Jumaat, 16 September 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Kenyataan PM Bangladesh, Fuziah Salleh Desak Tubuh Suruhanjaya DiRaja Untuk Siasat Isu Itu

Posted: 16 Sep 2011 02:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Sept - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh (foto) mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status Penduduk Tetap (PR) dan layak mengundi. "Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini. "Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan," katanya hari ini. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu. Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah. Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu. Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

[Ternyata isu ini memang panas dan kerajaan perlu bertanggungjawab. Jika ia diperkatakan atau diluahkan oleh blogger atau rakyat bangladesh sendiri, mungkin ada pihak yang akan kata mereka dibayar bagi tujuan tersebut. Tetapi, bila ia dibuat oleh Perdana Menteri negara terbabit ini bermakna sesuatu perlu dilakukan untuk memperbetulkannya. Maka itu, penubuhan Suruhanjaya DiRaja amat perlu bagi mencari jalan penyelesaiannya. Jika tidak rakyat akan semakin bosan dan hilang kepercayaan kepada kerajaan sebenarnya. Soalnya sekarang, jika benar senario ini berlaku maka apalah yang boleh diharapkan lagi kepada sistem pilihanraya di negara kita. Gara-gara mahu kemenangan maka maruah negara sanggup digadainya. Apakah kita mahu lihat saja semua ini terjadi].

Panas: Sah, Perdana Menteri Bangladesh Sendiri Mengakui Rakyatnya 'Mendapat Kerakyatan' Dan Boleh Mengundi Dalam Pilihanraya Di Malaysia !!

Posted: 16 Sep 2011 12:32 AM PDT

Sebelum ini, bila diperkatakan ada warga asing yang diberikan taraf kerakyatan Malaysia untuk mengundi dalam pilihanraya di negara ini, kerajaan menafikan. Biar pun ada bukti-bukti kukuh yang menunjukkan begitu ramai warga asing kini telah menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia. Mereka bukan sahaja bebas ke sana sini, malahan juga mengundi pada setiap kali pilihanraya. Apa yang memusykilkan kita, warga asing itu bukanlah golongan profesional yang kepakarannya amat diperlukan. Mereka hanyalah buruh binaan, pekerja ladang dan lain-lain bidang yang tidak sewajarnya diberikan taraf kerakyatan. Namun, itulah realitinya yang berlaku di negara kita skarang ini. Beeratus ribu malah berjuta warga asing kini begitu bebas masuk dan akhirnya menjadi rakyat Malaysia jika mereka sanggup menjalankan tugas-tugas tertentu. Senario ini tidak perlu dinafikan lagi, kerana dimana-mana ia ada dan semakin sukar untuk dibendung. Biar pun kerajaan menjalankan Program 6P untuk membuat pendaftaran Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) secara lebih bersistematik. Namun, apa yang membimbangkan kita kenapa sampai berjuta warga asing boleh masuk ke Malaysia?. Maka pergi anggota keselamatan negara termasuk polis merin, imigresen dan sebagainya?. Mereka ternyata gagal bertindak untuk mengawal keselamatan negara daripada ancaman luar. Bayangkan jika yang masuk itu adalah pengganas?. Bukankah ia akan memudaratkan negara kita?. Apakah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen sedar perkara ini?. Kenapa mereka tidak bertindak dan membiarkan semua ini terus terjadi?.

PM Bangladesh Akui Rakyatnya Dapat Kerakyatan

Persoalannya sekarang, kenapa negara kita begitu mudah dicerobohi?. Malah ada juga pendedahan yang mengatakan begitu ramai dikalangan warga asing itu sudah mendapat MyKad dan berdaftar sebagai pengundi di negara ini. Mahu dinafikan ia nampak mudah, namun realitinya ia memang berlaku. Terbaru, kita digemparkan dengan pendedahan oleh Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina (foto) memberitahu bahawa dia telah datang ke negara ini semasa lawatan enam hari ke Korea Selatan dan Malaysia tahun lepas. Hasina tiba di Malaysia pada 18 Mei untuk menghadiri Forum Dunia 66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur, pada hari berikutnya di mana dia menyampaikan ucapan khas. Semasa di sini, beliau mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatannya iaitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Antara isu yang diperbincangkan termasuklah masalah pekerja Bangladesh di negara ini. Dalam perbincangan itu dia juga menerima pengesahan dari beberapa rakyat negaranya yang bekerja di beberapa sektor di Malaysia sejak tahun lepas bahawa mereka telah diberikan lebih daripada kewarganegaraan dari Kerajaan Malaysia. Malah mereka kini telah diberi hak untuk menjadi pengundi akan datang pilihan raya umum Malaysia. Persoalannya kenapa pekerja Bangladesh dengan mudah diberikan kewarganegaraan Malaysia?. Malah kenapa ada syarat supaya mereka mengundi parti yang mewakili kerajaan yang berkuasa. Sheikh Hasina dalam pada itu juga menggesa rakyatnya mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan kemiskinan negara selaras dengan inisiatif dan kerajaan pelbagai langkah untuk menyelesaikan semua masalah utama, termasuk kuasa dan krisis gas.


Kenyataan PM Bangladesh sendiri tentang isu panas ini, Sila KLIK bukti

[Jika inilah fenomena yang berlaku, maka sia-sia sahaja kita merayakan Hari Kemerdekaaan dan Hari Malaysia pada hari ini. Kerana sudah pasti satu hari nanti, warga asing pula akan merampas dan menjajah negara ini secara berhemah atas lesen yang diberikan oleh pemerintah sekarang. Inilah yang berlaku sekarang, begitu ramai warga asing lain dari Mynamar, Kemboja, Vietnam, Indonesia dan sebagainya mula menjadi "tuan di bumi berdaulat" ini. Pada awalnya hanya beberapa orang yang datang dan mendapat kerakyatan. Kini, sunggih menakjubkan bila beribu-ribu rakyat asing terbabit datang ke Malaysia tanpa ada rasa takut, gentar dan risau. Mereka seolah-lah mendapat restu agar menutup kampung di negara masing-masing dan datang ke sini untuk bermastautin sehingga ke akhir hayat. Maka itulah, kita tidak hairan banyak kampung-kampung baru yang wujud, sedangkan selama ini kawasan itu tidak berpenghuni. Semuanya kerana tindakan pihak tertentu membawa masuk warga asing, deiberi kerakyatan dan akhirnya mengundi pada setiap kali musim pilihanraya. Apakah kita sebagai rakyat berdaulat ini mahi mendiamkan diri melihat semua yang berlaku. Maka itu, marilah kita berganding bahu melakukan perubahan dalam Pilihanraya Uumu akan datang. Jika tidak, sudah pasti negara ini akan terus dijajah lagi dalam keadaan yang tidak kita sedari].

PM Najib Razak Akhirnya Umumkan Kerajaan BN Setuju Memansuhkan Akta Keselamat (ISA) 1960 Serta Kaji Hapus Undang-Undang Tidak Relevan!

Posted: 15 Sep 2011 02:06 PM PDT

KUALA LUMPUR 16 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. Berucap dalam perutusan khas Hari Malaysia yang disiarkan secara langsung di RTM malam ini, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Menurutnya, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah supaya ketenteraman dan keselamatan awam sentiasa terpelihara. "Pokoknya, akta-akta itu nanti bermatlamatkan untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. "Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa saya mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa ISA akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus,'' kata Perdana Menteri. Najib berkata, melalui undang-undang baru itu kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. "Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. "Undang-undang baru ini juga akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah,'' ujarnya Bagaimanapun, Najib berkata, undang-undang berkaitan keganasan masih dikekalkan di bawah kuasa Menteri.

Kerajaan Kaji Hapus Undang-Undang Tak Relevan

Di dalam ucapannya itu beliau berkata, kerajaan turut memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. "Kuasa untuk melanjutkan penahanan juga akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecuali undang-undang berkaitan keganasan,'' katanya lagi. Beliau menambah, kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak relevan. Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, kajian semula terhadap beberapa undang-undang negara secara lebih komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. "Bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan sebaliknya akan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga ia dibatalkan,'' katanya. Beliau berkata, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan, Namun katanya, kebenaran berhimpun diberikan selaras dengan kaedah yang akan ditetapkan kelak di samping ambil kira norma di peringkat antarabangsa.


[Apa yang pasti, tindakan kerajaan ini pasti akan menjadi bahan kutukan pihak-pihak tertentu. Mereka yang selama ini berjuang agar ISA dihapuskan sudah pasti akan ketawa dengan tindakan Najib ini. Tambahan pula ia dilakukan disaat menjelangnya Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangka tiba bila-bila masa dari sekarang. Ada yang kata Najib mahu memancing undi dan sebagainya. Apapun, mana yang baik kita sebagai rakyat harus menyokongnya. Mana yang lebih bagus melaksanakan atau membiarkan ia begitu saja. Apapaun yang diperkatakan rakyat, hakikatnya Najib telah melaksanakan apa yanh dimahukan oleh rakyat. Lantaran itulah usah di tudah dan ditudng jari yang bukan-bukan kepada kerajaan andai ini yang dimahukan. Alasan demi alasan untuk menafikan kebenaran in harus diketepikan jika benar mahu terus berjuang. Syabas dan tahniah untuk PM Najib Razak atas keberanian beliau dengan tindakan drastik ini].

Blogger Cucumatkilau Pelawa Orang Ramai Sertai Laman "Sembang Sosial" Terbaru Ciptaan Rakyat Malaysia "Pertama Di Dunia" Setanding Facebook

Posted: 15 Sep 2011 09:36 AM PDT

Orang ramai di seluruh negara dan juga rakyat Malaysia seantero dunia, terutamanya mereka yang gemar berinteraksi menggunakan laman sembang sosial seperti Facebook adalah dipelawa menyertai "Social Businnes Networking" terbaru dikenali sebagai "Nextcubes" yang sedang hangat dipasaran sekarang ini. Demikian menurut kenyatan Blogger Cucumatkilau (CMK) yang baru beberapa hari menyertai program itu. Beliau menegaskan laman sembang sosial ciptaan rakyat Malaysia yang pertama di dunia itu kini semakin popular dan dalam masa yang singkat kini ahlinya sudah mencecah sehingga 125,000 orang dalam tempoh sebulan lebih sahaja sejak ia dilancarkan. Menurut CMK, dalam masa sehari beliau menyertai kini lebih 100 ahli Facebook yang berdaftar dibawah rangkaiannya. "Saya amat terkejut melihat fenomena ini. Ternyata sistem yang digunakan oleh Nextcubes amat canggih dan menakjubkan. Malah, ia dilihat hampir setanding dengan Facebook itu sendiri. Sedangkan ia dicipta oleh anak Malaysia sendiri", katanya. "Saya mempelawa rakan-rakan Facebook saya yang kini hampir mencecah 4,000 orang untuk sertai Nextcubes sekarang. Marilah kita menyokong produk tempatan. Selama ini kita telah mengayakan pemilik Facebook. Apa yang kita dapat?. Sekadar bersembang dan berinteraksi semata-mata. Tetapi dengan kewujudan laman sembang sosial Malaysia ini kita bukan sahaja boleh bersembang, malahan juga dapat jana pendapatan", tambahnya.

Nextcubes Hebat Dan Setanding Dengan Facebook


Nextcubes menggabungkan "Facebook" dengan sistem "Mudah.Com". Ini bermakna, disamping anda berinteraksi diantara satu sama lain anda juga berpeluang menjana pendapatan lumayan setiap bulan. Apa yang peliknya di sini, beli sendiri pun anda dapat "rebet tunai (RM)" walaupun anda membuat pembelian peribadi. Berbagai barangan keperluan harian basah dan kering, aksesori telefon, elektrik, motokar, komputer, telekomunikasi dan lain-lain perkhidmatan. Apa yang bertambah pelik lagi, sekiranya kawan-kawan yang kita jemput membeli belah di laman ini kita juga akan mendapat komisyen setiap kali pembelian dilakukan oleh rakan-rakan anda selagi mereka aktif berbelanja. Mereka yang ingin menyertai "Group Nextcubes" ini bolehlah mendaftar secara percuma sekarang. Antara beberapa fakta kenapa anda perlu menyertai Nextcubes ialah sambil bersembang anda boleh jana pendapatan, Di Facebook anda sendiri perlu promosi perniagaan anda tetapi di Nextcubes ramai rakan-rakan anda yang akan promosi perniagaan anda. Pemilik Facebook kaya raya dengan penambahan ahli yang ramai, tapi di Nextcubes semua orang boleh jadi kaya bersama-sama. Di Facebook ramai orang cari jodoh dan dapat jodoh mereka, tetapi di Nexcubes anda dapat jodoh dan anda juga boleh menjana pendapatan.


Rakan anda membeli produk online di Hypermarket Nextcubes, maka anda
berpeluang jana pendapatan lumayan atas pembelian mereka tersebut

Bayangkan, baru sebulan lebih dilancarkan sudah ada yang mendapat
pendapatan sebegini lumayan. Maka, jangan berlengah lagi sekarang
Jika anda mengajak rakan-rakan menyertai Facebook anda tidak mendapat sebarang faedah atau ganjaran tetapi di Nextcubes anda akan dapat faedah jika mereka sertai dan keuntungan bila mereka berbelanja. Di Facebook jika anda jual barang anda perlu semak akaun bank dan buat salinan lengkap nama pembeli, tetapi di Nextcubes semuanya akan disimpan di ruangan "Biz Administration". Apa yang lebih menarik ialah jika "Facebook Friends" anda ramai anda tidak mendapat sebarang pendapatan langsung daripada mereka, tetapi Nextcubes semakin ramai rakan maka semakin besar peluang untuk anda menjana pendapatan nanti.





[Difahamkan satu taklimat berkenaan program hebat ini akan diadakan di Kuantan pada 24 September (Hari Sabtu). Oleh itu orang ramai terutamanya ahli berdaftar "Facebook" dipelawa hadir beramai-ramai ke pejabat ZCM Gold Management, B-126, 1st Floor, Jalan Beserah (Depan bekas stesyen minyak Petmall). Kepada mereka yang ingin menyertai dan mendengar taklimat ini sila taipkan <Nextcubes_ Nama_Alamat> dan SMS ke talian <019-2845511> untuk mengesahkan kehadiran. Tempat adalah terhad. Pendaftaran ada percuma dan info lanjut berkenaan program ini di Pantai Timur (Pahang, Trengganu & Kelantan), Sabah & Sarawak hubungi 014-2900666 (En.Fadzli). Manakala bagi kawasan Selatan & Lembah Kelang (Kuala Lumpur, Selangor, N.Sembilan, Melaka) hubungi 019-9891212 (En.Bakhtiar) manakala di Utara (Kedah, Perlis, P.Pinang & Perak) hubungi 014-5343135 (Din). Rakyat Malaysia di seluruh negara dan seantero dunia juga dipelawa menyertai Nextcubes sekarang. Taklimat penerangan akan diadakan di seluruh negara dalam masa terdekat ini. Jadilah rakan Nextcubes yang terawal di tempat anda sekarang. Peluang menarik untuk anda menjana pendapatan lumayan bersama Nextcubes. Jom Ubah sekarang, berdaftarlah secara online percuma ahli Nextcubes DI SINI].

Tiada ulasan: