Khamis, 1 September 2011

shalehudin

shalehudin


Tembak pelajar: 3 polis ditahan

Posted: 01 Sep 2011 11:00 AM PDT

Tembak pelajar: Enam termasuk tiga anggota polis ditahan

KUALA LUMPUR, 1 Sept — Tiga anggota polis antara enam ditahan berhubung kejadian melepaskan tembakan mencederakan seorang pelajar kolej swasta di Taman Seri Rampai, Setapak di sini semalam.

Ketiga-tiga anggota itu berpangkat Koperal dan Lans Koperal.

"Dua daripada mereka bertugas di Bukit Aman dan seorang lagi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dipetik Bernama Online.

Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergeseran kenderaan, namun siasatan masih lagi dijalankan.

Selain tiga anggota polis itu, tiga lagi yang ditahan semalam adalah rakan mangsa berumur antara 20 dan 27 tahun.

Kesemua suspek ditahan reman sehingga 4 Ogos bagi membantu siasatan.

Pelajar lelaki berusia lingkungan 20-an itu dilaporkan cedera parah akibat ditembak di hadapan sebuah kelab malam pada 6 pagi.

Pelajar itu bersama tiga lagi rakannya baru sahaja memasuki kereta untuk meninggalkan kelab malam berkenaan apabila mereka didatangi sekumpulan lelaki.- TMI

Sah, Anwar dah bersalah...

Posted: 01 Sep 2011 08:48 AM PDT

Dalam laporan terkini Malaysiakini melaporkan portal terkenal Wikileaks telah membocorkan satu transaksi kabel diplomatik Amerika Syarikat bahawa Piem bagi bangsa Umno, Najib Razak dan pemimpin utama Umno telah memutuskan segala padah dan kos politik bagi mendakwa Anwar "boleh diterima". Mereka juga mahu perkara berkenaan diteruskan secara agresif di dalam dan juga di luar mahkamah.

Ini bermakna... apa cara pun' Anwar akan didapati bersalah dalam kes liwat II yang sedang hangat berlangsung. Ini kerana, berdasarkan penilaian bahawa Anwar Ibrahim akan terus menjadi ancaman kepada Umno sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang, ketua pembangkang itu akan didapati bersalah kerana meliwat - hukuman keduanya dalam tempoh 10 tahun.

Menurut nota diplomatik 2009 yang diklasifikasikan sebagai sulit oleh Mark D Clark, kaunselor politik di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, matlamat utama mereka adalah bagi memenjarakan Anwar semula dan menyingkirkannya secara tetap dari politik.

Walaupun mengakui perkara itu adalah semata-mata tindakan penguatkuasaan undang-undang, kerajaan berpendapat tekanan politik adalah diperlukan, dan sanggup menerima risiko reputasi dalam proses berkenaan supaya akhirnya mencapai keputusan bersalah selepas drama berprofil tinggi berbulan-bulan di mahkamah, kata James R Keith.

Mahkamah akan membicarakan dan menolak rayuan Anwar pada kadar yang segera sebelum menjelang pilihan raya umum negara pada tahun 2012 atau 2013.

Ada tiga senario berhubung bagaimana kes itu akan berakhir.

Dalam senario berkenaan, Kedutaan Amerika mengandaikan bahawa Najib akan berperanan sebagai "suara pemutus" berhubung keputusan perbicaraan, walaupun beliau juga perlu mendapatkan pendapat dan pandangan golongan elit Umno yang lain.

Dalam senario pertama, kerajaan akan memastikan dalam "apa cara sekalipun" Anwar akan didapati bersalah.

Senario kedua pula menurut Keith, kerajaan akan meneruskan pendakwaan tetapi tidak memberi tekanan yang sewajarnya untuk mendapatkan keputusan bersalah.

Ini akan berlaku sekiranya kerajaan percaya bahawa bukti-bukti yang dikemukakan semasa prosiding mahkamah itu sendiri cukup telah merosakkan maruah atau reputasi Anwar sehingga tidak mampu menjejaskan kredibiliti Najib, kata Keith.

Trafik Lebuhraya Utara-Selatan sesak

Posted: 01 Sep 2011 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari kedua-dua arah utara dan selatan semakin sesak berikutan hari ini adalah hari terakhir cuti umum selepas bercuti selama tiga hari sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Merdeka.

Petugas Pusat Kawalan PLUS, Juhaimi Harun, berkata keadaan trafik di sepanjang lebuhraya PLUS rata-ratanya bergerak amat perlahan terutama dari arah utara menuju ke Kuala Lumpur.

"Terutama sekali dari Changkat Jering ke Terowong Menora, Alor Star menuju ke Juru dan Simpang Pulai menuju ke Slim River," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, di kawasan ini, kesesakan adalah dari "bampar ke bampar" berikutan penambahan jumlah kenderaan di lebuhraya petang ini.

Sementara dari arah selatan, trafik dari Ayer Keroh menuju ke Senawang dan Senawang menuju ke Seremban dilaporkan sesak.

"Walau bagaimanapun tiada kemalangan dilaporkan berlaku di sepanjang lebuhraya," katanya. - BERNAMA

Anak Aziz M Osman

Posted: 01 Sep 2011 07:17 AM PDT

PENGARAH terkenal, Aziz M Osman, 48, dan isteri, Puteri Salbainun Lokman, 22, cahaya mata mereka Puteri Nur Azzara yang lahir pada 11.17 malam 31 Ogos 2011 di mana Malaysia menyambut hari Kemerdekaan ke-54 di sini, hari ini. - Foto BERNAMA

Takziah pejuang bahasa terbilang

Posted: 31 Aug 2011 05:00 PM PDT

Aku ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Pengarah DBP, Datuk Dr Hasan Ahmad yang meninggal dunia petang tadi. Pemergian beliau sangat dirasai oleh kita khususnya mereka mereka yang terlibat secara langsung dalam memperjuangkan bahasa Melayu untuk didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan yang sebenar-benarnya.

Beliau bersedia menanggung risiko yang besar apabila memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI malah merupakan satu jasa besar yang sentiasa diingati oleh seluruh rakyat Malaysia. Beliau sanggup bersuara, berhimpun malah disiasat pihak berkuasa, semata-mata untuk memastikan tidak matinya bahasa ibunda yang diperjuangkan sejak sekian lama.

Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama orang-orang yang soleh yang mendapat keampunan dan kasih sayang Allah SWT.

Tiada ulasan: