Rabu, 21 September 2011

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Khazanah negara dicabuli

Posted: 20 Sep 2011 08:12 PM PDT

Saya sedih membaca laporan di muka 3 akhbar The Star hari ini. Betapa para pengusaha besi buruk di Melaka sedang galak membongkar barang-barang lama dan antik dari perut bumi Melaka khasnya di tebing Sungai Melaka dan kemudiannya di jual kepada broker antik di Singapura.

Bahan-bahan yang diperolehi khabarnya terdiri dari duit-duit syiling, tembikar, barang-barang istiadat termasuklah peluru zaman Kesultanan Melaka dan Portugis selain dari era Belanda dan Inggeris.

Dimana pergi pihak berkuasa yang sepatutnya mengawal aktiviti ini?

Bahan-bahan warisan purba dan bersejarah ini adalah milik kita dan sewajarnya menjadi khazanah Negara untuk rujukan dan kajian kita. Sudahlah kita amat ketandusan bahan-bahan bersejarah terutama dari zaman Kesultanan Melayu Melaka kini kita sengaja telanjangkan perut bumi kita untuk dicabul dan dipunggah demi keuntungan mereka yang tidak bertanggungjawab dan malangnya digadai ke Singapura pula!

Sudahlah ratusan tahun para penjajah itu menjajah dan memunggah harta kekayaan bumi kita untuk di bawa pulang ke Negara mereka, kini dalam keadaan sudah meredeka dan emmerintah sendiri pun kita cuai dan biarkan perkara ini terus berlaku.

Saya dan saya percaya ramai kita berharap agar pihak yang berkenaan segera memantau perkara ini dan pastikan ia tidak berlarutan.

Antara PATI dan anak sendiri

Posted: 20 Sep 2011 07:47 PM PDT

Proses pemutihan pendatang tanpa izin atau PATI oleh pihak kerajaan melalui Program 6P baru-baru ini telah mendedahkan satu penemuan yang sebenarnya bukan lagi rahsia bagi orang kebanyakkan. Sebagaimana dilapor dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini melalui proses berkenaan pihak Imigresen mendapati sesetengah PATI bekerja sendiri malah ada yang menjadi majikan!

Berapa agaknya angka PATI yang bekerja sendiri dan berapa pula yang menjadi majikan dalam erti kata lain memiliki perniagaan sendiri dan menggajikan pula pekerja, tidak pula didedahkan.

Saya khuathir jangan-jangan dalam angka yang menjadi majikan itu berkemungkinan yang bekerja di bawah PATI itu anak-anak tempatan.

Demikianlah subur dan mewahnya Negara kita terlalu subur dan mewah sehinggakan warga asing tanpa izin dapat mencari dan meunggah rezeki di tanah air kita sedangkan anak-anak tempatan meminta-minta untuk mendapatkan pekerjaan atau rezeki. Menurut Menteri Sumber Manusia dalam ucapannya pada bulan Disember tahun lalu angka pengangguran di Negara kita adalah sebanyak 364,200 orang iaitu lebih suku juta rakyat warga Malaysia menganggur di Negara mereka sendiri tetapi dalam waktu yang sama pendatang azing tanpa izin boleh hidup menjadi majikan di Negara asing buat mereka.

Memanglah mereka yakni PATI tadi rajin dan kuat bekerja, mereka datang dari asal yang susah, soalnya kawalan, mengapa lolos sangat kawalan kita sehingga masuk mereka ini sedang dalam Negara sendiri anak-anak tempatan tiada peluang mencari rezeki?!

Saya tidak pasti bagaimana pihak kerajaan akan mengatasi masalah ini. Berkemungkinan melalui Program 6P tadi kesemua PATI yang bekerja sendiri dan menjadi majikan itu akan diputihkan lantas mereka dapat terus berada di sini. Bagi sesetengah pandangan baguslah kerana mereka berusaha sendiri tetapi bagaimana dengan lebih suku juta anak-anak bangsa yang tidak bekerja tadi?

Sesuatu perlu difikirkan dan suatu langkah yang bijak dan drastik perlu diambil. Jangan kata orang kera di hutan disusukan anak-anak kita sendiri merempat mati kelaparan.

Tiada ulasan: