Isnin, 19 September 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Barua Ahmad Idham, Engkau Ni Macam Sial

Posted: 19 Sep 2011 08:44 AM PDT


Kata-kata orang yang jahil tentang agama tetapi mahu bercakap tentang agama. Itulah pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Bodoh. Manusia kedua selepas Sitt Wizura

Ahmad Idham Ahmad Nadzri


Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak. Untuk pengetahuan cik .. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama. Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain. Ingat:- allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci… Renung renung lah…



Lanjut di sini  



Video ini gua ambik dari member gua iaitu Milo Suam



Gambar: Halal Tikam Nombor Ekor Jika Berpakaian Ini

Posted: 19 Sep 2011 01:49 AM PDT


Main tikam-tikam siapa kena tikam paggil polis tangkap itu penjenayah yang menikam. Akhirnya tikaman itu sampai juga ke tangan polis jua. Mahu lari ke mana? Tikam mana-mana pun polis akan dapat kesan juga. Siapa mahu tikam dengan polis cuba belajar tikam dari belakang. Tikam di katil pun boleh.

Ini tikam baik punya. Tikam duit punya pasal cari tikaman di Sport Toto. Gelagat polis Melayu Islam. Salah siapakah? Salah kedai nombor ekor, polis, agama atau pemerintah? Siapa salah kalau kena tikam bertubi-tubi tapi tikam tak mati. Tikam nombor la jawabnya.

Beginilah gelagat yang mencemarkan imej polis. Dulu aku ingat ada seorang ADUN sial dari BN Melaka mengatakan bahawa berjudi atau minum arak itu budaya orang Cina. Lagi jahil jika tidak dapat beza budaya dengan tabiat. Hari ini aku mewakili kaum mengatakan bahawa gambar di atas adalah tabiat orang melayu sebenarnya.

Fikirlah UBNO (United Banglays National Organization)

UMNO Akan Bawa Warga Bangladesh Bersidang Oktober Ini di PWTC

Posted: 19 Sep 2011 12:21 AM PDT


Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 29 November sehingga 3 Disember 2011 dan menyaksikan berlaku persaingan untuk mengadakan perhimpunan masing-masing terutamanya komponen Barisan Nasional. 

Perhimpunan Agung itu diadalakan selepas pembentangan Bajet tahun 2012 yang menjdai indikator gula-gula kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Adakah selepas pembentangan bajet itu, UMNO akan memunggah ramai mamat Bangladesh bagi memenuhi kerusi dalam PWTC?

Ke manakah hala tuju UMNO yang selama ini berjuang atas dasar Melayu sebaliknya akan bertukar kepada Bangladesh? Apa akan jadi kepada parti Melayu itu sekiranya Melayu bergabung dengan Bangla? Maka mungkin akan jadi Banglayu.

UMNO boleh tukar nama kepada UBNO. Dari United Malays National Organization (UMNO) kepada United Banglays National Organization (UBNO).

Laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina hari ini menyiarkan laporan dengan memetik sumber yang mendakwa bahawa pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Pejabat Perdana Menteri Bangladesh itu dikatakan telah menerima pengesahan daripada sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia bahawa mereka diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lepas.

Hasina telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mendakwa Najib memberi jaminan menimbang isu itu ketika beliau (Hasina) berada di Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia 66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur pada bulan Mei 2010.

Siapakah Anak Pengarah Yang Berkhalwat Itu?

Posted: 18 Sep 2011 09:00 PM PDT


PUTRAJAYA: Seorang gadis yang mendakwa anak kepada pengarah sebuah agensi kerajaan beribu pejabat di Pusat Pentadbiran Persekutuan di sini, ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi bersepadu cegah maksiat, awal pagi kelmarin.

Wanita berusia 19 tahun itu yang juga kerani ditahan selepas bersekedudukan dengan teman lelakinya berusia 26 tahun di sebuah hotel murah di Dengkil, dekat sini. Jurucakap Jais berkata, ketika serbuan anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam, sebelum dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap.

Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati wanita berpakaian lengkap bersembunyi di sebalik pintu tandas bilik hotel berkenaan.

"Ketika disoal siasat pasangan terbabit mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Wanita terbabit meminta dilepaskan kerana mendakwa dia anak seorang pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya.

"Teman lelakinya pula merayu supaya dilepaskan dengan alasan mereka sudah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi. Namun, alasan itu dinafikan pasangannya, malah mereka hanya kawan biasa dan tidak pernah bertunang," katanya.

Menurut jurucakap itu, ketika disoal siasat remaja perempuan terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan dia dan teman lelakinya berehat seketika di bilik hotel berkenaan selepas beraya dan akan pulang ke rumah masing-masing.


Bulan Ramadhan Rompak Kedai Mamak, Bulan Syawal Rompak Kedai Runcit

Posted: 18 Sep 2011 07:30 PM PDT

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu kini meningkatkan gerakan memburu seorang lagi suspek dalam cubaan merompak sebuah kedai runcit di Kampung Kuala Bekah, Cabang Tiga, di sini Khamis lepas.

Ketua Polis negeri Datuk Jamshah Mustafa berkata pihaknya juga yakin dengan tertangkapnya lelaki itu kelak polis dapat menyelesaikan beberapa kes rompakan dan ragut membabitkan warga emas di daerah ini.

"Kami percaya mereka terlibat dengan beberapa kes rompakan dan ragut yang melibatkan warga emas di sekitar bandar ini," katanya di sini hari ini.

Gambar hiasan

Dalam kejadian kira-kira 3.15 petang itu, suspek pertama berjaya ditangkap selepas dia dibelasah oleh seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia 22 tahun ketika cuba menyamun rantai emas wanita terbabit.

Bagaimanapun rakannya yang menunggu di luar kedai runcit milik mangsa melarikan diri selepas melihat suspek pertama dibelasah dua wanita berkenaan.

Mengulas tindakan dua beranak berkenaan, Jamshah berkata mereka wajar dipuji kerana berani.

"Dengan adanya kerjasama di antara orang ramai seperti ini, sebarang kejadian dapat dicegah dengan mudah dan saya berharap orang ramai terutamanya warga emas lebih berhati-hati.

"Ini adalah kerana mereka menjadi sasaran utama penjenayah untuk meragut dan juga merompak," katanya.

Jamshah sebelum itu melawat Insp Hussaini Amir Mohd Noor, 27, yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada Jumaat lepas.

Kijang Mengamuk

Posted: 18 Sep 2011 06:03 PM PDT


EMPAT jaringan ketika perlawanan berbaki 10 minit memastikan Kelantan meraih tiga mata berharga untuk menewaskan Sarawak 4-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam semalam.

Keputusan itu membolehkan Kelantan mengumpul sembilan mata untuk berada di tangga kedua Kumpulan C dengan Felda United terus berada di atas dengan mengumpul 10 mata apabila mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Johor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Serangan bertali arus Kelantan yang dikejutkan dengan kekalahan kepada Felda United minggu lalu akhirnya membuahkan hasil menerusi gerakan solo kapten Red Warriors, Mohd Badri Radzi pada minit ke-80.

Dia berjaya membawa masuk bola dalam kotak penalti dengan menewaskan tiga pemain pertahanan Sarawak sebelum merembat kencang menewaskan penjaga gol lawan, Aidil Mohamad yang beraksi cemerlang menafikan percubaan tuan rumah sejak wisel permulaan ditiup.

Jaringan itu nyata membakar semangat anak-anak buah Datuk M Karathu dan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha meledak kedua pada minit ke-87 diikuti Danial Fazly Abdullah seminit kemudian untuk mencetuskan kegembiraan di kalangan penyokong setia mereka yang menunggu sejak awal permainan lagi.

Namun pesta jaringan itu tidak terhenti dengan tiga jaringan itu apabila Mohd Badri sekali lagi menjaringkan gol pada masa tambahan menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti selepas keadaan kelam-kabut di hadapan pintu gol.

Sementara itu Felda United bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mencatatkan keputusan seri menentang Johor FC yang kini terdesak untuk menghidupkan peluang ke suku akhir.

Azrul Ahmad menyelamatkan skuad kendalian E Elavarasan apabila meledak gol pada minit ke-70 selepas Mohd Izuan Jarudin menjaringkan gol awal untuk pelawat pada minit ke-38.

Untuk perlawanan kedua terakhir peringkat kumpulan, Felda United akan menentang Sarawak di tempat lawan pada Sabtu ini manakala Johor FC menanti kunjungan Kelantan ke selatan tanah air.

Tiada ulasan: