Rabu, 7 September 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Peminat Kecewa, 'Bolasepak Pahang' Kini Semakin Merudum Di Kala Prestasi Negara Kian Memuncak

Posted: 07 Sep 2011 12:19 AM PDT

Ramai peminat sukan terkilan dan kecewa dengan perkembangan terkini bolasepak di negeri ini sekarang. Pasukan Pahang yang begitu gah dipersada sukan itu di tanahair kita selama ini, kini merudum biar pun dalam keadaan bolasepak negara yang kini mula melonjak. Tidak syak lagi, skuad Tok Gajah yang begitu digeruni dulu, kini sudah hilang taringnya. Pasukan yang pernah dibarisi pemain ternama seperti Fandi Ahmad, Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Jamal Nasir, Yunus Aliff dan ramai lagi itu kini umpama "hidup segan mati tak mahu". Tiada lagi aura peminat untuk datang ke stadium seperti dulu. Malah, setiap kali skuad Pahang bermain di Stadium Darul Makmur, hanya sekitar 500 hingga 1000 orang peminta sahaja yang dilihat hadir memberikan sokongan. Terbaru, ketika Pahang bertemu Trengganu dalam separuh akhir Piala FA pada tahun lepas. Ramai peminat fanatik bolasepak Pahang, musykil kenapa skuad negeri ini begitu teruk sekarang. Tambah mendukacitakan ialah Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sendiri kedua-duanya adalah dari Pahang. Lantaran itu kenapa prestasi bolasepak dinegeri ini begitu teruk sekali. Malah ketika kita berbangga dengan kejayaan dan peningkatan prestasi pasukan negara, tiada seorang pun daripada 23 pemain negara dipilih dari negeri Pahang sebenarnya. Ada pihak yang mengatakan kualiti pasukan Pahang kini begitu rendah jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu. Senario ini memungkinkan, bolasepak yang satu ketika dulu menjadi sukan popular akan luntur masa demi masa. Jika fenomena ini gagal diubah, kita khuatir akhirnya tiada lagi peminat bolasepak Pahang yang akan memberi sokongan kepada skuad Tok Gajah itu kelak. Sesuatu perlu dilakukan segera jika Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) tidak mahu kehilangan peminat setia ke stadium yang bakal menyebabkan kantung mereka semakin bermasalah selepas ini.

[Amat menghairankan pasukan Pahang yang pernah menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 1983 dan 1992 itu, tiba-tiba gagal menempatkan diri dalam kelompok 16 buah pasukan yang layak kali ini. Paling menyedihkan kini mutu pasukan Pahang lebih rendah dari pasukan berstatus kelab yang layak ke Piala Malaysia 2011 seperti Felda United, Johor FC, Sime Darby, T-Team dan PDRM FA. Bukankah ini sesuatu yang amat memalukan sebenarnya. Maknanya, kini pasukan Pahang hanya layak berada sebaris dengan skuad belasahan yang lain. Dalam hal ini siapakah yang harus dipersalahkan agaknya?. Tambah memusykilkan, kejatuhan prestasi Pahang ini dikala pasukan lain dari pantai timur kini semakin gah dipersada seperti Kelantan dan Trengganu. Apakah masalah tunggakan gaji pemain dan kakitangan masih lagi menjadi topik utama. Mungkinkan, Pengurus dan Jurulatih sedia ada sudah wajar ditukarkan?. Kenapa ini tidak dilakukan?. Kenapa perlu kekalkan individu yang sudah tidak mempunyai kreadibiliti dan gagal?. Hapuskan politik dalam bolasepak jika mahu terus maju!. Jika tidak, sudah pasti gegak gempita suara para penyokong tidak dapat di saksikan lagi di Stadium Darul Makmur pada masa-masa yang akan datang].

PAS Menganjurkan Program 'Clean Up The World' Di Kuantan Mulai 17 Dan 18 September Ini, Ramai Pemimpin Besar Pakatan Rakyat Di Jangka Hadir!

Posted: 06 Sep 2011 09:28 PM PDT

KUANTAN, 7 Sept - Parti Islam SeMalaysia (PAS) bakal menganjurkan program "Clean Up The World 2011" bermula dari 17 hingga 18 September ini. Program yang diuruskan oleh Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia (LASPAS) itu dijadualkan berlangsung di Kampung Sungai Ular dan Kampung Balok, dekat sini. Pelbagai acara dan aktiviti telah disusun untuk menjayakan program selama dua hari tersebut. Program ini merupakan kempen alam sekitar komuniti sedunia yang bertujuan untuk menyemai kefahaman dan kesedaran di kalangan masyarakat dunia untuk memelihara kebersihan alam persekitaran. Ia merupakan salah satu kempen alam sekitar sedunia yang dianjurkan bertepatan dengan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Program ini dianjurkan pada minggu ketiga bulan September pada setiap tahun. Memasuki tahun ke-19 penganjurannya, kempen ini bakal menggerakkan kira-kira 35 juta sukarelawan dari 130 buah negara. Program ini adalah merupakan inisiatif serta komitmen yang diambil secara proaktif oleh LASPAS untuk menjayakan kempen yang dijalankan di seluruh dunia tersebut. Bertepatan dengan fungsi dan misinya, LASPAS komited dalam menggerakkan usaha yang berkesan dalam pemeliharaan alam sekitar. Clean Up The World dijayakan bersama oleh komuniti perniagaan, kelab dan persatuan, institusi pendidikan, jabatan dan agensi kerajaan, serta masyarakat awam melalui pelbagai bentuk acara serta aktiviti yang bakal dilaksanakan kelak.


Antara pemimpin besar yang bakal akan hadir pada majlis makan malam
[Sementara itu antara pengisian program tersebut pada 17 September pula ialah majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di Kg. Sungai Ular. Beliau turut akan berceramah pada malamnya bersama YB Anthony Loke (Ahli Parlimen Rasah & AJK DAP Pusat), Hj.Zulkefly Mohamad Omar (Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia) dan Andansura Rabu (Pengerusi Lajnah Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Pahang). Turut akan diadakan pada hari tersebut ialah gotong-royong membersihkan sungai dan pantai, menanam pokok dan mengumpul bahan kitar semula, pertandingan mewarna kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan, derma darah dan persembahan kebudayaan. Sementara itu pada hari kedua 18 September pula program Larian Bersih Merdeka dan Jelajah Berbasikal Bersih Merdeka akan diadakan di Kampung Balok. Turut akan diadakan ialah Majlis Jamuan Mesra Aidil Fitri bersama PAS Kawasan Indera Mahkota. Acara kemuncak pada malamnya akan diadakan Jamuan Makan Bersama Pemimpin di Sekilau Restoran, Jalan Air Putih. Antara tetamu kehormat yang bakal menyertainya ialah Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan), Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS), Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR), Tuan Hj Zulkefly Mohamad Omar (Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia), Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Dan Peseuruhjaya PAS Pahang), YB Leong Ngah Ngah (Pengerusi DAP Pahang) dan Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi PKR Pahang). Info lanjut klik Clean Up The World].

Gara-Gara Promosi Mat Indera Oleh Media UMNO, Mat Sabu Akui Nama Beliau Kini Semakin Popular

Posted: 06 Sep 2011 01:30 PM PDT

SHAH ALAM 7 Sept - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (foto) atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu menganggap pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dikenakan ke atasnya berhubung isu Mat Indera tidak sama sekali menjejas kedudukannya dalam bidang politik, sebaliknya lebih meningkatkan popularitinya. Menurut beliau, sejak isu Mat Indera yang disifatkannnya sebagai pejuang sebenar kemerdekaan, beliau menerima pertambahan sokongan dari kalangan blogger yang menyokong pendiriannya itu. Menyentuh mengenai gesaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein agar sesiapa yang merasa tersinggung dengan kenyataan Mat Sabu berhubung tragedi serangan Balai Polis Bukit Kepong lebih 60 tahun lalu, Mat Sabu berkata, beliau sedia menerimanya. " Tak ada masalah, kalau mereka nak saman itu hak mereka, kita pun sudah menawarkan peguam untuk mereka kalau mereka nak tuntut pampasan dari kerajaan British. Kita sanggup menyediakan peguam. "Ada peguam yang sanggup membela mereka tuntut pampasan daripada kerajaan British , mereka dulu bukan dalam kerajaan Malaya, kerajaan British," katanya.


[Nampaknya kerajaan UMNO BN tersilap langkah dalam mengenakan Mat Sabu dalam hal Mat Indera ini sebenarnya. Nama pemimpin PAS itu kini sememangnya semakin popular da senantiasa bermain dibibir rakyat Malaysia. Tindakan NGO dan ahli UMNO yang membuat laporan polis terhadap beliau susulan kenyataannya itu juga dilihat mungkin tidak memberi sebarang kesan negatif kepada beliau. Tambahan pula, Mat Sabu bercakap dan menyuarakan pandangan tersebut berlandaskan fakta yang telah termaktub dalam sejarah. Soalnya, kenapa mereka yang membuat laporan polis menuduh PAS sokong Parti Komunis Malata (PKM). Tindakan tersebut jelas sekali keterlaluan dan boleh memakan diri. Rakyat kini sudah semakin gemar berbicara soal sejarah, malah selepas cerita Mat Indera ini dikeluarkan media atas ucapan Mat Sabu dalam satu ceramahnya di Pulau Pinang maka rakyat mula buka semula buku-buku sejarah bagi mencari fakta kebenarannnya. Kini, kebenaran sudah terserlah, memang ada pejuang Melayu bernama Mat Indera dari Johor Darul Takzim yang telah berjuang hingga ke titisan darah terakhir bagi menghalau penjajah British dari bumi Malaya suatu ketika dulu. Bukankah ini satu bukti fakta sejarah].

Berita Eksklusif Warta Selangor 6 September 2011

Posted: 05 Sep 2011 11:07 PM PDT

Mat Sabu Di Minta Supaya Saman Utusan, Sejarah Merdeka Tidak Wajar Tonjol Tokoh UMNO Sahaja !

Posted: 05 Sep 2011 08:48 PM PDT

JENGKA, 5 Sept - Sejarah kemerdekaan negara telah 'diumnokan' berdasarkan cara kerajaan menyampaikan penceritaan sejarah kemerdekaan dengan hanya menonjolkan tokoh UMNO. Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, sepatutnya harus dibezakan antara perjuangan parti dengan perjuangan kemerdekaan negara. "Sebab itu akibatnya dapat lihat kurangnya semangat patriotik di kalangan rakyat. "Kerajaan dan media awam mesti jujur dengan fakta sejarah, pejuang-pejuang yang telah terkorban patut dihargai jasa mereka, bukannya dengan hanya menonjolkan peranan UMNO."Sekarang ini hanya Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang ditonjolkan sebagai pejuang kemerdekaan. Tak disebutkan langsung perjuangan anak Melayu yang menentang penjajah Inggeris sehingga berkorban nyawa selain UMNO. "Di Pahang sendiri muncul ramai pejuang Islam yang mencetuskan perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah sejak zaman Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan yang seangkatan dengan mereka," katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya Anak Perantauan di dataran Jengka 18 di sini, kelmarin. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, di seluruh negara terdapat nama-nama seperti Tok Janggut, Dato' Maharajalela, Dol Said, Abdul Rahman Limbong, Tok Pulau Manis, Rosli Dhobi dan ramai lagi. Tambahnya, hinggalah kepada era menentang penjajah sekitar tahun 1940-an nama-nama seperti Burhanuddin Al-Helmy, Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam dan lain-lain. "Masalahnya rentetan nama pejuang ini dipadamkan daripada sejarah seolah-olah hanya UMNO yang berjuang tuntut kemerdekaan. Perlu disedari akibat dapat dilihat kurangnya semangat patriotik rakyat. Contoh paling mudah, mereka enggan kibar bendera," kata Tuan Ibrahim.

PAS Minta Mat Sabu Agar Saman Utusan Malaysia

Dalam pada itu, PAS Pusat akan meminta Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu (foto) menyaman segera akhbar Utusan Malaysia kerana menyelewengkan fakta sebenar ucapan dalam satu ceramah beliau demi kepentingan politik. Tuan Ibrahim berkata, tindakan akhbar milik Umno itu tidak boleh dibiarkan berterusan memutarbelitkan isu kerana mahu menggambarkan PAS menyokong komunis. Beliau berkata, pada hakikatnya Mohamad tidak menyebut langsung menyokong perjuangan komunis dalam ceramahnya itu. "Isu serangan Rumah Pasung Bukit Kepong, Mat Indera dan komunis sengaja diperbesarkan oleh akhbar lidah rasmi Umno itu untuk meraih kepentingan politik. Walhal berdasarkan video rakaman Mat Sabu tidak sepatahpun menyebut tentang menyokong komunis dalam ceramahnya. "Tetapi propaganda tersebut dimainkan secara halus dan berulang-ulang sebagai cubaan mengaitkan PAS dengan komunis dan DAP supaya dibenci oleh orang Melayu. Semuanya kerana kepentingan politik. "Sebab itu PAS Pusat akan meminta Mat Sabu segerakan saman akhbar Utusan Malaysia dan media Umno lain bagi meminta mahkamah menghentikan propaganda tersebut," kata beliau lagi.



[Kira-kira 500 hadir dalam Sambutan Hari Raya Anak Perantauan anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang (DPPNP) bagi meraikan generasi muda bekerja di luar daripada negeri Pahang ini. Turut berucap ialah Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat. Hadir sama ialah Setiausaha PAS Pahang (BPPNP) Roslan Zainal, Bendahari, Musaniff Abdul Rahman, Ketua Penerangan Suhaimi Saad, Ketua Pemuda, Shahril Azman Bin Abdul Halim AJK BPPNP dan pimpinan PAS Kuala Krau].

Tiada ulasan: