Ahad, 18 September 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Minus One... you get two yang lebih 'berhantu'??

Posted: 18 Sep 2011 07:04 AM PDT


Najib kata.... dia akan mansuhkan ISA, Hishamuddin pulak, tanpa tunggu banyak masa, terus kata... yang ISA akan digantikan dengan dua akta baru.

Pengumuman Najib itu telah menimbulkan banyak reaksi. Ada yang menerimanya dengan baik dan ada pulak yang membantahnya. Ada yang tak pasai-pasai ucap terima kasih dan ada pulak skeptikal. Ada yang kata Najib curi idea pembangkang yang terkandung dalam buku Jingga mereka tapi dinafikan oleh puak gerombolan.

Bercakap pasal curi idea ini.... aku pasti sangat mereka curi idea Pakatan Rakyat. Mereka kata, mereka tak curi. Well... kalau tak curi, then, mereka rembat jer ler. Biasaler.... minda dan otak puak-puak UMporNO @BN ni, bukan ke semuanyer dah tepu. Tengok saja ler 1Malaysia. Kita ada 1Israel... kita ada 1Indonesia and then, muncul pulak 1Malaysia di sini. Tapi, Najib claimed yang itu idea dia.

Poooraahh...!! Udah sah tiru, banyak pulak songehnyer. Weh.... Kalau tak tiru dan kalau tak rembat, bukan UMporNO@BN namanyer.

Kemudian.... ada juga berita yang aku baca tapi aku dah lupa kat mana, kononnya, dalam budget 2012 nanti, kerajaan 1Malaysia Najib nak naikkan gaji para guru sebanyak RM200. Banyak warga guru respond.... "Aik.... RM200 jerk??" Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga mereka offer nak naikkan RM600. Kalau macam tu... baik pangkah Pakatan Rakyat. Kayo cikgu dan cikgi!!

Kalau ler tak ada janji RM600 dalam Buku Jingga, komer ingat Najib nak bagi ke RM200 tu?? Jangan harap ler... Ini menunjukkan mereka dalam keadaan yang amat terdesak kerana Buku Jingga menjanjikan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia. Kalau mereka tak laksanakan apa yang Pakatan Rakyat janji untuk laksanakan, maka mereka akan mampooss dalam PRU13 nanti.

Jadi, bagi menghalang 'malaikat maut' daripada merentap 'nyawa' mereka, maka mau tak mau.... terpaksaler jadi 'pencuri' dan copycat. Dan, berbalik kepada pemansuhan ISA.... ia sebenarnya disambut baik tetapi yang orang mushkil ialah dua akta baru yang kononnyer akan diperkenalkan bagi menggantikkan ISA. Ramai tertanya-tanya.... bagaimanakah agaknya 'rupa' akta tersebut. Ntah-ntah lebih teruk.

Dan yang paling orang curiga ialah... apakah ia nanti akan menjadi ibarat rupa 'manusia' di luar tetapi sebenarnya... iblis di dalamnyer?? Aha.... ibarat 'Iblis bertopengkan manusia'. Semua orang tahu siapa UMporNO. Mereka sanggup menjadi iblis asalkan dapat terus menganiaya musuh-musuh politik mereka untuk terus berkuasa.

Dan, kerana nak raih sokongan untuk terus berkuasa jugalah Najib mahu hapuskan ISA. Dia terpaksa kerana Pakatan Rakyat akan laksanakannya senadainyer Putrajaya berjaya ditawan. Kalau tak der tuntutan untuk mansuhkan ISA dalam Buku Jingga.... komer ingat Najib nak ke mansuhkannya?? Kalau tak der pembangkang yang mendesak.... komer pikir, terlintas ke di kepala hotak Najib untuk mengahpuskannya? Jangan harapler...

Sebab tu, kita jangan cepat 'syok' sangat dengan pengumuman yang Najib buat tu. Tunggu dan lihat dulu.... Puak-puak ni bukan ke banyak helah dan muslihat mereka. Tak dapat aniaya rakyat dengan cara ini, mereka rekacipta cara baru pulak. Bab kencing rakyat ni... mereka memang pakar. Kepakaran mereka ini tidak ada tolak bandingnyer.

Oleh itu... jangan anda terus biarkan diri anda kena kencing. Tak guna kita mneyokong kerajaan yang hanya pandai merembat idea pihak lain. Baiklah kita memilih pihak yang came up with idea-idea dan cadangan-cadangan yang ori tersebut, iaitu.... Pakatan Rakyat.

Belum try belum tahu.... So kita try dulu. Tak rugi apa-apa wa cakap lu. What say you...??

PRU13 nanti, jom kita tawan Putrajaya!!

Lanun Oh Lanun

Posted: 17 Sep 2011 11:10 PM PDT


Lanun mencuba nasib lagi!! Cuba dan terus mencuba. Tak putus asa demer weh...

Kalau dah lanun.... sampai mamposs pun akan tetap jadi lanun. Selagi derang tak dapat 'rampas' tanah di kawasan Kg Baru yang mempunyai nilai komersial yang amat tinggi, derang tak akan duduk diam. Derang akan cuba dengan apa cara sekali pun untuk memperdaya penduduk@waris Kg Baru agar menyetujui penyerahan tanah milik mereka.

Pertahankan tanah warisan anda. Jangan lepaskan ia kepada lanun durjana. Menyesaldahulu pendapatan, menyesal kemudian lu orang putih mata dan ternganga nanti.


Akta baru bangunkan Kg Baru ke Parlimen bulan depan

September 17, 2011

KUALA LUMPUR, 17 Sept — Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru yang tertangguh tiga kali sebelum ini akan dibawa ke Parlimen pada sesi yang bermula bulan depan bagi membolehkan pembangunan dilakukan di kawasan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) berkata, input dalam rang undang-undang itu antara lain adalah daripada perbincangan mendalam dengan beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan, pemilik dan waris tanah di kawasan itu.

"Ia selaras dengan hasrat kerajaan dan para pemilik serta waris tanah untuk melihat kawasan penempatan Melayu yang strategik dan bersejarah itu dibangunkan ke tahap maju dan menguntungkan, sesuai dengan kedudukannya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur," kata beliau selepas menghadiri sambutan Merdeka Raya anjuran Umno Titiwangsa di Kampung Baru hari ini.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata, pihak Peguam Negara juga meneliti rang undang-undang tersebut tanpa membelakangkan pandangan daripada pihak-pihak berkepentingan di kawasan penempatan eksklusif orang Melayu itu.

Raja Nong Chik berkata dengan adanya akta khusus bagi pembangunan Kampung Baru, ia akan membawa kawasan itu setanding dengan lain-lain kawasan yang pesat membangun di bandar raya ini.

Rang undang-undang itu sepatutnya dibahaskan semula di Parlimen pada sesi Jun lalu.

Bagaimanapun pada akhir Jun lalu, majlis pentadbir Kampung Baru meminta Putrajaya agar menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010 memandangkan respons ke atas referendum melibatkan pemilik tanah eksekutif orang Melayu itu dingin.

Menurut Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Shamsuri Suradi, pihaknya belum menerima keseluruhan borang referendum yang dihantar kepada pemilik dan pewaris tanah untuk membuat keputusan.

Ketika itu, The Malaysian Insider difahamkan hanya sekitar 30 peratus borang referendum telah diperoleh kembali.

Rang undang-undang itu dibawa ke Dewan Rakyat pada 14 Disember lalu untuk bacaan kali pertama bagi membolehkan penubuhan sebuah perbadanan yang bertanggungjawab merancang dan mengawal selia pembangunan Kampung Baru.

Bagaimanapun bacaan kali kedua yang dijadual pada Mac lalu ditangguhkan sehingga Jun bagi membolehkan beberapa klausa diperhalusi ekoran bantahan yang dikemukakan pemilik dan pewaris tanah- MI.-

Tiada ulasan: