Jumaat, 9 September 2011

Addin

Addin


Mat Sabu Badut Politik?

Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT

Ketika ahli politik Pakatan Rakyat sibuk mempertahankan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu @ Mat Sabu yang dikatakan mengagungkan komunis dan mencemuh peranan anggota keselamatan sebagai alat penjajah dalam isu Bukit Kepong, seorang lagi pemimpin DAP tidak bersetuju dengan kenyataan tokoh penting PAS itu. Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam satu kenyataan di dalam akhbar New Straits Times minggu ini berkata tafsiran Mat Sabu berkenaan serangan Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 meletakkan Mohamad Sabu sebagai badut politik.

"Dia (Mohamad), ke suatu tahap yang begitu menyakinkan, adalah tidak lebih daripada seorang badut politik, salah seorang daripada ramai yang telah sistem lemparkan dari semua parti-parti politik kita. "Saya katakan ini dalam nada kesedihan berbanding kemarahan," kata Tunku Aziz yang juga adalah Senator negeri Selangor.

Pada 28 Ogos lalu, timbalan presiden PAS itu dalam ceramah di Pulau Pinang mendakwa Mat Indera atau nama sebenarnya Ahmad Indera yang menyerang balai polis Bukit Kepong di Johor merupakan pejuang kemerdekaan. Kenyataan tersebut menimbulkan kemarahan pemimpin parti politik dan bekas pejuang kemerdekaan negara.

Jejaskan Pakatan Rakyat

Beliau menambah bahawa Mat Sabu tidak sepatutnya membuat lawak sebegitu memandangkan kedudukan beliau sebagai pemimpin PAS utama yang akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat menawan Putrajaya di dalam pilihan raya umum ke – 13.

"Saya menerima haknya ke atas pendapatnya, tetapi apabila Mohamad merupakan dirinya di dalam hiraki Pas, iaitu, salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat, satu gabungan yang kini tidak sabar menanti peluang bagi mentadbir negara ini, maka dia tidak lagi boleh bercakap tentang sesuatu sebagai satu jenaka politik".

Berdasarkan rujukan, Tunku Aziz mempersoalkan samada matlamat boleh menghalalkan cara komunis yang menggunakan kaedah keganasan. Beliau turut menyoal samada Mohamad mempunyai keberanian moral dan integriti untuk memuliakan wira kemerdekaan yang sebenar.

"Saya tertanya-tanya sama ada Mohamad mempunyai keberanian moral dan integriti untuk berpaling arah di atas hakikat ini, tahap kebinatangan dan kebaculan pihak yang dia sedang cuba muliakan sebagai wira sebenar Merdeka," kata Tunku Aziz.

Sebelum ini pengerusi DAP, Karpal Singh turut menggesa Mohamad Sabu menarik balik kenyataan berkenaan peranan Mat Indera dalam peristiwa Bukit Kepong yang dibuat dalam ceramah di Pulau Pinang./fmt

Addin :

Tunku Aziz mungkin kurang memahami situasi sebenar isu ini berlaku ataupun kurang mendapat info berkenaan isu ini. Kenyataan Mat Sabu telah di putar belitkan oleh media propaganda Umno iaitu Utusan Meloya. Sebenarnya inilah kerja Utusan untuk mencari isu-isu yang boleh diputar belitkan dan memperbodohkan rakyat. Sejak Mat Sabu di lantik sebagai Timbalan Presiden PAS, ramai pimpinan Umno tidak sebulu dengan Mat Sabu. Ini kerana kelantangan Mat Sabu membuatkan Umno sesak nafas. 

Mat Sabu tidak menyokong perjuangan komunis tetapi mengatakan Mat Indera adalah pejuang yang sebenar kerana melawan penjajahan British di Tanah Melayu. Peristiwa serangan balai polis di Bukit Kepong membuktikannya.. polis di balai Bukit Kepong adalah polis yang berkhidmat untuk British. Sedangkan Mat Indera anti kepada British pada ketika itu. Jikalau Mat Indera di labelkan sebagai penderhaka atau pengganas.. adakah ianya sama untuk pejuang-pejuang lain seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Abdul Rahman Limbong dan sebagainya untuk di labelkan sebagai perderhaka?


Profesor Kangkong Makin Bodoh Tahap Gaban!!

Posted: 09 Sep 2011 08:41 AM PDT

Prof Kangkong tersengih selepas jilat punggung Umno
Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British. Bukan Profesor Zainal Kling sahaja yang bersetuju dengan hakikat ini. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana bangsa kita dan Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Kita cuma dijadikan rakan dan diberikan Tuan oleh British untuk mengusahakan Tanah Melayu beberapa ratus tahun lamanya.

Kita harus bangga dan merasa hebat dengan pencapaian kita, tidak pernah dijajah British. Hebatnya Tanah Melayu, apabila rakyatnya berganding bahu dengan kerajaan British membangunkan negeri-negeri di Tanah Melayu. Jangan sekali-kali kita meragui sejarah kehebatan melayu. Mari renung kembali bagaimana kedudukan orang melayu ketika zaman British datang melawat suatu ketika dahulu. 
Segala cukai yang dibayar kepada pentadbiran British itu adalah hadiah dan sedekah, setelah berasa sangat terhutang budi kepada British yang sanggup datang dari jauh ke Tanah Melayu demi untuk hidup bersama dengan orang melayu. Segala tanah ladang dan estet yang diusahakan oleh British dengan memasukkan orang-orang India itu adalah sa-buah usahasama yang sangat menguntungkan.

Beruntungnya Tanah Melayu, tidak pernah dijajah British malah menjadi rakan kongsi 'melangsaikan' segala hasil hutan, segala hasil ladang, segala hasil padi dan apa jua usahasama dikongsi sama-rata. Segala kekayaan hasil perniagaan dalam negeri di Tanah Melayu dibahagikan sama-rata, separuh untuk Queen of England, separuh lagi untuk raja-raja melayu. Untuk rakyat pula, akan mendapat suku daripada separuh punya separuh dibahagi dengan separuh.

Sungguh mewah hidup kita ketika era 'perkongsian' dengan British. Setiap kali tiba musim perayaan, rakyat akan berpesta bersama-sama dengan pegawai British dan tenteranya. Ia termasuklah tentera gurkha dan Fiji. Kita saling ziarah menziarahi, rumah terbuka di sini dan sana. Tentera British yang ada dalam negara adalah untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara dari dicerobohi penjajah lain. Mereka tidak jajah, cuma jaga sahaja.

Orang melayu menjadi kerani dalam pejabat pemerintahan British, bergaji besar berumah bungalow. Maksudnya berumah bungalow itu ialah, orang melayu menjadi orang gaji, menjadi drebar, tukang kebun dan tukang pencacai najis kepada pegawai British di kebanyakkan rumah-rumah bungalow. Negeri Tanah Melayu ini melayu yang punya, tetapi hebat kerana boleh dikongsi bersama British hinggakan kita memanggil mereka sebagai Tuan, sambil berdiri tegak dan menunduk hormat. Baiknya orang melayu kita, kaya dengan budi bahasa.

Ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, tentera British bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu. Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa demi Tanah Melayu sehingga amat payah bagi pihak Jepun untuk menjajah, opss maksudnya menjadi rakan kongsi di Tanah Melayu. Orang melayu ketika itu juga membantah kemasukkan Jepun walaupun adanya slogan asia untuk asia, kerana orang melayu di zaman itu rupa wajahnya tidak seperti orang asia tetapi pan-europian-asia.

Ketika Jepun tewas di Tanah Melayu, orang-orang melayu begitu merindui kehadiran British dan tenteranya lalu mengalu-alukan kedatangan semula British ke Tanah Melayu. Orang melayu dan Tanah Melayu tanpa kehadiran British bagaikan polong tak bertuan. Panggilan Tuan ke atas pegawai British begitu mengasyikkan sekali.

Oleh kerana baiknya rakyat Tanah Melayu terhadap British sepanjang lawatan mereka selama beberapa ratus, maka British menghadiahkan kemerdekaan kepada Tanah Melayu melalui sekumpulan elit melayu bangsawan yang taraf kehidupannya hampir setaraf dengan British. Biasanya negara yang diberi kemerdekaan adalah negara yang telah dijajah, tetapi Tanah Melayu cukup istimewa di mata British. Kemerdekaan yang diberi kepada Tanah Melayu adalah di atas dasar 'you help me, I help you'.

Tanah Melayu akhirnya merdeka dan menjadi satu-satunya negara yang merdeka tanpa penjajahan. Lebih istimewa, Tanah Melayu yang akhirnya membentuk negara Malaysia telah dijemput menyertai negara-negara Komanwel. Mengapa istimewa? Kerana semua negara yang menyertai negara-negara Komanwel adalah merupakan negara bekas jajahan British, kecuali Malaysia.

Sebagai tanda terima kasih Malaysia ke atas British kerana meluangkan masa yang begitu lama berkhidmat di negara kita, maka segala undang-undang dan perlembagaan negara dibangunkan mengikut acuan British termasuklah menjaga semua kepentingan-kepentingan British. Ia berlanjutan hingga ke hari ini apabila masih banyak harta dan kekayaan dalam negara ini milik British dan bangsa asing.

Sehubungan itu, janganlah kita menyorokkan fakta penting betapa negara kita tidak pernah dijajah oleh British, malah diberi layanan yang cukup istimewa. Setiap rakyat yang hidup ketika British menumpang-tadbir negeri Tanah Melayu akan berasakan kehidupan ketika itu sangat baik biarpun berbanding hari ini kerana ketika itu kita mempunyai Tuan. Melayu yang punya Tuan adalah melayu hebat.

Sesungguhnya fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik. Malaysia Boleh !
Edyesdotcom
Addin :
Senang citer campak je gelaran profesor tu dalam longkang.. makin tinggi belajo makin bodoh tahap gaban!! Kalau 60an dulu-dulu bolehlah nak kencing rakyat..sekarang ni rakyat dah makin cerdik.. cerdik dari profesor kangkong yang tau menjilat punggung Umnoporno sahaja..ha..ha..ha..

Panas!! Adik Mat Indera Hilang..

Posted: 09 Sep 2011 07:34 AM PDT

Johan Shah Indera (kiri)
Adik Mat Indera, Johan Shah Indera gagal dihubungi sejak isu Mat Indera dimainkan media arus perdana. Bahkan,Yang Dipertua Pas kawasan Ayer Hitam, Husin Sujak memaklumkan rumah Johan di Yong Peng tidak berpenghuni sejak beberapa hari lalu. "Kita tak tahulah ke mana beliau pergi. Mungkin kerana mahu elak dari liputan media," kata Husin kepada Keadilandaily.com.

Difahamkan polis datang ke rumah Johan sejurus selepas kunjungan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ketua Pemuda Pas negeri, Suhaizan Kaiat seperti dilaporkan media petang Isnin lalu. 

Terdahulu, aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) diketuai Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard bertemu Johan dalam program 'Menjejak Mat Indera' diiringi Husin Sujak, 3 September lalu. Johan adalah ahli keluarga Mat Indera yang pertama muncul di media dengan liputan pertemuan dimuatkan di blog dan portal politik dan mendapat reaksi hangat. Namun, laporan media arus perdana pada minggu berikutnya menyelar peranan Mat Indera dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. 
 
Malah, Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman melabelkan Mat Indera sebagai pengganas. Sehingga petang ini, usaha untuk menghubungi Johan Shah Indera, 68, yang merupakan bekas kakitangan Majlis Daerah Yong Peng gagal. Johan Shah Indera adalah anak bongsu dari 6 orang adik beradik, seibu sebapa dengan abangnya Muhammad Indera. 

Beliau pernah dibuang daerah ke Singapura bersama bapa, ibu tiri dan neneknya ke Singapura pada 1950 hingga 1954. Dalam pada, itu abang tirinya, Bahrom Shah Indera ketika dihubungi Keadilandaily memberitahu, adiknya kini mungkin sedang 'bersembunyi'. Bahrom Shah adalah anak ketiga dari isteri kedua Indera dari empat orang adik beradik. 

"Mungkin dia nak elak dari gangguan, kita tak tahu. Tapi saya yakin dia selamat dan akan pulang ke rumah," kata Bahrom. Bahrom sebelum ini tampil pada sidang media di ibu pejabat Pas pusat menuntut kerajaan membersihkan nama abangnya. Beliau turut menyeru sejarawan untuk mengkaji semula sejarah dan peranan Mat Indera dalam perjuangan menuntut kemerdekaan./kd


Sah!! Sokongan Ke Atas Najib Makin Merosot..

Posted: 09 Sep 2011 03:59 AM PDT

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kemerosoton sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah akibat dari cara kerajaan BN mengendalikan perhimpunan Bersih. Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul. "Saya tidak tahulah samada ia arahan Datuk Seri Najib ataupun tidak tetapi bila ia arahan kerajaan, ia dilihat buruk oleh orang ramai," Mahathir berkata demikian dalam wawancara khas dengan Astro Awani dan disiarkan hari ini.


Merdeka Centre dalam kajiannya baru-baru ini mendapati sokongan terhadap Najib merudum teruk kepada 59 peratus berbanding 76 peratus sebelum ini. Kenyataan Mahathir ini membayangkan beliau bersetuju dengan hasil kajian persepsi Merdeka Centre itu yang cuba ditolak oleh pemimpin kerajaan Umno termasuk oleh para menterinya.

Ketika ditanya komen beliau terhadap penglibatan anaknya, Marina Mahathir dalam perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai itu, Mahathir berkata, beliau tidak mengongkong anak-anaknya.

"Saya memberikan kebebasan kepada anak saya, saya tak paksa mereka ikut saya, mereka gunakan kebijaksanaan sendiri," kata Mahathir dalam rancangan itu./tvnews

Mat Indera Nasionalis.. Ini Buktinya

Posted: 08 Sep 2011 11:31 PM PDT

Satu kajian yang dilakukan oleh Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 menyimpulkan Mat Indera (gambar) bukan berfahaman komunis. Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, kajian tersebut adalah Latihan Ilmiah untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk "Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem".

Tambahnya, tujuan kajian tersebut adalah untuk mengkaji keterlibatan golongan elit agama di Muar dalam perjuangan gerila bersenjata untuk menentang penjajah dengan tumpuan khusus terhadap Mat Indera dan peristiwa berdarah Bukit Kepong, Muar. 
Menurutnya, meskipun kajian tersebut adalah dilakukan di peringkat ijazah pertama, pengkaji telah berjaya melakukan wawancara dengan mereka yang terlibat secara langsung dengan peristiwa tersebut termasuklah Haji Nawi Idrus, Ketua Pengawal Kampung (Home Guard) dan rakan-rakan Mat Indera yang menyertainya masuk ke hutan.

"Kaedah wawancara ini adalah yang paling sesuai bagi mendapat maklumat sebenar disebabkan kebanyakan maklumat rasmi berkaitan dengan peristiwa Bukit Kepong ini disediakan oleh penjajah British melalui perisikan mereka. "Setakat kajian PPP, mungkin inilah satu-satunya kajian ilmiah yang paling awal tentang Mat Indera," jelasnya dalam satu kenyataan.

Di dalam kajian tersebut, ujarnya pengkaji telah menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama sebagai: "Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya." Selain daripada itu, tambah beliau Ayub Kassim juga pada mukasurat 71 menyimpulkan bahawa Mat Indera adalah seorang nasionalis bukannya komunis, yang bergerila bersama komunis.

"Beliau menyatakan perumpaan Mat Indera sebagai nasionalis dengan gerombolan komunis seumpamanya tidak bercampur antara air dan minyak dalam satu bekas," katanya. Katanya lagi, kajian ilmiah itu juga menyebut bahawa pendirian agama Mat Indera banyak dipengaruhi oleh dua orang gurunya iaitu Haji Ibrahim Jubah dan Haji Muhammad Yassin Muhammad (bapa Tan Sri Muhyiddin).

Kedua-dua guru Mat Indera itu, tambahnya dikatakan seorang yang kritis terhadap perkembangan politik ketika itu. Malah, katanya menurut pengkaji lagi pada mukasurat 30, Haji Muhammad Yassin bin Muhammad begitu kritis dengan perkembangan politik tanahair, dan kalaulah ucapan-ucapannya dilakukan di atas pentas politik nescaya ia akan dilihat berunsurkan subversif.

Menurut kajian ini juga, Mat Indera pernah dilantik sebagai Ketua Cucuk Tanam anjuran Jepun semasa Perang Dunia Kedua. "Fakta ini sekaligus menafikan dakwaan banyak pihak yang bersumberkan Memoir Abdullah CD, bahawa Mat Indera telah menjadi komunis sejak Perang Dunia Kedua lagi," ujarnya.

Menurutnya, semasa Perang Dunia Kedua ini komunis mengambil sikap berperang dengan Jepun melalui pertubuhan MPAJA, sedangkan golongan nasionalis Melayu terutama ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) mengambil sikap yang lebih lunak dengan Jepun.

Katanya, kecenderungan Mat Indera ini jelas bertentangan dengan dakwaan Abdullah C. D. dalam memoirnya. "Berdasarkan kajian ilmiah tersebut, PPP berpandangan Mat Indera bukanlah komunis tetapi seorang nasionalis radikal," ujarnya.

Ini, jelasnya sebagaimana yang pernah dinukilkan oleh veteran Umno sendiri, Tan Sri Abdul Samad Idris dalam bukunya "25 Tahun Merdeka" mukasurat 357-358: "Kita melihat beberapa orang Melayu terlibat dalam gerakan Komunis selepas pengisytiharan Dharurat tahun 1948. Adakah mereka ini komunis atau didorong oleh semangat Nasionalisme yang meluap-luap? Perkara inilah menjadi teka-teki kepada kebanyakan pengkaji sejarah kita.

"Kalau kita mahu menganggap mereka berfahaman komunis disebabkan terlibat secara langsung dalam pemberontakan bersenjata komunis, bagaimanakah kita mahu memberi penilaian kepada tokoh-tokoh seperti Dato' Bahaman, Mat Kilau dan To' Gajah Imam Rasu? Atau kepada perjuangan Dato' Dol Said di Naning, Dato' Maharajalela di Pasir Salak, To' Janggut di Pasir Puteh dan Rosli Dhobi di Sarawak? Mereka juga melakukan pemberontakan bersenjata menentang Inggeris yang menjadi kerajaan di Tanah Melayu".

Justeru, tegas Ahmad Zuhdi, PPP melihat kenyataan Tan Sri Abdul Samad Idris itu hampir sama dengan intipati ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dalam ceramahnya.


Tiada ulasan: