Isnin, 26 September 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kes Ahmad Sarbaini gagal hapus kemarahan rakyat

Posted: 26 Sep 2011 09:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Keputusan Mahkamah Koroner yang memutuskan Ahmad Sarbaini Mohamed mati kerana jatuh dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal menghapuskan kemarahan umum, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"Kita tidak berniat hendak mempertikaikan keputusan mahkamah tetapi apa yang nyata, keputusan itu gagal menghapuskan kemarahan umum yang meluap-luap apabila terbunuhnya Penolong Pengarah Kastam Selangor itu di premis SPRM.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau ada orang pembangkang kena bunuh, tentu kita teringat Perkasa

Posted: 26 Sep 2011 09:28 PM PDT

Kalau selepas ni Haji Mohamad Sabu kena pukui ka, kena bunuh ka, tentulah pada masa itu hati kita teringatkan Perkasa (ada orang ejek-ejek sebagai Perkosa). Kalau ya pun nak projek seperti yang pernah disebut terus terang oleh orang utama pertubuhan manipulasi emosi kepada seorang kawan, takkanlah sampai tahap jadi pertubuhan gangster pulak.

Apa-apa pun, terima kasih Perkasa. Lepas ni kalau ada orang pembangkang kena pukui ka, kena bunuh ka, mati accident macam Almarhum Professor Zulkifli Muhammad ka, tentulah kita akan teringat Perkasa a.k.a Umno. Teringat sangat-sangat.

Nak harap polis dapat siasat siapa yang pukul, siapa yang bunuh, tentulah macam mengharapkan babi boleh panjat pokok. Kalau ada yang bersimpati, tolonglah sembahyang hajat. Allah s.w.t. sahaja yang kita ada. 
 
Penarik Beca

Dengan isu Hudud, Umno cuba memisahkan Pakatan Rakyat

Posted: 26 Sep 2011 09:17 PM PDT

Dengan isu Hudud, Umno cuba memisahkan Pakatan Rakyat Pemimpin Pakatan Rakyat, Mustafa Ali ( PAS ), Saifuddin Nasution (PKR ) dan Anthony Loke Siew Fook ( DAP), telah mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 26 September 2011.
Ketiga – tiga mereka sependapat bahawa isu Hudud yang kini hangat dimainkan oleh media adalah strategi UMNO untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Mereka juga bersefahaman bahawa pakatan antara ketiga – tiga komponen parti dalam Pakatan Rakyat tidak akan tumbang.
Menurut Mustafa Ali bahawa sebenarnya enakmen undang – undang syariah ini sebenarnya telah wujud di negeri Kelantan pada tahun 1993 dan pada waktu itu 2 wakil daripada UMNO juga menyokong usaha pelaksanaan hudud di negeri Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Whilst the nation inches towards financial ruin…

Posted: 26 Sep 2011 09:16 PM PDT

THE PEOPLE'S PARLIAMENT
 I have to confess that most times that Arthur engages me on the global capital markets, much of what he says is Greek to me.
Still very much a kampung boy, I guess.
Not so kampung boy, though, that I cannot make out from this report in the Malaysianinsider that the attention of the whole world is turned to how Europe and the US deal with their debt crisis that is threatening to wreak havoc in national economies worldwide.
Well, the whole world except, it would seem, in Kelantan.
Maybe even the whole country.
Read More / Baca Lagi >>

Ganggu Ceramah Anwar, PKR Buat Laporan Polis Terhadap Umi Hafilda Dan OCPD Lipis Petang Ini

Posted: 26 Sep 2011 09:14 PM PDT

KUANTAN, 27 Sept - Satu laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan jam 3.00 petang nanti oleh Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang, Zaidi Ahmad (foto) berhubung isu gangguan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 September lalu. Laporan dibuat terhadap Umi Hafilda Ali dan Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkaitan dengan gangguan semasa Ketua Umum PKR itu menyampaikan ceramahnya pada malam tersebut. Satu sidang media akan diadakan selepas itu di perkarangan IPD Kuantan selepas itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tumpu p’raya bersih, jangan tertipu isu BN

Posted: 26 Sep 2011 09:08 PM PDT

Surat terbuka ini ditujukan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya pimpinan Pakatan Rakyat. Ingin saya tegaskan bahawa kesusahan, kekalutan, kegusaran sentiasa menyelubungi kita lantaran negara diurustadbir dengan diselimuti kronisme, rasuah, penipuan dan sebagainya. Hasilnya adalah pembolotan kekayaan negara secara korup oleh kelompok-kelompok dan individu-individu tertentu dan rakyat semakin terhimpit lantaran nilai ringgit yang semakin kecil.
Meskipun rakyat semakin sedar dan cuba untuk melakukan perubahan, namun segalanya menjadi sia-sia apabila undi rakyat tidak menjadi penentu, tetapi yang menjadi penentu adalah pengundi-pengundi palsu (pengundi hantu, pengundi 'clone' dan sebagainya). Sebagai contoh yang mudah adalah pengguguran senarai pengundi yang berjaya didedahkan dan dibantah oleh PAS Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Islam DiPeralat Demi Kuasa - Raja Nazrin

Posted: 26 Sep 2011 09:04 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Sept 2011 - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini bertitah Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada prinsip-prinsip menyentuh akidah.
Read More / Baca Lagi >>

BN - hilang arah, hilang tumpuan dan hilang 'priority' dalam perjuangan

Posted: 26 Sep 2011 09:02 PM PDT

Isu bertambah-tambah sekarang ini. Isu klip video 'undilah' sedang diperkatakan dengan hebat di mana-mana. Arahan MCMC untuk menarik balek penyiarannya di TV saluran perdana merupakan satu tindakan yang membayangkan kerajaan sedang begitu takut dengan keadaan politik sekarang.

Ahli Parlimen Kota Belud memberi ulasan yang video itu mengandungi unsur anti BN dan beliau menyokong tindakan mengarahkan saluran-saluran TV untuk tidak menayangkan video itu. Apa kandungan yang dianggap sebagai anti BN tidak dapat di ketahui tetapi orang ramai berpendapat yang kata-kata Tengku Razaleigh yang menyebut negara kita ada masalah merupakan penyebab kenapa video itu di katakan anti BN. Pemimpin BN minta semua orang berkata yang BN tidak ada masalah.
Read More / Baca Lagi >>

Allah SWT sentiasa diingati keadaan senang, susah

Posted: 26 Sep 2011 08:56 PM PDT

Oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat
NABI s.a.w. bersabda menjelaskan; bahawa amalan yang terbaik sekali ialah orang yahttp://dinmerican.files.wordpress.com/2010/04/nik-aziz.pngng mati keadaan lidahnya masih basah dengan menyebut nama Allah SWT.
Ertinya zikrullah semasa hayatnya hingga berada di ambang ajalnya.Janganlah hanya semasa atau selepas solat berwirid zikrullah dengan rancak, tetapi aktiviti kehidupan selepas itu tiada bezanya antara halal dan haram.

Read More / Baca Lagi >>

Rakyat saman SPR jika daftar pemilih masih bercelaru

Posted: 26 Sep 2011 08:55 PM PDT

Oleh Akmal Haziq
SAYA mencadangkan rakyat dan parti-parti politik menyaman Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) jika badan itu mengadakan pilihan raya dengan daftar pemilih yahttp://www.pemudasegambut.com/wp-content/uploads/2010/06/spr.pngng bercelaru dan tonggang-langgang.
Kecelaruan daftar pemilih memang tidak dapat disangkal lagi oleh SPR di mana sudah beratusratus bukti dikeluarkan oleh PAS, DAP dan PKR.


Read More / Baca Lagi >>

Mimpi ngeri bekas tahanan Kamunting

Posted: 26 Sep 2011 08:54 PM PDT

Oleh Abd Shukur Harun
WALAUPUN ISA akan dimansuhkan, namun banyak kenangan pahit, malah mhttp://photo.goodreads.com/books/1304342728m/11273787.jpgengerikan, masih diingat, malah menjadi mimpi ngeri, oleh mereka yang menjadi mangsa akta zalim itu yang pernah mendekam mangsanya bertahun-tahun.
Akta yang bengis dan tidak manusiawi itu akan dimansuhkan, namun undang-undang baru yang akan menggantikannya tidak diketahui watak dan wajahnya

Sekiranya hampir sama dengan ISA, bermakna rakyat akan terus terdedah lagi dengan akta yang menafikan hakóhak asasi manusia dan kemanusiaan itu sendiri.Read More / Baca Lagi >>

Parlimen bersidang di dewan baru: Kerusi Anwar dan Najib lebih dekat

Posted: 26 Sep 2011 08:52 PM PDT

KUALA LUMPUR: Persidangan Parlimen akan datang tentunya akan lebih menarik kerana ia dikatakan persidangan Dewan Rakyat yang terakhir, yang menyaksikan pembentangan bajet untuk PRU13. Dan istimewanya persidangan tersebut adalah di premis yang baru,
Projek menaiktaraf bangunan dewan serbaguna sedia ada untk dijadikan Dewan Rakyat yang baru adalah dilaksanakan secara rundingan terus kepada TRC Corporation Sdn Bhd, menggunakan Kaedah Arahan Perbendaharaan 66, dengan kos muktamad rundingan sebanyak RM31.5 juta dan tempoh pembinaan adalah selama 5 bulan.
Read More / Baca Lagi >>

PAS kini di ambang memerintah negara

Posted: 26 Sep 2011 08:49 PM PDT

Oleh INTAN ABDULLAH
SEPANJANG meniti kedewasaan menongkah arus politik negara, sedar atau tidak Partihttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMo7ycynIX1HtIVJ2dbH45dAttm9fHyQJ9PCWlr0X9-jRx_bvQ0vghkc5jUVdr7D8fQAlVqcVe0XnMXJlV4qIVNhinSz_n7fUeruFJTjrJ_m3QI2QbuBNxZNh0ZtYVw2pv8lBCnu0BwCU/s400/bendera+PAS.jpg Islam Se-Malaysia (PAS) telah menjang kau usia 60 tahun.
Perjalanan berliku yang ditempuhi tersebut sudah pasti mengundang pengorbanan pimpinan dan aktivis terdahulu yang membolehkannya berada di posisi seperti dapat disaksikan sekarang ini.

Read More / Baca Lagi >>

Cerita Disebalik Pembunuhan J.W.W.Birch

Posted: 26 Sep 2011 08:37 PM PDT

1. Sebelum kedatangan James Wheeler Woodford Birch (J.W.W. Birch), pembesar-pembesar Melayu telah berpecah tiga kerana merebutkan takhta berikutan kemangkatan Sultan Ali ibni Sultan Shahabuddin Riayat Shah, Sultan Perak yang ke-24 ( 1865-1871 ), tetapi tidaklah sampai merosakkan negeri Perak yang amat kaya dengan bijih timah itu.
Read More / Baca Lagi >>

JWW Birch dibunuh kerana ganggu wanita istana

Posted: 26 Sep 2011 08:35 PM PDT

Subky Abdul Latif  
ISU Mat Sabu tentang Bukit Kepong dan Mat Indera telah dibawa ke mahkamah. Biarlah mahkamah menyelesaikannya. Tetapi isu supaya sejarah dinilai dan ditulis semula telah memungkin ada pakar sejarah terpaksa belajar semula.
Sedikit demi sedikit bertambah hujah yang merasakan boleh dibetulkan. Jika ada hadis sahih dan hadis palsu, maka sejarah juga ada yang sahih dan palsu. Itulah keadaan sejarah kita termasuk ia pernah dijajah atau tidak pernah dijajah Inggeris.
Saya ke Perak ketika isu sejarah itu panas dipolemik.
Seorang watan Perak yang saya tidak kenali mengetuk jemala kepala saya kemungkinan JWW Birch yang dibunuh di sungai di Pasir Salak lebih 200 tahun dulu bukanlah justeru campur tangannya dalam pentadbiran dan kuasa Sultan Perak saja, tetapi bercampur sama dengan percampuran bersama wanita-wanita di istana.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan siar kartun jenakakan hudud diselar

Posted: 26 Sep 2011 08:25 PM PDT






Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menyelar sikap Akhbar Utusan Malaysia yang di lihat menjadikan isu Hudud sebagai bahan jenaka.


Memetik sebuah karikatur di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26/9/2011, menunjukkan seseorang berserban yang merujuk kepada Musyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz sedang mendengar lagu sambil berbaring. Karikatur tersebut juga menggambarkan irama yang keluar dari alat muzik tersebut dengan perkataan " Hu..hu..hu..dudd..dudd.." .
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: BN Rela Jenayah Subur Di Bawah Pemerintahannya

Posted: 26 Sep 2011 08:22 PM PDT

najib tolak hududOleh: ustaznik

Kenyataan Najib bahawa BN tidak akan laksanakan hukum hudud menggambarkan beberapa perkara:

- Aqidahnya sebagai seorang Islam boleh diragui darjah keimanannya.


- UMNO sebagai tunggak parti pemerintah memang tidak boleh diharap langsung menjaga Islam dan memartabatkan Islam di tempat yang sebenar.
-Kejahilan pemimpin UMNO terhadap hukum Islam sangat ketara. Kewujudan penasihat agama PM, beberapa institusi Islam seperti IKIM, YADIM, JAKIM dan golongan agamawan dalam UMNO tidak memberi kesan positif kepada cara berfikir dan kefahaman Islam sebenar kepada pemimpin UMNO.
-BN lebih rela negara disuburkan dengan jenayah di bawah pemerintahannya.
Read More / Baca Lagi >>

MACMA : Tolak hudud, tolak hak Muslim

Posted: 26 Sep 2011 08:18 PM PDT

Mereka yang menentang hukum hudud bererti mereka telah menafi dan mencabuli hak asasi masyarakat Islam.
PETALING JAYA: Golongan yang menolak pelaksanaan hukum hudud telah menolak hak asasi manusia, menafikan hak masyarakat Islam di negara ini.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Haji Kamal Koh berkata, mereka yang menentang hukum hudud bererti mereka telah menafi dan mencabuli hak asasi masyarakat Islam.
"Kenapa kita mesti mengorbankan hak kita, mengenepikan hak kita semata-mata untuk memenuhi kehendak orang lain,"? soal beliau ketika diwawancara oleh FMT mengenai isu hudud yang menjadi polemik dewasa ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tulang milik 1,200 tahanan ditemui di luar tembok penjara Abu Salim

Posted: 26 Sep 2011 08:17 PM PDT

TRIPOLI: Pihak berkuasa Libya mengumumkan kelmarin bahawa mereka menemui sebuah kubur besar dipercayai mengandungi mayat kira-kira 1,200 tahanan di luar tembok penjara Abu Salim di sini, tempat pemimpin yang disingkirkan Muammar Gaddafi dipercayai mengurung dan menyiksa penentangnya.
Read More / Baca Lagi >>

Video - Lawyer for Sarbaini's kin: Decision hard to believe

Posted: 26 Sep 2011 08:13 PM PDT

Video : Sue Turton updates on the latest from Sirte

Posted: 26 Sep 2011 08:11 PM PDT

Video : Libya war cost revealed in a report

Posted: 26 Sep 2011 08:10 PM PDT

Video : Ustaz Azhar Idrus - Suka Dgr Hadis, Pemimpin UMNO dok tegur JKKK.

Posted: 26 Sep 2011 08:07 PM PDT

Video : Ustaz Azhar Idrus - Agenda Yahudi Membutakan Umat Islam Dpd Mengenali Rasulullah

Posted: 26 Sep 2011 08:06 PM PDT

Video : Ustaz Azhar Idrus - Pemimpin Kita Sokong Yahudi, Anak Kita Dok Kenal Rasulullah

Posted: 26 Sep 2011 08:04 PM PDT

Tiada ulasan: