AdukaTaruna |
Berbulu jer gua dengan Karpal. Posted: 01 Sep 2011 01:36 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Sumber : Karpal Mahu Mat Sabu Tarik Balik Kenyataan. Dari pihak PAS, kehadiran Mat Sabu berjaya mengembalikan PAS yang pasif di era Hadi-Nash. Kemunculan Mat Sabu, khususnya isu barua British ini membuatkan Hadi berada di posisi sepatutnya. Tuan Ibrahim turut sama terlibat dalam perbahasan. Di pihak DAP, Karpal memang bijak meraih keuntungan untuk DAP dan untuk dirinya. Karpal dilihat betul bermula apabila mengkritik kebodohan Anwar dalam memilih calon dan menyebut bantahannya terhadap Zaid Ibrahim apabila dipilih calon PRK Hulu Selangor, selepas Zaid mengumumkan keluar PKR. Kemudian hasil kebodohan sambil sombong Azizan Razak, Karpal dilihat betul apabila mempertahankan hak bukan Islam dalam isu disko Ramadan. Setelah 2 contoh itu, dan beberapa contoh sebelum itu, kali ini Karpal mempertahankan barua British dalam isu Mat Sabu. Hujah Karpal sangat2 dangkal. Hanya kerana ianya telah di'silibus'kan sebagai begitu, maka ianya perlu dihormati begitu. Kali ini, pada gua Karpal tidak berdiri atas hujah dan prinsip. Cuma atas kepentingan dan keuntungan DAP dan persepsi dirinya. Karpal meletakkan DAP dan Karpal sendiri hero UMNO dalam isu ini. Dalam selok-belok demokrasi, gua memang tiada masalah kerana Karpal hanya memanipulasikan kebijaksaan si Benggali. Asalkan tidak terkeluar dari undang2. Cuma atas dasar hujah, cukuplah gua mengatakan : Berbulu jer gua dengan Karpal. Dari pihak hujah pula, gua menyokong Mat Sabu terus menggempur UMNO. Kerana UMNO hanya bergantung kepada pengundi luar bandar golongan tua dan wanita. Jika Mat Sabu menarik kembali kenyataan atau mengendurkan serangan kepada UMNO pun, PAS tetap sukar untuk mendapatkan undi Melayu luar bandar dan wanita. Jadi, pada gua begini. PAS perlu berdiri atas hujah. Kerana ianya menjamin sokongan golongan cerdik, golongan pengundi baru, pengundi internet, perebutan 10 juta pengguna Facebook, terhadap jemaah PAS. Untuk sokongan golongan bodoh pula, PAS perlu berdiri atas pendekatan. Wallahualam. |
Tun Abdul Razak mati bunuh diri, bukan leukemia di London? Posted: 31 Aug 2011 05:57 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Petang semalam, gua menghadiri majlis terbuka rumah customer gua. Gua cop baju pekerja dia. Seorang ahli UMNO. Dan dia tahu gua. Tapi professional la. Niaga, niaga la kan. Sesekali bab politik, banyak gak dia perli gua, dan lebih banyak gua perli dia. Hua3.. Dalam majlis tu gua bersalam dengan hampir kesemua yang hadir. Majoritinya ahli UMNO la. Salah seorang daripada nya berkata kepada gua. Lebih kurang begini : "Ni.. aduka. Mu tulis dalam blog, sejarah Najib. Ayah dia, Tun Abdul Razak mati bukan pasal leukemia. Tapi pasal bunuh diri kat London. Ore2 lamo UMNO tahu la benda ni." |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan