Ahad, 25 September 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Belajar Eksperimen Seks, Sepupu Jadi Mangsa Rogol

Posted: 25 Sep 2011 02:00 AM PDT

HULU SELANGOR: Gara-gara mahu meniru aksi melakukan hubungan seks ketika bermain 'pondok-pondok' bersama sepupunya, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mencabul kanak-kanak itu yang berusia empat tahun, kelmarin.

Difahamkan, remaja lelaki terbabit ditahan polis selepas keluarga kanak-kanak itu membuat laporan dan pemeriksaan mendapati ada kesan cabul pada bahagian kemaluan mangsa.

Sumber menyatakan dalam kejadian tengah hari itu, kedua-duanya bermain di rumah mangsa.

Gambar hiasan

"Ketika bermain, remaja terbabit dipercayai menyuruh mangsa membuka pakaiannya sebelum melakukan aksi tidak senonoh dan mencabul mangsa.

"Selepas selesai bermain, remaja itu pulang ke rumahnya. Namun, mangsa yang berasa sakit pada kemaluannya menangis dan memberitahu ibunya," katanya.

Kata sumber, ibu mangsa kemudian bertanyakan anak kecilnya yang menceritakan perbuatan remaja terbabit.

Terkejut mendengar cerita itu, wanita berkenaan pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut sebelum polis menahan suspek di rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan remaja itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Ambulans Kemalangan Ketika Mahu Mengambil Mangsa Kemalangan

Posted: 25 Sep 2011 12:37 AM PDT

MARAN: Seorang pemandu ambulans dan seorang pembantu klinik dari Klinik Kesihatan Maran, di sini, nyaris maut apabila ambulans dinaiki mereka dirempuh sebuah Perodua Myvi ketika mahu mengambil mangsa kemalangan di Kilometer 156.4, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, ambulans dinaiki petugas klinik terbabit masing-masing berusia 30-an berada di lokasi berkenaan untuk menyelamatkan seorang penunggang motosikal yang terbabas tetapi berada di seberang lebuh raya di laluan menuju ke Kuantan.

Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, sebaik tiba di lokasi, ambulans berkenaan dikatakan mahu menyeberang jalan selepas pihak peronda LPT membuka penghadang besi di tengah laluan.

Menurutnya, ketika membelok untuk ke laluan bersebelahan, tiba-tiba sebuah Perodua Myvi dinaiki dua wanita yang dipandu laju merempuh ambulans secara berdepan.

"Rempuhan terbabit menyebabkan kedua-dua kenderaan remuk di depan dan sisi, namun semua mangsa terselamat dan tidak cedera," katanya ketika dihubungi.

Ahmad Johari berkata, berlaku sedikit kesesakan selepas kemalangan terbabit berikutan kedua-dua kenderaan berada di tengah jalan sebelum dialihkan.

"Berikutan kemalangan itu, sebuah ambulans lain dihantar untuk mengambil penunggang motosikal berusia lingkungan 20-an yang cedera ringan selepas terbabas.

"Mangsa yang terbabit dengan kemalangan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Tiada ulasan: