PENYAPU SIAL |
- Janganlah TIRU Cara Salam UMNOPORNO....muakakaka....!!!
- hapus kuota 30 % bumiputera....najib ikut celah burid bintang seks MCA...dan UMNOPORNO bakal terlungkup...!!!
- adik beradik iblis dan syaitan penyebar lidah kesesatan....ikut jejak utusan , akhbar THE STAR pun terikut jadi tukang fitnah...!!!
- Rundingan rahsia dan tipu helah dalam Petronas wajar di hentikan...!!!
- kempen plastik dari pemimpin plastik POYO UMNOPORNO
Janganlah TIRU Cara Salam UMNOPORNO....muakakaka....!!! Posted: 29 Sep 2011 04:52 AM PDT Geli rasanya apabila tengok orang yang hampir seusia bersalam begitu....nak membodek bior ler berpada..ni tak...tak kena gaya rupanya...ceh hamba tebusan politik PORNO...!!! |
Posted: 28 Sep 2011 06:27 PM PDT Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengikut kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berhubung penghapusan kuota ekonomi? Berucap pada Khazanah Megatrends Forum 2011 di sini semalam, Najib memberi peringatan bahawa kuota Bumiputera akan digugurkan satu hari nanti, tetapi menegaskan kerajaan harus terus membantu bakat-bakat terbaik kaum itu bagi memastikan wujudnya persekitaran bisnes yang berdaya saing. Beliau berkata Model Baru Ekonomi (MBE) menggalakkan tindakan afirmatif berdasarkan meritokrasi dan ‘kita harus menggalakan hak Bumiputera’. Sementara itu, Soi Lek meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota dalam memastikan perkongsian tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera mencapai matlamatnya. Ini kerana, jelasnya dalam perniagaan di kebanyakan sektor seperti pembinaan, peniaga bumiputera lebih banyak mendapat kelebihan berbanding bukan bumiputera. Katanya, perkembangan itu tidak sihat dan memerlukan perhatian serius daripada kerajaan kerana jika ia berterusan, peniaga bumiputera tidak akan mampu disaingi oleh pihak lain yang lebih layak. Beliau berkata demikian selepas perasmian Kongres Ekonomi Cina bertajuk Peranan Masyarakat Cina Mencapai Sasaran Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di sebuah hotel di ibu negara pada 14 Ogos tahun lalu. Terdapat keperluan hindari sistem kuota, kata Najib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata terdapat keperluan untuk menghindari sistem kuota kepada bumiputera dalam membina kapasiti mereka kerana pendekan itu tidak mencapai tujuan ia diperkenalkan. Sebaliknya, Najib berkata, kuota ekuiti 30 peratus itu hanya menghalang usahawan bumiputera daripada mempertingkatkan kemampuan mereka. "Kami mahu menghindari kuota tetapi kami akan menyokong supaya mereka (usahawan bumiputera) terus berkembang. "Sekiranya kamu memberi mereka kuota, mereka akan Menjawab soalan daripada hadirin semasa sesi soal-jawab Forum Megatrends Khazanah 2011 di Kuala Lumpur, Najib berkata penetapan kuota "tidak membawa apa-apa makna". "Kamu perlu meninggalkan kuota. Tetapi kamu mesti menyokong mereka (Bumiputera) dalam cara yang akan membolehkan mereka berkembang dari usahawan kecil dan sederhana untuk menjadi lebih besar dan menjadi jaguh serantau. "(Usahawan bumiputera) akan menjual saham-saham mereka apabila harga tinggi dan hanya akan tinggal peratusan kecil daripada jumlah yang diperuntukkan untuk bumiputera (dalam pegangan mereka)," katanya. Oleh itu, perdana menteri berkata kerajaan akan menggunakan pendekatan berlainan dalam tindakan afirmatif bagi mengesan bumiputera yang cekap, teruji dan boleh berjaya serta menyokong mereka supaya akan lebih berdaya saing. "Kami telah mengenal pasti lebih daripada 1,000 syarikat melalui Teraju, dan kita akan melihat bagaimana untuk membantu syarikat-syarikat ini menjadi lebih besar dan lebih maju," katanya, merujuk kepada agensi kerajaan yang ditubuhkan bagi menyelia hal-ehwal ekonomi bumiputera. Katanya, dengan menyokong "bumiputera bijak", bukan sahaja akan memperkembangkan bakat dalam masyarakat itu tetapi juga mengelakkan bantahan daripada rakan-rakan bukan bumiputera mereka. "Jadi, anda perlu menggalakkan calon bumiputera yang sesuai. Sekiranaya anda berbuat demikian, bukan sahaja mereka akan berjaya, tetapi bukan bumiputera juga tidak akan merasa iri hati terhadap mereka," katanya. Najib, yang juga Presiden Umno, berkata sudah tiba masanya kerajaan beralih daripada budaya "mengenali seseorang” (know who) kepada budaya "tahu melakukannya" (know how) dalam masyarakat. "Tindakan afirmatif akan berasaskan lebih dan lebih lagi pada meritokrasi. "Pendekatan baru ini diharapkan dapat membina satu kelas baru usahawan bumiputera yang lebih berdaya tahan dan boleh berjaya dalam jangka masa panjang," katanya. Najib sebelum ini telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk meliberalisasikan ekonomi dari kuota berasaskan kaum melalui Model Ekonomi Baru (MEB), tetapi menerima tindak balas negatif daripada kumpulan-kumpulan berkepentingan kaum. -mk penyapu sial Penghapusan kuote 30% bumiputera adalah termasuk di dalam perancangan Najib untuk mengekalkan kuasanya dan UMNO BN yang kini sedang nazak. Ia adalah untuk mendapatkan kembali undi bukan-Melayu yang sudah menolak BN di dalam PRU yang lalu terutama di kawasan bandar Sekarang siapa sebenarnya yang menjadi pengkhianat bangsa jika bukan Najib dan UMNO? Ia adalah langkah terdesak Najib dan UMNO untuk meraih sokongan kaum bukan Melayu terhadap BN. Pun kita akan saksikan, bukan-Melayu tidak berkeinginan menyokong BN lagi. Tanpa kuota 30%, yang bakal terhapus ialah Melayu UMNO - parti yang hidupnya selama ini bergantung kepada kuota itu. dan NAJIB hanya nak selamatkan orang orang kaya dalam UMNO dan parti komponenya Barisan NATIONAL kerana merekalah yang membantu UMNO dalam segala segi termasuk kewangan. rakyat tak dapat apa,.. rakyat hanya bantu undi UMNO sahaja sehingga merosakan lagi ekonomi rayat yang semakin hari disusahkan oleh rejim UMNO. |
Posted: 28 Sep 2011 06:19 PM PDT
Yang dikatakan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tentang hukum hudud ialah, kesemua ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti akan meletak jawatan jika undang-undang jenayah Islam itu dipaksa menjadi sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Pendirian itu dibuat sebagai tanda kepimpinan DAP bertanggungjawab sepenuhnya dengan prinsip perjuangannya yang berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Tetapi yang dilaporkan oleh The Star pula ialah kononnya Guan Eng mengugut untuk meletak jawatan dari Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat, dan ini telah mencetuskan kecaman dan kritikan pihak kawan dan lawan terhadap DAP. Menurut Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari, apa yang sebenarnya dikatakan oleh Guan Eng adalah, jika hukum hudud dimasukkan dalam Dasar Bersama atau Buku Jingga Pakatan Rakyat, semua ahli CEC DAP akan melepaskan jawatan mereka dalam parti. “Ia tidak bererti DAP ugut untuk keluar dari Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat atau keluar dari Pakatan Rakyat. Tidak timbul soal DAP akan meninggalkan Pakatan Rakyat,” katanya. Dalam surat terbukanya hari ini kepada The Star yang telah menyiarkan dua versi berita yang sama, beliau berkata akhbar harian yang dikuasai MCA itu pada mulanya telah menyiarkan berita yang tepat pada 25 September 2011. Bagaimana pun, katanya, versi berita yang sama pada 26 September 2011 telah diubah dan dipalsukan menjadi kononnya Guan Eng telah mengugut untuk meletak jawatan daripada Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat jika hudud dijadikan sebahagian daripada Dasar Bersama atau Buku Jingga. Beliau menuntut supaya The Star menjelaskan bagaimana berita yang sama boleh diubah sebegitu rupa, dan mengapa berita yang tepat ditukar menjadi berita palsu. Isu hukum hudud yang sering menimbulkan kontroversi telah dibangkitkan apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar PAS Kelantan supaya melaksanakannya segera, walau pun bekas Perdana Menteri itu sendiri yang penghalang terbesar sewaktu berkuasa dahulu. Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyahut cabaran Mahathir, Pengerusi DAP Karpal Singh telah mengingatkan semua pihak bahawa perkara itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta tidak ada dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Karpal turut meminta semua pihak yang terlibat supaya berbincang dengan lebih mendalam di kalangan kepimpinan Pakatan. Lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia serta media kawalan BN termasuk TV3 telah memutarbelitkan isu untuk memburukkan Pakatan, walau pun UMNO sendiri telah menolak sebarang usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud. Semalam, setiausaha agung parti-parti komponen Pakatan serta wakil mereka telah bermesyuarat dan mendapati laporan media kawalan UMNO dan BN adalah bohong, dan tidak timbul isu DAP keluar dari Pakatan. Ketua Pemuda DAP Anthony Loke yang hadir di mesyuarat itu menjelaskan kepimpinan Pakatan Rakyat saling menghormati pendirian dan perbezaan ideologi parti masing-masing, dan kerana itu berpegang kepada Dasar Bersama. “Sekarang Tun Mahathir tiba-tiba menjadi pengacau dan jurucakap kepada UMNO untuk membangkitkan perkara itu. Tetapi dalam masa yang sama, semua orang faham UMNO sebenarnya tak nak hukum hudud. “Apa yang dibangkitkan itu sebenarnya tak timbul kerana ia merupakan isu yang sudah lama, ia pula ia tidak dinyatakan di dalam Buku Jingga. Kalau tak ada dalam Buku Jingga, itu bukanlah dasar Pakatan Rakyat |
Rundingan rahsia dan tipu helah dalam Petronas wajar di hentikan...!!! Posted: 28 Sep 2011 09:42 AM PDT Pentadbiran Najib mesti menghentikan fitnah terhadap agenda ekonomi Pakatan Rakyat dan membentuk semula perancangan kewangan Negara yang kukuh, bermula dengan mendedahkan rahsia yang menyelaputi syarikat minyak Negara, Petronas. Ini sahaja dapat menghasilkan berbilion ringgit di dalam tabung Negara, mengaktifkan semula ekonomi dan membantu berjuta rakyat Malaysia di dalam melalui keadaan sukar sekarang ini, kata ahli ekonomi dan ketua-ketua pembangkang. Dari 1974 hingga 2010, Petronas melaporkan ia beroleh keuntungan sebanyak RM700 bilion. Ini merupakan satu lawak jenaka. Bagi Petronas untuk menghasilkan keuntungan yang sedikit dalam jangkamasa yang panjang iaitu 36 tahun, merupakan suatu penghinaan kepada kebijaksanaan seseorang. Jika dibandingkan dengan pendedahan WikiLeaks bahawa Petronas merupakan syarikat ke-13 paling untung di dunia, ini adalah amat tidak masuk akal dan ini menunjukkan betapa teruknya rasuah sebenarnya.. Petronas ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum pada tahun 1974 dan telah menikmati kadar kenaikan harga petroleum yang tinggi pada dekad yang lalu. Petronas mendapat keuntungan pra-cukai sebanyak RM90.5 bilion bagi tahun berakhir 31 Mac 2011. Selain cukai, Petronas telah membayar kepada kerajaan dividen sebanyak RM30 bilion pada tahun 2009, yang merupakan kenaikan dari RM24 bilion pada tahun 2008, RM20 bilion pada tahun 2007, RM13 bilion pada tahun 2006 dan hanyalah RM9.1 bilion pada tahun 2005. Tetapi ura-ura mengatakan bahawa minyak merupakan pilihan besar yang diberikan kepada syarikat-syarikat kroni yang rapat dengan kuasa pemerintahan hebat di dalam parti Umno Najib.Pihak-pihak ketiga ini dikatakan telah diberi keizinan untuk membenarkan pilihan jual beli di dalam pasaran minyak global, yang disokong oleh minyak Petronas sendiri. Disebabkan kenaikan harga minyak yang mendadak sejajar dengan permintaan dunia, ini telah memberi pihak-pihak kroni keuntungan yang besar dan tidak sama sekali akan kembali ke Negara ini. Sudah tentu, semua rahsia dan tipu daya ini mesti disiasat dan dihentikan. Ia adalah seperti membenarkan pihak-pihak ini merampas keuntungan yang sepatutnya milik Petronas. Dan ini juga mungkin menyebabkan laporan hasil terkumpul adalah sangat rendah. Siapakah pihak-pihak ini, siapa yang memberi mereka hak-hak ini dan yang penting sekali, hentikan urusan ini dengan kadar segera kerana wang tersebut adalah milik rakyat. Ia merupakan kekayaan bangsa dan sekarang, simpanan minyak kita mula berkurang.. Baru-baru ini, pembocoran saluran diplomatik Amerika telah membuat pendedahan bahawa seorang pegawai Petronas, Mohd Azhar Osman Khairuddin, memberitahu jurucakap kedutaan mengenai simpanan minyak dan gas Malaysia yang semakin berkurang. Conoco Philips Malaysia juga telah mengesahkan perkara tersebut, tanpa penemuan baru hasil minyak Malaysia akan berkurang pada kadar 10 peratus setiap tahun, dari 550,000 tong sehari pada tahun 2008 kepada 490,000 tong sehari pada tahun 2009 dan 450,000 tong sehari pada tahun 2010. Kita semua mahukan ‘Royal Commission of Inquiry’ terhadap Petronas. Kekayaan minyak milik rakyat dan audit yang benar dan menyeluruh mesti diadakan. Kita meminta Petronas agar menjawab terus ke Parlimen untuk bertanggungjawab dan ketelusan. Sepatutnya terdapat lebih banyak ketelusan diaplikasikan di syarikat minyak Negara. Kita menyeru penasihat Petronas, Mahathir Mohamad yang juga merupakan bekas Perdana Menteri untuk mengambil tindakan kerana Tun Mahathir adalah orang yang terbaik di dalam usaha malakukan reformasi di Petronas ini. Akta Pembangunan Petroleum haruslah dikaji semula dan semua klausa yang dimasukkan untuk melindungi rahsia sepatutnya dilupuskan.. Hakikatnya, membasmi rasuah adalah kunci kepada segala penyelesaian permasalahan. Sebagai contoh Selangor – dalam jangkamasa 3 tahun ini telah berjaya mempunyai simpanan tunai tertinggi di dalam 28 tahun sejarahnya. Penyelesaian yang tidak berkesan pada masa pemerintahan BN berkesan sekarang, ini kerana pentadbiran Pakatan telus dan ikhlas melaksanakan tugas.Tanpa rasuah, seperti Pulai Pinang.. |
kempen plastik dari pemimpin plastik POYO UMNOPORNO Posted: 28 Sep 2011 03:36 AM PDT
Semua pasti-parti politik sedang sibuk berunding, menyusun strategi dan mengumpul modal sebagai kekuatan untuk mengharungi suatu gambaran yang disebut sebagai “kempen politik terkotor dalam kempen-kempen kotor yang pernah berlaku”. Isyarat ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Najib Razak bukan sahaja terdesak, malah akan membelanjakan wang rakyat dalam kempen Barisan Nasional, termasuk segala sumber khazanah negara juga akan dimanipulasi secukup-cukupnya. Ibarat batang tebu yang sudah pecah diramas namun masih dipulas lumat untuk memerah hasilnya lagi. Di sebalik kegiatan kempen yang agresif ditunjukkan oleh UMNO-BN, ia mengundang beberapa persoalan kepada kita. Contohnya, salah satu kempen terbaru yang sedang dijalankan oleh UMNO-BN ialah “pemukiman” ADUN dan Ahli Parlimen mereka di Kuala Selangor, dan dengarnya akan diperluaskan di tempat lain. Pertama, atas nama apa pun program UMNO-BN itu, baik pemukiman atau mesyuarat, orientasi kegiatan itu adalah jelas sebagai satu kempen pilihan raya. Laporan telah menunjukkan bahawa ADUN dan Ahli Parlimen UMNO-BN pergi berjumpa dan bermalam di rumah-rumah rakyat. Soal rakyat terima atau tidak, bukan isunya. Tetapi kita ingin bertanya, jika UMNO-BN menggunakan kaedah ini atas nama mesyuarat atau pemukiman apa sekali pun, pemukiman apakah jenisnya ini? Bermukim di rumah orang kampung dan bermesyuarat di rumah penyokong BN? Bukankah ini sudah jelas sebagai suatu kempen pilihan raya (yang jika dilakukan oleh Pakatan, sudah tentu Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengamuk bising kononnya melanggar undang-undang)? Persoalannya ialah Perdana Menteri belum lagi membubarkan Dewan Rakyat, jadi bagaimana SPR gagal melihat perlanggaran kod etika ini? Bukankah kempen politik (pilihan raya) baik secara formal atau tidak, mestilah diadakan di dalam waktu berkempen, bukan dalam keadaan sebegini. Atas justifikasi undang-undang manakah yang SPR gunakan ketika ini? Atau SPR sewaktu Najib mencanangkan Malaysia akan menjadi negara demokrasi terbaik di dunia, minggu lalu? Kedua, ini penting buat semua rakyat memahami adakah pendekatan politik UMNO-BN khususnya Najib Razak ini benar-benar ikhlas dan mencerminkan kejujuran UMNO untuk berubah. Memahami tangungjawab seorang pemimpin atau wakil rakyat, amatlah penting bagi kita dalam konteks demokrasi di zaman moden ini. Tugas dan tanggungjawab wakil rakyat bukanlah sibuk bermalam di rumah orang kampung, itu tidak menunjukkan apa-apa makna yang baik dan indah pun. Tugas sebenar wakil rakyat ialah menyelesaikan masalah dan keperluan orang ramai. Menyelesaikan masalah orang ramai adalah kerja di pejabat, sama ada pejabat kerajaan atau pejabat wakil rakyat. Dan apabila wujud keperluan bagi wakil rakyat untuk melawat rakyat, tapak projek atau tapak bencana, lakukanlah lawatan seperti kelaziman amalan politik kita, itu sudah memadai dan lebih semula jadi sifatnya. Tanda-tanda ketidakikhlasan wakil rakyat, baik yang tidak buat kerja atau pemalas atau sekadar menabur janji ialah dengan melakukan lawatan dan bermalam di rumah orang tanpa apa-apa sebab penting, melainkan ada udang di sebalik batu. Strategi kempen sebegini tidak perlu dicontohi oleh rakyat dalam menilai keikhlasan orang politik. Sebaliknya inilah budaya yang menyebabkan wakil rakyat kita semakin malas untuk bekerja dan menipu orang ramai dengan gula-gula “bermalam di rumah rakyat”. Jumpa rakyat itu penting, tetapi bermalam di rumah rakyat itu, sepatah kata Hishamudin Rais “poyo”. Inilah realiti politik pasca Mac 2008. Perangai kebanyakan ahli politik UMNO-BN sudah semakin plastik dan segala program untuk rakyat juga bertambah plastik. Dengan sedikit seloroh, kerana itu kebanyakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, termasuk Pulau Pinang, memperkenalkan kempen anti beg plastik untuk menjaga alam sekitar daripada tercemar dengan buangan plastik. Memang ada sedikit baiknya plastik tapi keburukannya lebih memudaratkan kehidupan. Sama seperti janji-janji untuk jadikan Malaysia negara demokratik terbaik di dunia, ianya juga bersifat plastik. Cakap siang pandang-pandang; jika rakyat masih tidak nampak helah di depan mata ini, alamat gelap masa depan semua. Statistik bernombor yang ada sekadar menunjukkan bebanan yang sedang ditanggung oleh rakyat semakin bertambah. Bukankah antara rakyat yang sedang teruk menangggung ini juga adalah pengundi UMNO-BN? Jangan mudah terpedaya dengan helah bermukim atau bermuka manis. Setakat dihulur sedikit wang ringgit untuk disesali bertahun-tahun kemudian, itu bukan jalan keluarnya. Perubahan perlu tulen dan bukan sekadar janji-janji manis |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan