Khamis, 8 September 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Alhamdulillah.... Bagus sangat ler tu.

Posted: 08 Sep 2011 06:52 AM PDT


Malaysiakini melaporkan....

Lebih 50 ahli PAS di daerah Padang Terap dilapor bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana marah dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai komunis dan tragedi Bukit Kepong.

Menurut Bernama, Mereka menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di Kuala Nerang hari ini. Wakil mereka, Ismail Abdullah,60, yang menjadi ahli PAS selama 35 tahun, berkata beliau bersama isteri serta tujuh anak mereka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin nombor dua PAS itu.

"Saya tersinggung dan marah dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis yang telah menyerang Tanah Melayu dan bukan anggota polis yang mati bertempur dengan komunis," katanya kepada pemberita.

Katanya beliau juga tidak teragak-agak menyertai Umno kerana yakin parti itu berada di landasan perjuangan sebenar iaitu bagi menegakkan keadilan untuk rakyat di negara ini. Ismail berkata beliau juga terkilan dengan perjuangan PAS hari ini yang jauh tersasar daripada konsep asal parti yang mahu memperjuangkan Islam selepas menguasai beberapa negeri.

"Saya cuba mengelak daripada terus berdosa apabila pemimpin PAS telah melakukan pembohongan demi kepentingan politik membuatkan saya tak fikir panjang saya beralih kepada Umno untuk meneruskan perjuangan berlandaskan agama, bangsa dan negara," katanya.

Sementara itu, Mahdzir berkata keputusan kumpulan anggota PAS terbabit menunjukkan mereka yang di peringkat akar umbi semakin hilang kepercayaan terhadap pemimpin dan parti tersebut. - Bernama

Bagus... bagus... Kalau rasa dah tak sehaluan, baikler blah. SYABAS diucapkan kepada 50 anggota PAS Padang Terap yang dikhabarkan keluar parti. Tahniah!! You're on the right track, heading in the right direction.....

Hahahaha..... Straight into the TONG TAIK!!

Happy berselemoih dan bergelumang dengan taik!!

Tiada ulasan: