MiLo SuaM |
Prof Zainal Kling bantah sambutan Hari Malaysia Posted: 16 Sep 2011 02:32 PM PDT SEMALAM sambutan Hari Malaysia 16 September disambut dengan begitu meriah di Dataran Merdeka dan negeri-negeri lain secara serentak seluruh Malaysia. Sebelum ini Anwar Ibrahim mencadangkan agar Hari Malaysia menjadi sambutan rasmi negara, namun pelbagai pihak yang pro United Malays No Otak menentang cadangan itu. Termasuk seorang prof kangkung Zainal Kling [Utusan]. ![]() Ini namanya prof kangkung kaki ampu. Nama saja ahli akademik, tapi pendiriannya berayun bagaikan kangkung dihanyutkan air longkang. Jika ke laut air longkang, ke lautlah prof kangkung. Prof kangkung merangkap prof kaki ampu hanya mampu mengikut arus air, ke sungai, ke longkang, ke parit, ke perigi dan ke lubang jamban. Apa saja pemimpin United Malays No Otak kata, dia akan cari bukti dan hujah supaya kenyataannya selari dan tidak bercanggah dengan gerombolan songkok tinggi tiga jengkal, sambil berlakon seolah-olah dialah ahli akademik terbilang. Bila Anwar Ibrahim cadang untuk sambut Hari Malaysia, demi untuk mengampu pemimpin United Malays No Otak, maka prof kangkung pun keluarlah hujah-hujah merapu, Anwar bangkrap idea, bermotif politik, tidak signifikan, dan tidak produktif bla bla bla... Tapi akhirnya Najib sendiri setuju untuk sambut Hari Malaysia siap bagi cuti umum seluruh negara dengan sambutan besar-besaran di Dataran Merdeka. Prof kaki ampu merangkap prof kangkung malu sendiri. Kalau lihat isu komunis, prof kangkung sanggup keluarkan hujah dan bukti merapu supaya kenyataannya selari dan disenangi dengan gerombolan songkok tinggi 3 jengkal. Rujuk video di bawah. Orang pandai bila ada niat mengampu, rela jadi badut, sanggup diketawakan orang, sanggup jadi penipu asalkan boleh mengampu. Kalau tak mengampu nanti kena buang kerja terpaksa makan nasi lauk kangkung. ReJaM© "Tanya kambeng, kambeng pun tahu British tu penjajah..." |
Panas! Rumah Mat Sabu di Guar Petai diserang! Posted: 16 Sep 2011 05:57 AM PDT SEJAK Mat Sabu terpilih sebagai Timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia, PAS, beliau diserang bertubi-tubi siang dan malam oleh pihak lawan. Macam-macam isu cuba dicipta untuk menjatuhkan Mat Sabu, dari isu komunis, hina pejuang kemerdekaan sampailah isu kononnya Mat Sabu ada skandal seks dengan bini orang. Apa yang menariknya, Mat Sabu dikatakan ada skandal seks dengan bini orang yang bernama Normah, dan kini Normah sudah menjadi isteri Mat Sabu. Agak menghairankan, bagaimana Mat Sabu boleh bermadu dengan suami orang dan Jabatan Agama Islam tidak mengambil tindakan kah kah kah. Maklumat terbaru yang diterima dari sahabat blogger Anak Sungai Derhaka memaklumkan bahawa beliau telah menerima satu sms dari isteri Mat Sabu, Kak Normah. ![]() Gerombolan United Malays No Otak datang menyerang rumah Mat Sabu di Guar Petai macam samseng dengan alasan mahu menghantar memorandum. Malah gerombolan tersebut turut membawa ramai wartawan. Sampai hari ini United Malays No Otak masih terus mahu mempopularkan isu komunis, dengan alasan Mat Sabu menghina pejuang kemerdekaan. Dalam masa yang sama isu penghinaan terhadap Islam oleh Sitt Al-Wuzara terus disenyapkan, rujuk sini [Sitt Al-Wuzara]. ReJaM© "Gerombolan bangang menyusahkan orang..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan