Sabtu, 10 September 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Panas! Sitt Al-Wuzara maki Agong "babi takde hotak"!

Posted: 09 Sep 2011 11:40 PM PDT

MANUSIA celaka Sitt Al-Wuzara terus menjalankan aktiviti hariannya menghina, mencaci, mengeji, dan mencarutkan Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Jingga 13, sebuah NGO yang terdiri daripada sukarelawan, facebooker dan blogger difahamkan akan memohon untuk menghadap Yang Dipertuan Agong berhubung isu Sitt Al-Wuzara memandangkan JAKIM enggan bertindak untuk menangani hal ini [JAKIM].

Kali ini manusia biadap Sitt Al-Wuzara turut memaki hamun ketua agama Islam, Yang Dipertuan Agong sebagai "babi takde hotak" [Twitter]


Sungguh menghairankan, semua pihak berkuasa terus jadi bacul bila Agong dihina dengan gelaran yang melampau. Malah Allah dan Rasul serta Islam dihina, tiada pihak berkuasa yang boleh bertindak.

Pihak berkuasa hanya gah pada nama, hanya gah dengan pangkat dan jawatan. Bila berlaku hal seperti ini, semua senyap macam ayam berak kapur.

ReJaM© "Apa sudah jadi? Kalau tak boleh buat kerja baik letak jawatan..."

Sitt Al-Wuzara gembira JAKIM enggan bertindak ke atasnya

Posted: 09 Sep 2011 12:52 PM PDT

SEBELUM ini Jingga 13 sebuah NGO yang terdiri daripada sukarelawan, facebooker, dan blogger telah menghantar memorandum kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM berhubung isu penghinaan ke atas Islam oleh Sitt Al-Wuzara.

Difahamkan Jingga 13 sebelum itu telah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM. Pihak SKMM telah menerima memorandum tersebut dengan baik.

Malangnya, JAKIM yang diharapkan untuk membawa isu ini ke tengah, telah menolak untuk menerima memorandum tersebut dengan alasan "bukan bidang kuasa mereka", rujuk sini [JAKIM].

Tindakan JAKIM ini benar-benar menggembirakan manusia biadap, Sitt Al-Wuzara. Tinjauan di laman twitternya menunjukkan Sitt Al-Wuzara terus menghina Rasulullah SAW dengan makian yang melampau [Twitter].


Alasan JAKIM mengatakan bahawa mereka tiada kuasa jelas sekali satu alasan yang dangkal. Tindakan menolak memorandum Jingga 13 ini juga satu tindakan yang sangat-sangat mengguris hati jutaan umat Islam di negara ini.

JAKIM mencanangkan di laman sesawang rasmi jabatan itu, kononnya berfungsi sebagai pihak yang "Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam" [Fungsi JAKIM].



Ini membuktikan bahawa JAKIM gagal menjalankan fungsi utamanya. Lantaran itu, difahamkan, Jingga 13 akan membuat permohonan menghadap Yang Dipertuan Agong selaku ketua Agama Islam negara ini bagi menghantar memorandum berhubung isu ini.

ReJaM© "JAKIM patut ditutup, menteri yang diberi kuasa eloklah letak jawatan..."

Cukai prabayar 6%, bahasa pelik diguna sebagai alasan

Posted: 09 Sep 2011 02:00 AM PDT

ISU Mat Sabu dan komunis telah berjaya menghilangkan fokus orang kampung, ayam itik, lembu dan kambeng terhadap kenaikkan 6% harga prabayar (Top up) dan simpack.

Kemarahan rakyat terhadap isu komunis sengaja dicetuskan oleh media-media propaganda supaya mereka hilang akal, dan menjadi tidak waras maka mereka tidak sedar duit di dalam kocek telah dicuri melalui pembayaran cukai 6% ini [Isu komunis].

Perkataan-perkataan pelik pula digunakan untuk memperbodohkan orang-orang kampung, ayam itik, lembu dan kembeng. Ini taktik biasa untuk menipu dan mengelirukan rakyat terutama orang-orang kampung yang kurang berpendidikan [Utusan].



Lihat baik-baik petikan berita di atas.
Langkah itu diambil untuk memastikan perkhidmatan prabayar kekal kompetitif berbanding pascabayar memandangkan kadar prabayar lebih tinggi untuk membuat panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS)

Maksud tersiratnya ialah, perkhidmatan prabayar sudah sedia mahal, maka cukai perlu ditambah lagi agar perkhidmatan prabayar menjadi lebih mahal berbanding pascabayar (telefon pakai bil). Alasan apakah ini? Ini alasan atau melalut?

Sebelum ini perkataan "rasionalisasi subsidi" dijadikan alasan menaikkan harga barang, kali ini perkataan "kompetetif" pula jadi alasan. Apa pun alasan yang diberi, ceritanya tetap sama, rakyat perlu bayar lebih.

Perkara ini memang menjadi tugas media propaganda untuk memperbodoh dan mengelirukan rakyat dengan menggunakan perkataan-perkataan yang rumit, kerana berlumuran darah dan kecederaan ringan membawa maksud dan cerita yang sama.

ReJaM© "Orang kampung pada waktu ini sedang terpekik terlolong memaki hamun Mat Sabu komunis..."

Tiada ulasan: