Ahad, 4 September 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Perghh.... jauh gile beza TGNA dan TGHA

Posted: 04 Sep 2011 09:53 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Tak pernah lagi gua bandingkan 2 orang ni secara open camni. Bandingkan 1 by 1. Jauh gile beza. Mengapa?

Program dialog raya ke 4 lepas, Wan Ji ada petik TGNA. Suruh jangan bertanding. Tapi round 1 Malaysia. Penjelasan lanjut Wan Ji di sini. Klik.

Saranan Wan Ji dijawab Husam. Settlelah. Tapi hari ni, TGNA terus nak jumpa Wan Ji. Dari hati ke hati. Suspek sungguh la gua orang tua nih. Kalau Wan Ji sound Hadi Awang gua ingat, tak lama hidup la... mau lu kena buat umpan kail Ostad oi...

Jauh beza kan?





Serangan ke atas konvoi Malaysia kerana bendera ciplak dari Amerika Syarikat.

Posted: 04 Sep 2011 09:35 AM PDT

5 September 2011, Mogadishu - Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia yang diserang hendap. Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan2 pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat.

"Kumpulan2 pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat. Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia.

Agensi Berita Fakap masih cuba mendapatkan kenyataan Wisma Putra dalam isu ini.



Gempar : Parlimen luluskan usul halang Rosmah keluar negara.

Posted: 04 Sep 2011 09:26 AM PDT

5 September 2011, Kuala Lumpur - 170 ahli parlimen dari 222 sebulat suara meluluskan usul menghalang Rosmah Mansur ke luar negara bagi mengelakkan malapetaka kepada rakyat. Kajian Universiti Malaysia berjaya membuktikan malang yang berlaku setiap kali Rosmah keluar negara.

Keluarga mak saudara Rosmah sendiri mati dibunuh oleh lelaki di Gemencheh ketika Rosmah Mansur ke luar negara. Rumah anak yatim ditimbus tanah runtuh ketika Rosmah ke luar negara. Terbaru, jurugambar Malaysia mati ditembak juga ketika Rosmah berada di Australia.

Pakar perubatan alternatif, Mamakguru Azeez Shah, mendakwa, perkara ini berlaku kemungkinan Rosmah membuat perjanjian dengan pihak2 jin tertentu melalui bomoh2 tertentu.

"Jika dakwaan ini adalah benar, ini adalah sesuatu yang sangat malang pada negara. Malaysia perlu menggubal akta sihir dan digunapakai di mahkamah syariah." - Agensi Berita Fakap.



Pekerja pembuat komponen minuman keras dalam dilema.

Posted: 04 Sep 2011 12:54 AM PDT

Harakahdaily

KUANTAN, 2 Sept: Kedatangan Syawal pada tahun ini ternyata disambut dengan rasa kecewa dan hiba oleh sebilangan besar pekerja kilang W.R. Grace yang prihatin berkenaan kepentingan halal dan haram dalam mencari rezeki.

Semua ini di sebabkan oleh pertemuan yang di adakan oleh majikan dengan pekerja pada minggu lalu yang memuktamadkan keputusan syarikat untuk meneruskan keputusan untuk mengeluarkan produk 'Daraclar' dari kilang mereka di Gebeng, Kuantan.

Daraclar adalah salah satu komponen untuk membuat minuman keras. Ia dikeluarkan oleh kilang ini.

Menurut beberapa pekerja yang di temui, dalam pertemuan tersebut mereka telah di maklumkan oleh salah seorang pengurusan kanan syarikat bagi rantau Asia Pasifik bahawa syarikat bertegas akan meneruskan projek tersebut di sebabkan mereka telah melabur terlalu banyak untuk projek tersebut setakat ini.

Pihak syarikat juga memaklumkan bahawa mereka tidak akan lagi merujuk kepada mufti berhubung kontroversi yang timbul hasil pendedahan yang di buat Harakahdaily baru-baru ini.

Yang lebih memilukan ialah pekerja telah di berikan dua pilihan samada untuk menjaga keimanan dan keberkatan rezeki yang akan di bawa pulang untuk anak dan isteri ataupun memejamkan mata dengan meneruskan pekerjaan mereka demi sesuap nasi.

Menurut pekerja berkenaan lagi, pekerja yang memilih untuk mengelakkan sumber yang haram tersebut akan di bayar 3 bulan gaji tetapi yang lebih memeritkan ialah mereka di kehendaki memberikan jawapan selewat-lewatnya sebelum 5 September ini.

"Ini jelas merosakkan 'mood' untuk kami berhari raya pada tahun ini. Notis yang begitu singkat dan juga tawaran 3 bulan gaji sebenarnya tidak ke mana memandangkan peluang pekerjaan yang terhad dan kos sara hidup yang melambung tinggi sekarang di samping tanggungan semasa seperti bayaran rumah, kereta dan sebagainya.



"Pihak syarikat seolah-olah tidak ingin melepaskan pekerja tetapi sekiranya pekerja berdegil mereka harus mengambil risiko sendiri. Itu belum mengambil kira tempoh masa seseorang itu menyumbang keringat demi syarikat selama ini," ujar seorang pekerja dengan penuh kekesalan.

Mengulas isu tersebut Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad (gambar) jelas tidak dapat menyembunyikan rasa kesal beliau terhadap perkembangan terbaru yang berlaku.

"Kemuliaan bulan Ramadhan telah dicemari sebegitu rupa oleh mereka yang hanya mementingkan keuntungan dunia semata-mata. Yang lebih di kesali ialah terdapat orang yang mengaku Islam turut terlibat dalam menjayakan projek ini bermula dari peringkat syarikat hinggalah kelulusan dan kebenaran dari pihak kerajaan.

"Kita mendesak Menteri Besar Pahang agar menyatakan pendirian beliau dan kerajaan pimpinannya berhubung isu ini. Sudah tentu beliau telah di rujuk oleh pengurusan syarikat sebelum keputusan pelaburan di buat oleh mereka dan mengapa beliau boleh menerima pelaburan sebegini rupa?"

Tambahnya lagi "Bagaimana pula dengan pendirian Umno? Mereka yang seolah-olah amat galak kononnya ingin menjadi hero membela Islam kebelakangan ini sepatutnya memprotes habis-habisan dan mesti berkhemah di depan pejabat MB dan di depan kilang tersebut siang dan malam.
"Namun apa yang berlaku sebaliknya pula, mereka hanya galak dan bising jika ada isu di negeri Pakatan sahaja. Seolah-olah syiar dan syariat Islam hanya wujud di negeri yang di perintah oleh PR sahaja.

"Kami amat bersimpati dengan nasib yang menimpa para pekerja yang di duga sedemikian rupa dan mengharapkan agar mereka tetap dalam iman dan bersabar di atas ujian Allah ini.

"PAS mendesak kerajaan negeri bertindak menarik balik kebenaran pengeluaran produk 'Daraclar' ini agar sumber pendapatan pekerja dan juga negeri tidak di cemari oleh sumber yang jelas haram ini.

"Tindakan kerajaan yang membelakangkan pandangan golongan agama dalam perkara ini jelas membuktikan hujah bahawa Umno menggunakan golongan agama bila mereka perlukan sahaja seperti mana terompah kayu yang di gunakan hanya untuk ke tandas.

"Penerimaan pelaburan sebegini menunjukkan betapa terdesaknya MB dan kerajaan negeri untuk mendapatkan FDI (Foreign Direct Investment) sehingga terpaksa menerima pelaburan haram seperti 'Daraclar' dan yang merbahaya seperti Lynas.'

"Justeru kita meminta agar rakyat menilai sendiri kegagalan dan kemusnahan yang di buat oleh kerajaan pimpinan Umno dan BN ini. Sudah tiba masanya rakyat bersama-sama dengan PR melakukan perubahan dengan menolak Umno/BN dalam PRU 13 nanti demi menyelamatkan maruah dan masa depan agama dan negeri ini," ujar beliau lagi.



Kalaulah rundingan Baling berjaya.

Posted: 03 Sep 2011 11:56 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Wikipedia


Rundingan Baling diwakili oleh barua British bernama Tunku Abdul Rahman dengan Rashid Maidin dan Chin Peng.

Kalaulah barua British itu bersetuju mendaftarkan PKM di bawah wadah demokrasi, melalui jalan demokrasi, maka; berapa banyak pertempuran sesama saudara boleh dielakkan selepas tarikh tersebut?

1. Melayu barua Russia-China tidak perlu bunuh Melayu barua British.
2. Melayu barua British tidak perlu bunuh Melayu barua Russia-China.

Betapa besarnya dosa barua British yang bernama Abdul Rahman di setiap pembunuhan / pertemburan saudara selepas tarikh tersebut?

UMNO yang didaftarkan melalui wadah demokrasi turut membunuh Melayu Memali, tanpa British dan tanpa Komunis. Jauh selepas merdeka.

UMNO adalah malapetaka kepada umat Islam di Malaysia.


Nak buat jarum pun tak bleh - UMNO

Posted: 03 Sep 2011 09:06 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Ketika kemuncak gelombang rakyat menuntut kemerdekaan, boneka British berwajah Melayu memperlekehkan. Nak buat sebatang jarum pun tak boleh, cane nak merdeka. Akhirnya, kecuali UMNO, kesemua pemimpin pro kemerdekaan ditangkap dan dipenjarakan.

1. KMM
2. PKMM
3. PUTERA
4. AMCJA
5. Hizbul Muslimin

Sudah memang dasar Inggeris, mana-mana negara yang kuat perjuangan kemerdekaan, pasti mereka akan menggunakan boneka. UMNO yang tidak tahu membuat sebatang jarum diberikan status boneka. Maka :

1. Jarum pun tak bleh buat, lagu negara pun ciplak dari Terang Bulan.
2. Jarum pun tak bleh buat, bendera pun ciplak dari Inggeris.



Polis tutup kes? : 20 orang cedera, 2 maut di rumah terbuka Shafie Apdal.

Posted: 03 Sep 2011 08:34 PM PDT

Oleh : CITRA MASADI



MARAH....Shafie sedang memarahi para peminta sedekah selepas tragedi malang yang cuba disembunyikan beliau. Gambar ehsan Hamba Allah.

MUNGKINKAH Ketua Polis Daerah Semporna, Mohd Azim Khan menutup kes (cover-up) kematian akibat kemalangan maut di rumah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sehari menjelang Hari Raya Aidilfitri?

Mungkin tidak kerana mungkin tidak ada pihak yang membuat laporan atau Shafie Apdal sengaja menutup kes berkenaan demi untuk menjaga maruahnya?

Tim Pemantauan Angkatan Muda PKR yang menghubungi saya memaklumkan bahawa pada malam tragedi berkenaan begitu memilukan dan semua tetamu kelamkabut apabila besi penghadang tangga rumahnya roboh kerana terlalu ramai PATI dan warga tempatan yang bersesak-sesak menyerbu rumahnya untuk mendapatkan 'Sedekah'.

Dilaporkan lebih 20 orang cedera parah dan ada mangsa yang meninggal dunia kerana tertusuk besi penghadang tangga berkenaan dan dibawa ke Hospital Daerah Semporna, namun jenazahnya dilaporkan 'Hilang' keesokan harinya.




Tetamu yang hadir pada malam itu turut melaporkan seorang pekerja dan pengawal rumah Shafie, Abdul Rahman Awang yang berasal dari Tanjung Kapur (Bugaya) meninggal dunia kerana serangan jantung disebabkan terkejut dengan peristiwa berkenaan.

Manakala seorang Wanita Tua dari Kampung Halo, Bangau-Bangau yang datang ke rumah Shafie untuk mendapatkan sedekah RM50 daripada Shafie, telah meninggal dunia di hadapan rumah Shafie pada hari yang sama; menjadi mangsa langgar lari oleh kenderaan lalu lalang kerana keadaan terlalu sesak.

Selepas tragedi mengejutkan tersebut, Shafie turun dari rumah dan dengan perasaan teramat marah kepada tetamu tidak diundang; sambil berteriak dengan suara lantang sehingga terdengar oleh orang lalu lalang di jalan raya.

"Bang but itu, embal na aku muan sin maka pilak, (kalau macam ini, saya tidak lagi beri wang)," teriak Shafie sehingga tetamu tidak diundang terkejut dan beransur pulang.

Dilaporkan pada malam itu, Shafie sudah berhenti memberi wang kerana esoknya tiada lagi peminta sedekah yang datang ke rumah Shafie dan ketika Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitrinya pada hari raya ketiga, sudah tidak kelihatan peminta sedekah yang menyerbu rumahnya sebelum ini.

Persoalannya, kenapa isu ini tidak dilaporkan media sedangkan media Arus Perdana termasuk rangkaian televisyen ada membuat liputan? Kenapa Polis Semporna tidak tahu sedangkan mereka dipanggil untuk menghalau peminta sedekah? Mengapa Hospital Daerah Semporna menafikan ada mangsa yang meninggal dunia yang dihantar ke hospital dan ke mana menghilangnya jenazah berkenaan?

Tim Pemantauan AMK PKR sedang berusaha untuk mendapatkan rakaman video melalui telefon bimbit seorang tetamu yang kini turut diburu penyokong Shafie untuk memastikan kemalangan maut berkenaan tidak tersebar di media massa, terutama Youtube.

Sewajarnya keluarga mangsa memohon Inkues agar isu memalukan ini tidak ditutup begitu sahaja kerana yang meninggal dunia, terutama ibu si Bunga, bukannya tikus, tetapi manusia!

Sebelum ini, isteri Shafie, Datin Suriani Mohd Shuib dilaporkan telah melemparkan sekotak wang dominasi RM100 dan RM50 sejumlah antara RM50,000 sehingga RM100,000 kepada para peminta sedekah yang menyerbu beliau untuk mendapatkan wang ketika Shafie masih berucap di Dewan Masyarakat Semporna; tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat untuk menyiasat kes ini.


Tiada ulasan: