Sabtu, 24 September 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


RM57 Juta Lebur untuk FBC Media, RM1.5 Juta Iklan untuk Rosmah di Akhbar AS, Duit Siapa yang Lebur???

Posted: 24 Sep 2011 10:22 AM PDT

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Pakar perunding perhubungan awam mendakwa tindakan perdana menteri menggunakan FBC Media untuk menggilap imej Malaysia di luar negara, sebagai satu penipuan yang jelas dan pembaziran dana awam.

Simon Anholt, yang mempelopori asas penjenamaan negara sebagai satu kaedah mengukur, membina dan mengurus reputasi sebuah negara, berkata, meskipun perhubungan awam amat diperlukan dalam sektor swasta, ia amat dicurigai apabila sesebuah negara juga boleh menaikkan imejnya menggunakan cara sama.

"Adalah bukti yang cukup banyak di sekeliling kita yang menunjukkan ia merupakan pembaziran wang pembayar cukai," katanya kepada Radio BFM dalam satu temubual pagi semalam.

"Pertama sekali, negara-negara yang cenderung untuk menghabiskan banyak wang untuk kempen perhubungan awam bagi membaiki imej mereka cenderung bersikap seperti negara-negara penyangak.

"Jika anda melihat negara-negara yang telah membelanjakan paling banyak wang pada kempen perhubungan awam, mereka adalah tempat yang paling tidak disukai dan ia tidak boleh membaiki imej mereka langsung," kata beliau.

Pada pertengahan Ogos lalu, siasatan akhbar United Kingdom, The Independent mengesahkan kerajaan Malaysia memperuntukkan RM57 juta kepada FBC Media (UK) untuk "Kempen Strategi Komunikasi Global" pada 2008 dan 2009.

Satu rencana ditulis Ian Burrel dan Martin Hickman pada 17 Ogos lalu, mengupas isu penggantungan syarikat produksi berkenaan yang memperoleh keuntungan jutaan ringgit daripada kerajaan Malaysia bagi menghasikan dokumentari untuk tujuan penyiaran kepada British Broadcasting Corporation (BBC).

BBC telah menggantung semua program FBC, syarikat produksi berpusat di London itu, yang sejak 2009 telah menghasilkan sekurang-kurangnya 4 dokumentari untuk BBC yang berkaitan Malaysia.

Ia termasuk isu-isu kontroversi seperti industri minyak sawit dan pemuliharaan hutan serta isu orang asli.

Sebelum ini, KEADILAN mempersoalkan tindakan kerajaan membelanjakan sebanyak RM1.5 juta untuk menempah iklan yang memaparkan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah mansor dalam sebuah akhbar Amerika Syarikat, New York Times.

Iklan itu disahkan sendiri oleh Pengarah Eksekutif New York Times Dianne McNulty ditempah oleh sebuah agensi pengiklanan bagi pihak kerajaan Malaysia.

KEADILAN mempersoal bagaimana wang yang didakwa berjumlah sebanyak itu diperolehi untuk membiayai pengiklanan dua mukasurat penuh dalam akhbar itu, semata-mata bagi meningkatkan imej Rosmah.

Iklan tersebut memaparkan ucapan tahniah kepada Rosmah yang digelar "Wanita Pertama Malaysia"- yang dirampas dari gelaran Permaisuri Agong- sempena Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

“Filem Bukit Kepung patut diharamkan.” - Abdullah C.D.

Posted: 24 Sep 2011 08:49 AM PDT


Saya petik:
[Kini dan Silam] Kampung Perdamaian Sukhirin, 23 September 2011 – "Filem Bukit Kepung patut diharamkan", demikian kata Abdullah C.D., Pengasas Rejimen Ke-10.
Pandangan ini dibuat ketika beliau menjawab soalan mengenai laporan akhbar Utusan Melayu menuduh Mat Indera sebagai "pengganas".
 
Mat Indera terlibat dalam satu serangan hendap ke atas Balai Polis Bukit Kepung dalam tahun 1950.
 
Ditanya tentang Mat Sabu yang mencetuskan kontroversi bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan, Pak Abdullah berkata, "Mat Sabu berkata benar. Dia tau sejarah dan dia berani membongkarnya.
 
"Mat Indra melawan British. Dia benci penjajah, mana boleh jadi pengganas?"
 
Seterusnya pejuang kemerdekaan ini menceritakan tentang riwayat Mat Indera sebagai guru agama dan ketua kesatuan buruh.
 
"Dia aktif dalam gerakan buruh dan dalam PKMM. Setelah darurat, dia pimpin pasukan Rejimen Ke-10 bahagian Johor."
 
Menyebut tentang Dr. Burhanuddin Al-Helmy pula, beliau telah menyingkap satu lipatan dalam sejarah yang tidak pernah terdapat dalam mana-mana buku teks.
 
"Setelah penjajah British menolak perlembagaan rakyat dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu, saya, Doktor dan Boestamam telah adakan pertemuan sulit di Kuala Lumpur. Kami bincang tentang soal perjuangan kemerdekaan ketika itu. Keputusannya, saya dan Boestamam akan ambil jalan bersenjata, dan Doktor bergerak di luar" .


Pak Abdullah pernah menjadi Setiausaha KMM Cawangan Lambor. Setelah KMM diharamkan Jepun, beliau menyertai PKM dan memimpin pasukan lasykar rakyat di kawasan Lambor dan sekitar Sungai Perak.
 
Apabila PKMM didirikan pada tahun 1945, beliau terpilih sebagai anggota Jawatankuasa Pusat. Dalam masa sama, beliau memimpin Jabatan Kerja Melayu. Hingga dalam usianya yang sudah lanjut, Abdullah C.D. terus bermustautin bersama-sama dengan rakan seperjuangannya di Kampung Perdamaian Sukhirin di Selatan Thailand.

 

Isu Hudud: Penjelasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Terengganu

Posted: 24 Sep 2011 08:43 AM PDT


Saya petik:
Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia.

Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama.

Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang.

Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato' Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya. Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan.

Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua.

Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut.

Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran. Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. 
Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua.

Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga:

"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153."

Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius. Mantan perdana menteri, Dr Mahathir menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif.

Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat. Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat.


ANWAR IBRAHIM

[Berita Sedih] Najib dan UMCO Secara RASMINYA TOLAK/HINA Hudud, TETAPI Pemimpin Kristian Alu-alukan Hudud

Posted: 24 Sep 2011 03:20 AM PDT


Persoalan yang dibangkitkan oleh TG Nik Aziz sebelum ini telah dijawab oleh Najib. Jika sebelum ini TG menegaskan bahawa kegagalannya melaksanakan hudud sewaktu ketika dahulu kerana "ugutan" Tun M selaku PM kini Najib selaku PM menolak pelaksanaan hudud di negara ini khasnya di Kelantan. TG Nik Aziz berkata "Akhirat kelak kalau ALLAH tanya kenapa tidak laksana hudud saya kata tanya Tun Dr Mahathir."

Dalam kiriman sebelum ini, saya tulis, "Najib kena beringat jika dia enggan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud, maka dia juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak." Maka jelaslah Najib dan penyokong UMCO akan sama-sama menjawab di depan Allah nanti apabila dia menegaskan tidak akan melaksanakan hudud di Malaysia. Penolakan Najib bukanlah sesuatu yang pelik kerana hipokrisi UMCO dalam memperjuangkan Islam dan Melayu memang sudah jelas sejak dahulu lagi. Cuma, kita rasa simpati terhadap orang Islam yang menaruh harapan yang tinggi bahawa parti Melayu ini akan berubah dan impian mereka itu bolehlah kita katakan sampai kucing bertanduk pun" tidak akan berlaku.

Najib seperti yang dilaporkan oleh Mstar menegaskan tidak akan melaksanakan hudud atas alasan yang sama dibangkitkan oleh bukan Islam dan orang Islam yang jahil tentang perundangan tersebut. Alasan ketidakseimbangan masyarakat dibangkitkan untuk menolaknya mentah-mentah. Jangan terkejut jika esok atau lusa beberapa ulama UMCO akan mengeluarkan kenyataan berbelit-belit untuk menyokong bos mereka ini. Ada yang sanggup mengeluarkan ayat al-Quran dan hadis untuk menyokongnya, walaupun mereka tahu kewajiban orang Islam menegakkan hukum ALLAH.

Kenyataan Najib itu boleh anda baca di bawah ini:
Hudud Tidak Akan Dilaksanakan Di Malaysia – Najib

[Mstar] KAMPAR: Kerajaan Persekutuan tidak akan melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata walaupun hukum tersebut adalah undang-undang Tuhan namun pelaksanaannya perlu berasaskan kepada realiti.

Menurutnya, keseimbangan masyarakat yang terdapat di negara ini tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuat kuasakan.

"Jika kita bertanya kepada golongan ulama, undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan sekiranya kita tidak mengambilkira keadaan persekitaran dan realiti.

"Tambahan pula, matlamat pengurusan menurut Islam adalah berdasarkan prinsip maqasid syariah yang melindungi agama, kehidupan, moral, harta dan hubungan sesama manusia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Tanjung Tualang 1Malaysia di sini, Sabtu.

Perdana Menteri berkata, mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, prinsip dan objektif syariah maqasid boleh diperjuangkan.

Ditanya sama ada undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Mohd Najib berkata elemen hudud sudah dipraktikkan dalam sistem sedia ada namun 'bahagian yang keterlaluan ditolak ke tepi'.

"Ini tidak bermakna tiada langsung undang-undang Islam dilaksanakan di Malaysia," katanya.

Sudahlah menolak hudud, Najib berdasarkan berita di atas dilihat MENGHINA HUDUD apabila berita itu mengatakan "Mohd Najib berkata elemen hudud sudah dipraktikkan dalam sistem sedia ada namun 'bahagian yang keterlaluan ditolak ke tepi'".  Apakah bahagian keterlaluan itu? Najib menganggap hukuman potong tangan, sebat, dan rejam itu keterlaluan? Adakah Najib dan UMCO menganggap hukuman yang ditetapkan oleh Allah itu keterlaluan? 


Sebelum ini, MCA dan GERAKAN mengugut UMCO bahawa kedua-dua parti itu akan bertindak keluar daripada BN jika UMCO menyokong pelaksanaannya. Pada poin ini, adakah "iman" UMCO sebegitu rendah sehingga takut pada ugutan dua buah parti yang majoriti ahlinya orang Cina dan bukan Islam? Bahkan MCA ialah parti yang tegar menolak hudud. Sesetengah pemimpin DAP juga melenting termasuklah Karpal Singh yang masih jahil tentang hudud.

Kita berasa pelik, mengapa orang bukan Islam melenting/takut/gentar sedangkan hudud bukan untuk mereka. Paling penting, tiada sesiapa yang akan dihukum jika TIDAK BUAT salah.

Di balik penentangan oleh golongan Islam jahil dan sekular, orang bukan Islam yang jahil dan kuat menyibuk urusan agama orang lain, kita terkejut dengan saranan dan pengakuan pemimpin Kristian yang mengalu-alukan pelaksanaan hudud di Kelantan.




 P/s: Perbuatan menolak hudud itu samalah seperti menolak Allah. Adakah kita mahu menolak Allah semata-mata untuk kepentingan golongan yang gemar melakukan maksiat dan merompak harta dan duit rakyat?

Anda mahu mengundi UMCO dan BN? Silakan, kongsi syer di akhirat nanti!


Ingat kata-kata di bawah ini?



Najib Bakal Umum Kenaikan GAJI dan BONUS Kakitangan Awam dalam Bajet 2012

Posted: 23 Sep 2011 08:15 PM PDT


Saya petik:
Berita baik dijangka diumum PM dalam Bajet 2012

[BH] KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.

Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.

Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.

Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.
Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.

Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.

Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.

Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.

Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.


P/s: PRU, PRU, PRU. Mudah sangat mengagak sifirnya!

Walau bagaimanapun, DCM mengucapkan tahniah kepada penjawat awam. Kepada rakan-rakan yang bekerja dengan KAPITALIS swasta yang hanya mementing poket sendiri, saya ucapkan takziah. Namun, itu bukan penghujungnya!

Situasi yang menakutkan baik kepada penjawat awam atau pekerja swasta ialah sikap LAHANAT  peniaga mengambil peluang menaikkan harga barang sesuka hati walaupun setiap hari mendengar amaran demi amaran yang langsung tidak digentari sesiapa daripada menteri yang berkenaan agar peniaga tidak menaikkan harga barang dan keperluan.





Isteri Hari-hari Mau, Seks Ganas, Curang

Posted: 23 Sep 2011 06:42 PM PDT


Saya petik:

BUKTI...Datuk berkenaan menunjukkan surat akuan sah perkahwinan dengan wanita terbabit.
BUKTI...Datuk berkenaan menunjukkan surat akuan sah perkahwinan dengan wanita terbabit.
[HM] KUALA LUMPUR: Biarpun sudah dua kali bercerai, seorang pelakon tambahan yang juga model iklan tetap mengganggu kehidupan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan dengan memberi alasan kemaruk seks sehingga sanggup bernikah secara 'Cina buta' selepas diceraikan talak tiga, semata-mata bagi memuaskan nafsunya.

Namun, walaupun berjanji akan berubah selepas 'merujuk' semula dengan suaminya, dia masih meneruskan aktiviti songsang bersama beberapa lelaki lain sebelum dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), minggu lalu.

Suaminya yang bergelar Datuk, 40-an, berkata selain kemaruk seks, isteri keduanya yang berusia 30-an, menggunakan kecantikannya untuk memerangkap lelaki bagi mendapatkan kesenangan hidup selepas melayani mereka hingga ke bilik tidur.

Bagi memerangkap mangsa, isterinya yang mendakwa ejen sebuah bank menawarkan bantuan kepada lelaki yang disasarkan untuk mendapatkan pinjaman peribadi atau perniagaan asalkan mereka sanggup melayan nafsu liarnya.

Katanya, dia diperkenalkan kepada isterinya yang ketika itu pelakon tambahan dan kakitangan sebuah syarikat produksi filem pada 2008 oleh kenalan dan berkahwin di Thailand, dua bulan kemudian...


P/s: Nafsu KUDA!!!!


Tiada ulasan: