Sabtu, 24 September 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Najib Naik Bas Untuk Rasa Kesusahan Rakyat?

Posted: 24 Sep 2011 08:26 AM PDT

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/309778_284941411518740_100000086506684_1279403_976968978_n.jpg

tolong der

budak-budak muda bukan bodoh macam puak umno lu tu

hari-hari ken kencing dengan najib dan rosmah

Najib, Agama Islam, Hudud Dan Alasan Bangang!

Posted: 24 Sep 2011 05:30 AM PDT

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/291914_264354093597717_197667700266357_844737_1043667619_n.jpg

Kenyataan Seorang Perdana Menteri Melayu Yang Beragama Islam Mengenai Undang-Undang Hudud.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu,"

Kerabu Bersuara: Semasa Nabi melaksanakan undang-undang Islam di Madinah, hanya ada 17% umat Islam. Majoriti penduduk kaum Badwi dan yahudi. Lagi tak seimbang. Tetapi apabila kuasa di tangan umat islam, maka pelaksanaan harus dimulakan. Tak payah dolak dalik.

"Dan janganlah kamu menukar ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Surah Al Ma'idah : 44)

Kami Tidak Pelik, Kaki Konsert Tidak Terima Hukum Allah

Posted: 24 Sep 2011 03:48 AM PDT

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/314372_10150297177270952_157851205951_8344892_2136196313_n.jpg
http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/316943_10150297176760952_157851205951_8344881_479925805_n.jpg
http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/302985_10150297177330952_157851205951_8344894_1596695265_n.jpg
http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/302090_10150297177205952_157851205951_8344891_1605274939_n.jpg


"Dan janganlah kamu menukar ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Surah Al Ma'idah : 44)

Mengucap Najib

Posted: 24 Sep 2011 03:37 AM PDT

PM: Hudud tidak akan dilaksanakan di M'sia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.

Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.

Perdana menteri juga menyifatkan langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat.

Beliau berkata taktik ini dilakukan selepas parti itu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara ini ekoran kenyataan timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu yang mempertikaikan peranan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong dan menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang tanah air.

"Saya nampak ini taktikal, sebab parti PAS sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran daripada kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu. Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan orang Melayu.

"Mereka sedar bahawa sokongan kepada mereka dah merosot dengan begitu ketara, jadi mereka cuba timbulkan isu hudud ini dengan harapan bahawa isu Mohamad Sabu itu akan tenggelam dan cuba muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu," katanya.

Najib berkata isu hudud ini turut memperlihatkan kemelut persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup lagi dan beliau yakin rakyat bijak menilai kelemahan mereka.

"Dalam soal undang-undang hudud ini, telah timbul satu keadaan di mana perbezaan ideologi mereka sudah tidak boleh ditutup lagi, tidak boleh diselindung di hadapan mata rakyat.

"Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat, kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan daripada segi prinsip dan ideologi.

"Walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat, tetapi lambat laun ia akan timbul bukan sahaja daripada segi hudud tetapi juga pembahagian jawatan dalam "Kabinet Bayangan" mereka. Mereka belum berani merangka Kabinet mereka," katanya.

Di majlis itu, Najib yang ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sempat meluangkan masa memancing udang galah di sebuah kolam bersama-sama masyarakat sekitar Tanjung Tualang yang terkenal sebagai Pekan Udang Galah.

- Bernama

Musim Pemimpin Umno 'Kencing' Rakyat Sudah Tiba. Rakyat Sudah Cerdik!

Posted: 24 Sep 2011 01:30 AM PDT

PM, isteri nak bas dalam program lawatan ke Perak

Buat pertama kalinya dalam siri menjelajah ke seluruh negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongan dibawa menaiki bas menelusuri jalan raya di Perak menuju ke destinasi yang telah diatur dalam lawatan kerjanya itu.

"Dulu naik kereta kali ini kita naik bas jumpa rakyat, mesejnya nak rasa bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dan rakyat.

"Tak boleh pisah antara satu sama lain dan ini akan bawa pemimpin dekat dengan rakyat," katanya pada acara pertama lawatannya iaitu jamuan Aidilfitri bersama Perdana Menteri di Taman Soon Choon di Ipoh.

Lawatan itu melibatkan perjalanan dari Ipoh sehingga ke Sungai Siput sejauh kira-kira 50 km di mana perdana menteri mendekati serta bermesra dengan rakyat berbilang kaum termasuk kaum Orang Asli di Lasah, Sungai Siput.

Berucap di jamuan Aidilfitri itu, Najib mahu semua pemimpin BN menjelajah ke setiap pelusuk tanah air bagi mencari serta meraih sokongan baru terhadap BN sungguhpun parti telahpun mempunyai penyokong tegarnya sendiri.

"Kita tidak boleh beri perhatian kepada penyokong tegar kita sahaja," katanya sambil menambah sokongan terhadap parti tidak harus hanya di kalangan penyokong tegar seperti di dalam dewan (majlis) ini sahaja.

"Kita harus turun ke setiap ceruk pelosok negara dan setiap penjuru.. untuk meraih sokongan daripada mereka yang bakal menjadi penyokong kita," katanya di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

Najib yang juga pengerusi BN berkata pendekatan itu sejajar dengan Model Baru Ekonomi yang antara prinsip utamanya ialah konsep keterangkuman atau inklusif dan keadilan sosial.

Katanya, melalui konsep inklusif itu, kerajaan tidak mahu ada masyarakat yang rasa terkeluar atau terpinggir mana kala keadilan sosial itu bermakna kerajaan mahu memastikan semua golongan yang miskin dan kurang berkemampuan diberi bantuan.

"Ini barulah kerajaan yang dahulukan rakyat," katanya berucap pada majlis yang dihadiri oleh kira-kira 5,000 tetamu terdiri daripada rakyat pelbagai kaum.

Najib berkata pendekatan turun padang dan tinjauan mesra yang beliau lakukan selama ini bertujuan untuk mendapat tahu masalah rakyat serta mencari jalan penyelesaiannya.

Mengenai sambutan yang diberikan penduduk, Najib berkata beliau terharu dengan sambutan yang diberikan dan diharap ia satu mesej jelas dari masyarakat bahawa majoriti rakyat menyokong BN.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tetamu yang menghadiri majlis itu bertuah kerana perdana menteri telah membawa bersamanya "Murtabak Pekan" iaitu murtabak yang terkenal di Pekan, Pahang untuk dinkmati bersama.

Turut hadir pada majlis itu ialah ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman yang juga exco kanan kerajaan negeri.

- Bernama

Terkini! Najib Tetap Pendirian Tolak Hudud!

Posted: 24 Sep 2011 12:53 AM PDT

Tiada 'lampu hijau' laksana hudud, tegas Najib

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1994.

Ketika bercakap kepada pemberita sempena lawatan kerja ke Tanjung Tualang di Perak hari ini, Perdana Menteri berkata, undang-undang Islam itu tidak sesuai untuk dilaksanakan sebab kerajaan perlu realistik dengan situasi negara ini.

Ketelusan penentu nasib BN — Zulkiflee Bakar

Posted: 23 Sep 2011 08:37 PM PDT

Ketika berucap pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pemimpin dan ahli-ahli parti itu supaya tidak melaksanakan "program syok sendiri" dan tidak memberikan laporan yang tidak tepat berhubung situasi politik di kawasan mereka.

Peringatan Najib yang juga Pengerusi BN itu tepat pada masanya kerana sebarang amalan politik kepura-puraan semata-mata untuk menyedapkan hati "bos" sudah berakhir.

Pemimpin-pemimpin BN terutamanya di negeri-negeri yang ditawan oleh pembangkang seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan perlulah telus dalam berpolitik.

Mereka tidak boleh lagi mahu menggambarkan seolah-olah di bahagian atau negeri mereka baik-baik belaka dan seolah-olah kalau pilihan raya diadakan esok BN akan menang dengan cemerlang.

"Penyakit" kepura-puraan dan syok sendiri inilah yang membawa bencana kepada BN dalam Pilihan Raya Umum 2008. BN masih bernasib baik kerana Tuhan masih memberi peluang kepada parti itu memerintah Malaysia biar pun tanpa majoriti dua pertiga di Parlimen dan kehilangan empat negeri termasuk di Perak selama 11 bulan.

Tetapi pengajaran yang boleh dipelajari daripada situasi tersebut ialah pemimpin BN di semua peringkat terutamanya Umno perlu jujur, telus dan ikhlas untuk melihat parti mencapai kejayaan.

Apa yang paling penting ialah kejayaan parti dan bukannya individu. Justeru sikap hipokrit dalam berpolitik dengan menggambarkan segala-galanya baik belaka dan rakyat sudah kembali kepada BN perlu dihapuskan. Kita tidak menafikan sokongan kepada BN kini semakin pulih tetapi ia belum mencapai sasaran yang diinginkan.

Sama ada pemimpin BN dan Umno hendak mengakui atau tidak, selama ini parti itu sukar menawan atau mempertahankan sesuatu kawasan bukan kerana pembangkang kuat tetapi kerana kesilapan strategi dalam menghadapi pilihan raya. Ini termasuklah sikap hipokrit dengan mengatakan sesuatu bahagian itu tidak ada masalah dengan ungkapan "kami bersatu padu dan bersedia menghadapi pilihan raya bila-bila masa".

Hakikat di sesetengah bahagian — pemimpinnya di hadapan bersalaman, di belakang bertikaman sesama sendiri. Turut perlu difahami situasi politik sekarang bukan macam dahulu apabila jumlah sokongan diukur berasaskan kepada kehadiran pada majlis-majlis diadakan. Sekarang situasi beza, yang ada hadir belum tentu menyokong dan yang tidak datang bukannya tidak mengundi BN.

Mungkin bagi sesetengah ahli politik mereka berbangga apabila majlis-majlis anjuran mereka mendapat sambutan ramai, ribuan yang hadir tetapi apakah jumlah kehadiran itu akan mencerminkan keputusan pilihan raya nanti. Sudah pasti tidak!

Atas sebab itulah, ketelusan, kejujuran dan keikhlasan dalam membuat bacaan politik seperti mana kata Najib amat penting. Pemimpin-pemimpin BN dan Umno tidak boleh lagi mengamalkan politik berpura-pura dan merasakan semuanya "OK" belaka sedangkan sejarah sudah membuktikan "yang OK itu, akhirnya KO."

Dalam soal ini sekali lagi, keikhlasan amat dituntut daripada ketua-ketua bahagian dan pengerusi perhubungan parti di setiap negeri agar mereka tidak berselindung dalam membuat laporan kepada pihak atasan. Jika sesuatu bahagian atau negeri itu ada masalah, mereka perlu berterus-terang dan bukannya menyatakan segala-galanya elok belaka.

Selain itu, salah satu perkara yang berkaitan dengan ketelusan juga ialah kejujuran untuk menyatakan kepada pucuk pimpinan parti berhubung masalah dalaman. Pemimpin-pemimpin di semua peringkat tidak boleh bersikap hipokrit dengan menyembunyikan masalah dalaman kerana ia ibarat membiarkan api terus membawa di dalam serkam.

Faktor kelemahan dalaman inilah sebenarnya turut menjadi salah satu punca kekalahan BN di Selangor, Kedah, Perak dan Kelantan dalam pilihan raya umum lalu.

Segala-galanya berlaku kerana banyak ketua-ketua bahagian khususnya Umno berbalah sesama sendiri sehingga jentera pilihan raya parti tidak mampu bergerak dengan lancar. Akibatnya apabila pilihan raya berlangsung, maka BN tewas dan selepas itu barulah hendak menyesal tiga hari tiga malam.

Justeru dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang politik kepura-puraan, sikap hipokrit dan menyembunyikan fakta sebenar harus disingkirkan daripada sanubari semua pemimpin-pemimpin BN.

Jika benar pemimpin-pemimpin BN dan Umno di peringkat bahagian dan negeri tidak mahu dimalu dan dipersendakan oleh pembangkang, maka mereka perlu bertekad untuk memberi laporan yang tepat kepada pucuk pimpinan parti.

Ia kerana jika mereka masih lagi belum mahu insaf dengan apa yang berlaku ketika pilihan raya umum lalu, maka tidak mustahil BN dan Umno akan tewas lebih teruk lagi. Sebab itulah pemimpin-pemimpin BN perlu memandang serius peringatan Najib dan Muhyiddin. Jangan biarkan pembangkang yang tidak kuat menjadi bertenaga hanya disebabkan kelemahan dalaman BN sendiri.

Jika pemimpin-pemimpin BN mendengar nasihat Najib dan mematuhi panduan Muhyiddin sudah pasti BN akan mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya umum akan datang.

Apa yang penting jangan biarkan ketidaktelusan dalam memberikan laporan kepada pucuk pimpinan parti menyebabkan rakyat merasa muak dan kesempatan itu diambil oleh pembangkang untuk meraih kemenangan. — Utusan Malaysia

Tiada ulasan: