bukit Kepong, Johor sebagai pejuang kemerdekaan. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata membuktikan Timbalan Presiden PAS itu sengaja membelakangkan kepentingan nasional, terlalu mementingkan agenda politiknya yang amat bahaya kerana boleh menimbulkan suasana tidak selesa kepada rakyat. Mat Sabu masih keliru mengenai sejarah pejuang kemerdekaan negara sehingga mengeluarkan kenyataan sesuka hati. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor "Mat Sabu kena sekolah balik kerana masih keliru mengenai sejarah pejuang kemerdekaan negara sehingga mengeluarkan kenyataan sesuka hati," katanya pada sidang media sempena rumah terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Tanjung Karang, semalam. Kahkahkah... Memang betoi Mat Sabu merbahaya... Mat Sabu amat amat merbahaya....kahkahkah... Mat Sabu terlalu bahaya pada Umno.... kahkahkah... Kata kata Mat Sabu telah menyedarkan Melayu bahawa sejarah negara telah ditipu oleh Umno... kesedaran umat Melayu tentang sejarah negara akan menggugat Umno.... Umno akan jadi sejarah baru nanti... |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan