Rabu, 21 September 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Muhyiddin Yassin itu ANAK PARIA.. Sang Kelembai kata.

Posted: 21 Sep 2011 07:40 AM PDT



"DI BAWAH pentadbiran Muhyiddin Yassin, Umno Wilayah (Persekutuan) sudah jadi macam parti mak bapak dia..Dia buat apa dia suka..Kerana dia penyamun besar yang berselindung atas nama nasionalisme Melayu dan Islam..Maka dilantiknya jawatan kanan Umno bahagian bdr tun razak semuanya banduan politik wang."


"Muhyiddin Yassin itu anak paria," tulis Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin yang juga bloger Sang Kelembai dalam laman Facebook (FB) beliau.

Beliau menulis lagi,"16 September 2011 bermula konspirasi hendak menjatuhkan PM Najib oleh Muhyiddin Yassin, dgn perlantikan setiausaha dan bendahari bekas banduan politik wang dan seorang yd diadukan melanggar perlembagaan Umno, maka dengan sendiri Parlimen Bandar Tun Razak yg dinamakan sempena bapa PM Najib dgn mudah akan dimenang oleh pembangkang. Maka Muhyiddin Yasin akan minta PM Najib letak jawatan saperti yg pernah dia lakukan kpd Abdullah Hj Ahmad."




Apa yang ditulis Zaharin menunjukkan politiking dalam Umno memang hebat. Sentiasa panas dan bergolak. Selalunya kemelut dalaman Umno tidak diketahui rakyat kerana ia dapat disembunyikan oleh media tali barut Umno. Bila dibongkarkan satu-persatu mereka kata, ianya hanya ibarat 'ribut dalam secawan kopi.'

Ribut dalam Umno kali ini memang hebat dan tidak dapat dibendung. Ia diluahkan dan didedahkan secara terbuka oleh bloger-bloger dan facebookers Umno. Laman sosial FB menjadi tempat mereka melepaskan geram terhadap seteru politik dalam Umno.

Zaharin begitu berani mengambil risiko menghentam dan mengecam Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin digelar sebagai anak paria, penyamun besar dan perosak Umno. Lebih hodoh lagi, Zaharin yang juga Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak mendakwa beliau ada maklumat bahawa Muhyiddin terbabit hendak menjatuhkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam tulisannya di laman FB, Zaharin berkata, beliau akan mendedahkan hal tersebut tidak lama lagi.

Zaharin melepaskan geramnya kepada Muhyiddin dipercayai kerana terdapat usaha TPM selaku Pengerusi Umno untuk meletakkan 'orangnya' menggantikan beliau sebagai Setiausaha Umno Bahagian.

Malah dalam laman FBnya, Zaharin terus menyerang Muhyiddin kerana melantik orang-orang bermasalah dan yang jelas terbabit dalam politik wang seperti Dato' Mokhtar Samad dan Amil Salleh di bahagian tersebut.

Menulis mengenai Zaharin bukan bermakna menyokong beliau. Sebab Zaharin memang jenis out-spoken. Dalam posting beliau selalu menyerang PAS dan Pakatan Rakyat. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim sering menjadi 'ulam' beliau.

Saya ketepikan soal serangan Zaharin terhadap Pakatan Rakyat buat seketika. Yang penting sekarang bukan soal Zaharin sebagai penulis dalam blog atau FB. Beliau ada jawatan. Selaku Setiausaha Umno Bahagian dan Setiausaha BN Bahagian, kuasanya agar besar dan berpengaruh. Beliau juga terbabit sebagai AJK Umno Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana itu serangan dan kecaman beliau terhadap TPM memang ada weight yang tersendiri. Sebab apa seorang yang berjawatan sanggup menyerang Timbalan Presiden Umno yang juga Pengerusi Umno negeri? Kata-kata yang dihamburkan pula bukannya kritikan biasa.

Gelaran 'anak paria' terhadap Muhyiddin yang berbangsa Melayu dan beragama Islam adalah sedahsyat-dahsyat gelaran. Jika ada kalangan orang India pun tidak setuju jika ungkapan paria digunakan kepada mereka walaupun ia ada dalam kamus mereka, inikan pula orang Melayu-Islam menerima geralan sedemikian.

'Anak paria' yang dikatakan Zaharin bukan sekadar paria, dia adalah penyamun besar, pembela golongan rasuah dan bermasalah dalam Umno. Lebih dahsyat lagi 'anak paria' itu dituduh merancang hendak menjatuhkan PM kesayangan Zaharin.

Sudah tentu serangan Zaharin terhadap Muhyiddin tidak dapat diterima juak-juak Muhyiddin. Melalui blog Cucu Tok Selampit mereka menyerang Zaharin dan menggesa Umno memecatnya.

Zaharin kata blog tersebut sebagai politikus yang tidak bermaruah. Zaharin dituduh menyerang bekas PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kemudian mencium tangan Abdullah selepas mendapat habuan yang dikehendaki. Gambar Zaharin memeluk dan mencium tangan Abdullah juga disiarkan mereka.

Bloger Umno yang marah dengan Zaharin mendakwa beliau menjalankan politik 'peras ugut'. Zaharin didakwa memeras ugut ahli politik (termasuk TPM), kemudian mereka diminta 'menghulurkan habuan' jika serangan terhadap mereka hendak dihentikan.

Bloger Umno yang tidak puashati dengan kecaman Zaharin terhadap Muhyiddin, terus menyerang beliau dan mendakwa Zaharin mempunyai kelaku yang amat buruk. Kata mereka Zaharin tidak layak menjadi ahli Umno kerana banyak komen-komennya merosakkan Umno.

Membaca komen-komen yang diposting mereka naik tergelak dibuatnya. Macamlah mereka yang duduk dalam Umno suci macam Malaikat Jibril.












Artikel penuh sila baca di SINI

PANAS!! Video Seks Anwar Ibrahim durasi 16min dah tersebar ...

Posted: 21 Sep 2011 04:02 AM PDT



Kalau menurut apa yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ini Video Seks Versi Baru yang sekali lagi dikaitkan dengan Anwar mempunyai durasi 16 minit 16 saat telah disiarkan dan tersebar dalam beberapa laman blog termasuk PapaGomo pada hari Selasa.


Video Seks versi mana pulak ni?

Setahu aku kalau video terbaru yang disiarkan oleh PapaGomo yang bertajuk 'Bapak Anwar diAmpang Apartment hanya mempunyai durasi 3 minit 48 saat sahaja.

Tak jumpa pulak aku Video Seks versi baru yang dimaksudkan oleh Ketua Polis Negara walaupun beberapa blog pro UMNO aku redah..

Kalau korang jumpa.. sila tinggalkan link blog yang menyiarkan Video tersebut dalam ruangan komen ya..

Aku tak tahu bagaimana seorang Ketua Polis Negara boleh mengeluarkan kenyataan yang sangat tidak tepat itu sekaligus membuktikan kepada kita bahawa beliau tidak tahu apa yang dicakapkannya itu..

Atau mungkin juga ini satu promosi untuk Video Seks terbaru tu kot??


Video Seks Versi Baru: Polis Akan Buka Kertas Siasatan
Oleh IWAN-SHU ASWAD SHUAIB

KUALA LUMPUR: Pihak polis akan membuka kertas siasatan baru berhubung klip video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana telah dimuatnaik pada Selasa di beberapa laman blog termasukpapagomo.com.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagaimanapun berkata, ia hanya akan dibuat sekiranya terdapat laporan polis mengenai perkara itu.

"Kita perlu meneliti rakaman itu sebelum membuat siasatan baru.

"Prosedur siasatan yang sama akan dilakukan seperti kes (video seks dikaitkan dengan Anwar) sebelum ini bagi proses pendakwaan," katanya pada sidang media selepas Majlis Ulang Tahun Facebook PDRM dan Pelancaran Twitter PDRM di sini, Rabu.

Beberapa laman blog termasuk papagomo.com pada Selasa menyiarkan klip video berdurasi 16 minit 16 saat yang memaparkan adegan seks seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar bersama wanita Cina.

Klip video tersebut dengan jelas menunjukkan aksi seks kedua-dua individu terbabit tanpa sebarang tapisan.

Sementara itu, Ismail berkata, setakat ini peminat Facebook rasmi PDRM mencecah seramai 85,000 orang.

"Facebook rasmi PDRM yang dilancarkan pada 21 September 2010 merupakan sebagai satu aktiviti kemasyarakatan PDRM.

"Melalui alam siber, Facebook PDRM juga bertindak sebagai wadah merapatkan jurang komunikasi dan mengikis persepsi negatif terhadap PDRM," katanya.

Mengenai Twitter PDRM, Ismail berkata, ia merupakan antara platform media sosial yang digunakan untuk menyalurkan maklumat dan hebahan terus kepada masyarakat dengan cepat, tepat dan ringkas.

"Twitter PDRM juga akan menjadi medium untuk mengetengahkan berita semasa PDRM seperti kejayaan tangkapan, program bersama masyarakat serta kenyataan atau siaran media oleh pucuk pimpinan.

"Ini termasuk hebahan umum seperti aktiviti PDRM yang akan dan sedang dijalankan serta laporan kesesakan lalu lintas secara harian terutama pada waktu puncak di laluan-laluan utama seluruh Malaysia," katanya.


mStar Online

Saya tidak takut dengan Anwar Ibrahim kata Najib tiga hari lalu.. tapi hari ini..

Posted: 21 Sep 2011 01:49 AM PDT

Tiga hari yang lalu dalam Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak telah mengisytiharkan beliau tidak takut untuk menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dengan nada laksana pahlawan bertempiklah Najib "SAYA TIDAK TAKUT DENGAN ANWAR IBRAHIM," mengegar seluruh Dewan..

Itu tiga hari yang lepas...


Tapi hari ini.. terbukti kata-kata beliau umpama kokok si jaguh kampung, berani berkokok dikampung halamannya saja bila dibawa keluar.. kecut telur!

Najib, Rosmah akan mohon ketepi sepina

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dijangka memfailkan permohonan untuk mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka untuk tampil sebagai saksi pembelaan pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

Menurut sumber yang memaklumkan Malaysiakini, pasangan itu akan memfailkan permohonan mereka pada hari ini.

Butiran mengenai permohonan itu setakat ini tidak jelas. Masa mereka akan memfailkan permohonan itu juga belum diketahui.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang sedang mendengar kes itu, membenarkan permohonan Anwar untuk menyoal 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah, untuk dijadikan saksi pembelaan.

Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Malaysiakini

"Miss Bikini ": MB, Mufti Perak digesa perjelas bukannya Parpukari..

Posted: 20 Sep 2011 11:27 PM PDT

Zambry dan Harussani yang sepatutnya memberikan penjelasan bukannya Parpukari.

IPOH, 21 Sept: Dewan Pemuda PAS Perak menuntut penjelasan Menteri Besar Perak Zambry Kadir, dan Mufti berhubung penganjuran Pertandingan Full Moon Beach Party (FMBP) yang bakal diadakan di Pangkor Island Beach Resort pada 7 dan 8 Oktober nanti.

Program itu juga difahamkan turut akan mempertandingkan Miss Bikini Malaysia.

Setiausahanya, Salman Saleh berkata pihaknya terkejut apabila penganjuran itu turut diiklankan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan juga dipromosikan melalui laman sosial Facebook.


"Jesteru itu, kami menuntut penjelasan berikutan sudah tersebarnya hebahan pertandingan tersebut yang jelas amat memalukan.

"Kami juga amat kecewa kerana ianya diadakan di kawasan (Menteri Besar) Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang kini sebagai orang nombor satu negeri Perak dan memegang portfolio agama Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya lagi, program pelancongan ini yang di bawah kendalian Datuk Hamidah Osman perlu peka dan sensitif terhadap perkara ini.

"Kami juga memohon Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri (Dr) Haji Harussani Zakaria agar memberikan nasihat kepada Kerajaan Negeri Perak di dalam isu ini," desaknya.

Beliau juga mahu program tidak bermoral tersebut dibatalkan dengan kadar segera.

Harakahdaily

Penjelasan atau fitnah oleh Parpukari sila baca di SINI

Lagi bukti janji Najib tak boleh dipercayai.

Posted: 20 Sep 2011 09:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan pendakwaan ke atas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengesahkan janji perdana Perdana Menteri untuk melakukan pembaharuan politik tidak boleh dipercayai.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, antara janji Najib sewaktu mengumumkan semakan dan penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini ialah tiada tangkapan bersifat politik.


"Belum pun kering air liur, pendakwaan politik sudahpun berlaku dalam kes Mohamad Sabu.

"Kini, rakyat boleh menilai sejauh mana janji-janji PM yang dilaungkan sempena sembutan Hari Malaysia boleh dipercayai bilamana Nazri Aziz menyatakan kerajaan akan mengekalkan tahanan tanpa bicara yang menjadi intipati bantahan rakyat terhadap ISA," tegas Tuan Ibrahim.

Menurutnya lagi, tindakan itu memperlihatkan kepada rakyat bahawa Umno BN tidak serius dan ikhlas dalam melakukan pembaharuan.

"Mengharap pembaharuan daripada Umno-BN adalah seperti mempercayai kata-kata Najib bahawa "kerajaan BN tidak pandai menipu rakyat," kata beliau.

Menurut Tuan Ibrahim, kenyataan Mat Sabu mengenai Mat Indera bukan cakap kosong kerana berasas beberapa sumber rujukan- iaitu pengukir nama Johor, kajian tesis pelajar Universiti Malaya, Ayub @ Uiop Kassim pada 1973 dan pengakuan kawan serta ahli keluarga Mat Indera.

"Jikalau itu pun salah, maka kesalahan harus dikembalikan kepada segala sumber rujukan beliau – sebagaimana semua rakyat Malaysia yang beranggapan bahawa 'negara pernah dijajah British'," tegasnya.

Sebaliknya, beliau mempersoalkan kenyataan Profesor Zainal Kling dari Majlis Profesor Negara yang menyatakan negara ini tidak pernah dijajah yang disifatkan lebih memberi kesan terhadap sejarah tanahair.

"Akan tetapi yang didakwa ialah Mohamad Sabu. Sekiranya Mohamad Sabu perlu didakwa, bagaimana pula Majlis Professor Negara (MPN) dan Zainal Kling?," tegas beliau sambil menyeru rakyat supaya melakukan reformasi total menolak Umno.

Tambahnya, Mat Sabu didakwa atas ucapan beliau yang diputar-belitkan media pro Umno, untuk mewujudkan suasana kelam-kabut bagi menghalalkan tindakan bagi mendakwa beliau.

"Jadi, apakah motif dakwaan ke atas Mohamad Sabu kalau bukan kerana politik?,"

"Pendakwaan ke atas beliau sekali lagi menunjukkan Umno hilang arah dalam putar belit ciptaan mereka sendiri dan terus melondehkan hipokrisi mereka untuk ditatap rakyat jelata," katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=20676

Tuduhan Liwat : DNA bukan dari sperma jika tidak ‘dicuci’

Posted: 20 Sep 2011 08:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini kembali bersidang mendengar perbicaraan Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbicaraan kini memasuki peringkat pembelaan dan saksi keempat pemguam bela, Dr Brian McDonald dijangka menyambung keterangannya untuk disoal balas Pendakwa Raya.

Semalam, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden cuba menimbulkan keraguan terhadap kepakaran Dr Brian.


Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini.

9.20 pagi: Mahkamah masih belum mula bersidang. Kelihatan banyak lagi tempat kosong di galeri awam.

9.33 pagi: Anwar di luar mahkamah berbaju kot coklat berbual-bual dengan peguamnya: Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy.

9.41 pagi: Anwar dan peguamnya masuk ke mahkamah dan mengambil tempat masing-masing.

9.47 pagi: Turut kelihatan di galeri awam adalah Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

9.58 pagi: Mahkamah mula bersidang.

9.59 pagi: Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bertanya kepada Dr Brian samada beliau pernah melakukan prosedur 'differential extraction'.

Dr Brian bertanya kepada Yusof dan kelihatan tidak dapat menangkap dengan jelas perkara yang diucapkan Yusoff.

Peguam Anwar, Sankara berdiri dan memberitahu Hakim bahawaa Dr Brian sebelum ini pernah memberitahunya yang beliau kadangkala sedikit sukar memahami Yusof kerana telor (accent) bahasa Inggeris beliau.

10.01 pagi: Yusof bertanya samada Dr Brian sendiri pernah menjalankan differential extraction?

Dr Brian berkata baru-baru ini beliau tidak menjalankan sebarang proses differential extraction tetapi beliau faham dan tahu prinsip-prinsipnya.

10.03 pagi: "Awak mengkelaskan eksperimen Dr Seah cacat kerana beliau tidak 'membasuh' sel epitelium?" tanya Yusoff.

"Saya beri keterangan berdasarkan apa-apa yang diberitahu Dr Seah. Dia kata dia tidak melakukannya," kata Dr Brian.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Dr Brian berjaya menimbulkan keraguan bahawa DNA lelaki Y mungkin berasal daripada sel bukan sperma kerana Dr Seah tidak 'membersihkan' sampel yang diperiksanya.

Ia mungkin mengandungi sel epitelium (sel kulit).

10.13 pagi: Yusof menunjukkan satu dokumen yang menyatakan 'pencucian' sel epitelium tidak 'perlu' dilakukan tetapi 'dicadangkan' sahaja untuk dilakukan.

10.18 pagi: Dr Brian berkata jika ia tidak 'dicuci' untuk membuang sel-sel bukan sperma terdapat kemungkinan DNA yang diperolehi bukan berasal dari sperma.

10.31 pagi: Yusof mempertikaikan kenyataan Dr Brian sebelum ini yang slaid perlu disediakan selepas proses differential extraction dibuat.

"Di manakah terdapat cadangan bahawa slaid perlu disediakan selepas differential extraction disediakan?" tanya Yusof.

10.36 pagi: Pertengkaran kecil berlaku di antara Yusof dan Dr Brian berkenaan penyediaan slaid.

Yusof mendakwa bahawa slaid tidak perlu disediakan jika sel sperma dan sel bukn sperma berjaya dipisahkan daripada sel sperma di bawah proses differential extraction.

Brian pula berkata slaid itu masih perlu disediakan untuk memastikan sel sperma dan bukan sperma sudah berjaya dipisahkan.

10.43 pagi: Pengarah Biro Undang-undang KEADILAN, Latheefah Koya tiba di mahkamah.

10.52 pagi: Yusof bertanya soalan-soalan teknikal kepada Dr Brian tetapi Yusof hanya mahukan jawapan-jawapan ringkas dari Dr Brian yang menyokongnya.

"Awak boleh komen kemudian. Saya tidak mahu komen awak saya cuma mahu jawapan awak sahaja," kata Yusof.

11.01 pagi: "Awak kata DNA dari B10 boleh datang dari sel kulit Saiful sendiri?" tanya Yusof.

"DNA itu tidak memberitahu kita bahawa tiada air mani dari pengadu dari putik kapas," kata Dr Brian.

11.05 pagi: Mahkamah berehat sebentar selama 15 minit



http://www.keadilandaily.com/?p=20658

Semalam Najib kata Kerajaan tidak tahu nak menipu rakyat.. tapi hari ini rakyat dah kena tipu..

Posted: 20 Sep 2011 08:23 PM PDT

Baru semalam Najib berkata Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak tahu bagaimana hendak menipu rakyat apatah lagi menyeleweng fakta sejarah sepertimana yang dilakukan pembangkang.

Tetapi hari ini Najib telah membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia yang dikepalai oleh UMNO adalah bijak dalam menipu rakyat bilamana pada sambutan hari Malaysia yang lalu beliau sendiri telah mengumumkan akan pemansuhan ISA..


Tetapi hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Amalan penahanan tanpa perbicaraan akan diteruskan walaupun dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Kalau bukan menipu.. apa namanya tu?


Nazri: Tahanan tanpa bicara akan diteruskan

Amalan penahanan tanpa perbicaraan akan diteruskan walaupun dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan undang-undang pencegahan yang lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut beliau dua undang-undang baru yang bakal diperkenalkan bagi menggantikan ISA akan juga membenarkan penahanan tanpa bicara kerana ia adalah elemen penting dalam usaha memerangi keganasan.


Katanya, Peguam Negara akan berunding dengan ahli parlimen, hakim dan pihak-pihak yang berkepentingan lain di dalam dan juga luar negara kerana menangani keganasan adalah usaha antarabangsa.

"Malah bagi kesalahan jenayah biasa, seseorang boleh ditahan tanpa bicara. Kami namakannya tahanan reman 14 hari, - ia juga merupakan satu bentuk penahanan tanpa perbicaraan," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran bahagian undang-undang, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Menurut Nazri, penahanan dalam keadaan seumpama itu tidak bererti seseorang itu dianggap bersalah.

"Rakyat juga sedar bahawa kita perlu untuk menahan seseorang sebelum boleh dapat mengumpul bukti," katanya.

Walau bagaimanapun, jelasnya, elemen yang sedang diperbetulkan ialah tempoh tahanan yang terlalu lama boleh disifatkan sebagai tindakan menindas.

Sementara itu, bercakap kepada Bernama selepas megadakan dialog bersama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) di Kuala Lumpur hari ini, Nazri berkata dua undang-undang baru yang akan menggantikan ISA tidak akan digunakan bagi menahan pihak yang berbeza ideologi politik.

Katanya, kedua-dua akta itu akan hanya digunakan bagi mengekang kegiatan pengganas dan ekstremis agama.

Selain itu, pihak yang didapati bersalah di bawah kedua-dua akta tersebut hanya akan ditahan setelah dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beberapa pihak yang mendakwa dua akta baru yang akan menggantikan ISA itu akan mengekalkan ciri-ciri ISA yang didakwa mereka akan menindas tahanan.

Mengulas desakan pembangkang yang mahu bekas tahanan ISA diberi pampasan berikutan pemansuhan akta itu, Mohamed Nazri berkata, ia sewajarnya tidak dijadikan isu kerana mereka ditahan di bawah undang-undang yang sah pada ketika itu.

"Ia berlaku mengikut undang-undang, (jadi ada) tidak perlu meminta maaf dan tidak perlu pampasan. Kenapa perlu persoalkan? Ia sepatutnya tidak jadi isu," kata Nazri.

Pada Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan khas Hari Malaysia mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Najib berkata dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.


Malaysiakini

'Miss Bikini' di Pangkor.. Jawapan dari 'Blogger Belaan Zambry?'..

Posted: 20 Sep 2011 11:00 AM PDT

Ini adalah artikel yang disiarkan oleh seorang Blogger yang di syaki sebagai 'Blogger Belaan Zambry' (gambar diakhir entry) mengulas tentang isu "Miss Bikini" yang bakal berlangsung di Pulau Pangkor, Perak.

Menteri Besar Perak adalah Zambry Kadir dan ADUN bagi Pulau Pangkor adalah Zambry Kadir sendiri manakala Exco Pelancongan Perak pula adalah Hamidah Osman mereka adalah pemerintah yang berkuasa di negeri Perak.

Segala aktiviti bercorak hiburan yang bakal berlangsung di Perak pasti memerlukan kebenaran dari mereka dan ianya sudah tentu diketahui oleh mereka tambahan pula Zambry Kadir sendiri adalah ADUN bagi Pangkor.


Tetapi di dalam artikel yang ditulis oleh 'Blogger Belaan Zambry?' ini Ngeh Koo Ham dan juga Nga Kor Meng kedua-duanya dari DAP/PR Perak yang kini menjadi pembangkang sekaligus kehilangan kuasa untuk memerintah di tuduh sebagai dalang utama disebalik penganjuran 'Miss Bikini' itu.

Mungkin kerana terdesak untuk mempertahankan Bossnya atau beliau menulis dalam keadaan mabuk blogger tersebut juga telah mendakwa bahawa kuasa utama di Perak adalah DAP yang mana dakwanya DAP bukan sahaja menguasai politik dikalangan Pakatan Rakyat malah mempunyai wakil-wakil mereka dalam UMNO/BN..

Bacalah..

GEMPAR! PENGANJUR PESTA BIKINI DIDALANGI NGEH-NGA!

Full Moon Beach Party yang bakal dilangsungkan pada 7 dan 8 Oktober di Pangkor Beach Resort nanti sebenarnya mempunyai signifikan yang tersendiri. Bahkan sebenarnya dilihat sebagai cara atau kaedah untuk menjahanamkan nama Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sekaligus ADUN Pangkor dan Hamidah Osman yang merupakan Exco yang berkaitan dengan pelancongan.

Sudah tentulah, puak yang ingin benar melihat pertembungan antara Zambry Abdul Kadir dan Hamidah Osman menjadi kenyataan adalah Ngeh-Nga bersaudara yang digerakkan menerusi mulut-mulut dan tangan-tangan PAS serta PKR Perak.

Baiklah, dalam soal ini, kita tidak boleh menyalahkan PAS. PAS tidaklah sebijak mana pun di Perak. Kalau setakat pemikiran macam Ahmad Awang, aku tak fikir ancaman itu terlalu besar. Apatah lagi, PAS bersembang besar di Perak kerana satu kebetulan. Kebetulan yang akhirnya menyaksikan Nizar Jamaluddin naik sebagai Menteri Besar boneka yang digerakkan oleh Ngeh-Nga dalam setiap tindak-tanduknya.

Perlu diingat, kuasa utama di Perak adalah DAP. DAP bukan sahaja menguasai politik sama ada di kalangan Pakatan Rakyat, bahkan turut mempunyai wakil-wakil mereka dalam UMNO-BN yang menjadi kerajaan negeri. DAP juga merupakan antara dalang utama dalam permainan politik hiburan seperti yang bakal dilangsungkan di Pangkor Beach Resort.

DAP tidak seperti UMNO atau PAS yang sangat mudah membuka mulut dan berbangga dengan apa-apa yang mereka lakukan. Perhatikan sahaja bagaimana sikap yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Lim Guan Eng akan berbangga-bangga dan bercakap besar apabila ianya membabitkan orang Melayu dan Islam. Namun apabila membabitkan kaum chauvinist, Lim Guan Eng akan cepat-cepat menutup mulut dan berpura-pura tuli.

Justeru, ramai yang percaya, rancangan untuk memalukan Zambry Abdul Kadir dan Hamidah Osman di Pangkor sebenarnya didalangi oleh Nga-Ngeh. Kedua-dua bersepupu ini adalah kuasa utama yang sentiasa berusaha untuk menimbulkan polemik dan membuktikan bahawa kerajaan Zambry Abdul Kadir sebenarnya tidak sepandai dan sepintar mereka.




'Blogger Belaan Zambry?'

Kenapa aku label beliau sebagai 'Blogger Belaan Zambry?' sila baca di SINI

Tiada ulasan: