Selasa, 13 September 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Pakatan Rakyat Tuntut PM Najib Selesaikan Lima Perkara Penting Sebelum Umum Bubar Parlimen!

Posted: 13 Sep 2011 01:16 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 Sept - Pakatan Rakyat hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan lima perkara penting sebelum mengumumkan pembubaran Parlimen menjelang Pilihanraya Umum Ke-13. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (foto) menegaskan lima perkara ini merupakan susulan kepada lapan tuntutn BERSIH 2.0 yang mesti diaplikasi oleh Kerajaan Pusat bagi membersihkan PRU daripada sebarang penyelewengan. Perdana Menteri dituntut melaksanakan lima perkara sebelum membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang. Antara tuntutan tersebut termasuklah mendesak pimpinan Kerajaan melaksanakan 8 tuntutan BERSIH 2.0 yang disuarakan rakyat melalui Himpunan yang telah berlangsung sebelum ini. Selain itu, Pakatan juga mendesak Kerajaan BN membuat ketetapan bersama pimpinan Pembangkang iaitu Pakatan dalam memilih tarikh yang paling sesuai untuk membubar Parlimen, sepertimana yang telah dilaksanakan Parti Demokratik Liberal dan Konservetif di United Kingdom (UK). "Tuntutan ketiga, Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang akan ditubuhkan oleh Kerajaan mestilah diberikan ruang yang selesa ke arah reformasi pilihanraya di negara ini." "Apa salah ia menjadi satu amalan, supaya nampak jelas iltizam untuk adakan reformasi pilihan raya," kata Salahuddin.


Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir dalam sidang media itu

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pakatan di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi tad,i bersama Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Kamaruddin Jaffar (PAS), Ketua Pemuda DAP Anthony Loke serta lain-lain pemimpin pakatan. Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Krian berkata, Najib tidak perlu gopoh membubarkan parlimen sebelum membuat pembaharuan sistem pilihan raya. Katanya, kerajaan juga masih mempunyai masa sehingga 8 Mac 2013 untuk membolehkan PSC mengkaji cadangan pembaharuan itu. "Kalau (Datuk Seri) Najib ikhlas benar-benar mahukan reformasi pilihan raya, masih ada masa, tak perlu tergopoh gapah untuk bubar parlimen. "Jawatankuasa khas parlimen diberi masa enam bulan, dengan menugaskan (mereka) memberi pandangan dan kerajaan (boleh) memenuhi cadangan mereka. Kita punyai masa," tambahnya.

[Maklumat terkini yang diterima daripada sumber dalaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jelas mengatakan Pilihanraya Umum Ke-13 bakal diadakan selepas Perdana Menteri membentangkan Bajet Pilihanraya Oktober ini. Bajet yang dikatakan bertujuan menjawab apa yang telah dibentangkan adalam Buku Jingga Pakatan Rakyat itu bakal memberi banyak kebajikan kepada rakyat akan mereka tidak berubah dan terus menyokong Barisan Nasional. Daripada sumber yang boleh dipercayai, kemungkinan besar PRU13 akan jatuh pada 11.11.11 iaitu tarik keramat yang cukup bermakna dalam hidup Najib. Lantaran itulah kita tidak hairan kini, SPR mula melanti petugas pilihanraya bagi persiapan ke arah itu. Ramai petugas kini sudah mendapat surat pengesahan dan lokasi tugasan mereka. Bermakna memang Parlimen bakal dibubarkan dalam masa terdekat biarpun SPR masih belum dipulihkan sepenuhnya. Oleh itu, rakyat harus sedar situasi ini, jelaslah Najib terpaksa bubarkan parlimen bagi memberi laluan selesa kepada mereka untuk terus berkuasa pada penggal akan datang sebenarnya. Jika pilihanraya dipulihkan agar bersih dan adil, mereka pasti akan berhadapan dengan laluan sukar kerana tidak berupaya lagi untuk menipu dalam pilihanraya. Inilah yang mereka takut].

Eksklusif: Isu Saman Parking, Kerajaan Negeri Di Gesa Pantau Tindakan Keterlaluan MPK Mencari Keuntungan Dengan 'Mendera Rakyat' Kuantan !

Posted: 12 Sep 2011 04:41 PM PDT

KUANTAN, 13 Sept - Orang ramai di sekitar bandar ini sekali lagi meluahkan perasaan kecewa akibat tindakan drastik Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang kini dikatakan semakin agreasif menjalankan tindakan operasi saman parking terhadap mereka. Ramai diantara mereka kini sudah tidak tahan lagi dengan kerena majlis tempatan itu yang dilihat menjadikan "pesta saman parking" sebagai salah satu strategi mudah untuk mendapatkan "wang segera" yang cukup mudah bagi menampung kewangan pihak terbabit. Malah, difahamkan saman parking kini menjadi salah satu sumber terbesar yang menjana kewangan MPK setakat ini. Soalnya sekarang, adakah adil bila MPK mengarahkan Pegawai Penguatkuasa mereka menjalankan operasi tersebut pada malam menjelang Aidil Fitri baru-baru ini?. Ketika umat Islam berpusu-pusu membanjiri bazar jualan Aidil Fitri terutamanya di hadapan Terminal Makmur (Hentian Bas), maka ketika itulah MPK mengarahkan begitu ramai penguatkuasa menjalankan operasi saman. Menurut seorang saksi, beliau terkilan dengan tindakan tersebut yang baginya cukup tidak bertimbangrasa dan kejam. "Saya dikenakan saman RM30 ketika itu, sedangkan mereka harus faham bahawa malam raya sudah pasti kesesakan yang luar biasa berlaku di sekitar bandar Kuantan. Tambahan pula di bazar Aidil Fitri, kerana orang ramai mencari kelengkapan terakhir menjelang raya. Secara logiknya, apabila tempat letak kereta penuh dan tidak mencukupi maka memanglah kami terpaksa letakkan kenderaan dibahu-bahu jalan. Mereka sepatutnya menjaga lalulintas serta hanya ambil tindakan kepada mana-mana kenderaan yang didapati menghalang laluan", katanya.


Lihat, sebahagian aksi pesta saman parking yang dilakukan MPK pada hari
peristiwa yang telah diadakan di Padang MPK 2 Kuantan satu ketika dulu


Inilah kupon parking yang mengayakan MPK (kiri), serta bukti saman yang
dikeluarkan pada hari minggu (cuti-cuti pun MPK buat operasi saman)

"Namun, tak kanlah kenderaan yang diletakkan dengan teratur serta tidak mengganggu lalu lintas pun mahu disaman. Sudahlah saya pulang berhari raya dari jauh diperantauan dengan niat untuk membeli keperluan terakhir raya di situ. Saya nampak begitu ramai Penguatkuasa MPK dikerahkan menyaman kenderaan di situ. Bukankah itu malam raya dan mereka sendiri faham situasi ketika itu. Sudahlah tindakan itu dilakukan pada sebelah malam hari. Kenapa mereka tidak saman pula kepada yang letakkan kenderaan dibahu-bahu jalan ketika solat Jumaat di Masjid Negeri atau di sekitar Jalan Bukit Ubi ketika Pasar Malam Jalan Gambut beroperasi setiap malam minggu?", kata beliau lagi. MPK tidak boleh "double standard" dalam hal ini. Kenapa ada lokasi yang boleh ada yang tidak boleh. Malah, ramai yang kecewa bila MPK mengarahkan Pegawai Penguatkuasa mereka mencapai "target harian tertentu" untuk menyaman. Akibatnya, bila tidak cukup saman maka ada yang menyambung operasi di malam hari hingga ke tengah malam. Bayangkan, ada beberapa kejadian mereka yang disaman sekitar jam 10.00 malam hingga 2.00 pagi. Kejadian ini berlaku di sekitar bandar ini dan juga pantai peranginan Teluk Chempedak. Ia menunjukkan kepada kita bahawa MPK memang begitu "kemaruk" untuk mencari untung dengan "saman parking". Sudahlah mereka untung bila "kupon parking bergores" diperkenalkan beberapa tahun yang lalu. Ramai yang disaman, gara-gara kupon tidak bergores atau lebih masa semata-mata kerana urusan tertentu. MPK juga memberi lesen kepada "Attanden Parking" untuk menyaman orang ramai bagi menggalakkan lagi usaha mendapatka duit mudah. Mereka untuk besar dengan tindakan tersebut, sebaliknya ramai warga Kuantan yang semakin tertekan dengan sikap MPK sekarang ini. Mereka tidak perlu seronok membawa kakitangan pergi melancong ke sana ke sini di atas penderitaan orang lain. Justeru itu, kepada warga Kuantan yang ada masalah dengan "saman parking MPK" ini sila hantarkan maklumat dan gambar ke pahangdaily@yahoo.com.


Orang ramai bukan tidak mahu disaman bila melakukan kesalahan, tapi
biarlah ia bertempat dan dalam keadaan yang sepatutnya dibolehkan

[Malah, apa yang memusykilkan kita MPK juga menjalankan oeprasi saman parking pada hari-hari perayaan dan peristiwa besar seperti karnival Jom Heboh TV3 dan sebagainya. Bukankah ini bermakna mereka "makan dua kali" satunya, permit lesen membenarkan acara itu berlangsung dan keduanya duit saman parking. Sedangkan MPK tahu pada hari-hari peristiwa sememangnya kotak-kotak parkir yang disediakan penuh dan tidak mencukupi. Oleh itu, MPK harus lebih bertimbangrasa dan prihatin dengan masalah rakyat. Usahlah dijadikan "saman parking" sebagai peluang untuk kakitangan mereka melancung ke sana sini dan juga dana membina bangunan baru pihak terbabit. Rakyat bukan tidak mahu ikut undang-undangm tapi belajarlah bertimbangrasa dalam membuat tindakan. Warga Kuantan akhirnya semakin benci dan menyampah bila melihat Pegawai Penguatkuasa MPK yang memakai seragam biru. Ini kerana mereka begitu sombong dan berlagak seolah-olah begitu profesional dalam menjalankan kerja. Sedangkan kami tahu banyak benda yang tidak dilakukan dengan telus dan akan kami dedahkan selepas ini seperti isu Mesin Kuda (Jackpot) dan pusat-pusat urut serta hiburan yang semakin berleluasa di bandar Kuantan sekarang ini. Jangan bila orang awam kami laksanakan undang-undang dengan telus tapi bila libatkan tokey-tokey terbabit mereka menikus serta takut, malah tergamak "masuk pintu depan keluar pintu belakang". Allah melihat apa yang anda kerjakan. Tunggu pendedahannya].

Panas: Bekas Ketua CID,Dedah Musa Hassan Dan Gani Patail Palsukan Bukti Kes Fitnah Liwat 1998!

Posted: 12 Sep 2011 09:35 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 Sept - Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Mat Zain Ibrahim mengesahkan bukti-bukti yang digunakan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah '98 dipalsukan. Mat Zain membuat pendedahan menggemparkan itu dalam surat terbukanya yang terbaru kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Beliau mengesahkan pemalsuan bukti itu dilakukan pegawai penyiasat pada masa itu, Tan Sri Musa Hassan dan ketua pasukan Pendakwa Raya, Tan Sri Abdul Gani Patail. Katanya, Musa dan Gani Patail memalsukan bukti perbicaraan itu demi kepentingan mereka bersama. Tidak lama selepas kes itu selesai dibicarakan, kedua-dua mereka dinaikkan pangkat dengan Musa dilantik sebagai Ketua Polis Negara dan Gani dilantik menjadi Peguam Negara, kata Mat Zain. Musa bagaimanapun kini telah bersara dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan diganti Tan Sri Ismail Omar. "Pemenjaraan Anwar adalah satu ketidakadilan kepada beliau akibat tindakan kedua-dua mereka (Musa dan Gani)," kata Mat Zain dalam suratnya itu. Berhujah lanjut, Mat Zain berkata beliau mengetahui pemalsuan bukti itu berdasarkan perbezaan di antara fail rasmi kes itu pada tahun 1998 dengan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir di dalam autobiografinya, "A Doctor in The House Memoir". "Saya membangkitkan perkara ini berdasarkan dokumen bukti dan kenyataan yang saya miliki dan berada dalam pengetahuan saya," katanya. Mat Zain mendakwa beliau berani buat pendedahan itu kerana terlibat secara langsung dalam kes itu.

"Saya bertemu dan berinteraksi dengan watak-watak utama dalam perkara ini, termasuk Mahathirlah, Gani, Musa dan Anwar, selain pesuruhjaya dalam Suruhanjaya Diraja Siasatan dalam insiden mata lebam" kata beliau dalam surat terbukanya. Dalam surat sama, Mat Zain mendedahkan Musa dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Yusof, 'mencuri' sampel darah Anwar daripada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zahari Noor sewaktu siasatan peristiwa mata lebam berlangsung. "Musa masih perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia tentang apa yang diceritakan kepada Mahathir sehingga bekas Perdana Menteri itu percaya bahawa Anwar terlibat dalam kegiatan seks luar tabie dan seks luar nikah. "Beliau mengumpul bukti DNA dan 'mencuri' sampel darah (untuk melengkapkan siasatannya)," kata Mat Zain. Beliau seterusnya mendakwa Najib pernah didatangi dua orang tertentu yang mahu Musa dan Gani Patail didakwa kerana perbuatan. Namun, menurutnya, Najib memutuskan untuk tidak mendakwa mereka di atas sebab-sebab yang hanya diketahui Najib. "Mungkin beliau menunggu masa yang sesuai," katanya.


[Pembongkaran ini adalah sesuatu yang memang sudah dijangka sebenarnya. Selama ini pun memang ramai yang telah mengetahu hal ini, cuma mereka tidak tergamak untuk membongkarkannya akibat takut menerima tekanan daripada pemerintah. Satu nama yang amat sinonim dengan kes beliau pada tahun 1998 dulu sudah pastilah Dr.Zahari Noor (foto). Beliau adalah salah seorang Pakar Forensik (Terkanan) yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur yang telah diarahkan bertukar ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan (HTAA), gara-gara enggan untuk memberi kerjasama sepenuhnya bagi berkaitan kes tersebut. Adalah difahamkan, gara-gara sikapnya yang tidak mahu bersekongkol dengan penipuan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam usaha membuat bukti-bukti palsu terhadap kes berkenaan maka beliau telah diarahkan bertukar. Beliau selepas itu menjadi Pakar Forensik di HTAA dan juga di Pantai Timur. Beliau perlu bangkit membongkarkan penyelewengan yang berlaku ini sekarang dan tidak perlu lagi gusar untuk terus menutup kebenaran. Keadilan harus ditegakkan demi agama Islam].

Tiada ulasan: