jiwo kelate |
| Kalau kita tak pernah dijajah, buat apa sambut merdeka …. perabis duit Negara Posted: 09 Sep 2011 11:08 PM PDT Seingat saya, jarang juga orang bertanya berapa juta kos Sambut Kemerdekaan dari mulai disambut hingga kali yang 54 kali setiap 31 Ogos yang pada tahun ini dibuat serentak dengan 16 September 2011 kerana 31 Ogos lalu bertembung dengan Hari Raya Aidil Fitri. Rakyat tak pernah tanya sebab semua Rakyat menyambutnya tidak kira mereka itu pembangkang atau Golongan kiri. Tapi tiba-tiba ada pula Golongan Cendawan berkata dan memberitahu rakyat bahawa Malaysia tidak pernah DIJAJAH. Habis punah ranah Sejarah yang telah ditulis dan benarlah cadangan PAS supaya Sejarah ini ditulis semula. Maka Benarlah kata-kata Ketua Penerangan PAS seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily seperti di bawah ini. "Kalau kita tak pernah dijajah, buat apa sambut merdeka?" tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam bidasan sinis sebagai reaksi spontan kepada kenyataan sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berhujah bahawa berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu 'tidak pernah terjajah', sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British. "Sekiranya benar begitu, jadi maksudnya 31 Ogos 1957 bukanlah tarikh merdeka. Jadi Dr Zainal secara tidak langsung nak bagitahu rakyat dah terkena tipu 54 tahun oleh Umno ke?" sindir beliau lagi. "Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik,” katanya. Beliau turut mendakwa adalah kesalahan yang amat besar jika rakyat menyebut negara kita terjajah selama 400 tahun kerana menurutnya sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi. “Dinaungi tidak sama dengan kolonial… Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. “(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi… Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah. “Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar,” Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata. Berdasarkan hujah Zainal, Tuan Ibrahim bertanya secara sinis 'adakah tarikh merdeka sebenar ialah apabila Jepun kalah dalam Perang Dunia ke 2?' "Rakyat semakin 'fening' di bawah pemerintahan Umno. Sebenarnya ini menandakan bahawa pemikiran rakyat masih terjajah dengan pelbagai fakta mengelirukan," kata beliau. Sementara itu, bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyindir hujah yang dibuat Dr Zainal. "Kemerdekaan lawan bagi kehambaan atau penjajahan..ertinya tiada hari merdeka yang sebenar..kita tidak pernah dijajah..buku sejarah mesti diubah semula..entahlah..siapa yang hendak berteori silalah lagi..macam-macam ada.." tambah beliau lagi. Sementara itu, Ketua Pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar turut menyindir Zainal dengan soalan-soalan bertubi di blognya. "Saya ingin tanya profesor yang mahir sejarah itu, apakah yang dilakukan oleh British semasa mereka melindungi Tanah Melayu dalam tempoh itu mereka tidak melaksanakan kerja-kerja menjajah Tanah Melayu. "Siapa yang mengawal kewangan, hasil bumi serta menjaga keselamatan? "Bukankah pihak British. Apakah pengertian dilindingi berbanding dengan dijajah? "Bukankah British melantik suruhanjayanya di negeri-negeri yang bertindak menjadi Pegawai Daerah yang mempunyai kuasa eksekutif? Apakah hanya kerana tidak ada catatan itu maka ia diterima sebagai tidak kena dijajah atau digoreng oleh British. Semudah itukah penerimaan dan pentafsiran kita. Bukankah selama ‘melindungi’ itu penjajah membunuh ramai pahlawan Melayu, seperti Tok Janggut, Tok Sago dan lain-lain? "Atau sejarah baru akan ditulis oleh Zainal dan sekutunya akan membuangkan pengikhtiraf mereka dibunuh penjajah itu sebagai penderhaka atau dalam semangat sehari dua ini komunis?" soal beliau lagi. Jika benar apa yang dihujahkan Dr Zainal, Sayuti bertanya bagaimana pula dengan hakikat negara menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun? "Kenapa tidak disebut atau Prof Kling maaf Zainal Kling mencadangkan kepada kerajaan ditukar menjadi sambutan hari ditidak dilindungi? Seharusnya beliau menerusi sekutunya sudah lama membuat cadangan dan bantahan apa dilakukan kerajaan itu?" soal beliau dengan sinis. |
| 50 Ahli PAS Lompat Parti Protes Mat Sabu, Tidak Benar Posted: 09 Sep 2011 08:18 PM PDT Malaysiakini melaporkan, Dewan Pemuda PAS Padang Terap mencabar Ketua Umno bahagian tersebu, Datuk Seri Mahadzir Khalid supaya menyenaraikan nama ahli PAS yang keluar parti berhubung isu komunis dan tragedi berdarah Bukit Kepong. “Sekiranya beliau gagal buktikan dalam masa tiga hari, maka benarlah bahawa beliau hanya cuba menipu rakyat Padang Terap,” kata ketua Pemuda PAS kawasan berkenaan, Mohd Nasir Zakaria yang juga Ahli Parlimen Padang Terap. Menulis dalam lamanweb Pemuda PAS Padang Terap, Mohd Nasir berkata pihaknya akan menyedarkan rakyat “dengan segala mekanisma yang ada untuk buktikan bahawa beliau bulan setakat menipu rakyat Padang Terap, tetapi rakyat Kedah dan juga Malaysia. Semalam, Bernama melaporkan lebih 50 ahli PAS di daerah Padang Terap bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana marah dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai komunis dan tragedi Bukit Kepong. Menurut Bernama, Mereka menyerahkan borang keahlian Umno kepada Mahdzir Khalid, di Kuala Nerang semalam. Wakil mereka, Ismail Abdullah, 60, yang menjadi ahli PAS selama 35 tahun, berkata beliau bersama isteri serta tujuh anak mereka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin nombor dua PAS itu. “Saya tersinggung dan marah dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis yang telah menyerang Tanah Melayu dan bukan anggota polis yang mati bertempur dengan komunis,” katanya dalam laporan Bernama. Mengulas lanjut, Mohd Nasir yang juga ahli parlimen Padang Terap bertanya berapa ramai yang sebenarnya yang melompat parti. “Menurut berita RTM1, yang masuk Umno tujuh orang. Berita Bernama dan akhbar Sinar Harian melaporkan 50 orang. Dalam gambar yang ditayangkan hanya dua orang. “Siapakah yang menipu dalam isu ini?,” katanya sambil mencabar Datuk Seri Mahadir menyenaraikan nama ‘ahli PAS’ yang melompat itu. |
| You are subscribed to email updates from jiwo kelate To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan