Kerabu Bersuara ® |
- Sidang Media YB Dato Husam Musa dan Exco Kelantan - 21 september 2011
- Macam Mana Polis Dah Tahu Video Seks 16 Minit?
- Nazak Benar Umno Selangor! Sampai Panggil Geng Untuk Berkubu!
- Jahilnya Mahathir Apabila Bercakap Soal Islam Dan Hudud
- Seri Perdana milik UMNO-BN sahaja?
- Kenapa Perlu Berundur? Adakah Najib Pondan?
- Sepatutnya Bukan Mat Sabu Sorang Yang Kena Dakwa! Buku Ini Juga Patut Masuk Mahkamah
- Apakah kelebihan kepada BN sekiranya Anwar dipenjarakan?
- Gambar Sekitan Lawatan Diraja YDP Agong Dan Raja Permaisuri Ke Selangor
- Jalur Gemilang: Manoharan minta maaf, UMNO-BN masih menggila
- MB Perak sapu tanah, tak yakin BN akan kembali berkuasa
- Hayati etika kewartawanan Islami sampaikan berita benar, adil
- Mat Sabu Tidak Mengaku Salah
- Tahniah Zizan Dari Pemuda PAS
- Soalan Tambahan Buat Dato Adzib
- Bersediakah Umno berdebat isu ‘negara naungan’?
- Permainan politik Mahathir-Najib
- Hey orang politik ! Berpolitik biar cerdik
Sidang Media YB Dato Husam Musa dan Exco Kelantan - 21 september 2011 Posted: 21 Sep 2011 04:00 PM PDT |
Macam Mana Polis Dah Tahu Video Seks 16 Minit? Posted: 21 Sep 2011 03:11 PM PDT KUALA LUMPUR: Pihak polis akan membuka kertas siasatan baru berhubung klip video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana telah dimuatnaik pada Selasa di beberapa laman blog termasuk papagomo.com. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagaimanapun berkata, ia hanya akan dibuat sekiranya terdapat laporan polis mengenai perkara itu. "Kita perlu meneliti rakaman itu sebelum membuat siasatan baru. "Prosedur siasatan yang sama akan dilakukan seperti kes (video seks dikaitkan dengan Anwar) sebelum ini bagi proses pendakwaan," katanya pada sidang media selepas Majlis Ulang Tahun Facebook PDRM dan Pelancaran Twitter PDRM di sini, Rabu. Beberapa laman blog termasuk papagomo.com pada Selasa menyiarkan klip video berdurasi 16 minit 16 saat yang memaparkan adegan seks seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar bersama wanita Cina. Klip video tersebut dengan jelas menunjukkan aksi seks kedua-dua individu terbabit tanpa sebarang tapisan.mStar |
Nazak Benar Umno Selangor! Sampai Panggil Geng Untuk Berkubu! Posted: 21 Sep 2011 07:00 AM PDT PAS: Permukiman ADUN BN 'tindakan terdesak' Abdul Rahim Sabri PAS Selangor menyifatkan permukiman wakil rakyat BN di Selangor yang bermula hari ini sebagai satu tindakan "saat-saat akhir dan terdesak" untuk merampas negeri itu dari Pakatan Rakyat. "Kita nampak ia sebagai usaha 'last minute' dan terdesak. Kita tidak boleh menghalang (mereka). Kita nak beritahu, rakyat sudah matang, yang banyak maklumat dan (mereka boleh) menilai," kata pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman. "Rakyat boleh menilai selepas tiga tahun, ADUN kita turun padang (atau tidak)... Ini usaha terdesak untuk mendapatkan undi rakyat," katanya. Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Dr Abdul Rani (kiri) berkata usaha itu juga membuktikan pilihan raya umum ke-13 'semakin dekat'. Dr Abdul Rani mengulas kira-kira 240 wakil rakyat BN di seluruh negara 'berkubu' di Kuala Selangor dalam permukiman mereka di 891 peti undi dalam rangka merampas kembali negeri itu dari Pakatan. Permukiman yang disertai ADUN dan ahli kelab penyokong BN itu, akan berlangsung selama tiga hari hingga Jumaat ini, dalam usaha memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Mereka dijangka menyusun jentera, berjumpa dan membantu peti undi tersebut termasuk mengadakan perjumpaan dengan pemimpin BN di peringkat bahagian, (dan) menyusun rancangan di peti undi itu sebelum menghantar laporan kepada BN negeri selepas itu. Mengulas lanjut, Dr Abdul Rani yang juga ADUN Meru yakin tindakan BN itu "langsung tidak menggugat" sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. "Saya diberitahu timbalan perdana menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan turun. Kita akan naikkan kain rentang mengalu-alukan kedatangan beliau," kata Dr Abdul Rani. Berdasarkan jadual, ia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam esok dan ditutup oleh Muhyiddin di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru petang Jumaat ini. |
Jahilnya Mahathir Apabila Bercakap Soal Islam Dan Hudud Posted: 21 Sep 2011 06:17 AM PDT Saya bukan lagi PM, laksanalah hudud sekarang - Dr. M TANJUNG MALIM 21Sept. — Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar, Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya. "Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud," katanya ketika diminta mengulas hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negeri itu. Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za"ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini. Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, dilaporkan pernah berkata individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Dr. Mahathir dan bukan pengerusi DAP Karpal Singh. Dr. Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008. — Bernama |
Seri Perdana milik UMNO-BN sahaja? Posted: 21 Sep 2011 04:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 21 SEPT – Tidak sampai 48 jam pengumuman Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan Malaysia sebagai 'negara demokrasi terbaik di dunia', beliau sendiri telah menelan semula kata-katanya dengan menolak amalan demokrasi. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata bahawa buktinya adalah apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa kediaman rasminya Seri Perdana dan Putrajaya adalah hak milik UMNO-Barisan Nasional. Menurut Kit Siang, apa yang dikatakan Najib tentang Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik dunia ibarat tin kosong yang kuat bunyinya dan tidak langsung mencerminkan ciri-ciri demokrasi. "Beliau tidak boleh berlaku zalim dan tidak demokratik. Seri Perdana dan Putrajaya bukan milik UMNO-BN, tetapi adalah hak milik rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Dalam laporan agensi berita Bernama semalam, Najib dalam satu majlis dengan pesatuan bekas anggota Kemas di Seri Perdana telah dipetik sebagai berkata: "Ini bukan rumah saya…ini rumah Perdana Menteri UMNO dan BN. Kita mesti pertahankan Putrajaya kerana untung nasib kita dan anak cucu bergantung kepada UMNO dan BN…pihak yang lain (pembangkang) tidak boleh harap". Justeru, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak lupa tentang kenyataan Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO 2010 di mana Presiden UMNO itu telah meminta ahli-ahli parti mempertahankan Putrajaya. Dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata: " Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan." Begitu juga ucapannya meminta belia Malaysia mempertahankan Putrajaya daripada ditawan Pakatan Rakyat di di Himpunan Sejuta Belia yang dihadiri kira-kira 10,000 orang pada Mei lalu. Dengan itu, Kit Siang berkata, jika Najib benar-benar serius untuk menjadikan Malaysia negara demokrasi yang terbaik di dunia, beliau perlu: * Menarik balik kata-kata 'walau berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dari nyawa,' dalam Perhimpunan Agung UMNO 2010; dan * Mengumumkan secara tegas dan terbuka bahawa Najib, UMNO dan BN akan menerima keputusan rakyat, termasuk menerima perubahan kerajaan di Putrajaya, dalam pilihan raya umum akan datang. Menurutnya, jika Najib gagal menerima keputusan rakyat dan masih berhajat untuk menetap di Putrajaya selama-lamanya, beliau akan menerima kesan buruk daripada rakyat dalam pilihan raya akan datang. "Jikalau Najib tidak bersedia menerima dengan hati yang terbuka keputusan pilihan raya, keikhlasan dan kredibiliti seperti yang dikatakannya, terbuktilah Najib hanya pandai cakap kosong," katanya. – Roketkini.com |
Kenapa Perlu Berundur? Adakah Najib Pondan? Posted: 21 Sep 2011 03:45 AM PDT Kes liwat: Najib pilih untuk undur sebelum bertempur, kata Anwar Oleh Debra Chong KUALA LUMPUR, 21 Sept — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau "kurang senang" dengan pendirian terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang enggan menjadi saksi perbicaraan kes liwat beliau meskipun sudah diberikan sepina. "Tidak sempoi, tidak sempoi," celah isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui pemberita berhubung laporan bahawa Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor memohon untuk mengetepikan sepina yang dikeluarkan ke atas mereka. Di akhir perbicaraan hari ini, Anwar memberitahu pemberita, umum mengetahui bahawa Najib pernah bertemu dengan pengadu Mohd Saiful Azlan Bukhari. "Bagi kami ini adalah penting," kata Anwar merujuk kepada keterangan Najib. "Dia pilih untuk berundur sebelum bertempur," kata Ketua Pembangkang ini. |
Sepatutnya Bukan Mat Sabu Sorang Yang Kena Dakwa! Buku Ini Juga Patut Masuk Mahkamah Posted: 21 Sep 2011 01:38 AM PDT betul tak abang mat? |
Apakah kelebihan kepada BN sekiranya Anwar dipenjarakan? Posted: 21 Sep 2011 12:14 AM PDT Oleh Jason Yabro Retak mula kelihatan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang pemimpinnya menghadapi tekanan dengan spekulasi pilihan raya umum yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi seiring dengan serangan habis-habisan terhadap Anwar Ibrahim yang sedang berlaku kini. Mereka sedang menucuk-nucuk pemimpin PKR yang berkarisma dan pemimpin Pakatan Rakyat, yang masih lagi dianggap sebagai ancaman utama UMNO dan BN dalam pilihan raya akan datang, justeru mereka ingin melihat golongan ini dikeluarkan dari persada politik negara dengan apa jua kos. Kebimbangan mereka dilihat berasas memandangkan kedudukan Anwar dalam Pakatan masih kukuh dan tidak goyah dalam gabungan pembangkang itu sekalipun pelbagai ujian dan seksaan keatasnya, terutamanya perbicaraan kes liwat yang terpaksa dihadapi oleh ahli politik yang berusia 64-tahun itu. Dengan perbicaraan yang hampir sampai ke penutup, pengkritik beliau semakin lantang menuduh bahawa beliau bersalah. Sudah ada beberapa orang ahli parlimen dan bekas pembantu Anwar yang menawarkan diri untuk menjadi saksi-saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat beliau. Ini berikutan kejayaan pasukan pembelaan Anwar memanggil 15 orang, termasuk Perdana Menteri dan isterinya, sebagai saksi dalam perbicaraan itu. Mereka ini dengan agenda politik tersendiri, mengasah pisau mereka untuk saling mengalahkan antara satu sama lain dalam menilai watak Anwar dan kredibiliti beliau dalam apa yang para penganalisis sifatkan sebagai tindakan terdesak dalam konspirasi politik yang dilancarkan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat itu . Pendedahan daripada perbicaraan Musuh politik Anwar, bagaimanapun, nampaknya telah terperangkap dengan keterangan dalam perbicaraan kes liwat terutamanya bukti DNA yang meragukan dalam usaha pihak pendakwaan melumpuhkan pemimpin PKR itu. Pasukan pendakwaan yakin strateginya mereka berjaya selepas enggan mendedahkan bahan-bahan yang dianggap oleh pasukan pembelaan Anwar sebagai penting untuk pembelaan. Ini termasuk senarai saksi, nota klinikal doktor dari Hospital Kuala Lumpur, kenyataan saksi dan sampel forensik untuk pemeriksaan dan pengesahan secara bebas. Sampel DNA tersebut telah memihak kepada Anwar. Pakar perunding molekul genetik Dr Brian Leslie McDonald memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa sampel yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan berkemungkinan telah tercemar sebelum dihantar untuk analisis. Beliau menyuarakan secara terang-terangan kesalahan dalam tatacara dalam mendapatkan swab dan ketidaksamaan cara ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong dalam penlabelan dua botol yang mengandungi swab yang diambil dari Saiful untuk analisis DNA. Dr McDonald mengatakan bahawa bukanlah satu pilihan untuk ahli sains membuat anggapan terhadap tarikh, sambil menambah ia "suatu kesalahan yang boleh menyebabkan pemecatan". Seorang lagi saksi, Profesor Madya Dr David Lawrence Noel Well, memberi keterangan bahawa adalah jarang untuk mendapatkan sampel sperma pada swab dubur yang diambil 65 jam selepas hubungan seks. Pakar forensik Australia, ketua Perubatan Forensik di Institut Perubatan Forensik Victoria berkata bahawa dalam pengalaman beliau, sangat rendah kebarangkalian untuk mendapatkan hasil yang positif jika spesimen itu diambil selepas 65 jam. Dengan percubaan yang menemui kegagalan serta tidak mengikut skrip Barisan Nasional, kongcu-kongcu Umno melakukan serangan terhadap Anwar dan Pakatan tanpa henti melalui media-dikawal BN dengan memutarkan propaganda sebagai samaran kepada kegagalan kepimpinan mereka. Dilema pemimpin-pemimpin Umno Walau bagaimanapun, serangan tidak berhenti-henti telah menimbulkan persoalan di kalangan sesetengah orang BN jika kepimpinan Umno telah kehabisan idea dalam merangka pelan untuk pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir. Beberapa orang telah secara terbuka menyatakan kekecewaan terhadap Umno yang dikatakan mempunyai agenda yang salah dengan memberi tumpuan kepada kempen menyerang Anwar semata-mata dan membuang masa. Ada juga yang membuat spekulasi bahawa ini adalah helah pemimpin-pemimpin Umno untuk menghilangkan semangat dan memusnahkan PKR yang mempunyai ramai ahli yang merupakan bekas ahli UMNO. Mereka merasakan serangan Umno terhadap Anwar akan menghilangkan semangat ahli-ahli PKR seraya berpatah balik kepada Umno. Strategi ini tidak dikongsi oleh parti komponen BN lain yang merasakan bahawa perkara-perkara yang lebih penting, terutamanya berkaitan ekonomi dan isu-isu utama lain telah dikompromikan dalam usaha Umno untuk menghapuskan Anwar dan parti PKR beliau. Penganalisis melihat kepimpinan Umno yang sering menghentam Anwar sebagai manifestasi persaingan peribadi antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang itu, yang pernah bersama-sama melalui zaman mereka dalam Umno dan Kabinet BN persekutuan. Najib menyedari potensi Anwar untuk merangsang akar umbi dalam PKR dan Pakatan, dan merasakan bahawa Anwar akan kekal menjadi ancaman utama kerana sifat berkarismatik beliau bukan sahaja untuk BN pada pilihan raya akan datang tetapi juga sebagai seorang pemimpin Melayu. Mereka berkata langkah oleh pasukan pembelaan Anwar membuat permohonan sepina ke atas Najib dan isterinya Rosmah Mansor untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat telah benar-benar mencabar Presiden Umno itu dan beliau akan lakukan apa sahaja untuk menyekat apa-apa pengaruh politik. Orang dalaman Umno berkata, terdapat kebimbangan dikalangan peringkat tertinggi parti dan berkemungkinan perbicaraan terhadap Najib akan memberi kesan negatif kepada calon-calon mereka pada pilihan raya akan datang. Orang dalaman Umno juga berkata bahawa obsesi Najib terhadap Anwar menyebabkan mereka-mereka yang lain dalam BN kecewa kerana mereka lebih ingin melihat beliau fokus kepada isu-isu yang lebih penting dalam ekonomi seperti pengangguran,inflasi, kenaikan harga, penghijrahan professional keluar negara, rasuah besar-besaran dan dasar kerajaan yang dianggap tidak adil. BN menghadapi prospek yang samar Terdapat spekulasi bahawa prospek BN pada pilihan raya umum akan datang semakin malap dari hari ke hari dengan percanggahan dalaman parti dalam menangani isu-isu yang dihadapi negara. Ramai merasakan bahawa 'tsunami politik' boleh berlaku dan mengakhiri zaman BN dan pemimpin-pemimpin Umno. Sesetengah pemimpin Umno berani memberitahu Najib untuk menimbang semula strategi beliau terhadap Anwar, yang masih dilihat sebagai gam yang mengikat Pakatan Rakyat dan satu-satunya pemimpin Melayu yang boleh dipercayai; masih berprinsip dan berintegriti terutamanya dengan kekurangan pemikir dalam Umno. Prospek Anwar dipenjarakan dalam perbicaraan kes liwat boleh mencetuskan tindak balas yang lebih besar bukan sahaja dalam Umno tetapi BN secara keseluruhannya. Mereka telah secara terbuka mempertikaikan prospek memenjarakan Anwar yang dilihat boleh mencetuskan rasa marah rakyat seperti episod 'Mata hitam Anwar' terutamanya di kalangan belia justeru memusnahkan prospek politik BN. Perkembangan politik di negara ini telah memerangkap BN dan pemimpin Umno dalam arus kegelinciran dan kredibiliti Najib dan Umno semakin menipis selepas perhimpunan Bersih baru-baru ini dan episod pertikaian jajahan Inggeris terhadap Tanah Melayu yang telah meninggalkan ramai tertanya-tanya jika kepimpinan BN akan lumpuh dalam pilihan raya umum akan datang. Selepas kesilapan dalam menangani Bersih, Najib akhirnya bersetuju dengan beberapa tuntutan mereka dan juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa parlimen untuk mengkaji reformasi pilihan raya. Ada dikalangan pemimpin parti komponen BN merasakan bahawa Najib telah menjejaskan BN kerana terlalu mengikut telunjuk Umno apabila gagal untuk menangani Bersih dengan betul. Ia rata-rata dianggap sebagai kesilapan besar oleh pengkritik Perdana Menteri dan menghantar isyarat yang salah kepada rakyat. Pemerhati politik merasakan bahawa Najib boleh menghadapi kegagalan besar dalam politik sekiranya Anwar didapati bersalah dalam kes liwat dan dipenjarakan. Penahanan pemimpin Pakatan itu akan dilihat oleh rakyat sebagai helah kotor dalam kempen memburuk-burukkan BN dan ini dan boleh diterjemahkan kepada kehilangan undi untuk UMNO dan BN. Ia juga boleh bertukar sebagai simpati yang meningkat untuk Anwar. Akibatnya mereka akan melangkaui politik perkauman dan berharap agar pemimpin-pemimpin Pakatan akan bisa menyematkan harapan mereka untuk tsunami politik yang akan datang. Fokus pada perbicaraan Semua mata sekarang fokus kepada perbicaraan kes liwat Anwar dan bagaimana ia akan dimainkan. Ini mendorong beberapa pemimpin Umno untuk memberi tekanan kepada Najib untuk mengadakan pilihan raya yang awal untuk membendung kejatuhan, sementara itu, yang lain lebih suka Anwar berada dalam penjara dan apa yang mereka harapkan adalah supaya merka dapat merompak Pakatan daripada pemimpin yang boleh membawa mereka kepada kemenangan. Penganalisis politik berkata Najib kini condong memihak kepada senario ke dua kerana ini akan memberikan dia masa untuk menguasai semula parti dan secepat mungkin melakukan reformasi dalam pilihan raya, dalam bentuk apa sahaja, untuk mengelakkan sebarang tindak balas atau tuntutan kempen kotor. Lebih penting lagi, dengan prospek ekonomi global yang menurun, Perdana Menteri ingin melihat hasil awal daripada program transformasi kerajaan yang beliau rencanakan. Ada juga yang melihat keadaan ekonomi memainkan peranan penting dalam apa-apa keputusan Perdana Menteri dalam menetapkan tarikh untuk pilihan raya umum ke-13. Walau bagaimanapun, nasib Anwar dikaitkan dengan Najib. dengan mempercepatkan pilihan raya umum sebelum perbicaraan Anwar berakhir menunjukkan kepada pengkritik Najib bahawa Perdana Menteri sedang panik dan cuba untuk memulihkan apa-apa kerosakan dari segi politik hasil daripada perbicaraan itu. Senario alternatif adalah lebih menakutkan kerana memenjarakan Anwar boleh menimbulkan bantahan keras di dalam dan diluar negara, malah BN dan Umno mungkin tidak akan dapat pulih sebelum pilihan raya umum ke-13 walaupun sehingga berakhirnya mandat kerajaan pada tahun 2013. Ramai melihat kes liwat Anwar sebagai tidak adil dan caj yang dibuat terhadap bekas timbalan perdana menteri itu yang satu masa dahulu merupakan bintang Umno saja-saja direka dan merupakan kezaliman terhadap pemimpin Pakatan itu. Dia dan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, masih merupakan orang-orang yang berpengaruh dalam Pakatan walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi mereka. Malah kehadiran mereka di perhimpunan PKR dan Pakatan boleh menguja orang ramai dan pengaruh mereka ke atas angin perubahan politik mungkin tidak terukur dalam bulan-bulan yang akan datang. Terdapat juga badai yang melanda parti-parti komponen BN dan seruan kepada pemimpin-pemimpin Umno untuk "mengeluarkan kepala mereka dari pasir" dan menangani cabaran-cabaran yang melanda negara. Ini juga boleh memaksa Najib untuk menetapkan tarikh bagi pilihan raya . Beberapa pemimpin komponen BN juga sedang berkira untuk menarik diri daripada pakatan itu untuk menyelamatkan diri mereka daripada kejatuhan yang mereka semakin rasakan. Setakat ini Perdana Menteri masih dapat memegang pengaruh terhadap mereka dan menghapuskan keretakan yang perlahan-lahan muncul. Retak tersebut boleh membesar dan tidak dapat diperbaiki lagi jika PKR dan Pakatan berjaya meraih simpati walau apa jua hasil perbicaraannya Anwar itu nanti. - Malaysia Chronicle |
Gambar Sekitan Lawatan Diraja YDP Agong Dan Raja Permaisuri Ke Selangor Posted: 20 Sep 2011 11:23 PM PDT KLANG 21 SEPTEMBER : Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah hari ini memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Selangor. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua di Padang Mahkota, Istana Alam Shah di sini pada 10 pagi tadi, disambut oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tuanku Mizan kemudian menerima sembah tabik Hormat Diraja sebelum lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor dimainkan oleh pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi yang diketuai Mejar Zailani Mohd Okhtat. Ia disusuli dengan tembakan meriam 21 das. Tuanku Mizan kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi, diketuai Mejar Ahmad Muzaimi Mohd Ali. Seri Paduka Baginda berdua kemudian berangkat ke Masjid Istana Diraja dan Galeri Kereta Diraja di Istana Alam Shah sebelum menghadiri beberapa acara pada petang ini. |
Jalur Gemilang: Manoharan minta maaf, UMNO-BN masih menggila Posted: 20 Sep 2011 10:30 PM PDT SHAH ALAM, 20 SEPT – Isu Jalur Gemilang telah selesai selepas Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Kota Alam Shah, M Manoharan meminta maaf secara terbuka atas pandangannya berhubung bendera Malaysia. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok berkata UMNO dan Barisan Nasional sepatutnya tidak memainkan lagi isu itu, sebaliknya menumpukan perhatian kepada segala 'transformasi' yang dilaungkan Datuk Seri Najib Razak untuk kepentingan rakyat Malaysia. "Sepatutnya, mereka (pemimpin-pemimpin BN) menumpukan lebih perhatian kepada isu yang jauh lebih penting, iaitu berkenaan penggubalan dua undang-undang baru yang dikatakan akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya. Tambah Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh, BN juga perlu membuktikan keikhlasan mereka untuk menjadi "negara demokrasi terbaik di dunia" dengan meminda atau lebih baik lagi memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, serta akta-akta lain dengan segera seperti yang diumumkan Perdana Menteri pada Jumaat lalu. Dalam isu Jalur Gemilang, Manoharan melalui laman Facebook telah pun menyatakan permohonan maaf beliau secara terbuka, yang perihatin untuk menjaga sensitiviti rakyat Malaysia. Melalui Facebook, Manoharan dipetik sebagai berkata, "Saya anak Malaysia yang patriotik. Saya memohon maaf berhubung komen saya mengenai bendera Malaysia yang telah menimbulkan perasaan tidak selesa kepada anda semua." Jelas Teresa yang juga Adun Kinrara, pandangan Manoharan sebenarnya bukanlah melambangkan pendirian DAP atau Pakatan Rakyat. "Kita tidak pernah mempersoalkan kedudukan Jalur Gemilang sebagai sebagai bendera kebangsaan, jauh lagi dari berhasrat untuk mengubahnya. Ianya bukan isu Pakatan," jelasnya. Bagaimana pun, jelas Teresa, beliau dan beberapa pimpinan DAP telah pun menasihatkan Manoharan agar lebih berhati-hati bila mengeluarkan sebarang kenyataan. Sementara itu, menurut Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub telah pun menegaskan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat tidak menggantikan bendera Jalur Gemilang jika berjaya membentuk kerajaan. Salahuddin berkata, apa yang ingin digantikan Pakatan Rakyat ialah kerajaan BN, bukannya Jalur Gemilang. "Tak ada salah dan dosa bendera Malaysia. Yang Pakatan Rakyat nak tukar ialah BN bukannya bendera," katanya. – Roketkini.com |
MB Perak sapu tanah, tak yakin BN akan kembali berkuasa Posted: 20 Sep 2011 09:16 PM PDT IPOH, 21 Sept – Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat tentang skandal hutan seluas 74 hektar di Belum-Temenggor Forest Complex (BTFC) serta kelulusan 68,503 ekar tanah negeri sejak merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat pada Februari 2009. Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berkata, aktiviti pembalakan juga berleluasa, termasuk di Segari dan Beruas. Beliau yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Perak Datuk Nik Mohd Shah Nik Mustafa, kerajaan negeri Barisan Nasional telah meluluskan aktiviti pembalakan di hutan seluas 74 hektar itu sejak merampas kuasa dari Pakatan. Menurut laporan mStar, Nik Mohd dipetik sebagai berkata, "Kawasan itu adalah milik kerajaan negeri. Jadi kerajaan negeri mempunyai kuasa terhadap apa jua rancangan pembangunan di kawasan itu." Manakala berdasarkan sumber dalaman Ngeh, Zambry dikatakan telah pun meluluskan sejumlah 68,503 ekar tanah sejak rampasan kuasa hingga Julai tahun ini yang mana 60,561 ekar tanah itu telah diluluskan untuk sektor industri atau pertanian. Zambry sebelum ini telah membuat kenyataan akhbar mendakwa beliau tidak mengetahui tentang perkara itu dan beliau telah memberi arahan untuk menyiasat sedalam-dalamnya mengenai aktiviti membersihkan hutan tersebut. Bagaimana pun menurut Ngeh, Zambry sentiasa mengelak dari menjawab berhubung isu Hutan Belum ketika dalam sesi Dewan Rakyat. Tambah Ngeh yang juga Adun Setiawan, kroni-kroni yang terlibat dalam aktiviti itu dijangka mendapat keuntungan RM900 juta, melebihi bajet kerajaan negeri, iaitu cuma RM800 juta. Menurut Ngeh, ketika Pakatan Rakyat memerintah, tanah-tanah simpanan hanya diberikan kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah dan miskin sahaja, tanpa dilayan mana-mana kroni. "Semua tanah yang diluluskan untuk pertanian komersial akan melalui tender terbuka yang semestinya akan meraih keuntungan yang tinggi bagi rakyat, bukan seperti apa yang terjadi pada Hutan Belum," katanya. Ngeh mendakwa apa yang Zambry dan kroni-kroninya lakukan ialah meraih untung sebanyak mungkin kerana mereka tidak yakin BN akan mampu mengekalkan kuasa yang dirampas daripada Pakatan. "Oleh itu, beliau dan kroni-kroni beliau cuba meraih sebanyak mungkin keuntungan sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," katanya. Namun, beliau menganggap Zambry tidak bertanggungjawab kerana akan meninggalkan pelbagai masalah kepada rakyat Perak dan kerajaan Pakatan selepas PRU ke-13 nanti semata-mata kerana sikap tamak mereka. – Roketkini.com |
Hayati etika kewartawanan Islami sampaikan berita benar, adil Posted: 20 Sep 2011 08:30 PM PDT Oleh Nik Roskiman Abdul Samad INDUSTRI pemberitaan dunia hari ini sudah sekian lama tersasar daripada kebenaran apabila dimonopoli kuasa besar yang kebanyakannya dimiliki tokoh Yahudi. Apabila Yahudi menguasai media, sudah pasti berita diterima masyarakat hanya yang baik berhubung rejim Zionis. Lihat saja siapa di belakang media antarabangsa seperti CNN, CNBC, FOX, REUTERS, BBC dan lain-lain yang sama ada secara langsung atau tidak langsung pasti berkaitan dengan rejim Zionis. Disebabkan itu, berita kesengsaraan warga Palestin dan kekejaman Israel tidak dihebahkan kepada masyarakat antarabangsa. Begitu juga kesengsaraan umat Islam di Somalia, Kenya, Sudan dan lain-lain. Hari ini, sudah menjadi fardu kifayah kepada umat Islam untuk menjadi pembekal berita yang sebenar tanpa perlu bergantung kepada sumber asing ini. Peranan dimainkan al-Jazeera ketika peristiwa 11 September dan Perang Amerika-Iraq pada 2003 memberi pukulan teruk kepada media asing yang berpengaruh itu. Ia sepatutnya dicontohi agensi media tempatan negara kita untuk menjadi pembekal berita setanding al-Jazeera dan media besar lain. Sampai bilakah umat Islam harus bergantung sumber berita media besar bukan Islam ini? Masyarakat Islam hari ini mendambakan berita yang benar dan siapakah yang diharapkan berpegang teguh kepada kebenaran melainkan berita daripada orang Islam sendiri. Mana-mana wartawan berjuang dengan ikhlas mencari berita yang benar dan menyampaikan kebenaran itu kepada masyarakat sebenarnya menjalankan tugas murni di sisi Islam. Itulah etika kewartawanan Islami yang semakin tidak dihayati sebahagian pengamal media hari ini, bahkan dalam kalangan pengamal media beragama Islam sendiri. Selama mana kita tidak berpegang kepada etika kewartawanan Islami, selama itulah kita tidak mampu pergi jauh dan menjadi sumber berita yang mempunyai kredibiliti serta diterima ramai. Islam begitu mementingkan kebenaran bukan saja dalam laporan pemberitaan bahkan dalam segenap aspek kehidupan kita. Contohnya, pada sifat Rasullulah SAW yang terkenal 'al-Siddiq' yang membawa maksud benar dalam tutur kata dan tingkah laku. Kebenaran adalah isu pokok dalam ajaran Islam, bahkan Islam menggesa umatnya bercakap benar walaupun pahit terutama apabila kebenaran itu ada ketikanya kena batang tubuh sendiri yang menuturkannya. Berapa ramai sahabat dan salafussoleh yang apabila ditegur mengakui kesilapannya kerana kuatnya mereka berpegang pada prinsip kebenaran. Diriwayatkan oleh Jabir, Baginda SAW menyebut yang mafhumnya: "Tiada sedekah yang lebih dicintai Allah daripada bercakap benar." (Hadis riwayat Baihaqi) |
Posted: 20 Sep 2011 07:45 PM PDT BUTTERWORTH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi atas dakwaan membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, dekat sini, 21 Ogos lalu. Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan. Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Sementara itu, lebih 100 penyokong Mat Sabu berkumpul di luar pekarangan mahkamah sejak jam 8 pagi tadi bagi memberi sokongan. Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya PAS I negeri, Khalid Man dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow. |
Posted: 20 Sep 2011 07:26 PM PDT Kata Para hukama' : Tidak hilang bisa dek kerana memohon maaf diatas kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Sebaliknya diri dilihat bermaruah dan dihormati. Tahniah saya ucapkan kepada saudara Mohd Razizan bin Abd Razak yang telah mengakui kesilapan lalu memohon maaf secara terbuka. Saya sangat menghormati sikap sedemikian dan telah saya sebutkan sebelum ini didalam kenyataan saya bahawa sewajarnya pihak pengarah dan pelakon Filem Hantu Bonceng iaitu saudara Mohd Idham dan Zizan memohon maaf kerana mencetus kekeliruan kepada masyarakat awam. Sekiranya mereka memohon maaf, mereka akan lebih dihormati. Mudah - mudahan ia menjadi pengajaran berguna kepada Zizan dan kepada semua termasuk para penonton dan juga artis - artis yang lain agar lebih berhati - hati di pentas lakonan atau di layar perak agar tidak mencetus kekeliruan yang boleh membuka pintu fitnah dan dilihat mempersendakan agama Islam yang suci ini. Bukan sahaja pada lafaz kalimah syahadah tetapi juga pada aksi - aksi yang lain seperti pendedahan aurat, pergaulan bebas, berpelukan lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya, adegan tahyul dan sebagainya mesti dielakkan dalam dunia lakonan justeru ia menjadi contoh yang tidak baik kepada masyarakat khasnya anak muda selain ianya bertentangan dengan hukum Islam. Allah Ta'ala berfirman di dalam Surah At-taubah, Ayat 65: وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ Dan jika engkau bertanya kepada mereka, tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah atas keberanian saudara Zizan memohon maaf, semoga ianya benar, ikhlas dan tidak mengulanginya di masa hadapan. Dewan Pemuda PAS Malaysia senantiasa menyokong kerjaya seni dan budaya dalam negara kita kerana Islam tidak pernah menghalang ummatnya berkarya, namun Islam mempunyai garis panduan yang jelas untuk dipatuhi agar seni dan budaya menghidupkan jiwa dan menyegarkan minda bukan mematikan hati, merosakkan akhlak dan meruntuhkan moral. Saya percaya, masih terlalu luas ruang untuk seniman dan karyawan menghasilkan karya seni mereka tanpa melanggar batas syariat dan mencacatkan keindahan Islam. Malah filem tanpa adegan wanita seksi yang menampakkan aurat sehingga ke paras paha serta mendedahkan sebahagian besar di bahagian dadanya, masih mampu mencapai box office dan menerima award di peringkat antarabangsa, seperti filem dari Iran "Under The Moonlight" yang memenangi 6 award diperingkat antarabangsa pada tahun 2001 yang lalu. Begitu juga filem "Children of Heaven" yang dicalonkan sebagai penerima anugerah oscar dalam Academy Award dan memenangi 10 lagi award di pelbagai peringkat antarabangsa. Sudah sampai masanya, pengarah dan penerbit filem negara menghasilkan filem bermutu tinggi, mendidik minda dan sosio budaya masyarakat serta mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa. Bebaskan industri filem negara dari serkap filem yang rendah mutu, terkepong dalam realiti masyarakat yang tidak sepatutnya dibanggakan dan filem yang mengeksploit batang tubuh wanita, keseksian, kelucahan dan ketahyulan sebagai azimat pelaris tayangan di pawagam. Saya mengingatkan demikian justeru berkarya juga berkait rapat dengan dosa pahala dan syurga neraka. Karya juga sebahagian dari medium pendidikan umum masyarakat yang berkesan kepada masyarakat. Maksudnya, berkarya dalam pelbagai lapangannya mestilah mengambil kira keredhaan Allah swt, bukan hanya menilai keuntungan dan sambutan bertaraf pecah gudang. Dewan Pemuda PAS sedia membantu untuk mengangkat martabat industri filem negara dalam ruang yang boleh diambil oleh pemuda selama industri ini sedia untuk bebas dan dibebaskan dari pengaruh maksiat dan mungkar. Nasrudin bin Hassan Ketua Pemuda PAS Malaysia. |
Soalan Tambahan Buat Dato Adzib Posted: 20 Sep 2011 06:18 PM PDT Jika di dalam Parlimen, setelah selesai Menteri menjawab soalan bertulis, ahli yang bertanya diizinkan bertanya soalan tambahan. Walaupun sesi Parlimen masih belum bersidang dan Dato Adzib bukannya menerajui mana-mana kementerian, tetapi sebagai seorang yang telah diamanahkan untuk menerajui sebuah instituisi yang amat penting di negeri Selangor, saya yakin beliau akan berusaha menjawab soalan bertulis saya tempohari. Disamping Dato Adzib berusaha menjawab soalan yang saya kemukakan itu, molek juga kiranya kalau saya kemukakan soalan-soalan tambahan agar dapat dijawab secara sekali gus. Mudah sikit, kerana sebagai seorang wakil rakyat Shah Alam, saya memahami kesibukan yang dihadapi beliau sebagai Pengerusi Majils Agama Negeri Selangor. Soalan tambahan ini pun mudah sahaja. JIka beliau lulus, maka baru kita kemukakan pula soalan yang agak mencabar sedikit. SOALAN PERTAMA Adakah benar bahawa yang turut hadir di dalam pertemuan berkenaan adalah sebuah NGO bernama 'DAMAI'? SOALAN KEDUA Adakah benar bahawa NGO ini adalah NGO naungan Jamil Khir? Ini yang disebutkan pada malam tersebut. SOALAN KETIGA Adakah benar wakil 'DAMAI' bernama Nasir Desa dan beliau juga merupakan wakil dari Pejabat Peguam Negara? SOALAN KEEMPAT Adakah benar Nasir Desa ini mendakwa bahawa masalah Kristianisasi ini serius di Selangor dan jauh lagi teruk dari Pulau Pinang? Hebat. Negeri PR sahaja. Johor yang sebelah Singapura tidak ada, Pahang Darul Judi tidak ada, Sabah dan Sarawak pun tidak ada. Hebat, hebat. Eh, ada sesiapa tahu, Nasir Desa ada kena mengena dengan Zainal Kling kah? SOALAN KELIMA (DAN TERAKHIR BUAT MASA INI) Adakah benar Nasir Desa ini juga menyebut, depan Dato sebagai Pengerusi MAIS dan wakil JAIS dan 45 NGO Islam yang berdaftar dengan JAIS, setelah mereka dihidangkan dengan tayangan video 'lawatan ke DUMC', "malangnya MB Selangor seorang ahli politik cari makan"? Saya harap Dato sudi menjawab soalan seperti di atas. Saya, seperti kebanyakan rakyat Selangor sayangkan Selangor dan dengan itu sayangkan MAIS dan JAIS. Terlalu banyak kebaikan dan sumbangan kedua-dua badan ini terhadap perkembangan fahaman dan amalan Islam di Negeri Selangor. Oleh itu saya yakin, rakyat Selangor tidak mahu MAIS mahupun JAIS diperalatkan untuk kepentingan politik UMNO/BN. Kalau saya ada masa, saya akan kemukakan soalan susulanyang lebih sukar untuk tatapan rakyat dan untuk dijawab Dato Adzib. Tetapi, perlu dilihat jawapan kepada soalan-soalan selama ini terlebih dahulu. Kalau tidak, buat penat sahaja bertanya, jawapannya tiada. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD engkau yang kerja cari makan dato woi! cari makan dengan umno! |
Bersediakah Umno berdebat isu ‘negara naungan’? Posted: 20 Sep 2011 05:30 PM PDT Oleh Anti Karat POLEMIK tentang kemerdekaan negara semakin menarik. Dua orang profesor dah kata negara kita tidak pernah dijajah. Tanah Melayu hanyalah negeri naungan British. Jadi, kalau Tanah Melayu tak pernah dijajah, buat apa diisytiharkan merdeka. Dan buat apa sambut merdeka. Kita tak pasti sejauh mana pemimpin Umno menerima pandangan dua orang profesor yang cuba menyelamatkan maruah Umno ini. Kenapa pemimpin Umno tak respons terhadap pandangan Profesor Khoo Kay Kim (KKK) dan Profesor Zainal Kling (ZK) ini? Apakah mereka menerima konklusi ilmu dua orang profesor bersejarah ini? Kita percaya bahawa pemimpin Umno menolak pandangan mereka. Ini bermakna pandangan KKK dan ZK amat lemah dan tertolak. Kalau pandangan mereka kuat dan jitu, tentu majoriti sejarawan dan satu Umno akan mengiyakan pendapat mereka. Kalau Umno menerima pandangan KKK dan ZK, Umno akan terperangkap dalam isu pejuang dan pengkhianat. Umno layak dipasung di dalam wad gila kerana berpuluh tahun mengulangi kerja gila iaitu menyambut merdeka sedangkan negara tak pernah dijajah. Rupa-rupa Umno mengajak juga rakyat menyambut merdeka saban tahun sebagai tipu helah agar rakyat terus menjulang mereka sebagai pejuang kemerdekaan. Kalau tiada sambutan kemerdekaan, tak adalah kredit untuk Umno dulu, kini dan selamanya. Nampak gayanya Umno dah terperangkap dengan hujah KKK dan ZK. Mereka dah tak berani nak respons. Setuju tak kena, tak setuju tak kena. Kiri kanan Umno kena 'checkmate'. Elok PAS beri gelanggang kepada Umno dan dua orang profesor ini untuk berdebat. Dapatlah peluang Umno keluar daripada 'checkmate'. Itu pun kalau Umno tak setuju dengan pandangan KKK dan ZK. Kalau setuju, rakyat ambil keputusan mudahlah. Mulai tahun depan tak payah lagi sambut merdeka. Buat habis duit rakyat saja. Tak guna menipu diri sendiri dan anak generasi. Buku sejarah yang menceritakan kemerdekaan negara yang dilaungkan sejak detik 31 Ogos 1957 layak dibakar sahaja. Rakyat dah pertikai. Rakyat dah sangsi. Benarlah kata Mat Sabu, "tulis sejarah baru negara." Spatutnya KKK dan ZK menguar-uarkan bahawa laungan merdeka pada 31 Ogos adalah kerja bohong. Pasang bendera sambut merdeka adalah kerja bodoh. Tetapi yang anehnya mereka hanya beria-ia untuk menyatakan bahawa Tanah Melayu tak pernah dijajah apabila Mat Sabu mengangkat Mat Indera. Kerja 'desperate' ini samalah kerja MB Johor, Ghani Othman yang memperlekehkan buku Pengukir Nama Johor yang beliau sendiri menyetujuinya. Sebelum Mat Sabu mengangkat nama Mat Indera, Mat Indera jadi hero negeri Johor. Tak semena-mena apabila Mat Sabu kata Mat Indera adalah hero kemerdekaan, habis Umno seluruh Johor dan 1Malaysia kata Mat Indera pengkhianat. Habis seluruh Umno jadi semakin kurang cerdik lantaran kerja cuci tangan pemimpin mereka. Hero dan pengkhianat boleh bertukar sekelip mata. ANTIKARAT |
Permainan politik Mahathir-Najib Posted: 20 Sep 2011 04:00 PM PDT Posted on Tuesday, September 20 @ 07:00:22 PDT by paktam Oleh Daing Yahya Tun Mahathir Mohamed telah cuba 'menasihatkan' kepada anak didiknya Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan pilihan raya umum yang ke-13 atas alasan bahawa imej UMNO-Barisan Nasional masih tidak menentu. Bagi orang UMNO khususnya, pandangan seorang yang berpengalaman seperti Mahathir pastinya berasas. Justeru, para pemimpin UMNO pasti tidak akan 'masuk telinga kiri keluar telinga kanan'. Hari ini pula menurut laporan lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia, dengan tajuk besar "ISA: Barat patut contohi Malaysia", seharusnya mengembalikan kelegaan kem Najib yang sejak kebelakangan ini menghadapi tekanan kerana semakin kurang popular di kalangan rakyat. Mahathir berpendapat, Amerika Syarikat dan Britain patut mencontohi tindakan Malaysia (baca: UMNO ) memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang didakwanya turut diamalkan di kedua-dua negera tersebut. Ini bererti Mahathir memberi isyarat yang agak jelas bahawa imej Malaysia, khususnya imej Najib, sama ada di mata rakyat atau pun di kaca mata media antarabangsa sudah mula meningkat naik. Modal-modal ini akan terkumpul untuk dijadikan bahan kempen pada pilihan raya umum yang akan datang. Realiti sebenar di Malaysia Tiada siapa yang rasional akal fikirannya akan menyokong mana-mana akta yang zalim dan menindas, sama ada di Amerika Syarikat atau pun di Britain. Namun apa yang Mahathir tidak katakana ialah sistem undang-undang di negara-negara yang beliau sebutkan itu, dari segi amalannya, amatlah berbeza dengan amalan di Malaysia. Badan kehakiman dan institusi undang-undang Barat itu adalah bebas dari tekanan dan cengkaman eksekutif. Kebarangkalian untuk kerajaan mereka melakukan salah guna kuasa dengan mengenakan tekanan atau ugutan terhadap rakyat mereka sendiri amatlah rendah berbanding rekod penggunaan ISA yang digunakan oleh kerajaan terhadap rakyat Malaysia. Tangkapan di Barat hanya dilakukan khusus untuk suspek keganasan (terrorism). Contohnya, kerajaan Presiden Barack Obama dari Parti Demokrat tidak pernah dan tidak menahan tanpa bicara mana-mana pemimpin atau ahli Parti Republikan, malah parti-parti kecil lain, walau pun mereka ada kalangan mereka yang memaki hamun presiden, membakar bendera Amerika, dan mengadakan himpunan aman berpuluh ribu orang. Begitu juga Perdana Menteri David Cameron tidak akan menahan tanpa bicara mana-mana orang dari parti pembangkang Buruh atau mana-mana parti sosialis, komunis, fasis dan apa sahaja kumpulan yang bebas bersuara mengikut undang-undang negara Britain. Yang menjadi sasaran mereka adalah suspek pengganas yang mahu mengebom tempat-tempat awam. Malah, tindakan itu pun dikecam oleh rakyat di negara Barat sendiri yang tidak mahu kebebasan dicengkam. Di Malaysia, yang sering menerima bahana ISA ini rata-ratanya orang politik, golongan mazhab agama dan sebilangan kecil yang dianggap pengganas. Majoriti mangsa-mangsa ini adalah warganegara Malaysia. Di Malaysia juga, badan kehakiman sudah tidak bebas lagi sejak Mahathir mengambil alih pentadbiran pada 1981. Peguam Negara pula yang sememangnya menjadi peguam untuk kerajaan diberi hak yang luas dan besar untuk menentukan kes-kes untuk didakwa atau tidak; ini bererti beliau berhak menolak pendakwaan kes terhadap kerajaan. (Bukankah lebih baik jika wujud Jabatan Pendakwaan supaya lebih adil, manakala Peguam Negara cukup sekadar menjadi peguambela untuk kerajaan?) Mansuhkan ISA atas nama sahaja? Dengan sikap dan amalan yang telah lama dilaksanakan itu, tidak mengejutkan jika rata-rata rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebebasan tidak yakin dengan pengumuman Najib. Malah, undang-undang yang bakal menggantikan ISA kelak juga pastinya tidak banyak berubah. Kata-kata para menteri UMNO-BN dalam sehari dua ini sudah jelas membayangkan hasrat itu. Maka, walau pun nama 'ISA' sudah tidak ada dengan ganti nama lain dan entah bila pula ia akan dilaksanakan, ia tetap tidak akan mengubah apa-apa pun. Hanya ubah nama. Malah, ISA akan digantikan dengan dua undang-undang baru. Persoalannya, mengapa perlu digantikan dengan dua undang-undang pula? Bukankah sudah ada peruntukan untuk menangani keganasan atau terrorism dalam Kanun Keseksaan? Inilah silap mata Najib dan guru politiknya Mahathir buat media dan rakyat Malaysia; tukar nama dengan harapan imej juga turut bertukar. Isinya tetap sama, kebebasan rakyat masih terkongkong. " Tiru macam saya " Hujah kedua Mahathir turut menambah dalam kenyataannya bahawa dunia Barat dahulu mengkritik hebat penggunaan ISA harus mengakui keterbukaan undang-undang dan mengikut jejak langkah Malaysia. Kenyataan beliau ini mengesahkan bahawa Mahathir menghidap sindrom 'pengiktirafan'. Sejak zaman pemerintahannya, beliau amat dahagakan pengiktirafan dunia kepada dirinya dan Malaysia. Dari hal sukan, pembinaan bangunan pencakar langit, slogan Malaysia boleh dan pelbagai lagi. Sehingga dicipta slogan 'Malaysia Boleh' walau pun hasilnya masih dipertikaikan lagi. Malah sering juga kita dengar bagaimana media UMNO BN mengasosiasikan Mahathir dan Malaysia sebagai entiti yang 'satu'. Sekali lagi, sedap bunyinya tapi amalannya mungkin bermaksud satu pemerintah yang tidak boleh ditegur atau dipertikaikan. Jika rakyat mengkritik Mahathir, ia bermakna rakyat mengkritik Malaysia. Jika rakyat menyebut tentang amalan politik korup di Malaysia, maka rakyat dituduh mencemar nama baik dan jasa Mahathir. Inilah corak propaganda mereka yang tidak berkesudahan, dan kini diteruskan oleh Najib. Pada realitinya, ungkapan Mahathir yang menyeru agar negara Barat mencontohi Malaysia ini amat memalukan kita sebagai rakyat Malaysia. Negara Barat mana yang dimaksudkan Mahathir itu? Kita ingin sekali mahu tahu negara Barat mana yang masih mundur, tidak terbuka, korup serta dikekang kebebasan seperti Malaysia yang Mahathir maksudkan dalam kenyataannya itu. "UMNO jangan lupa" Modal ketiga Mahathir ialah menyatakan bahawa "pemansuhan ISA membuktikan negara kita kini berada pada kedudukan yang tinggi dari segi moral (moral high ground). Bahkan kita juga lebih terbuka berbanding negara Barat dengan memansuhkan undang-undang tersebut". Sewajarnya ditambah lagi agar kenyataan ini lebih lengkap lagi iaitu: Pemansuhan ISA ini membuktikan bahwa undang-undang ini benar-benar zalim, dan kerajaan yang mendukungnya dahulu dan sekarang sedang melakukan kezaliman kepada rakyatnya sendiri. Pemansuhan ISA ini adalah hasil perjuangan parti-parti politik, NGO dan masyarakat madani dari semua kaum warganegara Malaysia yang selama ini menentangnya. UMNO-BN nampaknya cuba mentafsir semula sejarah ISA seperti mana mereka menulis sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu yang hanya ada satu hero – UMNO sahaja. Pemansuhan ISA ini membuktikan bahawa zaman pemerintahan UMNO-BN khususnya zaman Mahathir telah dengan terang melakukan kezaliman terhadap musuh-musuh politiknya dan rakyat Malaysia amnya. Justeru, bagi mana-mana bekas tahanan ISA yang masih ditahan atau telah dibebaskan – yang tidak pernah didakwa atau dibicarakan – wajar bagi mereka menerima pampasan atau sekurang-kurangnya mendapat permohonan maaf secara terbuka dari kerajaan UMNO-BN khususnya dari Mahathir yang telah memenjarakan begitu ramai pejuang rakyat tanpa bicara speanjang 22 tahun pemerintahannya. Pemansuhan ISA ini menunjukkan bahawa amalan politik dan perundangan di Malaysia selama lebih 50 tahun ini tidak terbuka, sebaliknya menyekat kebebasan dan terkongkong dengan kerajaan memerintah secara diktator. Jika keyakinan sudah tinggi dan moral high ground sudah ada, Mahathir seharusnya menyarankan kembali kepada anak didiknya Najib untuk segera mengotakan apa yang dijanjikan. Jangan pula rakyat Malaysia mudah lupa kerana Najib juga berjanji untuk mereformasikan sistem amalan pilihan raya negara yang telah dicemar dengan begitu teruk, penuh penipuan, rasuah dan kongkongan. Lebih dari itu, janji Najib tentang 1Malaysia di mana setakat ini rakyat masih belum didahulukan dan pencapaian pula tidak sampai ke mana. Jika semua janji ini hanyalah permainan politik kotor Najib dan UMNO-BN melalui nasih Mahathir yang pakar dalam perkara ini, tidak mustahil ini akan menjadi pembohongan kali terakhir kepada rakyat yang sudah lama sedar tentang betapa tidak relevannya UMNO-BN dalam lanskap politik hari ini. – Roketkini.com |
Hey orang politik ! Berpolitik biar cerdik Posted: 20 Sep 2011 03:19 PM PDT Oleh Tok Pepijat Akhir-akhir ini, semakin ramai orang politik "tidak cerdik" berpolitik. Berpolitik mahcam budak tidak bersekolah. Atau macam orang mabuk. Buat politik pula macam baru hidu gam ! Tidak cerdik. Jika tidak cerdik, namanya jahil. Dalam bahasa Melayu diterjemahkan sebagai bodoh. Antara kenyataan untuk menunjukkan orang politik "tidak cerdik" ialah : a) Mahu ubah bendera Malaysia. b) Mahu ubah lagu Negaraku. c) Mahu ubah tarikh kemerdekaan. d) Mahu menafikan kemerdekaan. e) Mahu menafikan tokoh kemerdekaan. Bendera kita walaupun macam Amerika, adalah bendera kita juga. Tidak perlu ungkit sejarah asal bendera. Buang masa dan menguntung Utusan Malaysia ! Begitu juga lagu Negaraku. Walaupun asalnya dari Terang Bulan atau lagu negeri Perak ciptaan orang Peranchis, ianya adalah lagu kebangsaan kita. Lagipun liriknya tiada yang bercanggah aqidah. Mengenai tarikh kemerdekaan pula, terimalah 31hb Ogos 1957. Itulah hari bersejarah negara. Walaupun ada yang mengatakan kita "separuh masak" merdeka dan walaupun Sultan Johor tidak hadir disaat itu, terimalah itulah hari bersejarah negara. Soal bagaimana kita capai kemerdekaan dan cara sambutan dirayakan adalah soal lain. Kita tidak bersetuju cara kemerdekaan dirayakan sahaja iaitu seolah-olah UMNO yang berhak merayakan dan menjadi majlis rasmi UMNO. Itu kita menentang keras. Dan yang terakhir, kita kena terima hakikat bahawa Bapa Kemerdekaan kita adalah Tunku Abdul Rahman. Tidak perlu kita menafikan gelaran tersebut. Yang kita menentang adalah cara UMNO menjulang tokoh kemerdekaan dengan menafikan tokoh-tokoh yang lain seperti Dr Burhanuddin Al Helmi, Pak Sako, Ahmad Boestaman, Ustaz Abu Bakar Baqir, Rosli Dhobie, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut dan puluhan lagi. Bukan sekadar Tunku dan Datuk Onn Jaafar. Soal Tunku dan Datuk Onn khidmat untuk penjajah, itu soal kedua. Begitu juga adakah Shamsiah Fakeh, Mat Indera dan Rashid Maidin sebagai pejuang kemerdekaan atau komunis, ianya adalah subjektif. Ada pro dan kontra. Kita tidak boleh memaksa pendapat kita keatas orang lain. Fikir dengan hati yang telus, bersih, kajian mendalam dan terbuka. Semuanya telah berlalu. Kita mesti pandang kehadapan untuk membina negara dan bebaskan negara dari "penjajahan" UMNO dan BN. Akhirkata, sempena bulan kemerdekaan ini sama-sama kita sedekah Al Fatihah buat pejuang kemerdekaan termasuk arwah Shamsiah Fakeh, Mat Indera, Rashid Maidin dan anggota polis yang terbunuh di Bukit Kepong. Buang yang keruh, ambil yang jernih dan musnahkan UMNO yang menipu rakyat selama 54 tahun ! |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan