Sabtu, 24 September 2011

Muslimeen United

Muslimeen United


Kami Tidak Pelik, Kaki Konsert Tidak Terima Hukum Allah

Posted: 24 Sep 2011 04:08 AM PDT

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/314372_10150297177270952_157851205951_8344892_2136196313_n.jpg
http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/316943_10150297176760952_157851205951_8344881_479925805_n.jpg
http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/302985_10150297177330952_157851205951_8344894_1596695265_n.jpg
http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/302090_10150297177205952_157851205951_8344891_1605274939_n.jpg


"Dan janganlah kamu menukar ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Surah Al Ma'idah : 44)

Panas!! Gambar Tun Mahathir Baru Lepas Bersunat..

Posted: 24 Sep 2011 01:31 AM PDT


Ni gambar Tun Mahathir baru lepas bersunat.. Sebab tu dia suruh Tuan Guru Nik Aziz laksanakan hudud di Kelantan sekarang..siap cabar lagi tu. Masa dia tak bagi Kelantan laksanakan hudud sekitar 90an.. difahamkan Mahathir masih belum bersunat..

Selepas bersunat.. baru lah dia akil baligh!!..ha..ha..ha..
Gambar cilok dari Manjung Mari.

Sampai kiamat pun selagi umur kita ada, kita mesti tegakkan Negara Islam

Posted: 24 Sep 2011 01:29 AM PDT

- Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebutan akhirat tidak ada dalam Nasionalis, sebutan akhirat tidak ada dalam Komunis, sebutan akhirat tidak ada dalam Demokrasi, sebutan akhirat tidak ada dalam Sosialis. Nasionalis, Komunis dan sebagai lagi ini 'bekas' (tempat) manusia hidup sekarang. Sebenarnya, semua itu bukan boleh jadi bekas untuk manusia kerana itu ideology manusia.

Bagaimana manusia boleh buat peraturan untuk manusia hidup. Manusia tidak boleh buat peraturan untuk manusia, tapi yang boleh buat peraturan untuk manusia adalah 'tukang' (pencipta) yang buat manusia. Lembu tidak boleh jaga lembu, tapi yang boleh jaga lembu 'tuan' (pemilik) lembu. Tuan manusia ialah Allah SWT. Bagaimana Allah hendak jaga manusia melalui al-Quran dan Nabi Muhamad SAW. Allah yang buat manusia lebih tahu untuk jaga manusia.
Al-Quran jadi dasar kita orang Islam. Sama ada orang Islam itu PAS atau tidak PAS, dasar kita orang Islam adalah al-Quran.


Sekarang timbul balik hudud, alhamdulillah. Hudud kita buat, kita jemput para ilmuan, di kalangan ahli pondok, kalangan Universiti, golongan pensyarah di Kuala Lumpur, di Kelantan. Kita buat Enakmen Hudud yang telah dilulus oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan. 100 peratus dan Umno pun sokong masa itu, Parti Melayu Semangat 46 sokong, kerana kita (PAS) pegang kerajaan.

Bila kita buat hudud, Perdana Menteri Malaysia yang masih hidup sekarang ini beri "Amaran" dalam bulan Ramadan. Jika Kelantan buat hudud dia (pusat) akan bertindak.  Antara tindakan yang pernah Umno-BN buat suatu masa dahulu ialah "mageran". Dia bakar tayar, dia baker bangsal polis seorang dua, dia istihar darurat, dia 'rampas' semua kerajaan Kelantan. Semua kerajaan negeri dirampas oleh kerajaan pusat. Kita (PAS) bimbang dia buat pula kali kedua.

"Cikgu" Allah Ta'ala ialah Nabi Muhamad SAW. Anak kita di sekolah jawab periksa sebagaimana yang cikgu ajar di sekolah. Anak kita hendak lulus mesti jawab seperti hak cikgu ajar. Manusia hendak 'lulus' (selamat) mesti ikut hak cikgu Allah Ta'ala ajar iaitu Nabi Muhamad SAW. Ekonominya, sosialnya, rumahtangganya, budayanya.

Kita sampai kiamat pun selagi umur kita ada (hidup) kita mesti tegakkan Negara Islam. Banyak orang takut Negara Islam. Usahkan hudud malah takut Negara Islam. Orang takut kepada Negara Islam ini macam takut ke 'hantu'. Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu pun bagaimana hantu tetapi takut kepada hantu. Hudud Islam pun begitu juga, takut kepada hudud. Kenapa takut hudud, tidak tahu. Melayu, India, Cina sama. Saya pergi ke Perak dalam 15 tahun lalu, saya kata Cinalah yang paling utama sokong hudud. Ini kerana, orang curi tidak mencuri di rumah orang miskin tapi rumah orang kaya. Cina dengan melayu mana lebih kaya, tentulah Cina yang selalu kena rompak. Betul kata orang Cina kepada saya.

Sepatutnya, orang Melayulah yang sokong hudud tapi dukacita kerana dia juga antara orang yang menentangnya. Kita kempen, kita doa mudah-mudahan mereka semua boleh terima hudud Islam.


*** Sebahagian Teks Ucapan Menteri Besar Kelantan. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pada Majlis Makan Malam Dana Kebajikan Insaniah, Di Dewan Permata, Permai Inn, Kuala Terengganu Pada 23 September, 2011

Hadir sama pada majlis Anjuran Pas Kawasan Kuala Terengganu tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Adun Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, dan Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

Terkini! Najib Tetap Pendirian Tolak Hudud!

Posted: 24 Sep 2011 01:27 AM PDT


Dedikasi ini buat Tok Guru Nik Aziz yang disayangi. Percayalah Tok Guru, kami anak-anak muda berjanji akan terus setia berjuang hingga titisan darah yang terakhir dibelakang Tok Guru dalam memperjuangkan Islam di Kelantan khususnya dan Malaysia secara amnya. Allahukhbar!

Tiada 'lampu hijau' laksana hudud, tegas Najib

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1994.

Ketika bercakap kepada pemberita sempena lawatan kerja ke Tanjung Tualang di Perak hari ini, Perdana Menteri berkata, undang-undang Islam itu tidak sesuai untuk dilaksanakan sebab kerajaan perlu realistik dengan situasi negara ini.

Siapa karut, Mat Sabu ke Zainal Kling?- Subky Latif

Posted: 23 Sep 2011 06:55 PM PDT

Saranan Zainal Kling bercanggah dengan isi sejarah yang sudah ditulis. Semua buku sejarah yang diguna di sekolah rendah, menengah dan universiti mengatakan Tanah Melayu pernah dijajah.
MAT Sabu menyarankan supaya sejarah ditulis semula disebabkan oleh sejarah kemerdekaan tidak ditulis dengan betul. Maka sekalian penyokong kerajaan mengira Mat Sabu mengarut.

Dalam reaksinya atas kontroversi Mat Sabu itu, Prof. Zainal Kling, jika di barat dipanggil Prof. Kling saja berpendapat Tanah Melayu tidak pernah dijajah British. Pro Mat Sabu pula mengiranya karut juga.

Saranan Prof. Kling disukai oleh Tun Dr. Mahathir. Prof. Khoo Kay Kim rasanya tertarik dengan saranan itu. Prof. Ramlah Adam pula tidak menyanggahnya.

Kesemua mereka tidak suka dengan saranan Mat Sabu; tidak tertarik supaya sejarah itu ditulis semula. Tetapi sedarkah kita saranan Zainal Kling itu telah membantu menguatkan saranan Mat Sabu supaya sejarah negara kita ditulis semula.

Saranan Zainal Kling bercanggah dengan isi sejarah yang sudah ditulis. Semua buku sejarah yang diguna di sekolah rendah, menengah dan universiti mengatakan Tanah Melayu pernah dijajah.

Semua orang baik jadi ahli politik pro kerajaan dan pembangkang, yang tidak terlibat dengan politik, buta huruf dan berpelajaran, sebelum dan selepas 31 Ogos 1957 merasakan Inggeris pernah menjajah negara mereka.

Bagi ketua sekalian profesor itu sejarah yang diketahui oleh semua orang adalah tidak betul.

Mat Sabu kata, penulisan sejarah saja yang tidak betul. Dia tidak kata sejarah yang melibatkan British itu tidak betul. Maka menganjurkan supaya sejarah bertulis itu dibetulkan. Prof. Kling tak suruh sejarah itu ditulis semula tetapi padanya sejarah yang difaham oleh semua orang itu adalah tidak betul.

Persoalannya adakah hendak dibiarkan ia tidak betul dan adakah hendak diajar juga yang dikatakan tidak betul itu kepada murid-murid dan orang ramai?

Ini telah menjadikan semua orang bercelaru dan keliru tentang sejarah yang diketahui itu dan sejarah yang ada itu juga bercelaru dan mengelirukan.

Justeru itu saranan Mat Sabu supaya ditulis semula sejarah sudah payah ditolak.

Jika sejarah itu tidak ditulis semula, orang sudah tidak tahu apakah sejarah yang diajar itu boleh dipakai atau tidak, sedang di bawah dasar yang ditentukan oleh menteri pelajaran sekarang Tan Sri Muhyidin Yasin, sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib lulus.

Adakah hendak ajar yang Mat Sabu kata tidak tepat dan Zainal Kling kata tidak betul?

Kesimpulannya buku sejarah itu kena buat yang baru. Nilai semula mana yang betul dan mana yang diselewengkan.

Antara yang kena jelaskan macam mana sebelum merdeka dulu Semenajung Tanah Melayu boleh ditukar menjadi Malaya. Sebelum datang ke Tanah Melayu, semua peta dunia menamakan negara kita ini Semenanjung Tanah Melayu. Buku sejarah dunia pun mengenalinya Semenanjung Tanah Melayu.

Selepas British datang ia ditukar menjadi Malaya. Buku sejarah dunia dan peta dunia pun memanggilnya Malaya. Universiti yang pertama ditubuhkan sebelum merdeka dulu dinamakan Universiti Malaya atau Univercity of Malaya. Hingga sekarang nama itu dikekalkan.

Siapa yang menamakannya Malaya? Inggeriskah atau Raja-Raja.

Jika Inggeris datang untuk berkhidmat kepada para Sultan, mengapa orang Inggeris tidak guna bahasa yang dipakai oleh Sultan dan yang digunakan oleh orang Melayu? Mengapa digunakan dalam pentadbiran dan urusan rasmi dalam bahasa Inggeris iaitu bahasa yang tidak difahami oleh rakyat dan tidak juga diketahui oleh para Sultan?

Bila sekolah diadakan, sekolah Melayu ada setakat darjah enam saja, tetapi sekolah Inggeris sampai darjah sembilan. Kalau Inggeris itu datang untuk berkhidmat saja bagaimana mereka ada kuasa menukarkan sesetengah sultan.

Sebelum Inggeris datang ke Perak, Perak sudah ada sultan. Bila ia datang ia boleh tukar sultan itu dengan Sultan Abdullah. Bila ada masalah dengan Sultan Abdullah dibuangnya Sultan Abdullah ke pulau di tengah laut dekat Afrika dan digantinya sultan baru.

Bila Inggeris datang semula selepas Jepun kalah, ditukarnya Sultan Selangor dengan yang baru dan Sultan Terengganu pun digantikannya dengan yang lain.

Kalau sekadar hendak menolong sultan, masakan sampai boleh menukar sultan.

Tentang bahasa pula, hingga hari ini Bahasa Melayu belum boleh menggantikan bahasa Inggeris gara-gara adanya kuasa Inggeris sebelum merdeka dulu.

Apa hendak kita tentang sejarah seperti itu?

Dan kalau yang dijajah Inggeris itu sekadar Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, mengapa perjuangan kemerdekaan itu dituntut oleh orang Perak, Kedah, Selangor, Kelantan, Johor, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Perlis.

Tuntut merdeka untuk Pulau Pinang dan Melaka sajalah! Sepatutnya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 itu tidak diisytiharkan di Kuala Lumpur. Proklamirkan di Melaka dan di Pulau Pinang saja, tidak perlu libatkan negei lain di Semenanjung.

Zainal Kling tentu setuju. Kalau dia tidak setuju, dialah yang karut. Bukan Mat Sabu.-Hrkh

Pelajar hilang sejak 13 Sept lalu gagal dikesan

Posted: 23 Sep 2011 06:47 PM PDT

KUALA LUMPUR : Seorang pelajar, Muhamad Akram Sujut, 16, (gambar) hilang dan tidak dapat dikesan sejak 13 September lalu apabila beliau didapati masih belum pulang ke asrama sekolahnya di Pondok Beta Hilir di Kota Bharu, Kelantan hingga hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai diminta berkerjasama mengesaninya serta melaporkan kepada keluarganya dengan segera jika menemuinya di sebarang tempat bagi menyelamatkan beliau dari segala kejadian tidak diingini.

Ayahnya, Sujut Esmon, 45, yang tinggal di B8-10-8, Flat Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor amat mengharapkan kerjasama orang ramai untuk mengesani anaknya bagi menyelamatkan Muhamad Akram dan membolehkan beliau menjalani kehidupan seperti biasa.
Menurut Sujut, kehilangan Muhamad Akram amat menyedihkan beliau dan seluruh keluarganya serta penuh tanda tanya, setelah beliau menghantarnya ke Stesyen Bas Hentian Putra, di sini, pada jam 10.00 malam 12 September lalu untuk pulang ke asrama sekolahnya.

Katanya, pada sekitar jam 8.15 pagi 13 September lalu, Muhamad Akram ada menelefon beliau melalui telefon bernombor 09-7434447 dan memberitahu kepadanya bahawa beliau telah sampai di Stesyen Bas Kota Bharu.

"Melalui perbualan menerusi telefon itu, dia juga meminta nombor telefon ustaznya yang bernama Nazri daripada saya," katanya ketika berkunjung ke pejabat Harakahdaily, di sini, hari ini.

Pada petang hari yang sama, menurut beliau, beliau telah menerima panggilan telefon daripada kawan anaknya yang tidak beliau pastikan namanya melalui telefon bernombor 014-8092693 yang memberitahu anaknya masih tidak sampai di Pondok Beta Hilir.

Katanya, sehingga ke hari ini, anaknya masih juga tidak sampai ke Pondok Beta Hilir dan gagal dikesani, walaupun berbagai usaha telah dilakukan oleh beliau, keluarganya, saudara maranya dan rakan-rakannya untuk mencari dan mengesani anaknya.

Dalam usaha mencari Muhamad Akram, beliau telah mendapatkan kerjasama daripada pihak polis dengan membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Kota Bharu, Kelantan pada 15 September lalu.
Beliau yang berkerja sebagai peniaga menjelaskan, usaha mencari anaknya telah dilakukan di Kelantan termasuk di Tanah Merah dan Machang, dengan kerjasama saudara mara dan sahabat handai beliau dan isterinya yang berasal dari Machang.

Selain itu, berita mengenai kehilangan anaknya telah disiarkan di TV3 pada pagi semalam, setelah beliau berkunjung ke stesyen TV3 untuk memaklumkan kejadian itu.

"Tetapi sehingga sekarang, anak saya masih juga tidak ditemui. Inilah yang merisaukan kami sekeluarga. Saya amat mengharapkan kerjasama orang ramai untuk mengesani dan mencari anak saya itu," katanya.

Anak beliau, jelasnya, mempunyai ketinggian lebih kurang 5 kaki 6 inci, berkulit putih, berbadan sederhana.
Semasa keluar dari rumah, Muhamad Akram berpakaian T shirt putih berline hijau dan berseluar jeans hitam.
Kepada orang ramai yang menemuinya diharap menghubungi Sujut di talian 019-3389960 atau 013-3134223. -Hrkh

Umno Johor Bergolak. Najib pasang spy memerhatikan pergerakan Muhyiddin

Posted: 23 Sep 2011 03:58 PM PDT



 Barisan Nsasional (BN) Johor mungkin terheret ke kancah perbalahan politik apabila akhbar-akhbar tempatan mula melaporkan bahawa Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, mungkin digantikan pada pilihan raya umum akan datang, demikian menurut satu laporan sebuah laman berita setempat.

Datuk Abdul Ghani, yang telah memegang jawatan itu sejak tahun 1995, dikatakan tidak lagi menjadi pilihan sejak dua pilihan raya umum yang lalu, kata laporan laman berita Malaysiakini, semalam.

Bagaimanapun, disebabkan campur tangan pihak istana dan faktor-faktor politik, beliau telah berjaya bertahan dan mengekalkan jawatannya sebagai menteri besar negeri tersebut, tambah laporan itu lagi.


Namun, baru-baru ini, khabar angin sekali lagi bertiup kencang di Johor bahawa BN mungkin meminta Datuk Abdul Ghani bertanding di kerusi parlimen dan menyerahkan jawatannya kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Spekulasi itu diperkuatkan lagi apabila akhbar-akhbar bahasa Cina di Malaysia melaporkan bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail, mencemar duli secara mengejut di rumah terbuka sempena meraikan Aidilfitri Datuk Seri Mohd Khaled di Johor.

Menurut laporan berkenaan ia seolah-olah tanda mendapat restu atau perkenan daripada pihak istana.

Sultan Ibrahim menggantikan bapanya, Allahyarham Sultan Iskandar Ismail, pada Januari 2010.


 Allahyarham Sultan Ismail dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Datuk Abdul Ghani, demikian lapor laman berita tersebut.

Johor memang telah lama menjadi kubu kuat BN dan Umno.

Namun, tidak menjadi satu rahsia lagi bahawa terdapat pelbagai puak dalam Umno di negeri itu.

Ada yang mengatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, merancang untuk meletakkan para penyokongnya di negeri tersebut untuk 'memerhatikan' pergerakan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga berasal dari Johor.

Akhbar-akhbar tempatan juga telah menyenaraikan beberapa nama sebagai calon berpotensi untuk menggantikan Datuk Abdul Ghani.

Selain daripada Datuk Seri Mohd Khaled, terdapat beberapa nama calon lain: Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad; Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Abdul Latiff Ahmad; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba, turut berada dalam senarai berkenaan, tambah laman berita itu.

Kerajaan Rakyat

Pentadbiran berkebajikan Pakatan Rakyat untungkan rakyat..

Posted: 23 Sep 2011 03:49 PM PDT

Dasar Pakatan Rakyat memperkenalkan pentadbiran berkebajikan menguntungkan negara dan rakyat, kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Menurutnya, pentadbiran bersih yang diamalkan Pakatan Rakyat khasnya di Selangor mencatat prestasi kewangan yang baik apabila berjaya menambah simpanan tunai sebanyak RM1.1 bilion.
"Pakatan Selangor baru perintah tiga tahun, namun berjaya menambah simpanan tunai sebanyak RM1.1 bilion dan menjadi rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau percaya kejayaan itu diperoleh hasil titik peluh, kesabaran dan komitmen bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat Selangor.
"Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) berjaya membuktikan agenda mengutamakan kebajikan rakyat membawa keuntungan berlipat ganda sekaligus membuktikan pengurusan cekap, telus dan amanah mampu memberi pulangan baik kepada rakyat dan negeri.
"Sementara ketirisan, pemborosan serta kepimpinan khianat merugikan kerajaan, negara dan rakyat," katanya.
Di bawah pentadbiran Umno-BN selama lebih 50 tahun, wang rakyat dirompak dengan kekayaan negara hanya dinikmati segelintir kecil kroni yang rapat dengan pemerintah.
Negara mencatatkan rasuah dan ketirisan pada kadar yang tinggi iaitu sebanyak RM28 bilion setahun sepertimana didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.
Sementara RM24 bilion subsidi diberikan kepada sektor korporat termasuk penjana tenaga bebas yang memperoleh RM19 bilion setahun, berbanding RM11 bilion subsidi kepada rakyat yang cuba ditarik balik.
Justeru itu, Pakatan Rakyat memperkenalkan Buku Jingga, satu dokumen bersama yang menggariskan keutamaan dalam perbelanjaan negara dan menutup segala ketirisan dalam sistem kewangan negara.
Kejayaan tersebut terbukti berlaku di Selangor dan Pulau Pinang apabila kerajaan mempunyai lebihan pendapatan.
Buku Jingga turut menggariskan 10 program Pakatan Rakyat dalam masa 100 hari mentadbir negara ini, antaranya merombak struktur subsidi dan  menghapuskan tol.

Tiada ulasan: