Jumaat, 9 September 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


2 Dalam 1 PRU

Posted: 09 Sep 2011 12:19 AM PDT


Kerajaan yang diterajui UMporNO ni membelanjakan duit rakyat ikut suka mak bapak derang jer. Macam ler duit tu mak bapak derang punyer!! Apabila kantung dah kering.... derang gagau poket rakyat, derang peduli hapa pada kesengsaraan hidup rakyat, janji derang dan kroni senang.

Kalau gagau duit rakyat untuk buat benda-benda yang mendatangkan manfaat kepada rakyat tak per jugak... ini tidak. Derang gagau duit rakyat untuk mengayakan diri dan kroni sambil nak berglamor-glamor dan dapat nama. Cara derang berbelanja macam Malaysia ni kaya bebenor hingga nak bina menara 100 tingkat ler.... Ater, kalau udah kaya bebenor, duit berlambak-lambak macam daun getah bertabor... guna pakai ler kedua-duanyer sekali.

Maksud aku.... guna pakailer sistem biometrik dan at the same time guna kaedah celop jari dalam dakwat kekal ketika pilihan raya nanti. Puaskan hati kedua-dua belah pihak... pro-kerajaan dan pro-pembangkang. Adil lagi saksama. Habis citer!!

Jangan pulak banyak dolak-daliknyer. Bunyi cakap macam beriya-iya nak mereformasikan sistem pilhan raya tapi banyak pulak songehnya, banyak pulak triknyer. Isyy... isyy.... puak-puak geragok kuasa ni... kalau tak menipu tak sah!!

La ni.... tipu helah lapuk derang, dah semakin terang. Mereka mula mengelabah sakan. Sekali dua tipu boleh ler, tapi kalau dah selalu.... pasti tak menjadi punyer. Orang akan tahu juga dan rakyat tidak akan diam punyer. Kini, rakyat sudah mula bersuara... tapi demi kelangsungan kuasa derang, kita tengok apa helah yang mereka nak pakai pulak.

Aku suka kalau kabinet dapur Najib buat keputusan untuk guna pakai kedua-dua cara, biometrik dan celop jari. Hahaha... Sebab dalam pilihan raya nanti.... akan terserlahlah kelemahan kaedah yang beriya-iya dipertahan dan dicadangkan oleh barua mereka.

Terlintas juga di kepala hotak ini.... mengapa Najib tetiba berlembut hati dan bersetuju untuk guna pakai kaedah celop jari menggunakan dakwat kekal, sedang sebelum ini mereka tolak dengan pelbagai alasan bangang.

Aha.... apakah mereka sudah ada cara atau helah baru untuk membantu mereka menang dalam PRU13 nanti?

Emmmm... apakah pemberian IC@kerakyatan kepada para PATI dan seterusnya mendaftarkan mereka sebagai pengundi sebagai trik baru mereka?

Ehem.... ehem.... Sudah semestinya!! Sebab itu... kini, mereka giat memberikan kerakyatan kepada orang asing dengan bantuan JPN. Di Sabah, trik ini amat berkesan dan mereka berjaya lakukan, so... why not bikin cara yang sama di sini. Ha ha ha... Gadai negara untuk kuasa!!

Ciittt...!! Mereka sanggup jadi pengkhianat negara semata-mata untuk terus berkuasa. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat samada kerja khianat mereka ini akan berjaya. Tunggu....

[sumber]

Lanun menge-POW kita

Posted: 08 Sep 2011 07:30 PM PDT


Dedulu... aku guna handset pakai line but now aku pakai prepaid jer. Bukan pasai apa... pasai bil tepon yang giler-giler. Aku amat pasti aku tak pakai sebanyak mana yang mereka caj aku. So... oleh sebab sakit hati, aku pun kensel line dan mula pakai prepaid.

Lantak ler susah dan renyah sikit asalkan hati tak sakit dan tak kena kunta-kinte dengan si lintah darat. But now... hati dah mula sakit semula. Berdenyut-denyut rasanya apabila dengar khabar berita yang kerajaan nak kenakan cukai sebanyak 6% ke atas pembelian dan penggunaan prepaid. Gilerr...!!

Itu pasai kita awal-awal lagi dah kata.... slogan 'Rakyat didahulukan' tu, gimik politik si Najib jer. Piem-piem terdahulu ada slogan, dia pun tak nak ketinggalan.... uisyy nak berslogan jugak. Copy-cat ler katakan....!! Tapi biasaler.... itu semua hipokrasi mereka jer. Hipokrasi nak menyedapkan hati rakyat. Itu semua slogan untuk memperbodoh dan tipu rakyat.

Najib ni sekarang, dah jadi lanun berlesen. Dulu dia rampas negeri Perak hingga negeri tanah tumpah darahku jadi negeri kartun. La ni, dia nak rampas pulak duit rakyat dengan cukai 6% ke atas pengguna prepaid. Uuuuu... ini baru rampasan in broad daylight tapi rampasan yang dibuat secara gelap.... lagi dahsyat!!

Kesian rakyat.... kesian kita..... Bertimpa-timpa bebanan yang dia paksa kita tanggung. Itu baru tanggungan beban dari segi kewangan dan kos sara hidup kita. Tapi, yang lebih malang.... kita kena tanggung satu lagi beban. Besaq punyer beban. Nak tau hapa bendanyer??

Hahahahaha..... Biawak hidup yang nala punyer besaq dan berat. Najib dan Rosmah!! Ya.... itulah mereka, kepala kepada kerajaan 1Malaysia!! Uuuuu..... berat ooooo!!!

So... apa kita nak buat??

Senang jer. Kita 'kiok'kan biawak hidup tersebut dengan kerajaan 1Malaysia-nyer sekali. Tak susah weh.... Pilihan raya bukan ke dah semakin hampir. Kita 'kiok'-kan mereka dengan hak demokrasi kita!! Kita 'kiok' mereka dengan undi kita!!

Kalau semua rakyat Malaysia bersatu hati, pasti biawak hidup yang berkepalakan Najib-Rosmah akan masuk kubor punyer. Biawak hidup ini.... is a pain in the ass for rakyat Malaysia. Hahahahaha... not just the ass but most importantly.... POKET kita yang SAKIT!! Kalau poket sudah sakit, haru-biru hidup kita dibuatnyer!! Parah beb kalau poket sakit!!

So... to get rid of the pain, we have to get rid of the biawak hidup. Well... what say you rakyat Malaysia, especially anak-anak muda, pengguna tegar prepaid.... yang akan dirompak oleh si biawak hidup??

Jangan biarkan diri kita dirompak. Ayoh pertahankan diri. Jom kita 'kiok' dan kuburkan BIAWAK HIDUP@UMporNO dalam PRU13 nanti!!!

No biawak hidup... Malaysia dan rakyatnya, pasti sejahtera, insyaAllah.

[sumber: sini dan sini]

Tiada ulasan: