Rabu, 14 September 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


kediaman mewah menteri agama pukimak UMNOPORNO nie hasil dari rembat duit zakat ke..????

Posted: 14 Sep 2011 06:53 AM PDT

Kita  menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.

Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri)..

Bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah.

Ini merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.

Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau tidak berperangai seperti Menteri-menteri lain...

Sebelum ini kita  pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali.

Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu.

Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat.

penyapu sial

Kebiasaannya, bank hanya akan membenarkan pinjaman untuk 90% harga rumah. Berdasarkan gaji RM15,000 sebulan, seseorang hanya mampu mendapat pinjaman maksimum sebanyak RM1,350,000. Itu pun kalau gaji tersebut tidak digunakan untuk membayar saraan lain seperti kereta, EPF, insurans, wang belanja keluarga dan sebagainya.

Fikir-fikirkanlah...

Fitnah Mat Sabu agen komunis....Utusan Malaysia disaman....padan mukaaa,,,,,!!!

Posted: 14 Sep 2011 06:26 AM PDT



Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran satu berita yang didakwa memfitnahnya berhubung isu komunis.
Saman tersebut difailkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

Ianya berikutan laporan muka depan akhbar Umno itu pada 27 Ogos lalu bertajuk "Mohamd Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong" yang didakwanya sebagai fitnah.

"Saya hanya mempertahankan diri dan mengelak daripada fitnah terutama tuduhan komunis, tuduhan sebagai pengganas dan mempertikai aqidah.
"Fitnah-fitnah yang disebutkan tadi boleh menyebabkan keselamatan saya dan keluarga saya terjejas, maka kita perlu ambil tindakan undang-undang," kata Mohamad pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS hari ini.




Turut serta pada sidang media itu peguam mewakilinya, Hanipa Maidin.
Menurut Hanipa, saman tersebut menamakan dua pihak iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai pencetak dan penerbit akhbar berbahasa Melayu itu.

Antara yang dituntut termasuklah ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.
Bagaimanapun jumlah ganti rugi tersebut tidak ditentukan dan bergantung kepada tafsiran mahkamah.
Dalam laporan Utusan Malaysia 27 Ogos lalu, akhbar itu menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Bagaimanapun laporan itu dakwa Mohamad sebagai tidak benar dan fitnah kerana beliau tidak pernah mengaitkan Mat Indera dengan Komunis namun dilapor sebaliknya oleh Utusan Malaysia.
Ekoran laopran itu juga menurut Mohamad, beliau dan anggota keluarganya yang lain menerima pelbagai ugutan termasuk dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti 'awak patut bertaubat, awak berbohong dan jangan sampai ada yang simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan kamu.'
Beliau berkata, ada juga mendesak beliau dibuang negara, termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selepas laporan akhbar didakwa memesongkan kenya­taannya.
harakahdaily/-


penyapu sial

Oooh mengangkat kezaliman komunis sebagai kemulian salah. Kalau lah kerajaan benci sangat dengan komunis, kenapa BN/UMNO sanggup makan malam bersama mereka. Kenapa BN/UMNO luluskan lesen penerbitan akhbar mereka Jawapannya BN/UMNO adalah komunis sebenarnya dinegara ini. Parti UMNO itu parti komunis. Menteri2nya adalah anggota2nya. Ahli2 UMNO adalah balaci/anjing mereka. Apa bezanya komunis dulu dan sekarang. Dulu jadi komunis kerana nak bebaskan negara dari British. Komunis sekarang banyak menghancurkan negara. Remaja hancur, negara kelam kabut. Pemimpin2nya tamak.

kehilangan mengejut pengundi klon ..SPR bangsat kunun nak tunjuk tak ada bukti....wak lu anjing pengampu...!!

Posted: 14 Sep 2011 06:19 AM PDT



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh dua bulan di dakwa  telah mengeluarkan nama lebih 10,000 pengundi yang dikaitkan dengan kes kad pengenalan palsu.

Johor PAS Youth chief Suhaizan Kaiat press conference on clone voters front

Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi dewan itu Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu dikesan setelah pihaknya rancak mengenalpasti keraguan dalam daftar pemilih.

"Bukan mudah untuk sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan.

"Persoalannya apakah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) sememangnya sudah memiliki senarai kad pengenalan palsu yang akan dimasukkan dalam daftar pemilih SPR untuk tujuan manipulasi pilihan raya?" soalnya.

azlan

Pada sidang media di pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Suhaizan turut mengedarkan senarai sepuluh nama bagi membuktikan dakwannya.

Ia melibatkan kes di Selangor, Perak dan Johor yang telah didedahkan sebelum ini.Bukti yang dibangkitkan ini melambangkang kecelaruan kerja dalam JPN yang memerlukan siasatan segera yang menyebabkan pilihan raya tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat.

 penyapu sial

 Bising-2 Mat Indera, Komunis, Rupaya Nak Tutup/Alih Cerita Kes Bagi IC Palsu Utk M'gundi bn brgn naik, Indon Bangla Nepal DLL - Ni Cara APCO 1-Israel Mengalih-2-kan Ubah Cerita Tutup Utk Buat Projek Supaya Org Tak Tau

Lidah pandykutty najib...." KOMUNIS DULU LAIN, SEKARANG LAIN" ...

Posted: 14 Sep 2011 05:48 AM PDT

Apabila terbongkarnya fakta bahawa Umno telah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis Cina (CPC) dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetiba membuat kenyataan bahawa “komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu.”

Kata perdana menteri: “Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka.”

Jika kita mengikut logik Najib, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara.

Sekiranya rakyat mengikut logik presiden Umno yang bijak ini juga bermakna, mana-mana rakyat yang ingin menganut ideologi komunis sekarang tidak lagi dianggap bahaya dan bukan lagi ancaman kepada negara.

Mungkin atas logik tersebut juga rasanya, sebab utama beliau sedia berbesan dengan anak pemimpin Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia.

Jika benar kenyataan Najib itu ikhlas, rakyat kini tetiba rasa hairan bila mana dalam ambang perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, mengapa pula kerajaan di bawah telunjuk beliau menahan enam pemimpin PSM dalam Akta Ordinan Darurat kerana tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis?

Bukankah ini melanggar logik Najib sendiri?

Sebab kalau komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu, kenapa pula mereka ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat?

Seolah-olah kalau Umno yang mengadakan hubungan dengan komunis, maka komunis itu komunis baik; kalau parti lain “asalkan bukan Umno”, maka komunis itu komunis jahat.

Maka, sesiapa yang nak mengadakan MoU dengan mana- mana kumpulan parti yang dianggap komunis, kena tanya Umno dahulu kerana hanya Umno dapat membezakan mana komunis baik, mana komunis yang bahaya.

Dan kalau nak tahu sesuatu negara itu dijajah atau tidak kena tanya pula Majlis Profesor Negara (setahu kita, negara lain tak ada majlis begini) atau mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rasanya Majlis Profesor Negara dan Dr Mahathir sajalah yang tepat boleh menentukan siapa yang secara teknikalnya kena jajah, siapa negara yang naungi saja.

Jajah secara zahir, di mana kekayaaan hasil bumi negara seperti bijih timah dirakus adalah tidak sah secara teknikal, maka sesiapa yang jawab sebegini dalam ujian sejarah patut diberi markah kosong.

Bila mana Majlis Profesor Negara membuat kesimpulan bahawa negara tidak pernah dijajah, ini bermakna sesiapa yang lawan orang putih dulu, sebenarnya ia lawan orang Melayu.

Cuma kalau nak tahu orang Melayu ini bahaya ataupun tidak, ini pun kena tanya Umno dulu.

Bomoh Umno akan telek dalam air pinang, dan umum untuk pengetahuan dunia adakah Melayu ini bahaya atau tidak.

Kalau Melayu itu kehijau-hijauan, maka segala daripadanya adalah bahaya dan mengancam Umno. Kalau Melayu itu kebiru-biruan maka ia Melayu yang baik, maka keistimewaan diberi - segala untuknya halal, bagi orang lain akan jadi haram.

Rasanya bukan rakyat sahaja, bahkan ahli-ahli Umno turut keliru dengan permainan politik pemimpin Umno yang sendiri melondehkan hipokrit sendiri di khalayak ramai

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Tiada ulasan: