Sabtu, 10 September 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Warta Pahang: Kerajaan Negeri 'Kenal Pasti' Pusat Urut Adakan Aktiviti Tidak Bermoral & Pelacuran !

Posted: 10 Sep 2011 02:45 AM PDT

KUANTAN 9 Sept - Kerajaan Negeri Pahang mengesan pusat urut terutamanya di bandar ini yang menjalankan aktiviti tidak bermoral termasuk pelacuran bagi menarik ramai pelanggan ke premis mereka. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail (foto) berkata, pihaknya mendapati pusat tersebut tumbuh bagaikan cendawan sekali gus menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat. "Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sudah lama menyedari taktik kotor pengusaha yang tidak bertanggungjawab itu. "Untuk itu, MPK mengetatkan pemantauan dan sebanyak 13 kes diambil tindakan dengan menarik balik lesen perniagaan sejak Julai lalu," katanya. Setiap pendaftaran perniagaan pusat urut akan diteliti lebih lanjut terutama dengan pengambilan warga asing sebagai pekerja di situ, katanya. Beliau menambah, latar belakang pengusaha serta syarikat turut diperiksa supaya mereka yang ingin membuka pusat tersebut tidak disenarai hitam kerana didapati menjalankan kegiatan itu. ''Justeru orang ramai diminta segera melaporkan kegiatan tidak bermoral itu kepada pihak berkuasa bagi menangani masalah sosial yang semakin membimbangkan,'' tambah beliau.


Pusat-pusat pelacuran ala rumah urut kini tumbuh bagaikan cendawan
di bandar Kuantan, siapakah yang harus dipersalahkan agaknya

[Sepatutnya Kerajaan Negeri Pahang bukan sekadar mengambil tindakan terhadap pusat urut yang menawarka kegiatan tidak bermoral ini, namun perlu juga mengambil tindakan terhadap kebanjiran begitu ramai "mak nyah dan ponda-pondan" di bandar ini. Mereka juga menawarkan perkhidmatan seks terhadap pelanggan. Paling mengecewakan, bulan Ramadhan dan malam raya pun mereka masih terus beroperasi. Tindakan terhadap pusat urut terkadang ada masalahnya kerana Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sendiri tidak serius dalam menangani masalah ini. Itu belum termasuk pusat-pusat yang dututup kemudian dibuka semula ikut pintu belakang atas kerjasama pihak yang berkenaan. Akhirnya sampai bila-bila pun kegiatan pelacuran ini tidak dapat diatasi gara-gara ada "orang dalam". Kerajaan perlu bertegas dan mengambil tindakan hingga ke akar umbi jika benar-benar mahu melihat bandar Kuantan bebas dari sarang pelacuran. Kami akan mendedahkan dalam laporan eksklusif seterusnya].

Musykil: PM Najib Nafi, Kerajaan Luluskan Cukai Perkhidmatan 6% Dan Ia Dilakukan Oleh Syarikat Syarikat Telekomunikasi Itu Sendiri Sebenarnya !

Posted: 09 Sep 2011 10:13 PM PDT

Sungguh mengejutkan, selepas kita dikejutkan dengan keputusan untuk mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan syarikat telekomunikasi semalam, tiba-tiba terkini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak (foto) pula menafikannya. "Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," kata Najib. Malah, beliau juga meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan tersebut kerana ia kini dilihat membebankan rakyat. Kerajaan juga katanya tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6.0 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri. Persoalannya yang timbul, apakah benar keputusan itu dibuat oleh syarikat telekomunikasi sendiri tanpa mendapat "greenlight" daripada kerajaan. Apakah logik syarikat swasta boleh sewenang-wenangnya mengenakan cuka-cukai tertentu kepada rakyat tanpa pengetahuan kerajaan?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Kenyataan Najib ini dilihat sebagai langkah terdesak selepas melihat rakyat secara keseluruhannya bangkit membantah cadangan tersebut. Mungkinkah beliau gusar mereka akan menolak BN pada pilihanraya umum akan datang jika langkah ini diteruskan. Soalnya, apakah Najib akan mengeluarkan kenyataan yang sama jika rakyat tidak membantah. Kenapa dalam soal kenaikan harga minyak, gula dan yang lainnya beliau tidak mahu dengar rintihan rakyat.



[Apakah ini cara pemerintahan yang betul?. Sengaja memperbodohkan rakyat dengan satu keputusan yang jelas dibuat oleh mereka sebenarnya. Jika tidak, mana mungkin syarikat telekomunikasi terbabit boleh mengumumkan cukai 6% itu akan bermula pada 15 September ini. Sudah pasti ia mendapat mandat daripada kerajaan sendiri sebenarnya. Kerana semua mereka pasti tertakluk kepada undang-undang dan peraturan, malah selam alebih 10 tahun beroperasi kenapa tiba-tiba perkara ini dibangkitkan. Apakah syarikat telekomunikasi kini mengalami kerugian, lantaran mahu menyusahkan rakyat?. Inilah yang perlu difikirkan oleh kita sekarang ini. Maka ubahlah segera dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti].

Sensasi: Artis Terkenal, "Raja Pop" Jamal Abdillah Akhirnya Buat Keputusan Menyertai Parti UMNO !

Posted: 09 Sep 2011 09:25 PM PDT

Penyanyi terkenal tanahair Jamal Abdillah (foto) akhirnya secara sah mendaftar menjadi ahli UMNO dan telah menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh di Ibu Pejabat UMNO, semalam. Katanya, dia menyertai UMNO kerana amat yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepimpinan sebelumnya dalam mentadbir negara ini. "Walaupun saya baru mendaftar menjadi ahli UMNO hari ini namun sebenarnya saya telah lama menyokong UMNO malah arwah ayah saya juga semasa hayatnya merupakan Pengerusi Tetap UMNO di Pasir Salak. "Saya bukan menyertai UMNO untuk kepentingan diri ataupun mempunyai agenda tersembunyi tetapi kerana saya yakin dengan parti keramat UMNO. Saya yakin dengan prinsip saya dan saya rasa kalau parti lain yang memerintah negara, tidak mungkin saya mampu bertahan bergelar penyanyi sehingga kini. "Kerana kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang berjaya mentadbir dengan aman damai maka saya mampu bertahan sehingga kini. Malah peminat saya juga terdiri dari berbilang kaum. Saya tidak kisah sekiranya selepas ini ada yang menuduh saya mahu mencari publisiti murahan kerana saya tahu dan yakin dengan apa yang saya lakukan," ujarnya. Jamal turut lahirkan rasa kagumnya terhadap UMNO yang sentiasa jaga kebajikan rakyat malah sentiasa memertabatkan dunia artis.


Jamal serahkan borang keahlian UMNO kepada Datuk Ab Rauf semalam
"Saya menyeru para peminat dan rakan-rakan saya agar marilah kita bersama-sama menjadi ahli UMNO dan cubalah kita celikkan mata dan lihat apa yang telah kerajaan lakukan selama ini untuk kita. "Janganlah kita bercakaran sesama sendiri hanya mengejar kepentingan diri. Kita harus bersatu padu memertabatkan negara kita. Jangan mudah membiarkan orang lain menginjak maruah bangsa kita. Bukanlah saya bermaksud untuk berpolitik tetapi saya sedar bahawa tiada parti lain yang mampu menjaga kepentingan rakyat selain daripada UMNO dan Baisan Nasional," ujarnya lagi.

[Tindakan Jamal Abdillah menyertai UMNO dilihat tidak sedikit pun mempunyai nilai komersial sebenarnya. Tambahan pula Jamal bukan jenis yang mudah "insaf". Lihat saja apa yang berlaku kepada dirinya selama ini. Penuh dengan cerita panas dan kontroversi berkaitan dispilin dan masalah keluarganya. Itu belum termasuk penglibatan beliau dengan ketagihan dadah. Semua ini membuktikan kepada kita bahawa Jamal tidak boleh dijadikan ikon perubahan dan kemasukannya ke dalam UMNO tidak lebih untuk mencari sesuatu yang sudah lama diidamkan. Jamal mengikut jejak Jins Shamsuddin seorang lagi artis dari bumi Perak menyertai UMNO. Persoalannya, manakah arah tujuan beliau jika hanya berbangga kerana UMNO menjaga kebajikan artis semata-mata. Apakah dia fikir sampai mati mahu menjadi artis agaknya. Oleh itu, kita harap Jamal ikhlas dengan hasrat beliau itu dan dapat konsisten dengan apa yang dilakukan. Ini kerana peminatnya masih ramai hatta dikalangan penyokong pembangkang sendiri. Apakah mereka itu boleh terpengaruh dengan tindakan Jamal ini?].

Apa 'Bakal Terjadi' Kepada Generasi Akan Datang Andai Ramai Tokoh Akademik Cuba Ubah Sejarah

Posted: 09 Sep 2011 06:46 PM PDT

Ramai pihak yang kecewa dengan beberapa kenyataan golongan cerdik pandai, cendiakawan, ilmuan, ahli akademik dan pakar sejarah sekarang ini. Apa tidaknya, gara-gara isu "Mat Indera" yang dibangkingkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) akhirnya masing-masing kini bercakap merapu, meracau dan langsung tidak mencerminkan tahap keintelektualan mereka. Apa sudah jadi agaknya di negara kita sekarang. Sejarah cuba dipadam dan diputar-belitkan demi menjaga "periuk nasi" dan tidak lagi untuk dinikmati oleh generasi akan datang. Tindakan, beberapa orang tokoh akademik dan yang bergelar profesor mengeluarkan kenyataan berhubung dengan isu sejarah negara sekarang, nampaknya jelas cuba memesongkan fakta dan memperbodohkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Malah, kenyataan mereka bukan hendak berpijak di bumi yang nyata tetapi lebih jelas lagi sekadar untuk "mengampu pihak-pihak tertentu" yang berkepentingan. Segala ilmu yang dipelajari kini dijadikan bahan hiasa untuk mencari saki-baki kehidupan. Inilah hakikat yang sebenarnya berlaku. Cuba lihat kenyataan tokoh sejarah terkemuka, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (foto) yang menjelaskan bahawa Mat Indera atau nama penuhnya Ahmad bin Indera bukan seorang pejuang kemerdekaan yang menentang British. Beliau berkata Komunis ketika itu cuba mewujudkan orde baru dunia berdasarkan fahaman komunis dan Mat Indera seorang penyokong gerakan komunisme. Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan latar belakang Mat Indera yang mengetuai serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950. Paling mengejutkan bila Khoo mengatakan Mat Indera bukanlah anak Melayu sebaliknya berasal dari seberang (Indonesia). Sedangkan berdasarkan catatan sejarah, beliau dilahirkan di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor. Soalnya, kenapa Khoo boleh mengubah fakta tersebut?. Bukankah catatan ini juga pernah dinyatakan ramai pihak sebelum ini?.

[Sejarah tidak wajar diubah kerana ia harus dinikmati oleh generasi akan datang. Maka itu kepada tokoh akademik dan pakar sejarah yang berkaitan agar tidak terpedaya dengan permainan politik pihak-pihak tertentu dan sanggup mengeluarkan kenyataan yang jelas menyelewengan daripada fakta sejarah itu selama ini. Sepatutnya mereka harus pertahankan nilai-nila sejarah itu, namun kini sebaliknya pula berlaku. Ramai dikalangan mereka mula cuba menjadi juara untuk menegakkan benang yang basah. Mereka lupa bahawa sejak turun temurun itulah sejarah yang telah mereka hasilkan. Makanya, kembalilah ke landasan kebeneran biar pun pahit untuk ditelan. Cubaan mengubah sejarah seolah-olah menghina maruah negara].

Kontroversi: Gara-Gara 'Mat Sabu', Majlis Profesor Negara (MPN) Tiba-Tiba Kata British Tidak Pernah Menjajah 'Persekutuan Tanah Melayu' Selama Ini!

Posted: 09 Sep 2011 04:23 PM PDT

Sungguh mengejutkan apabila mendapat berita tentang kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) yang menyatakan pendirian bahawa Tanah Melayu tidak pernah menjadi tanah jajahan British selama ini. Kenyataan panas itu dibuat oleh Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya, Profesor Datuk Dr Zainal Kling (foto) semalam. Malah, beliau turut menyatakan bahawa British hanya berperanan sebagai penaung dengan mengiktiraf Institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu (DURBAR) sebagai pemerintah yang sah. Justeru katanya anggota polis dan pegawai Melayu yang berkhidmat pada ketika itu dibayar gaji daripada hasil Persekutuan Tanah Melayu dan bukan British, jelasnya lagi. Dalam pada itu beliau bagaimanapun mengakui pada peringkat awal ada pejuang haluan kiri Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan daripada British, namun Parti Komunis Malaya (PKM) dikatakan bercita-cita mahu menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu. "Nasionalis Melayu yang pada awalnya ingin memerintah di Tanah Melayu bersubahat dengan pejuang komunis untuk menjadikan negeri ini sebagai republik komunis," ujar Zainal dalam satu kenyataan semalam. Tindakan MPN itu adalah sebagai inisiatif untuk memberi penjelasan ekoran isu yang dibangkitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa mengangkat Ketua Rejimen ke-10 PKM, Ahmad Indera sebagai pejuang kemerdekaan sebenar dalam satu ceramahnya di Tasik Gelugor 21 Ogos lalu. Video

Jika bukan kerana dijajah, maka kenapa harus berbicara bab kemerdekaan
[Kenyataan Zainal Kling ini jelas sekali mengundang kontroversi sebenarnya. Malah, sejak zaman berzaman memang kita belajar sejarah dan mengetahui negara kita telah dijajah oleh British dan yang lainnya. Kenapa tiba-tiba beliau boleh membuat kenyataan dangkal demikian. Mungkin juga kerana mahu "cover" tuduhan kononnya polis yang dibunuh oleh komunis dalam Tragedi Bukit Kepong itu bukan bekerja untuk British, sebaliknya untuk raja-raja Melayu. Nampak benar Majlis Profesor Negara (MPN) kini sudah hilang arah tujuan akbiat isu Mat Indera yang dibangkitkan oleh Mat Sabu. Mutakhir ini, pakar sejarah dan tokoh akademik semuanya jadi carca merba dan tak keruan gara-gara ingin mempertahankan kerajaan dan "menegakkan benang yang basah". Bukankah ini sesuatu yang cukup memalukan kita sebenarnya. Bahkan semua pihak wajar menolak dakwaan karut seperti ini yang ternyata dibuat hanya untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu sebenarnya. Mereka cuba memperbodohkan rakyat].

Tiada ulasan: