Pahang Daily Online |
- Majlis Dialog Serta 'Jamuan Raya Aidil Fitri' ANAK Di Felda Panching Selatan Mendapat Sambutan !!
- Panas: Gambar Kontroversi, Anwar Ibrahim Serta Nurul Izzah Pula Di Sebarkan Di Laman Facebook
- Panas: Kemelut PKR Pahang, Pengerusi KITA Md. Nor Jaafar Nafi "Ram Ponusamy" Sertai Parti Itu !
Majlis Dialog Serta 'Jamuan Raya Aidil Fitri' ANAK Di Felda Panching Selatan Mendapat Sambutan !! Posted: 26 Sep 2011 03:47 AM PDT KUANTAN, 26 Sept - Majlis Dialog anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) di Markas PAS, Felda Panching Selatan dekat sini Ahad lalu telah berjaya mendapat sambutan hangat daripada peneroka dan generasi kedua. Program yang bermula jam 9.00 pagi itu, telah dihadiri oleh Presiden ANAK, Mazlan Aliman (foto) dan Naib Presidennya, Ustaz Aris Fezul Ismail. Selepas berdialog, satu majlis penyerahan borang tanah Felda Plantations telah diadakan. Generasi muda Felda didapati begitu teruja untuk mengisi borang terbabit. Mereka yang ditemui sungguh terharu dengan keprihatinan ANAK mengedarkan borang serta menguruskan kebajikan golongan terbabit. Biar pun mendapat bantahan dan tohmahan daripada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM). Dalam satu kenyataan Mazlan menegaskan beliau tidak akan bertelagah dengan badan belia Felda kerana tidak ada untungnya. Baginya matlamat yang sama iaitu memperjuangkan hak belia iaitu mahu mengangkat martabat generasi kedua dan ketiga Felda. Difahamkan MBFM kini sedang sibuk menghentam Mazlan dan terbaru Pengerusinya, Anuar Abd Manap mengatakan tindakan Mazlan dan ANAK mengedarkan borang permohonan tanah Felda Plantation sebagai tidak bertanggungjawab kerana mempergunakan belia Felda untuk kepentingan politik (pembangkang). Persoalannya, jika ANAK tidak berbuat demikian, siapa lagi yang boleh memperjuangkan nasib generasi kedua. MBFM, adalah acuan Felda dan gerak kerja mereka lebih berpihak kepada agensi itu termasulah hal Felda Plantation yang sering dipertikaikan. Disamping majlis dialog, turut diadakan Majlis Jamuan Aidil Fitri dan acara cabutan bertuah pada hari itu. Mazlan Aliman bersama Ustaz Aris Fezul dan Yuhanis ketika Majlis Dialog Sebahagian daripada generasi kedua yang isi borang Felda Plantation |
Panas: Gambar Kontroversi, Anwar Ibrahim Serta Nurul Izzah Pula Di Sebarkan Di Laman Facebook Posted: 26 Sep 2011 12:50 AM PDT Selepas beberapa video panas yang berkaitan skandal seks Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan kepada umum mutakhir ini. Kini, gambar-gambar "panas" yang membabitkan beliau dan ahli keluarganya pula disebarkan. Sebelum ini kita ada mendengar gambar yang melibatkan anak Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali disebarkan. Gambar yang dirakamkan ketika Azmin dan keluarga bersantai disebuah pusat peranginan telah didedahkan oleh pihak-pihak berkenaan bagi tujuan memalukan keluarga terbabit. PDO tidak dapat memastikan sama ada gambar itu benar atau sebaliknya "super impose". Terkini, gambar Anwar dan Nurul Izzah pula disebarkan menerusi lamab sembang sosial oleh individu yang menggunakan nama "Rahim Rahman" (foto) atau "Stingrays VII". Apa yang mengejutkan individu terbabit berjaya mendapatkan beberapa gambar peribadi milik keluarga Anwar Ibrahim untuk dipaparkan pada lama Facebooknya. Persoalan tentang gambar-gambar itu benar atau tidak bukan tugas kami untuk memeriksanya. Namun, apa yang berlaku ini seolah-olah satu lagi usaha untuk mengaitkan Anwar dan keluarganya dengan kegiatan tidak bermoral. Antara gambar panas yang dipaparkan ialah ketika Anwar bersama Azwan Ali dalam gaya yang cukup menarik. Azwan Ali merupakan adik kepada Azmin Ali. Manakala terdapat juga gambar Nurul Izzah yang kelihatan bergandingan dengan seorang lelaki berbangsa Cina. Semua, gambar yang dipaparkan ini menimbulkan spekulasi dan berbagai persepsi daripada orang ramai. Banyak komen-komen panas yang telah dikeluarkan pada "wall facebook" individu terbabit atas paparan berkenaan. Siapakah yang terlibat dalam agenda ini?. [PDO tidak mahu mengulas panjang perkembangan terbaru ini. Cuma adalah lebih baik pihak berkenaan berhati-hati dan tidak terus mengaibkan seseorang dengan paparan berkenaan. Sementara itu, dipihak yang menjadi mangsa diharap mereka bersabar dengan isu terbaru ini. Mungkin banyak lagi gambar-gambar panas yang akan dibongkarkan oleh pihak berkenaan selepas ini. PDO akan terus memantau perkara ini, untuk memberi kemudahan kepada semua pihak agar lebih berjaga-jaga dengan gambar-gambar panas agar tidak terlepas ke tangan orang lain. Kita tidak tahu musuh akan menyerang dimana dan bila?. Berhati-hatilah dan jangan sembarangan membenarkan pihak-pihak tertentu melihat album di rumah anda atau sebaliknya. Kesilapan yang sedikit akan menyebabkan kekecohan yang lebih besar. Semoga semua pihak dapat berhati-hati dengan apa yang berlaku ini. Jadikan ia sebagai ikhtibar dan pengajaran]. |
Panas: Kemelut PKR Pahang, Pengerusi KITA Md. Nor Jaafar Nafi "Ram Ponusamy" Sertai Parti Itu ! Posted: 25 Sep 2011 06:47 PM PDT KUANTAN, 26 Sept [10.05 am] - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA, Md Nor Jaafar (foto) hari ini menafikanbahawa bekas Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Ponusamy a/l Govindasamy atau lebih dikenali sebagai "Ram" telah menyertai parti itu. Menurut Md Nor, memang benar pemimpin terbabit tidak pernah mengambil borang KITA juga tidak pernah menyatakan untuk menyertai parti itu. "Beliau adalah sahabat baik saya ketika dalam PKR. Maka, atas kapasiti itu saya yang mengundangnya hadir ke Majlis Pelancaran KITA di Jerantut dulu. Dia juga tidak ada pun menyatakan nak join KITA. Malahan saya sendiri tidak ada mempelawa beliau bersama kami", kata Md Nor ketika dihubungi oleh krew PDO malam tadi. Sebelum ini PDO telah menyiarkan beberapa "berita panas" tentang kemelut yang melanda PKR akibat pengguguran Ram Ponusamy daripada jawatan Ahli MPN "dilantik". Keputusan sebulat suara yang dibuat oleh MPN Pahang dalam mesyuaratnya di Bentong kelmarin jelas sekali menimbulkan "kemelut baru" parti itu. Tambahan pula Ram dikatakan telah terpilih sebagai calon untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Cabang Pekan pada Oktober ini. "Sebenarnya ramai lagi pemimpin yg akan keluar atau digugurkan dalam masa terdekat ini. Tunggu dan lihat. Tindakan itu mungkin akibat daripada kecewa kerana tidak dapat jadi calon dan kerusi DUN yang diidamkan dirampas oleh kawan lain dalam Pakatan Rakyat", tambah Md Nor lagi. Sementara itu beliau juga turut kesal apabila kes-kes pemecatan dan pengguguran mana-mana pemimpin dan ahli PKR dikaitkan dengan kehadiran mereka ke majlis anjuran parti KITA dirumahnya. "Bukankah mereka semua sahabat saya, dan tidak semestinya kehadiran mereka untuk menyertai kami. Mereka hanya memberikan sokongan. Apakah itu satu dosa buat PKR. Jangan terlalu jumud dan suburkanlah demokrasi jika benar-benar mahu lakukan perubahan", tambah beliau lagi. [Kenyataan Pengerusi KITA Pahang ini mungkin sedikit meredakan kemelut yang melanda. Namun, apakah dipihak Ram Ponusamy dapat menerima "pengguguran" beliau itu. Difahamkan parti KITA juga akan meletakkan beberapa orang calon pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Menurut satu kenyataan, terdapat tujuh orang calon telah dikenalpasti untuk bertanding iaitu empat dari PKR dan tiga pemimpin lagi dari UMNO yang sedia bersama KITA. Parti itu akan meletakkan empat orang calon bagi kerusi Parlimen di Pahang, dimana calon-calong tersebut tiganya dari PKR sendiri dan satu dari UMNO yang akan bertanding atas kerusi KITA. Jika ini berlaku maka, PRU-13 bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di beberapa kawasan. Nampaknya, KITA terus mengorak langkah melebarkan sayapnya di Pahang. Malah difahamkan, semakin hari semakin ramai yang mula tertarik menyertai KITA selepas melihat kemelut yang melanda dalam Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional sekarang ini. Apapun, syabas untuk parti KITA yang berani memilih calon popular untuk bertanding di kawasan tertentut. Harapan menang mungkin munasabah jika ini berlaku. Cuma mereka perlu yakinkan rakyat tentang perjuangan!]. |
You are subscribed to email updates from PDO :: Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan