Khamis, 8 September 2011

pemuda cheh

pemuda cheh


PRU13:Najib Akan Naikkan Gaji Sebanyak 70%

Posted: 07 Sep 2011 06:38 PM PDT


Oleh ramziredang

"Najib sudah menyediakan gula gula pilihanraya yang bakal mengejutkan semua pihak iaitu kenaikan gaji sebanyak 70%. Ianya nanti akan menjadi satu kegembiraan sementara kepada semua kakitangan yang bergaji tetapi malapetaka yang berpanjangan kepada ekonomi negara dan semua rakyat. Ianya nanti bakal menjadi satu langkah kewangan kosmetik yang terang terang menipu rakyat. Pelan kenaikan gaji, tetapi pada masa yang sama menghapuskan elaun, bakal menjadi satu peluang untuk pihak kerajaan mengutip cukai pendapatan yang lebih tinggi.


Perlu dinyatakan di sini, kenaikan gaji bukanlah sesuatu yang penulis tentang secara membuta tuli atau semuanya membawa keburukan, tetapi jika ianya dilakukan dengan tidak dirancang rapi dan bersifat popular semata mata maka ianya bakal menjadikan negara berada dilembah jurang ekonomi yang semakin dalam.
Kesan kenaikan gaji yang besar tentu sahaja akan melonjak kehidupan para golongan pertengahan dan atasan tetapi pada masa yang sama akan membenam golongan bawahan dan golongan bukan kakitangan kerajaan ke jurang hidup yang menghimpit dan semakin melarat. Jurang perbezaan antara golongan miskin dan kaya akan semakin jauh. Contohnya orang yang gajinya sepuluh ribu akan menjadi tujuh belas ribu,tetapi orang yang gaji seribu hanya akan menjadi satu ribu tujuh ratus.
Rekod kelemahan kerajaan yang korup dalam mengawal kenaikan harga barang akan menambahparahkan lagi kesusahan rakyat miskin dan kurang pendapatan.
Pihak kakitangan swasta atau persendirian tentu sahaja juga akan memohon kenaikan gaji ,selaras dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan. Jika pihak swasta tidak menaikkan gaji, ini tentu sahaja menyebabkan kekurangan buruh dalam bidang swasta dan perniagaan swasta. Mahu tidak mahu pihak swasta juga akan menaikkan gaji kakitangannya untuk mengekalkan persaingan buruh seiring dengan kakitangan kerajaan.
Ini pula akan meningkatkan kos modal sesuatu barang. Jadi untuk mengekalkan margin keuntungan pihak swasta kesan kenaikan gaji ini, maka mahu tidak mahu harga barang bakal dinaikkan.
Atau mungkin, untuk mengekalkan gaji yang murah, syarikat swasta akan mengimport lebih ramai tenaga buruh asing. Ini memberi kesan yang lebih besar kepada peluang pekerjaan rakyat tempatan pada masa yang sama meningkatkan kadar jenayah tenaga asing ini.
Semuanya ini bakal menekan rakyat miskin menjadi lebih miskin dan melarat serta penggangguran yang semakin tinggi.
Inilah yang selalu berlaku kepada negara negara kapitalis. Kurangnya perhatian terhadap jurang antara golongan pertengahan dan bawahan, maka akan memberi kesan yang lebih besar lagi kepada ekonomi negara dalam jangkamasa panjang. Sejarah juga membuktikan kesan ekonomi ini juga akan membawa kepada kesan sosial yang bertambah buruk dengan bertambahnya kadar jenayah lantaran keadaan hidup yang menekan rakyat.
Akhirnya apa yang dilakukan oleh sistem ekonomi kapitalis ini hanya meningkat kuantiti matawang tetapi pada masa yang sama akan menurunkan kualiti matawang. Untuk difahami secara ringkas kita boleh bandingkan dengan zaman datuk nenek kita. Mereka hanya bergaji lima puluh ringgit sebulan tetapi masa itu harga beras hanya dalam puluh sen sahaja. Walaupun kuantiti mata wang pada masa itu hanya lima puluh ringgit tetapi kualitinya boleh membeli bermacam macam barang yang boleh digunakan selama sebulan. Malah ada juga pada masa itu sebidang tanah berharga lima puluh ringgit. Bandingkan pula nilai limapuluh ringgit sekarang hanya mampu untuk membeli setin susu anak dan lampin pakai buang.
Ekonomi islam lebih menekankan pusingan kewangan yang samarata dan pembelaan yang perlu ditekankan kepada golongan bawahan. Kerana itulah dalam islam dipentingkan zakat fitrah, zakat harta dan sedekah. Bukan mengangkat orang yang kaya supaya menjadi lebih kaya.
Secara ringkasnya, kalau gaji dinaikkan sebanyak seribu peratus sekali pun tetapi pada masa yang sama kenaikan harga barang naik seiring dengan kenaikan gaji tersebut, maka sebenarnya kerajaan hanyalah merendahkan nilai matawang itu sendiri. Contoh secara mudah, dalam hal pembinaan rumah, harga simen dinaikkan,harga besi dinaikkan, harga kayu dinaikkan dan kos harga rumah tentu sahaja akan naik. Maka jadilah rumah berharga dua ratus ribu pada masa sekarang akan menjadi harga lima ratus ribu pada selepas kenaikan gaji. Orang miskin pula akan lebih melarat dan tidak mampu membina rumah.
Secara jelas sebenarnya kerajaan melakukan langkah kenaikan gaji ini hanya semata mata untuk keuntungan politik. Ianya adalah untuk menarik sokongan golongan intelektual yang sekarang ini secara terang dan meluas mula menolak kerajaan BN. Jadi ini adalah langkah terakhir dan terdesak kerajaan untuk mengekalkan kuasa.
Perbelanjaan negara pula akan bertambah tetapi pada masa yang sama gagal menambah pendapatan negara. Kegagalan menambah pendapatan negara ini kerana pelabur tidak percaya dengan kerajaan yang korup dan mempunyai rekod yang buruk. Mereka beralih kepada negara negara seperti vietnam dan cina, yang sumber tenaga buruhnya lebih murah.
Malah kenaikan gaji itu nanti juga akan menyebabkan lebih banyak pelabur akan lari kerana peningkatan perbelanjaan terhadap gaji buruh di malaysia.
Pokoknya apa sahaja yang bakal dibuat oleh BN, apa pun pelan yang dirancang oleh mereka, semuanya bakal menghancurkan negara.Kecerdikan pemimpin BN dan para pengampunya hanyalah seperti 'tikus membaiki labu'. Sedikit demi sedikit labu dibaham oleh tikus.
Ubahlah sebelum terlambat. Jatuhkan BN

Serahkan Saja Semua Kunci Pintu Masjid Pada Jais !!

Posted: 07 Sep 2011 06:14 PM PDT


"APA kena dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekarang? Setelah Jabatan ini dilihat seperti `menyerang' Gereja, kali ini mereka mendakwa pula golongan yang ingin berrdakwah yang diwajibkan oleh Ugama Islam. Mereka seperti anti dengan umat Islam yang murtad, tetapi dalam masa yang sama dilihat seperti anti pendakwah Islam. Mainan politik apa ini, wahai JAIS?

Bayangkan, Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam, YB Khalid Samad dan juga Pesuruhjaya PAS Selangor sendiri , YB Dr Rani akan didakwa oleh JAIS kerana memberi tazkirah tanpa Tauliah. Mereka bukan mengajar Kitab, cuma berdakwah iaitu dengan pesan memesan, ingat mengingati sesama Islam, takkan dakwah sedemikian pun perlu Tauliah? Ya Allah, celakalah hendaknya golongan yang menghalang kerja dakwah ugama mu ini.


Memetik sumber Harakah, Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam hari ini dan dinyatakan pendakwaan ke atas beliau dan ditetapkan perbicaraannya pada 24 November depan di Mahkamah Syariah Klang. Beliau dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan 24 November ini. Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

"Tauliah saya tamat Ramadhan lalu selepas menerimanya tahun lepas dan saya telah memohon untuk menyambungnya. Namun saya menerima surat dari Jais permohonan saya ditolak dan tauliah saya ditarik balik oleh Jais," kata Dr Rani kepada Harakahdaily. Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengapa kita menyusahkan kerja dakwah ini? Jika kedua-dua tokoh ini tiada Tauliah, berikan sahaja Tauliah. Apa masalahnya? Lagi pun, perlu sangatkah Tauliah sekadar Tazkirah, bukannya mengajar Kitab besar yang memerlukan ilmu pengetahuan yang mendalam? Jika ilmu ingin dijadikan ukuran, JAIS juga pernah mengharamkan dua Ulamak iaitu Tuan Guru Nik Aziz, Prof Dr Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus daripada memberi kuliah atau tazkirah agama di seluruh Masjid di Selangor. Adakah mereka ini tiada ilmu? Siapa Pengarah JAIS yang tinggi sangat ilmunya itu?

Ini semua kerana JAIS tidak peka dengan Syariat Islam, mereka sengaja mencari jalan untuk menyusahkan kerja dakwah bukan untuk memudahkan. Adakah YB Khalid dan YB Dr Rani memberi tazkirah yang menyesatkan? Jika benar sesat, dakwa mereka dan jika terbukti benar maka hukumlah mereka dan lojiklah mereka terus diharamkan dari memberi tazkirah. Apa hujah JAIS untuk menghalang kerja dakwah ini? Mengapa golongan dakwah seperti Kumpulan Tabligh berleluasa di merata Masjid dibiarkan? Pernah mereka dipersoalkan tentang Tauliah? Mungkin kerana golongan ini tidak merbahaya kepada kepentingan politik sesuatu pihak?

Seperti kata YB Khalid, beliau hanya memberi tazkirah tentang keadilan Islam dan membawa kisah di zaman Nabi dan para sahabat. Adakah itu ajaran sesat? Di mana sesatnya kisah tersebut? Tidak terfikir oleh kita, seorang Pesuruhjaya PAS dilarang memberikan tazkirah hanya kerana tiada Tauliah. Ertinya, kita memerintah Selangor pun kita tidak mampu berbuat apa-apa untuk kebaikan Islam kerana adanya pihak yang menentang Islam ini berkuasa penuh. Tetapi apabila berlaku sesuatu isu yang memburukkan imej Islam, puak haramjadah ini akan menuding jari menyalahkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Apabila kita melakukan kerja dakwah, banyak pula songelnya untuk menghalang kewajipan dakwah tersebut.

Saya bersetuju jika seseorang yang ingin mengajar Kelas Fardhu Ain, Tafsir, Hadith yang berpandukan kitab besar, dan pengajiannya berjadual eloklah memerlukan Tauliah agar pengajian yang disampaikan itu tidak tersasar dari ajaran Islam. Tetapi, jika sekadar datang ke masjid untuk saling berpesan, ingat mengingati sesama kita, tidak perlulah kepada Tauliah.

Jika beginilah keadaannya, elok juga dicadangkan agar Kerajaan Selangor memansuhkan sahaja jawatan Exco Agama yang kini dipegang oleh YB Dr Hassan Ali. Apa beliau buat di dalam isu ini? Tiada kuasa? Jika tiada, lebih baik tiadakan saja jawatan itu. Buat apa buang duit rakyat untuk membayar gaji dan elaun Exco Agama?

Di dalam kes serbuan Gereja baru-baru ini, kita lihat sepantas kilat Dr Hassan Ali mengulas. Di dalam kes ini di mana menyoroknya Dr Hassan Ali? Dr Hassan Ali tidak tahukah yang mahu didakwa itu adalah ahli Jemaah parti beliau sendiri, bahkan YB Dr Rani itu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor iaitu bos beliau juga. Adakah Dr Hassan Ali tidak yakin dengan ilmu yang dimiliki oleh kedua-dua tokoh PAS itu? Kita tahu, Dr Hassan Ali pasti akan jawab, itu bukan bidangkuasa dia sebagai Exco Agama. Habis tu, kerja dia apa? Tegur JAIS pun Dr Hassan Ali tak mampu?

Ya Allah, apa nak jadi dengan Islam jika ada badan Islam yang sengaja mahu menyusahkan kerja dakwah seperti ini. Kita sangkakan apabila kita memerintah, kita boleh kembangkan Islam, rupa-rupanya tidak. Kita sangkakan adanya Exco Agama boleh juga menjadi pemimpin dan memandu kita ke arah memartabatkan Islam, rupa-rupanya kerja dia hanya merampas arak dari kedai Seven Eleven. Jika begitu, mansuhkan saja jawatan Exco Agama dan serahkan semua kunci pintu masjid pada JAIS.

Malcolm X Dan Islam

Posted: 07 Sep 2011 09:26 AM PDT


Malcolm X

Di mana-mana sahaja di pelosok dunia, terdapat cahaya-cahaya perjuangan Islam yang dibawa oleh insan-insan yang telah diberi hidayah oleh Allah swt. Tidak kira sama ada mereka orang Arab atau tidak, namun jika mereka  memahami hakikat Islam yang sebenar, mereka akan merasai kehebatan cara hidup beragama Islam yang indah dan syumul. 

Kisah hidup Malik el- Shabbaz menjadi pengajaran kepada kita bagaimana teguhnya memperjuangkan kebenaran, melawan taghut kebatilan dan penyelewengan, serta kembali kepada ajaran Islam yang suci dan bebas daripada unsur Jahiliah.

Kehidupan Awal

El Hajj Malik el Shabazz, atau lebih dikenali sebagai Malcolm X di kalangan masyarakat bukan Muslim Amerika. Dilahirkan sebagai Malcolm Little di Omaha, Nebraska pada 19 May 1925. Beliau adalah anak keempat daripada lapan kepada pasangan Reverend Earl Little, seorang pendakwah Kristian, dan Louise, seorang wanita West Indies.

Ibu bapa Malcolm X

Ayahnya telah dibunuh oleh pelampau kulit putih. Disebabkan latarbelakang warna kulitnya, Malcolm terpaksa menanggung kebencian pelampau kulit putih yang sangsi dengan asalnya, sama seperti yang ditanggung oleh ayahnya sebelum dia dibunuh.

Kesukaran hidup dalam arus perkauman yang menekan ditambah pula dengan kekurangan harta dan bimbingan ibubapa, Malcolm Little tenggelam dalam dunia jenayah dan dosa. Beliau terlibat dalam aktiviti haram yang akhirnya mengakibatkannya beliau ditangkap pada 12 Januari 1946 dan dipenjarakan di Massachusetts State Prison di Charlestown bermula pada 27 Febuari 1946.

Islam Mengubah Hidupnya

Hidupnya berubah setelah saudara kandungnya memperkenalkannya kepada ajaran yang dibawa oleh Elijah Muhammad. Elijah, pemimpin Nation of Islam (NOI), memperkenalkan mesej yang cuba membawa golongan Kulit Hitam di US keluar daripada penindasan perkauman dan juga mentaliti bahawa warna kulit mereka dan bangsa mereka adalah faktor yang memberi mereka status yang hina dalam sistem sosial Amerika. Malcolm membuat keputusan untuk memeluk Islam dan menganuti doktrin itu.

Elijah Muhammad

Nation Of Islam

Enam aspek dalam doktrin Nation of Islam, yang diperjuangkan oleh Elijah Muhammad. 

  1. Islam ialah agama sebenar untuk golongan kulit hitam manakala Kristian pula agama untuk musuh iaitu kulit putih.
  2. Kepercayaan bahawa Allah sebenarnya seorang kulit hitam dan orang kulit hitam itu tuhan. 
  3. Kulit hitam ialah golongan terpilih yang penciptaannya dan asalnya berasaskan kebenaran. 
  4. Golongan kulit putih sebenarnya syaitan. 
  5. Pengasingan sosial dan politik daripada golongan kulit putih ialah keutamaan yang suci dan mulia. 
  6. Keperluan perpaduan kaum dan dalam Islam di seluruh dunia adalah bertentangan dengan tanggapan yang dicipta oleh Euro-America, beliau berpandangan bahawa semua penduduk negara membangun ditakdirkan untuk bersatu kerana mereka semua berasal dari golongan Kaum Asal (Original People).

Kehidupannya Bersama NOI

Sejurus selepas menyertai Nation of Islam (NOI), Malcolm Little menukar namanya kepada Malcolm X dan menjadi seorang penganut yang begitu gigih dan bersemangat memperjuangkan falsafah Elijah Muhammad itu. Kekentalan usahanya berdakwah telah membawanya ke segenap ceruk komuniti kulit hitam di US.

Kegiatan Malcolm bagi pihak NOI tersebut menimbulkan suasana yang cukup hangat di US pada penghujung 50an dan awal 60an. Ini kerana pada ketika itu di US, gerakan-gerakan hak asasi sedang bersungguh-sungguh untuk menghentikan semua polisi berbaur perkauman dalam kehidupan dan masyarakat Amerika.

Malcolm begitu lantang mengisytiharkan kepada Kulit Hitam bahawa "Kulit Putih dan Kulit Hitam tidak boleh hidup bersama-sama dan sebarang usaha untuk bersatu-padu akan membawa kerugian besar kepada Kulit Hitam".

Media golongan liberal Kulit Putih seperti The New York Times, The Chicago Tribune telah mengecam Malcolm X dengan label-label seperti "penghasut" dan "pencetus masalah.


Pidato Malcolm X sentiasa mendapat sambutan

Hijrah Malcolm X

Pada November 1963, berikutan pembunuhan Presiden John F Kennedy, Malcolm telah mengeluarkan satu kenyataan yang akhirnya memisahkan dirinya dan Elijah Muhammad.

Beliau dilaporkan dalam satu akhbar US sebagai menyifatkan pembunuhan Presiden itu adalah contoh jelas satu balasan terhadap dosa mereka (masyarakat US) sendiri selama ini (frasa asal: chickens coming home to roost). Bagi Malcolm, masyarakat US ialah masyarakat yang kejam dan kekejaman mereka telah lama ditujukan kepada golongan Kulit Hitam. Kepincangan ini tidak perlu dinafikan lagi kerana hinggakan Presiden sendiri boleh menjadi sasaran pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan.

Malcolm telah digantung keahlian selama 90 hari sebagai hukuman dan puak konservatif yang membenci cara kerja Malcolm melihat hukuman itu sebagai peluang untuk terus menjatuhkannya.

Masa hadapan Malcolm bersama NOI hampir berkubur kerana Elijah sendiri semakin sangsi dengan kesetiaan Malcolm. Ini ditambah lagi apabila rakan-rakan Elijah di Chicago, yang jelas memusuhi Malcolm, mengambil kesempatan ini untuk meluaskan jurang perselisihan dua individu ini.

Pada perspektif seorang 
penganut Islam, perkembangan ini menjadi asas kepada kemunculan Malcolm yang baru. Dalam erti kata lain, perselisihan ini membuatkan Malcolm memikirkan dan menilai kembali keseluruhan falsafah perjuangan NOI. Beberapa perubahan besar dalam diri Malcolm berlaku ketika krisis ini berlangsung.

Hidayah Ketika Haji

Selepas berpisah dengan Elijah, Malcolm menukar namanya kepada Malik el Shabazz. Gelaran El Hajj ditambah setelah beliau kembali daripada perjalanan menunaikan Haji di Makkah.

Malik Shabazz juga telah memilih aliran Sunni Islam sebagai pegangannya. Dengan memilih Sunni, beliau menjadi seorang yang lantang mengkritik bekas ketua dan ajarannya. Dalam beberapa pertemuan umum seluruh US, beliau mengaku mendedahkan banyak kepincangan dan penyelewengan dalam ajaran NOI.

19 April 1964, Malcolm menyempurnakan umrahnya dengan tawaf kaabah, minum air zam zam di Telaga Zam Zam dan berulang-alik dari Safa ke Marwah. Ketika ini Malcolm lihat manusia semuanya adalah sama rata dan mula yakin bahawa hanya Islam yang dapat mengatasi masalah perkauman.



Perpaduan antara pelbagai warna kulit di Mekah memberi kesan kepada Malcolm X

Bertitik tolak daripada 
pengembaraannya ke Makkah di mana beliau memerhatikan perpaduan pemimpin-pemimpin Muslim, Malik Shabazz mula membentuk imej baru dalam dunia Islam.

Kesannya, beliau mula memperkenalkan dengan lebih jelas pegangan ortodoks Islam yang sahih di US. Perubahan Malcolm X menjadi pemimpin Muslim ortodoks ini turut menjadi mangkin kepada kelahiran pelbagai pertubuhan Muslim Afrika-Amerika.

Era awal 1960an menjadi satu titik penting dalam sejarah Islam kerana pada masa inilah Sunni ortodoks muncul di khalayak menerusi masjid Malik Shabazz di Harlem dan pelajar muslim antarabangsa mula menubuhkan persatuan-persatuan pelajar Muslim. Perkembangan dua elemen inilah yang menjadi asas kepada apa yang wujud pada hari ini.

Pembunuhan Malcolm X

21 Febuari 1965, di 
Manhattan's Audubon Ballroom ketika hendak memulakan ucapan berlaku satu kekecohan dan seorang lelaki menjerit "Keluarkan tangan kau dari poket aku! Jangan mengganggu poket aku!". Beliau ditembak di dada ketika cuba menenangkan kekecohan itu bersama pengawal peribadinya.

Fahaman Yang Sahih

Beliau seorang yang berani, seorang pemidato yang berkarisma dan sangat fasih. Beliau adalah contoh seorang manusia yang bersungguh-sungguh untuk membawa dirinya keluar daripada belenggu kemiskinan dan kemunduran ilmu, dua masalah utama yang telah meletakkan masyarakat Kulit Hitam US di kelompok terendah masyarakat.

Beliau seorang 
Afrika-Amerika yang telah melontar dirinya ke barisan hadapan untuk menentang ketidak adilan masyarakat Kulit Putih dengan caranya sendiri yang akhirnya telah membawanya menerokai siapa dirinya. Beliau seorang yang cukup bijak untuk menerima kesilapannya seperti yang ditonjolkan ketika beliau meninggalkan NOI setelah beliau mula sedar pergerakan itu berprinsipkan perkauman semata-mata

Malcolm X, semua orang kulit hitam di Amerika Syarikat mengenali beliau kerana perjuangannya.

Surat
 Malcolm X ketika sedang mengerjakan Haji

Ketika beliau berada di Makkah, Al-Hajj Malik El-Shabazz menulis surat kepada penolong setianya yang berada di Harlem

"Never have I witnessed such sincere hospitality and overwhelming spirit of true brotherhood as is practiced by people of all colors and races here in this ancient Holy Land, the home of Abraham, Muhammad and all the other Prophets of the Holy Scriptures. For the past week, I have been utterly speechless and spellbound by the graciousness I see displayed all around me by people of all colors. 

"I have been blessed to visit the Holy City of Mecca, I have made my seven circuits around the Ka'ba, led by a young Mutawaf named Muhammad, I drank water from the well of the Zam Zam. I ran seven times back and forth between the hills of Mt. Al-Safa and Al Marwah. I have prayed in the ancient city of Mina, and I have prayed on Mt. Arafat." 

"There were tens of thousands of pilgrims, from all over the world. They were of all colors, from blue-eyed blondes to black-skinned Africans. But we were all participating in the same ritual, displaying a spirit of unity and brotherhood that my experiences in America had led me to believe never could exist between the white and non-white." 

"America needs to understand Islam, because this is the one religion that erases from its society the race problem. Throughout my travels in the Muslim world, I have met, talked to, and even eaten with people who in America would have been considered white - but the white attitude was removed from their minds by the religion of Islam. I have never before seen sincere and true brotherhood practiced by all colors together, irrespective of their color." 

"You may be shocked by these words coming from me. But on this pilgrimage, what I have seen, and experienced, has forced me to rearrange much of my thought-patterns previously held, and to toss aside some of my previous conclusions. This was not too difficult for me. Despite my firm convictions, I have always been a man who tries to face facts, and to accept the reality of life as new experience and new knowledge unfolds it. I have always kept an open mind, which is necessary to the flexibility that must go hand in hand with every form of intelligent search for truth." 

"During the past eleven days here in the Muslim world, I have eaten from the same plate, drunk from the same glass, and slept on the same rug - while praying to the same God - with fellow Muslims, whose eyes were the bluest of blue, whose hair was the blondest of blond, and whose skin was the whitest of white. And in the words and in the deeds of the white Muslims, I felt the same sincerity that I felt among the black African Muslims of Nigeria, Sudan and Ghana." 

"We were truly all the same (brothers) - because their belief in one God had removed the white from their minds, the white from their behavior, and the white from their attitude." 

"I could see from this, that perhaps if white Americans could accept the Oneness of God, then perhaps, too, they could accept in reality the Oneness of Man - and cease to measure, and hinder, and harm others in terms of their 'differences' in color." 

"With racism plaguing America like an incurable cancer, the so-called 'Christian' white American heart should be more receptive to a proven solution to such a destructive problem. Perhaps it could be in time to save America from imminent disaster - the same destruction brought upon Germany by racism that eventually destroyed the Germans themselves." 

"Each hour here in the Holy Land enables me to have greater spiritual insights into what is happening in America between black and white. The American Negro never can be blamed for his racial animosities - he is only reacting to four hundred years of the conscious racism of the American whites. But as racism leads America up the suicide path, I do believe, from the experiences that I have had with them, that the whites of the younger generation, in the colleges and universities, will see the handwriting on the walls and many of them will turn to the spiritual path of truth - the only way left to America to ward off the disaster that racism inevitably must lead to." 

"Never have I been so highly honored. Never have I been made to feel more humble and unworthy. Who would believe the blessings that have been heaped upon an American Negro? A few nights ago, a man who would be called in America a white man, a United Nations diplomat, an ambassador, a companion of kings, gave me his hotel suite, his bed. Never would I have even thought of dreaming that I would ever be a recipient of such honors - honors that in America would be bestowed upon a King - not a Negro." 

"All praise is due to Allah, the Lord of all the Worlds. 

Sincerely, 

Al-Hajj Malik El-Shabazz (Malcolm X)

Tiada ulasan: