Ahad, 25 September 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Timbalan Pengerusi PKR Pahang, "Terkejut" Ram Ponusamy Buat Serangan Peribadi Gara-Gara Dia Di Gugurkan Dari Majlis Pimpinan Negeri (MPN) !!

Posted: 25 Sep 2011 05:30 AM PDT

TEMERLOH, 25 Sept [8.33 pm] - Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Ahmad Nizam Abd Hamid (foto) terkejut dengan tindakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Ram Ponusamy yang tiba-tiba menyerang peribadi Pengerusi Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman berhubung dengan pengguguran daripada kepimpinan parti itu semalam. Dalam satu kenyataannya, Nizam berkata Dato' Fauzi tidak terlibat dengan tindakan itu dan mengambil sikap berkecuali sebenarnya. "Saya yang mempengerusikan mesyuarat MPN di Bentong semalam, bukan Dato' Fauzi. Keputusan membahaskan usul itu selepas ia dikemukakan oleh Ketua Cabang Kuala Krau (Hj.Suhaimi Said). Selepas dibahaskan akhirnya MPN mengambil ketetapan membuat keputusan mengugurkan beliau dari jawatan lantikan iaitu Ahli Majlis Pimpinan Negeri", katanya. Malah, kata Nizam beliau dilantik ke jawatan itu oleh Pengerusi Negeri bagi membawa suara kaum India di negeri Pahang. "Dia bukannya Ketua Cabang yang secara automatik menganggotai Ahli Majlis Pimpinan Negeri. Makanya, bila dia tidak sehaluan dengan Pengerusi Negeri, maka beliau berhak digugurkan. Bagaimana dia boleh menyumbangkan khidmatnya apabila sering berbeza pendapatan dengan ketua?", tambah Nizam lagi. Beliau turut menegaskan telah menerima maklumat tentang pendedahan yang bakal dibuat oleh pemimpin terbabit. "Kami bersedia mempertahankan segala dakwaaan yang dibuat oleh beliau sekiranya perkara ini dibawa ke mahkamah. Kami punyai cukup bukti untuk tolak dakwaan dan tuduhan itu", tambahnya.

[Difahamkan Ram Ponusamy telah menyerang peribadi Pengerusi Negeri dan Pengarah Pilihanraya PKR mutakhir ini. Ramai yang menghubungi beliau dikatakan memang terkejut dengan dakwaannya itu. Beliau menyatakan punyai bukti serta dokumen sulit berkaitan rasuah dan penyelewengan kedua-dua pemimpin terbabit yang dikatakan bernilai jutaan ringgit. Sidang media yang dikatakan dibuat siang tadi juga tidak disiarkan oleh pihak TV3 seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Malah, krew kami yang bergegas ke lokasi sidang media pun dimaklumkan sudah berakhir. Persoalannya, benarkah Ram mengadakan sidang media atau sekadar gimik politik semata-mata. Apakah tindakan beliau itu ada kaitan dengan pemilihan Cabang Pekan yang bakal diadakan awal Oktober ini. Difahamkan, beliau adalah salah seorang calon yang akan bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua Cabang itu nanti. Laporan selanjutnya menyusul].

Isu Balak: Lima Pemegang Saham SGM Serahkan Memorandum Kepada Perdana Menteri Malaysia

Posted: 25 Sep 2011 01:40 AM PDT

GEORGETOWN, 25 Sept - Satu delegasi lima pelabur hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon campur tangannya untuk menyelesaikan kes pelanggaran syarat kontrak oleh Kerajaan Negeri Pahang yang didakwa gagal untuk membayar syarikat mereka kira-kira RM63 juta sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan. Mewakili syarikat Seruan Gemilang Makmur dan diketuai oleh pemegang sahamnya, Ramli Suleiman (foto) dan Lee Sin, kumpulan itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada Najib ketika pelancaran Berbasikal Amal 1Malaysia untuk Pendidikan di Penang Straits Quay, Tanjong Tokong di Georgetown. Ramli menggesa Najib untuk memastikan bahawa kerajaan Pahang membuat bayaran yang telah tertunggak sejak empat tahun lalu. Beliau juga berjanji bahawa syarikat yang berpangkalan di Kuantan itu akan menderma kira-kira RM1.5 juta untuk pendidikan, sekiranya mereka menerima wang daripada kerajaan. "Kami yakin bahawa Najib akan cuba dan membantu kami kerana dia seolah-olah mengambil berat tentang masalah rakyat," katanya kepada pemberita selepas Najib telah meninggalkan majlis berkenaan setelah mengumumkan RM15 juta berjaya dikumpulkan untuk pendidikan Cina. "Kami juga mahu jawapan dari kerajaan Pahang berhubung mengapa mereka tidak mematuhi keputusan mahkamah untuk membayar wang yang diarahkan dibayar kepada kami," katanya kepada Perdana Menteri yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan. "Kami juga mahu jawapan dari Kerajaan Negeri Pahang berhubung mengapa mereka tidak mematuhi keputusan mahkamah untuk membayar wang yang diarahkan dibayar kepada kami," katanya kepada Perdana Menteri.

[Ramli juga ada berkata kumpulan itu akan ke Kuantan minggu ini untuk mencuba bertemu dengan kerajaan negeri kerana mereka percaya dengan rundingan dan perbincangan. Mereka juga menggesa kerajaan Pahang untuk mencontohi rakan mereka dari Pulau Pinang yang baru-baru ini mengeluarkan RM15 juta sebagai pampasan kepada ahli perniagaan Tan Hak Ju. Tan menyaman kerajaan negeri kerana tidak memproses permohonan tanahnya dengan betul dan kemudian membatalkannya apabila mendapati tanah itu dimiliki oleh pihak lain. Ketua Menteri Lim Guan Eng yang turut hadir bersama Ramli menggesa kerajaan Pahang untuk membuat bayaran seperti yang dilakukan oleh Pulau Pinang yang katanya "menghormati kedaulatan undang-undang". Pelabur-pelabur itu sebelum ini bergilir-gilir mogok lapar dalam usaha merayu kerajaan Pahang membayar wang mereka yang kini terkumpul dengan faedah berjumlah kira-kira RM70 juta. Ramli, seorang pegawai UTK bersara dan pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Sultan Pahang selama enam tahun, mendakwa bahawa Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob dan pentadbirannya telah mengabaikan tanggungjawab mereka].

Kontroversi: Isu Pemecatan Ram Ponusamy, PKR Pahang Nafi Dan Dia Sebenarnya Hanya Di Gugur Daripada 'Kepimpinan Parti' Di Peringkat Negeri !

Posted: 25 Sep 2011 12:06 AM PDT

KUANTAN, 25 Sept [3.06 pm] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang, hari ini menafikan pemecatan Ram Ponusamy daripada parti itu. Beliau sebenarnya hanyalah digugurkan daripada jawatan "lantikan" sebagai Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang. Menurut Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias (foto) berkata pemimpin terbabit sebenarnya tidak dipecat. "Beliau hanya digugur dari kepimpinan negeri sahaja dan bukan dipecat dari PKR. Memang kami mendapat maklumat serta saksi-saksi yang menyatakan Ram Ponusamy telah membuat pengakuan menyertai Parti KITA. Namun, siasatan sedang dijalankan ke atas perkara ini. Dalam mesyuarat MPN semalam, memang sebulat suara dipersetujui agar dia digugurkan. Tambahan dia adalah AJK yang dilantik dan memang menjadi kuasa mutlak Pengerusi MPN negeri untuk berbuat demikian. Dalam isu berkenaan, mesyuarat dipengerusi sementara oleh Timbalan Pengerusi MPN Negeri iaitu Ahmad Nizam Abd Hamid", kata beliau. Razali juga turut terkejut apabila dimaklumkan tentang perkara ini. "Sebenarnya isu pemecatan Ram dan Bob Rahman (Pekan) ada dibincangkan dalam mesyuarat semalam, tetapi belum dibuat sebarang keputusan terhadap mereka", tambahnya lagi.

[Pihak kami akan mendapatkan maklumat lanjut tentang isu ini, termasuk beberapa orang saksi yang dipercayai telah mendengar pengakuan Ram Ponusamy bahawa beliau sudah mengisi borang dan menyertai parti KITA. Apapun, kontroversi ini masih dalam siasatan dan difahamkan ia semakin panas dan menggegarkan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tambah panas lagi kerana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan dalam lawatan kerja di Pahang Barat hari ini. Beliau dipercayai telah berada di Bentong dalam Majlis Jamuan Aidil Fitri dan akan ke Raub petang ini sebelum mengadakan ceramah umum di Lipis pada sebelah malamnya. Apakah Anwar turut akan menyentuh isu ini dalam ceramahnya malam nanti. Info lanjut akan disiarkan dari masa ke semasa].

Terkini: 'Sidang Media Tergempar' Isu Pemecatan, Ram Ponusamy Bongkar Rahsia Dan Mempertikai Keputusan 'MPN PKR Pahang' Terhadap Dirinya !!

Posted: 24 Sep 2011 11:06 PM PDT

KUANTAN, 25 Sept [2.50pm] - Bekas Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang iaitu Ponusamy a/l Govindasamy (foto) hari ini telah mengadakan satu sidang media tergempar tentang isu panas yang melibatkan dirinya. Ponusamy (Ram) dipercayai kecewa dengan pemecatan tersebut biar pun dia masih belum mendapat "hitam putih" daripada pihak parti sendiri. Sidang media telah diadakan di restoran miliknya dekat Air Putih di sini kira-kiran jam 1.00 petang tadi. Difahamkan, antara kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau ialah dia mempertikaikan kewajaran PKR Pahang itu. "Sehingga hari ini, banyak persoalan saya tentang parti masih belum terjawab terutamanya isu akaun parti. Saya banyak kali suruh pihak berkenaan mendedahakan status terkini kewangan parti. Namun, mereka memberi berbagai alasan yang tidak munasabah", kata Ram ketika dihubungi krew kami sebentar tadi.Ram juga kecewa dengan perkembangan terkini, jika benar dia akan dipecat oleh parti hanya kerana dia didapati rapat dengan Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim. "Saya bukan sahaja hadir ke majlis pelancaran KITA di Jerantut, malah saya juga selalu makan dengan dia. Apakah itu salah?", katanya. "Mereka tiada bukti saya sudah sertai parti KITA. Mereka hanya dengan khabar angin dari pihak tertentu kononnya saya sudah menyertai KITA. Sedangkan saya tidak pernah mengatakan akan keluar dari PKR dan menyertai KITA. Jika tidak, kenapa saya tawarkan diri bertanding sebagai Timbalan Ketua Cabang PKR Pekan", tambah beliau lagi. "Saya akan lawan habis-habisan dengan pempimpin terbabit, sebab saya ada bukti berupa dokumen penyelewengan yang telah mereka berdua lakukan. Saya akan bongkarkan tidak lama lagi", tambah Ram Ponusamy.

[Difahamkan sidang media Ram Ponusamy itu tadi turut dihadiri oleh media arus perdana termasuk TV3. Kemungkinan besar laporan berkenaan isu panas ini akan disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini. Jika ini berlaku, sudah pasti ia akan menggoncangkan PKR Pahang khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Tambahan pula, Ram dikatakan mempunyai dokumen berkenaan penyelewengan yang telah dilakukan oleh dua pemimpin kanan PKR Pahang sendiri. Sementara itu, maklumat diterima mengatakan satu laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang akan dibuat oleh Ram Ponusamy terhadap dua pimpinan tertinggi PKR Pahang iaitu Dato' Fauzi Abd Rahman dan Zaidi Ahmad. Tindakan ini dijangka akan menambahkan lagi kemelut yang berlaku itu].

Panas: PKR Pahang Makin Bergelora, Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Semalam, Sebulat Suara Setuju Pecat Dua Pemimpin Parti Tersebut

Posted: 24 Sep 2011 11:00 PM PDT

BENTONG, 25 Sept - Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang semalam, sebulat suara mengambil keputusan untuk memecat Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang iaitu Ponusamy a/l Govindasamy (foto). Turut dikenakan tindakan yang sama ialah Abd Rahman Othman (Bob Rahman) bekas Ketua Cabang PKR Pekan. Keputusan itu telah dibuat dalam mesyuarat yang diadakan di pejabat PKR Bentong dekat sini. Menurut sumber, keputusan itu dibuat gara-gara tindakan pemimpin terbabit yang dipercayai telah terlibat dan menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim. Keputusan mesyuarat yang dipimpin oleh Datuk Fauzi Abd Rahman itu telah mengejutkan ramai pihak sebenarnya. Sebelum ini memang sudah ada "khabar angin" mengatakan Ponusamy atau lebih dikenali sebagai Ram bakal meninggalkan PKR. Tambahan pula dia dilihat bersama Zaid ketika pelancaran Parti KITA di Batu Balai, Jerantut awal tahun ini. Namun, beliau menafikan tindakan tersebut dan memberi alasan kehadirannya ke program berkenaan hanyalah sebagai menghormati jemputan kawan. "Saya hadir atas undangan sahabat dan tidak lebih dari itu. Tiada kesalahan yang saya lakukan. Zaid juga adalah sahabat saya. Kenapa perlu kenakan tindakan terhadap saya", kata Ram ketika itu. Difahamkan, Ram dan Abd Rahman bakal bertanding untuk jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Cabang PKR Pekan pada Oktober ini. Mereka akan menentang Roslan Mohd Tahir bagi jawatan Ketua, manakala Ram pula bakal ditentang oleh Mohd Kamal Yusof bagi jawatan Timbalab Ketua. Dengan keputusan MPN Pahang semalam, apakah ini bermakna mereka berdua juga tidak layak untuk bertanding bagi jawatan terbabit?. Kami akan mendapatkan maklumat terkini tentang kedudukan kedua-dua pemimpin terbabit. Jika benar, keputusan mahu memecatkan mereka maka ia pastinya akan memberikan malapetaka yang lebih besar kepada parti PKR di Pahang secara keseluruhannya dalam masa terdekat ini.


Antara pimpinan tertinggi PKR Pahang yang hadir dalam mesyuarat itu

Kehadiran Ram ke pelancaran KITA ini dikatakan bermulanya kontroversi
[Difahamkan, Ram Ponusamy sebelum ini merupakan Bekas Timbalan Pengerusi III, PKR Pahang dan pernah dipilih sebagai Calon PKR bagi kerusi Parlimen Bentong bagi menentang Menteri Kesihatan, Liow Tong Lai pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Beliau kemudian dikatakan telah bertukar arah ke Cabang Indera Mahkota, dan dikatakan akan bertanding bagi jawatan Naib Ketua. Namun Ram menarik diri pada saat-saat akhir sebelum pemilihan berlangsung yang ketika itu menyaksikan YB Azan Ismail menewaskan Razali Alias bagi jawatan Ketua Cabang. Tindakan Ram meninggalkan cabang Bentong dan berhijrah ke Cabang Indera Mahkota dilihat sebagai detik hitam buat pemimpin itu. Dia kemudian dilantik oleh Dato' Fauzi sebagai ahli MPN sebelum kelibatnya dilihat hadir pada hari pelancaran parti KITA bersama bekas Ketua Cabang Jerantut, Md Nor Jaafar. Namun, tindakan beliau bersama Bob Rahman menawarkan diri sebagai calon bagi dua jawatan penting PKR Cabang Pekan Oktober ini sungguh mengejutkan ramai pihak. Namun, Ram mungkin ada sebab tersendiri untuk berbuat demikian. Apapun, keputusan memecat beliau dari PKR merupakan satu tamparan hebart buat parti itu sebenarnya. Tambahan pula, Ram merupakan satu-satunya pemimpin masyarakat kaum India yang dilihat aktif dalam kepimpinan negeri. Kami sedang cuba menghubungi beliau untuk mendapatkan info terkini tentang isu panas ini].

Lynas Memilih Malaysia, Kononnya Punyai Sistem Perundangan Serta Harta Intelek Baik Dari China

Posted: 24 Sep 2011 01:07 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Sept - Malaysia mempunyai kelebihan dalam menarik aktiviti hiliran di dalam industri nadir bumi berbanding dengan China kerana ia mempunyai sistem perundangan dan harta intelek yang sangat baik, kata Naib Presiden Eksekutif Strategi dan Komunikasi Korporat Lynas Corporation Ltd Dr Matthew James (foto). Pada masa yang sama, kelebihan kos di segi kos buruh, tenaga dan kimia yang pernah disediakan China tidak lagi terpakai dan Malaysia dilihat sebagai lokasi yang sangat kompetitif berikutan kenaikan kos yang tinggi yang berlaku di China sejak sedekad lepas, katanya. "Itulah yang dilakukan oleh kuota eksport China (mengenai nadir bumi) yang digalak (digunakan) di China. Mereka cuba menggalakkan industri hiliran berkenaan barpindah ke China dengan menghadkan akses terhadap nadir bumi. "Terdapat banyak negara yang enggan memindahkan industri masing-masing ke China kerana mereka prihatin mengenai perlindungan harta intelek. Syarikat berkenaan lebih condong memindahkan industri masing-masing ke Malaysia," katanya di ibu pejabat Lynas di Sydney, Australia. China, yang mengeluarkan lebih 90 peratus daripada nadir bumi dunia dilaporkan telah mengurangkan kuota eksport yang menghadkan bekalan global, dan mereka sebaliknya menaikkan harganya sesuka hati .

Biar pun mendapat bantahan rakyat, Lynas pasti tetap akan diteruskan

Sementara itu, kilang pemprosesan nadir bumi Malaysia telah merangsang minat apabila Lynas telah menandatangani satu surat hasrat dengan bahagian Teknologi Pemacu Siemens pada Julai bagi pengeluaran magnet dan usahasama itu dijangka dizahirkan pada akhir tahun ini, katanya. James berkata lima lokasi telah dipertimbangkan bagi pembinaan kilang pengeluaran usahasama itu dan tiga daripadanya adalah di Malaysia. Katanya Lynas juga telah mengadakan perbincangan komersil dengan syarikat lain mengenai pembinaan operasi aplikasi hiliran seiringan dengan kilangnya di Gebeng. "Apabila anda melihat sesetengah industri elektronik hiliran Malaysia yang telah sedia ada, seperti komponen automotif hiliran, anda boleh menjangka pelaburan (kilang nadir bumi Lynas) boleh diterima bagi melengkapkan rantaian nilai antara bahan mentah yang akan disediakan oleh Lynas dan industri berkenaan," katanya. Sementara itu, Kilang Material Canggih Lynas (LAMP) di Gebeng, Kuantan, akan mempunyai kapasiti awal untuk memproses 11,000 tan metrik oksida nadir bumi (REO) setahun, dengan pengembangan kepada 22,000 tan metrik setahun.

[Kilang Lynas, yang sudah siap lebih 60 peratus sehingga akhir Jun, akan mengeluarkan produk nadir bumi bersama-sama satu siri Produk Galian Sintetik. Kilang bernilai RM700 juta itu dilaporkan bergelut dengan kontroversi, yang dicetus oleh dakwaan bahawa ia akan mengeluarkan radiasi yang memudaratkan kesihatan orang ramai yang membawa kepada lawatan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dari 29 Mei hingga 3 Jun. Di dalam laporannya, IAEA mengesahkan bahawa kilang itu, sebaik siap lewat tahun ini, dijangka selamat dan mematuhi sepenuhnya dengan standard antarabangsa. Lesen praoperasinya masih bergantung kepada kelulusan pengawal. Apapun semuannya kini dijangka selepas pilihanraya].

Tiada ulasan: