Sabtu, 24 September 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Bila KPN ( Ketua Pembodek Negara ) cuba berpolitik KANGKUNG...baik letak jawatan dan jadi calon BN Daaaa,,,....!!!!!!

Posted: 24 Sep 2011 01:32 PM PDT

Dalam pandangan seumpama yang jarang-jarang dikeluarkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh kalah dalam pilihan rayau mum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik.

Pendirian itu digariskan dalam satu buku berkaitan dengan 1 Malaysia yang diterbitkan sebelum pengumuman pentadbiran Najib mengenai ISA minggu lalu.

Menurut Ismail (gambar), isu ISA iaitu undang-undang yang diperkenalkan pada 1960, akan terus menjadi topik politik yang hangat untuk diperbincangkan dan pihak pembangkang akan terus menagih simpati dan sokongan pengundi.

Ismail yang menggantikan Tan Sri Musa Hassan September 2010 berkata, walaupun kerajaan berjanji untuk melihat semula akta tersebut khususnya dalam hal tanpa perbicaraan, namun banyak pihak yang meragui langkah itu.

Penggubalan dan penguatkuasaan ISA terletak di tangan kerajaan pusat, yang diterajui oleh BN sejak negara merdeka.

“Kerajaan dikatakan akan tetap menggunakan ISA sebagai serampang dua mata. Pada pihak kerajaan ISA penting untuk mengekalkan keamanan dan mengawal keselamatan negara tetapi pihak pembangkang terus menangih simpati dan sokongan pengundi,” kata beliau.

Justeru katanya, “jika kerajaan tidak dapat mengurus isu ini dengan baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang.”

Ismail mengatakan demikian dalam satu bab bertajuk “Keamanan dan Keselamatan Ke Arah Pembentukan Negara Maju” dalam buku berjudul “1 Malaysia Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020”.

Buku itu dikeluarkan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi perutusan khas sempena Hari Malaysia mengumumkan pentadbirannya akan memansuhkan ISA dan menggantikan dengan dua undang-undang baru.

Ismail berkata, tindakan pantas dan ‘pre-emptive’ yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia dalam menangkap elemen-elemen utama dalam kumpulan-kumpulan militan seperti Jemaah Islamiah (JI), Darul Islam (DI), Al-Qaeda dan Kumpulan Abu Sayyaf sejak 2001 merupakan faktor utama Malaysia terus selamat daripada sudut ancaman kumpulan militan di rantau ini.

Dalam tulisannya, Ismail juga menarik perhatian bahawa senario politik yang disaksikan pada Mac 2008 dijangka berlaturan pada masa-masa akan datang.

“Dalam pilihan raya umum ke-12, negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak jatuh ke tangan parti pembangkang. Di peringkat Parlimen pula, BN gagal memperoleh dua pertiga majoriti.

“Ini menyebabkan keadaan politik di peringkat negeri tidak menentu dan rapuh. Keadaan ini dijangka berlarutan pada masa-masa akan datang,” kata Ismail.

Tambah beliau, pemerintah di peringkat negeri hanya memperoleh majoriti mudah seperti yang dapat dilihat di negeri Perak.

Perikatan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri itu pada pilihan raya umum 2008 tetapi tumbang awal 2009 apabila tiga wakil rakyatnya bertindak keluar parti masing-masing.

Dalam perutusan khas Hari Malaysia Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Kata Perdana Menteri, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Najib menjelaskan, undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Katanya, apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa menteri.

Dalam ucapan sulung selepas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 Najib telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Malah, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Kroni Dan Suku Sakat UMNO-BN pukimak Selangor Semakin Terseksa Dan Terdesak....!!!!

Posted: 24 Sep 2011 01:02 PM PDT

 

Kita  bersetuju dengan  kenyataan  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa ada pihak yang tertekan sejak Pakatan Rakyat menerajui negeri tersebut dan mereka adalah kroni dan suku sakat Umno-BN.

Selama ini, golongan tersebut telah mengaut kekayaan menerusi pemberian projek secara terus, menjadi orang tengah dan para pelobi.

Ini mengulas kenyataan Muhyiddin yang berharap rakyat Selangor memilih BN dalam pilihan raya akan datang setelah rakyat kini didakwa "terseksa" bawah Pakatan.

Kenyataan timbalan perdana menteri itu membuktikan Umno-BN semakin terdesak untuk menagih simpati rakyat negeri ini.Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh perdana menteri yang orang Umno suka syok sendiri..

Yang tertekan ini juga adalah ahli perniagaan yang merasuah pegawai kerajaan dan orang politik untuk mendapatkan pertolongan dan pengecualian dari beberapa polisi dan syarat-syarat termasuklah melibatkan perumahan kos rendah bagi mengejar keuntungan berganda.

Lebih malang lagi, projek disiapkan dengan ala kadar menjadikan golongan berpendapatan rendah semakin tertekan..Ketika pentadbiran Umno-BN, tegasnya, ahli perniagaan berkenaan 'terlalu berkuasa'dan undang-undang tidak mampu menakutkan mereka, kerana mereka mendapat 'keizinan' dan 'dilindungi' orang politik.

Golongan yang tertekan juga adalah individu atau kumpulan tertentu yang menjadi orang tengah untuk mendapatkan projek atau tender dengan cara membodek orang politik bagi mendapat bayaran komisyen tinggi..

Golongan ini  juga tidak mempunyai modal atau kepakaran tetapi sekadar cukup ''menjual air liur kepada ahli politik.

Golongan ini tanpa segan silu berkunjung dan bersidai di pejabat orang politik, senario ini telah berlaku semenjak Muhyiddin menjadi menteri besar Johor dan ia masih berterusan sehingga sekarang.

Banyak projek besar bernilai jutaan dan bilion diberikan kepada kroni-kroni dan kemudian menjual tender tersebut kepada syarikat lain semata-mata untuk mendapatkan komisyen dengan kata lain untung atas angin tanpa mengusahakan sesuatu yang melibatkan keringat sendiri.

Tinjauan pendapat mendapati rakyat Selangor gembira dengan corak pentadbiran dan pengurusan pakatan rakyat yang tidak membenarkan golongan tertentu bersidai di pejabat menteri besar atau pegawai kanan kerajaan. Fenomena ini begitu meluas dilihat ketika pentadbiran Umno sebelum ini..

Sudah tentu, kroni Umno-BN tersebut tertekan kerana tidak lagi boleh membodek orang politik dan pegawai kerajaan kerana Kerajaan Selangor mengamalkan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.

Apa-apa pun,  mereka yang tertekan di bawah Pakatan Rakyat hanyalah golongan kecil yang tidak menjejaskan sokongan padu rakyat Selangor dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.

Manakala bagi rakyat biasa bila ditanya, sudah tentu Muhyiddin dan pemimpin Umno-BN lain akan terlopong melihat sokongan rakyat terhadap Pakatan yang telah berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat dengan pelbagai bantuan menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Dalam tempoh empat tahun, kerajaan pakatan rakyat Selangor  telah berbelanja lebih RM500 juta untuk rakyat dan sebahagian besarnya disalurkan untuk skim pemberian air percuma.

Mana mungkin rakyat Selangor tertekan dengan pemberian air percuma ini dan program-program kebajikan lain yang diberikan kerajaan Pakatan Rakyat.Amat memalukan apabila Muhyiddin sebagai orang nombor dua dalam pentadbiran negara dan nombor dua dalam parti membuat kenyataan sebegini dan memalukan dirinya sendiri,,

Siapa Yang Sebenarnya 'Terseksa' Muhyiddin?

SHAH ALAM 24 SEPT : Dakwaan timbalan perdana menteri bahawa rakyat Selangor terseksa di bawah pentadbiran tiga tahun Pakatan Rakyat di negeri ini disifatkan sebagai tindakan terdesak Umno Barisan Nasional.

Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafie berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin kini semakin terpaksa melakukan perang saraf apabila mendapati rakyat Selangor sebenarnya sudah cukup selesa dengan pentadbiran PR yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat.

"Rakyat Selangor hari ini bukan terseksa, yang terseksa sebenarnya adalah pimpinan-pimpinan kanan Umno dan Barisan Nasional kerana tidak dapat menipu duit rakyat untuk kepentingan mereka.

"Malah rakyat Selangor secara keseluruhan semakin selesa dan bukan terseksa," katanya pada satu majlis rumah terbuka DUN Sri Muda hari ini.

Tambah Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda, kisah dongeng betapa penting untuk Umno merampas kembali Selangor demi menyelamatkan rakyat di negeri ini tidak akan berjaya kerana warga Selangor sedia maklum apa yang mereka mahukan.

"Rakyat di Selangor hari ini cukup berterima kasih kepada kerajaan negeri dan juga di atas kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah menjalankan terlalu banyak program-program yang memberikan manfaat terbaik kepada rakyat.

"Malah mereka cukup bersyukur apabila Umno BN kalah di negeri Selangor dan Insya-Allah sokongan yang kita terima semakin meningkat dari hari ke hari," tambahnya lagi.

Beliau dalam pada itu berkata, dakwaan songsang Muhyiddin itu semalam di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang disifatkan sebagai tindakan menggelabah beliau yang tidak sabar mahu merampas tampuk pemerintahan negara.

"Jadi kita lihat sejak akhir-akhir ini ada percanggahan pendapat di antara Muhyiddin Yassin dan Najib Razak dan ini menggambarkan wujud kecelaruan yang besar daripada segi agenda memajukan negara atau pun memastikan kemenangan Umno dan BN di seluruh negara," katanya.

Shuhaimi berkata malah beliau yakin pada pilihan raya umum ke 13, rakyat di negeri Selangor tidak akan berpaling tadah untuk mengundi BN sebaliknya lebih ramai yang akan menyatakan sokongan mereka kepada PR untuk menuju ke Putrajaya.

Dalam pada itu, dakwaan Muhyiddin turut dibidas oleh beberapa pimpinan lain PR yang turut sama menyifatkan beliau dan sekutunya semakin tertekan untuk merampas semula Selangor dengan menggunakan apa jua taktik.

Menurut ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, Najib sebagai perdana menteri sendiri pernah menyatakan tekad akan merampas Selangor dengan apa cara sekali pun.

Justeru ujarnya yang juga timbalan presiden PKR, perkembangan negara mutakhir ini yang menyaksikan warga asing diberikan status kewarganegaraan sebagai bukti , pemerintah sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

"Ini memang kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Najib yang beliau akan merampas Selangor dengan apa jua cara sekali pun dan ini menunjukkan Umno sanggup
menggunakan cara-cara yang kotor dan jijik serta tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat negeri Selangor dan langsung tidak mempunyai komitmen untuk menyuburkan demokrasi di dalam negara dan di negeri Selangor.

"Sebab itu Umno terpaksa menggunakan cara kotor termasuk memberikan kad pengenalan kepada warga asing semata-mata untuk menjamin kelangsungan politik mereka," katanya.

Dalam pada itu, ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata, tindakan Umno-BN yang menggunakan bangunan-bangunan kerajaan seperti sekolah bagi tujuan berkempen hakikatnya tidak disenangi rakyat.

"Saya ingin tegaskan di sini, pada masa yang sama rakyat di negeri Selangor tidak sabar menantikan PRU 13 akan datang untuk tubuhkan kerajaan baru menuju ke Putrajaya," katanya. -tvsnews

Your link text here.

undefined

Jangan nak Kelentong....UMNO lah penghalang HUDUD sebenarnya.....

Posted: 24 Sep 2011 04:36 AM PDT

Setelah kecewa dengan isu komunis dan kemerdekaan kini Umno/BN menggunakan skrip lama iaitu isu Hukum Hudud bagi memecahbelahkan PR dan penyokong masing-masing. Hari ini akhbar pencacai meletakkan isu ini di muka depan, tidak lain tidak bukan untuk mensensasikan isu ini supaya PAS dan DAP berpecah belah dan rakyat tidak yakin dengan perpaduan dalam PR.

Semua ini adalah tanda-tanda PRU 13 semakin hampir. Isu ini dijadikan serampang dua mata iaitu untuk memecahbelahkan PR dan juga untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu lain yang merimaskan BN.

Saya mengharapkan pimpinan segera membuat kenyataan bersama dan jangan dibiarkan isu ini dimaipulasi oleh Umno/BN yang jahat dan batu api ini.

Kenyataan bersama pimpinan PR mesti dilakukan segera kerana sesungguhnya isu ini sebenarnya sudah lama selesai cuma ianya disensasikan berulang-ulang kali oleh pencacai Umno/BN sendiri guna untuk mendapat keuntungan politik murahan mereka.

Ayuh pimpinan apa tunggu lagi ....................!!!!!!!!!!

Hakikat sebenarnya bukan DAP yang mesti menghormati PAS sebaliknya Umno lah yang wajib menghormati PAS dalam isu ini kerana bukan DAP yang menjadi penghalang utama kepada pelaksanaan hudud tetapi Umno sendiri yang berbuat demikian dari dulu, kini dan entah sampai bila.

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pernah menghantar surat kepada kerajaan Kelantan seolah-olah mengugut supaya tidak melaksanakan hudud di Kelantan sebaik sahaja Kanun Jenayah Syariah negeri Kelantan di luluskan di Dewan Udangan Negeri Kelantan beberapa tahun lepas. Jadi siapa sebenar penghalang kepada hukum Hudud DAP atau Umno?

Kalau Umno/BN benar-benar ikhlas mahu ianya dilaksanakan maka sila pinda perlembagaan negara supaya negeri diberi kuasa untuk mengamalkan undang-undang jenayah mereka sendiri khususnya Hukum Hudud!!!!!!!!!!!!!!!!

 

mutaligat

rahsia besar pukimak boyfriend altantuya terlondeh...nafsu buas bagaimana bangsat nie suntut altantuya begitu juga nak meliwat kerajaan negeri selangor mengikut nafsunya sendiri...!!!

Posted: 24 Sep 2011 04:03 AM PDT

Patutlah Najib Altantuya terliur sampai ke sudah nak rampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

Rupa-rupanya ada udang di sebalik megi!

Dengan kedudukan kewangan kerajaan negeri yang sangat kukuh, wang TUNAI berjumlah RM1.1 bilion berada dalam simpanan, jelas tidak syak lagi Najib Altantuya akan sanggup menggunakan apa saja taktik dan tipu helah bagi memastikan Selangor kembali ke pangkuan Umno-APCO.

Jika nilai sebesar itu diterjemahkan dalam bentuk syarikat, pasti mana-mana bank berebut-rebut mahu menghulur pinjaman kerana yakin dengan prestasi kewangan dan amanah dalam menguruskan perbelanjaan di samping mengamalkan etika jimat cermat walaupun mempunyai dana yang besar.

Tetapi malangnya, Najib Altantuya tidak kira semua itu, pada hemat berpaksikan syaitannya, siapa pun yang akan menjadi Menteri Besar tidak penting asalkan wang rakyat RM1.1 bilion tersebut menjadi miliknya dan Rosmah Mansor.

Ketua Audit Negara sekarang, Ambrin Buang pasti tidak terkejut dengan pengumuman Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar kerana atas nasihat dan tunjuk ajar Penasihat Kewangan Negeri yang juga Ketua Pembangkang Anwar Ibrahimlah Selangor kini berada pada kedudukannya sekarang.

Jelas sekali matlamat Najib Altantuya hanyalah berpaksikan nafsu syatian semata-mata dan bukannya mahu membela nasib rakyat seperti mana yang kerap dimainkan pemimpin Umno-APCO hinggalah letusan tsunami Mac 2008 membadai melenyapkan keangkuhan parti yang semakin reput dari dalam itu.

Dan diharapkan agar lebih 280 ribu pengundi hantu yang diimport dari Indonesia akan bertukar hatinya dengan izin Allah SWT memangkah Pakatan Rakyat apabila tiba masanya nanti, amin...

berkaitan...

Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.

“Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.

Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat.

Katanya, Negeri Selangor juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di dalam jumlah pelaburan dalam negeri.

Jelasnya, semenjak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.

Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.

“Walhal pada awalnya adalah menjadi kekhuatiran yang teramat sangat dalam diri patik selaku peneraju Kerajaan Negeri yang baharu untuk memikul amanah majoriti rakyat majmuk di negeri Selangor yang inginkan pembaharuan dalam erti kata hasil mahsul negeri dinikmati secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat majmuk di negeri ini,” ujarnya.

Beliau menambah, demi kemaslahatan negeri dan rakyat negeri ini seluruhnya pula, Kerajaan Selangor sekarang melaksanakan dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang mengandungi pelbagai program kebajikan bagi membantu rakyat majmuk pelbagai peringkat agar dapat sama-sama menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini.

Menurutnya, melalui dasar itu, beliauk dan barisan kepemimpinan di peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung bersependapat bahawa hasil bumi negeri Selangor ini adalah milik rakyat Sultan Selangor.

Oleh itu, katanya limpahan daripada hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini sewajarnya dikembalikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor supaya sama-sama menikmatinya.

Katanya, dengan penduduk negeri berjumlah 5.3 juta orang yang terdiri daripada Melayu sekitar 49 peratus; Cina sekitar 29 peratus, India sekitar 16 peratus, dan keturunan lain sekitar 6 peratus, mereka tanpa mengira kelainan bahasa, agama, latar belakang pendidikan dan kecondongan politik, adalah layak menerima bantuan menurut program dan skim yang ditawarkan oleh kerajaan negeri sejak Jun 2008, sejajar dengan misi menjadikan Selangor sebuah negeri idaman, maju dan berkebajikan.

Beliau berkata, sejak dasar itu diperkenalkan 100 hari selepas menerajui pentadbiran Negeri Selangor hinggalah Jun 2011; sejumlah RM500 juta telah disalurkan terus kepada rakyat Selangor.

Selain itu, katanya Skim Air Percuma 20 meter padu berjumlah melebihi RM387 juta, Skim Tabung Warisan (RM1.8 juta), Hadiah Anak Masuk Universiti (RM19 juta), Skim Usia Emas dan OKU (RM49 juta) dan Skim Mikro Kredit Luar Bandar dan Kemiskinan Bandar yang kini melebihi RM2 juta dan berbagai-bagai bantuan kemasyarakatan yang akan diberikan secara berterusan.

Dalam bidang pelaburan pula, beliau bersyukur kerana negeri Selangor terus didatangi oleh para pelabur dari dalam dan dari luar negara.

Katanya, sejak Januari hingga 30 Jun tahun 2011 ini sahaja jumlah pelaburan negeri Selangor bernilai sebanyak RM5,200 juta iaitu 18 peratus dari keseluruhan pelaburan di dalam negara.

Beliau menambah, pelaburan tersebut terdiri dari pelaburan domestik sejumlah RM2,100 juta dan pelaburan asing berjumlah RM3,100 juta.

“Ini bermakna Selangor berada di tempat teratas dalam keseluruhan pelaburan di dalam negara,” katanya.

Menurutnya, dari jumlah RM5,200 juta pelaburan tersebut terdapat sebanyak 135 projek yang terdiri dari 89 projek baharu dan selebihnya 46 projek sedia ada.

“Hal ini menjadikan Selangor jauh meninggalkan negeri-negeri lain yang kebanyakannya mempunyai tidak lebih dari 50 projek,” katanya lagi.

Jelasnya, melalui pelaburan RM5,200 juta di atas Selangor telah berjaya membuka ruang pekerjaan sebanyak 10,000 pekerjaan yang kebanyakannya di dalam bidang elektronik dan elektrikal produk.

“Selangor berbangga menjadi penyumbang terbesar cukai dalam negara iaitu sebanyak 21 peratus pada 2010 dan kita menjangkakan jumlah yang sama dapat kita unjurkan pada tahun ini jika tidak jumlah yang lebih besar,” katanya.

Rakyat Selangor juga, kata beliau menikmati hasil dari pengurusan hasil pasir yang kini dijalankan secara tersusun kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri; Kumpulan Semesta Sdn Bhd di mana peningkatan hasil pasir amat ketara sekali.

Katanya, pada tahun 2007, kutipan royalti hasil pasir hanya RM4 juta, 2009 sejumlah RM 5 juta dan pada 2010 melonjak kepada RM11 juta.

Menurutnya lagi, manakala pada tahun ini setakat bulan Jun telah mencapai kepada RM12 juta.

“Sejak ditubuhkan hingga setakat Jun 2011, Kumpulan Semesta telah berjaya mengumpul keuntungan berjumlah hampir RM50 juta,” katanya.

sandiwara zaid kaki botol meng"KITAI" partinya untuk menjilat burid najib bakal tercapaikah...!!!

Posted: 24 Sep 2011 03:53 AM PDT

Mantan Menteri Dalam Negeri yang kini merupakan Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) iaitu Datuk Zaid Ibrahim (foto) bakal kembali kepada UMNO dalam masa terdekat ini. Ia berikutan beberapa "taktik licik" beliau untuk mengaburi mata rakyat dengan melakukan helah "perang dingin" sesama "orang kuat" parti baru-baru ini.

Sandiwara pergolakan dalaman itu dilakukan bagi memudahkan KITA dikuburkan dan Zaid kembali bersama UMNO sebelum pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi. Baru-baru ini, parti yang ditubuhkan Januari lepas, dikatakan bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan "tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan" Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC.

Tindakan memecat tiga anggota CWC setiausaha pusat Abdul Latif A. Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Malah, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah dikatakan akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan. Sekali pandang, memang rakyat melihat Zaid akhirnya teraniaya. Selepas keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dia kemudian cuba untuk menjadi "jaguh seperti Anwar" dengan "menakluki" parti kecil seperti Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) sebenarnya.

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan itu akhirnya menubuhkan parti Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pada awal Januari tahun ini. Keputusan drastik Zaid keluar PKR menerusi blognya dan kemudian memecat ahli CWC parti KITA menerusi SMS membuktikan memang ada sesuatu yang tidak kena kepada bekas Calon PKR di Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor ini.

Nampak benar, beliau bukanlah seorang tokoh pemimpin yang berwibawa untuk berjuang membela rakyat. Apa yang lebih dikejarnya ialah "pangkat dan jawatan". Biar pun dia mecipta sejarah sebagai satu-satunya Menteri di Malaysia yang meletakkan jawatan ketika "masih berkuasa", namun kini Zaid nampak begitu kecewa dengan keputusan beliau dulu.

Beliau sangka dia boleh disanjung sebagai "hero" seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun semua itu meleset. Akhirnya Zaid Ibrahim mencatur semula peluang untuk kembali kepada UMNO selepas melihat partinya sekarang "KITA" tidak mendapat sokongan majoriti rakyat. Malah, KITA dilihat tidak mempunyai harapan langsung untuk mendapat undi pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Jika adapun, mungkin ramai calon mereka akan "hilang wang pertaruhan" jika KITA terus menyertai PRU-13 menerusi pertembungan tiga penjuru.

Maka akhirnya, Zaid terpaksa mencari jalan terbaik untuk beliau kembali kepada UMNO. Bagai "bulan jatuh ke riba", peluang yang dinantikan Zaid akhirnya tiba bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini. Tindakan Najib itu, memberi ruang terbuka untuk beliau kembali kepada UMNO. Tambahan pula, ketika dia meletak jawatan dan meninggal parti itu, isu tentang ISA adalah antara punca yang menjadi faktor utama tindakan drastiknya dulu.

Zaid  harus diuji kesetiaan dan keikhlasannya untuk "kembali ke pangkuan UMNO". Dengan itu  Zaid mencari jalan agar dia dipecat oleh KITA, agar rakyat tidak nampak yang dia bersalah. Di atur strategi kononnya KITA bergolak agar "skrip nampak lebih real". Dalam masa yang sama dia juga mengeluarkan kenyataan memuji Perdana Menteri yang bertindak berani memansuhkan ISA, kerana itulah yang diperjuangkan ketika meninggalkan UMNO dan kerajaan.

Kini, satu lagi ujian terakhir yang mungkin diuji kepada Zaid Ibrahim. Beliau mesti meyakinkan rakyat bahawa kerajaan BN pimpina Najib harus dikekalkan kerana sudah melaksanakan segala pembaharuan termasuk memansuhkan ISA. Lantaran itu jugalah, Zaid khabarnya akan mengadakan jelajah demokrasi KITA ke seluruh negara bagi meminta rakyat menyokong usaha Perdana Menteri, menyelamatkan demokrasi di Malaysia.

Alasan kukuh beliau berbuat demikian sudah pastilah berkenaan pengumuman pemansuhan undang-undang darurat, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang berkaitan akhbar, yang memberikan kebebasan berhimpun dan bersuara kepada rakyat, adalah perisytiharan yang penuh bermakna dan bersejarah. Dalam satu kenyataan semalam, Zaid mengatakan adalah amat penting bagi rakyat di semua peringkat dalam negara ini memahami tujuan dan maksud transformasi dasar itu. Kononnya tanpa pemahaman yang mendalam, maka rakyat Malaysia boleh dikelirukan oleh pihak-pihak yang menentang transformasi berkenaan.

Tiada ulasan: