MiLo SuaM |
- Umno bangga parti itu dipuji Parti Komunis Cina
- Karpal Singh hentam Mat Sabu, Umno pening kepala
- Misteri, Tun Abdul Razak mati kerana bunuh diri?
- Ambulan terbabas seorang ibu meninggal dunia
Umno bangga parti itu dipuji Parti Komunis Cina Posted: 01 Sep 2011 07:05 PM PDT INILAH yang dikatakan muncung berkokok ekor bergelumang tahi. Di dalam kelantangan media-media propaganda United Malays No Otak menghentam Mat Sabu yang didakwa menyokong komunis, dalam diam-diam mereka bangga mendapat pujian dari pemimpin Parti Komunis Cina. Tinjauan ReJaM© di portal rasmi parti itu, Umno Online memaparkan tajuk besar "Umno dikagumi Parti Komunis Cina" [Umno Online]. Portal rasmi Umno itu melaporkan dengan bangganya bahawa sewaktu kunjungan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ke China, beliau mendapat pujian dari para pemimpin Parti Komunis Cina. Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN baru sahaja kembali ke tanah air selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pertukaran dan kerjasama antara UMNO dan CPC di Beijing menurut portal rasmi Umno itu lagi. Rupanya dalam diam-diam, pujian dari pemimpin Parti Komunis China menjadi satu kebanggaan kepada Umno, walaupun mulutnya lantang menentang tapi di hati berbunga-bunga dengan pujian Komunis. Bak kata orang "Lain di mulut lain di hati". Sebelum ini Umno pernah melahirkan rasa bangga melalui timbalan presidennya yang mengatakan "Amerika mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh" rujuk sini [TPM]. Di mulut bantai Amerika, di hati bangga dapat pujian. ReJaM© "Kata benci, tapi siap buat kerjasama dengan komunis apa cerita?" |
Karpal Singh hentam Mat Sabu, Umno pening kepala Posted: 01 Sep 2011 05:24 PM PDT SEJAK semalam heboh di dada-dada akhbar dan media arus perdana termasuk TV3 Al-Musyrikin menyebarkan kenyataan Karpal Singh menghentam Mat Sabu berhubung isu "komunis" Bukit Kepong. Karpal Singh dilihat beriya-iya meminta meminta Mat Sabu menarik balik kenyataannya yang mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan ataupun hero sebenar. Media menggambarkan Mat Sabu sokong komunis. Media-media propaganda United Malays No Otak tersilap langkah kali ini, mereka telah membongkar putar belit yang mereka cipta selama ini. Kata DAP itu komunis? Kalau DAP komunis, sepatutnya Karpal Singh sokong Mat Sabu bukan hentam Mat Sabu kah kah kah. Bila Karpal Singh hentam Mat Sabu, ini tandanya DAP anti Komunis, dan terbukti propaganda DAP komunis adalah tidak benar! Inilah akibatnya bila banyak sangat putar belit. Sebelum ini media propaganda United Malays No Otak cuba mengaitkan perhimpunan aman BERSIH 2.0 dengan komunis juga. Tapi beberapa hari kemudian mereka kaitkan pula dengan Kristian. Komunis itu anti agama, mana boleh join dengan Kristian. Begitu juga dalam hal ini, selama ini sibuk kata DAP Komunis, tapi tiba-tiba DAP anti komunis pula. British juga menyebarkan propaganda kononnya Mat Indera komunis, supaya pegawai Polis British yang menjaga rumah pasong British Bukit Kepong akan diangkat menjadi hero. Sama juga isu Kristian, mereka mahu rakyat fikir DAP mahu sebarkan Kristian, tapi mereka lupa Lim Kit Siang agama Buddha, Karpal Singh pula agama Sikh kah kah kah... ReJaM© "Banyak sangat belit, sendiri pening kepala..." |
Misteri, Tun Abdul Razak mati kerana bunuh diri? Posted: 01 Sep 2011 05:48 AM PDT MISTERI kematian Tun Abdul Razak, cerita ni gua ambik dari blog Aduka Taruna. Maklumat dari blog Aduka Taruna menulis bahawa Bapa Najib Tun Razak meninggal kerana membunuh diri di London [Aduka Taruna]. Gua tak tahu cerita ni betul atau tidak, pada waktu itu (tahun 70 an) gua belum lahir lagi, malah ibu dan ayah gua pun belum berkahwin. Dalam hal ini gua berpendapat Aduka Taruna menulis berdasarkan maklumat apa yang dia dengar dari orang Umno sendiri. Hasil temubual gua dengan seseorang yang lahir pada tahun 1949 sebentar tadi, beliau menceritakan bahawa beliau juga pernah mendengar cerita ini. Cerita ini memang heboh satu ketika dulu. Gua dimaklumkan bahawa sebelum Tun Razak meninggal, beliau ada pergi ke China, atas tujuan apa gua tak dimaklumkan. Sumber gua memberitahu bahawa Tun Razak telah dihalau oleh ramai pelajar Malaysia di China yang memakai topeng. Selepas peristiwa itu negara digemparkan dengan kematian Tun Abdul Razak di London. Persoalan yang hangat ditimbulkan pada waktu itu, mengapa Tun Razak pergi ke London seorang diri? Mengapakah isterinya ditinggalkan? Kemudian barulah timbul cerita kononnya Tun Razak meninggal kerana membunuh diri. Dan khabar angin ini heboh menjadi buah mulut rakyat pada waktu itu. Sejauh mana kebenaran cerita ini gua tak dapat nak pastikan. Gua anggap ini sekadar khabar angin yang perlu diselidiki kesahihannya. Maka gua memilih untuk tidak percaya sehingga gua berjaya mendapatkan bukti kukuh beberapa hari lagi. RentaP© "Amaran ini bukan berita sahih, tetapi khabar angin..." |
Ambulan terbabas seorang ibu meninggal dunia Posted: 01 Sep 2011 03:36 AM PDT MALANG tak berbau, seorang ibu yang mengiringi anaknya ke hospital kerana terkena renjatan elektrik, maut apabila ambulan yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas jalanraya (terbabas) di sebuah selekoh. Ambulan tersebut dalam perjalanan membawa anak mangsa dari Felda Jelai ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah. Kejadian dipercayai berlaku pada sekitar jam 7:30 hingga 8:30 malam semalam. Mangsa yang maut akibat kecederaan parah dikenali sebagai Norizah Bujang. Manakala anaknya, Moriem Tam Suhana Ahmad kini kritikal. Kejadian turut menyebabkan seorang pembantu perubatan cedera di kepala. Pemandu ambulan berkenaan bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan. Di bawah ini gambar ambulan tersebut yang dikirim oleh salah seorang pembaca MiLo SuaM. Pengirim gambar ini memaklumkan bahawa beliau mengambil gambar ini di Balai Polis Bukit Rokan. Pengirim kebetulan singgah di Balai Polis Bukit Rokan atas urusan yang tidak dinyatakan. ReJaM© "Dalam kita bergembira di Hari Raya, ada insan lain ditimpa musibah ..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan