jiwo kelate |
- Utusan diberi Notis 24 Jam – Mat Sabu
- MB Johor Berbelit-belit
- Apa Erti Kemerdekaan
- Pemberian Tauliah – Jangan Sampai Ditertawakan
Utusan diberi Notis 24 Jam – Mat Sabu Posted: 08 Sep 2011 04:45 AM PDT Hari ini saya dah hantar surat kepada Utusan minta Utusan tarik balik berita fitnah …. dan juga terhadap Timbalan Presiden Umno tetapi jika Timbalan Presiden sedia berdebat … kita akan tarik balik .. 12 Hari saya diserang Menurutnya, malam tadi genap 12 hari 12 malam beliau diserang. “Bermula 21 Ogos hari tu sehinggalah hari ini. Setengah jam warta berita, 10 minit serang saya. Turut serta sebagai panel forum anjuran NGO – Free Public Forum M’sia (FPF) itu ialah Pakar Perlembagaan Prof Dr Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan penulis blog, Hishammudin Rais. Forum bertajuk ‘Mat Indera – Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan’ itu berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KSCAH). “Ada yang cadang saya dibuang ke luar negara, ada yang cadang saya di ISA, ada yang cadang saya dibuang sahaja ke Laut China Selatan. Ugutan mcm-macam. “Ini tidak lain kerana apa yang saya cakap dicampur dengan rekaan Utusan, apa yang saya tak cakap dilaoporkan sebagai cakap. Ini satu fitnah,” katanya menjelaskan penyebab dirinya diserang. Berhujah lanjut, Mohamad tetap mempertahankan kenyataannya bahawa Mohamad Indera adalah pejuang kemerdekaan dan bukan pengkhianat bangsa seperti dituduh Umno. Perkara itu juga menurutnya dinukilkan sendiri dalam buku “Pengkukir Nama Johor” pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera sebagai pejuang bangsa. Sambil merujuk tragedi Bukit Kepong 1950 lalu, Timbalan Presiden PAS itu berkata anggota polis di Rumah Pasung yang diserang Mohamad Indera adalah polis British. “(Kepada) polis jangan lah panik, pembahaginya adalah 31 Ogos 1957, serangan (Rumah Pasung) Bukit Kepong itu sebelum merdeka, anggota polis sebelum 1957 adalah polis British,” katanya sebagai jawapan kepada anggota dan pesara polis yang dilaporkan Utusan sebagai tidak senang dengan kenyataannya. Pecah tembelang Dalam pada itu Hishammudin Rais pula berkata, Mohamad diserang kerana penipuan fakta kemerdekaan oleh Umno selama ini ibarat sudah pecah tembelang. Kontroversi kenyataan Mohamad berhubung isu Mat Indera katanya telah menyebabkan masyarakat mula sedar sejarah sebenar kemerdekaan. “Untuk Umno, (Bukit Kepong) inilah kiblat perjuangan mereka. Setiap tahun tunjuk Bukit Kepong. “Sekarang Umno dan Utusan takut sebab tembelang pembohongan sudah pecah, kiblat mereka sudah runtuh,” katanya sambil memuji keberanian Mohamad. Umno juga jelasnya cuba memperbodohkan rakyat dengan tulisan sejarah versi mereka. Sehubungan itu, isu Mat Indera ini perlu dijadikan momentum untuk rakyat melihat kembali sejarah negara. Aziz Bari pula turut sependapat bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan bukan pengkhianat bangsa seperti didakwa Umno. Katanya ianya turut dibuktikan dengan beberapa fakta sejarah dan testimoni ahli keluarganya. “Sehingga kini belum ada kenyataan konkrit bagi menafikan hujah ini,” katanya. Dalam forum tersebut, kesemua mereka juga turut bersetuju agar sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini perlu juga mengiktiraf jasa golongan agamawan nasionalis dan golongan kiri yang mengangkat senjata menentang penjajah, dan bukannya dari tokoh Umno semata-mata. |
Posted: 07 Sep 2011 08:58 PM PDT Sah MB Johor, Datuk Abdul Ghani Othman (Baca kenyataannya di sini) sudah gelabah, cakap berbelit-belit sekali pejuang, kini pengganas. Mudah saja dan boleh disahkan bahawa Umno dan pemimpinnya tidak boleh diharapkan lagi untuk membela Orang Melayu yang berjuang melawan Penjajah. Dia yang tulis kata Pengantar …. dan Jawatankuasa Penal Penulis Buku itu termasuklah Prof A. Bakar A Hamid dan Prof Ramlah Adam. The Malaysia Insider melaporkan, Keluarga Ahmad Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, berkata pihaknya kecewa dengan kenyataan Menteri Besar, Johor Datuk Abdul Ghani Othman (talibarut British) semalam yang mendakwa dia bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim. Bagaimanapun keluarga itu menegaskan, mereka tidak berputus asa dalam pendirian mereka mahukan kerajaan membersihkan nama Mat Indera. Baharom Shah Indera (gambar di atas) "Itu pandangan beliau. Usaha kami, kami akan terus desak, kami mahu nama Mat Indera dibersihkan," kata bekas kakitangan Kementerian Pertahanan ini. Semalam, Ghani memberitahu pemberita di Johor Baru bahawa berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen Ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu. "Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Wanita Sedar, Angkatan Pemuda Insaf dan PKM telah diharamkan "Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno)," katanya. Ghani menambah, "bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British." Pendirian Ghani itu diulangi menerusi rencana khas beliau yang disiarkan dalam Berita Harian hari ini. Pada satu sidang media tengah hari ini semalam di ibu negara, Baharom berkata, keluarganya mahu kerajaan membersihkan nama Mat Indera agar tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan. "Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar. "Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. "Pada pandangan kami, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sendiri, sebaliknya terima kandungan buku itu dan mengadakan satu debat mengenai hasil penemuaan, bukan terus kata Mat Indera sebagai komunis," katanya sambil menambah, pihaknya akan mengambil tindakan susulan untuk membetulkan fakta sejarah membabitkan Mat Indera. Buku itu diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor. |
Posted: 07 Sep 2011 06:17 PM PDT Apa Erti Kemerdekaan, Dilema Melayu Kita Prof Ramlah Adam dan Khoo Kay Kim kena dengar juga lagu dikir barat … Lirik Apa erti kemerdekaan bagi umat Melayu kito Dilemma, Dilemma ,Dilemma Melayu kito! Oghe lain pakat bersatu,kito baloh samo skapung Dilemma, Dilemma ,Dilemma Melayu kito! Anak oghe naik kapal terbang,anak kito naik teksi Dilemma, Dilemma ,Dilemma Melayu kito! Anak oghe dok baco buku, anak kite godok gerai Dilemma, Dilemma ,Dilemma Melayu kito! Keto oghe keto Mercedez, keto kito Morrih Minor Dilemma, Dilemma ,Dilemma Melayu kito! Rumah oghe rumah batu,rumah kito rumah atap Dilemma, Dilemma ,Dilemma Melayu kito! Anak oghe jadi peniago,anak kito jadi petani Dilemma, Dilemma ,Dilemma Melayu kito! Anak oghe gi masjid,anak kito dok tepi jale Dilemma, Dilemma ,Dilemma Melayu kito! Apa erti kemerdekaan bagi umat Melayu kito Dilemma, Dilemma ,Dilemma Melayu kito! |
Pemberian Tauliah – Jangan Sampai Ditertawakan Posted: 07 Sep 2011 03:38 PM PDT Tazkirah Untuk JAIS dan mereka yang dekat dengannya PAS pusat mengingatkan agensi-agensi agama tidak menjadi penghalang kepada pengembangan agama, sekali gus urusan pemberian tauliah menjadi "bahan ketawa" ekoran ketegasan keterlaluan Jais ke atas dua pemimpin parti itu di Selangor. Mengikut laporan semalam, Jais atau Jabatan Agama Islam Selangor mengenakan tuduhan ke atas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana menyampaikan tazkirah tanpa tauliah manakala tauliah Adun Meru Dr Rani Osman pula ditarik balik ketika Ramadan baru lalu. Dr Rani dan Khalid masing-masing merupakan Pesuruhjaya PAS dan Timbalan Pesuruhaya PAS Selangor. Dalam kenyataannya petang ini, Ketua Penerangan PAS pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, jika pihak berkuasa agama membimbangi mereka terbabit menyampaikan ajaran salah atau bercanggah dengan syarak, "bagaimana pula dengan kuliahnya di universiti dan tempat lain?" Bahkan, katanya, kalau seseorang mufti pun kena memohon tauliah, sudah tentu ia menjadi bahan tertawa orang jahil dan ini antara sebab utama mengapa wibawa institusi agama sangat rendah di mata masyarakat. "Itulah juga antara sebab mengapa pendakwaan mengajar atau menyampaikan kuliah tanpa tauliah kini mengundang pelbagai gurau senda dalam masyarakat. "Bagi mengatasi masalah ini, jabatan agama Islam negeri-negeri mesti memudahkan pemberian tauliah kepada golongan yang ingin membantu mendidik masyarakat ini. Lebih-lebih lagi dengan hakikat bahawa mereka yang mengajar ini tidak pernah meminta upah dari pengajaran yang disampaikannya," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Kenyataan Penuh Para ilmuan Islam mempunyai tanggungjawab agama bagi menyampaikan ilmu agama selaras dengan hadith Rasulullah S.A.W “Sampaikanlah apa yang kamu terima dariku, walau sepotong ayat." Untuk itu, pemerintah mestilah menyediakan ilmuan Islam yang cukup bagi mendidik masyarakat ke arah penghayatan Islam yang syumul. Adalah satu kesalahan besar bagi seseorang pemimpin untuk membiarkan rakyatnya terus jahil. Apa yang mendukacitakan kini ialah sedikitnya tauliah yang dikeluarkan berbanding keperluan umat yang mengharapkan siraman ilmu. Itulah juga antara sebab mengapa pendakwaan mengajar atau menyampaikan kuliah tanpa tauliah kini mengundang pelbagai gurau senda dalam masyarakat. |
You are subscribed to email updates from jiwo kelate To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan