Khamis, 15 September 2011

PERAKITE

PERAKITE


BAM penuh dengan politik isi kantung

Posted: 15 Sep 2011 03:35 AM PDT

BAM penuh dengan politik peribadi dan menjaga periuk nasi. Misbun, Razif dan Jalani dan semua yang seangkatan dengannya tidak sebulu dengan BAM. Malah ditendang keluar secara halusi. 


Cuba senaraikan siapa-siapa jurulatih dalam BAM. Keterlaluan.. hasilnya tidak seberapa. Datuk Lee Chong Wei juga tidak kemana... 2nd best sahaja. 


Dok gah sebagai ranking nombor satu. Strategi China tidak menyenaraikan Lin Dan dalam kesemua kejohanan nampaknya lebih menjadi. Lin Dan tak heranpun dok ranking bawah. Jurulatih Malaysia juga hanya setakat untuk isi kantung sendiri. Rekod jurulatih juga tak seberapa.. sekadar suam2 kuku sahaja. Gajinya jangan tanya...


Sekarang Jepun garang di bawah jurulatih Korea Selatan Park Joo Bong. India juga semakin menyerlah pemain wanitnya. Malaysia baik wanita maupun beregu maupun single hanya ranking je bagus.. bila masuk gelanggang peringkat dunia atau apabila ramai pemain terbilang yang ranking bawah.. mulailah guru peringkat awal lagi..


Perhabiskan boreh je. Padanlah Razif Sidek kata seperti berikut:


MENGARUT dan tidak masuk akal!
Itulah kesimpulan bekas pakar beregu negara, Razif Sidek berhubung syarat dikenakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kepada beregu bimbingannya, Mohd Zakry Latif-Mohd Fairuzizuan Tazari andai mahu menjalani 'sparring' dengan skuad negara.
Antara syarat mengarut dan tidak masuk akal itu ialah pasangan kelab profesional KLRC itu tidak boleh membawa jurulatih, tidak dibenarkan memakai baju lain selain baju penaja BAM dan mereka tertakluk kepada arahan jurulatih BAM sepanjang 'sparring' dua kali seminggu selama tiga bulan yang ditetapkan itu. 

"Saya tidak faham dengan syarat ditetapkan BAM itu. Adakah BAM benar-benar ikhlas? Mengapa melarang saya datang... Saya benar-benar tidak faham dan ia langsung tidak masuk akal," kata Razif selepas latihan di New Vision Badminton Akademi di Petaling Jaya, semalam. 

Apapun, tindakan BAM itu pasti mencetuskan kemelut baru sedangkan pertikaian antaranya dengan satu lagi beregu KLRC, Gan Teik Shai-Tan Bin Shen belum selesai dan mereka juga mungkin tidak lagi dibenarkan 'sparring' dengan skuad negara kerana 'bermasalah' dengan badan induk itu. 

Adakah dengan tindakan mengarut dan tidak masuk akal BAM itu akan membantu perkembangan dan kemajuan badminton negara dan mengapa Morten Frost Hansen yang datang membawa skuad pelapis Denmark menjalani latihan bersama skuad negara sebelum Aidilfitri lalu tidak dikenakan syarat sama? 

AYOH PENUHKAN PADANG STADIUM BANDARAYA

Posted: 14 Sep 2011 06:17 PM PDT


Jom lepak atas padang Stadium Bandaraya.. kita dengar suara-suara keramat  Dato Seri Anwar Ibrahim dan barisan pimpinan lain. Bob Lokman akan turut tampil bersama mengisi waktu. Ayoh kita penuhkan Stadium Bandaraya yang sekian waktu, gersang dan kosong daripada gema sorakan. Di hujung malam, akan dilepaskan percikan Bunga Api sebagai menandakan perayaan Hari Malaysia. 

LAGI YANG HARAM ADA DNA BABI.. TABASCO

Posted: 14 Sep 2011 06:10 PM PDT


IPOH: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), bertindak menghantar notis pemberitahuan kepada Persatuan Hotel Malaysia dan syarikat makanan segera berhubung penemuan Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam sos jenama HP Souce dan Tabasco, sejak bulan lalu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, yang dihubungi wartawan Harian Metro berkata, pihaknya sudah menghantar notis peringatan memaklumkan kepada pengamal industri makanan yang menggunakan sos jenama berkenaan baru-baru ini.
Bagaimanapun, katanya, aspek penguat kuasaan belum dijalankan berikutan pihaknya sedang melakukan beberapa siasatan terakhir sebelum menguatkuasakan larangan penggunaan dua jenis sos jenama terkenal itu.
"Kami belum memuktamadkan penguat kuasaan larangan itu, namun surat makluman mengenai penemuan DNA babi itu sudah diedar kepada pihak terbabit termasuk rangkaian hotel dan restoran makanan segera.
"Kami sedang menunggu arahan pihak atasan Jakim mengenai tindakan selanjutnya bakal diambil terutama dalam menguat kuasakan larangan itu," katanya. Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan sidang media khas sebaik segala siasatan berhubung larangan penggunaan sos jenama berkenaan selesai kelak.
Difahamkan, Jakim sudah mengambil sampel produk berkenaan untuk dihantar sebanyak dua kali ke Jabatan Kimia Malaysia sebelum ia disahkan terdapat DNA babi di dalamnya.
Persoalan timbul apabila pemilik jenama HP Sauce and Tabasco, HJ Heinz and Mclhenny Company, menyangkal dakwaan kedua-dua jenama itu tidak disahkan halal.
Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata, kedua-dua jenama itu mematuhi sepenuhnya garis panduan kawal selia oleh badan pensijilan masing-masing.
HP Sauce disahkan halal oleh HAC (Halal Audit Company), iaitu pihak berkuasa pensijilan Islam di Belanda, di mana terletaknya kilang itu.
Manakala, Tabasco disahkan halal oleh INFANCA (Majlis Nutrisi dan Makanan Islam Amerika) yang juga pihak berkuasa Islam di Amerika Syarikat dan mendapat akreditasi Jakim bagi mengesahkan produk itu bagi pihaknya.
Harian Metro

Tiada ulasan: