Selasa, 13 September 2011

jiwo kelate

jiwo kelate


Apa petanda bila Najib naik Teksi ke Permatang Pauh

Posted: 13 Sep 2011 05:32 AM PDT

Najib Naik teksi ke Permatang Pauh, dalam maknanya ….. pelbagai ramalan boleh dibuat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengadakan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu (SMKGP), di Permatang Pauh dibawa dengan sebuah teksi jenis Proton Wira yang disewa khas dari rumah Nor Asmah disambut meriah kumpulan generasi muda, veteran dan pelbagai anggota persatuan sukarela dengan paluan gendang pelbagai kaum yang dikenali sebagai Gendang 1Malaysia serta laungan merdeka. Baca lanjut di sini.

Pengalaman
Pengalaman saya ketika tahun sebelum Pilihanraya 1990, Wakil Rakyat (ADUN dan Parlimen) di kawasan saya juga menaiki teksi (kereta sewa) dan disambut ribuan penyokong untuk menghadiri majlis Pemimpin bertemu rakyat di kampong saya.

Saya ketika itu baru tamat belajar UKM dan melihat suasana orangramai yang dipunggah merata ceruk negeri kerana orangramai yang berada di depan pentas kebanyakannya bukan dari kampong saya. Peristiwa ini berlaku dalam tiga bulan sebelum Pilihanraya Umum 1990.

Bila pilihanraya berlangsung, Umno di kampong saya tidak dapat membuka bangsal panas, kerana penyokong Umno ketika itu beralih angin dan menyokong YBM Tengku Razaleigh hamzah yang menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Ringkasnya pada Pilihanraya Umum 1990, Umno kalah teruk di Kelantan disapu bersih oleh PAS dan PMS 46 (waktu itu) bila pemimpinnya naik teksi melawat pengundi …. kerana apa, kerana mereka nak tunjuk mereka pemimpin rakyat, mereka sanggup datang dengan teksi, tidak dengan kereta besar mereka yang biasa digunakan sebelum pilihanraya.

Memang pemimpin Umno suka bermuka-muka, cuba nak tipu rakyat, kununnya nak rasa denyut nadi rakyat ……

Tun Dr M menyalahkan masalah dan rasa tidak puas hati kepada BN, sejak beberapa tahun yang lalu, bukan kerana sistemnya, tetapi dasar-dasar pemimpin BN yang mentadbir kerajaan. Baca lanjut keresahan Dr M di sini.


Negara tidak dijajah, Husam cabar Umno Nyatakan Pendirian

Posted: 13 Sep 2011 04:31 AM PDT

Kesian kat Pakar (Prof) Sejarah Negara
Utusan Malaysia melaporkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak akan berdebat dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengenai isu pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa individu yang layak berdebat dengan Mohamad Sabu adalah pakar-pakar sejarah dan bukannya beliau.

Ditanya mengenai tindakan saman yang akan dibuat oleh Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekiranya beliau enggan menyahut cabarannya, Muhyiddin berkata: "Tak apalah, saya tunggulah dia saman saya."


Muhyiddin, yang sebelum itu menghadiri majlis Tawaran Baru kepada Pengetua (Sekolah Menengah) dan Guru Besar (Sekolah Rendah) Bidang Kerberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010 di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara di sini, berkata, Mat Sabu tidak seharusnya memutarbelitkan fakta sejarah demi mengejar cita-cita politiknya kerana sejarah tidak ada kena mengena dengan politik dan apa yang dibangkitkannya boleh memporak-perandakan negara.

“Mat Sabu sebagai seorang pemimpin politik seharusnya menarik balik kenyataannya bahawa pengganas komunis adalah hero sebenar dalam tragedi Bukit Kepong dan meminta maaf secara terbuka," katanya.

Mengenai majlis makan malam beliau bersama Setiausaha Agung Parti Komunis Republik China, Sun Zhenglai malam ini, Muhyiddin berkata, hubungan diplomatik Malaysia dengan China adalah baik dan Malaysia menghormati pandangan ideologi negara itu.

“Malaysia tidak mengkritik China kerana berfahaman komunis tetapi mengutuk tindakan kejam pengganas komunis sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dahulu.

“Hubungan dua hala Malaysia dan China adalah penting kerana negara itu menjalinkan hubungan dalam sektor perniagaan, dalam perdagangan, perindustrian dan pelbagai sektor lain," katanya.

Beliau berkata, Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya pun turut menjalin hubungan diplomatik dengan China.

“Maka kita perlu pragmatik dalam perkara ini dan tidak menimbulkan isu politik mengenainya," katanya. – Bernama


Foto-foto Sekitar Hari Terbuka PAS 11 Sept. 2011

Posted: 12 Sep 2011 04:02 PM PDT

Tok Guru bercakap dengan Ahli Parlimen PKR (YB Tian Chua – Batu dan YB William Leong – Selayang)

image

image

YB Salahuddin menyambut tetamu
image

Datin Seri Dr Wan Azizah bersama dengan Pemimpin Dewan Muslimat PAS
image

Pak Syed menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak. Pak Syed Mohd bertanya sesuatu “berapa kali dah masuk beratur … kanak-kanak tu menjawab: ni baru masuk ni hah .. nak bagi bagi jer, banyak tanya pula”.

YB Dato’ Mahfuz bertanya sesuatu dengan Bro Bustamam, Naib Presiden Persatuan Anak Kelantan Darulnaim di Selangor dan KL (PERSADA)

image

image

Tok Guru bercakap dengan wakil Duta Australia


Awas! Jangan Tertipu dengan Janji Pemimpin BN

Posted: 12 Sep 2011 03:49 PM PDT

Sesudah Subuh
Awas !! Rakyat Malaysia Jangan tertipu dengan mainan ucapan pemimpin BN kini, mereka akan berubah bila mendapat bantahan daripada rakyat atau NGO.

Tengok berita ini,
Utusan Melaporkan, Tuduhan sesetengah pihak kononnya cukai perkhidmatan 6 peratus yang akan dikenakan ke atas pembelian tambah nilai prabayar, pek atau kad SIM adalah untuk UMNO membiayai pilihan raya umum kelak, amat tidak bertanggungjawab.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan tiada kaitan langsung dengan pilihan raya.

"Ia satu tuduhan melulu dan tidak waras," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Tangok, di sini, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yakin syarikat-syarikat berkenaan akan mengambil tindakan bijak sesuai dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan pihak terbabit menimbang semula keputusan itu.

Katanya, jika cukai itu tidak dikenakan ka atas pengguna, syarikat-syarikat berkaitan masih mampu meraih keuntungan.

Awang Adek berkata, jika syarikat-syarikat terbabit menyahut saranan Perdana Menteri itu, mereka bukan sahaja dapat membantu kerajaan merangsang ekonomi negara tetapi juga akan disanjungi pengguna.

“Jika berlaku sebaliknya mereka seolah-olah membelakangi kerajaan," katanya. — Bernama

Sedangkan Telco melaksanakan apa yang terkandung dalam ucapan Bajet 2011 yang dibacakan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 15 Oktober 2010. Awang Adek selaku Timbalan Menteri Kewangan kena lihat handsard parlimen di bawah:

“51. Sementelahan itu, kedudukan kewangan yang kukuh adalah penting bagi menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan mencadangkan agar kadar cukai perkhidmatan dinaikkan hanya satu peratus kepada 6 peratus. Kerajaan percaya langkah kenaikan yang kecil ini tidak membebankan kerana rakyat mempunyai pilihan untuk mendapat perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai perkhidmatan [Tepuk]. Malah, nilai jualan tahunan (threshold) bagi perkhidmatan sedia ada masih lagi dikekalkan. Seiring dengan hala tuju ini, kerajaan juga mencadangkan cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar [Tepuk].” Baca di sini, atau di sini.

NOTA: [Tepuk] itu adalah Penyokong BN.

Rakyat tidak mengetahui mungkin sudah ada Pekeliling Kementerian Kewangan mengenai Cukai 6 % itu berasaskan Bajet 2011 … tetapi olehkerana mendapat bantahan dari rakyat, Kerajaan terpaksa semula dasar tersebut walaupun hanya sekitar satu (1) peratus sahaja.

MAKA RAKYAT MALAYSIA KENA BERHATI-HATI DALAM PILIHANRAYA KE 13 YANG AKAN BERLANGSUNG BILA-BILA MASA – KERANA SUDAH BANYAK PEMIMPIN BN INI MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN DASAR-DASAR DAN SLOGAN-SLOGAN YANG DIJANJIKAN DAN DIUCAPKAN OLEH PEMIMPIN BN SAMADA DI PARLIMEN ATAU DI TEMPAT-TEMPAT AWAM.

UBAH SEKARANGM SELAMATKAN MALAYSIA


Prof Sejarah ‘Buta Sejarah’, pelikkan

Posted: 12 Sep 2011 12:54 PM PDT

Tidak hairanlah jika sayapun tertinggal atau tidak lulus Sejarah (bukanlah tidak lulus tetapi tidak Cemerlang dalam peperiksaan PMR) kerana ada juga Prof Sejarah yang “Buta Sejarah” yang sekarang ini mulai dipertikaikan Sejarahwannya.

Malaysiakini melaporkan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan sejarahawan Profesor Datuk Dr Zainal Kling sbagai “tidur terlalu lama” apabila mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

“Tadi ditanya oleh wartawan apa pandangan saya tentang beberapa orang profesor yang mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

“Saya katakan, orang ini tidur dalam gua begitu lama lalu sedar dan berkata-kata dalam keadaan mengigau, barangkali akibat berada dalam usus penjajah begitu lama,” katanya kepada pemberita sejurus tiba di lapangan terbang Kota Baharu daripada Kuala Lumpur.

Walaupun tidak menyebut secara langsung nama Zainal, kenyataan itu jelas merujuk kepada kenyataan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dalam sidang media di Putrajaya Jumaat lalu.


16 September 2011 – Program DSAI di Johor

Posted: 12 Sep 2011 12:43 PM PDT

Amba diminta memaklumkan Program Salam Aidilfitri Dato' Seri Anwar Ibrahim di Johor 16 September 2011 (Jumaat)

Program 1) 7.00 – 9.00 malam – Salam Aidilfitri Pakatan Rakyat Di Skudai
Lokasi: Kelab Rekreasi Taman Universiti, Skudai
Tetamu:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng
3. YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin
4. YB Dr Boo Cheng Hau
5. YBhg Haji Zulkifli Ahmad

Program 2) 8.00 – 11.00 malam – Majlis Jamuan Makan Malam
Lokasi: Restoran Pekin, Taman Sutera Utama, Skudai
Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng
3. YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin
4. YB Lee Boon Chai
5. YB Chang Li Kang
6. YBhg Jimmy Puah

Program 3) 9.00 – 12.00 malam – Salam Aidilfitri Pakatan Rakyat Di Pasir Gudang
Lokasi: No 2, Jalan 9/14, Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang
Tetamu:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng
3. YBhg Dr Hj Mahfodz Mohamed
4. YBhg Dr. Ahmad Faidi
5. YBhg Hassan Karim


Tiada ulasan: