Rabu, 21 September 2011

pemuda cheh

pemuda cheh


Kalau nak ke PUTRAJAYA perlu menyerang

Posted: 21 Sep 2011 01:12 AM PDT

tidak perlu melayan isu yang dimainkan oleh UMNO tetapi perkara yang perlu dilakukan adalah terus menerus membongkar segala penyelewengan dan ketidakadilan yang berluasa. ini tindakan yang wajar dibuat oleh semua kepimpinan Pakatan Rakyat. biar puak-puak UMNO dan sekutunya sibuk untuk bertahan dengan segala alasan yang rata-rata rakyat tahu penuh penipuan dan dusta.


Jika dilihat kebelakangan ini banyak isu-isu yang dimainkan oleh media pencacai UMNO yang menyebabkan pemimpin PR sibuk untuk bertahan dengan jawapan-jawapan yang diputar belitkan oleh media cetak dan juga elektronik. dari isu gereja di selangor, isu tuntutan perubatan di pulau pinang dan terbaru isu sensasi bukit kepong. Hingga hilang isu-isu kepincangan dan penipuan yang berlaku kepada daftar pengundi dan pemberian warganegara yang sewenangnya pada warga asing.

Kenapa tidak disensasikan isu kapal milik Tentera Laut kita yang hampir karam dikala memburu kapal milik negara cina. Penjualan saham syarikat penerbangan negara kepada syarikat tambang murah yang ibarat ikan bilis menelan ikan yu. Kos sara hidup yang kian mencengkam rakyat Penurunan harga ayam yang dijanjikan oleh PM 1 malaysia di Kedah yang sehingga hari ini tak turun-turun.Kesesakan di lebuhraya dimusim perayaan yang tidak sepatutnya berlaku kerana pengguna membayar harga yang mahal untuk mendapatkan keselesaan pemanduan dan penjimatan masa, seperti kata mantan PM dan menteri jalanraya yang kini menetap di selatan india kalau nak selesa dan cepat kenalah bayar lebih.

Pakatan Rakyat perlu menubuhkan satu seketariat atau panel pemikir seperti APCO untuk menilai dan mencari isu-isu sensasi yang dapat mencerahkan lagi peluang pakatan rakyat untuk menawan PUTRAJAYA.
kalau kita hendak menang, kita perlu menyerang bukan bertahan, kalau bertahan, berapa lama kita boleh bertahan.
 

Mat Sabu Terus Dikagumi Rakyat

Posted: 21 Sep 2011 12:39 AM PDT

Ketika hebat dikecam pelbagai pihak sejak kebelakangan ini, namun masih terdapat sejumlah besar penduduk luar bandar yang masih menyokong dan mengagumi kenyataan berani Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berhubung isu Mat Indera, komunis serta pejuang kemerdekaan.

Seorang pekerja swasta, Abdul Hamid Zainal Abiddin, 52, berkata, kenyataan Mat Sabu itu ada kebenarannya dan ia berjaya 'membuka mata' pihak terbabit.

Menurutnya, nama-nama yang dibangkit Mat Sabu adalah pejuang kemerdekaan namun nama mereka tidak disenaraikan kerana menentang penjajahan British.

"Sejarah tingkatan tiga tercatat bahawa British mengharamkan pertubuhan yang bangkit memperjuangkan kemerdekaan seperti PKMM, Angkatan Wanita Sedar (Awas) dan Angkatan Pemuda Insaf (Api).

"Pertubuhan ini yang berjuang ke arah kemerdekaan negara dari penjajahan. Tetapi Umno ketika itu bersekongkol dengan British dan hanya membawa slogan 'Hidup Umno' bukan bergerak sebagai pejuang kemerdekaan," katanya ketika ditemui pada Jamuan Hari Raya dan Perasmian Pejabat Pas Maran, di sini.

Seorang peniaga, Abu Hanafiah Mohammad, 42, berkata, dia bersetuju dengan cadangan agar sejarah negara ditulis semula kerana terdapat beberapa pengkaji sejarah yang mengiktiraf pejuang berhaluan kiri dalam membebaskan tanah air ini dari cengkaman penjajah.

Menurutnya, pemimpin pertubuhan yang enggan bersekongkol dengan penjajah tidak diiktiraf oleh kerajaan namun kini, rakyat semakin bijak menilai sesuatu isu berbangkit.

"Saya rasa, sebab ini ramai yang tidak berpatriotik menyambut Hari Kemerdekaan malah ramai tidak mengibarkan Jalur Gemilang.

"Ini kerana, sambutan kemerdekaan adalah sambutan Umno dan bukan sambutan rakyat sepenuhnya," katanya

Menahan Lapar Kerana Menghormati Tetamu

Posted: 20 Sep 2011 06:17 PM PDT


Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w. dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. 

Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w., saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu." 

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?" 

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya." 

Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, 

"Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." 
(Al-Hasy : 9)

UMNO bukan pejuang sebenar kemerdekaan

Posted: 20 Sep 2011 04:54 PM PDT

Oleh Hishamuddin Rais

British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja' memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.



Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk - Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kisah-kisah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British's running dog atau budak suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja budak suruhan British.

Perjuangan mengangkat senjata melawan British bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascis Jepun. Ini adakah jawapan anak semua bangsa terhadap fascis Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.

Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan antiimperialis.

Kuasa imperialis kulit putih (white colonial power) - Portugis, Belanda dan British - datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi - bijih, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya, gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di kepulauan nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.

Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu - mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong - adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.

Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman , sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul-betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi, sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.

Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan merdeka! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampuh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.

United Malay National Organisation bukan sahaja tidak berani melaungkan merdeka malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oksigen'. Masih tidak jelas, apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oksigen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan 'hidup Melayu'. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.

Lawak seram , hidup Melayu, masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan hidup Melayu hari ini adalah kaum mamak yang semakin disangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa mereke ini suka melaungkan hidup Melayu memerlukan satu kajian yang lebih rapi.

Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar: TIDAK - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan masa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampuh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial British telah mengistiharkan apa yang dipanggil 'darurat'. Perkataan 'darurat' ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan 'darurat' agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

Apabila darurat diistiharkan, kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti, kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy, Ishak Haji Muhamad, Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adakah nama-nama nasionalis yang dikehendaki oleh British.

Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan hidup Melayunya kerana ramai pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

British dengan licik telah lebih awal merancang satu strategi untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan MalayanUnion. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep MalayanUnion ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.

Justeru apabila darurat diisytiharkan dua tahun kemudian pada tahun 1948, pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association - semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi budak suruhan British yang setia. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia. Akhirnya Tunku menjadi pilihan British.

Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.

Hari ini, pada September 2011, United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas rumah pasung Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuagan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indera - seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahihkan bahawa United Malay National Organistaion adalah budak suruhan setia British. Ini kerana sarjan ketua rumah pasung Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey - seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya mengharubirukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja budak suruhan yang setia malah telah menjadi amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan ke atas rumah pasung Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasung Bukit Kepong ialah benderaUnion Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen.

Tiada ulasan: