Anak Sungai Derhaka |
- LPF, Finas benar filem Hantu Bonceng hina kalimah? (Video Inside)
- Poster Gambar Bogel Anwar diedar di Sungai Petani
- Tuduhan Liwat :Tiada Bukti "Lelaki Y" Adalah Anwar
- UMNO tiada kaitan dengan poster ini.. - Ahmad Bashah
- Tuduhan Liwat : Penemuan ahli kimia Malaysia dipertikai lagi..
- BN Selangor bermimpi di siang hari.
- RM80,000 tu.. bukan untuk Parpukari seorang...
LPF, Finas benar filem Hantu Bonceng hina kalimah? (Video Inside) Posted: 19 Sep 2011 04:43 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 Sept – Dewan Pemuda PAS berkata pihaknya sangat kesal dengan kelemahan ketara pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan – terbaru Hantu Bonceng, yang disiarkan sejak awal Aidilfitri. Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, filem itu yang mengandungi unsur menghina Islam, arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri dengan lakonan Mohd Razizan Abd Razak atau dikenali "Zizan RL". "Salah satu babak dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah s.a.w. apabila Zizan menyebut 'Asyhadu anna Muhammadar Syaitan' yang membawa maksud 'aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan. "Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini. Justeru kata beliau, penggunaan kalimah itu membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan. "Sementelah pula filem yang menjadi tontonan umum ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran yang salah masyarakat terhadap Islam. Lebih berisiko apabila kelak ia turut merosakkan akidah masyarakat awam," katanya lagi. Filem Hantu Bonceng dilaporkan kini melakar sejarah tersendiri apabila menjadi filem kedua tertinggi dalam sejarah daripada segi kutipan apabila mencatat kutipan tiket RM8.35 juta setelah ditayangkan secara serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu. Hantu Bonceng yang diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn. Bhd. dan turut dibintangi Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid Baharudin. Oleh itu tegas Nasrudin, Dewan Pemuda PAS turut mempersoalkan jika benar wujud panel penapisan dalam LPF ataupun FInas sendiri mengenai filem-filem yang bakal ditayangkan untuk tontonan umum, mengapa masih wujud babak yang menimbulkan kontroversi. "Apa yang ditapis selama ini? Penapis apa yang mereka pakai? Penapis teh atau penapis cendol yang berlubang besar sehingga masih banyak adegan yang 'menyenakkan mata' dan mengganggu sensitiviti masyarakat, lolos menjadi paparan umum melalui filem yang telah diluluskan," kata beliau lagi. Nasrudin juga berkata, lebih malang pihak berkuasa agama seperti kaku dan kelu tidak tahu berbuat apa-apa meskipun berdepan dengan isu penghinaan terhadap Islam. Nasrudin menambah, lambakan filem tahyul dan karut menerusi tontonan umum di kaca televisyen sama ada melalui saluran kerajaan ataupun swasta, terus bermaharajalela tanpa sebarang tindakan berkesan oleh pihak berkuasa agama. "Apa sudah jadi? Apakah pihak berkuasa agama tidak menyedari perkara ini? "Jika orang awam pun menyedari berlakunya perkara ini, bagaimana pihak berkuasa agama masih tidak menyedarinya?" katanya. Beliau menambah, kerajaan juga selayaknya serius melihat perkara ini dan jangan membiarkan filem menjadi medium untuk menghina, mempersenda dan memperkecilkan Islam dalam negara ini. Katanya, Dewan Pemuda PAS sangat khuatir sekiranya tidak ada satu garis panduan yang berlandaskan syariat Islam menjadi rujukan kepada LPF dan Finas, filem-filem yang lebih "luar biasa" akan dihasilkan dan mungkin diluluskan kerana keuntungan yang bakal diperolehi oleh pihak-pihak tertentu tanpa menimbang tara impak yang akan berlaku. Justeru kata beliau, Dewan Pemuda PAS mahu Finas dan LPF untuk mewujudkan panel syariah yang berautoriti sebagai lembaga penapisan yang tertinggi terutama dalam menapis cerita atau filem yang mempunyai kaitan dengan agama Islam. Selain itu, kata beliau, Dewan Pemuda PAS juga menyeru kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini seperti penerbit, pelakon dan penyiar untuk merujuk kepada alim ulama seperti mufti atau pihak berkuasa agama seperti Jakim terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesebuah filem. "Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulama untuk melepaskan diri," katanya lagi - The Malaysian Insider |
Poster Gambar Bogel Anwar diedar di Sungai Petani Posted: 19 Sep 2011 03:25 AM PDT Selain dari poster disebelah yang mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggunakan logo PAS dan kerajaan negeri Kedah yang dipasang di beberapa kawasan di sekitar Alor Setar semalam yang telah dinafikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ianya telah dipasang oleh UMNO Kedah. Poster gambar bogel pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijumpai bertaburan di atas jalan masuk menuju Taman Seri Bayu dengan kata-kata kesat turut dicetak bersama gambar terbabit. Hmmm.. siapa ada gambar poster tu? kalau ada tolong e-mail kat aku ya... Kecoh gambar Anwar bogel SUNGAI PETANI- Penduduk Taman Seri Bayu, Sungai Lalang, dekat sini kecoh dengan penemuan poster gambar bogel pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, awal pagi semalam. Majlis Ketua Kampung/Komuniti Taman Seri Bayu, Ahmad Bakar, 52, berkata, poster yang bersaiz A4 itu dicetak dua halaman (depan dan belakang) yang memaparkan gambar Anwar dalam keadaan bogel di halaman hadapan. Menurutnya, di halaman belakang pula memaparkan gambar Anwar bersama ahli keluarganya namun, gambar yang dipaparkan di halaman itu menunjukkan Anwar dan keluarga lengkap berpakaian. "Poster itu dijumpai bertaburan di atas jalan masuk menuju Taman Seri Bayu dengan kata-kata kesat turut dicetak bersama gambar terbabit. "Saya percaya pihak yang mengedarkan poster terbabit mengambil kesempatan untuk mempengaruhi orang ramai sempena Majlis Jamuan Hari Raya dan Perasmian PKR Cabang Merbok yang bakal diadakan malam ini (semalam) dan dijadualkan dirasmikan Anwar," katanya kepada Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, semalam. Sehubungan itu, Ahmad membuat laporan polis di IPD Kuala Muda jam 1.57 petang semalam berikutan kecewa dengan sikap pihak yang mengedarkan poster berkenaan. Menurutnya, dia meminta pihak polis untuk menyiasat kes berkenaan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali mengesahkan menerima laporan itu. Sinar Harian |
Tuduhan Liwat :Tiada Bukti "Lelaki Y" Adalah Anwar Posted: 19 Sep 2011 02:11 AM PDT KUALA LUMPUR 19 SEPT: Pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald menyatakan bahawa tiada bukti menunjukkan profil DNA yang diperolehi daripada "Lelaki Y" datang dari sel sperma. Beliau menambah pihak pendakwaan umumnya gagal mempamerkan maklumat dalam laporan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) mengenai identiti DNA yang disepadankan dengan sampel dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan. Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menimbulkan keraguan dalam kes fitnah liwat kedua hari ini apabila menyatakan bahawa pakar kimia Dr Seah Lay Hong dan pembantu Dr Nor Aidora Saedon mengabaikan garis panduan ujian DNA yang ditetapkan makmal. Malah peguam Ram Karpal Singh sekali lagi mencadangkan bahawa mungkin berlaku pencemaran pada sampel yang diujikaji setelah prosedur-prosedur penting tidak diambil kira. "Tidak ada bukti yang dibentangkan yang membolehkan pihak pendakwaan untuk membuat kesimpulan ini. Kita tidak tahu sampel tersebut diambil dari sel mana," katanya di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd Diah. Ram yang menyoal Konsultan Molekular Genetesis itu sebentar tadi memberi tumpuan terhadap sampel DNA yang diambil di bahagian rektum atas Saiful dan DNA yang diperolehi daripada tuala muka 'Good Morning' ketika Anwar ditahan semalaman di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Berdasarkan laporan Seah dan Nor Aidora, DNA pada rektum atas Saiful menunjukkan terdapat tiga profil iaitu pra-dominan "lelaki Y" dan pra-dominan Saiful. Manakala profil terakhir yang diperolehi daripada rektum bawah Saiful menunjukkan bacaan tidak meyakinkan. Justeru pakar dari Australia itu mendakwa Seah dan Nor Aidora telah diabaikan penemuan yang mencadangkan kehadiran sampel DNA ketiga pada ujian tersebut. Nor Aidora sebelum ini memberi keterangan kepada mahkamah bahawa DNA "lelaki Y" adalah sepadan dengan profil DNA yang ditemui pada tuala muka tersebut. "Kedua-dua mereka (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan apa-apa penjelasan tentang mengapa ujian lanjut tidak dilakukan. Bukti itu tidak memberitahu kita ia datang dari sperma atau air liur," ujar Brian lagi. Mahkamah bersambung jam 9 pagi esok. TVS News |
UMNO tiada kaitan dengan poster ini.. - Ahmad Bashah Posted: 18 Sep 2011 11:46 PM PDT PERCAYAKAH ANDA?? ALOR SETAR: Umno Negeri Kedah hari ini menafikan penglibatan dengan pemasangan poster yang mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan logo PAS dan kerajaan negeri Kedah di beberapa kawasan di sekitar Alor Setar semalam. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Umno Kedah sendiri tidak bersetuju dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab seperti itu. "Kalau kita (orang Umno) yang nampak poster-poster itu, kita juga akan buat laporan polis. Biar polis siasat dan kita akan ketahui 'tangan jahat' mana yang buat kerja itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Logo PAS Beliau mengulas dakwaan kononnya Umno bertanggungjawab memasang poster berkenaan sempena kehadiran Anwar di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim sini semalam. Poster itu yang mengkritik Anwar dan menggunakan logo PAS dan kerajaan negeri Kedah dipasang di beberapa tempat di sekitar Alor Setar. Sementara itu, Ahmad Bashah mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana mengizinkan Barisan Nasional (BN) menggunakan stadium itu untuk majlis sambutan Aidilfitri 1Malaysia esok. -Bernama |
Tuduhan Liwat : Penemuan ahli kimia Malaysia dipertikai lagi.. Posted: 18 Sep 2011 10:01 PM PDT KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ram Karpal menyambung semula soal periksa terhadap pakar DNA dari Australia, Dr Brian Mc Donald dalam perbicaraan kes fitnah membabitkan ketua pembangkang itu. McDonald, yang merupakan saksi pembela keempat, dijangka mengambil masa dua hari bagi memberi keterangan beliau dengan pemeriksaan balas oleh pihak pendakwa. Berikut perbicaraan pada pagi ini: 8.55 pagi: Peguam Sankara Nair dan CV Prabhakaran tiba di mahkamah bersama pakar DNA Dr Brian Mc Donald. Pendakwaraya diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden juga dilihat di mahkamah. DPP Noorin Badaruddin dijangka menyoal balas Mc Donald. Ahli kimia, Dr Seah Lay Hong yang juga saksi pendakwa duduk berhampiran Noorin. 9.33 pagi: Datuk Seri Anwar ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tiba di mahkamah. Turut kelihatan hadir di mahkamah bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang, Dr Lee Chong Meng. 9.34 pagi: Karpal Singh tiba ke di mahkamah. Selain itu Ahli Parlimen batu, Tian Chua turut hadir. Bersama beliau ialah Baginda Minda, bekas rakan kongsi perniagaan Ummi Hafilda yang terbabit dalam konspirasi 1 terhadap Anwar. 9.38 pagi: Mahkamah bermula dengan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan prosiding. 9.46 pagi: Galeri awam mulai penuh dengan orang ramai. Dr Brian beritahu sampel B7, B8 dan B9 tidak konsisten kerana ia diambil selepas 56 jam. "Tiada slaid telah dibuat mengikut piawaian antarabangsa, katanya. Mc Donald berkata tiada maklumat berhubung sperma didokumentasikan, walaupun Seah mengakui kehadiran sperma yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. 9.47 pagi: Menurut Mc Donald, dari tiga sampel, B7 terdapat DNA utama lelaki Y dan satu komponen kecil pengadu (Mohd Saiful Bukahari Azlan). "Seah tidak meliputi pada B8. B8 ialah pengesat rektum tinggi..adalah komponen DNA utama pengadu dan lelaki Y. Dia sepatutnya membuat satu slaid, dan bukannya membuat tekaan dalam penjelasannya mengapa ini terjadi. "Terdapat dua ciri bertentangan bagi pengesat rektum tinggi (iaitu, B7 and B8)." Oleh kerana B9 pengesat rektum rendah, McDonald berkata terdapat amaun sama rata lelaki Y dan DNA pengadu. "Tiada pecahan sperma menunjukkan pada sebarang DNA tercemar. Jika ia datang dari sperma sama sekali, ia perlu menunjukkan degradasi, terutama selepas 56 jam dalam dubur dan 46 jam (sebelum diberi kepada ahli kimia)." 9.58 pagi: McDonald berkata penemuan adalah tidak selaras dengan sejarah ia disimpan sekian lama. Menurut Mc Donald, B5 pula datang dari pengelap peri-anal. 10.01am: McDonald menyatakan Seah memberi keterangan bahawa terdapat DNA tiga individu dengan penyumbang utama merupakan lelaki yang tidak diketahui. "Lelaki Y, menurut Seah, merupakan sperma yang tercemar," "Hujah Seah bahawa DNA lelaki tidak diketahui itu datang dari (a) mangkuk tandas adalah kerana beliau tidak menjumpai apa-apa lagi dari calitan rektal." "Seah tidak menjalankan ujian terhadap sampel sperma ini. Terdapat DNA lelaki tak diketahui di mana Seah menyimpulkan diambil dari mangkuk tandas, namun beliau tidak menjalankan ujian," Namun demikian, menurut McDonald pengadu menyatakan bahawa beliau tidak ke tandas selama dua hari. 10.06 pagi: McDonald menyatakan Seah hanya meneka dalam membuat kesimpulan. 10.08 pagi: Merujuk kepada laporan beliau setebal 15 muka surat, McDonald menyatakan bahawa Seah hanya mengagak berdasarkan sampel yang diambil memandangkan wujud campuran pada sperma yang diambil. Ram Karpal: Pada masa tersebut, kita tidak tahu sel mana datangnya DNA? McDonald: Tidak. 10.13 pagi: McDonald menyatakan adalah tidak diketahui samada sampel yang diambil dari B5, B7, B8 dan B9 datang dari sampel air liur atau darah. "Bukti itu tidak memberitahu kita (sama ada) ia datang dari sperma atau air liur." 10:15 pagi: Ram dan McDonald membincangkan mengenai bidang pencemaran. McDonald berkata isu pencemaran merupakan isu penting di dalam DNA. 10:18 pagi: Ram: Adakah anda menemui sebarang bukti yang tercemar? McDonald: Adalah sukar untuk menjawab, kerana terdapat beberapa keadaan di mana DNA yang diperolehi boleh yang berkaitan dengan kesalahan itu. "Terdapat DNA yang tidak datang daripada salah seorang daripada dua orang (yang terbabit), dan ini perlu dijelaskan." 10:24 pagi: McDonald berkata Seah telah salah tafsir apa yang ahli kimia itu terangkan pada permulaan. 10:30 pagi: Ahli Parlimen Lembah Pantai,MP Nurul Izzah Anwar memasuki mahkamah. 10:35 pagi: McDonald berkata Seah tidak mengemaskan semula sampel B5 (peri-annal swab), yang sepatutnya dilakukan. 10:37 pagi: Beliau juga berkata ahli kimia Nor Aidora Saedon juga telah gagal untuk mengiktiraf campuran dalam sampel yang diperolehi daripada sel Anwar. 10:41 pagi: Ram: Terdapat penyumbang ketiga dalam ujian yang dijalankan oleh Seah dan Nor Aidora. "Nor Aidora mengabaikan semua kriteria terhadap campuran, yang dia mesti lakukan sebagai saintis," Laporan seterusnya menyusul http://www.keadilandaily.com/?p=20464 |
BN Selangor bermimpi di siang hari. Posted: 18 Sep 2011 09:07 PM PDT Najib berkata yang beliau tidak takut dengan Anwar kerana beliau mengakui yang dalam sebuah demokrasi parti adalah lebih kehadapan dari individu. Tetapi jika benar apa yang di katakan oleh PM itu maka beliau tidak payah menyebut nama Anwar tetapi di sebaliknya beliau sepatutnya bercakap tentang PR, bukannya Anwar. Apa yang di katakan oleh PM itu benar kerana tidak ada sesiapa yang perlu takut pada mana-mana individu. Saya yang begitu kecil ini pun tidak takut pada Anwar dan pada sesiapa sahaja yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa. Yang perlu semua pihak takut dalam politik ini ialah rakyat yang ramai yang mempunyai hak kepada seluruh negara kita. Itu sebabnya selama ini saya hairan kenapa pemimpin-pemimpin kita begitu berani melakukan rasuah dan mengenepikan perasaan rakyat yang begitu jemu mendengar perlakuan rasuah itu dilakukan dengan terang dan mudah dilihat oleh rakyat. Hanya rakyat tidak mampu membuktikannya kerana perlakuan rasuah yang besar-besaran banyak dilindungi oleh Akta-Akta yang ketat seperti Akta Rahsia Resmi dan lain-lain. Jika sesuatu projek dilaksanakan dengan 'scale' yang besar maka projek-projek itu akan dilindungi oleh Akta Rahsia Resmi kerana dalam projek itu adalah sumber mereka yang berkuasa untuk melakukan rasuah yang menggunakan wang rakyat. Rasuah adalah isu yang terhadapan sekali dan selagi kerajaan masih melekat dengan stigma rasuah itu selagi itulah kerajaan hari ini tidak akan mendapat perhatian rakyat lagi. Di UiTM semalam Najib telah mengaku yang BN telah insaf di atas segala kesalahan yang telah dilakukannya semasa memerintah negeri itu sejak merdeka dahulu. Dengan kenyataan itu maka kita dapat menyimpulkan yang BN memang telah melakukan kesalahan sebagai parti yang memerintah negeri Selangor dan dengan itu rakyat Selangor telah mengenepikan mereka dalam pilihanraya yang lalu. Jika BN telah mengaku kesalahan itu kenapa pula parti-parti pembangkang yang dipilih oleh rakyat Selangor itu menjadi 'punching bag' bagi UMNO dan BN. Kenapa pembangkang dipersalahkan jika BN mengaku kesalahan itu letaknya dibahu BN. Kenapa yang bersalah menghemtam yang tidak bersalah? Itulah yang menjadi masalah kepada BN. Mengaku bersalah tetapi pihak lain pula yang dihentam setiap hari dan waktu. Sekarang BN sedang berusaha mencari kesalahan PR di Selangor, sama seperti yang dilakukan di negeri-negeri lain yang dipimpin oleh PR. BN mencari kesalahan pentadbiran Selangor seperti orang mencari kutu dikepala. Kuman diseberang laut mereka nampak tetapi gajah dibibir mata tidak dihiraukannya. Apa yang BN perlu lakukan untuk mengembalikan keyakinan rakyat Selangor ialah untuk menunjukan siapa yang akan menjadi MB jika Selangor dipimpin BN. Ini amat penting kerana seperti yang kita lihat semua MB BN Selangor sebelum diambil alih oleh PR dalam pilihanraya yang lalu telah bergelumang dengan masalah rasuah. Keseluruhan pemimpin-pemimpin Selangor telah dipersepsikan melakukan kesalahan ini dan itulah sebabnya mereka diketepikan oleh rakyat. Sekarang pemimpin-pemimpin yang sama pula yang membuat janji untuk mentadbir negeri yang kaya itu untuk melakukan perubahan yang dikehendak rakyat Selangor. Bagaimana rakyat hendak percaya. Secara konklusifnya kita melihat yang isu ini amat susah untuk dilakukan oleh BN Selangor. Sehingga ke hari ini rakyat masih tidak nampak siapa yang akan ditonjolkan sebagai ayam tambatan BN yang tidak boleh dipersoalkan tentang kredibilitinya. UMNO yang sedang menghadapi isu kredibiliti terpaksa mencari calon MBnya dengan teliti. Sekarang bukan senang untuk mencari calon yang berkredibiliti di Selangor kerana calon yang akan ditonjolkan itu akan merasa rendah diri dan sangsi samada mereka boleh menang atau pun tidak. Ramai yang merasa takut untuk melalui pengalaman Awang Adek di Kelantan yang telah berangan-angan untuk menjadi MB Kelantan tetapi Kelantan hanya memberikan sebanyak tiga kerusi DUN sahaja dalam pilihanraya yang lalu. Awang Adek sendiri sebagai calon MB telah kalah dihadapan rakyat Bachok sendiri. Kita masih ingat bagaimana Awang Adek telah berlagak seolah-olah sudah menjadi MB dengan lagak 'typical' UMNO sambil menghisap cerut yang mahal-mahal semasa berkempen di Bachok. Di dalam ucapan Najib di Shah Alam semalam Najib dengan terang telah meminta rakyat untuk menerima sahaja calon yang di turunkan oleh pucuk pimpinan. Kata-kata itu telah di sambut dengan tepukan gemuruh dan bertepuk itu merupakan salah satu 'attribute' yang sudah lama bersemadi di dalam UMNO, tetapi apabila sampai pilihanraya nanti ramai di kalangan yang bertepuk semalam itu jugalah yang akan memberikan undi kepada parti-parti pembangkang seperti yang berlaku di dalam pilihanraya yang lalu. Sila sambung bacaan anda di SINI |
RM80,000 tu.. bukan untuk Parpukari seorang... Posted: 18 Sep 2011 11:16 AM PDT Beberapa hari yang lepas sahabat aku Edyes ada menyiarkan satu artikel mengenai Parpukari yang mengatakan bahawa Mamak yang terlebih Melayu itu menerima bayaran untuk menyebarkan fitnah berjumlah RM80,000 sebulan.. Kurang tepat tu.. RM80,000 itu sebenarnya bukan untuk Mamak yang terlebih Melayu itu seorang.. Kalau korang tak baca lagi artikel tu sila baca di (SINI) Sebelum korang baca untuk siapa dan dibayar oleh siapa RM80,000 itu, kita kenali dulu siapa Parpukari @ Mamak Terlebih Melayu itu. Info yang diberikan oleh sahabat dari sebelah sana mengatakan nama sebenar Parpukari @ Mamak Terlebih Melayu ialah Salim Iskandar, pernah berkerja di Bank Muamalat. Beliau hanya berkelulusan SRP (PapaGomo pandai sikit dari dia pasal PapaGomo ada SPM.. tak percaya sila baca apa Tun Faisal kata di SINI) diterima berkerja di Bank tersebut kerana mempunyai Cable dengan bekas CEO terdahulu. Kini Parpukari @ Mamak Terlebih Melayu itu adalah Blogger sepenuh masa dan beliau pernah berkata beliau tidak dibayar sebagai penulis Blog. Memang hebat.. tidak berkerja dan tidak dibayar tapi mampu memiliki Camry 2.4 yang berharga RM175,000 dan tinggal di Kondominium mewah yang dikawal 24 jam seperti VIP, lebih hebat dari Raja Petra dan Rocky Bru.. Jika dibandingkan penulisan oleh Parpukari @ Mamak Terlebih Melayu itu dengan penulisan Raja Petra dan Rocky Bru memang umpama langit dan bumi.. Parpukari @ Mamak Terlebih Melayu itu sering menulis mencaci maki PAS dan Pakatan Rakyat, penulisannya menggambarkan seolah olah beliau lebih berakhlak dari pimpinan PAS yang ada tapi dalam masa yang sama teguk Arak… macam Biawak.. sila baca di (SINI) Kalau tak silap Blogger Tulang Besi pernah mencabar Parpukari @ Mamak Terlebih Melayu supaya bersumpah dengan nama Allah bahawa air di depannya didalam gambar itu bukanlah arak.. tapi hampeh!! baca di (SINI) Tidak berkerja dan hanya menulis blog tetapi mampu hidup begitu mewah.. hanya manusia bodoh saja yang percaya beliau tidak dibayar.. Berbalik kepada RM80,000 sebulan diatas.. mengapa aku kata itu bukan untuk Parpukari @ Mamak Terlebih Melayu itu seorang? Sebenarnya tidak… sila baca apa yang didedahkan oleh Mat Saman Kati ini… Skandal Parpukari Oleh: Mat Saman Kati (MSK) Akhirnya…terbongkar juga skandal Parpukari. Kalau dulu dia begitu seronok menghentam Topeng Perak yang digelarnya sebagai blogger belaan Husam Musa..sekarang giliran Parpukari pulak untuk digelar blogger belaan Zambry Kadir. Sejak dua hari sudah, skandal Parpukari menjadi hits, yang mana pendedahan dibuat oleh Edyes. (sepanjang yang aku baca). Parpukari dikatakan mendapat RM80,000 sebulan. untuk memblog. Betul ka tuduhan Edyes terhadap Parpukari? Aku tau benda ni lama dah dan dah lupa bila. Sekitar selepas Pemilihan PKR. Masa tu aku buat surat cuti untuk berehat dari PKR dan dalam masa itu juga aku ditawarkan untuk menjadi blogger hantu untuk Umno. Mungkin Wan Larut boleh confirm masa offer untuk mencari blogger Umno tu. Sejumlah peruntukan yang besar telah dijanjikan supaya blog-blog pro-Umno menguasai alam siber. Setiap blogger diberi elaun bulanan sebanyak RM2,500.00. Penyelaras untuk negeri Perak ialah Cikgu Najimy…blogger Taiping Mali. Kalau tuduhan mengatakan Parpukari menerima RM80,000 sebulan, yang tu aku tak setuju…walaupun dia sebelah sana. Tapi kalau Parpukari bertindak sebagai penyelaras dan duit itu adalah untuk elaun bloggers dalam jaringannya, yang tu aku setuju. Dan kalau aku la Parpukari, aku tak akan marah sebab bagi aku, itulah kos untuk menguasai alam siber. Bagi akau…fair. Kalau bagi seorang RM2,500.00 sebagai elaun untuk nak maintain blog..aku rasa adil. Aku bagi tau beberapa pemimpin PR tentang perancangan ini..tapi macam biasa, pemimpin PR buat tak tau. Kecuali PKR Selangor yang menubuhkan cybertrooper sendiri. Dan aku juga tau blog mana yang dibayar oleh PKR!! so, apakah kalau Parpukari terima duit, itu dianggap tidak bermoral tapi kalau kita terima duit, tak salah? Ok..yang tu boleh dibincangkan kemudian, tapi kali ini biarlah aku cerita sikit tentang Parpukari. tolong promote dia sikit. Lagipun dia sekarang dah mula nak hentam Najib. Mula-mula kita tengok printscreen dari blog Umnoreform. Aku cuma nak tolong Anuar Mohd Nor merungkai jaringan yang cukup menarik ini. Anuar pun member aku jugak. Raja Ahmad Zainudin ialah ahli Parlimen Larut..orang Perak. Zambry Kadir adalah Menteri Besar Perak. Akmar Hashim ialah Setiausaha Akhbar Najib. Ainun mohamad pula adalah Setiausaha Akhbar Muhyidin. Parpukari adalah orang Perak. So, kita boleh katakan skandal ini sebagai Perakgate. ha.ha. Zambry Kadir telah mengarahkan supaya satu portal dibuat untuk mempromosi dirinya dan Umno Perak. Oleh itu satu portal telah dibuat ia-itu…Perak-Today.com Tumpuannya ialah berita-berita Perak dan diselitkan dengan berita nasional. Penyelaras Perak diberikan kepada Cikgu Najimy, blogger Taiping Mali manakala Parpukari menjadi Penyelaras nasional. Cuba tengok printscreen dari Perak Today. Kalau tengok kepada English Section, semuanya dikemaskini oleh Najimy a.k.a Taiping Mali. Tapi ada dua berita nasional yang disumbangkan oleh "Salim". siapa Salim? Yang tu hangpa jawab sendiri la. Cuba tengok blog Taiping Mali…berita tentang Raja Ahmad dan Zambry diberi keutamaan. Dan posting yang keluar dalam Taiping Mali juga akan keluar dalam Perak Today. Tengok pula blog Parpukari. Mengapa blog Parpukari membuat promosi khas untuk Perak Today? Seterusnya sila sambung bacaan anda di Malaysia Times |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan