Rabu, 14 September 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Hipotesis PRU 13 : Mengapa JOHOR Jadi Rebutan BN & PAKATAN

Posted: 13 Sep 2011 11:26 PM PDT

Hanya kira-kira tinggal 500 hari lagi sebelum tarikh akhir untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang. Semua pihak telah mula membuat persiapan dan kerahan untuk menghadapi peperangan hidup dan mati ini, dan perebutan dalaman juga telah timbul sedikit demi sedikit.

Mari kita mulakan dengan parti Gerakan dari BN.

Gerakan telah kehilangan Pulau Pinang pada PRU 2008 tetapi berjaya mengekalkan kerusi parlimen dan dua kerusi DUN di Johor. Ramai yang mungkin berfikir bahawa kerusi parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri tidak begitu penting kerana terdapat begitu banyak kerusi di Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN). Walau bagaimanapun, Gerakan, yang hanya memegang dua kerusi Parlimen dan empat kerusi DUN di seluruh negara, kerusi-kerusi ini amat berharga bagaikan separuh nyawa!

Malangnya, terdapat perbalahan dalaman di dalam tempoh kritikal ini. Anggota Jawatankuasa Pusat Gerakan dan Dewan Undangan Negeri Pemanis, Lau Chin Hoon telah menuntut peletakan jawatan Pengerusi Gerakan Johor Datuk Teo Kok Chee. Lau juga mencabar Teo untuk berdebat secara dalaman.

Bagi Pakatan Rakyat pula, rundingan kerusi Johor antara DAP dan PKR telah menjadi buntu dan mereka hanya boleh menyerahkannya kepada pemimpin-pemimpin pusat. Pengerusi PKR negeri, Datuk Chua Jui Ming menuduh DAP melanggar perjanjian kerana mendedahkan proses rundingan kepada orang ramai.

Perbalahan dalaman di antara Lau dan Teo akan membawa kesan yang kecil berbanding kepada perbalahan di antara DAP dan PKR yang merupakan isu besar kerana ia akan memberikan kesan kepada pembangunan negeri.

Johor merupakan salah satu kubu kuat BN. Di samping kerusi di Sabah dan Sarawak, Johor juga telah banyak memberi sumbangan kepada BN untuk mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum 2008.

Hakikatnya, ia juga merupakan tambahan kepada Gerakan, MCA dan MIC yang bergantung kepada Johor untuk terus hidup. Bagi MCA sendiri, 7 daripada 15 kerusi Parlimen dan 12 daripada 35 kerusi Dewan Undangan Negeri adalah dari Johor. Sementara itu, salah satu daripada tiga kerusi Parlimen MIC parlimen dan empat daripada tujuh kerusi DUN juga dari Johor.

Kerana itulah, MCA pernah berkata sebelum ini bahawa Johor akan menjadi medan peperangan dalam pilihan raya umum akan datang, malah DAP menjadikannya Johor sebagai medan peperangan utama mereka. Bahkan mereka bercita-cita untuk memenangi kuasa negeri Johor sebagai matlamat utama.

Menurut statistik, Johor mempunyai sejumlah 56 kerusi Dewan Undangan Negeri. Pakatan Rakyat, yang kini hanya memiliki enam daripada jumlah kerusi tersebut, perlu memenangi sekurang-kurangnya 23 kerusi bagi membenarkan perubahan negeri.

Secara objektifnya, ia adalah bagaikan seperti satu misi mustahil untuk melihat perubahan rejim di Johor. Walau bagaimanapun, ia tidak mustahil untuk pakatan pembangkang ini memenangi lebih banyak kerusi di Johor dan membantu mereka merampas Putrajaya.

Itulah sebabnya, DAP ingin mendapatkan lebih banyak kerusi di Johor, manakala PAS yang kini mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri di Johor, ingin memperluaskan pengaruhnya dan PKR yang tidak memenangi kerusi di Johor lagi, ingin mencipta satu kejayaan. Mereka mempunyai pengiraan mereka sendiri dan matlamat yang sama.

Walau bagaimanapun, ia bagaikan sudah menjadi kebiasaan bagi mereka melalui perebutan yang huru-hara walaupun peperangan belum bermula. Ianya bergantung kepada bagaimana pakatan rakyat menghadapi dan menyelesaikan perebutan dalaman masing-masing atau jika tidak, mereka mungkin akan mengalami kekalahan yang lebih besar pada akhirnya.

PERKASA Fitnah Biskut MUNCHYS TIDAK HALAL

Posted: 13 Sep 2011 06:40 PM PDT

Dari semalam tersebar SMS yang mendakwa biskut keluaran jenama terkenal MUNCHYS tidak halal. Dan hari ini lebih hebat lagi, PERKASA sebuah pertubuhan yang hebat memperjuangkan kaum Melayu dan Islam yang diketuai oleh Ibrahim Ali telah mengeluarkan Sebaran Media yang mengesahkan bahawa produk keluaran syarikat tersebut TIDAK HALAL kerana mengandungi ARAK.

Bagaimanapun, selepas Author Faethal menghubungi seorang Pegawai Jakim di Putrajaya, En Asrul di talian 03-83150200. Beliau mengesahkan JAKIM tidak pernah, diulangi TIDAK PERNAH melakukan serbuan ke atas Kilang Munchys. Malah beliau turut mengesahkan tidak ada pegawai JAKIM yang bernama HAJI JALIL B. RAIHAN. Malah JAKIM masih mengiktiraf status HALAL bagi produk keluaran Munchys.

Author Faethal merasakan PERKASA bertanggungjawab di atas penyebaran SMS palsu ini dan perlu meminta maaf kepada pihak syarikat Munchys. Selain itu ia juga menimbulkan keraguan kepada pengguna yang beragama Islam yang ragu-ragu untuk membeli produk Munchys selepas ini. Malah pihak syarikat Munchys boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas PERKASA di atas Sebaran Media yang mereka keluarkan.


Sebaran Media PERKASA di laman web PERKASA

"JAKIM TELAH BUAT SERBUAN KEATAS KILANG MUNCHYS, BATU PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSS NYA DENGAN RASA BANGGA DAN RASA TAK BERSALAH, MENGATAKAN ARAK TERSEBUT UNTUK DICAMPUR KE DALAM BISKUT- DARI PEG. JAKIM - HAJI JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)"

Kerana Ingin LEBIH MUDA 10 Tahun, BELUT Masuk Ke Dalam KEMALUAN

Posted: 13 Sep 2011 05:29 PM PDT

Belut yang telah mati itu diletakkan di sebelah alat pembedahan yang digunakan untuk mengeluarkannya melalui pundi kencing

Zhang Nan mandi di dalam kolam yang dipenuhi belut hidup untuk membersihkan kulitnya, ketika itulah salah seekor daripada belut tersebut telah memasuki tubuhnya melalui alat kelelakian.

Rawatan belut yang digunakannya itu adalah satu konsep rawatan yang sama sepert spa London yang popular dengan menggunakan pedikur ikan. Kerana memikirkan bahawa belut ini akan membuatkan dirinya kelihatan 10 tahun lebih muda, Nan telah menyelam ke dalam air dan membiarkan belut itu memakan lapisan kulit mati pada badannya.

Tetapi tidak lama selepas berbaring di spa mandian tersebut, Nan merasa sakit apabila seekor belut kecil sedang bergerak-gerak di dalam salur kencingnya untuk masuk ke dalam pundi kencing.

'Saya naik ke bilik mandi dan saya dapat merasakan pergerakan belut di dalam badan saya. Tetapi kemudiannya tiba-tiba saya merasakan sakit yang sangat teruk dan menyedari belut kecil telah memasuki kemaluan saya,' kata lelaki berusia 56 tahun dari Honghu, wilayah Hubei.

'Saya cuba untuk memegang dan menariknyanya keluar, tetapi belut itu terlalu licin untuk dipegang dan akhirnya ia hilang memasuki ke dalam kemaluan saya.' Selepas ia dikejarkan ke hospital, lelaki itu telah menjalani pembedahan selama tiga jam untuk mengeluarkan belut sepanjang 15 cm yang telah mati ketika doktor menemuinya.

Pakar bedah Jin Wang berkata bahawa, disebabkan oleh sifat licin pada belut, ia mampu membuatkannya masuk dengan mudah ke dalam kemaluan Nan.

'Diameter salur kencing zakar lelaki hanya sempit sedikit, tetapi kerana fizikal belut yang agak licin, badannya mempunyai pelincir dan memudahkannya masuk ke dalam zakar dengan mudah,' katanya.

Tiada ulasan: