Rabu, 7 September 2011

jiwo kelate

jiwo kelate


Mat Indera memang Bukan Komunis

Posted: 07 Sep 2011 12:42 AM PDT

Malaysiakini melaporkan, Bukan sahaja tidak berfahaman komunis, tokoh kontroversi kemerdekaan Mat Indera juga bukan seorang anggota Parti Komunis Malaya (PKM), kata keluarganya.

Baharum Shah Indera, 65, berkata, abang keduanya itu sebenarnya seorang pejuang kemerdekaan sayap kiri yang mahu menghalau penjajah British dari negara ini.

Prof Kay Kay Kim dan Umno (KL dan lain-lain kecuali Umno Johor) yang kata Mat Indera itu Komunis.

“Adakah (Tan Sri) Khoo Kay Kim ada kajian tentang Bukit Kepong dan Mat Indera? Kalau dia sendiri tiada kajian, bagaimana dia boleh tolak kajian orang lain,” kata Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat – Malaysiakini.

“Tidak. Itu peristiwa tahun 1948. Beliau (Mat Indera) komited pada perjuangan membebaskan negara ini,” kata Johan ketika ditanya sama ada abangnya mengganggotai mana-mana platun PKM.

Justeru, tampil dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Johan mahukan semua pihak, termasuk kerajaan dan ahli akademik membuat kajian dan membersihkan nama abangnya.

“Segerakan penyiasatan, bawa sejarahwan kaji,” katanya dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat.


Bersama Adik Mat Indera, Baharom Shah

Posted: 07 Sep 2011 12:13 AM PDT

Foto-foto sekitar Sidang Media Adik Mat Indera, En Baharom Shah bin Indera, 65 tahun, bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat di Tkt 5, Pejabat Agonng PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Saya berfoto bersama Adik Mat Indera, Baharom Shah bin Indera, 65, (sewaktu Mat Indera, 33 tahun – 1953 dihukum gantung di Taiping oleh Penjajah British, Baharom Shah berumur 6 tahun)

Berita lanjut akan menyusul …


Hari Terbuka PAS, 11 September 2011

Posted: 06 Sep 2011 11:58 PM PDT

 Hari Terbuka PAS Sempena Aidil Fitri 1432H,  Dewan Dato’ Fadhil Noor di KUIZM Taman Melewar Gombak Selangor

pada Ahad 11 September 2011 bersamaan 13 Syawal 1432H. Bermula dari jam 2ptg – 5ptg.

“Semua dijemput hadir”.


Tiada ulasan: