Pahang Daily Online |
- Lynas: Kerajaan Negeri Menasihatkan Kakitangan Awam Tidak Terpengaruh Dakyah Pembangkang !!
- Nazri Aziz Mendakwa Tidak Tahu Menahu Kabinet Setuju Guna Dakwat Kekal Pada PRU Akan Datang
- Isu Komunis: UMNO Kini Makin "Terjerat" Dengan Permainan Politik Sendiri, Rupanya Mereka Lebih Dasyat Dari Apa "Yang Di Sangkakan" Selama Ini !!
- Panas: PAS Terengganu Dedahkan Ribuan Warga Asing Myanmar Di Kenal Pasti Tersenarai Sebagai Pengundi Pilihan Raya Umum Ke-13 Di Negeri Itu!
- Panas: Kecewa Dengan Biro Politik Parti, AJK AMK Cabang Indera Mahkota Mahu Letakkan Jawatan !
- Memalukan: Sejarah Anwar Ibrahim, Pun Pemuda UMNO Buang, 'Mana Mungkin Ketuanya' Si Khairy Layak Berdebat Soal Sejarah Tragedi Bukit Kepong
Lynas: Kerajaan Negeri Menasihatkan Kakitangan Awam Tidak Terpengaruh Dakyah Pembangkang !! Posted: 08 Sep 2011 05:31 AM PDT KUANTAN, 8 Sept - Kakitangan awam di negeri Pahang hari ini dinasihat agar tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang berhubung isu kilang memproses rare earth Lynas Corporation Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Muhammad Safian Ismail (foto) berkata sebahagian besar daripada mereka terpengaruh dengan maklumat palsu yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik. Ketika ditanya samada kakitangan kerajaan itu tidak faham atau terpengaruh, Safian berkata kebanyakan mereka terpengaruh . "Yang tidak faham benda ini tidak sampai pun 15%. Mereka terpengaruh melalui pamplet-pamplet yang sejak akhir-akhir ini dikeluarkan. Kadang tu mereka pergi ke supermarket dapat pamplet macam ni itu yang mereka mula terpengaruh", katanya. Beliau turut menegaskan, akibat terpengaruh sebilangan penjawat awam dikesan menampal pelekat (sticker) "Stop Lynas" pada kenderaan masing-masing. Mereka yang berbuat demikian dipercayai telah dibuat teguran. Justeru itu Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang itu berkata mana-mana penjawat awam yang masih keliru boleh terus menghubungi beliau secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara itu. [Rakyat samada mereka orang awam atau kakitangan kerajaan berhak mendapatkan maklumat yang tepat dan betul tentang sesuatu isu. Kerajaan Negeri sewajarnya melakukan apa saja yang dibuat oleh pihak yang membantah Lynas jika mahu rakyat percaya dengan kenyataan mereka. Tindakan menggasak dan menghalang kakitangan kerajaan akan menyebabkan mereka semakin keliru dan tidak yakin dengan maklumat dari kerajaan itu sendiri sebenarnya. Lantaran itulah mereka mendapatkan maklumat menerusi internet dan pihak-pihak berkenaan. Kebebasan menerima maklumat tidak perlu dihalang pada zaman moden ini. Cuma, bagaimana kerajaan mahu mengubah persepsi rakyat supaya menerima penjelasan mereka. Itulah yang penting. Namun, apakah cukup dengan mengadakan taklimat untuk penyokong sendiri semata-mata tanpa mengajak seluruh rakyat terlibat?. Berbeza dengan mereka yang membantah Lynas, berbagai agenda dan program dilaksanakan bagi memberi penjelasan kepada rakyat tentang bahaya kilang Lynas itu. Kenapa kerajaan tidak mampu lakukan perkara yang sama?. Inilah yang memusykilkan rakyat sejak dari awal kontroversi panas ini dihebohkan]. |
Nazri Aziz Mendakwa Tidak Tahu Menahu Kabinet Setuju Guna Dakwat Kekal Pada PRU Akan Datang Posted: 08 Sep 2011 03:12 AM PDT KUALA LUMPUR 8 Sept - Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut laporan sebuah akhbar bahasa Cina. Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (foto) mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan seumpama itu. Memetik sumber, laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini menyebut, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam. Laporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda. Ketika dihubungi hari ini, Nazri berkata: "Saya juga tak tahu." Beliau menjelaskan bahawa keputusan kabinet adalah untuk menyerahkan kepada Jawatankuasa Khas Pilihan Raya memutuskan semua isu yang berkaitan dengan reformasi pilihan raya. Sebelum ini, Nazri memberitahu bahawa semua cadangan berhubung reformasi pilihan raya perlu dibincang dan diputuskan oleh jawatankuasa khas berkenaan. Jawatankuasa khas itu yang akan dibentuk dalam sidang parlimen akan datang, mulai 3 Oktober ini telah dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu ekoran tekanan pembangkang dan pertubuhan sivil untuk reformasi sistem pilihan raya. Pembangkang masih belum putuskan sama ada akan menyertai jawatankuasa khas itu, dan mendakwa Najib gagal tunjukkan komitmen untuk reformasi pilihan raya. [Agak menghairankan kita bilamana seorang menteri kabinet mengatakan dia tidak tahu menahu satu keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat jemaah menteri. Bukankah Nazri Aziz merupakan Menteri DiJabatan Perdana Menteri dan sudah pastilah beliau lebih tahu sesuatu keputusan penting berkenaan. Bukankah isu dakwat kekal dan reformasi pilihanraya itu adalah kehendak rakyat. Jika menteri sendiri gagal memainkan peranan dan peka dengan keputusan mesyuarat kabinet, maka apalah lagi yang mahu diharapan ke atas pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini sebenarnya. Justeru itu, Nazri perlu lebih bertanggungjawab atas segala tindak tanduk beliau selepas ini. Kenyataan "tidak tahu" adalah sesuatu yang tidak masuk dek akal kerana mana-mana mesyuarat sudah pasti ada notis dan minitnya. Tidak mungkin keputusan besar seperti ini tidak diketahuinya, atau sengaja buat tak tahu. Inilah yang memusykilkan]. |
Posted: 08 Sep 2011 02:33 AM PDT Pendedahan oleh media arus perdana tentang ucapan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di Pulau Pinang dulu yang kononnya menyokong komunis dalam isu Tragedi Bukit Kepong akhirnya benar-benar memakan diri nampaknya. Biar pun kini beratus-ratus laporan polis telah dibuat terhadap pemimpin nombor dua PAS itu, namun ternyata kedudukan Mat Sabu dan popularitinya kini semakin memuncak. Malah, nama beliau kini lebih popular daripada lain-lain pemimpin negara sendiri. Semuanya gara-gara permainan media yang membuat provokasi terhadap Mat Sabu. Paling menarik, bila ramai pula tokoh akademik dan pakar sejarah yang mempertikaikan buku rujukan Mat Sabu tentang perjuangan Muhamad Indera (Mat Indera) dalam tragedi Bukit Kepong itu. Malah, tindakan sejarahwan Tan Sri Khoo Kay Kim yang mendakwa tokoh kontroversi kemerdekaan seorang pengganas tanpa membuat sebarang kajian berkaitan telah dipersoalkan oleh ramai pihak. Sementara itu Media arus perdana hari ini melaporkan Mat Indera tidak pernah diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan dalam Buku Pengukir Nama Johor walaupun namanya disenaraikan. Sebaliknya, dua penulisan berkaitan Mat Indera diterbitkan dalam buku itu hasil penyelidikan dua penulis berbeza, memerlukan tafsiran dan penilaian masyarakat, khususnya golongan sejarawan, sama ada seorang pengganas komunis atau pejuang. Soalnya sekarang kenapa baru kini mahu dinafikan kreadibilit penulis?. Sedangkan buku tersebut telah diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan mendapat sokongan dari Menteri Besar Johor sendiri Abd Ghani Othman (biarpun dia terpaksa menafikannya, gara-gara tekanan berbagai pihak sebenarnya). Apa yang menjadi kemusykilan sekarang ialah kenapa ramai ahli dan pemimpin UMNO membuat laporan polis kononnya Mat Sabu dan PAS menyokong komunis. Malah ada yang melabelkan Mat Sabu sendiri adalah komunis dan meminta kerajaan menarik balik kerakyatannya. Mereka seolah-olah dinafikan sejarah bahawa parti UMNO itu sendiri telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Parti Komunis China (CPC). Bukan itu saja, UMNO merupakan satu-satunya parti politik didunia yang berbuat demikian setakat ini. Kononnya, CPC mahu belajar cara UMNO menangani isu perbezaan etnik di negara ini. Malah, Setiausaha Agung UMNO sendiri iaitu Tengku Adnan Tengku Mansor mengatakan bahawa MOU itu juga bertujuan untuk mewujudkan persafahaman dan kerjasama anatara kedua-dua belah pihak. Paling melucukan beliau juga berkata bahawa ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada UMNO belajar bahasa Mandarin daripada parti komunis China itu. Kononnya, dengan itu membolehkan Puteri dan Pemuda UMNO ke sana untuk belajar bahasa Mandarin. Bukankah ini teramat melucukan!. [Persoalannya, apakah sudah tiada orang Cina di Malaysia yang tidak pandai berbahasa Mandarin. Bukankah UMNO mempunyai ramai sahabat berbangsa Cina dari MCA, Gerakan dan sebagainya. Kenapa perlu wujudkan persefahaman dengan Parti Komunis China (CPC). Bukankah ini bermakna UMNO "Cakap Tak Serupa Bikin", meuduh Mat Sabu tetapi mereka lebih teruk lagi. Kenapa ahli-ahli UMNO tidak membuat laporan polis terhadap pemimpin UMNO sendiri agaknya?. Inilah namanya politik, mereka buta sejarah dan tidak mahu melihat kebenarannya. Akhirnya menyangka parti mereka itu jujur berjuang dan tidak bersekongkol dengan British atau komunis itu sendiri. Padahal mereka yang lebih dasyat daripada apa yang kita sangkakan selama ini. Justetu itu, rakyat perlu sedar dengan permainan politik UMNO dan medianya ini. Isu pokok tentang penipuan pengundi dalam pilihanraya sengaja disembunyikan. Mereka mengalih pandangan supaya rakyat tertumpu kepada isu sejarah yang jelas untuk memastikan mereka lupa kepada penipuan mereka. Oleh itu, rakyat diminta tidak panik dan terus sampaikan maklumat tepat kepada semua agar mereka tahu siapa yang sedang beretorik dalam isu komunis sebenarnya]. |
Posted: 08 Sep 2011 02:13 AM PDT KUALA LUMPUR, 8 Sept - Ribuan warganegara asing dengan 5,006 orang daripadanya dikenalpasti warganegara Myanmar telah disenaraikan sebagai pengundi oleh SPR untuk mengundi di Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti. Daripada angka itu, seramai 2,272 orang akan mengundi dalam Parlimen Kemaman, manakala 1,979 orang akan mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal yang diwakili Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bagi pihak BN. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (foto) menjelaskan, data tersebut telah dikesan oleh pihaknya sepanjang tahun ini dan ia membuktikan betapa kotornya permainan politik para pemimpin Umno BN. Menurut beliau, dengan angka tersebut, Parlimen Kemaman dan DUN Kijal sudah boleh dimenangi oleh BN dengan mudah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti dengan hanya menjadikan warga Myanmar sahaja sebagai pengundi. Katanya, dengan itu, kemenangan yang diperolehi oleh BN dalam PRU itu khususnya bagi kerusi Parlimen Kemaman dan DUN Kijal adalah kerana warganegara asing dari Myanmar. "Sebenarnya PAS Terengganu juga telah dapat mengesan kemenangan BN bagi Parlimen Kemaman dan Ahmad Said di Dun Kijal dalam PRU Ke-13 pada tahun 2008 lalu adalah juga kerana pengundi warganegara Myanmar. "Proses untuk membolehkan warganegara Myanmar itu menjadi pengundi dilakukan di Langkawi, tetapi mereka mengundi di Terengganu. Kini cara yang sama juga turut dilakukan oleh Umno BN bagi menghadapi PRU Ke-13 nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. Selain warganegara Myanmar, menurut beliau,Umno BN turut menjadikan warganegara lain bagi mengundi di pihak mereka di Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti. Katanya, jumlah warganegara asing yang akan dijadikan pengundi di Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti cukup besar sehingga ribuan orang. Info selanjutnya [Pendedahan ini memang tidak mengejutkan sebenaarnya, kerana di Pahang senario ini memang sudah lama berlaku. Kebanjiran warga asing dari Mynamar, Kemboja dan Vietnam yang mempunyai kad pengenalan dan berdaftar sebagai pemilih memang sudah tidak perlu diperjelaskan lagi. Hanya mereka yang memahami dan mengetahuinya sahaja dapat menilai isu ini. Majoriti mereka berkampung di Parlimen Pekan dan ini diakui oleh sebahagian besar orang Melayu di sana. Mereka bukan sahaja mempunyai rumah, tanah malah bebas ke mana sahaja dengan mendapat perlindungan pihak-pihak tertentu. Syaratnya ialah mengundi BN pada setiap kali pilihanraya jika tidak mahu dihantar balik ke negara asal. Fenomena yang berlaku ini membuktikan kepada kita bahawa UMNO BN sanggup menjual negara semata-mata untuk mendapat undi dan terus berkuasa. Pemimpin Melayu UMNO hanya tahu melaungkan omongan kosong untuk membela rakyat, sebaliknya orang asing yang lebih diutamakan sekarang ini. Kami akan membongkarkan lebih banyak lagi maklumat yang kontroversi ini]. |
Panas: Kecewa Dengan Biro Politik Parti, AJK AMK Cabang Indera Mahkota Mahu Letakkan Jawatan ! Posted: 07 Sep 2011 11:18 PM PDT KUANTAN, 8 Sept - Ahli Jawatankuasa, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota hari ini sebulat suara membuat keputusan untuk meletakkan jawatan masing-masing beramai-ramai dalam masa terdekat, akibat kecewa dengan keputusan mesyuarat Biro Politik parti itu semalam. Menurut sumber, mereka terkilan kerana keputusan pihak terbabit yang membuat ketetapan untuk menangguhkan pemilihan semula mana-mana cabang yang mempunyai kurang daripada 30% ahli jawatankuasa yang aktif. Berikutan keputusan tersebut, pemilihan semula bagi jawatan Ketua dan Timbalan Ketua dicabang itu yang dijadualkan pada bulan Oktober ini secara automatiknya terbatal. "Kami kecewa, kerana cabang Indera Mahkota kini tidak mempunyai Ketua dan Timbalan selepas YB Azan Ismail ke Trengganu dan Ibrahim Ishak keluar parti awal tahun ini. Hanya yang ada ialah Pemangku Ketua Cabang yang dipikul oleh Naib Ketua sekarang iaitu Lee Cheang Chung. Akibat ketiadaan Ketua dan Timbalan, banyak program parti peringkat cabang kini tergendala dan sukar dijalankan. Maka itu, sewajarnya pemilihan semula di Cabang Indera Mahkota tidak wajar ditangguhkan demi keutuhan parti menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Malah, cabang Indera Mahkota kini masih kekurangan dua ahli jawatankuasanya", kata sumber tersebut. "Maka itu, kami tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan kami sekiranya penangguhan ini tetap diteruskan", tambahnya. [Cabang Indera Mahkota adalah cabang terawal yang mengadakan pemilihan parti pada tahun lalu. Ahli Parlimen kawasan terbabit Azan Ismail telah menewaskan Razali Alias yang merupakan Ketua Penerangan PKR Pahang sekarang dengan majoriti sekitar 35 undi. Namun begitu, cabang tersebut dilihat antara yang paling panas untuk diadakan pemilihan semula yang dijadualkan Oktober ini. Maka, tindakan Biro Politik PKR menangguhkan pemilihan cabang berkenaan dikhuatiri akan memberi impak yang lebih besar kepada PKR cabang itu menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti sebenarnya. Parti boleh menangguhkan mana-mana cabang yang lain, namun di Indera Mahkota didapati keputusan tersebut bakal mengundang perpecahan yang lebih besar selepas ini. Justeru itu, satu langkah terbaik haruslah diambil bagi menangani masalah ini. Harus diingat bahawa Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Indera Mahkota juga merupakan tulang belakang kepada kekuatan AMK Pahang secara keseluruhannya. Malah, AMK cabang berkenaan dilihat antara yang paling aktif menjalankan aktiviti daripada kawasan-kawasan yang lain di negeri ini. Soalnya, apakah rasional pemilihan cabang berkenaan ditangguhkan?. Kami akan cuba mendapatkan pandangan daripada beberapa orang pemimpin tertinggi Parti Keadilan Pahang berhubung dengan perkara ini]. |
Posted: 07 Sep 2011 06:21 AM PDT Terkadang, terasa lucu melihat gelagat Ketua Pemuda UMNO iaitu Khairy Jamaluddin beriya-iya benar mahu berdebat dengan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu berkaitan isu sejarah "Tragedi Bukit Kepong". Dengan bangganya mereka mengatakan Mat Sabu pengecut gara-gara tidak mahu berdebat isu itu. Kononnya Pemuda UMNO pimpinan Khairy adalah anak muda yang "cintakan Sejarah" dan peka tentang sejarah perjuangan bangsa terutamanya dalam usaha menuntut kemerdekaan negara. Soalnya sekarang, apakah Khairy dan Pemuda UMNO layak berbicara soal sejarah?. Bukankah mereka sebenarnya adalah pihak yang benci dan sanggup membuang sejarah. Sejarah Tragedi Bukit Kepong dan Mat Indera itu berlaku sebelum Merdeka iaitu hampir 60 tahun yang lalu. Tapi bagaimana pula dengan sejarah perjuangan pemimpin mereka yang telah dibuang oleh Pemuda UMNO yang baru berlaku beberapa tahun yang lalu. Ini terbukti bila kita menjengok masuk ke laman web rasmi Pemuda UMNO Malaysia. Ternyata mereka telah membuang sejarah perjuangan salah seorang Ketua Pemuda mereka iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Bukankah Anwar itu adalah bekas Ketua Pemuda UMNO, maka kenapa sejarahnya dibuang?. Kenapa begitu takut dengan sejarah Anwar, jika benar Pemuda UMNO dan Khairy cinta kepada sejarah. Ini jelas membuktikan bahawa Pemuda UMNO dan Khairy "cakap tak serupa bikin" sebenarnya. Mereka cuba untuk menjadi jaguh dalam isu yang dikaitkan dengan Mat Sabu. Sebaliknya mereka sebenarnya yang telah membuang sejarah itu. Usahlah cuba jadi pakar yang mahu berdebat tentang sejarah jika sejarah pemimpin mereka sendiri pun sanggup dibuangnya. Pemuda UMNO Padamkan Sejarah Anwar Ibrahim Sebagai bukti anda boleh masuk ke laman Sejarah Pemuda UMNO terpaparlah beberapa bab tentang sejarah pemuda UMNO, dari Bab 1 hinggalah ke Bab 6. Apa yang anehnya dalam Bab 4 terpaparlah atas tajuk Kegemilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim terdapat tajuk-tajuk kecil seperti Anwar Ibrahim: Pembawa Perubahan, Perjuangan Menerapkan Nilai-nilai Islam, Generasi Penggerak Zaman, Cabaran Serta Rintangan Pemuda Era Anwar Ibrahim dan Kesimpulan. Tetapi yang melucukan apabila masuk lebih dalam untuk ketahui info lanjut cerita Anwar maka keluarlah paparan seperti di bawah. Untuk bukti kukuh perkara ini, Sila klik SINI untuk ke laman berkenaan [Malah, Khairy juga perlu ingat belum pernah ada dalam sejarah mana-mana Ketua Pemuda UMNO tiada tempat dalam Kabinet Kerajaan Malaysia. Tapi, ia berlaku kepada Khairy, dia tidak dilantik ke kabinet sebaliknya orang yang kalah menentang beliau iaitu Mukhriz Mahathir dan timbalannya pula yang dilantik. Bukankah ini satu sejarah buat Khairy bahawa dia sememangnya sudah ditolak oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO sendiri. Maka itu, usahlah Khairy cuba mendabik dada mahu menjadi "pakar sejarah" untuk berdebat soal sejarah dalam isu Tragedi Bukit Kepong. Beliau sememangnya mudah lupa dengan apa yang terjadi kepada dirinya. Eloklah Khairy belajar sejarah dulu sebelum beriya-iya mahu berdebat tentang soal sejarah Tragedi Bukit Kepong itu sebenarnya].
|
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan